Top Banner
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021 (PABM2021) telah berjaya diadakan dengan gilang-gemilang buat tahun ketiga penganjurannya. Diadakan secara rasminya pada 9 Julai 2021, pertandingan kali ini sekali lagi merupakan anjuran bersama antara Pusat Pema- juan Kompetensi Bahasa (CALC) dan Bahagian Hal Ehwal Pela- jar, UPM (BHEP) dalam usaha memantapkan komunikasi lisan pelajar dalam bahasa Melayu dan meningkatkan minat pelajar antarabangsa dalam menguasai bahasa Melayu khususnya. Seperti penganjurannya pada tahun 2020, PABM2021 masih mempertandingkan dua kategori iaitu kategori Alam Melayu dan kategori Antarabangsa. Berdasarkan jumlah peserta yang me- nyertai pada tahun ini, pertandingan kali ini dikira telah mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan pelajar khususnya pelajar antarabangsa. Seramai 8 orang peserta telah berentap bagi kategori Alam Mela- yu manakala 9 orang peserta pula berentap bagi kategori An- tarabangsa. Bagi meningkatkan motivasi para peserta, sebuah kategori telah diwujudkan iaitu Anugerah Khas bagi kedua-dua kategori. Bagi anugerah ini, peserta yang menyerlah dari segi bahasanya telah dipilih sebagai pemenang. Oleh Siti Muslihah Isnain Meskipun penganjuran PABM2021 masih teruji dengan pan- demik COVID-19, namun pertandingan ini masih diteruskan dengan jayanya. Ia diadakan secara luar talian dan dihakimi oleh 3 orang juri berwibawa. Menurut ketua juri, pertandingan kali ini agak sengit kerana peserta yang terlibat terdiri daripada latar belakang pengajian yang pelbagai di samping mempunyai kehe- batan dan karakter menarik tersendiri. Bagi kategori Alam Melayu, Johan disandang oleh Shagaan Ganen Thrakumar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan diikuti oleh Nur Ain Aqilah Rosli sebagai Naib Johan dan Joshua Antony Samy di Tempat Ketiga. Bagi kategori Antarabangsa pula, Johan dirangkul oleh Rahmat- ullah Sumaya dari Bangladesh diikuti oleh Haque Syed Faizanul sebagai Naib Johan dan Tareq Furaz dari Yeman di Tempat Keti- ga. Para pemenang masing-masing menerima trofi, sijil dan wang tunai manakala peserta yang tidak berjaya pula menerima sijil sebagai tanda penghargaan. Diharap penganjuran PABM2021 telah berjaya mencorak per- sepsi masyarakat tentang peri pentingnya bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Semoga usaha penganjuran PABM2021 kali ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Gemilanglah
10

Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

Jun 06, 2022

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021

(PABM2021) telah berjaya diadakan dengan gilang-gemilang

buat tahun ketiga penganjurannya.

Diadakan secara rasminya pada 9 Julai 2021, pertandingan kali

ini sekali lagi merupakan anjuran bersama antara Pusat Pema-

juan Kompetensi Bahasa (CALC) dan Bahagian Hal Ehwal Pela-

jar, UPM (BHEP) dalam usaha memantapkan komunikasi lisan

pelajar dalam bahasa Melayu dan meningkatkan minat pelajar

antarabangsa dalam menguasai bahasa Melayu khususnya.

Seperti penganjurannya pada tahun 2020, PABM2021 masih

mempertandingkan dua kategori iaitu kategori Alam Melayu dan

kategori Antarabangsa. Berdasarkan jumlah peserta yang me-

nyertai pada tahun ini, pertandingan kali ini dikira telah

mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan pelajar

khususnya pelajar antarabangsa.

Seramai 8 orang peserta telah berentap bagi kategori Alam Mela-

yu manakala 9 orang peserta pula berentap bagi kategori An-

tarabangsa. Bagi meningkatkan motivasi para peserta, sebuah

kategori telah diwujudkan iaitu Anugerah Khas bagi kedua-dua

kategori. Bagi anugerah ini, peserta yang menyerlah dari segi

bahasanya telah dipilih sebagai pemenang.

Oleh Siti Muslihah Isnain

Meskipun penganjuran PABM2021 masih teruji dengan pan-

demik COVID-19, namun pertandingan ini masih diteruskan

dengan jayanya. Ia diadakan secara luar talian dan dihakimi oleh

3 orang juri berwibawa. Menurut ketua juri, pertandingan kali

ini agak sengit kerana peserta yang terlibat terdiri daripada latar

belakang pengajian yang pelbagai di samping mempunyai kehe-

batan dan karakter menarik tersendiri.

Bagi kategori Alam Melayu, Johan disandang oleh Shagaan Ganen

Thrakumar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan diikuti

oleh Nur Ain Aqilah Rosli sebagai Naib Johan dan Joshua Antony

Samy di Tempat Ketiga.

Bagi kategori Antarabangsa pula, Johan dirangkul oleh Rahmat-

ullah Sumaya dari Bangladesh diikuti oleh Haque Syed Faizanul

sebagai Naib Johan dan Tareq Furaz dari Yeman di Tempat Keti-

ga. Para pemenang masing-masing menerima trofi, sijil dan wang

tunai manakala peserta yang tidak berjaya pula menerima sijil

sebagai tanda penghargaan.

Diharap penganjuran PABM2021 telah berjaya mencorak per-

sepsi masyarakat tentang peri pentingnya bahasa Melayu dalam

kehidupan seharian. Semoga usaha penganjuran PABM2021 kali

ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Gemilanglah

Page 2: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

By Othman Abdul Kareem

This project was initiated by Ariff and me

as we are the committee members of the

CALC Publicity Team, and it all started be-

fore the total EMCO which was announced

in April 2021.

At first, it was supposed to be a shooting

session with the same background and

camera setting for all the speakers; howev-

er, this plan was cancelled after EMCO was

declared. Hence, we had no choice but to

reinvent the project. After a lot of brain-

storming, we decided to divide our tasks

and compile as many speakers as we could

for the upcoming CALC UPM TV’s Aidilfitri

video.

All the speakers were very helpful as they

had recorded their wishes themselves in

various languages and had sent the videos

to us within the stipulated time. As for the

final Zoom video session, we were very

thankful that most of the CALC staff were

very supportive. They attended the Zoom

session with so much enthusiasm in their

beautiful Raya outfits.

As a result, Ariff and I were still smiling

from ear to ear when we uploaded the vid-

eo on CALC UPM TV few days before the

Aidilfitri Celebrations. The success of this

project has indeed encouraged us to up-

load more videos on Malaysian festivals in

the future.

GEMILANG PABM 2021!

P.1

2021 AIDILFITRI WISHES P.2

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

TAHUN 2020, CALC UPM P.3

ANECDOTE P.4

TIPS FOR WRITERS ON HOW TO EDIT JOURNALS & THESES

P.5

QUOTE P.6

KITAP INCELEMESI P.6

SUDOKU P.6

PENGGUNAAN PERIBAHASA MELAYU DALAM MEMBERIKAN NASIHAT P.7

DIARI CALC P.8

SUDOKU (ANSWER) P.9

13 WAYS TO MOTIVATE YOURSELF AT WORK

P.9

FOKUS BAHASA: TURKI P.10

NEWSLETTER INFO P.10

2

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021 KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR

Page 3: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH

CEMERLANG TAHUN 2020 CALC UPM Oleh Syaakiratul Hasanah binti Rossidi

3

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan anugerah dan pengiktirafan yang diberi-

kan kepada pegawai sama ada lantikan tetap atau kontrak bagi menghargai sumbangan dan

pencapaian prestasi kerja yang cemerlang

sepanjang tahun tersebut.

Antara kriteria pemilihan pegawai adalah berpandukan kepada markah Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan (LPPT) keseluruhan yang tertinggi diperolehi iaitu 90% ke atas dan tidak menerima APC

untuk tiga tahun kebelakang (2019, 2018 dan 2017). Selain itu, setiap PTJ dihadkan kepada 8%

daripada jumlah keseluruhan staf yang sedang berkhidmat pada tahun penilaian.

Tahniah kepada kesemua tujuh (7) orang penerima APC tahun 2020:

Dr. Tan Wee Chun, En. Noor Farrid bin Noordin, En. Jackson Wong Kok Ming, Pn. Nur

Mazliyana binti Zainuddin, Pn. Siti Sarah binti Muhammad Shafie, Pn. Nur Aimie Na-

bila binti Fauzi dan Pn. Nur Najmi binti Muhammad Khatib

Penerima APC menerima insentif sebanyak RM1,000.00 seperti mana yang diperuntukkan

dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2012. Setinggi-tinggi penghargaan dan uca-

pan tahniah kepada mereka dan semoga menjadi inspirasi kepada semua staf untuk mene-

ruskan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih mapan.

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

Page 4: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

4

AKU DAN DUNIA BARU

OLEH NOOR HIDAYAH

BINTI ISMAIL

Berbekalkan pengalaman mengajar di sebuah sekolah lama sebagai seorang guru Bahasa Melayu selama 10 tahun, belum cukup kebal untuk jantung aku ber tahan dari berdegup kencang. Semua ini salah aku juga apabila tahap keyakinanku digambarkan setinggi Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. Sememangnya tabiat aku akan berkata ‘ya' dalam apa saja topik perbincangan dan tu-gas yang diberi, tidak kiralah tugas itu pernah dilaksanakan sebelum ini atau tidak. Andai aku terpinga-

pinga aku mulalah teraba-raba mencari sumber, sampai pernah aku tidak tidur malam untuk pastikan semua tugas dihantar dengan tepat pa da masanya dan semua arahan dilaksana dengan jaya. Tambahan pula aku ini seorang yang mudah mesra dengan sesiapa, senyuman tak pernah lekang dari bibir, sebab itu, sesiapa sahaja yang mengenaliku akan me rasakan bahawa aku adalah manusia serba tahu. Hakikatnya, tuhanku sahaja yang tahu siapa aku dan perasaanku. Bercakap tentang keyakinan, keya-kinan diriku dibentuk sejak aku ber-gelumang di pentas teater. Betul-betul diasah dan diukir ibarat pokok kayu menjadi sebuah patung cendana. Menjadi kegilaan.Ya macam itu lah kiasannya. Pada aku setakat hendak mengajar, sebelah mata sahaja tetapi, saat tibanya hari pertama aku sebagai seorang guru bahasa di CALC, aku hilang ka-ta, aku lupa pelajar aku bukan lagi kanak-kanak ceria di awal usia, yang biasa aku ajar sambil bern-yanyi, yang saling berkejaran ber-main lari-lari. Kini, pelajar dihadapan aku adalah calon master dan PhD. Terlopong aku hilang perkataan, hatta hendak ucap selamat pun aku terlupa, yang keluar hanya 'assalamualaikum' se-bagai pembuka kata. Mana pergi ucapan tahniah kepada pelajar kerana menyertai subjek LPM2100, mana pergi kata-kata he-bat bagai Aristotle yang aku selalu berfalsafah setiap pagi diperhim-

punan pagi sekolah tapi, mujur aku pernah berada di pentas teater satu ketika dulu, dek kerana hilang kata, aku ajak pelajar aku bernyanyi lagu rakyat bertajuk bapaku pulang dari kota sebagai pembuka kata, konon-konon nak pecahkan kebuntuan yang ada.

Semua orang gembira dengan ke-lainan yang dibawa. Kalau tidak semua 'muka ketat' seribu bahasa. Maklumlah masing-masing tak ke-nal sesiapa. Selepas acara itu, satu persatu uca-pan dan respon baik aku terima dari ruangan sembang zoom meeting. "Cikgu, I love your class. It’s very good" "Madam, you are so sporting" "Teacher, I want to suggest to all of my friends to join your class next time" Aku hanya ketawa dalam hati. Kalaulah mereka tahu bahawa acara itu adalah kerana aku buntu. Dek kebuntuan itulah menemukan aku kepada identiti baru. Rupanya, dalam kekurangan andai kita cuba buat sesuatu, pasti akan menemui sesuatu yang baru. Sejak hari tu, aku mula beredia dan men-jadikan kelas aku adalah kelas yang paling ditunggu. Terima kasih CALC atas peluang ini. Sukar digambar dengan bahasa kerana pengalaman itu hanya dapat dirasa.

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

MEMORI LUCU

Oleh Dr. Azlina Binti Mohd Sera’ai

Pengajaran dalam kelas bahasa memerlukan sesuatu aura yang dapat menarik

pelajar mengikuti pelajaran dengan gembira, seronok dan tidak tertekan.

Sepanjang perkhidmatan saya lebih 20 tahun di tanah UPM yang hijau permai ini,

pelbagai kisah jenaka, hiba, seram, kejutan tersimpan kukuh dalam kotak memori

saya. Namun, saya ingin berkongsi dua peristiwa lucu yang menggelikan hati saya

sehingga terkekeh-kekeh dibuatnya.

Pertamanya ialah memori ketika menjalani kelas secara fizikal sebelum bermulanya

pandemik covid-19 lebih 10 tahun yang lepas. Saya meminta setiap pelajar membuat ayat pendek dalam bahasa Sepanyol dengan menggunakan kata kerja yang berbeza. Kemudian, mereka diminta untuk menulis ayat tersebut di papan

putih di dalam kelas. Satu persatu ayat dibaca. Terdapat satu ayat yang

amat menggelikan hati iaitu “El gato llama a su madre” (kucing itu menelefon ibun-

ya). Secara spontan saya membalas balik ayat tersebut dengan jawapan “meow, meow” sambil membuat gaya menjawab panggilan telefon. Hal ini membuatkan seluruh kelas ketawa terbahak-bahak malah, pelajar lain turut menokok tambah

sehingga kelas bertukar gamat.

Peristiwa yang kedua ialah ketika menjalani kelas secara dalam talian. Dua orang

pelajar diminta untuk menjawab soalan yang diajukan dalam bahasa Sepanyol.

Secara tiba-tiba, tanpa sempat pelajar membuka mulut, jawapan tersebut disambut

dengan sahutan kokokan ayam di tepi tingkap dan kicauan burung di dalam sangkar.

Sambil berseloroh saya membalas “kelas hari ini seperti dalam zoo pulak ya, ayam,

burung pun nak belajar sama”. Seorang pelajar tersebut menjawab “ya profesora,

rumah saya memang banyak burung, dah macam zoo, saya tak suka”. Pelajar-

pelajar lain turut ketawa sehingga perjalanan kelas terhenti sejenak. Itulah kisah

yang tidak akan dilupakan dalam hidup saya.

Page 5: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

5

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

Any academic journal or thesis is bound to have certain

shortcomings such as typographical errors, grammar

mistakes, translation and style inconsistencies which

can make it difficult to be comprehended by reviewers

or readers. Therefore, proper editing is vital to ensure a

clear communication of ideas. There are several points

to remember when editing a paper, which includes;

CONSISTENCY

Using appropriate structures throughout the paper is important to help convey

ideas clearly. This includes among others, font size, text alignment, order of

pages, translated sentence style, references, citations and bibliographies.

PARALLELISM

Making sure the ideas are parallel with the main topic is vital. Also the main

points must support the thesis statement and the conclusion should summa-

rise the main points. Furthermore, ensuring that any quotations or citations

used support the ideas they represent is also important (Exceller Open, 2019).

COMMON MISTAKES

Scrutinising the paper for common mistakes such as improper use of pronouns

or possessives, contractions, slang, abbreviations or spelling errors (either Brit-

ish or American style), grammar errors etc. should be done in order to avoid

misunderstanding of information.

CITATIONS

Pre-determining the preference of formats (APA, MLA etc.) will reduce confu-

sion and ensure standardisation throughout the paper.

READING-OUT-LOUD

Reading-out-loud helps writers to identify and spot errors easier as opposed to

skimming through the pages. The process also enables writers to focus on each

word attentively (Panter, n.d.).

PROOFREAD Having a friend or professional editors to look at the paper to get unbiased feedback is crucial as often writers tend to overlook their own mistakes (Panter, n.d.).

In conclusion, editing is an essential process that writers need to develop and exe-cute while writing their paper because clear and accurate writing increases reada-bility. This will ultimately help convey the research in a concise way for readers to understand and appreciate. (Ms Barathi is the committee member of the Editing & Translation Unit in CALC. For further queries on editing and translation services, please email @ [email protected]) Exceller Open. (2019). Useful tips for editing your thesis. https://excelleropen.com/useful-tips-for- edit- ing-your-thesis/ Panter, M. (n.d.). How to edit productively. https://www.aje.com/arc/editing-tip-how-edit-productively/

By Bharathi Visvanathan

5

Page 6: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

Quote “Work hard in silence, let your

success be your noise” - Frank Ocean

By Nurhidayah Binti Mohd Taufik

Kitap Incelemesi is an acitivity organised by READ@CALC to promote reading in the university, following the launch of the Malaysian Reading Campaign by the Education Ministry of Malaysia. This one hour sharing session gives participants a platform to analyse, evaluate, compare, criticise, and review a book and its contents.

Kitap Incelemesi made its debut on 2 April 2021 which showcased its first guest speaker, Mr. Mohammad Ammar Rosli who is an English Language teacher at CALC. During the session, participants delved into the personal writings of Marcus Aurelius through the infamous book “Meditations”. Sharing notable excerpts from the book, Mr. Ammar disclosed its contents and shared his personal thoughts in regards to the renowned Roman Emperor.

Taken from “AnySodokusolver” (2020). https://anysudokusolver.com 6

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR

Page 7: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

7

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

Disediakan oleh Sofia Hani Izyan Binti Mohd Sopian

Peribahasa Melayu dihasilkan berdasarkan cara hidup, pengalaman, sikap dan nilai murni bangsa

Melayu. Berikut merupakan beberapa jenis peribahasa Melayu beserta olahan ringkas dan maksud periba-

hasa tersebut. Jenis peribahasa yang pertama ialah simpulan bahasa. Simpulan bahasa merupakan kata-

kata ringkas yang boleh membawa kepada maksud tersirat.

Jenis peribahasa kedua ialah pepatah. Pepatah merupakan ringkasan kepada perkataan yang

berkerat-kerat dan mempunyai tujuan untuk menyampaikan pengajaran. Pepatah banyak dikaitkan

dengan adat istiadat, peraturan dan undang-undang.

Jenis peribahasa ketiga ialah perumpamaan. Perumpamaan merupakan susunan kata-kata yang

kemas dan indah serta mempunyai maksud yang tersirat. Perumpamaan sering menggunakan kata bagai,

ibarat, seperti, umpama pada permulaan ayat.

Jenis peribahasa keempat ialah bidalan. Bidalan juga turut memaparkan unsur nasihat, pengaja-

ran dan pedoman kepada masyarakat.

Jenis peribahasa kelima pula merupakan kata-kata hikmat. Definisi kata-kata hikmat ini merujuk

kepada kata-kata orang bijaksana seperti cendikiawan, sasterawan, dan tokoh.

Peribahasa keenam ialah bandingan atau dikenali sebagai perbandingan semacam dan ianya juga

sering kali menggunakan perkataan macam, bagai, seperti dan laksana.

Rujukan:

Hamzah, Z. A., & Hassan, A. F. (2011). Bahasa dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language

Studies, 11(3). http://journalarticle.ukm.my/2760/ "Mari belajar peribahasa Melayu". (n.d.). https://maribelajarperibahasamelayu.weebly.com/ jenis-jenis.html

Simpulan Bahasa Maksud

Panjang tangan Suka mencuri

Pepatah Maksud

Buang yang keruh, ambil yang jernih Berdamai antara dua pihak yang bersengketa

Perumpamaan Maksud

Bagai aur dengan tebing Sikap bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain

Bidalan Maksud

Sudah terhanduk baru tengadah Baru hendak beringat-ingat apabila sudah ditimpa masalah.

Bandingan Maksud

Manis seperti madu Rasa manis yang disamakan dengan rasa madu

Kata-kata Hikmat Maksud

Bahasa menunjukkan

bangsa Cara pertuturan seseorang menunjukkan kelakuan atau sifat sesuatu bangsanya

Page 8: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

8

DIARI CALC-SENARAI AKTIVITI BULAN APRIL

BIL TARIKH AKTIVITI

1 6 April 2021 Courtesy Visit Yunus Emre Enstitusu ke CALC

2 8 April 2021 Majlis Persaraan YBhg. Prof. Dr. Arshad Abd Samad

3 9 April 2021 Sesi Penerangan Hala Tuju dan Pelan Tindakan JINM oleh YBhg. TNCJINM ke Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC)

4 12 April 2021 Perbincangan CALC bersama Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina

5 15 April 2021 Online Zoom Meeting: MoU collaboration between UPM and UMP Indonesia

6 16 April 2021 Perbincangan CALC bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan

7 28 April 2021 Mesyuarat Pengurusan CALC Kali Ke-123

BIL TARIKH AKTIVITI 1 3 Mei – 6 Jun

2021 Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021 (PABM 2021)

2 6 Mei 2021 Sesi Temuduga Jawatan Staf Pentadbiran PIE

3 10 Mei 2021 Majlis Ucapan Hari Raya CALC anjuran WeCALC

4 27 Mei 2021 Mesyuarat Pengurusan CALC Kali Ke-124

5 28 Mei 2021 Majlis Doa Selamat Dan Bacaan Yasin CALC

6 31 Mei sehingga 13 Ogos 2021

pertandingan “Intervarsity Undergraduate Public Speaking Competition 2021 (IUPSC 2021)” oleh Bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris (BKBI)

BIL TARIKH AKTIVITI 1 8 Jun 2021 Perbincangan Permohonan Ruang Penyimpanan (Cloud)

Untuk Bahan Aktiviti LAX bersama pihak iDEC 2 23 Jun 2021 Mesyuarat Pengurusan CALC Kali Ke-125

3 25 Jun 2021 Program Kitap Incelemesi “Bedah Buku” oleh Pengarah CALC, YBhg. Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Bin Ahmad

4 30 Jun 2021 Mesyuarat JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan CALC

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR

Page 9: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

SUDOKU (ANSWER)

13 WAYS TO MOTIVATE YOURSELF AT

WORK By Sangeetha Palpanaban

Lacking motivation at work? I hear you. Here

are 13 ways to get your spark back at work.

1.Create a 5-year-plan

2. Start with small specific steps to achieve your

5-year-plan

3. Do your least favorite work

4. Learn new skills

5. Schedule monthly check-ins with a manager to

voice out concerns and to get feedback

6. Find a mentor to propel your career forward

7. Practice gratitude and recognize the good

things

8. Make a passion diagram- list down what

you love to do at the workplace and find ways to

marry what you love doing with your day-to-day

work.

9. Reward yourself for accomplished goals

10. Surround yourself with motivated people and

bounce ideas off each other and work together on

new and exciting projects

11. Get feedback from your manager, coworker or

a mentor and improve yourself

12. Take a break either by turn ng off your

phone on weekends or taking a short vacation

13. Stay positive and be in control of your career-

only you can stimulate you.

Contessa, C. (2021). 13 Ways to Motivate Yourself at Work.

Career Contessa. https://www.careercontessa.com/

advice/

9

Page 10: Oleh Siti Muslihah Isnain - calc.upm.edu.my

PUBLISHED BY:

Centre for the Advancement of Language Compe-

tence (CALC),

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan.

Phone: 03-97691404

https://calc.upm.edu.my/

https://www.facebook.com/calcupm/

KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021

PUBLISHED BY:

Centre for the Advancement of Language Competence (CALC),

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan.

Phone: 03-97691404 https://calc.upm.edu.my/

https://www.facebook.com/calcupm/

Deputy Director/Advisor Pn. Iza Dura Abdul Manan

[email protected]

Editor Sangeetha Palpanaban

[email protected]

Editorial Unit Nur Afiqah Shabudin writer Siti Muslihah Isnain writer

Mohammad Ariff Ahmad Zainnuddin writer Nur Najmi Muhammad Khatib admin

Lailatul Badariah Buharan Nordin design Muhammad Syafiq bin Mazlan design

Noor Farrid Noordin finance Muhammad Azizi Abd. Rahman logistics

Contributors

Syaakiratul Hasanah binti Rossidi Dr. Azlina Binti Mohd Sera’ai

Othman Abdul Kareem Bharathi Visvanathan

Noor Hidayah Binti Ismail Nurhidayah Binti Mohd Taufik

Sofia Hani Izyan Binti Mohd Sopian

Services

Language Extension Courses [email protected]

Editing and Translation [email protected]

Language Testing and Assessment [email protected]

Rooms and Facilities

[email protected]

Postgraduate Intensive English (PIE) [email protected]

Kompetensi Bahasa

[email protected] 10

6 Fakta Menarik Tentang Turki Disediakan oleh Mohammad Ariff Ahmad Zainuddin

Kata Napoleon Bonaparte "If the Earth were a single state, Istan-bul would be its capital." Turki adalah satu negara yang sangat menarik dan ia pernah menjadi pusat pemerintahan banyak em-payar di dalam dunia. Mari bersama saya membaca beberapa fakta yang menarik mengenai Turki.

1. Kedudukan Geografi Yang Sangat Strategik

Turki merupakan negara yang mempunyai dua benua iaitu benua Eropah dan Asia yang lebih dikenali dengan istilah Eurasia. Di sempadan barat, Turki berjiran dengan negara Bulgaria dan Greece. Di Timur pula bersempadan dengan negara Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria. Ia juga dikelilingi Laut Hitam, Aege-an dan Mediterranean.

2. Penggunaan Bahasa Turki Yang Sangat Meluas

Pernah anda menonton filem yang dialih bahasa ke Bahasa Me-layu? Bunyinya pelik bukan. Tetapi tidak pelik di negara Turki di mana semua filem akan dialihkan bahasanya kepada Bahasa Turki hatta Upin dan Ipin pun terikut sama.

3. Ucapan Selamat

Budaya masyarakat Turki yang terpuji adalah suka mengucap-kan selamat bila bertemu dan berpisah. Selain ucapan Assal-amualaikum bila menyapa sesiapa yang ditemui, orang Turki menambah ucapan berbentuk doa seperti Kolay Gelsin yang bermaksud moga dipermudahkan, Allah Razi Olsun yang ber-maksud moga Allah meredhai kamu. Jika menjamu selera, pekerja restoran akan mengucapkan Afiyet Olsun yang bermak-sud selamat menjamu selera.

4. Kesihatan

Jika anda menetap di Istanbul, anda boleh merentasi benua Eropah dan Asia hanya dengan berjalan kaki. Menarik bukan? Masyarakat Turki lebih gemar berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan. Makanan di Turki pula kurang berminyak dan lebih suka makanan yang dipanggang.

5. Pusat Seni Dunia

Anda pernah dengar perkataan Tezhib? Tezhib adalah salah satu cabang dari seni-seni tradisional dan ianya sangat terkenal di Turki dalam kalangan penggiat seni. Ramai yang pergi ke Turki untuk mengikuti kursus-kursus seni yang disediakan di sini. Anta-ra seni yang terkenal dari Turki ialah Ebru.

6. Menghargai Sejarah

Terdapat banyak tinggalan sejarah yang wujud dan masih kekal berdiri dengan teguh di Turki. Di Istanbul misalnya terdapat bekas dinding Konstantinopel dan Hagia Sophia bekas tinggalan Em-payar Rom.

“18 Favourites Quotes About Istanbul” (n.d.). Istanbul.com. https://istanbul.com/blog/istanbul-travel-quotes/ “Budaya Seni Tangan” (n.d.). Türkiye Kültür Portalı. https:// www.kulturportali.gov.tr/portal/el-sanatlari-gelenegi-1