Top Banner
KEBERKESANAN PENGGUNAAN DUA TEKNIK PENYELIAAN TERHADAP PROFESIONALISME GURU DI MEDAN-INDONESIA Oleh ZAINY CHALISH HAMDY Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Satjana Pendidikan PUSAT PENGAJlAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mac2004
38

Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Apr 08, 2019

Download

Documents

vuongnguyet
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

KEBERKESANAN PENGGUNAAN DUA TEKNIK PENYELIAAN TERHADAP PROFESIONALISME GURU

DI MEDAN-INDONESIA

Oleh

ZAINY CHALISH HAMDY

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi

keperluan bagi Ijazah Satjana Pendidikan

PUSAT PENGAJlAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Mac2004

Page 2: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

PENGHARGAAN

Puji Syukur kehadhirat Allah SWT.yang telah memberikan ralunat dan hidayah

Nya sehingga pengkaji ' dapat menyelesaikan tesis ini. Salawat beriring salam

disampaikan pula kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Selanjutnya ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ingin

saya sampaikan kepada Prof. Madya DR.Ismail Jusoh, penyelia saya yang telah banyak

membimbing dan membantu saya sehingga dapat menyiapkan kajian ini.

Penghargaaan yang serupa ingin saya sampaikan kepada Rektor IAIN.

Sumatera Utara Medan, Ka. Kanwil Dep. Agama Provinsi Sumatera Utara di Medan,

Demikian pula ucapan terima kasih saya sampaikan kepada Dekan, Timbalan Dekan

beserta para staf dan Prof. Madya DR Mohd. Daud Hamzah, DRHalim Ahmad, Tuan

Haji Hanm di Pusat Pengajian Ihnu Pendidikan.Universiti Sains Malaysia. Begitu pula

Institut Pengajian Siswazah yang telah rnernberi bantuan dan keljasama yang hannoni

demi kelancaran kajian ini.

Begitu pula ucapan terima kasih saya tujukan kepada DR. Lahmuddin Lubis

M.Ed., Drs.Ramlan Sitorus M.Pd. dan semua rakan-rakan, pengetua sekolah beserta

guru-guru Madrasah Ali yah Negeri 1, 2 dan 3 Medan yang telah berpartisipasi aktif

bagi membantu melancarkan penyelidikan ini.

Penghargaan yang istimewa tak lupa disampaikan kepada almarhum ayahanda

dan alrnarhumah ibunda tercinta berikut isteri dan kedua-dua anak tersayang yang

setiap saat mendo'akan, memberi motivasi dan sernangat bagi kesuksesan kajian ini.

Terima kasih kepada semua, dan semoga Allah swt. yang Maha Pengasih Lagi

Maha Penyayang akan memberi ganjaran dan balasan yang berlipat ganda kepada·

semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

ii

Page 3: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Abstrak

Penyeliaan pendidikan merupakan aktiviti yang · sangat dominan dalam

mempertingkatkan profesionalisme gtm1-guru di sekolah. Untuk melaksanakan

penyeliaan, para pengetua sekolah hams menggunakan teknik yang tepat, sesuai dan

berkesan supaya dapat diterima serta diamalkan o1eh para guru dalam menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberk:esanan penggunaan teknik

penyeliaan individu dan teknik penyeliaan kumpulan dalam mempertingkatkan kualiti

gum Madrasah Aliyah Negeri di Medan-lndonesia Kajian ini menggunakan reka

ben~~ksperimen kuasi dengan dua kumpulan latihan dan sa!JJ.lrutnpulan kawalan.

Sampel dalam kajian ini ditetapkan seramai 75 orang guru dipilih secara rawak

bertujuan (random purposive) di 3 (tiga) Madrasab Aliyah Negeri di Medan Indonesia.

Sampel uri dibahagi sama banyak kepada tiga kumpulan : kumpulan rawatan

satu (Rl) yang diberikan latihan teknik penyeliaan individu, kumpulan rawatan dua

(R2) yang diberikan latihan teknik penyeliaan kumpulan, manaka1a kumpulan ketiga

adalah kumpulan kawalan (K). Semua data clikurnpul dengan menggunakan soal selidik.

Soal selidik ini mempunyai pekali kebolebpercayaan 0.92. Data dianalisis dengan

menggtmakan pengi:raan statistik Analysis of Variance (ANOVA} dikuti dengan

perbandingan pos hoc.

Hasil kajian ANOVA memmjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

antara skor min kumpulan rawatan satu (Rl)dengan kumpulan rawatan dua (R.2 dan

skor min kUmpulan kawalan (K) dalam aspek kemampuari dan motivasi. Tetapi tidak

terdapat,J2.Crbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan dalarn aspek kod etika. .

iii

Page 4: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Hal ini bererti bahawa teknik penyeliaan individu (R.l) dan teknik penyeliaan

kumpulan (R.2) adalah tidak setanding. Temyata bahawa teknik penyeliaan kumpulan

lebih berkesan berbanding dengan teknik penyeliaan individu bagi mempertingkatkan

profesionalisme gmu Madrasah Aliyah Negeri di Medan-Indonesia sama ada dalam

aspek kemampuan, motivasi mahupun aspek kod etika

lV

Page 5: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

THE EFFECTIVENESS OF USING TWO SUPERVISION TECHNIQUES TOWARD THE PROFESSIONALISM OF TEACHERS

IN MEDAN- INDONESIA

Abstract

Educational supervision is a dominant activity to increase the professionalism of

teachers. In implementing the supervision, headmasters have to use the right, suitable

and effective technique. This will guarantee that the supervision is well-received and

applied in the teaching and learning processes.

This study was designed to investigate the effect of individual supervision

technique and group supervision technique toward the improvement the teaching quality

of teachers in Madrasah Aliyah Negeri, Medan-Indonesia

This study employed a quasi experimental design using two experimental and one

control goups. A sample of 7 5 teachers were selected using purposive random

sampling from teachers in three senior high schools (Madrasah Aliyah Negeri) in

Medan-Indonesia

The sample was divided into three equal- groups. Group 1 (Rl) was given the

treatment of individual-supervision technique, group 2 (R2) was given the treatment of

group-supervision technique, and the third group was designated as a control group

(K). The data were collected through a questionaire develoved by researcher based on

questionaires from previous researches. The questi01maire has a reliability index of

0.92.

The data were analyzed using simple, one- way Analysis of Variance (Anova)

followed by post hoc comparison. The result of this S!UdY indicate that there are

significant differences at 0.05 level between mean score of treatment group 1 and the

score mean of treatment group i and also the mean score of control group in the ability

and motivation aspect. But there are no significant differences between the mean .score

v

Page 6: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

of treatment group 1 (R 1) and the score mean of control group (K) in the code of

ethics.

It means that individual-supervision technique (R 1) and group-supervision

technique (R2) are not comparable. The group-supervision technique (R2) is obviously

more effective than individual-supervision technique (R 1 ). It is proposed that group

supervision technique is very suitable to enhance the teaching quality of teachers of

Madrasah Aliyah Negeri Medan-Indonesia in tenn of their ability, motivation and the

code of ethics.

vi

Page 7: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

.. _

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan

Abstrak

Abstract

Jadual Kandungan

Senarai Lampiran

Senarai Jadual

Senarai Rajah

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Latar Belakang masalab

1.2. Pemyataan Masalah

1.3 Tujuan Kajian

1.4 Persoalan kajian

1.5 PentingnyaKajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi operasional

BAB 2 : TINJAUAN LITERA TUR

2.1 Pend.ahuluan

vii

Hal am an

1

11

iii

v

vii

xi

xii

XIV

1

1

11

13

13

14

14

15

16

21 .

21

Page 8: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

2.2 Kajian Lepas Tentang Penyeliaan Pendidikan. 22

2.2.1 Konsep asas Penyeliaan Pendidikan 22

2.2.2 Matlamat Penyeliaan Pendidikan 26

2.2.3 Kriteria penyeliaan Pendidikan 29

2.2.4 Prinsip-Prinsip Penyeliaan Pendidikan 30

2.2.5 Keberkesanan Teknik Penyeliaan Pendidikan 32

2.2.5.1 Penyeliaan Individu 33

2.2.5.2 Penyeliaan Kumpulan 35

2.3 Konsep Asas Profesionalisme Guru 38

2.4 Ciri Profesionalisme Guru 41

2.4.1 Hubungkait Dengan Kemampuan (ability) 49

2.4.2 Hubungkait Dengan Motivasi (Motivation) 54

2.4.3 Hubungkait Dengan Kod Etika (Code ofEthics) 59

2.5 Pendekatan Yang Sering Digunakan Dalam Mempertingkatkan

Profesionalisme Guru 61

2.5.1 Teori Kepimpinan 62

2.5.2 Teori Motivasi 68

2.5.3 T eori Kognitif 71

2.5.4 Teori Humanistik 72

2.5.5 Teori Behavioristik 73

2.5.6 Pendekatan Keagamaan 75

2.6. Pendekatan Yang digunakan Dalam Kajian 76

2.7. Kesimpulan 79

viii

Page 9: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

,.,

BAB 3 : METODOLOGI

3.1. Pendabuluan

3.2. Kerangka Model Kajian

3.2.1 Latihan Teknik Penyeliaan Individu

3.2.2 Latihan Tekuik Penyeliaan Kumpulan

3.3 Reka Bentuk Kajian

3.3.1. Reka Bentuk Eksperimen

3.3.2 Langkah Rawatan Yang Dija1ankan

3.4 Tempat Kajian

3.5 Populasi Dan Persampelan

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Kajian Rintis

3.7.1. Menguji Kefahaman Item-Item Instrumen Kajian

3.7.2. Menguji Kesahan Dan Kebolehpercayaan lnstrumen Kajian

3.7.3 Kesahan

3.7.4 Kebolehpercayaan

3.8 V ariabel Kajian

3.9 Data Penyelidikan

3.10 Instrumen Pengumpulan Data

3.11 Analisis Data

3.12 Kesimpulan

Bab 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

4.2 Gambaran Kua1iti Subjek Pada Ujian Pra Dan Pos

IX

82

82

82

84

86

89

91

92

101

102·

105

107

107

108

108

112

114

114

115

117

118

120

120

120

Page 10: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

4.3 Pengujian Hipotesis 122

4.3.1 Hipotesis (H01) 124

4.3.2 Hipotesis (Ho2) 126

4.3.3 Hipotesis (Ho3) 128

4.3.4 Hipotesis (Ho4) 130

4.4 Kesimpulan 131

Bab 5 : Perbincangan, Cadangan Dan kesimpuJam 135

5.1 Pendahuluan 135

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 135

5.2.1 Kajian Anova Sehala 135

5.2.2 Kajian Pos Hoc 136

5.3 Perbincangan 137

5.4 Implikasi Kajian. 142

5.4.1 Pengetua Sekolah 142

5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143

5.4.3 Pihak guru 144

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 144

5.5.1 Kekekalan/Keberkesan.an Kajian 145

5.2.2 Jangka Masa/ Masa rawatan 145

5.5.3 Kandungan Sistem Kolektif/Kumpulan 145

5.6 Kesimpulan 146

BIBLIOGRAFI 149.

X

Page 11: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Senarai Lampiran

Lampiran 1 Kesahan item lnstrwnen Kualiti Guru

Madrasah Aliyah Negeri Medan 158

Lampiran 2 Kebolehpercayaan Intrumen Kualiti

Guru Madrasah Aliyah Negeri Medan (dua kumpulan) 162

Lampiran 3 Modul Latihan Teknik Penyeliaan Individu 163

Lampiran4 Modul Latihan Teknik Penyeliaan Kumpulan 165

Lampiran 5 Soal selidik Untuk Responden Kajim1 168

Lampiran 6 Penilaian Pakar Ke Atas Soal Selidik 177

Lampiran 7 Senarai Nama Pakar Penilai So31 Selidik 183

Lampiran 8 Surat Keterangan Penelitian 184

xi

Page 12: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Senarai Jadual

Jadual1.1 Latar Belakang Responden Kajian 9

Jadual 3.1 Jadual LatihanTeknik Penyeliaan Individu 94

Jadual 3,2 Jadual Latihan Teknik Penyeliaan Kumpulan 98

Jadual 3.3 Penilaian Pakar Terhadap Item Soalselidik Ill

Jadual 3.4 Spesifikasi Soal selidik 116

Jadual 4.1 Jumlah Skor Dan Peratus Komponen Kualiti Subjek

pada Ujian Pra 121

Jadual 4.2 Jumlah Skor Dan Peratus Komponen Kualiti Subjek

Pada Ujian Pos 122

Jadual 4.3 Taburan Skor Min Dan Sisihan Lazim

Kumpulan R.l, R.2 dan K. Pada Aspek Kualiti 123

Jadual 4.4 Skor Min Pada Ukuran Profesionalisme Bagi

Kumpulan R 1, R2 dan Kawalan 124

Jadual 4.5 Keputusan Anova Sehala Pada Ukuran

Profesionalisme Subjek 125

Jadual 4.6 Keputusan Pos Hoc Pada Ukuran Profesionalisme Subjek 125

xii

Page 13: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Jadual 4.7 Skor Min Pada Ukuran Kemampuan Bagi

KumpulanR.l ,R2danK.awalan 126

Jadual 4.8 Keputusan Anova pada Aspek Kemampuan 128

" Jadual 4,.9 Keputusan Post Hoc Pada Aspek Kemampuan 127

Jadual 4.10 Skor Min Pada Aspek Motivasi Bagi

Kmnpulan R.1, R.2 Dan K 128

Jadual 4.11 Keputusan Anova Pada Aspek Motivasi 129

Jadual 4.12 Keputusan Post Hoc Pada Aspek Motivasi 129

Jadual 4.13 Skor Min Pada Aspek Kod Etika

Bagi Kumpulan R.1 ,R.2 dan Kawalan 130

Jadual 4.14 Keputusan Anova Pada Aspek Kod Etika 131

Jadual 4.15 Keputusan Anova 132

Xl1l

Page 14: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Senarai Rajah

Rajah 3.1 Kerangka Model Kajian 83

Rajah 3.2 Reka Bentuk Eksperimen 91

Rajah 3.3 Langkah Rawatan Teknik Penyeliaan Individu 93

Rajah 3.4 Langkah Rawatan Teknik Penyeliaan Kumpulan 97

Rajah 3.5 Reka Bentuk Kajian 104

Rajah 3.6 Langkah-Langkah Prosedur Kajian 105

Rajah 3.7 Reka Bentuk Anova Teknik Penyeliaan Individu Dan Kumpulan 118

xiv

Page 15: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Profesionalisme guru merupakan salah satu aspek yang menentukan kejayaan

proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan. Oleh sebab

dominasi guru terhadap satu sistem pendidikan sangat besar, oleh itu, semakin tinggi

profesionalisme guru, semakin tinggi pula kualiti pendidikan.

Guru yang memiliki profesionalisme yang tinggi secara amnya memiliki

kemampuan, motivasi dan patuh pada kod etika. Sebaliknya guru yang memiliki

profesionalisme yang rendah tidak memiliki ~emampuan yang optimum, kurang

memiliki motivasi dan sering tidak patuh pada kod etika Justeru, perkara

profeS:ionalisme guru dan fenomena yang ada di dalarnnya sentiasa menjadi bahan

kajian para pakar pendidikan sama ada pada masa dahulu mahupun masa ini (Lang &

Mc.Beath, 1995).

Menurut Duke (1990) kemampuan atau kemahiran guru sangat diperlukan

dalam mengelola proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai perkembangan

pelajar yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari segi kognitif, afektif mahupun

psikomotor dengan cara pelaksanaan kurikulum yang berkesan di sekolah.

Page 16: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Mengikut Maslow (1970) rnotivasi wujud terhadap seseorang berasaskan

peringkat keperluan seseorang itu. Apabila keperluan dapat dipenuhi, rnaka seseorang

pasti berusaha melakukan sesuatu aktiviti dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab.

Begitu pula para guru perlu diberi motivasi., kerana dia juga memiliki keinginan,

kehendak serta keperluan sama ada keperluan fizikal (physiological) rnahupun

keperluan rohani (p,\ychis). Oleh itu, dengan rnernerhati dan rnernenuhi keperluan

dalarn kalangan guru, san gat berkesan bagi rneningkatkan kualiti pengajaran.

Selanjutnya, Mortimore ( 1995) rnenegaskan pula bahawa tiap-tiap . guru '

sepatutnya rnernatuhi kod etika yang merupakan landasan kerja agar dapat rnenjalankan

fi.mgsi, tugas dan tanggungjawabnya sebagai tenaga profesion. Lantaran itu,

rnempertingkatkan profesionalisrne gum rnerupakan satu perkara yang sentiasa perlu

dan rnenempatkan · kedudUkannya sebagai · tenaga profesion, sesuai dengan tuntutan

rnasyarakat yang semakin berkembang. Dalarn erti katayang lebih luas pada masing-

rnasing d.iri setiap guru itu bertanggungjawab Wltuk menyelia para pelajar pada suatu

taraf kedewasaan dan kernatangan tertentu. Oleh itu, gwu bukan hanya sebagai

pengajar, tetapi juga sebagai pendidik yang bertanggungjawab serta berperanan

sebagai penyelia kepada para pelajar dalarn proses pembelajaran (Sardiman, 2000).

Sehubungan dengan ini, Sardiman ( 2000) rnengutarakan pula bahawa: ada 5

(lima) peringkat tugas seorang gum, iaitu : (i) memilih kurikulum, (ii) mendiagnosis

kebersiapan · gaya dan minat pelajar, (iii) merancang program pengajaran, (iv)

mencadangkan program di bilik darjah, (v) melaksanakan pengajaran di bilik darjah.

Soon Sang (2000) pula mengutarakan bahawa ciri-ciri kemahiran mengajar yang baik

2

Page 17: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

adalah seperti yang berikut: (i) aktiviti pengajaran boleh dilaksanakan secara sistematik

langkah demi langkah, (ii) peringkat pennulaan, guru berjaya memotivasikan dan

menarik perhatian pelajar supaya bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh

minat, (iii) konsep dan kemahiran baharu dapat diperkembangkan daripada yang mudah

kepada yang StlSah, daripada konkrit kepada yang abstrak, (iv) kandungan pelajaran

dapat disampaikan secara sistematik, (v) suasana pembelajaran adalah 1>ositif dan

bersifat menggalakkan, (vi) para pelajar diberi peluang untuk berinteraksi di dalam

kumpulan, (vii) disiplin araban diri dan disiplin araban keija di kalangan pelajar dapat

diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran, (viii) strategi dan

kaedah yang digunakan adalah sesuai, (ix) aktiviti penguku.han dapat membantu pelajar-

pelajar membuat iumusan dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam

situasi yang baru, (x) aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup M.alah sesuai dan

membawa kejayaan kepada para pelajar.

Oleh itu, jelas bahawa guru ialah smnber daya manusia yang memptmyai

kedudukan strategik dan sangat dominan untuk mengbasilkan matlamat pendidikan.

Guru merupakan unsur manusiawi yang sangat dekat lmbungannya dengan para pelajar

dan sangat berpotensi lmtuk menentukan kejayaan pendidikan mereka Lantaran itu,

para pakar pendidikan mengemukakan peningkatan mutu pendidikan tidak mungkin

ada tanpa penglibatan dan penampilan para guru.

Mursell & Nasution ( 1995) menyatakan pu1a bahawa pendidikan menghadapi

keadaan yang penuh dengan cabaran, sehingga perlu penyeliaan dan peningkatan kualiti

tenaga pengajar atau pendidik. Oleh itu, mengajar barns memberikan basil yang konkrit

dan keadaan ini belum lagi tercapai. Dengan begitu, jelaslah bahawa guru merniliki

3

Page 18: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

peranan yang kompleks dan sangat dominan sebagai usaha membentuk para pelajar

pada tal1ap yang di cita-citakan.

Dalam konteks sistem pendidikan di Indonesia, pelaksanaan pendidikannya

mengarah kepada pembentukan manusia yang diinginkan, yaitu manusia yang beriman

dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, yakni manusia yang ber~iti

sebagaimana yang dinyatakan dalam rumusan matlamat pendidikan nasional yang

terangkum dalam Undang-Undang Sistem Pendidikan Nasional (2003 ), iaitu :

" Untuk berkembangnya potensi pelajar agar menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak mulia, sehat, berilmu, cakap, kreatif, mandiri dan menjadi warga negara yang demokratis serta bertanggtmgjawab "(Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 20 tahun 2003, m.s.5)

Berpandukan tujuan pendidikan Nasional ini, jelas bahawa matlamat pendidikan

di Indonesia merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti manusia Indonesia,

seumpama insan yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak

mulia, berkeperibadian, memiliki kemampuan mandiri, cekap dan berketerampilan

menghadapi pelbagai cabaran, kreatif, serta berdisiplin tinggi dan tetap mentaati kod

etika, profesion, sentiasa bertanggungjawab dan produktif, serta sihat jasmani mahupun

rohani. ·

Berdasar pada matlamat pendidikan Nasional Indonesia seperti yang digariskan

dalam Undmig-Undang Sistem Pendidikan Nasional 2003 di atas, maka tugas para guru

di sekolahjuga menuju matlamat berkenaan.

4

Page 19: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Hadfield (1992) pula berpandangan bahawa guru mempunyai kedudukan yang

sangat dominan dan menentukan. Begitu pula komponen lainnya yang secara langsung

berhubungkait dengan aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran seumpama

komponen pelajar, metod, kurikulum, media pendidikan, jadual waktu serta dana yang

ada

Selain itu, ilmu pengetahuan dan teknologi yang terns berkembang sesuai ~

dengan tuntutan zaman, maka tenaga pendidik yang profesion dan memiliki kualiti

sangat diperlukan, agar mereka mampu menyampaikan pengalaman belajar yang

bermutu kepada para pelajar sesuai dengan keperluan dan perkembangan dalam

masyarakat.

Guru yang bersifat dinamik merupakan guru yang sentiasa responsif dan

bempaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-pembahan dari semasa ke

semasa Gum yang bersifat dinamiklah yang dapat menghadapi cabaran-cabaran baru

yang sering timbul. Guru seperti ini mempunyai kebolehan untuk memainkan

peranannya secara berkesan untuk memenuhi aspirasi dan kehendak individu,

masyarakat dan negara

Guru pada masa ini bukan hanya sebagai pengajar yang menyampaikan

pelbagai ilmu pengetahuan sahaja, tetapi ia juga dikehendaki memaink.an peranan

sebagai pemudahcara untuk menyelia, memotivasi dan menggerakkan para pelajar. Hal

ini boleh dijalankan oleh mereka sebagai aktiviti pembelajartm di bilik darjah. Oleh itu,

guru perlu menguasai pelbagai kemahiran pemudahcaraan untuk memperoleh

5

Page 20: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

keberkesanan optimum daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sehingga

matlamat pendidikan secara keseluruhan dapat dicapai

Daripada perbincangan di atas, dapat difuhami bahawa tugas, fungsi serta

tanggung jawab guru sebagai pendidik dan pengajar adalah sangat kompleks dan luas.

Justeru guru sepatutnya merillliki kualiti mengajar yang tinggi, motivasi yang tinggi

serta mengamalk.an kod etika. secara berterusan, agar mereka sentiasa mampu

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan serta

kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Sejajar dengan itu, Roestiyah, (1991) menegaskan bahawa peningkatan mutu

pendidikan mesti dimulakan dengan pembinaan tenaga pengajar atau guru. Jika tidak,

matlamat pendidikan tidak mungkin boleh dicapai.

Berpandukan pandangan pakar di atas, maka gtrrU perlu diberi pelbagai

bantuan ataupun penyeliaan, kerana hal ini akan lebih mempertingkatkan kemampuan,

motivasi mahupun kod etika. Aktiviti pemberian bantuan seperti ini merupakan

tanggungjawab pengetua sekolah sebagai -penyelia pendidikan di sekolah. Bengan

perkataan lain, keragaman soalan yang dihadapi guru memerJukan bantuan daripada

pengetua sekolah sebagai penyelia pendidikan.

Komoski (1997) menjelaskan bahawa penyeliaan ialah proses kepemimpinan

yang merupakan pendekatan yang palilig tepat digunakan untuk membantu

mengembangkan aktiviti pengajaran guru. Selanjutnya · Oliva & Paw las (200 1)

menegaskan penyeliaan merupakan satu sumbangan pemikiran kepada guru khsnya

untuk memperbaik serta meii'"gembangkan program pengajaran. Selanjutnya Acheson

6

Page 21: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

dan Gall (1987) menjelaskan bahawa penyeliaan pengajaran merupakan satu :fungsi

peuting untuk membantu para guru mengurangkan ketidaksuaian antara tingkah laku

mengajar yang nyata dengan tingkah laku meugajar yang diharapkan.

Berdasar pada huraiau di atas, disimpulkan bahawa penyeliaan pendidikan . (educational supervision) merupakan satu pendekatan yang sangat diperlukan untuk

mempertingkatkan kualiti mengajar dalam kalangan guru sama ada aspek kemampuan,

motivasi mahupun kod etika

Dalam konteks pembinaan tenaga kependidikan, khasnya dalam kalangan para

guru, Lovell & Wiles (1987) mengutarakan bahawa penyeliaan pendidikan dapat

dilakukan dengan pelbagai cara, antara lain : Pre Service Education, In-Service

Education dan Non Service Education. Pre Service Education merupakan bantuan

pendidikan yang dijalankan terhadap guru-gum yang belwn pernah menjadi guru. In-

Service Education pula merupakan bantuan yang diberikan kepada guru yang sudah

pemah menjadi guru, sedangkan Non Service Education merupakan bantuan yang

diberikan kepada guru dalam bidang-bidang tertentu.

Disamping itu, pendekatan penyeliaan pendidikan sangat diperlukan untuk

menyelia, memotivasi para guru barn (calon yang belum pemah menjadi guru) ataupun

guru yang sudah berpengalaman, Iilahupun guru yang mengajarkan bidang tertentu,

agar memiliki profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas pengajaran.

Seterusnya dalam kontek:s pelaksanaan pendidikan agama di Indonesia

Departemen Agama Republik Indonesia sebagai institusi yang bertanggungjawab

7

Page 22: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

terhadap pendidikan keagamaan secara nasional, telah pun mengukuhkan pelaksanaan

penyeliaan pendidikan pada tiap-tiap jenis dan peringkat pendidikan agama Islam. Hal

ini bersesuaian dengan Surat Keputusan Menteri Agama Republik Indonesia nombor 45

tahun 1981 yang menyebutkan bahawa tugas dan fungsi penyelia ialah melakukan

pembinaan gum pendidikari agama Islam di sekolah atau madrasah dengan cara proses

penyeliaan terhadap pelaksanaan tugas guru pend.idikan agama Islam (Pedomam

Pengawasan Departemen Agama Republik Indonesia, 1990).

Untuk melancarkan pelaksanaan penyeliaan pendidikan agama di madrasah,

pihak kerajaan (Indonesia) telah pun menjalankan pelbagai aktiviti, seperti menerbitkan

buku-buku panduan penyeliaan pendidikan untuk peringkat pendidikan rendah,

menengah pertama dan menengah atas. Disamping itu, pihak kerajaan fndonesia juga

telah menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan kepada guru, seumpama kelas

bimbingan, bengke1-bengkel, seminar-seminar, dan fonun-forum diskusi.

Selanjutnya satu fenomena yang didapati dalam kajian ini adalah bahawa guru

yang dibina ataupun diselia, memiliki latar belakang yang berbeza sama ada pada

peringkat pendidikan. 1amanya masa bekeija, pangkat dan go Iongan mahupun aspek

budaya atau etnik.

Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa latar belakang guru Nf,adrasah

Aliyah Negeri Medan adalah sebagai yang berikut :

8

Page 23: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Jadual l.l Latar Belakang Responden Kajian

Pencapaian Akademik Pengalaman keija Pangkat/Golongan Etnik

S.O. =9.3 - Melayu=48% (Sarjana Muda 3 th)

1-5 tahun = 26.7 %, II/d. = l.3 %.

S.l= (88 %) 6-lO tahun = 38.7 %, III/a.= 22.7% Mandailing= 28%

(under Graduate 4th)

Jawa= 12% .~

S.2 = 2.7 %. 11-15 tahun = 12% Il1/b.= 24 %, (Ijazah Saijana 2 th)

, 16-20 tahun = 9.3%

III/c.= 17.3 %, Aceh=4%

21 tahun = 13.3% III/d = 18.7% Minangkabau = 8 %

Sumber: Data Statistik Kantor Dep. Agama Kota Medan Tahun 2002/20003.

Jadual 1.1 menunjukkan bahawa latar belakang para guru adalah sangat bervariasi.

Keadaan seperti ini tentu memberi pengaruh secara Jangsung terhadap proses penyeliaan

yang dijalankan oleh pengetua sekolah. Selain itu .. pengetua sekolah juga sebagai

pentadbir yang memiliki tugas dan tanggung jawab terhadap proses pentadbiran secara

keseluruhan.

Oleh itu, tugas dan kewajiban pengetua sekolah untuk memajukan pendidikan

adalah sangat kompleks. Pada satu sisi pengetua sekolah perlu membina para guru yang

mempunyai perbezaan Jatar belakang. Di sisi lain pengetua sekolah perlu menjalankan

pelbagai latihan dengan teknik penyeliaan yang tepat supaya _profesionalisme guru dapat

diwujudkan. Keadaan yang serba mencabar seperti i~ sepatutnya pengetua sekolah harus

bersikap arif serta bijaksana untuk menentukan teknik penyeliaan yang tepat dan

9

Page 24: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

sesuai, agar program penyeliaan yang dijalankan dapat berlangsung secara efektif,

efisien serta diterima oleh kalangan guru-guru sama ada secara individu m~upun

kurnpulan. Dengan demikian matlamat pendidikan boleh dicapai secara bersegadu

(integral). Sejalan dengan itu, Sergiovanni (1987) menjelaskan bahawa aktiviti

penyeliaan pendidikan boleh dijalankan dengan dua teknik, teknik penyeliaan individu

dan teknik penyeliaan secara kurnpulan.

Oleh hal yang demikian, sebagai penyelia pendidikan, pengetua sekolah tentu

perlu menentukan dan menggunakan teknik penyeliaan yang tepat dan bersesuaian,

kerana hal itu merupakan aspek yang penting dalam pencapaian profesionalisme guru.

Dengan wujudnya profesionalisme guru tentu memberi kan kesan pada kualiti

pengajaran dan pembelajaran yang akan dicapai Dengan begitu, aktiviti penyeliaan

yang tepat, guru~guru berkenaan akan memiliki.kemampuan, motivasi serta mematuhi

dan menjalankan kod etika dalam me1angsungkan proses pengaJaran dan

pembelajaran.

Tegasnya, program pendidikan pasti menemui kegagalan, sekiranya para guru

tidak rnerniliki kemarnpuan, motivasi serta kod et:ika yang tinggi untuk menjalankan

proses pengajaran dan pernbelajaran di sekolab. Untuk itu, jelas bahawa program

penyeliaan merupakan aktiviti yang sangat dominan dan menentukan dalam

mempertingkatkan profesionalisme di kalangan para guru.

Begitulah pentingnya aspek peuyeliaan terhadap pelaksanaan satu sistem

pendidikan dalam konteks penyeliaan dan peningkatan. kualiti profesionalisme guru.

Dalam hal ini pengkaji ingin menjalankan satu penyelidikan dengan pendekatan

10

Page 25: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

penggunaan dua teknik penyeliaan iaitu teknik penyeliaan individu dan teknik

penyeliaan kumpulan. Kedua-dua teknik penyeliaan dijalankan sekaligus agar dapat

mengenalpasti perbezaan keberkesanannya terhadap profesionalisrne dalarn kalangan

guru-guru yang mengajar di Madrasah Aliyah Negeri Satu, Madrasab Aliyah Negeri

Dna dan Madrasah Aliyah Negeri Tiga. Ketiga-tiga madrasah di atas terletak di Medan­

lndonesia

1.2 Pernyataan Masalab

Kualiti profesionalisme guru merupakan perkara yang serius terhadap negara­

n~ara yang sedang membangun. Hal ini merupakan satu fukta yang belum boleh

dihapuskan sepenuhnya. (Mursell & Nasution, 1995). Di samping itu, Sriyanto (2003)

mengutarakan pula bahawa di kebanyakan negara, profil guru merupakan profi1 yang

diperlukan tetapi dilupakan. Di lndonesia, profi1 gum juga tidak memperoleh perhatian

yang sewajarnya Profesionalisme guru berlmrang, kerana organisasi profesion guru

kurang efektif melindungi dan rnengernbangkan profesionalisme para guru.

Sulistiyo (2002) menegaskan bahawa bilangan guru di Indonesia hingga saat

ini masih sangat jauh daripada jurnlah yang diperlukan, begitu juga kllaliti dan

kornpetensinya sangat kurang dan perlu dipertingkatkan. Selanjutnya Supriyoko (2002)

mengutarakan bahawa secara kuantiti jumlah guru di Indonesia relatif cukup. N!lffiun

demikian, secara kualiti guru di negara berkenaan masih perlu dipertingkatkan dengan

cara pelbagaj aktiviti seumparna : kajian lanjutan, seminar, diskusi, dan bengkel­

bengkel di bidang pendidikan. Semernangnya setakat ini, para guru sering tidak diikut

sertakan untuk mengikuti latihan-latihan itu.

II

Page 26: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Daripada beberapa pandangan di atas, temyata kualiti profesionalisme guru

perlu mendapat pemerbatian serius untuk rnembaiki sistem kependidikan negara-negara

yang sedang membangun, khasnya di Indonesia. Temyata, peranan penyeliaan

pendidikan adalah sangat dominan untuk membina dan membantu meningkatkan

kualiti profesionalisme guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

(learning and teaching process) di sekolah. Sebab dengan aktiviti berkenaan, guru-guru

akan dapat memiliki kemampuan mengajar yang tinggi, motivasi mengajar yang tinggi

dan kod etika mengajar yang tinggi.'

Walau bagaimanapun, keberkesanan proses penyeliaan bergantung kepada

beberapa faktor lain yang turut menentukan kejayaan satu proses penyeliaan, seumpama

: guru yang menerima penyeliaan, fasiliti yang diperlukan serta teknik yang digunakan

oJeh penyelia tepat dan sesuai.

Oleh yang demikian, pemyataan soalan dalam kajian ini, iaitu : adakah kedua­

dua teknik penyeliaan individu dan kumpulan beijaya atau tidak mernpertingkatkan

profesionalisme guru yang telah dijalankan di negara barat ataupun di negara lain ?

Begitu pula, adakah penyeliaan individu ataupun k:umpulan berjaya atau tidak

mempertingkatkan kualiti profesionalisme guru-guru yang mengajar di tiga Madrasah

Aliyah Negeri di Medan-lndonesia ?.

12

Page 27: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan latihan penyeliaan

individu dan penyeliaan kumpulan terhadap kualiti profesionalisme guru-guru yang

mengajar di tiga Madrasah AJiyah Negeri · di Medan-lndonesia Dengan perkataan lain,

kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti latiban penyeliaan yang manakah di antara

kedua-dua penyeliaan yang paling berkesan terhadap meningkatkan kualiti

profesionalisme guru-guru yang mengajar di tiga Madrasah Aliyah Negeri di Medan­

Indonesia

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan dalam kajian ini ialah :

(i) Adakah teknik penyeliaan inruvidu

meningkatkan k'1laliti profesionalisme

penyeliaan kumpulan ?

Jebih berkesan terhadap

guru berbanding teknik

(ii) Adakah teknik penyeliaan kmnpulan lebih berkesan terhadap

meningkatkan kualiti profesionalisme guru berbanding kumpulan

kawalan?

Tahap kualiti profesionalisme guru yang dikaji adalah aspek kemampuan,

motivasi dan kod etika

13

Page 28: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

1.5 Pentingnya Kajian

Kepentingan kajian dinyatakan seperti yang berikut :

(i) Kajian ini diharapkan dapat menambah wawasan ilmu pengetahuan

terhadap penyelia pendidikan mahupun para pengetua sekolah tentang

penyeliaan pendidikan secara amnya dan teknik-teknik penyeliaan

pendidikan secara khususnya

(ii) Kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahamcm kepada para guru

yang beikenaan dengan peningkatan kualit:i pengajaran gwu, sama ada

yang berhubungkait dengan aspek kernampuan, aspek motivasi mahupun

aspek kod etika.

(iii) Kajian ini harapkan dapat pula memberikan smnbangan pemikiran

terhadap pihak-pihak yang berkuasa supaya dapat rnenggunakan tenaga

penyelia atau pengetua sekolah secara optimum untuk meningkatkan

kualiti guru di sekolal1.

(iv) Kajian ini juga diharapkan boleh menarnbahkan ilmu pengetahuan

kepada sesiapa sahaja yang memerlukan di negara Indonesia ataupun di

negara-negara lain.

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini bermula daripada hipotesis nul iaitu :

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor mm teknik

penyeliaan individu dengan teknik penyeliaan kmnpulan dengan

kumpulan kawalan pada ukuran profesionalisme gwu.

14

Page 29: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min teknik

penyeliaan individu, teknik penyeliaan kmnpulan dengan kumpulan

kawalan pada aspek kemampuan.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signiftkan antara skor mm teknik

penyeliaan mdividu, te.knik penyeliaan kumpulan dengan kumpulan

kawalan dalam aspek motivasi.

Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min teknik

penyeliaan individu, teknik penyeliaan kumpulan dengan kumpulan

kawalan da1am aspek kod etika.

1. 7 Batasan Kajian

Adapun batasan kajian ini ialah :

(i) Kajian ini dibatasi pada tekuik peuyeliaan yang dijalankan pengetua

sekolah di tiga Madrasah Aliyah Negeri di Medan-Indonesia

(ii) Guru-guru da1am kajian ini dihadkan pula kepada guru yang aktif

mengajar pada sesi 2002/2003 di tiga Madrasah Aliyah Negeri di

Medan-Indonesia

(iii) Jumlah guru yang dijadikan sampel dalam kajian ini dihadkan seramai

75 orang guru sahaja, iaitu 25 orang guru masing-masing daripada

ketiga-tiga Madrasah A1iyah Negeri di Medan-Indonesia

(iv) Masa kajian ini dihadkan selama 2 (dua) bulan·.

15

Page 30: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

1.8 Definisi Operasional

Penyelidikan ini melibatkan beberapa istilah dan untuk tidak menimbulkan

persepsi ataupun pemahaman yang berbeza daripada pembaca, maka definisi-definisi

yang digunakan perlu dijelaskan.

1.8.1 Keberkesanan

Dalam kajian ini keberkesanan ymg dimaksudkan ialah keberjayam latihan

teknik penyeliaan individu dm penyeliaan kumpulan dalam mempertingkatkan kualiti

profesionalisme guru yang mengikuti rawatan.

1.8.2 Teknik

Menurut Othman, (2002) teknik ialab kepandaian membuat sesuatu yang

berhubWigkait rapat dengan pembuatan hasil. Dalam kajian ini teknik dimak:sudkan

ialah teknik yang digunak:an pengetua sekolah untuk menyelia guru supaya memiliki

ketnahiran mengajar, motivasi mengajar serta menjalankan kod erika sesuai dengan

kaedah yang berlaku.

1.8.3 Penyeliaan

Penyeliaan ialah aktiviti membina, memotivasi, mengarahkan dan menilai

guru-guru supaya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif

16

Page 31: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

dan efisien (Mohanty, 1990). Pada kajian ini yang dimaksudkan dengan penyeliaan

ialah proses pembinaan yang dijalankan pengetua sekolah untuk mempertingkatkan

kualiti profesionalisme guru-guru yang mengajar di Madrasah Aliyah Negeri Satu,

Madrasah Aliyah Negeri Dua, dan Madrasah Aliyah Negeri Tiga di Medan-lndonesia.

1.8.4 Penyeliaan Individu

Seseorang penyelia membuat penyeliaan ke atas seorang guru dalarn satu kelas

pada satu-satu waktu tertentu (Mamat, 2001 ). Dalam kajian ini penyeliaan individu

dimaksudkan ialah pembinaan yang dijalankan pengetua sekolah terhadap seseorang

guru supaya memiliki profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas pengajaran

dan pembelajaran.

1.8.5 Penyeliaan Kumpulan

Penyeliaan kumpulan ialah proses pembinaan yang dijalankan oleh pengetua

sekolah untuk mengatasi pelbagai soalan yang dihadapi gum-guru. Dalarn kajian ini

proses penyeliaan secara kumpulan dijalankan dengan cara menjalankan aktiviti

seumpama : diskusi, seminar, mesyuarat, keija kelompok, demonstrasi mengajar dan

baca terpimpin.

17

Page 32: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

1.8.6. Pengetua Sekolah

Pengetua sekolah yang dimaksud dalam kajian ini aialah pimpinan Madrasah

Aliyah Negeri Satu, Madrasah Aliyah Negeri Dua dan Madrasah Aliyah Negeri Tiga di

Medan-Indonesia

1.8. 7 Profesionalisme

Profesionalisme merujuk kepada orang yang ahli atau piawai pada bidang

tertentu. (Partanto, dan Al-Bany, 1994 ). Profesionalisme guru yang dimaksudkan

dalam kajian ini, ialah guru yang memiliki kemampuan, motivasi serta kod etika yang

tinggi dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.8.8 Kemampuan

Kemampuan merujuk kepada kecekapan ataupun keterampilan guru

mempraktikkan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar di dalam bilik

daijah. Dalam kajian ini, kemampuan yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti yang

mencakupi : merancaug, membuka dan menutup pengajaran, menyampaikan bahan

pelajaran, menggunakan metod serta menilai keberhasilan pengajaran dan membaiki

pengajaran.

18

Page 33: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

1.8.9 Motivasi

Motivasi ialah keinginan (desire) dan kemahuan (willingness) seseorang untuk

mengambil keputusan, bertindak dan menggunakan seluruh kemampuan psickik, sosial

dan kekuatan fizikalnya sebagai usaha untuk mencapai matlamat tertentu

(Sergiovanni, 1987). Da1am kajian ini, motivasi guru yang dimaksudkan ialah

dorongan, kemahuan, kesungguhan, semangat bekelja serta kepuasan hati daripada

guru dalam menjalankan fungsi, tugas dan tanggtmgjawabnya memajukan program

pengajaran di sekolah.

1.8.10 Kod Etika

Kod etika ialah suatu sistem dasar akhlak dan tingkah laku terhadap sesuatu

kumpulan inanusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek moral yang baik dan ·yang

bruuk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberikan garis panduan kepada

ahli-ahli berkenaan (Soon Sang, 2002). Dalam kajian ini kod erika ialah garis panduan

yang sepatutnya ditaati dan diikuti oleh para guru dalam menjalankan tugas serta

kewajipan keseharian di sekolah.

1.8.11 Madrasab Aliyab Negeri

Madrasah Aliyah ialah Sekolah Menengab Agama Tingkat Atas atau setara

dengan senior high school. Secara amnya, usia pelajar yang diterima pada peringkat ini

adalah antara 16 sehingga 18 tahun. Proses pembelajarannya berlangsung selama 3

(tiga) tahun. Madrasah Aliyah Negeri yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah

19

Page 34: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Madrasah Aliyah Negeri Satu (MAN .1 ), Madrasah Aliyah Negeri Dua (MAN .2), dan

Madrasah Aliyah Negeri Tiga (MAN.3) yang terdapat di Medan-Indonesia Ketiga-tiga

madrasah di atas masing-masing untuk secara berterusan disebut MAN.l, MAN.2, dan

MAN.3.

20

_,

Page 35: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

BAB 2

TINJA lJAN LJTERA TUR

2.1 Pendahu1uan

Pada Bab 1 terdahulu pengkaji telah pun menghuraikan latar belakang

masalah, pernyataan masalah, tujuan kajian, pentingnya kajian, persoalan kajian,

hipotesis kajian, batasan kajian dan bahagian terakhir dijelaskan pula pelbagai definisi

operasional yang berhubungkait dengan masalah penyeliaan pendidikan dan

profesionalisme guru.

Pada Bab 2 ini, pengkaji memulakan huraian dengan pendahuluan, seterusnya

secara bertumt-turut dibahaskan pula kajian lepas tentang penyeliaan pendidikan yang

mengandungi pengertian dan tujuan penyeliaan, kriteria penyeliaan yang baik,

matlamat penyeliaan pendidikan serta keberkesanan teknik-teknik penyeliaan

pendidikan. Berikut dikemukakan konsep asas profesionalisme guru, kriteria

profesionalisme guru, serta hal-hal yang berhubungkait dengan kemampuan, motivasi

dan kod etika. Selanjutnya diutarakan pula beberapa pendekatan atau teori yang serfug

digunakan bagi mempertingkatkan profesionalisme guru. Selepas itu, kajian ini

diteruskan dengan membahaskan teori kepemimpinan dan teori motivasi · yang

merupakan penyokong daripada teori penyeliaan. Yang terakhir ialah bahagian

kesimpulan.

21

Page 36: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

2.2 Kajian Lepas Tentang Penyeliaan Pendidikan

2.2.1 Konsep Asas Penyeliaan Pendidikan

Konsep penyeliaan yang di:fikirkan sesuai pada hari ini ialah penyeliaan

kepimpinan dan bukan penyeliaan dengan cara penekanan. Hal ini membawa erti

bahawa aktiviti penyeliaan melibatkan peketja lain yang memerlukan pimpinan,

panduan dan galakan untuk mencapai satu matlamat. Peketja yang dimaksudkan ialah

pekerja yang mempunyai perasaan, motivasi, aspirasi, intelektual dan objektif

(Kamarnddin, 1989).

Konsep asas penyeliaan merangkumi maksud pemerhatian dan pengawasan

terhadap sesuatu sama ada benda, kerja mahupun manusia supaya berada dalam keadaan

sempurna seperti yang diharapkan (Mamat, 2001). Mengikut Eye, Netzer dan Krey

(1971), penyeliaan pengajaran ialah suatu fasa dalam pentadbiran sekolah yang

menekankan kepada pencapaian matlamat pengajaran. Penyeliaan mengandungi dua

aspek penting iaitu aspek prosedur sekolah dan aspek pentadbiran sekolah. Dalam aspek

prosedur sekolah, ia bermaksud menyempurnakan sesuatu, manakala aspek pentadbiran

sekolah pula merujuk kepada pembekalan sumber kewangan, fizikal dan struktur masa

untuk menyempurnakan penyeliaan di sekolah.

Seterunya Oliva & Pawlas (2001) mengutarakan :

"Supervision is means of offering to teachers specialized help

improving instruction " (m.s.l2)

22

Page 37: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

Selanjutnya, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (1990) menyatakan

penyeliaan ialah pengawasan yang berterusan terhadap sesuatu jenis kerja atau tugasan

supaya orang yang rnenjalankan kerja atau tugas itu dapat mempertingkatkan mutu keija

dan prestasi mereka demi kebaikan sesebuah institusi atau organisasi. Kemudian

menurut Hoy & Mishel ( 1987) secara amnya, penyeliaan merupakan bahagian yang

tidak terpisahkan daripada pentadbiran, dan ia adalah salah satu daripada fungsi asas

pentadbiran. Fungsi penyeliaan dalam pelaksanaan pentadbiran sangat diperlukan dan

mesti dijalankim.

Selain itu, Glickman (1990) rnenjelaskan bahawa penyeliaan rnerupakan satu

fungsi yang rnempersatukan sernua elemen pengajaran dan pernbelajaran untuk

rnenjadikan sesebuah sekolah sebagai satu pergerakan yang rnenyeluruh dalarn

rnencapai rnatlamatnya. Lovel & Wiles ( 1987), rnengutarakan bahawa penyeliaan

pengajaran merupakan sebahagian daripada fungsi organisasi pendidikan, yang secara

rasmi berfungsi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran agar

beijalan lebih efektif dan e:fisien. Selanjutnya mereka menjelaskan bahawa penyeliaan

pendidikan merangkumi empat proses seperti yang berikut : (i) proses mengembangkan

potensi guru, (ii) proses mernimpin, (iii) proses menjalankan kornunikasi (iv) proses

mengarahkan serta memberikan kelengkapan atau kemudallail-kemudahan kepada guru­

guru. Di sarnping itu, Mohanty (1990) pula telah menghuraikan bahawa penyeliaan

merupakan aktiviti perbaikan terhadap proses pengajaran dan pernbelajaran· secara

menyeluruh. Se1anjutnya, Marnat (2001) menjelaskan bahawa tugas pengetua sekolah

tidak tamat selepas pengajaran dan pembelajaran beijalah. Dia hams memastikan

kedua-dua aktiviti itu., bergerak dengan lancar. Oleh itu pengetua sekolah perlu

membuat penyeliaan secara berterusan demi mempertingkatkan pengajaran guru dan

23

Page 38: Oleh - eprints.usm.myeprints.usm.my/29909/1/Zainy_Chalish_Hamdy.pdf · 5.4 Implikasi Kajian. 142 5.4.1 Pengetua Sekolah 142 5.4.2 Pihak Kerajaan (Departemen Agama) 143 5.4.3 Pihak

memperbaiki pembelajaran para pelajar. Manakala Oliva & Pawlas (2001)

mengutarakan bahawa penyelia ialah orang yang membantu para guru memperbaiki

kurikulum dan proses pengajaran. Berikutnya Glatthom ( 1990) memberikan pandangan

bahawa secara amnya penyeliaan merupakan bahagian yang menyeluruh daripada

aktiviti yang dicadangkan tmtuk memperperbaiki dan mengembangkan proses

pengajaran.

Sehaluan dengan itu, Boardman yang dipetik oleh Ahmad dan Ahmadi (1991)

menyatakan bahawa penyeliaan pendidikan ialah suatu usaha memberikan rangsangan,

araban dan penyeliaan kepada para guru sarna ada secara individu mahupun secara

kolektif. Dengan begitu, para guru tentu terlatih untuk melaksanakan seluruh fungsi

pengajaran dengan lancar, efektif dan efisien.

Kemudian Daresh (1989) mengutarakan pula bahawa keperluan penyeliaan

pengajaran itu sama sekali bukan hanya menilai prestasi guru dalam mengelola proses

pengajaran dan pernbelajaran, melainkan juga rnembantu guru untuk mengembangkan

kemampuan profesionnya Berikutnya Acheson & Gall (1987) mengemukakan,

penyeliaan pendidikan merupakan suatu proses membantu guru mengurangkan ketidak

sesuaian antara tingkah laku mengajar yang nyata dengan tingkah laku mengajar ideal.

Wiles & Bondi (2000) pula mengatakan bahawa:

"Supervision is what school personnel do with adult and things for the

purpose of maintaining and changing the operation of the school in

order to directly influence the attainment of major instructional goals of

the school" (m.s. 7)

24