KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING TAHAP / LEVEL LEVEL 1 NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT 6.01 – IDENTFY TNE TYPE OF FABRICATION REQUIRED OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE / BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY NAMA PELATIH NO I/C / I/C NO. NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka : 1 Drpd : 6 TARIKH / DATE TAJUK : PENYAMBUNGAN LOGAM Kertas penerangan ini menerangkan :- 1. Simbol-simbol dalam lukisan projek
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME
C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
TAHAP / LEVEL LEVEL 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT
6.01 – IDENTFY TNE TYPE OF FABRICATION REQUIRED
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN
RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /
BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT
CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER
SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH
NO I/C / I/C NO.
NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka : 1 Drpd : 6
TARIKH / DATE
TAJUK : PENYAMBUNGAN LOGAM
Kertas penerangan ini menerangkan :-
1. Simbol-simbol dalam lukisan projek
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 2 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
PENGENALAN:
Mengenal pasti simbol-simbol yang sering digunakan dalam asas sesebuah lukisan projek
adalah penting di ketahui oleh setiap pelatih. Ini kerana kebanyakan lukisan projek pada hari
ini menggunakan simbol-simbol bagi memudahkan kerja dan kekemasan sesebuah lukisan
itu. Kesalahan mengenal pasti simbol menyebabkan projek yang dibuat tidak tepat dan lari
dari projek sebenar.
Sesuatu penyambungan logam yang baik adalah bergantung bagaimana seseorang itu
dapat memenuhi beberapa perkara:
a) Dapat membaca gambar projeknya dengan baik.
b) Mengetahui jenis logam yang hendak disambung.
c) Cara penyambungan yang hendak digunakan seperti cara brazing, bolt dan nut,
kimpalan arka dan lain-lain.
d) Peralatan penyambungan yang digunakan.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 3 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Berikut adalah beberapa kaedah untuk membaca dan melukis sebuah lukisan dengan cara
yang betul.
Gambarajah: Asas dimension
Gambarajah: Dimensioning Systems.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 4 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Dimensioning diameters
Center Line Application
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 5 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Gambarajah: Cara menanda saiz Iubang yang banyak.
Gambarajah: Dimensioning radii
Gambarajah: Dimensioning cylindrical holes
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS01 Muka: 6 Drpd: 6
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
EXTERNAL THREADS INTERNAL THREADS
(c). SIMPLIFIED REPRESENTATION USED WHEN EVER IT CONVEYS THE
INFORMATION WITH OUT LOSS OF CLARITY
Gambarajah: standard thread convention (ANSI)
KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME
C - 010 -1 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING
TAHAP / LEVEL LEVEL 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE NO AND TITLE M05 – METAL FABRICATION
NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT
6.02 - MARK PROJECT ANDA CARRY OUT CUTTING,
FILLING, DRILLING AND TAPING
6.03 – CUT METAL TO THE REQUIRED SHAPE AND
DIMENSION
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE
IDENTIFY & SELECT VARIOU TYPE OF TUBING USED IN
RAC BY REFERRING MANUAL / CATALOUGE /
BLUEPRINT & APPROPRIATE TOOLS SO THAT
CORRECT SIZE & TYPE OF TUBING AS PER
SPECIFICATION CAN B SELECTED ACCORDINGLY
NAMA PELATIH
NO I/C / I/C NO.
NO. KOD / CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka : 1 Drpd : 13
TARIKH / DATE
TAJUK : GERUDI DAN PEMBENANG
Kertas penerangan ini menerangkan :-
1. Kegunaan mesin gerudi 2. Jenis-jenis gerudi “tap” dan “die”
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 2 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
PENERANGAN
a) MATA GERUDI
Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses
menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin pelarik.
Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.
Jenis-jenis mata gerudi
a) Gerudi pintal d) Gerudi benam
b) Gerudi Iurah Iurus e) Gerudi pusat
c) Gerudi rata f) Gerudi melubang senggat
Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai
dua Iurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung
matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut
kelegaan.
Jenis-jenis gerudi pintal
1) Gerudi pintal tiga Iurah atau empat lurah
Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada
tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak dan
boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.
2) Gerudi pintal lubang minyak
Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ketepi
pemotong. Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan
lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja
pengeluaran.
3) Gerudi pintal pendek dan gerudi panjang
Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja.
Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua-
dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 3 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
4) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi
Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya samada lebih
kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30°.
Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi
logam tempawan dan logam liat. Selain itu, gerudi ini juga menghasilkan lubang
yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-
bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan Iogam-logam tiruan yang lain.
b) Gerudi Lurah Lurus
Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut
seperti loyang, tembaga dan aluminium dan juga logam nipis kerana ia tidak tersepit
atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah
lurus yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 4 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 5 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
c) Gerudi rata
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai, sudut
pemotongnya dicanai 90° dan sudut kelegaan pula antara 5° hingga 12° bergantung
pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini
kerana banyak dapat kekurangan, antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak
berapa bulat, saiz tidak tepat dan tatal sukar dikeluarkan.
d) Gerudi benam
Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan
berbentuk kon. Sudut matanya ialah 90° hingga 120°. Gerudi benam digunakan khas
untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh dipasang. Ia
juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 6 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
e) Gerudi pusat
Mata gerudi ini terdapat di kedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasa mempunyai
sudut pemotong 60° sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 60° hingga
120° di kedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada
3mm keatas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada
mesin pelarik atau mesin gerudi.
f) Gerudi melubang senggat
Gerudi ini digunakan untuk membuat Iubang senggat rata bagi menempatkan kepala
skru allen serta untuk melicinkan permukaan bintik (spot face) dan juga untuk
menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau lekangnya.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 7 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Bahagian-bahagian gerudi pintal
i) Badan
Badan terletak diantara hujung mata dengan batang, ia terdiri daripada:
a) Hujung mata
Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan
sudut kandung 118°, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan
masing-masing membentuk sudut 59° dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3
daripada garispusat gerudi.
b) Pusat mata
Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan
bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan
gerudi masuk kedalam permukaan logam.
c) Bibir pemotong
Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk
daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir
pemotong ini dibuat sama panjang.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 8 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
d) Lurah
Lurah terdapat disepanjang bahagian badan, Fungsinya ialah:
1) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk
kon,
2) Untuk membentuk Iorong-lorong bagi tatal keluar.
3) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata
4) Untuk rnemudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
e) Lengkang Iurah
Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai
tulang belakang gerudi dan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi
lebih tegap.
2) Batang
Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang
sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Batang Iurus
Batang Iurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya
ia dipegang dalam
b) Batang tirus
Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 1.3
mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukanya sendiri. Ia boleh dipasang
pada spindal mesin rnelalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang
gerudi dan lubang spindal mesin serta Iubang liang sendi masing-masing
mempunyai tirus morse.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 9 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
TAP
Tap mempunyai tiga atau empat Iurah pemotong dibahagian batang hingga kebahagian
hujungnya. Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotong, disamping berfungsi sebagai lorong
untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepi
pemotong. Ia digunakan khusus untuk memotong benang dalam.
Batang tap berbentuk lurus, kepalanya berbentuk segi empat sama supaya boleh diputar
dengan peringkuh (tap wrench). Saiz dan jenis benang ditandakan pada bahagian
batangnya. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan
dan dibaja. Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inch.
Jenis-jenis Tap
Tap dibuat dalam bentuk set dan setiap set mengandungi tiga jenis tap.
1. Tap tirus (tapper tap)
2. Tap palam (intermidiate tap)
3. Tap bottoming (bottom tap)
Tap Tirus
Bahagian hujung iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan. Fungsinya ialah supaya tap
mudah masuk untuk memulakan pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan ia
berada dalam kedudukan tegak.
Tap Palam
Hanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan selepas tap tirus,
bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan.
Tap Bottoming
Jenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya. Tap bottoming
boleh memotong ulir hingga kedasar lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalam
lubang buntu.
NO. KOD /CODE NO C-010-1/LG1/M05/IS02 Muka: 10 Drpd: 13
Modul 5-Kertas Penerangan 2011 (Versi 1)
Saiz gerudi tap
Sebelurn mengulir dalam, lubang hendaklah terlebih dahulu digerudi. Lubang lebih kecil
daripada saiz tap supaya bahan yang ada mencukupi untuk alat ini membentuk ulir. Jika
saiz lubang terlalu kecil, akan menyukarkan tap untuk memotong mengakibatkannya patah.
Jika saiz lubang terlalu besar, bahan yang diperlukan membentuk ulir tidak mencukupi,
akibatnya ulir tidak cukup dalam atau tidak ada ulir langsung.
Saiz lubang untuk mengulir dalam dikenali sebagai saiz gerudi tap. Saiz ini sama garispusat
kecil ulir, tetapi pada amalanya ia dibuat Iebih besar sedikit supaya dapat memotong dengan lebih
licin dan tidak tersepit dalam bahan.
Ada tiga cara untuk mendapatkan saiz gerudi tap iaitu:
1. Mengira dengan menggunakan formula
2. Mengambil bacaan daripada jadual
3. Mengambil bacaan daripada tanda pada batang tap.