-
OUM 87
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAHPENGAJARAN
PENGENALAN
Dalam Topik 5, kita telah membincangkan tentang pengajaran yang
berkesan. Guru yangberkesan adalah guru yang bertanggungjawab
membantu pelajar mencapai kebolehan yangtertulis dalam kurikulum
atau sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran. Jika seseorang
gurumengharapkan pengajarannya akan dapat mengubah tingkah laku
pelajar, guru tersebut perlumengetahui bagaimana untuk menterjemah
maklumat dalam sukatan pelajaran kepadapernyataan yang terperinci
yang menerangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang guruharapkan
pelajar perlu pelajari setelah mengikuti pengajarannya. Harapan
guru juga perlu dikongsidengan pelajar, supaya pelajar mengetahui
hala tuju pengajaran guru dan jangkaan guruterhadapnya.
Dalam topik sebelum ini, telah disebutkan bahawa objektif
pengajaran adalah salah satudaripada perkara yang perlu ada dalam
perancangan pengajaran. Dalam topik ini, kita akanmempelajari
tentang objektif pengajaran dan bagaimana guru boleh menulisnya
dalamperancangan pengajaran.
Kita telahpun mempelajari cara merancang pengajaran. Topik ini
akan menerangkanbagaimana anda hendak menyampaikan pengetahuan yang
telah dirancangkan kepadapelajar.Terdapat pelbagai cara anda boleh
menyampaikan pengetahuan berkenaan. Anda bolehmemilih mengikut
kesesuaian pengetahuan, pelajar dan kemudahan.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghurai kepentingan objektif pengajaran;
2. menghuraikan elemen yang perlu ada dalam satu objektif yang
lengkap;
3. mengenal pasti domain-domain dalam objektif pengajaran;
4. menentukan aras dalam penulisan objektif;
5. menulis objektif pengajaran dengan betul;
6. menghurai maksud strategi pengajaran;
7. menghurai bagaimana menggunakan kaedah pengajaran;
8. mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pengajaran; dan
9. menghurai jenis soalan dalam pengajaran.
-
88 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
PETA MINDA TOPIK
-
OUM 89
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
6.1 KEPENTINGAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Apakah itu objektif pengajaran? Objektif pengajaran adalah satu
penyataan yang menentukantingkah laku spesifik yang boleh diukur
dan dilakukan pelajar setelah mengikuti sesuatupengajaran.
Umumnya, kepentingan objektif boleh dilihat daripada tiga
perspektif. Daripada perspektif pelajar,objektif pengajaran memberi
maklumat jangkaan yang diharapkan daripada mereka tentangproses
pendidikan. Daripada perspektif guru pula, objektif pengajaran
memberikan rangkatindakan untuk proses pengajaran yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Kepada pentadbirpula, objektif
pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan
prosespengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran.
6.1.1 Mengapakah Objektif Itu Penting?
Objektif pengajaran penting kerana ia membantu guru:
merancang pengajaran, supaya lebih terperinci dalam
pengajarannya;
mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk mengajar;
memilih dan mengenal pasti bahan pengajaran seperti sampel
sebenar, peralatan amalidan lain-lain lagi;
menentu tugasan yang sesuai bagi setiap pelajar;
menentu aktiviti pembelajaran;
memilih dan/atau membina ujian;
menentu masa untuk mengumpul data penilaian pelajar ;
menentu tahap pembelajaran pelajar sama ada mereka telah
memperoleh pengetahuandan kemahiran tersebut;
merancang dengan lebih teliti kerana mereka mengetahui bahawa
pencapaian pelajarakan ditunjukkan di akhir pengajaran sesuatu
kelas, unit atau kursus; dan
menentu pencapaian pelajar dan ini merupakan tanggungjawab guru
kerana objektifpengajaran mengandungi elemen kriteria.
6.2 KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN
Objektif ditulis mengikut di mana konteks objektif itu
digunakan. Konteks bermaksud objektifditulis untuk keseluruhan
program pendidikan, sesuatu kursus atau sesuatu pengajaran.Objektif
untuk sesuatu program pendidikan selalunya ditulis dalam bentuk
objektif umum.Dalam penilaian program pula, objektif ditulis dalam
konteks untuk menerangkan apa yangpenilai itu ingin tahu dalam
sesuatu jangka masa tertentu. Umumnya, objektif ditulis
untukmenyatakan apakah pencapaian akhir yang akan diperoleh oleh
sesuatu program ataukursus atau pengajaran. Untuk topik ini,
perbincangan dikhususkan kepada objektifpengajaran.
-
90 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
Sebagai permulaan, cuba perhatikan objektif di bawah:
Untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana memasang peralatan
perenjis ditapak semaian.
Objektif di atas ditujukan kepada guru. Di samping itu, ia
ditujukan kepada aktiviti pengajaran,bukannya pencapaian
pembelajaran yang akan diperoleh oleh pelajar. Objektif di atas
tercapaisetelah guru selesai mendemontrasi bagaimana memasang
peralatan perenjis, tidak kirasama ada pelajar telah mempelajari
ilmu itu atau tidak. Setelah selesai pengajaran,bagaimanakah guru
tersebut boleh mengetahui bahawa pelajarnya telah boleh
memasangalat perenjis? Apakah bukti yang boleh dilihat bahawa
pelajarnya boleh melakukan tingkahlaku memasang? Setakat manakah
yang dikatakan pelajarnya telah menguasai kemahiranyang ditunjukkan
itu? Di sini kita lihat yang belajar bukannya pelajar tetapi guru!
Oleh itucara yang paling baik untuk menulis objektif ialah dengan
melihat pencapaian pelajar hasildaripada pengajaran guru.
6.2.1 Apakah Elemen yang Perlu Ada dalam Satu Objektif
Pengajaran yangLengkap?
Objektif yang baik perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
(a) Tingkah laku atau kebolehan yang pelajar perlu ada di akhir
sesuatu pengajaran.Tingkah laku ini hendaklah dalam bentuk
perbuatan. Contoh: menganalisis, mengenalpasti, mengukir, membancuh
dan lain-lain lagi.
(b) Situasi, keadaan atau had-had di mana sesuatu tingkah laku
akan dilakukan. Bahagianini menerangkan:
apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk
melakukantingkah laku berkenaan?Contoh: Dengan peralatan dan bahan
yang diberi,
persekitaran di mana tingkah laku itu ditunjukkan.Contoh: dalam
situasi makmal, dalam bengkel di industri
maklumat yang diberi kepada pelajar yang mengarahkan tingkah
laku kepadakedaan tertentu.Contoh: Dengan kajian kes yang
diberi
masa yang dibenarkan untuk melakukan tingkah laku
berkenaan.Contoh: Di akhir pengajaran ,
(c) Kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau
kecekapan yang perludicapai oleh pelajar untuk menunjukkan
pencapaian objektif. Bahagian ini sukar ditulis,namun ia memberi
maklumat kepada guru tentang bagaimana hendak menilaipencapaian
pelajar.
Contoh kriteria adalah seperti berikut:
ketepatan;
menjawab 5 daripada 7 soalan dengan betul; dan
menyiapkan tugas/kerja dalam masa 5 minit.
-
OUM 91
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
Objektif di atas mengandungi ketiga-tiga elemen untuk objektif
yang lengkap. Di akhirpengajaran adalah situasi, iaitu melabel
sebagai tingkah laku dan dengan tepat sebagaikriteria. Dalam
objektif ini guru telah mengajar tajuk bahagian luar katak dan
untukmembuktikan kefahaman pelajar tentang tajuk ini, guru mahu
pelajar menunjukkan tingkahlaku melabel. Adakah pelajar tersebut
setakat hanya boleh melabel sahaja? Dalam objektifini guru
mengharapkan pelajarnya boleh melabel dengan tepat.
Di akhir pengajaran pelajar boleh melabel bahagian luar seekor
katak dengan tepat.
6.2.2 Bagaimana Menulis Objektif?
Setiap elemen yang dinyatakan di atas perlu ada apabila menulis
sesuatu objektif. Contohnya:
6.3 DOMAIN OBJEKTIF PENGAJARANDalam pembelajaran, terdapat
domain-domain pengajaran. Domain pembelajaran digunakanuntuk
mengkelaskan pengajaran. Pengkelasan ini membantu guru menyusun
pengajaranmereka supaya struktur pengajarannya lebih baik dan
pengajarannya lebih jelas. Pencapaianpelajar akan meningkat jika
pengajaran guru tersusun dan jelas. Untuk proses pengajarankita
akan memberi tumpuan kepada taksonomi Benjamin Bloom. Dalam
taksonomi ini, adatiga domain pembelajaran seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.1. Sekarang kita lihatsetiap satu Domain Pembelajaran
Taksonomi Bloom.
Cuba kritik objektif di bawah dari segi elemen yang terdapat
dalam satu objektifyang lengkap.
(a) Pelajar boleh menerangkan maksud pensterilan dengan
jelas.
(b) Di akhir perbincangan, pelajar boleh menerangkan faktor
yangmempengaruhi aktiviti organisma dengan betul.
Cuba anda pula menulis objektif.
Rajah 6.1: Domain pembelajaran Taksonomi Bloom
-
92 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
(a) Pengetahuan mewakili tahap objektif yang paling rendah.
Pengetahuan di tahap iniialah pengetahuan yang telah dipelajari.
Keperluan untuk mencapai objektif ini ialahhanya dengan mengingat
kembali fakta. Maklumatnya perlu diingat kembali, bermuladaripada
yang mudah hingga kepada teori yang kompleks, tetapi semuanya
memerlukanproses mengingat maklumat.
Contoh tingkah laku:
mendefinisi;
menamakan;
menyenaraikan; dan
mengenal pasti.
(b) Kefahaman adalah satu peringkat selepas tahap mengingat
maklumat. Peringkat iniadalah peringkat yang menunjukkan kebolehan
memberi interpretasi, menterjemah danmenerangkan dengan perkataan
sendiri. Pada tahap ini pelajar boleh menggunakanmaklumat tersebut,
tetapi tidak boleh menghubungkaitkannya dengan maklumat lain.
Contoh tingkah laku:
menyatakan semula;
mengenal;
melapor;
menerang;
mengulas;
mentafsir; dan
merumus.
6.3.1 Domain Kognitif
Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada
pengetahuan sepertiprinsip, fakta, teori dan konsep. Ada enam
peringkat pembelajaran kognitif yang disusunmengikut hierarki
(Bloom, 1956):
Rajah 6.2: Peringkat pembelajaran domain kognitif
-
OUM 93
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
(c) Aplikasi adalah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi
yang khusus ataukonkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh
menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dankonsep kepada
situasi baru dan dalam situasi yang berlainan. Di peringkat ini,
pelajartelah mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang
pengetahuan berkenaan.
Contoh tingkah laku:
menyusun;
mengguna;
menunjuk;
mengira;
mempraktik;
menjangka;
menterjemah; dan
mengilustrasi.
(d) Analisis adalah peringkat yang memerlukan lebih daripada
pengetahuan, kefahamandan aplikasi. Analisis ialah kebolehan
memecahkan perkara yang telah dipelajari kepadabahagian-bahagian
tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasidiperolehi.
Kebolehan yang diperlukan ialah pelajar mengenal pasti
bahagian-bahagian,menjelaskan hubungan antara bahagian, dan
mengenal keseluruhan organsisasi sistemyang dibahagi-bahagikan
tadi.
Contoh tingkah laku: menganalis; membanding; mengkaji;
mengkategori; mengkelas; memeriksa; dan membeza.
(e) Sintesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan
mengintegrasikan bahagian-bahagian kecil kepada satu bahagian besar
yang baru. Kebolehan ini memerlukanpelajar menganalis elemen-elemen
dalam sesuatu maklumat dan melihat hubung kaitantara elemen
tersebut serta kebolehan mengenal dan mengesan susunan
sistematikdan struktur yang eksplisit atau implisit yang
menggabungkan sesuatu.
Contoh tingkah laku: menggubah; menghasilkan; mereka bentuk;
mengaitkan; menyusun; membina; mencadang;
-
94 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
6.3.2 Domain Psikomotor
Domain psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan
fizikal untuk pembelajaran.Pembelajaran dalam domain ini adalah
pembelajaran tentang pergerakan fizikal sepertimenggergaji,
menjahit dan lain-lain. Pelajar yang telah menguasai pembelajaran
domainpsikomotor akan menunjukkan kemahiran melakukan aktiviti
fizikal berkenaan ataumenghasilkan sesuatu produk. Objektif domain
psikomotor selalunya:
menjangka; dan memodifikasi.
(f) Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling
tinggi dalam heirarki domainkognitif. Ia meliputi semua tahap dan
ditambah dengan kebolehan membuat keputusandan penghakiman
berdasarkan rasional dan kriteria tertentu.
Contoh tingkah laku: menghakim; mentaksir; memilih; mengesah;
menilai; mengkritik; menganggar; dan
merumus.
Antara contoh-contoh objektif domain kognitif adalah:
(i) Di akhir perbincangan pelajar dapat menerangkan proses
pengangkutan denganjelas.
(ii) Berdasarkan gambar rajah yang diberi, pelajar dapat
membezakan sel haiwan dansel tumbuhan dengan tepat.
(iii) Dalam kelas amali, pelajar dapat menggunakan mikroskop
untuk mengkaji sel pipidan sel bebawang dengan betul.
Latihan 6.1
Cuba anda menulis objektif dalam domain kognitif.
-
OUM 95
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
mengikuti sesuatu turutan prosedur;
melakukan setiap prosedur kepada sesuatu paras kompeten;
dan/atau
membentuk produk akhir atau keputusan yang memenuhi kriteria
tertentu.
Ketiga-tiga objektif ini boleh dinilai melalui
pemerhatian/cerapan. Objektif ini dapat dilihatdengan penggunaan
kata kerja yang menunjukkan kemahiran yang spesifik. Tidak
sepertidomain kognitif dan afektif, domain psikomotor mempunyai
pelbagai bentuk pembahagianperingkat-peringkatnya. Untuk modul ini,
penulis menggunakan peringkat yang dicadangkanoleh Simpson (1972).
Beliau mencadangkan pembelajaran domain psikomotor melibatkantujuh
peringkat. Peringkat ini juga disusun mengikut hierarki.
(a) Persepsi adalah peringkat di mana pelajar mengenal pasti kiu
yang signifikan danmengaitkan kiu dengan tingkah laku.
Contoh tingkah laku:
mengesan;
mendengar;
mengenal;
melihat;
memerhati; dan
merasa.
(b) Sedia adalah peringkat di mana pelajar mempamer kesediaan
mental dan fizikal untukmelakukan sesuatu tingkah laku.
Rajah 6.3: Peringkat pembelajaran domain psikomotor
-
96 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
Contoh tingkah laku:
merespons;
meletakkan tangan dan badan;
mempamerkan; dan
menunjukkan.
(c) Respons terbimbing adalah peringkat di mana pelajar meniru
respon, melakukan dibawah bimbingan atau sesuatu model.
Contoh tingkah laku:
membina;
memasang;
mempraktik; melakukan di bawah bimbingan; meniru; dan
mencuba.
(d) Mekanisme adalah peringkat di mana pelajar melakukan sesuatu
tugas yang sudahmenjadi kebiasaan dengan satu tahap keyakinan dan
kecekapan. Tingkah laku hampirsama dengan peringkat respons
terbimbing.
Contoh tingkah laku: melengkapkan dengan yakin; menunjukkan
memanipulasi; memasang; meningkatkan kecekapan; dan
menjalankan.
(e) Respons Kompleks Overts adalah peringkat di mana pelajar
melakukan tingkah lakudengan kompeten dan cekap. Tingkah laku
hampir sama dengan peringkat responsterbimbing.
Contoh tingkah laku: melakukan dengan automatik; mengawal tangan
dan badan; mempamerkan; dan menunjukkan.
(f) Adaptasi adalah peringkat di mana pelajar menggunakan
kemahiran yang telah dipelajariuntuk melakukan tugas yang baru
tetapi berkaitan, menyesuaikan kemahiran kepadasituasi.
Contoh tingkah laku: menyesuai; membentuk; menggubah;
mengadaptasi;
-
OUM 97
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
6.3.3 Domain Afektif
Pembelajaran bukan hanya mempelajari pengetahuan seperti fakta,
konsep dan prosedur,tetapi pembelajaran juga bertujuan untuk
membentuk sikap, kepercayaan atau nilai terhadappengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari. Cuba anda ingat kembali Falsafah
PendidikanNegara. Salah satu penekanan dalam Falsafah Pendidikan
Negara ialah pembentukan aspekkerohanian dan emosi. Oleh itu,
domain afektif adalah domain pembelajaran yang bertujuanuntuk
membentuk individu ke arah ini.
Domain afektif adalah berkaitan perasaan, emosi minat, sikap,
kepercayaan atau nilai danlain-lain yang berkaitan. Guru hari ini
semakin prihatin tentang pembentukan aspek ini dikalangan pelajar
mereka. Sebagai contoh, hari ini semakin ramai pelajar sekolah yang
tidakbegitu berminat untuk mengikuti bidang sains dan matematik.
Mereka mengatakan bidangini susah. Ada juga pelajar yang mengikuti
bidang sains, tetapi menukar kepada bidang lainkemudiannya.
Untuk mengubah perasaan, minat, sikap, kepercayaaan atau nilai,
guru perlu merancangnyadalam perancangan pengajaran. Sebagai
permulaan, guru perlu mengetahui danberkemahiran menulis objektif
untuk domain afektif. Menulis objektif ini selalunya lebih
sukardaripada menulis objektif dalam domain kognitif dan
psikomotor. Guru perlu memikirkandengan mendalam bagaimana hendak
membentuk kriteria untuk domain ini.
Sebagai contoh, cuba guru fikirkan tentang masalah yang
disebutkan di atas tentang minatpelajar terhadap sains dan
matematik. Bagaimanakah guru boleh mengenal pasti pelajar
meminda; dan
menyusun semula.
(g) Permulaan adalah peringkat di mana pelajar mencipta
perlakuan baru selepasmembentuk kemahiran-kemahiran; mereka pola
baru untuk situasi yang spesifik.
Contoh tingkah laku: mereka bentuk; merumus;
membina;
membentuk; dan
menggubah.
Contoh objektif domain psikomotor:
(i) Di akhir pengajaran, pelajar dapat menggunakan peralatan
makmal dengan cekap.
(ii) Di akhir demonstrasi, pelajar dapat membuat cantuman baju
dengan betul.
(iii) Di akhir kelas amali, pelajar dapat mengadaptasikan pola
pakaian dengan tepat.
Latihan 6.2
Cuba anda menulis objektif dalam domain psikomotor.
-
98 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
yang mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran sains
dan matematik setelahmengikuti pengajaran tentang kedua-dua mata
pelajaran ini?
Domain afektif juga mempunyai beberapa peringkat (Krathwohl,
Bloom & Masia, 1964).Peringkat ini berbentuk hierarki seperti
berikut:
(a) Menerima adalah peringkat di mana pelajar menyedari dan
memberi perhatian secarapasif tentang sesuatu rangsangan dan
fenomena. Ini merupakan tahap yang palingbawah dalam domain
afektif. Apabila pelajar memberi perhatian atau mendengar
tentangpengajaran guru, pelajar tersebut mungkin berada di tahap
ini. Ada tiga tahappenerimaan, iaitu kesedaran, kesanggupan
menerima maklumat dan perhatian yangterpilih.
Contoh tingkah laku:
menyoal;
memilih;
mengenal pasti;
mendengar; dan
memberitahu.
(b) Merespons bermakna pelajar melakukan sesuatu dengan
rangsangan dan fenomenayang dipilih. Pembelajaran akan menghasilkan
tiga tahap respons iaitu:
(i) PersetujuanPelajar membuat apa yang diarahkan atau yang
dikehendaki.
(ii) KesanggupanPelajar melakukan apa yang diarahkan dan lebih
daripada itu.
(iii) KepuasanPelajar mempelajari sesuatu kerana mereka suka dan
minat.
Contoh tingkah laku:
menjawab;
membantu;
melengkap;
Rajah 6.4: Peringkat pembelajaran domain afektif
-
OUM 99
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
melapor;
memerhati; dan
mendeklamasi.
(c) Menghargai adalah peringkat di mana pelajar menunjukkan
tingkah laku yang tekalterhadap sesuatu tanpa dipaksa. Peringkat
ini juga terdapat tiga tahap iaitu:
(i) persetujuan sesuatu nilai;
(ii) mengutamakan atau lebih suka kepada sesuatu nilai; dan
(iii) komitmen.
Contoh tingkah laku:
menerima;
mendebat;
melengkap;
menerang;
mencadang;
melapor; dan
mengkaji.
(d) Mengorganisasi adalah peringkat di mana pelajar
mengorganisasikan nilai kepada satusistem. Penekanan dilihat kepada
membanding, mengait dan mensintesis antara nilai.Pada peringkat
ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan
sebagaitingkah laku. Pelajar mengkonsepsikan sesuatu nilai dan
mengorganisasikannya kepadasesuatu sistem nilai.
Contoh tingkah laku:
berpegang teguh kepada sesuatu aktiviti;
mengubah;
mensintesis;
menyusun;
mengintegrasi;
mendebat; dan
mempertahan.
(e) Mewatak bermakna keseluruhan tingkah laku tekal dengan nilai
yang tersirat. Padaperingkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku
yang selari dengan nilai yang telah sebatidengan dirinya.
Contoh tingkah laku:
bertindak;
mengesah;
mempamer;
-
100 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
mempengaruhi;
menyelesai;
mempraktik; dan
menyoal.
Contoh objektif domain afektif:
(i) Di sepanjang perbincangan dalam kelas, pelajar sanggup
melibatkan diri denganmenjawab soalan secara suka rela.
(ii) Di akhir kelas, pelajar akan menunjukkan minat terhadap
sains dengan menunjukkaninisiatif untuk mencari bacaan lanjutan
dalam Internet.
(iii) Sepanjang kelas amali, pelajar menunjukkan sikap kerjasama
dengan membantuahli dalam kumpulan untuk menyiapkan projek.
Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab
soalan berikut. Selamatmencuba!
Latihan 6.3
Cuba anda menulis objektif dalam domain afektif.
6.4 STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN
Konsep dan penggunaan istilah strategi dan kaedah pengajaran
adalah pelbagai dan kadang-kadang mengelirukan. Para pendidik
menggunakan istilah yang berbeza-beza.
Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan
maklumat dan membuatkeputusan bagaimana menyampaikannya (Dick &
Carey, 1996). Guru akan memikirkankeseluruhan proses pengajaran
beliau. Kaedah pengajaran pula adalah cara menyampaikanmaklumat
atau menjalankan aktiviti pengajaran, contohnya kuliah,
perbincangan, mainperanan, simulasi dan lain-lain. Teknik
pengajaran pula ialah kemahiran spesifik dalampengajaran seperti
set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan hitam
danlain-lain lagi. Teknik mengajar merujuk kepada satu kemahiran
mengajar, manakala strategimengajar mewakili satu pendekatan yang
kompleks dalam pengajaran dan selalunyamengandungi beberapa kaedah
pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran.
Contohnya, seorang guru hendak mengajar bagaimana untuk
memperoleh pengetahuandan kemahiran bagi memandu traktor. Guru akan
menetapkan objektif pengajaran peringkatkognitif, psikomotor dan
afektif. Apakah strategi pengajaran guru tersebut? Guru ini
akan
Jika anda mahu mengetahui lebih mendalam tentang Domain
ObjektifPengajaran, sila rujuk laman-laman web
berikut:http://faculty.washington.edu/~krumme/guides/bloom.htmlhttp://www.tedi.uq.edu.au/Assess/Assessment/bloomtax.html
-
OUM 101
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
melihat pelbagai aspek, iaitu cara untuk memotivasikan pelajar
untuk mempelajari pengetahuandan kemahiran memandu traktor. Untuk
mengetahui ini, beliau akan meneliti pengetahuansedia ada pelajar
dan latar belakang pelajar.
Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk memastikan objektif
dalam domainpembelajaran tercapai? Anda mungkin menggunakan kaedah
kuliah dan perbincangan untukmengajar perkara yang melibatkan
fakta. Bagaimana pula dengan domain psikomotor? Andaakan
menggunakan kaedah demonstrasi. Apa pula media dan bahan bantu
mengajar yangdiperlukan? Mungkin carta atau maklumat dalam bentuk
power point? Bagaimana dengankelas amali? Berapa kalikah pelajar
dibenarkan mempraktik kemahiran sebelum anda menilaikemahiran
psikomotor mereka? Bagaimanakah anda hendak memotivasikan pelajar
supayaterus mempraktikkan kemahiran sehingga mereka mahir dan boleh
dinilai? Bagaimanakahanda akan menilai pengetahuan dan kemahiran
pelajar tersebut? Di sini anda boleh lihatbahawa strategi
pengajaran melibatkan keseluruhan pengajaran.
6.5 KAEDAH PENGAJARAN
Ada banyak kaedah pengajaran yang boleh anda gunakan. Dalam
modul ini akan diterangkankaedah kuliah, perbincangan, demonstrasi,
sumbangsaran, main peranan, lawatan luar daninkuiri.
6.5.1 Kuliah
Bagaimanakah anda boleh menggunakan kuliah sebaik mungkin?
Kaedah ini tidak sesuaidigunakan sepanjang waktu pengajaran kerana
pelajar akan menjadi bosan dan tidak dapatmenumpukan perhatian.
Waktu pengajaran yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek.Selain
itu, pastikan pelajar mengetahui cara mengambil nota. Penggunaan
kaedah inimemerlukan perancangan. Apakah yang perlu diambil kira
oleh anda semasa merancang?
(a) Pengenalan kepada kuliah untuk menarik minat pelajar.
(b) Nyatakan ulasan keseluruhan atau rangka isi kandungan
kuliah. Ini boleh dinyatakansecara lisan atau ditulis di atas
transparensi atau papan hitam.
(c) Nyatakan kepada pelajar bagaimana maklumat yang diberikan
dalam kuliah ini dapatdigunakan. Contoh maklumat ini akan digunakan
sebagai asas semasa kelasperbincangan atau membuat rujukan untuk
tugasan.
(d) Beri definisi kepada terminologi yang pelajar tidak pernah
dengar.
(e) Pastikan masa kuliah fleksibel dengan maklumat yang akan
dikuliahkan untuk memberipeluang soalan atau komen daripada
pelajar.
(f) Kenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan dan
kemudian, kembangkan perkarapenting ini semasa kuliah supaya
pelajar akan lebih jelas dengan apa yang dikuliahkan.
Berdasarkan kefahaman anda, apakah kaedah pengajaran
yangberkesan dan mengapa?
-
102 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
(g) Susun maklumat yang hendak dikuliahkan mengikut susunan yang
logik, iaitu sama adasecara topikal, masalah-penyelesaian,
sebab-kesan, urutan masa, perbandingan danlain-lain lagi.
(h) Sediakan contoh-contoh untuk menjelaskan idea utama.
(i) Guna alat bantu mengajar, jika ia boleh memberi kesan yang
baik kepada kuliah yangdiberikan.
(j) Elakkan bercakap tanpa henti lebih daripada 15 minit dalam
sesuatu masa. Tukar formatpengajaran anda. Kajian menunjukan
tumpuan seseorang kepada sesuatu adalah lebihkurang 10-15 minit.
Selepas 15 minit, pelajar mula tidak memberi perhatian;
walaupunsesetengah mungkin akan terus mengambil nota, mereka tidak
lagi memproses maklumatyang diterima.
(k) Perhatikan komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh
pelajar untuk menentukankefahaman mereka terhadap kuliah. Suara
perlu ada intonasi untuk menunjukkankepentingan maklumat.
(l) Libatkan pelajar dalam kuliah dengan menyoal atau
berinteraksi dengan mereka untukmelibatkan komunikasi dua hala.
Cara ini akan menyebabkan pelajar aktif di sepanjangpengajaran.
(m) Buat kesimpulan di akhir kuliah.
6.5.2 Perbincangan
Untuk mendapatkan pengajaran yang baik, pembentukan kemahiran
kaedah perbincanganmemakan masa, praktis dan maklum balas.
Sesetengah orang mempunyai kebolehan semulajadi, tetapi kebanyakan
orang perlu mempelajarinya sebelum mahir.
Apakah panduan yang anda boleh ikuti untuk memastikan kaedah
perbincangannyadilaksanakan dengan berjaya?
(a) Kenali pelajar anda - perbincangan yang berkesan mengetahui
kemahiran yang dipunyaioleh pelajar. Tentukan pelajar yang mana
akan dipanggil bercakap untuk memastikanperbincangan berjalan
seperti yang dirancangkan.
(b) Perlu ada perancangan - perancangan perlu untuk memastikan
perbincangan dibawakepada halatuju yang dikehendaki. Guru yang
berkesan ialah guru yang mengetahuibagaimana menyesuaikan objektif
pengajaran dengan perbincangan yang sedangberjalan. Tanpa
perancangan, sukar untuk guru membuat keputusan.
(c) Kenal antara satu dengan lain - bukan guru sahaja perlu
mengenali pelajar, pelajar jugaperlu mengenali antara satu dengan
lain, supaya berasa selesa apabila bercakap dihadapan rakan sebaya
mereka.
(d) Hargai semua soalan dan komen - adalah penting untuk kita
membuat sesuatupenghakiman tentang respons pelajar supaya mereka
tidak berasa malu apabilamenanya soalan.
(e) Integrasikan respons pelajar dalam perbincangan - pelajar
akan lebih berasa bebasuntuk melibatkan diri apabila mereka merasai
idea dan perhatian mereka dapat memberisumbangan kepada
perbincangan.
(f) Mulakan dengan soalan terbuka - soalan terbuka boleh
menggalakkan perbincangan.Sebagai contoh Apa pendapat anda tentang
pencemaran air sungai di negara kita?
-
OUM 103
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
atau Apakah masalah yang kita hadapi dengan sungai di negara
kita? Soalan ini memintapendapat pelajar dan menggalakkan pelbagai
jawapan.
(g) Tanya soalan yang boleh memberi pelbagai jawapan - cara ini
boleh menggalakkanpenglibatan pelajar dalam perbincangan kerana
pelajar kurang berasa takut jika jawapanmereka kurang tepat.
Sebagai contoh, Mengapakah bidang pengeluaran pertanian dinegara
ini masih dilakukan oleh orang tua? atau Apakah cara untuk menarik
minatbelia dalam bidang pertanian?. Soalan ini memaksa pelajar
mengintegrasikan maklumatyang mereka telah baca dan membuat satu
kesimpulan untuk menyokong fakta tersebut.Ini boleh menggalakkan
pemikiran kritikal.
(h) Elakkan pelajar daripada hanya memberi maklumat - guru perlu
mengelakkan soalanyang hanya memerlukan pelajar memberi maklumat.
Ini kerana ia tidak menggalakkanpemahaman yang sebenar mengenai
sesuatu pengetahuan. Bina soalan peringkat tinggiuntuk menggalakkan
pelajar berfikir.
(i) Setiap jenis soalan ada fungsinya - penyoalan adalah
kemahiran yang sangat pentingdalam kaedah perbincangan. Guru perlu
mengetahui tujuan dan fungsi soalan. Gurujuga perlu mengetahui
teknik menyoal. Sebagai contoh, Ada sesiapa yang tahubagaimana
fotosintesis berbeza? atau Adakah setiap anda tahu tentang
prosestranspirasi?. Soalan begini mungkin tidak banyak mendapat
respons daripada pelajar.Jika soalan itu hendak mendapatkan
penglibatan pelajar, soalan ini lebih sesuai, Bolehsesiapa tolong
rumuskan apakah perbezaan antara fotosintesis dan transpirasi?
atauBoleh sesiapa tolong terangkan kepada saya apa dia
fotosintesis?
(j) Pastikan setiap orang mempunyai peluang melibatkan diri -
setiap soalan yangdikemukakan kepada pelajar, mestilah diikuti
dengan masa menunggu sekejap, dantidak semestinya pelajar yang
mengangkat tangan mesti diberi peluang memberijawapan.
Sekali-sekala, anda boleh menyuruh pelajar menulis jawapan yang
diberikansupaya mereka dapat memikirkannya sebelum bercakap.
(k) Susun, rumus dan sintesis, - sekali-sekala, guru membuat
rumusan tentang perbincanganuntuk memastikan ia tidak meyimpang
daripada tajuk. Buat hubungan antara tajuk atausub-tajuk di papan
hitam. Dengan lain perkataan, dari semasa ke semasa,
ingatkanpelajar tentang matlamat anda dan respons mereka. Di akhir
kelas, rumusan fakta ataucara penyelesaian yang diperoleh hendaklah
dihubungkan dengan soalan asal yangdikemukakan di permulaan
kelas.
Latihan 6.4
Bandingkan kaedah pengajaran secara kuliah dengan
perbincangan.
6.5.3 Demonstrasi
Demonstrasi adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan
sesuatu kepada pelajaratau sekelompok pelajar. Jika pembelajaran
itu bertujuan untuk membentuk psikomotordomain, demonstrasi guru
tadi perlu diikuti dengan memberi peluang kepada
pelajarmempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru.
-
104 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang
demonstrasi.
(a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak
diajar. Tulis langkah-langkahkeseluruhan demontrasi tersebut.
(b) Jika konsep atau prinsip atau kemahiran yang ada cuba ajar
itu kompleks, bahagikankepada beberapa konsep atau prinsip atau
kemahiran.
(c) Pastikan supaya setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti
yang dirancangkan.
(d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan.
(e) Cuba demonstrasi tersebut sekurang-kurangnya sekali sebelum
kelas bermula.
(f) Sediakan soalan yang akan guru tanya semasa demonstrasi.
Bahagian ini pentingterutamanya jika guru membuat demonstrasi
secara induktif.
(g) Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan alat bantu mengajar
semasa demonstrasi.
(h) Tentukan bagaimana guru akan menilai pemahaman demonstrasi.
Penilaian boleh dibuatsecara bertulis, lisan, atau pemerhatian.
Jika ianya dalam bentuk kemahiran, guru perlumelihat setakat mana
pelajar telah mahir melakukan kemahiran yang ditunjukkan.
(i) Fikirkan faktor masa demonstrasi itu akan berlaku. Jika
demontrasi melibatkankemahiran, pastikan guru menetapkan masa untuk
pelajar mempraktikkan kemahiranyang ditunjukkan.
Menjalankan Demontrasi
Apabila menjalankan demonstrasi, ada beberapa panduan yang perlu
diikuti.
(a) Pastikan demonstrasi itu dapat dilihat oleh semua
pelajar.
(b) Timbulkan minat pelajar tehadap demonstrasi tersebut di
peringkat awal demonstrasisupaya mereka dapat memberikan tumpuan
sepanjang pengajaran guru. Salah satucara ialah dengan menunjukkan
objek atau sampel yang telah siap, atau peralatan yangtelah siap
dipasang atau peralatan yang berkaitan dengan demonstrasi. Ini
akanmenimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Guru boleh juga mengaitkan
demonstrasi denganpengetahuan yang berkaitan yang telah
dipelajari.
(c) Terangkan langkah atau prosedur satu persatu. Guru perlu
mengelakkan daripadamengambil jalan singkat dalam menerangkan
langkah-langkah. Ulang langkah atauprosedur yang sukar.
(d) Buat ulasan keseluruhan.
(e) Beri peluang pelajar mencubanya - masa mesti diberikan untuk
pelajar praktis danpengalaman diperlukan untuk membentuk kemahiran.
Seseorang tidak akan jadi mahirtanpa praktis.
-
OUM 105
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
6.5.4 Sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan
banyak idea daripadapelajar dan kemudian menentukan idea yang mana
paling sesuai untuk digunakan dalammenyelesaikan sesuatu
masalah.
Apakah langkah yang perlu diambil kira?
(a) Definisikan masalah yang hendak dibincangkan. Pastikan
masalah itu jelas dan difahamioleh pelajar. Tulis masalah di papan
tulis dengan jelas.
(b) Beri masa untuk membolehkan pelajar memberi idea. Lagi besar
kumpulan, lebih banyakmasa yang diperlukan kerana peluang perlu
diberi kepada sebanyak mungkin pelajar.
(c) Setiap pelajar digalakkan memberi idea untuk menyelesaikan
masalah yang dinyatakan.Tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau
mentertawa idea yang diberikan oleh rakanmereka. Ini adalah untuk
menggalakkan penglibatan pelajar dalam memberi idea. Ideayang
kurang baik mungkin merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah
atauboleh dikembangkan dan membawa kepada idea yang lebih baik.
(d) Setelah selesai, anda dan pelajar anda memberikan idea-idea,
pilih idea yangdikehendaki dan pastikan semua yang terlibat setuju
dengan idea yang dipilih.
(e) Kemudian pilih idea yang paling baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
6.5.5 Main Peranan
Main peranan melibatkan interaksi manusia dan melibatkan
perlakuan yang diimaginasikan.Lakonan dilakukan secara spontan,
tanpa skrip. Selalunya main peranan sangat rapat dengansituasi
sebenar dalam kehidupan seharian.
Bagaimanakah kaedah ini boleh digunakan?(a) Nyatakan objektif
pembelajaran.(b) Bincangkan peranan yang akan dimainkan termasuk,
hubungan antara peranan.(c) Terangkan situasi dan latar
belakang.(d) Lakonkan peranan.(e) Buat perbincangan.
Latihan 6.5
Apakah perbezaan yang terdapat antara kaedah pengajaran
demonstrasidan sumbangsaran.
6.5.6 Lawatan Luar
Lawatan membawa maksud membawa sekumpulan pelajar ke tempat
tertentu dengan tujuantertentu. Tujuan lawatan ialah untuk melihat
sesuatu situasi atau sesuatu yang berlaku atausesuatu amalan yang
tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Lawatan luar yang baik
bolehmemberikan pelajar pengalaman untuk aktiviti kelas yang
lain.
-
106 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
Apakah yang perlu guru lakukan?
(a) Kebenaran daripada pihak pentadbir.(b) Kebenaran daripada
ibu bapa pelajar.(c) Penggunaan pengangkutan.(d) Disiplin pelajar
semasa lawatan.(e) Nyatakan tujuan lawatan.(f) Buat susunan dengan
tuan rumah.(g) Rancang lawatan supaya ianya berlaku yang sesuai
dengan waktu pengajaran.(h) Sediakan pelajar untuk lawatan.(i)
Tempah pengangkutan.(j) Ucap terima kasih kepada tuan rumah.(k)
Rumus dan nilai lawatan.
6.5.7 Inkuiri
Kaedah seterusnya ialah inkuiri. Inkuiri merupakan kaedah
saintifik yang digunakan dalampengajaran sains yang merujuk kepada
proses penyoalan, mencari pengetahuan danmaklumat, atau mengkaji
sebab sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini memberi
tumpuankepada penyelesaian masalah. Ia dikatakan kaedah saintifik,
kerana ia merujuk kepada aktivitidi mana pelajar membentuk
pengetahuan dan pemahaman sebagaimana ahli sains mengkajifenomena
yang berlaku.
Apakah elemen yang terdapat dalam kaedah inkuiri?
(a) Masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Seboleh-bolehnya,
masalah sepatutnyabenar berlaku, bermakna dan boleh dikaji. Masalah
yang diperoleh daripada kelasadalah lebih baik.
(b) Latar belakang maklumat maklumat yang berkaitan supaya
pelajar memahamimasalah yang hendak dikaji. Ini boleh dibuat dengan
perbincangan ringkas, ataumembaca bahan yang berkaitan, percubaan
awal untuk memberi pemahaman umumkepada semua kelas.
(c) Bahan peruntukan mesti diberi untuk bahan yang akan
digunakan, peluang untukkerja individu dan peluang untuk pelajar
memilih bahan-bahan untuk menyelesaikanmasalah.
(d) Soalan memandu terdiri daripada soalan yang dijangkakan yang
akan ditanya olehguru untuk mengarahkan proses pemikiran pelajar.
Sediakan rangka dan juga ruanguntuk mendapatkan input daripada
pelajar.
(e) Hipotesis dibentuk hasil daripada perbincangan dan soalan
memandu.(f) Memungut data dan analisis jalankan eksperimen. Beri
penekanan kepada cara
mengumpul data dan pendekatan yang sistematik dalam
menyelesaikan masalah.
(g) Kesimpulan buat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan
eksperimen tadi.
-
OUM 107
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
6.6 PENYOALAN
Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya
terlibat dalam semuakaedah pengajaran. Anda perlu berkemahiran
dalam penyoalan. Menyoal merupakan carayang paling berkesan untuk
menggalakkan pemikiran dan pembelajaran.
Ada pelbagai jenis soalan dan setiap soalan akan memberikan
respons yang berlainan. Soalanboleh dibahagikan kepada beberapa
tahap. Dalam modul ini, kami memilih penyoalanberdasarkan taksonomi
Bloom. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom, dan soalanpada
setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan menggunakan tahap
prosespemikiran yang berlainan. Anda perlu berupaya membina soalan
pada setiap tahap supayadapat menggalakkan pelajar terlibat dalam
pelbagai proses kognitif. Sebelum guru membinasoalan pada setiap
tahap, mereka perlu memahami keenam-enam kategori.
6.6.1 Pengetahuan
Pengetahuan memerlukan pelajar mengenal pasti atau mengingat
kembali maklumat. Pelajartidak dikehendaki memanipulasi maklumat,
tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untukmenjawab soalan ini,
pelajar mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisi
apayang telah dipelajari.
Contoh:1. Definisikan fotosintesis.2. Bilakah pokok getah mula
ditanam di Malaysia?
6.6.2 Pemahaman
Peringkat pemahaman memerlukan pelajar menunjukkan bahawa mereka
telah mempunyaipengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat
secara mental. Pelajar perlu memilihfakta yang penting untuk
menjawab soalan. Bagi pemahaman, pelajar perlu pergi lebih
jauhdaripada hanya setakat mengingat kembali. Pelajar perlu
menunjukkan mereka memahamiapa yang telah dipelajari dan boleh
menyatakannya dengan perkataan sendiri atau membuatperbandingan.
Selalunya, soalan pemahaman memerlukan pelajar menterjemah
ataumentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk
carta, graf, jadual dan kartun.Perlu diingat bahawa pelajar perlu
ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka bolehmenjawab soalan
peringkat pemahaman.
Contoh:1. Terangkan apa yang anda lihat semasa lawatan kita di
Pameran Sains.2. Apakah idea utama yang anda boleh dapati daripada
sajak itu?3. Bagaimanakah fotosintesis berbeza daripada
transpirasi?
6.6.3 Aplikasi
Soalan tahap ini mengkehendaki pelajar mengaplikasikan maklumat
yang telah dipelajari.Soalan aplikasi memerlukan pelajar
menggunakan peraturan atau proses untukmenyelesaikan masalah.
Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki.
-
108 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
Contoh:1. Dengan menggunakan kaedah saintifik, selesaikan
masalah ini.2. Klasifikasikan spesimen haiwan yang diberikan kepada
serangga dan bukan serangga.
6.6.4 Analisis
Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan
memerlukan pelajar memikirkan dengankritikal dan mendalam. Untuk
menjawab soalan peringkat ini, pelajar perlu mengenal pastisebab
sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat
sesuatukesimpulan, inferens dan generalisasi berdasarkan maklumat
tersebut. Selain itu, pelajarmenganalisis kesimpulan, inferens atau
generalisasi untuk mendapatkan bukti bagimenyokong atau menyangkal
hipotesis.
Contoh:
1. Apakah kesannya kepada pengeluaran hasil makanan, jika
keadaan berjerebuberterusan?
2. Bagaimanakah keadaan ekonomi negara maju boleh mempengaruhi
keadaan ekonominegara ini?
6.6.5 Sintesis
Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Pelajar
dikehendaki menghasilkan pemikirankreatif dan asli. Pelajar perlu
membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah ataumenghasilkan satu
komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan
hanyasatu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai
jawapan atau pelbagai carauntuk menyelesaikan masalah. Soalan
sintesis memerlukan pemahaman yang terperincitentang sesuatu
subjek. Pelajar tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan
sintesis.
Contoh:
1. Bagaimanakah kita boleh dapatkan sumber kewangan untuk
membuat projek ini?
2. Apakah yang anda jangka jika bilangan pelajar yang mengikuti
aliran sains berkurangan?
6.6.6 Penilaian
Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahap yang paling
tinggi. Ianya juga seperti soalanperingkat sintesis dan analisis
yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaiantidak
mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan pelajar membuat
penghakiman sesuatuidea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau
penilaian kepada sesuatu kerja estetik.Ianya juga memerlukan
pelajar memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan
membuatpenghakiman. Untuk melakukannya, pelajar perlu mempunyai
kriteria.
Contoh:
1. Bagaimana pandangan anda tentang disiplin bioteknologi
membantu manusiamenghasilkan makan dengan efisien?
-
OUM 109
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6
2. Bincangkan bagaimana bidang kejuruteraan genetik boleh
membantu dan merosakkankesejahteraan kehidupan di dunia.
Untuk membantu anda memahami topik ini, jawab soalan
berikut.
Latihan 6.6
Cuba bina soalan-soalan untuk setiap tahap. Kemudian,
perhatikansoalan tahap mana yang mudah dan sukar dibina?
6.7 PEMILIHAN KAEDAH MENGAJAR
Setelah mempelajari semua pendekatan pengajaran, berikut adalah
beberapa panduan untukmemilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi
objektif yang tertentu.
Sesuatu kaedah itu sesuai sekiranya ia mengambil kira
faktor-faktor berikut:
(a) Matlamat pengajarannya di akhir pengajaran apakah
pengetahuan dan kemahiranyang akan diperoleh oleh pelajar?
(b) Bilangan pelajar jika terlalu ramai bolehkah dibuat kaedah
perbincangan?
(c) Minat dan pengalaman sedia ada pelajar. Pelajar yang kurang
pengetahuan asas sediaada yang berkaitan akan menyukarkan guru
membuat kaedah perbincangan.
(d) Masa jika masa singkat, kaedah perbincangan mungkin tidak
sesuai.
(e) Kebolehan dan pengetahuan guru dengan tajuk yang diajar.
(f) Minat guru terhadap sesuatu kaedah ini bukan bermakna guru
perlu mengetepikankaedah yang beliau tidak gemar. Beliau perlu
terus menambah kebolehan beliaumenggunakan kaedah yang baru.
(g) Kebolehan pelajar. Pelajar yang kebolehan bahasanya belum
berkembang.
(h) Untuk memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran dan
membentuk sikapterhadap kemahiran tersebut.
(i) Pencapaian pelajar yang dikehendaki.
(j) Sumber yang ada jika makmal dan peralatan tidak lengkap
pengajaran yang melibatkanpsikomotor tidak dapat dijalankan.
RUMUSAN
Setelah mengikuti modul ini, guru akan mendapati terlalu banyak
klasifikasi dalam setiapdomain pembelajaran. Guru tidak perlu
bimbang atau terkongkong dengan pengkelasanobjektif. Pengkelasan
tersebut adalah sebagai panduan guru untuk memahami
prosespembelajaran dan mengapa objektif itu perlu ditulis mengikut
arasnya. Yang penting ialahguru tahu bagaimana hendak
mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran bolehmembantu
guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan.
-
110 OUM
OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6
Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan
pengajaran ke arahkeberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada
pelajar. Kaedah pengajaran dapatdisampaikan secara kuliah,
perbincangan, demonstrasi, sumbangsaran, main peranan,lawatan luar
dan inkuiri. Guru juga boleh menentukan pelbagai soalan bagi
mengetahui tahappencapaian dan kebolehan pelajarnya. Penyoalan
boleh dilakukan dalam bentukpengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Guru juga hendaklahberkebolehan
memiliki kaedah mengajar kerana ini ada kaitan dengan
keberkesananpengajaran di dalam bilik darjah.
GLOSARI
Objektif Pengajaran Objektif pengajaran merupakan suatu
penyataan yang menentukantingkah laku spesifik yang boleh diukur
dan dilakukan oleh pelajarsetelah mengikuti sesuatu pengajaran.
Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom merupakan senarai domain
pengajaran yangdibahagikan kepada tiga kategori penting iaitu
domain kognitif,domain psikomotor dan domain afektif. Setiap domain
mempunyaiperanan masing-masing .
UJIAN 1
Huraikan ciri-ciri penting yang terdapat dalam domain kognitif.
Berikan contoh-contoh yangsesuai.
UJIAN 2
Domain psikomotor mengintegrasikan kemahiran intelektual dan
fizikal. Huraikan dari aspekpersepsi dan persediaan.