7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
1/14
ISU : PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
OLEH : NUR AZIRA FARHANA BINTI AHMAD SABRI
1.0 Pengenalan
Semenjak berzaman lalu, manusia telah mula menggunakan kekayaan kepelbagaian
flora dan fauna dengan cara yang harmoni pada kuantiti yang diperlukan. Menurut
Kirby et al. (1995), situasi ini membolehkan kepelbagaian flora dan fauna terus
berevolusi bagi mengurangkan risiko kepupusan akibat daripada ancaman penyakit
dan spesis perosak. Namun, aktiviti jangka panjang seumpama ini telah
menyebabkan impak buruk iaitu menyumbang kepada peningkatan kadar kepupusan
kepelbagaian flora dan fauna iaitu sehingga 1,000 kali ganda berbanding dengan
kadar biasa.
Mohd Nordin (1991) berpendapat setiap benda hidup yang terdapat di bumi
ada gunanya, hanya manusia yang jahil tentang fungsinya itu. Fungsi dan peranan
kepelbagaian flora dan fauna hanya boleh difahami melalui pemahaman tentang
fungsi dan peranan ekosistem. Hasil daripada beberapa persidangan antarabangsa
termasuk Persidangan Sedunia Mengenai Alam Sekitar di Stockholm, pada tahun
1972, kesedaran dunia terhadap isu-isu alam sekitar didapati kian meningkat.
Di Malaysia sendiri pada tahun 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling yang
komprehensif telah diluluskan oleh Parlimen. Hal ini telah menjadi titik permulaan
penubuhan Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahun 1975. Seterusnya, akta ini
dimantapkan lagi pelaksanaanya dengan Rancangan Malaysia Ketiga (RMT). Pihak
kerajaan telah mencadangkan agar kawasan seluas 915,170 hektar diperuntukkan
sebagai tambahan kepada keluasan kawasan rezab hidupan liar yang sedia ada iaitu
sebanyak 839,303 hektar. Antara kawasan yang dicadangkan termasuklah Taman
Negara Negeri Johor dan Taman Negara Endau Rompin serta 21 buah kawasan
rezab hidupan liar yang lain.
Selain kawasan daratan, Malaysia juga telah mewartakan kawasan taman laut
sebagai kawasan yang dilindungi. Pada tahun 1983, Pulau Redang telah diwartakan
sebagai kawasan perlindungan laut pertama di negara ini. Seterusnya di antara
tahun 1985 hingga 1994, sebanyak 62 pulau di negeri Kedah, Terengganu, Pahang,
Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diwartakan kawasan yang dilindungi.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
2/14
Dari segi sejarah, kewujudan kawasan perlindungan di Malaysia bukanlah
suatu perkara yang baharu. Kawasan seumpama ini telah diwujudkan sejak
daripada tahun 1903 lagi dengan pengwartaan Kawasan Hidupan Liar Chior di
Perak, iaitu dengan keluasan sebanyak 4,330 hektar. Pada tahun 1932 pula, satu
laporan oleh Suruhanjaya Hidupan Liar telah dilaksanakan bertujuan untuk
membentuk garis panduan bagi pertumbuhan sistem kawalan perlindungan hidupan
liar. Seterusnya pada tahun 1968, satu rancangan komprehensif berhubung dengan
kawasan perlindungan hidupan liar telah dibentuk. Tindakan kerajaan
memperuntukkan kawasan hutan dan laut sebagai kawasan yang dilindungi bagi
tujuan pemuliharaan kepelbagaian hidupan liar adalah merupakan langkah penting
yang sejajar dengan kehendak pembangunan negara.
2.0 Kepupusan Kepelbagaian Spesis Hidupan Liar
Rajah 1 : Orang Utan
Rajah 2: Tapir
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
3/14
Rajah 3: Orkid Hutan
Berdasarkan rajah 1, 2 dan 3 di atas menunjukkan spesis hidupan liar yang hampir
pupus di Malaysia(rujuk http://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-
endangered-animals-in-malaysia.html ). Kepupusan kepelbagaian hidupan liar
bukanlah merupakan satu proses yang baharu. Menurut McNeely et al. (1990),
fenomena ini merupakan sebahagian daripada proses kehidupan semenjak daripada
zaman lampau lagi. Penyataan ini turut disokong oleh Mohd Nordin (1991),
kepupusan adalah merupakan satu proses tabii yang dibuktikan dengan rekod fosil
yang menunjukkan fenomena ini telah berlaku walaupun manusia masih belum
wujud di muka bumi.
Kepupusan telah mengakibatkan pengurangan kepelbagaian spesis flora dan
fauna. Berdasarkan rekod oleh Raup (1986), dianggarkan secara purata
jangkamasa kewujudan sesuatu spesis bertulang belakang (vertebrate) di muka bumi
ialah selama 5 juta tahun, dan bagi tempoh 200 juta tahun yang lepas kira-kira 900
ribu spesis telah mengalami kepupusan bagi setiap satu juta tahun atau kira-kira 90
spesis bagi setiap satu abad. Sementara Myers (1988), pula menganggarkan
bahawa di dalam jangkamasa 400 tahun yang lepas, kira-kira satu spesis pokok
tinggi (higher plants) telah pupus bagi tempoh masa setiap 27 tahun.
Namun, dunia hari ini memperlihatkan kepelbagaian flora dan fauna telah
mengalami kadar kepupusan yang amat tinggi berbanding dengan sejarah bumi
masa lampau . Mengikut Raven (1988), kesan daripada kemusnahan ekosistem
yang pelbagai seperti pengurangan mendadak kawasan hutan tropika telah
menyebabkan suku daripada jumlah kepelbagaian flora dan fauna di bumi telahdiancam oleh risiko kepupusan pada kadar yang tinggi.
http://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-endangered-animals-in-malaysia.htmlhttp://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-endangered-animals-in-malaysia.htmlhttp://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-endangered-animals-in-malaysia.htmlhttp://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-endangered-animals-in-malaysia.htmlhttp://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-endangered-animals-in-malaysia.html7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
4/14
Sementara itu, Frankel dan Soule (1981) pula menyatakan, lebih kurang 75%
daripada spesis mamalia dan burung yang pupus sejak akhir-akhir ini adalah
merupakan spesis yang menetap di kawasan kepulauan. Manakala Collar dan
Andrew (1988), di dalam kajiannya terhadap dunia burung telah merumuskan
bahawa daripada jumlah 9,000 spesis burung yang diketahui wujud di bumi, lebih
daripada 1,000 spesis iaitu bersamaan 11% sedang menghadapi risiko kepupusan.
Jumlah ini amat ketara berbanding dengan hanya 290 spesis pada tahun 1978.
Jika kita merujuk kepada kenyataan oleh Mohd Nordin (1991), beliau melihat
fenomena kepupusan ini berpandukan kepada sejarah iaitu kadar pemupusan ketara
iaitu melebihi daripada kadar pemupusan tabii hanya berlaku selepas dari tahun
1600. Melalui kemajuan teknologi, kesan aktiviti manusia terhadap kepelbagaian
spesis flora dan fauna telah berlaku pada magnitud yang luas dan dengan kadar
yang lebih pantas. Kajian oleh Myers (1979), telah mendapati antara tahun 1600
hingga 1900, sebanyak satu spesis pupus dalam tempoh setiap empat tahun akibat
daripada perbuatan manusia seperti pembalakan dan pemburuan haram.
Sementara data yang dikumpul pada tahun berikutnya telah menunjukkan angkanya
meningkat kepada satu spesis bagi setiap satu tahun.
McNeely et. al (1990), berdasarkan kepada kajian oleh beberapa pengkaji
telah merumuskan bahawa sekurang-kurang terdapat enam faktor yang telah
mengancam kewujudan kepelbagaian hidupan liar. Faktor tersebut ialah gangguan
yang berlaku ke atas habitat, penuaian hasil yang berlebihan, pencemaran bahan
kimia, perubahan iklim, spesis pendatang dan pertambahan penduduk bumi.
3.0 Pemuliharaan Hidupan Liar dari Perspektif Islam
Islam merupakan agama yang lengkap. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar merupakan satu aspek yang dititik beratkan oleh agama Islam. Dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, kehendak Islam seiring dengan
kehendak dan cita rasa manusia. Bagaimana pun sifat tamak manusia
menyebabkan mereka tidak memperdulikan alam sekitar dan sanggup melakukan
apa sahaja asalkan kehendak mereka tercapai. Pihak yang tidak bertanggungjawab
ini juga menentang pihak yang melaksanakan undang-undang dan pihak yang
mendedahkan kes-kes yang berkaitan dengan pencerobohan peraturan alam sekitar.Keadaan ini telah ditegaskan Allah di dalam Al -Quran.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
5/14
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah, ayat 11 dan 12 yang bermaksud:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan
kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang
yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah
orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi
mereka tidak menyedarinya".
Dalam Surah Hud, ayat 85, Allah s.w.t. berpesan lagi kepada manusia supaya
jangan melakukan kerosakan di muka bumi, maksudnya: "dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". Kebakaran hutan, cuaca berjerebu,
pencemaran air, runtuhan tanah, bencana banjir dan sebagainya termasuk lapisan
ozon menjadi semakin nipis yang menyebabkan peningkatan suhu global, semua ini
terjadi akibat daripada tangan-tangan manusia itu sendiri yang tidak menghormati
alam sekitar yang dijadikan untuk dinikmati, bukannya untuk dirosakkan atau untuk
dimanipulasi bagi kemewahan sesetengah pihak.
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Rum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
Jika kita menghayati suruhan Allah, kita dapat memahami bahawa Allah telah
memberikan garis panduan bagaiman kita perlu mentadbir alam ini sebagai khalifah
yang dilantik Allah. Dalam surah Al- Maidah ayat 1 Allah telah menggariskan,
Wahai orang yang percaya! Tunaikanlah perjanjianmu. Dibenarkan (makan) ke atas
kamu semua haiwan kecuali yang dimaklumkan kepada kamu; Jangan benarkan
pemburuan bila kamu berada dalam tempoh larangan; sesungguhnya Allah
memerintahkan apa yang dikehendakiNya
Suruhan larangan itu adalah supaya kita mewujudkan sistem pemburuan
bermusim sebagai mekanisma untuk melindungi kelestarian hidupan liar. Sistem
pemburuan bermusim atau akta-akta anti kepupusan yang diamalkan oleh pihak
berkuasa pemuliharaan hidupan liar sedunia hari ini adalah untuk memelihara
kemandirian spesis hidupan liar apabila tiba musim membiak. Hal ini menjelaskan
betapa Islam menjaga kebajikan setiap nyawa di bumi Allah.
Asasnya telah disentuh dalam Al-Quran yang sama sekali menegah umatmanusia melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi ini. Perkara ini
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
6/14
kemudiannya dilebarkan lagi perbincangan melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
yang memerintahkan kepada umat manusia supaya bersikap baik dengan alam.
Perkara ini juga akhirnya dibincangkan secara langsung oleh para ulama' dalam
semua mazhab sunni berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dalam penulisan-
penulisan mereka. Jika dilihat keseluruhan perbincangan berkaitan dengan alam
sekitar ini, sama ada dalam Al-Quran, hadis atau pendapat para ulama, kesemuanya
melarang sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar demi
menjaga kesejahteraan umat manusia dan secara langsungnya Islam menyokong
penuh kesemua peruntukkan undang-undang pengawalan dan pencegahan
sebarang bentuk pencemaran alam sekitar.
4.0 Pemuliharaan Kepelbagaian Spesis Hidupan Liar
Kewujudan pelbagai bentuk ancaman terhadap kepelbagaian spesis hidupan liar
telah mendapat perhatian daripada banyak pihak. Antaranya ialah pihak kerajaan,
badan bukan kerajaan serta institusi-institusi pada peringkat antarabangsa.
Pembinaan serta usaha mewartakan hutan simpan turut rancak dijalankan di seluruh
negeri di Malaysia (rujuk rajah 4). Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa
telah diadakan bagi melindungi beberapa spesis tertentu daripada pupus, antaranya
termasuklah International Convention for the Regulation of Whaling, pada tahun
1946, The Convention on International Trade in Endengered Species of Wild Fauna
and Flora, (1973), The Convention on Migratory Species of Wild Animal (1979) dan
The United Nations Convention on Biological Diversity (1992).
Sementara itu, pada peringkat nasional pula kehidupan liar dilindungi oleh
berbagai bentuk undang-undang seperti undang-undang perburuan, serta undang-
undang lain yang dilaksanakan oleh pentadbir kehidupan liar di sesebuah negara
berkenaan. Namun, menurut McNeely, et al. (1990), langkah terbaik bagi
memulihara kehidupan kepelbagaian spesis ialah melalui program pemuliharaan.
Program pemuliharaan boleh di bahagikan kepada dua kaedah, iaitu:
i. Kaedah in situ;
ii. Kaedah ex situ.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
7/14
Rajah 4
5.0 Program Pemuliharaan In Situ
Mengikut Munson (1995), merujuk kepada artikel 8 The United Nations Convention
on Biological Diversity, program pemuliharaan in situ bererti untuk melindungi
hidupan liar di dalam ekosistem dan habitat semulajadinya. Tiga fungsi utama
program ini ialah:(i) Mewujudkan perlindungan terus, iaitu dengan mewujudkan kawasan perlindungan
atau kawasan yang mana tindakan khusus boleh dilakukan bagi melindungi
kepelbagaian kehidupan.
(ii) Melindungi penduduk asli serta pengetahuan yang dimilikkinya.
(iii) Melindungi spesis yang terancam daripada ancaman oleh hasil keluaran bio-
teknologi serta spesis asing.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
8/14
Kawasan pemuliharaan di bawah program ini boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis mengikut kategori dan objektif pentadbirannya (IUCN, 1985).
Kawasan perlindungan bertujuan bagi kegunaan kajian sainstis atau khusus untuk
tujuan perlindungan alam semula jadi iaitu;
i. Taman Negara, ianya bertujuan untuk melindungi alam semulajadi dan
keindahan sesuatu kawasan yang mempunyai nilai samada pada peringkat
nasional atau antarabangsa dari segi pengetahuan, pendidikan dan rekreasi.
Secara relatifnya ia adalah luas dan masih tidak terjejas oleh aktiviti manusia.
ii. Kawasan peringatan semula jadi, tujuannya ialah untuk melindung dan
memulihara kawasan alam semula jadi yang unik dan menjadi kebanggaan
negara. Pada kebiasaannya ia mempunyai keluasan yang kecil serta fokus
perlindungan hanya untuk tujuan yang telah ditetapkan.
iii. Kawasan perlindungan hidupan liar atau alam semulajadi, tujuannya ialah
bagi menentukan keadaan semulajadi yang sesuai bagi melindungi samada
spesis-spesis tertentu atau sekumpulan spesis tertentu, atau bentuk fizikal
sesuatu kawasan tersebut.
iv. Perlindungan keindahan alam semulajadi, ianya bertujuan untuk melindungi
keindahan alam semulajadi bagi sesuatu kawasan yang penting dengan cara
mewujudkan peluang-peluang bagi aktiviti rekreasi dan pelancongan yang
berasaskan kepada alam sekitar.
v. Perlindungan simpanan sumber, bertujuan untuk melindungi sumber alam
semulajadi bagi sesuatu kawasan dengan cara menghalang aktiviti
pembangunan dilakukan di kawasan berkenaan sehingga satu keputusan
yang sesuai diambil terhadapnya.
vi. Pelindungan kawasan penempatan penduduk asli, ianya bertujuan untukmeningkatkan tahap keharmonian antara cara hidup masyarakat setempat
dengan alam semulajadi melalui penggunaan teknologi moden pada tahap
yang minima.
vii. Kawasan pengurusan sumber alam yang pelbagai, bertujuan untuk mencapai
objektif pengeluaran mapan bagi sumber air, balak, hidupan liar, padang
ragut, serta aktiviti rekreasi melalui program perlindungan alam semulajadi
sebagai sokongan kepada aktiviti ekonomi.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
9/14
6.0 Program Pemuliharaan Ex Situ
Program ex situ ialah program bertujuan untuk melindungi kepelbagaian hidupan liar
di luar daripada kawasan habitat asalnya. Menurut Prescott-Allen (1995),
perlindungan boleh di dalam bentuk organisma yang lengkap (tumbuh-tumbuhan
atau haiwan) seperti di taman-taman botani, tanaman tumbuh-tumbuhan dan zoo
atau dalam bentuk benih baka seperti biji benih, debunga, sperma, sel dan lain-lain
McNeely, et al. (1990) menjelaskan, antara perkhidmatan yang diberikan di bawah
program ex situ termasuklah menyediakan perkhidmatan penyimpanan untuk
jangkamasa panjang, membuat ujikaji dan penganalisaan, serta menjalankan aktiviti
pembiakan untuk spesisi tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.
Program ini bertambah penting terutamanya bagi spesis yang sukar untuk
ditemui. Pada masa yang sama program ex situ juga menyediakan peluang
pendidikan kepada masyarakat umum. Dari perspektif sejarah, perkembangan pesat
program ini hanya bermula kira-kira 25 tahun yang lepas, iaitu dengan tertubuhnya
The International Board on Plant Genetic Resources (IBPGR) pada tahun 1974.
Plunkett et al (1983) berpendapat, melalui pembentukan IBPGR, institusi ini telah
berjaya menggalakkan penubuhan lebih banyak institusi yang bertanggungjawab
bagi menyediakan kemudahan penyimpanan baka benih di seluruh dunia, iaitu
daripada 8 buah pada tahun 1975 kepada 33 buah pada tahun 1983.
Mengikut McNeely et al., (1990), Consultative Group on International
Agricultural Research (CGIAR), IBPGR, pusat penyelidikan pertanian dan bank
genetik telah berjaya melindungi kira-kira 500 spesis tumbuh-tumbuhan tanaman
pertanian (termasuk daripada spesis keluarga liar). Manakala taman botani, yang
jumlahnya kira-kira 1,300 buah diseluruh dunia telah berjaya melindungi kira-kira
20,000 spesis tumbuh-tumbuhan terutamanya dari spesis asal.
7.0 Kekuatan dan Kelemahan Program In Situ dan Ex Situ
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, kedua-dua program pemuliharaan iaitu in
situ dan ex situ telah berkembang dengan pesatnya bermula daripada tahun 1970
an. Keadaan ini merupakan petunjuk terhadap kesedaran daripada pelbagai pihak
berhubung dengan masalah kepupusan yang dihadapi oleh kepelbagaian kehidupanliar di bumi. Mengikut Prescott-Allen (1995), kedua-dua program ini mempunyai
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
10/14
kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri di dalam melindungi kepelbagaian
hidupan liar.
Dari segi pelaksanaan, program ex situ seperti bank baka benih boleh
ditempatkan dengan mudah di tempat yang mana ianya perlu digunakan.
Kebanyakan daripada jenis tanaman yang menjadi tanaman utama oleh kebanyakan
negara pada hari ini adalah berasal dari spesis asal dari benua yang lain. Sebagai
contoh pisang yang spesis asalnya berasal daripada Asia Tenggara telah menjadi
tanaman utama di negara-negara seperti Caribbean dan Amerika Tengah. Manakala
getah yang menjadi tanaman utama dikebanyakan negara di Asia Tenggara
memperoleh benih dari spesis asal di Brazil.
Bagi faktor ancaman pula, Harris (1984), menyatakan walaupun di bawah
program pemuliharaan in situ yang paling ketat, adalah sukar untuk menentukan
bahawa samada kesemua atau sebahagian daripada spesis, atau sumber genetik,
atau proses ekologi dapat dilindungi sepenuhnya. Mengikut Prescott-Allen (1995)
pula, antara masalah yang selalu dikaitkan dengan program pemuliharaan in situ
termasuklah masalah pemburuan haram atau pembalakkan haram, atau
pembagunan. Walaubagaimana pun keadaan berbeza berlaku bagi program
pemuliharaan ex situ, kerana aktiviti pemuliharaan boleh dilakukan di bawah satu
bumbung, dan segala ancaman yang telah dinyatakan mungkin tidak merupakan
masalah kepada jenis program pemuliharaan ini.
Seterusnya, program pemuliharaan ex situ mempunyai keterbatasan dari segi
bilangan sampel untuk sesuatu spesis yang boleh ditampung pada sesuatu jangka
masa. Mengikut McNeely, et. al,. (1990), adalah tidak ekonomik untuk menempatkan
bilangan sampel pelbagaian genetik melebihi daripada jumlah yang mampu
ditampung di dalam sesebuah zoo, bank baka benih atau taman botani. Manakala
mengikut Conway (1988) pula, disebabkan oleh keluasan kawasan yang terhad dan
jumlah bilangan sampel yang diperlukan bagi sesuatu spesis untuk populasinya terus
kekal adalah banyak, maka adalah tidak praktikal bagi sesebuah zoo untuk
memelihara melebihi 900 spesis haiwan vertabrate pada sesuatu masa.
Manakala, Prescott-Allen (1995) menjelaskan, program in situ boleh dianggap
sebagai sebuah bank sumber genetik kepada sektor-sektor pertanian, perhutanan
dan juga pelbagaian hidupan liar. Disebabkan fungsi-fungsi ini berjalan secara
serentak, maka kesemuanya boleh dilindungi di dalam sebuah kawasanperlindungan yang sama. Di samping itu juga, di bawah program in situ proses
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
11/14
evolusi genetik spesis asal boleh berlaku secara berterusan bersama-sama dengan
proses evolusi parasit dan genetik perosak. Hal ini kerana, proses ini penting
terutamanya bagi meningkatkan daya ketahanan daripada serangan serangga dan
juga penyakit kepada spesis tersebut.
Kawasan yang kaya dengan kepelbagaian jenis serangga dan penyakit, pada
masa yang sama juga kaya pula dengan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya
ketahanan adalah merupakan satu kawasan yang paling baik dari segi pusat bank
baka. Keadaan sebaliknya berlaku apabila evolusi genetik berlaku di bawah program
ex situ, sifat-sifat ketahanan daripada serangan serangga dan penyakit akan hilang
kerana populasi yang dipelihara tidak dapat bertindak balas secara dinamik dengan
perubahan keadaan persekitarannya. Hal ini turut disokong oleh McNeely, et al.,
(1990), antara kelemahan lain program perlindungan ex situ termasuklah populasi di
bawah program ini mempunyai asas genetik yang sempit, kerana adalah mustahil
aktiviti pengumpulan dapat dilakukan pada kepelbagaian genetik yang besar dari
segi jumlah bilangannya.
Oleh itu, pada pandangan saya, ancaman terhadap kepelbagaian kehidupan
adalah kompleks dan mempunyai pelbagai bentuk maka adalah jelas bahawa kedua-
dua program pemuliharaan ex situ dan in situ penting kepada dasar pemuliharaan.
Kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, dan kegagalan
salah satu daripadanya akan memberi kesan kepada perlindungan kepelbagaian
hidupan liar.
8.0 Kesan Pemuliharaan Terhadap Masyarakat
Terdapat cadangan untuk menjadikan kawasan persekitaran laut di Tanjung
Tuan sebagai taman laut. Jika cadangan ini diterima, kepelbagaian hidupan liar di
kawasan tersebut dijangka akan bertambah baik dan seterusnya meningkatkan
perkhidmatan persekitaran yang diberi oleh alam sekitar. Menafaat ini akan dinikmati
oleh penduduk dunia antaranya melalui peningkatan penyerapan karbon melalui
pembentukan karang dan tumbuhan laut serta pengekalan dan peningkatan
kepelbagaian spesies fauna dan flora yang memberi faedah kepada seluruh
masyarakat (termasuk nelayan di kawasan persekitaran) melalui penggunaan
langsung dan tak langsung.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
12/14
Pada masa yang sama nelayan pantai sedia ada yang sebahagiannya
berpendapatan rendah dilarang daripada menuai hasil laut di kawasan yang
dilindungi. Mereka terpaksa menuai hasil laut di kawasan lain yang lebih jauh.
Wujud situasi di mana ada di antara nelayan ini yang tidak mampu menanggung kos
tambahan seperti membeli bot yang lebih besar untuk menangkap ikan di tengah laut
atau terpaksa pergi lebih jauh ke kawasan menangkap ikan yang baru. Dalam kes
ini jelas terdapat isu di mana pemuliharaan kepelbagaian hidupan liar memberi
kesan positif kepada ahli masyarakat di luar kawasan yang dilindungi manakala
kesan negatif kepada nelayan berpendapatan rendah.
Selain itu, terdapat seruan negara maju seperti Brazil untuk negara lain yang
memiliki hutan tropika yang luas untuk memulihara kawasan tersebut. Pemuliharaan
membawa implikasi kepada potensi pendapatan masa depan di negara tersebut
melalui penggunaan tanah yang lebih produktif selain daripada hutan. Contohnya,
sektor pertanian, pembalakan dan penternakan tidak dapat dibangunkan melalui
dasar pemuliharaan ini. Manfaat dasar pemuliharaan bukan sahaja diperoleh oleh
Brazil tetapi juga seluruh dunia melalui fungsi pengumpulan karbon hutan tropika. Ini
dikatakan dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan perubahan iklim akibat dari
pemanasan global. Namun, terdapat isu yang perlu ditangani kerana penduduk
Brazil memang diketahui mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih rendah
berbanding penduduk di negara maju. Adakah adil masyarakat yang miskin terpaksa
menanggung beban untuk mengekalkan kesejahteraan kehidupan masyarakat kaya?
9.0 Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa
meningkatnya risiko pemupusan kepelbagaian kehidupan terutama sejak
kebelakangan ini telah membawa kepada perlaksanaan Dasar Pemuliharaan oleh
hampir kesemua negara di dunia termasuk Malaysia. Namun dari segi teori
menunjukkan bahawa, perlaksanaan dasar ini walaupun akan meningkatkan tahap
kebajikan masayarakat keseluruhannya tetapi ia telah menimbulkan isu ekuiti dan
seterusnya telah menyebabkan berlakunya kecedaraan ekonomi kepada penduduk
yang tinggal di tempat dimana dasar tersebut dilaksanakan. Situasi ini diburukkan
lagi oleh keadaan masyarakat yang terlibat adalah merupakan masyarakat yangterpinggir dari arus pembangunan ekonomi perdana. Oleh itu adalah penting
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
13/14
sebelum dasar ini dilaksanakan satu kajian sosio-ekonomi perlu dilakukan terlebih
dahulu. Maklumat daripada kajian ini penting untuk tujuan penilaian tahap
kecederaan sosial, psikologi dan ekonomi yang mungkin akan berlaku serta
merangka dasar dan strategi bagi mengatasinya.
RUJUKAN
Al Quran Al Karim
Collar, N. J dan Andrew, J. (1988). Birds to Watch: The ICBP World Check-list of
Threatened Birds. Technical Publication No. 8. U.K. Cambridge.
Conway, W. (1988). Can Technology aid Species Preservation?. Washington, D. C.
National Academy Press.
Frankel, O. M dan Soule, M. E. (1981). Conservation and Evolution, New York.
Cambridge University Press.
Harris, L. D. (1984). The Fragmented Forest: Island Biogeography Theory and the
Preservation of Biotic Diversity. Chicago. University Press of Chicago.
IUCN. (1985). United Nation List of National Parks and Protected Areas. Gland,
Switzerland. IUCN.
Kirby, J; OKeefe, P dan Timberlake, L. (1995). Biodiversity. The Earthscan Reader
in Sustainable Development. London. Earthscan Publication Ltd.
McNeely, J. A., Miller, K. R,. Reid, W. V., Mittermeier, R. A dan Werner, T. B. (1990).
Conserving the World Biological Diversity. Gland. Switzerland: IUCN.
Mohd Nordin Hasan. (1991). Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaannya. Bangi.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
7/29/2019 Nur Azira Farhana Binti Ahmad Sabri PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
14/14
Munson, A. (1995). The Earthscan Reader in Sustainable Development. London.
Earthscan Publication Ltd.
Myers, N. (1988). Threatened Biotas: Hotspots in Tropical Forests.
Environmentalist.
Prescott-Allen, R. (1995). The Earthscan Reader in Sustainable Development.
London. Earthscan Publication Ltd.
Raup, D. M. (1986). Biology Extinction in Earth History. Tokyo.
University of Tokyo Prss.
Raven, P. H. (1988). Evolution and Coadaptation in Biotic Communities. Tokyo.
University of Tokyo Prss.