Top Banner

of 10

Okonomiyaki & Takoyaki

Oct 13, 2015

Download

Documents

NurbaiduraSalim

recipe
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Okonomiyaki / Pizza Jepun

Bahan-bahan :1/2 biji bawang besar - dipotong dadu kecil1 biji telur150g kobis - potong halus100g tepung okonomiyaki Mamy Aimi (starter pack)4-5 batang crabsticksegenggam udang kering150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa, tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis)

Bahan tabur:Nori halus (seaweed yang dikisar)Katsuoboshi (Bonito flakes)Sos okonomiyakiMayonis

Cara:1. Satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur. Kacau sebati.2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan adunan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min. Guna api kecil takut hangus. Kemudian terbalikkan. Cara masak sama macam buat telur dadar.3. Bila dah masak, angkat dan letak di atas pinggan.4. Sapu sos okonomiyaki.5. Picitkan pula mayonis, taburkan nori halus dan juga bonito flakes.

Okonomiyaki / Pizza Jepun

Bahan-bahan : 1/2 biji bawang besar hiris , 1 biji telur

150g kobis potong halus (bukan cincang yer), 100g tepung gandum/tepung okonomiyaki

4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc), segenggam udang kering putih/pink

150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa, tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis), bahan taburan nori halus dan juga katsuoboshi (bonito flakes/ikan panggang sagat)

sos okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa lari sket la..Cara-cara: satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur dan kacau sebati. Adunan bila dicampur jgn terlalu cair macam lempeng mesia yer.. lihat seperti gamba bawah.. begitu kejadiannyer seperti di restoran2 jepun.. boleh letak kepingan hirisan daging jika suka..

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian terbalikkan..

bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.

picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes..

RESEPI BULGOGI @ KOREAN BBQ BEEFsource:hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

1kg daging slices 1/2 cawan kicap @ syouyu 1/4 cuka nasi @ jus epal@pear 2 sudu besar gula @ brown sugar 2 sudu besar bawang putih parut 2 sudu besar halia parut 2 sudu besar minyak bijan 1sk chili flakes @ lada hitam 1/4 biji bawang besar kuning - potong baji daun bawang (ambil bahagian batang yg putih+hijau dan cincang) bijanCara-cara

Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan perap sekurang2nya 2-3jam. Bakar/grill atau masak atas pan fry sehingga kering. Taburkan bijan dan hidangkan dengan nasi hangat. Enjoy!

TAKOYAKI

Bahan-bahan

*225g tepung takoyaki - bleh didapati di jusco section japanese food *100g @ 2 biji telur size M *700ml air - hana kurangkan 580ml jer! minyak utk melengser acuan.

Bahan Isi

tako@sotong - bleh juga crab stick@ udang- potong kecil2 kubis - cincang halus keropok tempura sape suka ltk negi@daun bwg terpulang la yer! - hana x ltk

Bahan Topping

mayonis sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram fish flakes @ ikan parut nori halus

Cara-cara

Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tdk berketul2. panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. kalau xde bleh gune acuan kuih cara. tuang adunan tepung ke dalam acuan. masukkan bahan2 isi ke dalam tepung. tuang lagi adunan tepung menutupi semua kuih takoyaki tuh. balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik. dah masak angkat. tuang sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.

Bahan-bahan: tako@sotong, nori halus@klu xde leh potong2 seaweed halus2, bonito flakes@ikan panggang parut, keropok tempura

kobis (klu suka leh ltk negi@daun bawang juga boleh), sos okonomiyaki dan mayonis. sos nih tak perlu cairkan ye..mmg pekat, tepung takoyaki (jika menggunakan tepung takoyaki tak perlu masukkan dashi@pati ikan. kang bertambah masin. dan rasa pong kureng! tp klu nak masukkan terpulanglah. kecuali gune tpg gandum biasa perlu masukkan stok dashi ), telur dan air. kemudian bancuh tepung, telur dan air sebati. Adunan mmg agak cair utk menghasilkan takoyaki yang lembut bukan lembik! klu keras tak sedap!

tuang adunan tepung ke dalam acuan yg telah dilengser dgn minyak, kemudian masukkan kobis, keropok dan sotong. tuang lagi adunan menutupi semua. Untuk takoyaki yang rangup, lebihkan minyak ketika melengser atau masa membakar renjis2kan minyak. tapi aku tak berapa suker coz agak oily! balik2kan menggunakan penyucuk atau lidi hingga bolat dan garing

Cara-Cara Masak Takoyaki

Sapu minyak masak

Tuang adunan

Bubuh tako

Bubuh daun bawang

Tabur udang kerpal

Dah taruk semua...

Tutup dengan adunan

Kikis adunan melimpah

Kasi terbalik sama dia

Buat betul2 !!

Tunggu garing

Angkat

Bonito Fish Flakes

Tabur dah bubuh apa yg patut

Letak mayonnaise

Bahan adunan Takoyaki:1 cawan tepung gandum450 ml air - adunan cair akan menghasilkan bebola yang lembut1 tsp baking powder1 tsp garam1 biji telur1 kiub pati ikan bilis - optional (nana tambahkan ni utk menyedapkan lagi adunan)

Bahan filling Takoyaki:Octopus - kalau tak ada boleh gantikan dengan isi udang, crab fillet, cheese, etc.Kobis - cincang halusDaun bawang - potong halus (optional)** Takoyaki bermaksud "Octopus ball". Kalau guna udang, kena tukar nama panggil Ebiyaki. Hehe.. :)

Bahan sampingan:Sos takoyaki - boleh dibeli di supermarket, tapi nana lebih selesa untuk buat sendiri. Resepi di bawah.Seaweed - kisar kering halusMayonis secukupnyaFish flakes secukupnya

Bahan sos takoyaki:1 cup sos tomato1 cup worcestershire sosSedikit halia - diparut halus1 ulas bawang putih - diparut/tumbuk halus3/4 cawan gula - boleh dilebihkan sekiranya nak lebih manis** Satukan kesemua bahan dlm periuk & masak hingga pekat. Setelah masak, angkat & ketepikan.** Berdasarkan pengalaman nana, sos ni sedap dibuat awal & disimpan dalam peti ais semalaman sebelum digunakan. Rasa nya lebih sebati & sos menjadi lebih pekat & sedap.** Sos boleh bertahan lama jika lebihan sos disimpan dalam peti ais.

Cara Penyediaan Takoyaki:1. Bancuh semua bahan adunan dengan menggunakan whisk sehingga sebati.2. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. Ini untuk memudahkan adunan dituang ke dalam acuan.3. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan adunan ke setiap lubang acuan sehingga penuh.4. Masukkan bahan filling secukupnya.5. Masukkan pula kobis yang telah dicincang.6. Tuangkan sedikit lagi adunan sekiranya masih terdapat ruang kosong dalam acuan.7. Apabila bahagian bawah bebola sedikit garing, balik2 kan bebola sepaya ianya masak dengan sekata.8. Setelah masak, angkat & taburkan bahan sampingan. Sedia untuk dinikmati.Bahan untuk Sos Lemon

1/2 biji lemon - ambil jus & hiris halus parutan kulit 1/4 lemon (Pastikan hanya kulit yang berwarna kuning * sahaja, kulit putih bahagian dalam akan berikan rasa yang pahit) 1 cawan air 1 tbsp tepung kastad Madu - sukatan ikut kemanisan yang disukai Gula & garam ** Bahan bertanda (*) disatukan & kacau rata 1 tbsp Butter

Cara Penyediaan Sos Lemon:1. Cairkan butter dalam kuali.2. Masukkan adunan yang telah disatukan bersama tadi.3. Didihkan seketika. Tuangkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.4. Hidangkan panas.