OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 30 September 2015 PEKELlLlNG PEJABAT PENDAFTAR (6/2015) Semua Bakal Graduan Open University Malaysia (OUM) MAJLlS KONVOKESYEN KE-18 (21 HINGGA 22 DISEMBER 2015) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Terlebih dahulu, dengan sukacitanya saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua bakal graduan OUM Majlis Konvokesyen ke-18 (MK18). Adalah dimaklumkan bahawa MK18 OUM akan diadakan pada 21 - 22 Disember 2015 (Isnin - Selasa) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 2. Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian bakal-bakal Graduan: 2.1 Pelajar Pra-siswazah (Sarjana Muda dan Diploma) yang akan bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Mei 2015; 2.2 Pelajar Pasca-siswazah (Sarjana dan Ijazah Kedoktoran) yang akan bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Mei 2015; DAN a) telah menghantar kertas projek selewatnya pada 9 Oktober 2015; ATAU b) telah lulus disertasi atau peperiksaan tesis (viva) selewatnya pada 16 Oktober 2015 tanpa sebarang pembetulan; ATAU c) telah menghantar pembetulan disertasi/tesis (minor correction) sebelum 16 Oktober 2015. 2.3 Pengesahan berkaitan status pengijazahan dan sidang boleh disemak di portal MK18 pada 30 Oktober 2015 secara berperingkat-peringkat. Sila layari www.oum.edu.my dan klik MK18 serta sahkan kehadiran sebaik sahaja nama dipaparkan. Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada [email protected]. 2.4 Tiada surat atau emel jemputan tentang konvokesyen yang akan dihantar kepada bakal graduan. 2.5 Ejaan nama pelajar yang tertera dalam portal MK18 akan dicatatkan dalam sijil ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu pelajar perlu