EKOLOGI DAN EKOSISTEMKonsep EkologiEkologi merupakan satu kajian
tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar.
Terjadinya saling kebergantungan di antara satu komuniti
masing-masing dengan alam persekitarannya.Contohnya :Mengkaji
tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah
untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan
sebagainya.Konsep EkosistemEkosistem merupakan satu sistem yang
melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu
manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak
bernyawa.Komponen ekosistem
Terdiri daripada dua komponen utama iaitu :1)Komponen Biotik
(benda yang tidak bernyawa)2)Komponen Abiotik (benda bernyawa)
KOMPONEN BIOTIKMerangkumi benda-benda hidup yang terdapat di
dalam sesebuah ekosistem iaitu
:ManusiaHaiwanTumbuh-tumbuhanMikroorganisma
Komponen Biotik terbahagi kepada Tiga Kumpulan
Utama1)PengeluarPengeluar dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia
mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam
persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari,
nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses
fotosintesis.
2)PenggunaPengeluar merangkumi benda hidup selain daripada
tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh dipecahkan
kepada 3 kumpulan iaitu :
i.Pengguna Primer (Herbivor)Pengguna primer merupakan pengguna
yang berada di tahap paling rendah / bawah biasanya merangkumi
binatang yang hanya memakan pengeluar iaitu tumbuh-tumbuhan. Contoh
pengguna primer ialah ulat dan belalang.
ii.Pengguna Sekunder (Karnivor)Pengguna sekunder merupakan
haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer.
Ia biasanya akan mendapat makanan dengan memakan pemgguna peringkat
primer. Contoh : ayam sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat
iaitu pengguna primer sebagai makanannya.iii.Pengguna
TertierPengguna tertier merupakan pengguna peringkat ketiga dan
yang paling atas. Pengguna tertier akan menjadikan pengguna
sekunder sebagai makanannya. Contoh : burung helang akan memakan
ayam sebagai makanannya.
Pengguna juga bolah dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu
:1.Pengguna Herbivor merupakan binatang yang hanya akan memakan
tumbuhan sahaja sebagai makanannya. Contoh : ulat, belalang,
kambing, lembu dan lain-lain.2.Pengguna Karnivor merupakan haiwan
yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh : harimau, burung
helang dan ular.3.Pengguna Omnivor merupakan haiwan yang memakan
tumbuhan dan daging. Contoh : manusia.3)PenguraiPengurai merupakan
agen saprofit iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia
berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai
haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan
nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon, dan
lain-lain. Nutrien-nutrien ini akan digunakan kembali oleh tumbuhan
bagi proses pembesarannya.
KOMPONEN ABIOTIKKomponen abiotik terdiri daripada benda-benda
yang membentuk alam persekitaran di sekeliling seperti :Cahaya
matahari, air, udara dan mineral dalam tanah. Kesemua unsur ini
akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dan
pelbagai keadaan.Contohnya : hidupan air memerlukan air untuk hidup
dan udara dalam air diperlukan untuk bernafas.
JENIS EKOSISTEM
i)Peringkat MikroTasikKolamBandarTanah lembapTanah tinggi
ii)Peringkat MakroDaratanLautan
5.2ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN MAKANAN DAN SIRATAN
MAKANANKonsep Rantaian MakananRantaian makanan merujuk kepada
pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian
daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang
satu hala.Contoh : tumbuhan ---------- belalang ---------- ayam
---------- burung helang (pengeluar) (pengguan pertama) (pengguna
kedua) (pengguna ketiga)
Konsep Siratan MakananSiratan makanan merujuk kepada pemindahan
tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang
terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan
dan berinteraksi.Matahari sebagai Punca TenagaMatahari merupakan
punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini
kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya
matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan
proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan
tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat
bekalan iaitu air, tanah dan nutrien dalam tanah.Di dalam ekosistem
ia wujud secara saling berkaitan. Sekiranya salah satu daripada
komponen di dalam ekosistem terjejas, ia akan mempengaruhi komponen
yang lain. Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari, ia
tidak dapat melakukan pembesaran dan akan mati. Apabila tumbuhan
mati, ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana
ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati
apabila pengguna pertama telah pupus, maka ia akan mengancam
pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah
seterusnya.Contoh : Tumbuhan - mati kerana tidak boleh melakukan
(rumput) proses fotosintesis. Pengguna primer - juga akan pupus
kerana kekurangan (belalang) makanan. Pengguna sekunder - juga
menghadapi masalah makanan (ayam) kerana makanan pengguna primer
pupus. Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan
(helang) makanan.
Sekiranya matahari adalah sumber tenaga di dalam rantaian dan
siratan makanan kerana ia membantu kepada perkembangan pertumbuhan.
Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan.
Pengeluar (tumbuhan)akan menggunakan cahaya matahari untuk
melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat,
protein bagi membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini
menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari
kepada tumbuhan.90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran,
pernafasandan lain-lain.10% disimpan dalam tisu badan(daun, akar,
batang dan lain-lain).
Tumbuhandimakan olehpengguna primer(ulat/belalang)bagi
menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapatbergerak, membesar dan
membiakdengan sempurna.Tenaga kimiadan habadipindahkandari
pengeluar kepada pengguna primer.90% dari tenaga itu digunakan
untuk pembesaran dan 10% disimpan.
Pengguna primer (ulat/belalang)dimakan olehpengguna sekunder
(ayam)bagi menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder
dapatbergerak, membesar dan membiakdengan sempurna.Tenaga kimiadan
habadipindahkandari pengguna primer kepada pengguna sekunder.90%
dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesarandan10%
disimpan.
Pengguna sekunder (ayam)dimakan olehpengguna tertier (helang).
Helang makan ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapatbergerak,
membesar dan membiakdengan sempurna.Tenaga kimiadan
habadipindahkandari pengguna sekunder kepada pengguna tertier.90%

Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulahproses
penguraiandiuraioleh bakteria pengurai seperti bakteria, cacing dan
kulat.Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripadapengeluar
dan pengguna yang mati.Proses ini menambahnutrienke dalam tanah dan
seterusnyadigunakan oleh pengeluar semula.
ARAS TROFIK
Aras trofikmerujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang
dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantaian makanan di mana
pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) pada aras
kedua, karnivor (pangguna sekunder) pada aras ketiga dan omnivor
(pengguna tertier) pada aras keempat.
Piramid Aliran dan Kehilangan Tenaga.
Piramid aliranbermaksudperingkat-peringkat atau tahap-tahap di
dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang
terlibat di dalam setiap peringkat.
Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat di dalam
bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak
sama.Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyakdan
berada di peringkatpaling bawahdi dalam piramid kerana bilangan
pengeluar ini tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk
terus hidup.
Selepas pengeluar,pengguna primer pula berada di lapisan
kedua.Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan
pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder.
Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan
pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan
pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan
pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat
makanan yang secukupnya.
Pada peringkat ketiga piramiddihuni oleh pengguna
sekunder.Bentuk piramid yang semakin mengecil menggambarka bilangan
pengguna sekunder ini sedikit berbanding dengan pengguna primer.
Pengguna sekunder berada di atas pengguna primer menggambarkan
pengguna sekundermemerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan
pengguna primer. Bilangan penggunasekunder sedikit berbanding
dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna
sekunder mendapat makanan yang secukupnya.
Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna
tertier.Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh
pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan
pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang kecil dan runcing
menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit penting
untuk memastikan pngguna tertier ini mendapat makanan yang
secukupnya.
Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana bertujuan
untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian
makanan di dalam satu-satu ekosistem.Sekiranya bilangan pengguna
sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer
dan pengeluar maka akan berlaku ketakseimbangan di dalam sesebuah
ekosistem
5.3KITAR NUTRIEN
Konsep kitar nutrien
Kitaran bahan kimia / unsur kimia dalam biosfera / sesebuah
ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran
yang lengkap (oksigen, karbon dan nitrogen)
a)Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian)
Fasa atmosfera- nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang
tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma.
Nitrogen di atmosfera muncul semasa kehadiran kilat, aktiviti
perindustrian dan bakteria pengurai nitrogen dan juga pembakaran
hutan.
Fasa biosfera (manusia/ tumbuhan/ haiwan)- tumbuhan mendapat
nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar
kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain).
Nitrat ke dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada
tumbuhan kekacang. Nitrat ini diserap oleh akar tumbuhan seterusnya
tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan / manusia juga
mengandungi ammonia.
Fasa dalam tanah -organisma mati mengalami proses pereputan
menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. Nitrat ke dalam
tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja
nitrat dan baja ini diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti
pertanian.
Kitar oksigen
Oksigen yang terdapat dalam atmosfera / udara untuk pernafasan
oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini terhasil daripada proses
fotosintesis oleh tumbuhan.Menusia bernafas membebaskan karbon
dioksida. Karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan,
proses pereputan dan proses pembakaran.Karbon dioksida ini
digunakan / diambil oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis.
Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke
atmosfera.
Kitar karbon
Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang
terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan
bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jisim organik yang
telah mati.Gas karbon dioksida ini digunakan tumbuhan untuk proses
fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri untuk proses
pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu
haiwan.Apabila semua organisma hidup ini telah mati, ia akan
mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan mendapan berkarbon
minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain dalam tanah dan
bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan
menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera.
5.4KAITAN SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA
KEPENTINGAN EKOSISTEM HUTAN
Kepentingan Ekosistem Hutan kepada Manusia
i.Sumber kayu kayan.Ekosistem hutan menghasilkan sumber kayu
dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport yang
merupakan hasil pendapatan Negara. Di Malaysia, terdapat 677
spesies pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi
seperticengal, meranti, seraya, keruing dan balau.
ii.Sumber makananKepelbagaian spesies tumbuhan hutan kayu dengan
sumber makanan kepada hidupan iaitu daripada daun, batang dan
buahnya.
iii.Ekonomi tradisionalOrang-orang asli yang masih menjalankan
pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan juga
habitat atau tempat tinggal orang-orang asli disamping sumber hutan
sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga sumber ekonomi
orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan
lain-lain.
iv.Sektor pelanconganKepelbagaian spesies flora dan fauna mampu
menarik aktiviti pelancongan dan seterusnya akan menambahkan
pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara
di Pahang, Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan
lain-lain terkenal dengan destinasi pelancongan utama keindahan
khazanah kepelbagaian biologi hutannya.
v.Kawasan tadahan airKawasan tadahan air bagi membekalkan air
kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan.
Kepentingan Ekosistem Hutan kepada Alam Sekitar
i.Habitat flora dan faunaContoh Hutan Amazon bagi satu hektar
hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1 500 jenis spesies tumbuhan.
Haiwan ini hidup membesar dan membiak dengan sempurna di dalam
hutan.ii.Elak hakisan tanahLitupan tumbuhan melindungi tanah
daripada hakisan percikan dan hempasan air hujan serta mengurangkan
hakisan larian air permukaan melalui cenakaman
akar.iii.Menyederhanakan suhu sekitarEkosistem hutan berperanan
menyederhanakan suhu sekitar. Kelembapan udara adalah tinggi di
kawasan hutan tebal dapat mempengaruhi suhu persekitaran menjadi
lebih sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai
untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan
membiak.iv.Mengurangkan kelajuan anginDi kawasan Hutan Hujan
Tropika tiupan ini sentiasa tenag dan nyaman. Diriran pokok dan
konopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan
berkesan.v.Membekalkan oksigenTumbuhan melakukan proses
fotosintesis dengan adanya sahaya matahari, air dan bahan-bahan
mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut, oksigen dapat
dibebaskan.
Kepentingan Hutan Paya Bakau kepada Manusia
i.Sumber kayuarang, kayu api dan lain-lain kepada manusia.
ii.Bahan binaan.Cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan
benteng, jambatan dan tiang rumah.
iii.Sumber perubatan.Ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan
ubat tahan muntah dari bakau perepat.
iv.Sumber makanan.Tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah,
lokan, kerang, kepah dan lain-lain telah menghasilkan pendapatan
tambahan kepada nelayan pantai.
v.Perternakan akuakultur.Kawasan hutan bakau telah diubah
menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan
kerapu dan udang harimau.
vi.Eko-pelancongan.Sesetengah tempat hutan dikekalkan dalaam
keadaan semulajadi sebagai satu tarikan pelancong dan ia berfungsi
sebagai eko-pelancongan.
Kepentingan Hutan Paya Bakau kepada Alam Sekitar
i.Membekalkan oksigenTumbuhan bakau yang menghijau menyerap
karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses
fotosintesis.
ii.Mengawal hakisan / menstabilkan muara sungai / persisir
pantai Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan
padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur
tanah di kawasan pesisir pantai tersebut.
iii.Menghalang angin kencang Hutan bakau sebagai zon penampang
yang boleh menghalang tiupan angin kencang dari laut ke kawasan
pedalaman.
iv.Penapis bahan pencemar Hutan paya bakau berupaya menyerap
bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan fosforus.
v.Habitat pelbagai jenis hidupan air Ekosistem hutan paya bakau
berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan pelbagai jenis
udang, ketam,kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk
pembiakan kerana air yang tenang dan banyak plankton sebagai sumber
makanan.
KESEIMBANGAN EKOSISTEM
Keseimbangan ekosistem merupakanusaha mengekalkan keseimbangan
sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan komponen biotik dan
abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan
yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem
boleh mencetuskan reaksi daripada komponen lain bagi penyesuaian
satu keseimbangan ekosistem baru.
Faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah ekosistem terganggu
i.Faktor fizikal / semulajadi - serangan penyakit
ii.Faktor alam sekitar / bencana alamKemarauBanjirHakisanTanah
runtuhRibut taufan
iii.Faktor aktiviti
manusiaPertanianPembalakanPelanconganPerindustrianTebusguna -
perumahan
GANGGUAN EKOSISTEM
Gangguan Ekosistem Hutan
Faktor semulajadi
i.Perubahan cuaca dan iklim
Kemarau mengakibatkan tumbuhan mati menyebabkan berlaku
kepupusan terhadap pengeluar. Pengguna menghadapi ketidakcukupan
makanan dan ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran
tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.
ii.Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas
Kebakaran hutan yang berlaku akibat cuaca panas menyebabkan
tumbuhan semulajadi yang berfungsi sebagai pengeluar dan pelindung
habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada
herbivor, karnivor dan omnivor seterusnya pereput / pengurai.
iii.Gempa bumi dan pergerakan jisim
Kemusnahan ???? tumbuhan menyebabkan kepupusan kepada pengeluar
dan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga. Gangguan ini
memberi kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna
lain.
Faktor manusia
i.Pembinaan empangan hidroelektrik
Pembinaan empangan hidroelektrik melibatkan penebangan dan
pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman
kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan Hutan
Hujan Tropika akan musnah dengan cepat.
ii.Pembalakan tanpa kawalan
Pembalakan tanpa kawalan menyebabkan kemusnahan spesies flora
dan fauna secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan,
kehilangan habitat menjejaskan ciri-ciri ekologi dan mengganggu
ekosistem tersebut.
iii.Pemburuan dan pemungutan sumber alam
Aktiviti pemburuan dan pemungutan sumber hutan secara tidak
terkawal akan menyebabkan kepupusan hidupan dan kepupusan
kepelbagaian biologi. Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus
dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan dalam rantaian dan
jaringan makanan ekosistem tersebut.
iv.Aktiviti pertanian pindah
Aktiviti penebangan / pemusnahan hutan semulajadi dilakukan
secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian.
Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan
ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan
tenaga.
v.Pembangunan Bandar di kawasan tanah tinggi
Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah, bangunan-bangunan,
infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara
besar-besaran yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah. Secara
tidak langsung membawa kepada ketidakseimbangan ekosistem
tersebut.
Gangguan Ekosistem Pertanian
i.Serangan penyakitPenyakit terhadap pokok-pokok padi dan
populasi dalam sawah padi menyebabkan kepupusan spesies pengeluar
dan seterusnya pengguna pelbagai peringkat.
ii.KemarauKekeringan kawasan pertanian menyebabkan tanaman pupus
dan mati.
iii.BanjirAir telah menenggelami kawasan pertanian menyebabkan
tanaman mati dan kepupusan hidupan.
iv.RibutRibut memusnahkan tanaman di kawasan pertanian.
v.PenambakanPenambakan untuk pembinaan kawasan perumahan,
infrastuktur, industri pembandaran dan lain-lain menyebabkan
kemusnahan kawasan pertanian.
vi.Penggunaan baja kimia dan racun seranggaPengunaan baja kimia
dan racun serangga secara berlebihan yang membawa kepada kepupusan
spesies pengeluar dan pengguna dalam ekosistem pertanian.
vii.haiwanYang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan
tersebut.
viii.IndustriPengaliran dan sisa toksid ke kawasan pertanian
akan menambahkan keasidan tanah dan menyebabkan tanaman mati.
Gangguan Ekosistem Tasik / Kolam
i.Aktiviti penebusgunaan tasikTasik yang ada mungkin ditimbus
untuk dijadikan pelbagai tapak binaan seperti kawasan perumahan,
industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua hidupan ekosistem
tersebut. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis
hidupan air akan mati.
ii.Pembangunan pertanianPenggunaan racun seperti DDT dan
penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar
apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan oleh air dan menuju ke
tasik / sungai. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini
menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti zooplankton dan
tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan rantaian makanan
dalam tasik akan musnah.
iii.Aktiviti perindustrianBerlakunya penyaluran dan pembuangan
sisa toksid oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah,
kelapa sawit, kilang membuat cat dan lain-lain. Ini menyebabkan air
tasik tercemar dan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik
tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah.
iv.Aktiviti penternakanPembuangan najis binatang ternakan ke
dalam tasik juga merosakkan kitaran ekosistem tasik. Contoh; najis
khinzir yang dibuang di dalam tasik akan menjejaskan ekosistem
tasik berkenaan. Air tasik akan berbau bususk dan berasid ini
mematikan hidupan dalam tasik berkenaan.
v.Aktiviti pelanconganMelibatkan penyaluran dan pembuangan sisa
kumbahan dari hotal, resort, chalet ke kawasan tasik yang
berdekatan. Ini menambahkan kandungan bakteria yang boleh
menyebabkan kualiti air tasik kian merosot dan seetrusnya mematikan
pelbagai sumber hidupan akuatik dalam tasik termasuklah zooplankton
yang menjadi sumber makanan utama kepada hidupan dalam tasik.
vi.Pembangunan sektor pembandaranPertambahan penduduk bandar,
kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti
sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan air yang
berhampiran termasuk juga pembuangan sisa makanan oleh peniaga
kecil. Ini menyebabkan air tasik menjadi busuk dan seterusnya
mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan.
vii.Aktiviti perlombonganSisa perlombongan bijih timah, emas dan
tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan / dibuang ke dalam
tasik. Contohnya; perlombongan tembaga di Mamut, Sabah. Air tasik
berkelodak dan tercemar akan menyebabkan terganggunya hidupan dalam
tasik berkenaan.
KESAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Kesan terhadap alam sekitar fizikal
i.Gangguan terhadap kepelbagaian biologiSpesies flora dan fauna
diancam kepupusan sehingga ada diantaranya tidak sempat dijalankan
pemuliharaan. Contoh; Hutan Hujan Amazon seluas 0.5 bilion hektar
mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah
terancam.
ii.Habitat semulajadi musnahApabila habitat musnah, haiwan juga
turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari
habitat baru.
iii.Kerosakan ekosistemGangguan sesuatu ekosistem akan
memusnahkan rantaian makanan, kitar tenaga dan lain-lain. Komponen
biotik dan abiotik musnah menyebabkan gangguan ekologi secara
menyeluruh akan berlaku.
iv.Kesan terhadap cuaca kemusnahan hutan boleh mengubah cuaca
dunia.Hutan berfungsi menyerap karbon dioksida dan membebaskan
oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau.
Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus
berlaku sehingga menyumbang kepada pemanasan global. Ini
menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.
v.Pengurangan kelembapan udaraGangguan ekosistem hutan
menyebabkan kelembapan udara menjadi rendah. Ini terjadi kerana
fungsi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air telah hilang dan
menyebabkan wap air dalam udara berkurangan. Dalam suasana udara
kering memudahkan lagi wujudnya partikel terampai dalam udara yang
secara langsung memudahkan terjadinya fenomena jerebu.
vi.Tiupan angin yang lebih kencangAngin kering menyebabkan
tekanan udara rendah. Keadaan ini menambahkan halaju angin dengan
ketiadaan tumbuhan sebagai penghalang menyebabkantiupan angin lebih
kencang.
vii.Kesan terhadap hidrologiKetiadaan tumbuhan menyebabkan kadar
susupan air ke dalan tanah berkurangan. Ia akan menjejaskan kawasan
tadahan air dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Disamping
itu, ia akan mengurangkan jumlah hujan tempatan kerana kurangnya
proses transpirasi. Sekiranya berlaku hujan di kawasan berkenaan,
maka ia akan meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa
banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai.
Kesan terhadap manusiai.Kekurangan sumber makanan - banyak
spesies tumbuhan hutan sebagai sumber makanan kepada masyarakat
orang asli yang banyak bergantung kepada aktiviti memungut hasil
hutan dan memburu binatang.
ii.Mengurangkan sumber kayu balak - pokok-pokok balak yang
berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan lain-lain
akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber
pembalakan seperti industri perabot,industri kayu dan lain-lain
yang turut menjejaskan pendapatan penduduk dan Negara.
iii.Mengurangkan bekalan oksigen - kemusnahan ekosistem hutan
menjejas proses penghasilan oksigen untuk keperluan pernafasan
kepada benda hidup.
iv.Menjejaskan sumber air - simpanan air dalam tanah akan
berkurangan yang akan mengurangkan bekalan air kepada sungai dan
empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan
air.
LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA
Langkah Pemeliharaan
i.Mewartakan kawasan hutan simpan - kawasan hutan seperti ini
dinamakan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan
lipur.
ii.Penguatkuasaan undang-undang - Kerajaan telah meluluskan Akta
Perhutanan Negara dan Akta Industri berasaskan kayu pada tahun
1984. Di bawah akta ini telah menggariskan beberapa larangan
seperti memasuki kawasan hutan kekal, menebang, memotong dan
lain-lain. Mereka yang melakukan kesalahan akan dibawa ke mahkamah
dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara dan
kedua-duanya sekali.
iii.Pendidikan - pendidikan tentang alam sekitar boleh
dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai
kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran Geografi secara
tidak formal melalui pembacaan dan kempen kesedaran.
iv.Kempen kesedaran - biasanya dilaksanakan oleh badan bukan
kerajaan (NGO) seperti Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga
Sahabat Alam Sekitar (SAM). Kempen boleh dibuat melalui media massa
seperti media cetak dan media elektronik untuk menyedarkan
masyarakat tentang peripentingnya memelihara alam sekitar.
Langkah Pemuliharaan
i.Penanaman semula - menanam semula hutan di kawasan yang telah
mengalami kepupusan. Dengan kaedah penanaman satu spesies atau
pelbagai spesies.
ii.Silvikultur - iaitu cara pemulihan hutan yang melibatkan
penubuhan ladang hutan.
Langkah / Usaha untuk mengekalkan Ekosistem Hutan Paya
i.Langkah perundangan - mengehadkan lesen penebangan hutan dan
mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah. (denda ,tarik
lesen dan penjara)
ii.Bukan perundangan - mengadakan projek tanam semula hutan
(pemuliharaan)
iii.Mewartakan sebagai hutan simpan kependidikan - tentang
pentingnya hutan pada masa depan.Tubuh
satujawatankuasauntukpemantauankawasan hutan payaEKOLOGI DAN
EKOSISTEMKonsep EkologiEkologi merupakan satu kajian tentang
hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya
saling kebergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan
alam persekitarannya.Contohnya :Mengkaji tentang hubungan manusia
(komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air
untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya.Konsep
EkosistemEkosistem merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi
antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan
tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa.Komponen

pentingnya hutan pada masa depan.