Top Banner
Lau Jen Shan (PSV 2) TAJUK 1:Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Konsep Pentaksiran: Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu. Definisi Pentaksiran: Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat: Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran pembelajaran Prinsip Pentaksiran Instrument Kumpulan yang ditaksir Respon Kumpulan yang menasir Skor CIRI- CIRI PENTAKSIRAN 1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan-cakupan 2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan 3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor 4. Keboleh tadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah 5. Kemudh tafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian 6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran. PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut: i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan. iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. v. Menentukan tempoh masa pemerhatian. vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran. b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. Tujuan yang jelas. ii. Menepati apa yang hendak dinilai. iii. Item boleh diukur. iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja. Pengertian Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. a. Diagnosis (mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.)
17

nota PSV 3113.docx

Sep 26, 2015

Download

Documents

Vener JS
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Lau Jen Shan (PSV 2)

TAJUK 1:Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Konsep Pentaksiran:

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran:

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses: Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat: Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk: Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran

Instrument

Kumpulan yang ditaksir

Respon

Kumpulan yang menasir

Skor

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN

1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan-cakupan

2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

4. Keboleh tadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah

5. Kemudh tafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:

i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.

vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Tujuan yang jelas.

ii. Menepati apa yang hendak dinilai.

iii. Item boleh diukur.

iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran.

a. Diagnosis (mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.)

b. Pengredan

c. Pemilihan dan Penempatan

d. Kaunseling dan Bimbingan (membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan)

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika.

Tujuan Penilaian

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.

Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian

a. Penilaian Formatif

Mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.

Tujuan diagnosis.

menguasai atau tidak menguasai sesuatu Isi unit pelajaran.

punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan

b. Penilaian Sumatif

Menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus.

Biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus.

c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi.

i. Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor

ii. Ujian Kecerdasan

Ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

iii. Ujian Prestasi

Ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian

Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar.

iv. Penilaian Alternatif

Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.

a) Penilaian Terkawal:

pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel.

b) Penilaian Tidak Terkawal:

Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut.

Mengikut Barnes (1987), utk pelajar sekolah rendah, 5 kategori perlu dinilai:

i. Proses kerja

Terkandung aspek-aspek penting dlm perkembangan artistik ketika menghasilkan kerja-kerja seni seperti :

Perkembangan idea

Mengubah reka bentuk

Menambahbaik sesuatu dlm proses penghasilan kerja / produk

ii. Pengendalian bahan

Tahu samada pelajar telah menunjukkan perkembangan dlm pengurusan kepelbagaian bahan ketika menghasilkan sesuatu produk seni

iii. Penggunaan media

Mengenalpasti sejauh mana pelajarnya telah memahami & menguasai media yg merek gunakan.

iv. Kemahiran kritikal

Berkaitan dgn kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila menganalisis sesuatu bentuk seni. Melihat persamaan & perbezaan di antara unsur-unsur seni & pengolahannya serta gaya yg digunakan oleh para seniman.

v. Peringkat-peringkat perkembangan peribadi

Perlu mengambil kira & mengetahui tahap-tahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur.

TAJUK 2: JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

a. Pentaksiran Autentik

b. Pentaksiran performance based

c. Pentaksiran dan hasil pembelajaran

d. Pentaksiran dan tindakan penambahbaikan

e. Pentaksiran dan motivasi

f. Pentaksiran aspek nilai dan sahsiah

g. Pentaksiran pembetukan watak

h. Pentaksiran berbantukan komputer

i. Pentaksiran kendiri

Pentaksiran Autentik

Definisi:

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

HillS (1993), Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek atau kerja lapangan.

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.

Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

Subjek membina maksud yang tersirat.

Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian

Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya

Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)

Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.

Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.

Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Pentaksiran Performance Based

Proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:

1. Portfolio (dapatan hasil kerja)

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan.

Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

Bahan penulisan

Persembahan

Gerak kerja projek

Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.

Kebaikan Kepada Pelajar

a) Faham kehendak hasil pembelajaran yag diharapkan.

b) Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

c) Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.

d) Pentaksiran lebih konsisten dan telus.

Kebaikan Kepada Penilai

a) Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.

b) Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.

c) Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.

Kebaikan Kepada Sekolah

a) Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

b) Bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangan potensi murid.

c) Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang.

d) Menerapkan nilai akauntabiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid.

Pentaksiran Montgomery

a) Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan.

b) Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.

c) Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.

Student learning outc omes (SLO)

Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap.

Student progress outc omes (SPO)

Berterusan iaitu murid dapat melakukan

perubahan yang lebih baik dalam peringkat

yang seterusnya.

Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap

semata- mata.

Pembelajaran bersifat berterusan maka

pentaksiran juga bersifat berterusan.

Pentaksiran dan tindakan penambahbaikan

Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.

Prinsip-prinsip Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:

1. Pentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta peluang kendiri.

2. Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba capai dan apakah yang mahu mereka capai.

3. Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran.

4. Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar.

5. Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.

6. Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi, dialog dan membuat keputusan.

7. Guru hendaklah yakin tahu, dan bersedia dan memaklumkan pelajar tentang komen yang telah dicatatkan, rasional pemarkahan dan gred yang telah diberikan bagi memastikan pelajar melakukan tindakan penambahbaikan.

Ciri-ciri :

1. Proses yang memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar membina, mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual.

2. Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat tentang kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangkan yang dihadapi.

3. Pendidik dan guru menggunakan informasi dan maklumat untuk memberi maklum balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.

4. Maklumat dan informasi tentang proses pembelajaran pelajar akan diperoleh oleh pendidik dan guru. Informasi ini dijangkakan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar maju ke tahap yang seterusnya. Hasil maklum balas daripada pelajar akan menentukan kumpulan, strategik arahan dan sumber yang dikehendak.

Peranan guru dalam pentaksiran dan tindakan penambahbaikan:

1. Mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar.

3. Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

4. Mencipta strategi pengajaran yang berlainan bagi membantu pelajar bergerak maju dalam pembelajaran.

5. Menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan.

Cara-cara Melaksanakan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:

1. Guru memaklumkan kriteria penambahbaikan yang harus dititikberatkan dalam sesuatu karya, contohnya guru boleh berbincang dengan pelajar mengenai unsurunsur seni dan prinsip-prinsip rekaan melalui penggunaan bahasa seni visual yang mereka fahami ke atas produk hasil kerja yang ditaksirkan. Jika terdapat kelemahan, maka guru boleh memberikan tindakan penambahbaikan terhadap karya yang dipamerkan.

2. Guru menunjuk cara tentang bagaimana kriteria boleh dicapai melalui latihan dan melibatkan pelajar dengan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.

3. Guru menyediakan conton-contoh karya yang baik dan berkualiti untuk membimbing pelajar dalam menentukan matlamat dan mencapai prestasi yang diharapkan.

4. Guru memberi maklum balas tentang kelemahan karya pelajar untuk ditambahbaikan, misalnya selepas pentaksiran karya pelajar dalam penggunaan bahan dan alat seni visual, pelajar membuat tindakan penambahbaikan ke atas karya mereka.

Kebaikan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:

1. Bagi meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran.

2. Apabila guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai tumpuan kepada pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar.

3. Guru menggunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar bagi

4. tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

Pentaksiran Motivasi

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif

1. Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan

2. Darjah Kesungguhan

3. Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi

i. Motif Primer :

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Faali/psikologis

Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia

Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

Tumbuh sebagai hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali

Kebutuhan berprestasi & berkuasa

Kebaikan Kepada Pelajar

Faham kehendak hasil pembelajaran yag diharapkan.

Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

Pelajar dapat meningkatkan motivasi intrinsik mereka dalam menjalani pentaksiran.

Kebaikan Kepada Penilai

Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.

Dapat menaikkan semangat pelajar dengan memberikan motivasi ekstrinsik kepada mereka.

Menjalinkan hubungan baik bersama pelajar.

Pentaksiran aspek nilai dan sahsiah

Aspek tingkah laku murid yang boleh dinilai adalah:

1. Amalan nilai-nilai murni

2. Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan/peraturan

3. Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya.

Nilai

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan

Kebaikan Nilai-Nilai:

1) Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

2) Memupuk semangat kerjasama

3) Memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulai

4) Sentiasa berfikiran positif

5) Dapat menyelesaikan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

Sahsiah

keperibadian, peribadi: yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sebagai insan yang terpuji

TUJUAN

Menilai penghayatan amalan nilai murni serta keharmonian hidup murid mengikut norma masyarakat Malaysia

Pentaksiran sahsiah dilakukan secara pemerhatian melalui aspek :

1) Perkembangan diri

2) Demokrasi

3) Keamanan dan keharmonian

Kebaikan pentaksiran aspek nilai dan sahsiah:

1) Murid lebih berani bercakap dan yakin

2) Menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka

3) Murid boleh berinteraksi sesama sendiri, bekerjasama dan bertolak ansur

Pentaksiran pembetukan watak

Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Ciri-ciri :

1. Sikap- sikap pengkarya dalam bekarya.

2. Perwatakan umum dan perkembangan emosi Perwatakan pengkarya dan perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi produk yang dihasilkan. Contohnya pengkarya menghasilkan karya yang berkaitan dengan kehidupan atau perasaan dalaman mereka.

3. Minat dan keutamaan - Lazimnya pengkarya lebih suka menghasilkan karya mengikut minat dan dan keutamaan mereka.

4. Trait tingkahlaku - Tingkah laku pengkarya mampu mempengaruhi produk. Contohnya cara bekerja, dan stail mereka dalam menghasilkan karya.

5. Konsep kendiri Pengkarya mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya dengan menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.

Teknik pentaksiran pembentukan watak:

a) Projektif (Skala pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman)

b) Skala kadar (darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini boleh dilakukan di dalam kumpulan.

c) Laporan Kendiri- Refleksi tentang produk sendiri

d) Pengukuran situasi

e) Prosedur pemerhatian

Pentaksiran berbantukan komputer

Pentaksiran berbantukan komputer (CAA) merupakan satu istilah yang merujuk kepada semua bentuk pentaksiran sama ada sumatif atau formatif yang dilaksanakan dengan berbantukan komputer.

Dilaksanakan secara manual atau atas talian dan ditanda dengan menggunakan komputer. Contohnya menggunakan Optical Mark Reading (OMR).

Salah satu bentuk pentaksiran yang biasanya dilaksanakan menggunakan komputer ialah kuiz dan ujian atas talian.

Bull (1999) mendapati bahawa para pelajar lebih suka pentaksiran berasaskan komputer kerana dapat memberikan maklum balas serta analisis statistik secara tepat dan tepat dari penandaan automatik.

Aplikasi Pengurusan Ujian dan Aplikasi Pengurusan Tugasan Berbantukan Komputer:

a)Penyelenggaraan Bank Soalan

Menambah soalan ke dalam bank soalan.

Menukar soalan-soalan yang sedia ada di dalam bank soalan.

b)Penyediaan Ujian

Menyediakan ujian.

Menggunakan soalan-soalan dari bank soalan untuk ujian dalam talian.

c)Jadual Ujian dan calon

Membuat jadual peperiksaan dengan menggunakan ujian yang telah disediakan.

Mengagihkan calon untuk setiap peperiksaan.

d) Pelaksanaan ujian.

Murid melaksanakan ujian dalam talian.

e) Penyelenggaraan keputusan ujian.

Memasukkan keputusan ujian luar talian.

Keputusan ujian dalam talian akan masuk secara automatik.

f) Kemajuan pelajar.

Memaparkan kemajuan pelajar.

Ciri-ciri

1) Ia menjamin data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.

2) Latihan dan ujian interaktif yang dibuat dan dilengkapkan dengan menggunakan komputer.

3) Menghasilkan kerja kursus atau tugasan menggunakan komputer ( word processer ).

4) Pemarkahan markah pelajar secara on-screen.

5) Guru menggunakan borang dan pengkalan data bagi menyimpan maklumat markah pelajar.

6) Menggunakan email untuk menghantar tugasan dan menerima kembali maklumbalas dan markah.

7) Menggunakan laman web untuk menghasilkan tugasan untuk diberikan kepada pelajar.

8) Menggunakan perisian untuk mengesan plagiat.

Perisian Berkaitan Pentaksiran :

1. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

2. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM. JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras, berdasarkan skala gred kebangsaan.

3. Perisian Hot Potatoes

Ia adalah sebuah perisian percuma yang digunakan untuk membina soalan dalam pelbagai bentuk.

Antaranya ialah kuiz, mengisi tempat kosong, soalan objekif, soalan padanan dan juga teka silang kata.

Boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga ujian.

Dilaksanakan secara soalan bercetak atau secara online.

4. Microsoft Excel

Microsoft Excel memiliki lebih dari 300 fungsi built-in yang melakukan berbagai macam perhitungan.

Beberapa fungsi, seperti SUM, setara dengan formula matematik panjang yang boleh dilakukan dengan manual

Kebaikan Pentaksiran berbantukan komputer:

1) Data dapat disimpan lebih lama.

2) Lebih sistematik dan tersusun

3) Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid.

4) Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran murid.

5) Maklumbalas secara pantas kepada pelajar ( email ).

6) Kepelbagaian jenis soalan secara interaktif dan multimedia.

7) Ujian boleh dilaksanakan secara pengulangan oleh pelajar untuk tujuan mengulangkaji.

8) Bank soalan boleh dihasilkan dan diguna semula serta dikongsi.

9) Pemarkahan segera menggunakan mesin ( komputer )

10) Penyimpanan data atau kertas item ujian secara atas talian.

Pentaksiran Konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

1. Tanggapan diri seseorang individu

2. Proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Fungsi

Pelajar membuat refleksi

Panduan kepada pelajar

Keyakinan kepada pelajar

Kurangkan kebergantungan

Pelajar bersikap kritis

Kaedah:

meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran

mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.

melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik

membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya

Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya

KONSEP KENDIRI POSITIF:

i. lebih yakin

ii. Minat bertambah

iii. sikap terbuka dan berani

iv. menghargai

v. murah hati

vi. puas hati dengan pencapaian

KONSEP KENDIRI NEGATIF:

i. Takut kepada kegagalan

ii. Sering merasa bimbang

iii. Pencapaian akademik yang rendah

iv. Tidak gemar kerja mencabar

v. Kurang keyakinan pada diri sendiri

vi. Kurang minat untuk mendapatkan maklum balas

Contoh instrumen pentaksiran kendiri:

1) Soalan latihan

2) Jurnal

3) Jurnal refleksi

4) Kertas ujian/ peperiksaan

5) Soal selidikInventori

6) Soal selidik

Tajuk 3 : Tujuan pentakisran PSV

Kemahiran bahasa visual

Kefahaman seni visual

Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri

Kemahiran Bahasa Visual

Pendidikan Seni Visual yang diajarkan guru di sekolah merangkumi 2 elemen penting iaitu Unsur Seni dan Prinsip Rekaan yang diharapkan dapat dikuasai oleh murid dengan baik.

Kemahiran bahasa visual penting dalam pentaksiran PSV agar sesuatu karya yang dihasilkan oleh murid dinilai berdasarkan pengetahuan dan aplikasi media dalam kedua-dua elemen, bukan sekadar penilaian cantik atau tidak cantik.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu:

i. Bidang Penghasilan Seni Visual serta

ii. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.

Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah:

i. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

ii. kemahiran berkomunikasi secara berkesan,

iii. kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat

iv. kemahiran mencari

v. Menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat.

vi. Kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan

kefahaman seni visual

kefahaman seni visual pula melihat kepada pemahaman murid dalam 4 bidang utama kegiatan Pendidikan Seni Visual.

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu :

a) pemerhatian secara aktif

b) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

c) apresiasi seni visual

d) menghargai nilai baik.

i. Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan.

ii. Murid dapat menyatakan kefahaman, membuat apresiasi dan kritikan seni.

iii. Penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup.

Kesedaran Tentang Kepercayaan & Nilai

Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan.

Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

Budaya- kognitif, psikomotor & social

a) Kognitif

pemikiran logik perkara yang benar yang disampaikan kepada umum dalam imej visual

b) Psikomotor

aktiviti yang dijalankan oleh pelajar,

melihat penguasaan kemahiran motor murid semasa menghasilkan karya seni

c) Sosial

penerapan nilai murni seperti bekerjasama, sikap bersaing secara sihat dan meningkatkan kreativiti murid.

Tajuk 4: Kaedah pentaksiran PSV

Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR):

PKSR merupakan satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR supaya guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan yang perlu diambil ke atas seseorang murid.

Penilaian berasakan sekolah (PBS):

Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh.

Tujuan PKSR:

a) memastikan penilaian dijalankan dengan sistematik dan baik.

b) membaiki pembelajaran pelajar dengan merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran

c) Mengesan perkembangan murid-murid: Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan

d) merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan

e) meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

f) Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.

Ciri-ciri PKSR:

a) Tekankan penilaian secara tak formal

b) Tekankan penilaian formatif daripada penilaian sumatif.

c) Tekankan penilaian secara berterusan

d) Tekankan penilaian secara menyeluruh

Aspek PKSR PSV (dinilai):

i. Persepsi

ii. Sensitiviti

iii. Kefahaman bahasa visual

iv. Kemahiran kritikan dan anlitik

v. Pengurusan, penghasilan dan persembahan seni visual.

KAEDAH PENILAIAN DALAM PKSR:

i. Pemerhatian

ii. Lisan

iii. Penulisan

Kegunaan kaedah penilaian PKSR:

i. Mengesan serta merta

ii. Mengesan kemajuan

iii. Mengesan pencapaian

Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Tajuk 5 : Bentuk pentaksiran PSV

a. Penilaian formatif

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

b. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.

c. Pemerhatian (penilaian autentik)

satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Contohnya, rekod anekdot, temubual, senarai semak, borang kemajuan diri, soal selidik dan rekod profil murid.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

i. Kualiti Pemerhatian

ii. Bentuk perancangan

iii. Merekod penilaian pemerhatian

iv. Jenis Pemerhatian

v. Strategi pelaksanaan

vi. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

REKOD ANEKDOT - Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkahlakumurid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan bolehdisambung oleh guru lain.

REKOD PROFIL MURID - Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

Jenis-jenis Pemerhatian:

pemerhatian mengenai perlakuan murid-murid tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.

pemerhatian melalui borang pemerhatian yang mengandungi soalan terbuka dan tertutup ; pemerhatian berstruktur

pemerhatian berfokus : guru menilai kemahiran , pengetahuan, perlakuan @ sikap spesifik

Pemerhatian Peserta

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.

Pemerhatian Bukan Peserta

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura.

Jenis-jenis Instrumen pentaksiran pemerhatian:

1) Skala kadar

2) Senarai semak

3) Rakaman video

4) Rekod amali

5) Rekod anekdot

6) Pembentangan hasil kerja

7) Rekod inventori

d. Portfolio

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio:

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

1. Porfolio kerja harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

Contohnya; Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio hasil terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

Berbentuk sumatif

3. Portfolio dokumen.

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :

Kajian

Pemerhatian dan pengamatan

Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan

Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran

Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan Idea

Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar

Merangka reka cadang atau model

Menentukan alatan dan bahan

Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio

Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

Mengikut urutan

Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada

5 peringkat dalam menentukan caramembina portfolio:

i. Menentukan tujuan portfolio.

ii. Menentukan kandungan portfolio.

iii. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

iv. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteriapenilaian.

v. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.

Kegunaan Portfolio

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaianpelajar.

Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,antaranya:

Kecerdasan linguistik seperti:

Catatan pra penulisan

Draf projek penulisan

Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan ruang-,visual seperti:

Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran

Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi

Kecerdasan interpersonal seperti:

Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain

Laporan rakan sebaya

Kecerdasan interpersonal seperti:

Catatan jurnal

Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

Sampel latihan refleksi kendiri

Soal selidik

Carta kemajuan

Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Penilaian portfolio:

i. Perkembangan/olhan idea

ii. Lakaran dan penyelidikan

iii. Lukisan kajian

iv. Eksperimentasi bahan dan teknik

v. Proses dan penghasilan

e. Hasil Kerja ( Produk )

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu:

i. proses kerja,

ii. pengendalian bahan,

iii. penggunaan media,

iv. kemahiran kritikal, dan

v. peringkat-peringkat perkembangan peribadi.

Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan.

Faedah:

Boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah.

Sebagai panduan memperbaiki kurikulum supaya lebih berkesan

Mengukur tahap-tahap perkembangan.

Boleh memberi maklumbalas sejauh manakah objektif yang dirancang tercapai.

Tujuan penilaian hasil kerja:

Sebagai penggerak untuk mendorong murid berusaha belajar PSV.

Motivasi murid untuk membuat ulangkaji PSV

Untk menetukan tahap kebolehan dan pencapaian murid dalam kemahiran- kemahiran PSV.

Suatu latihan formal untuk membantu murid mengukuhkan konsep atau kemahiran PSV

Merekod pretasi murid dan dapat mengetahui tahap PdP guru.

Penilaian hasil kerja:

i. Kefehaman aspek seni dan rekaan

ii. Ekspolarasi konsep bahasa visual

iii. Persembahan

Tajuk 6: Peraturan Memberi Markah

Holistik dan analitik

Pemilihan kriteria

Borang penilaian

Penggredan

Rubrik

PEMARKAHAN HOLISTIK :

Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa memerhati terlebih dahulu semua karya secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut kelompok pencapaian. Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran tertentu. Kelebihan cara pemarkahan holistik adalah menyediakan markah dengan cepat berdasarkan pencapaian pelajar. Namum, Kelemahan jenis pemarkahan ini adalah tidak menyediakan maklumat secara terperinci. Kaedah yang lazim digunakan untuk pemarkahan holistik ialah ialah kaedah ordinal dan nominal.

Kaedah ordinal:

Pemeriksa juga akan menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya.

Kaedah norminal:

Pemeriksa menentukan skema permarkahan terlebih dahulu sama ada dengan penggunaan markah atau gred.

Sekiranya kaedah permarkahan holistik kurang objektif , maka kesan horn dan kesan halo akan berlaku.

Kesan horn merupakan satu keadaan bahawa jawapan yang baik diberi markah yang rendah disebabkan jawapan dihasilkan oleh pelajar yang dianggap kurang berkebolehan atau lebih lemah.

Kesan halo pula akan wujud bahawa berlakunya keadaan pemeriksa memberikan markah yang terlalu tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau belum mencapai tahap cemerlang disebabkan pelajar berkenaan ialah seorang pelajar cemerlang dan cergas.

PEMARKAHAN ANALITIK

Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan berdasarkan karya seni secara lebih terperinci iaitu markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci.. Kaedah pemarkahan analitik bermaksud kaedah memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna, jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat sesuatu karya murid, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepada murid. Kelebihan jenis pemarkahan ini adalah mendapat maklum balas yang lebih terperinci manakala dari segi kelemahan permarkahan analitik adalah perlu mengambil masa yang lama untuk membuat dikira markah.

PEMILIHAN KRITERIA:

Pemilihan kriteria merupakan satu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang pelajar dengan merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.

a)Kriteria kandungan

Merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan melalui kefehaman terhadap kehendak tugasan. Ia juga berkaitan dengan perkembangan atau proses penambahbaikan tentang idea yang telah dihasilkan dan juga olahan pada idea ynag telah dilahirkan. Biasanya kriteria ini merujuk kepada maklumat mengenai isi pelajaran yang disampaikan.

b)Kriteria Pengolahan

Merujuk kepada pemilihan alat dan bahan atau media yang sesuai berdasarkan permintaan tajuk atau tema tugasan yang telah disediakan. Di samping itu, kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.

c)Kriteria Proses

Merangkumi aspek seperti teknik penghasilan, daya cipta, keaslian, konsisten, kelengkapan, kemunasabahan dan ketepatan. Selain itu, berupaya mempelbagaikan teknik dan proses secara kreatif dan sistematik berkebolehan menghasilkan projek atau artifak mengikut spesifikasi dan berkualiti.

PENGREDAN

Penggredan ialah proses memberi gred ke atas jawapan atau skor pelajar dalam bentuk abjad. Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar, guru boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

RUBRIK

Rubrik holistik

merupakan kaedah yang menyediakan markah keseluruhan prestasi pelajar yang dinilai dengan berdasarkan tahap pencapaiannya. Rubrik holistik banyak membantu guru untuk menyediakan markah penilaian dengan lebih cepat dan menjimat tenaga manusia.

Rubrik analitik

akan menyediakan maklum balas yang sepatutnya ada dalam sepanjang tempoh pengukuran yang sedang dijalankan. Dengan menggunakan rubrik analitik ini, maklum balas yang lebih terperinci akan dihasilkan tetapi masa yang lebih masa akan diperlukan untuk mengira permarkahan pelajar.

Rubrik umum

mengandungi kriteria yang umum dengan berdasarkan tugasan yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan rubrik umum ini, pemeriksa dapat mentaksir sebab pelajar mendapat prestasi tertentu, menilai atau mengukur kebolehan dan pencapaian setiap individu yang berbeza dalam proses menyempurnakan tugasan yang berlainan.

Rubrik khas atau spesifik

ia merupakan rubrik yang tersendiri dan berdasarkan tugasan yang telah diedarkan. Rubrik khas atau spesifik ini lebih sukar untuk digunakan bagi tugasan lain jika berbanding dengan rubrik umum.