Page 1
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
BAB SATU:
KAEDAH DAN SUMBER SEJARAH
1. MAKNA DAN KONSEP SEJARAH LISAN
Definisi Sejarah Lisan
Para sejarawan yang bersidang dalam Proceedings of the National Colloquium on
Oral History pada tahun 1966 telah bersetuju bahawa “tiada takrif sejarah lisan
yang ekslusif”. (Nadzan Haron, 2012: 74)
Hal ini bermakna, terdapat beberapa pandangan sejarawan mengenai konsep oral
history atau sejarah lisan itu sendiri.
Menurut A.R. Fry dan W. Baum (1969) seperti yang dipetik oleh Mohd Amin Hassan
(1974), pakar-pakar dalam bidang sejarah lisan yang bersidang pada tahun 1968
telah bersetuju untuk menerima definisi oral history (sejarah lisan) secara umum
sebagai:
“suatu metode untuk mendapat dan mengumpulkan sekumpulan
keterangan sejarah di dalam bentuk lisan, biasanya di atas pita rakaman.”
Pendefinisian ini telah diberi bagi merujuk kepada usaha Allan Nevins iaitu seorang
ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat yang dianggap sebagai
individu yang mempelopori bidang sejarah lisan pada tahun 1948.
(rujuk Mohd Amin Hassan, Akademika No. 4/1974)
1
Bab ini berfokus kepada:
1. Makna dan Konsep Sejarah Lisan;2. Peranan Orang Sumber;3. Kepentingan Sumber Lisan;4. Sumber Lisan sebagai Sumber Sejarah;5. Sumber Lisan sebagai Warisan yang Harus Dipelihara;6. Perbezaan antara Sumber Lisan dan Sumber Bertulis;7. Perdebatan antara Aliran Ranke dan Aliran Thomson
Page 2
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Dalam hal ini, Allan Nevins telah melaksanakan satu inisiatif untuk mengabadikan
ingatan dan kenang-kenangan yang tidak direkodkan dalam bentuk tulisan
sebelumnya. Antara inisiatif Allan Nevins dalam merintis sejarah lisan termasuklah:
1. Menemuramah secara sistematik orang-orang Amerika yang dipercayai
mempunyai ingatan dan kenangan yang bernilai sejarah;
2. Menyalin semula temu ramah ke dalam bentuk tulisan dan disediakan
untuk kegunaan para penyelidik.
Seterusnya, Judith Moyer (1993) mentakrifkan sejarah lisan seperti mana berikut:
“Oral history is the systematic collection of living people’s testimony
about their own experience.”
Menurut Donald A. Ritchie (2003) pula, oral history (sejarah lisan) boleh didefinisikan
sebagai satu kaedah mengumpul memori-memori dan pengalaman yang bernilai
sejarah yang dirakamkan melalui wawancara.
Nadzan Haron (2012) pula mentakrifkan sejarah lisan sebagai:
“Suatu daripada kaedah penyelidikan sejarah, kaedah yang
digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul sumber sejarah (saksi kepada
sejarah) berbentuk lisan sebagai suatu cara melengkapkan rekod bertulis."
Pusat Sejarah Lisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2007) pula mentakrifkan
sejarah lisan sebagai satu kaedah di mana kenang-kenangan seseorang tokoh
dirakamkan secara wawancara.
2
Page 3
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Konsep Sejarah Lisan
Objektif sejarah lisan adalah untuk menghasilkan satu dokumen lisan dari
keterangan proto, keterangan saksi mata, keterangan kata dengar atau tradisi lisan
ke dalam bentuk rakaman atau transkrip.
Sejarah lisan juga bertujuan untuk mengumpulkan memori-memori dan pengalaman
personal orang sumber yang mempunyai nilai yang signifikan dalam sesuatu isu
sejarah tertentu.
Penggunaan sejarah lisan sebagai salah satu daripada cabang sejarah menjadi
penting disebabkan kekurangan sumber bertulis dan sumber arkeologi dalam
pengkajian sesebuah sejarah.
Oleh itu, sejarah lisan telah memainkan peranannya dalam melengkapkan sumber-
sumber sejarah dan menjadi sumber yang menyokong kepada sumber-sumber
primer yang lainnya.
Sebagai contoh, Thucydides ketika menulis mengenai Sejarah Perang Peloponnesia
telah mengambil kira keterangan-keterangan saksi mata (eye witnesses) yang telah
menyaksikan sendiri peristiwa peperangan tersebut.
Sehingga kini, sejarah lisan terus menjadi popular dan berkembang terutamanya
dalam mengkaji sejarah sosial dan sejarah rakyat yang jarang didokumenkan.
Antaranya termasuklah Sejarah Perjuangan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya
dan Sejarah Memali.
Proses penghasilan sejarah lisan memerlukan satu kaedah yang sistematik bagi
memastikan sebuah hasilan kajian yang bernilai sejarah dan objektif. Antara proses
penting dalam sesebuah kajian sejarah lisan termasuklah:
1. Perancangan Awal Kajian;
Menentukan tema kajian
Gambaran dan maklumat awal mengenai kajian (pre-survey)
Membina Kerangka atau Pemetaan Penyoalan
3
Page 4
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
2. Mengenalpasti Orang Sumber;
Menentukan orang sumber yang diyakini mempunyai maklumat
berkenaan kajian
Menyiasat latar belakang diri orang sumber
Pernyataan hasrat kepada orang sumber (pre-interview)
3. Proses Pengumpulan Sumber;
Wawancara
Melakukan rakaman
Bahan-bahan Bantu (berkait dengan topik)
4. Proses Transkripsi;
Memindahkan butir-butir percakapan dalam rakaman kepada
bentuk tulisan
Mendapat persetujuan orang sumber mengenai proses
pentranskripsian
5. Pendokumentasian Sejarah;
Kritikan Sumber
Penulisan Hasil Kajian
6. Pengurusan Hasil Kajian;
Rakaman disimpan secara softcopy dan hardcopy
Penerbitan hasil kajian
Penyimpanan hasil kajian di perpustakaan, galeri atau arkib
Konsep Proto, Saksi Mata dan Kata Dengar
Konsep-konsep ini akan diterangkan pada bahagian 1.2 Peranan Orang Sumber.
4
Page 5
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Konsep Tradisi Lisan
Menurut Mohd Amin Hassan (1974), tradisi lisan boleh ditakrifkan sebagai semua
keterangan lisan mengenai masa lalu yang telah diperturunkan dari seorang ke
seorang dengan cara pertuturan.
Nadzan Haron (2012) pula mentakrifkan tradisi lisan sebagai keterangan yang telah
melalui proses transmisi (penyebaran) penuturan dari mulut ke mulut dari satu
generasi ke generasi berikutnya.
Nadzan Haron (2012) juga telah membahagikan tradisi lisan kepada tiga ciri iaitu:
i. Peristiwa/fakta dilaporkan oleh generasi ketiga dan generasi
kemudiannya;
ii. Testimoni lisan dengan penyebaran dari mulut ke mulut;
iii. Telah melalui suatu jaringan transmisi (yakni tersebar luas)
Antara contoh tradisi lisan yang berkait dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku
termasuklah kesengsaraan hidup di zaman Jepun, peristiwa “Bah Merah” iaitu banjir
besar di Terengganu pada tahun 1926 serta kisah-kisah perjuangan rakyat
menentang penjajah.
Selain itu, Mohd Amin Hassan (1974) turut mengkategorikan cerita rakyat,
perbilangan adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun sebagai tradisi lisan yang
utama di Malaysia.
Perbilangan adat seperti Adat Perpatih misalnya diperturunkan secara lisan dari satu
generasi ke generasi berikutnya dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi berkaitan
sejarah feudal di Negeri Sembilan.
Nadzan Haron (2012) membahagikan tradisi lisan kepada dua jenis iaitu:
1. Tradisi Lisan Terkawal:
Tradisi seperti ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pemegang
tradisi seperti ketua-ketua adat, ketua-ketua suku atau puak.
Mereka mewarisi suatu tradisi lisan yang lengkap dan sama dengan
pemegang tradisi sebelumnya disebabkan keperluan adat dsb.
5
Page 6
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Sebagai contoh termasuklah ketua-ketua adat dalam sesebuah
perbilangan adat seperti Adat Perpatih yang menghafal adat dan
istiadat yang berkaitan dengan tugas dan bidang kuasa mereka.
Hal ini meliputi hukum-hukum dan perlembagaan adat.
2. Tradisi Lisan Tidak Terkawal:
Penyebaran tradisi lisan secara terkawal terutamanya cerita-cerita
rakyat dan peristiwa sejarah tertentu.
Penyebaran yang tidak terkawal seperti ini menyebabkan berlakunya
pelbagai versi akibat daripada tokok tambah oleh penurun tradisi.
Contoh Sejarah Lisan
Terdapat pelbagai kajian berkaitan sejarah lisan yang telah dilakukan oleh para
sejarawan di seluruh dunia. Antaranya termasuklah:
1. Tulisan Thucydides berkenaan dengan Perang Peloponnesia;
2. Sejarah perkembangan komputer di I.B.M, Amerika Syarikat;
3. Projek Memori Bekas Pegawai Tanah Jajahan British oleh Universiti Oxford
(1969);
4. Projek Sejarah Gerakan Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-Sepuluh
Parti Komunis Malaya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia;
5. Projek Peristiwa Berdarah di Memali;
6. Projek Peristiwa di Zaman Jepun dan BMA
6
Page 7
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
2. PERANAN ORANG SUMBER
Sumber lisan adalah keterangan tidak bertulis mengenai sesuatu peristiwa yang
telah berlaku, mengenai sesuatu ciptaan masa lampau, dan juga naratif mengenai
perkara atau pengalaman seseorang dalam peristiwa tertentu.
(Nadzan Haron, 2012: 24)
Sumber lisan juga lebih disebut sebagai keterangan lisan.
Keterangan lisan diperoleh melalui wawancara sama ada dengan pelaku, saksi
mata, pendengar (keterangan kata dengar), atau seseorang yang mengetahui
tentang sesuatu peristiwa, perkara atau tokoh yang dikaji.
Individu-individu yang memberikan keterangan lisan dikenali juga sebagai orang
sumber.
Terdapat TIGA kategori orang sumber yang utama iaitu:
1. Proto;
2. Saksi Mata (eye witnesses);
3. Kata Dengar (hearsay)
Kategori Orang Sumber dan Peranannya
1. Orang Sumber Proto:
Orang sumber Proto merujuk kepada individu yang terlibat secara langsung dalam
sesebuah peristiwa atau perkara sebagai pelaku.
Keterangan proto adalah sumber yang diperoleh daripada seseorang tentang
peranannya dalam perkara yang dikaji.
Keterangan ini termasuklah keterangan tentang kenangan, pengalaman hidup dan
peranan yang telah dimainkan olehnya dalam sesebuah peristiwa hidupnya.
7
Page 8
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Antara projek sejarah lisan yang sesuai dalam menggunakan keterangan proto
termasuklah projek biografi tokoh (wawancara tokoh itu sendiri) atau projek kajian
sesebuah peristiwa sejarah seperti mewawancara bekas ahli Parti Komunis Malaya
(PKM) bagi mendapatkan maklumat tentang peristiwa darurat dari sudut pandang
golongan kiri.
Peranan sumber proto adalah penting sebagai sumber primer dalam mendapatkan
first-hand view daripada pelaku sesuatu peristiwa itu sendiri.
Pengalaman dan keputusan yang diambil daripada setiap tindak-tanduk mereka
sebagai pelaku (actor) dalam sesuatu peristiwa sejarah sudah pasti akan mampu
memberikan lebih banyak maklumat penting kepada pengkaji berbanding orang-
orang sumber yang lainnya.
2. Saksi Mata (Eye-Witnesses)
Saksi mata adalah merujuk kepada orang sumber yang tidak menjadi pelaku kepada
sesuatu peristiwa atau perkara, akan tetapi sebaliknya menjadi pemerhati kepada
sesuatu peristiwa sejarah.
Pemerhati di sini bermaksud orang sumber tersebut melihat dan menyaksikan sendiri
dengan matanya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.
Orang sumber saksi mata ini tidak mempunyai peranan dalam peristiwa berkenaan
selain menjadi pemerhati atau saksi mata kepada sesuatu kajian.
Segala maklumat yang disampaikan oleh saksi mata adalah berdasarkan sudut
pandang dan apa yang dilihat olehnya.
Peranannya dalam sesebuah kajian sejarah adalah untuk memperincikan dan
menceritakan semula peristiwa dan kejadian sesuatu peristiwa melalui apa yang
telah dilihat olehnya.
Antara contoh saksi mata termasuklah orang ramai yang hadir dalam peristiwa
Rundingan Baling atau orang yang dalam sesuatu majlis yang bersejarah.
8
Page 9
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
3. Orang Sumber Kata Dengar (Hearsay)
Orang sumber kategori ini tidak terlibat langsung dengan sesebuah peristiwa sama
ada sebagai pelaku mahupun sebagai saksi mata.
Kebiasaannya, orang sumber kategori ini memperolehi keterangan tentang sesuatu
peristiwa daripada pelaku atau saksi mata atau orang sumber kata dengar yang
lainnya.
Oleh itu, keterangan yang diberikan oleh orang sumber ini dianggap sebagai second
hand source dan bersifat sekunder.
Kebiasaannya, pengkaji mendapatkan keterangan daripada orang sumber kata
dengar ini apabila pelaku atau saksi mata telah meninggal dunia dan jarak masa di
antara kajian yang dibuat dengan masa kajian adalah terlalu jauh.
Orang sumber kata dengar ini berperanan memberikan keterangan lisan
berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya tentang sesuatu peristiwa atau
perkara sejarah.
Contohnya termasuklah keterangan waris-waris kepada tokoh-tokoh pejuang
tempatan yang telah lama meninggal dunia seperti waris Mat Kilau, Tok Kenali dll.
Proses Evolusi Keterangan Lisan
Proses transmisi (penyebaran) mengenai sesuatu peristiwa daripada mulut ke mulut
dan turun daripada satu generasi kepada generasi yang lainnya telah mewujudkan
evolusi terhadap sesebuah keterangan lisan.
Dalam hal ini, orang-orang sumber baik daripada kategori proto, saksi mata atau
kata dengar telah memainkan peranan mereka dalam memperturunkan dan
menyebarkan sesuatu peristiwa atau perkara yang bernilai sejarah sehingga
akhirnya berubah menjadi satu tradisi lisan.
9
Page 10
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Proses Evolusi Keterangan Lisan kepada Tradisi Lisan
Peristiwa atau perkara yang bersejarah
yang melibatkan orang sumber / disaksikan
oleh orang sumber
Keterangan oleh orang sumber proto / saksi
mata
(First hand reviews)
Peristiwa atau perkara yang bersejarah yang
diceritakan kepada orang kedua, ketiga
Keterangan kata dengar
(oral hearsay)
Penuturan atau penyebaran dari generasi ke
generasi sehingga membentuk jaringan
transmisi dari mulut ke mulut
Keterangan tradisi lisan
Penuturan yang terkawal (versi penceritaan
yang sama)
Kebiasaannya disebarkan kepada
pemegang tradisi seperti Ketua Adat
Tradisi Lisan Terkawal
(controlled oral tradition)
Penuturan yang tidak terkawal
(versi penceritaan yang berbeza)
Tradisi Lisan Tidak Terkawal
(uncontrolled oral tradition)
(Nadzan Haron, 2012: 26)
10
Page 11
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
3. KEPENTINGAN SEJARAH LISAN
Nadzan Haron (2012) menyenaraikan TUJUH kepentingan sejarah lisan kepada
perkembangan ilmu sejarah. Antaranya termasuklah:
1. Mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber tertulis dan menjadi
sumber tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan
mantap;
2. Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin
tidak dapat diperolehi oleh pengkaji akan datang;
3. Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi
mencari kebenaran sejarah;
4. Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi
pelaku dalam peristiwa yang dialami;
5. Menjadi alternatif kepada memoir dan biografi;
6. Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang;
7. Mempelbagaikan sumber dalam usaha memahami dan memelihara
warisan negara
Mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber tertulis dan menjadi sumber
tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan mantap;
Menurut Nadzan Haron (2012), dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang
pengkaji sejarah termasuklah:
1. Terlalu kurang sumber bertulis;
2. Sumber bertulis yang kurang lengkap dan menimbulkan banyak
persoalan tentang kandungannya.
Selain itu, terdapat juga sumber bertulis yang ditulis tidak menyeluruh dan dicatatkan
apa yang difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar
sesuatu peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan.
11
Page 12
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Sebagai contoh, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa peristiwa
seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum di Batu
Kikir, Batu Pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan tepat
dan sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta.
Malah, terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang
termasuklah rekod-rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa
menyerah kalah dalam peperangan.
Selain itu, terdapat rekod-rekod bertulis yang dianggap sebagai propaganda dan
dikawal oleh pemerintah pada sesuatu masa. Dalam hal ini, laporan terhadap para
penentang dan golongan kiri dibuat secara berat sebelah.
Justeru, penggunaan sumber lisan dalam kajian sejarah adalah penting bagi
mendapatkan sudut pandang yang lebih adil bagi kedua-dua belah pihak dan
mengatasi kekurangan yang terdapat dalam sumber bertulis.
Kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada
Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai
sumber sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai
alternatifnya.
Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi
sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber
bertulis. (Mohd Amin Hassan, 1974: 38)
Dalam hal ini, peranan sumber lisan ke atas sumber bertulis termasuklah:
Tidak semua peristiwa penting dan bersejarah itu direkodkan secara bertulis,
justeru sumber lisan digunakan dalam merakamkan peristiwa tersebut.
Terdapat keraguan tertentu dalam sumber bertulis terutamanya yang dilihat
berat sebelah, propagandik, dan dilihat menyembunyikan fakta.
Tidak semua rekod bertulis mengandungi maklumat yang diperlukan sebagai
bahan rujukan kajian disebabkan oleh tindakan pencatat rekod yang
melakukan pencatatan terpilih (selective recording)
12
Page 13
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin tidak dapat
diperolehi oleh pengkaji akan datang;
Sumber-sumber sejarah kebanyakannya tidak direkodkan dan hal ini merupakan
satu kerugian kepada sumber sejarah negara.
Antara masalah besar sumber sejarah dalam masa kini termasuklah:
1. Orang-orang sumber yang mempunyai maklumat sejarah tidak dilakukan
pengumpulan maklumat ke atasnya sehinggalah orang sumber ini mati/hilang
memori/nyanyuk;
2. Perkembangan komunikasi melalui telefon dan internet menyebabkan surat-
menyurat, memo dan penulisan menjadi kurang mustahak. Hal ini membawa
kepada kurangnya penulisan rekod secara bertulis;
3. Individu atau tokoh tidak mempunyai kesempatan menulis memoir hidup
mereka. Kebanyakan maklumat bersejarah yang ada pada mereka akan
hilang melalui kematian atau kehilangan memori.
Dalam hal ini, adalah penting kepada para pengkaji sejarah untuk mendekati tokoh-
tokoh dan orang-orang sumber dalam memastikan keterangan lisan mereka dapat
didokumentasikan sebagai sebuah sejarah lisan yang bertulis.
Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi mencari
kebenaran sejarah;
Kebanyakan sumber bertulis dihasilkan oleh pemerintah dan golongan atasan. Oleh
itu, kebanyakan peristiwa dilaporkan mengikut sudut pandang golongan atasan
tanpa mengambil kira pandangan yang diberikan oleh masyarakat kebanyakan.
Selain itu, kebanyakan topik sejarah juga berlegar berkenaan pemerintah dan
pentadbiran dan sangat sedikit topik sejarah sosial dan sejarah masyarakat yang
diangkat oleh para pengkaji.
13
Page 14
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Oleh itu, sejarah lisan berperanan dalam mendapatkan keterangan sejarah melalui
golongan masyarakat biasa seperti golongan pekerja, golongan minoriti ataupun
Orang Asli yang sebenarnya lebih banyak yang terlibat sebagai pelaku (actor)
kepada peristiwa sejarah.
Sebagai contoh, Peristiwa Berdarah di Memali banyak dilaporkan dan menerima
pakai maklumat bertulis kerajaan dan sangat sedikit para pengkaji sejarah yang
menemui sendiri masyarakat di Kampung Memali itu sendiri untuk mengetahui
peristiwa tersebut.
Dalam hal ini, “kebenaran sejarah” akan dapat dicapai apabila pengkaji tidak hanya
tertakluk dan bergantung kepada sumber bertulis semata-mata, akan tetapi turut
mendapatkan sumber dan keterangan pelbagai hala daripada pelbagai sumber.
Penglibatan orang ramai dalam memberi keterangan lisan akan menyebabkan
mereka berasa dihargai dan menganggap diri mereka sebahagian daripada sejarah.
Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi pelaku dalam
peristiwa yang dialami;
Keterangan lisan daripada saksi proto atau saksi mata akan membolehkan pengkaji
menyelami emosi mereka terhadap sesuatu peristiwa tersebut.
Menyelami emosi mereka adalah penting dalam menilai emosi mereka yang
mencetus kepada peristiwa sejarah yang berlaku seterusnya melakukan pengadilan
moral ke atas mereka.
14
Page 15
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Menjadi alternatif kepada memoir dan autobiografi;
Memoir atau autobiografi tokoh adalah kenang-kenangan seseorang tokoh tentang
pengalaman hidupnya dan kebiasaannya ditulis sendiri oleh tokoh atau penulis
kepercayaan.
Kebiasaanya, penulisan memoir ini adalah mengikut cita rasa tokoh itu sendiri
dengan menyembunyikan kelemahan dirinya dan sering pula menonjolkan keegoan
diri tentang peranannya dalam sesuatu peristiwa.
Oleh itu, penggunaan sejarah lisan dalam mengkaji peranan seseorang tokoh adalah
lebih adil dan bersifat telus berbanding penulisan memoir. Hal ini kerana, para
pengkaji tidak menyembunyikan fakta dan melakukan kajian terperinci sebelum
menerima sesuatu keterangan lisan sebagai fakta sejarah.
Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang;
Penulisan sejarah tidak semestinya hanya berlegar kepada tokoh ternama dan
peristiwa sezaman yang menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan semata-
mata.
Dalam hal ini, tradisi lisan (yang terkawal) perlu digunakan untuk dijadikan sumber
penting dalam mengkaji sejarah politik, sosial, ekonomi dan perundangan tradisional
dahulu kala seperti yang terkandung dalam perbilangan adat.
Antaranya termasuklah perbilangan adat yang dipegang secara tradisi oleh ketua-
ketua adat dalam Masyarakat Minangkabau dan ketua-ketua suku dan adat dalam
pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.
Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini
semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk
mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman
ini.
Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan
sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
15
Page 16
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Mempelbagaikan sumber dalam usaha memahami dan memelihara warisan negara;
Sejarah lisan memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan
sumber sejarah sedia ada.
Oleh itu, menjadi tugas para pengkaji sejarah untuk menyelamatkan apa jua
keterangan bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber kepada apa jua peristiwa
sejarah.
Dalam hal ini, keterangan-keterangan lisan yang menjelaskan tentang sebab dan
akibat kepada sesuatu peristiwa perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya
generasi akan datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi.
16
Page 17
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
4. SUMBER LISAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH
Herodotus ketika mengkelaskan kekuatan sesebuah sumber dalam sejarah
meletakkan “apa yang telah anda diberitahu” selepas kedudukan “apa yang ada
lihat” dan “apa yang anda baca”.
Dalam hal ini, kedudukan tingkat sumber sesebuah sumber lisan itu berada di bawah
selepas penyaksian secara langsung dan sumber bertulis. Hal ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa sejarawan mengiktiraf sumber lisan sebagai salah
satu sumber sejarah sejak dari dulu lagi.
Misalnya, Thucydides ketika mengkaji dan menulis mengenai Perang Peloponnesia
antara Empayar Yunani menentang angkatan bersekutu Sparta telah menjadikan
keterangan lisan sebagai salah satu sumber sejarah yang utama.
Beliau dalam pengembaraannya telah menemui para tentera yang pernah terlibat
dalam perang tersebut dan mengambil keterangan-keterangan mereka bagi
dimasukkan ke dalam hasil penulisannya.
Walaubagaimanapun, terdapat satu aliran dalam sejarah yang dipelopori oleh
Leopold Von Ranke yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Objektiviti
menolak sumber lisan sebagai satu bentuk sumber sejarah. (akan dibincangkan
dengan lebih lanjut dalam Bahagian 1.7)
Persoalannya, sejauh manakah kesaksian keterangan lisan itu mampu diterima
sebagai satu sumber sejarah seperti sumber-sumber yang lainnya?
Dalam hal ini, keterangan lisan perlu melalui proses penilaian yang sama seperti
juga proses penilaian sumber-sumber lain (kritikan sumber) sebelum mampu
diterima sebagai sebuah sejarah yang objektif.
Keterangan lisan penting sebagai sumber bagi mengkaji pelbagai bidang tentang
suatu masyarakat.
Misalnya, keterangan proto dan saksi mata merupakan dua keterangan lisan yang
penting untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku.
17
Page 18
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Kepentingan keterangan lisan sebagai sumber lisan dapat dilihat sebagai pelengkap
kepada sumber bertulis, dan mengisi kekosongan dan kekurangan yang terdapat
kepada sumber-sumber bertulis tersebut.
Menurut Mohd Amin Hassan (1974), walaubagaimanapun keterangan lisan sebagai
sumber sejarah tidak boleh menggantikan kedudukan sumber bertulis dari segi
tingkat sumbernya dan peranannya hanyalah untuk memperkukuh kekurangan yang
ada pada sumber bertulis.
Selain itu, tradisi lisan terkawal berperanan besar sebagai sumber sejarah dalam
mengkaji sejarah masyarakat dari segi struktur politik, sosial, ekonomi dan
perundangan.
Sebagai contoh termasuklah perbilangan adat seperti Adat Perpatih yang diamalkan
oleh masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Melalui tradisi penurunan adat
kepada ketua-ketua adat ini, sejarawan mampu menjadikannya sebagai satu sumber
sejarah dalam mengkaji sejarah dan struktur politik dalam masyarakat Perpatih
semenjak zaman berzaman.
Walaubagaimanapun, penerimaan keterangan lisan sebagai sumber sejarah
memerlukan kritikan ke atas keterangan yang telah diperoleh. Hal ini kerana, setiap
keterangan tidak semestinya disampaikan secara jujur dan benar, penuh dengan
bias dan prasangka, menyembunyikan kelemahan dan kesalahan diri serta
terpengaruh dengan ego dan martabat harga diri.
Bagi memastikan kebenaran dan kesahihan keterangan orang sumber dalam
keterangan lisan, proses kritikan sejarah dilakukan, sama seperti sumber-sumber
sejarah yang lain.
18
Page 19
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
5. SEJARAH LISAN SEBAGAI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA
Warisan merujuk kepada sesuatu yang berterusan secara turun temurun semenjak
satu generasi ke generasi yang lainnya.
Sejarah lisan memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan
sumber sejarah sedia ada.
Oleh itu, menjadi tugas para pengkaji sejarah untuk menyelamatkan apa jua
keterangan bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber kepada apa jua peristiwa
sejarah.
Dalam hal ini, keterangan-keterangan lisan yang menjelaskan tentang sebab dan
akibat kepada sesuatu peristiwa perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya
generasi akan datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi.
Sebenarnya, sejarah lisan sebagai satu warisan telah lama berada dalam lingkungan
masyarakat di negara ini.
Sebagai contoh, tradisi lisan dalam beberapa aspek seperti cerita rakyat, perbilangan
adat, perumpamaan, peribahasa dan pantun telah menjadi satu warisan turun
temurun sejak zaman berzaman di Malaysia. (Mohd Amin Hassan, 1974)
Sebahagiannya telah diperturunkan secara terkawal seperti perbilangan adat dalam
masyarakat Perpatih sehinggalah perbilangan adat Perpatih ini dijadikan asas dalam
Perlembagaan Negeri Sembilan yang bertulis pada hari ini.
Sebahagiannya pula telah diperturunkan secara tidak terkawal sehingga muncul
pelbagai versi dan tokok tambah sehingga kebenaran peristiwa tersebut dipertikaikan
dan hanya dianggap sebagai mitos, etos mahupun lagenda.
Memelihara tradisi lisan sebagai warisan pada zaman moden seperti ini memerlukan
pendokumentasian tradisi-tradisi ini secara bertulis dan didokumentasikan sebagai
salah satu sumber sejarah yang utama untuk rujukan generasi yang akan datang.
19
Page 20
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
6. PERBEZAAN ANTARA SUMBER LISAN DAN SUMBER BERTULIS
SUMBER LISAN
Definisi
SUMBER BERTULIS
Keterangan sejarah yang
diperolehi secara lisan biasanya
dalam bentuk rakaman.
Sumber sejarah yang diperoleh
melalui rekod-rekod bertulis
yang mengandungi keterangan
sejarah.
Sumber sejarah yang hanya
menjadi penyokong kepada
sumber bertulis serta mengisi
kekosongan dan kekurangan
yang ada pada sumber bertulis.
Tingkat Sumber
Sumber sejarah yang utama.
Herodotus meletakkan dalam
hierarki paling tinggi.
Para sejarawan moden
menjadikannya sebagai tingkat
sumber terpenting.
Terbahagi kepada dua iaitu
sumber primer yang melibatkan
keterangan proto dan saksi
mata.
Keterangan kata dengar pula
adalah sumber sekunder.
Kategori Sumber
Sumber bertulis adalah sumber
primer meliputi manuskrip,
surat, catatan harian, rekod
kerajaan, surat perjanjian dll.
Sumber sekunder bertulis
jarang digunakan untuk kajian
sejarah melainkan untuk tujuan
perbandingan dan hujah.
Melalui prosese wawancara
dengan orang sumber,
kemudiannya ditranskripsi dan
dikritik sebelum
didokumentasikan.
Proses Penyelidikan
Melalui proses kritikan sumber,
tafsiran (verbal, etnolinguistik,
teknikal, psikologikal dan fakta)
sebelum boleh dijadikan
sumber yang boleh digunakan.
Keterangan lisan kebiasaannya
dipengaruhi emosi, bias,
memori yang lemah serta
penyembunyian fakta.
Objektiviti
Lebih bersifat objektif kerana
kebanyakan sumber bertulis
bersifat fakta bertulis
terutamanya rekod-rekod
kerajaan.
20
Page 21
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Transmisi berlaku dari mulut ke
mulut yang kemudiannya
sebahagiannya diturunkan dari
generasi ke generasi yang
akhirnya membawa kepada
tradisi lisan.
Akses dan Transmisi
(Penyebaran)
Bersifat statik. Akses kepada
sumber bertulis sebahagiannya
bersifat prosedural dan sulit
kerana kerahsiaan dan
keselamatan.
Singkat sekiranya tiada usaha
pengkajian dan
pendokumentasian. Penurunan
dan transmisi secara turun
temurun akan menjadikannya
sebagai tradisi lisan tidak
terkawal yang tidak lagi
berguna sebagai sumber
sejarah.
Keterlangsungan
(continuity)
Bersifat keterlangsungan
(continuity) merentas masa
melalui proses penyimpanan
yang bersistematik pada arkib.
Hanya dianggap sepenuhnya
tulen apabila keterangan lisan
disampaikan oleh sumber proto
dan saksi mata.
Saksi-saksi ini agak sukar
diperoleh dan hampir tiada
untuk peristiwa lama yang
merentasi zaman.
Ketulenan
(originality)
Bersifat tulen yang
kebiasaannya adalah sumber
primer dan sekunder.
Ditolak oleh sebahagian
sejarawan terutamanya Aliran
Objektif yang dipelopori Leopold
Von Ranke.
Pengkaji sejarah juga jarang
menjadikan sumber lisan
sebagai sumber kajian mereka.
Keutamaan
Diterima oleh kesemua ahli
sejarah sebagai tingkat sumber
paling utama dan digunakan
secara meluas sebagai sumber
sejarah.
21
Page 22
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
7. PERDEBATAN ANTARA ALIRAN RANKE DAN ALIRAN THOMSON
Aliran Ranke
Terdapat satu aliran sejarah moden dalam ilmu sejarah yang melihat sejarah sebagai
satu disiplin ilmu yang sistematik dan saintifik.
Aliran ini telah dipelopori oleh Leopold Von Ranke dan menggelarkan mereka
sebagai Aliran Objektivisme. (R.Suntharalingam,1982)
Aliran objektif ini menganggap sejarah “sebagai mana yang berlaku” dan
mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan kenyataan sebenar tanpa
penokokan dan penambahan.
Ahli-ahli objektivis memperjuangkan sejarah yang ditulis berdasarkan fakta sebenar
serta bebas daripada dipengaruhi perasaan, bias, emosi dan prasangka.
Louis Gottschalk misalnya menganggap sejarah yang objektif sebagai sejarah yang
bebas daripada memihak kepada sesiapa dan reaksi peribadi seseorang.
Menurut pandangan Leopold Von Ranke, sejarah yang objektif perlulah mengikuti
garis panduan berikut iaitu:
1. Mengenepikan terus pengadilan moral yang dianggapnya membawa kepada
kemasukan unsur berat sebelah dan prasangka sezaman;
2. Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan dokumen yang benar-
benar asli sahaja;
3. Menolak unsur penilaian peribadi, mitos dan lagenda;
4. Sumber-sumber yang penting adalah buku kenangan, catatan harian, surat-
surat, laporan diplomatik serta gambaran asli saksi-saksi.
5. Menganggap rekod-rekod kerajaan sebagai tingkat sumber paling tinggi
(R.Suntharalingam, 1982)
6. Sejarah tidak wujud tanpa dokumen (bukti)
Disebabkan objektiviti yang dipentingkan oleh ahli-ahli objektivis, penggunaan
keterangan lisan sebagai sumber sejarah tidak begitu disokong dan sebahagiannya
ditolak.
22
Page 23
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Walaubagaimanapun, Ranke misalnya masih menerima keterangan-keterangan
pelaku sejarah (keterangan proto) dan keterangan saksi mata iaitu orang yang
benar-benar mengalami dan melihat sesuatu peristiwa dan mampu
menggambarkannya semula.
Golongan objektivis menolak sejarah lisan yang bersifat kata dengar (oral hearsay)
yang dianggap tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Hal ini disebabkan orang
sumber kata dengar tidak mempunyai keupayaan menceritakan gambaran yang
sebenarnya berdasarkan yang terjadi serta keterangan yang bergantung kepada
pendengarannya semata-mata sebelum ini.
Tradisi lisan (oral history) dan folkfore ditolak sebagai sumber sejarah.
Golongan objektivis menolak keterangan lisan yang dipengaruhi emosi,
berkecenderungan, bias serta memihak.
Aliran Thomson
Pada tahun 1890-an, muncul golongan subjektivis yang mempertikaikan kemampuan
ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif
disebabkan kecenderungan semula jadi manusia yang sesuatu yang dianggap
penting dan mengenetepikan sesuatu yang dianggap tidak penting.
Selain itu, muncul pula satu lagi aliran baharu dalam sejarah yang mengangkat
keterangan lisan sebagai satu sumber sejarah yang penting dan dipelopori oleh
Allistair Thomson, seorang sejarawan British.
Aliran sejarah lisan dalam sejarah sebenarnya telah dimulakan oleh Allan Nevins,
seorang ahli sejarah dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat bermula tahun 1948.
Walaubagaimanapun, perkembangan aliran lisan ini berkembang pesat di London
sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.
23
Page 24
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Kemunculan aliran oralist di Britain telah menerima kritikan hebat daripada golongan
objektivis dan menimbulkan perdebatan.
Misalnya, Harold Perkin pada tahun 1976 telah memperjuangkan “sejarah dari
bawah” dengan mengangkat tema sejarah rakyat marhaen dan sejarah kaum buruh
di United Kingdom.
Usaha ini adalah dilihat menyaingi golongan objektivis yang melihat sejarah dari
ruang lingkup pemerintah dan negara dan kurang memberi penekanan terhadap
sejarah kemasyarakatan dan sosial.
Usaha yang cuba diketengahkan oleh Aliran Lisan ini dianggap selari dengan Aliran
Annales yang memperjuangkan sejarah merentasi kelas dan sejarah yang
disembunyikan.
Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan objektivis terhadap golongan
aliran oralist adalah berkait dengan isu “memori dalam sejarah”.
Golongan objektivis berpendapat, memori yang menjadi kunci utama kepada
keterangan lisan adalah tidak boleh dipercayai disebabkan kekangan tempoh masa,
kehilangan memori oleh orang sumber merentasi masa serta kecenderungan
peribadi (personal bias) oleh interviewer dan interviewee.
Walaubagaimanapun, golongan oralist menolak kritikan golongan objektivis dengan
mengemukakan The Handbook of Oral History yang memperincikan kaedah kajian
sejarah lisan yang dianggap tidak terkeluar daripada penyelidikan sejarah yang
saintifik.
Malah menurut golongan oralist, persoalan bias dan memihak serta kelemahan
ingatan orang sumber boleh diatasi melalui kaedah penyelidikan sejarah sedia ada
termasuk mengkritik sumber, banding silang dan merujuk sumber yang pelbagai.
Selain itu, golongan oralist berpandangan bahawa kebanyakan ruang sejarah masih
berada di kotak pemikiran manusia yang tidak didokumenkan dan diselidiki.
Akhirnya, banyak sumber-sumber sejarah yang boleh diusahakan lenyap ditelan
zaman dan hal ini adalah sesuatu yang merugikan kepada ilmu sejarah itu sendiri.
24
Page 25
Nota SJH3104Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Keperluan sejarah lisan juga diperjuangkan bagi menulis sejarah golongan bawah
seperti golongan marhaen, golongan pekerja dan golongan minoriti dalam usaha
mempelbagaikan lagi topik dan ruang lingkup sejarah.
Masalahnya, kebanyakan sejarah bawahan seperti ini tidak boleh didapati melalui
rekod secara bertulis. Justeru, penggunaan keterangan lisan sebagai sumber
sejarah menjadi semakin penting dan berkembang sehingga ke hari ini.
25