BUKU LOGDalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan,
pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang
Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah
dipanggil sebagai Buku Log.Buku Log seharusnya mengandungi catatan
rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga
pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga
boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian
bagi sesuatu aktiviti Pengakap. Sehubungan itu, seseorang pencatat
buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi
pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya
dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun
grafik. Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh
mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan
terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.NOTA:Semasa
Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa
oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah
serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan.
Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan
atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan
ujian terbabit di dalam buku log mereka.Setakat ini, tiada had
piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan
pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 300
helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan
dengan baik pada satu jangka masa yang lama.Berikut merupakan
cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk
asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.UNIT
PENGAKAP KANAK-KANAK1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana
Keahlian - 1 buku2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku3) Lencana Keris
Perak - 1 buku4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak -
1 buku
UNIT PENGAKAP MUDA1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana
Keahlian - 1 buku2) Lencana Usaha - 1 buku3) Lencana Maju - 1
buku4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku5) Buku Log
Pengembaraan - 1 bukuUNIT PENGAKAP REMAJA1) Lencana Ekspedisi - 1
buku2) Lencana Jayadiri - 1 buku3) Lencana Kegiatan - 1 buku4)
Lencana Kemahiran - 1 buku5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku6) Ujian
Sikap - 1 bukuUNIT PENGAKAP KELANA1) Catatan Peribadi + Lencana
Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku2) Lencana-lencana Kemajuan -
1-5 buku3) Projek - 1 buku4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada)
- 1 buku* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau
aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus,
jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku
berasingan.Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada
ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta
Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log
untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :- Kemajuan atau
prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.- Kursus dan seminar
yang dijalan- Jambori dan perkhemahan yang dihadir- Trip atau
rombongan lawatan yang disertaNota :Hingga kini, saya masih membuat
catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan
maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan
Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di
serata negeri.MAKLUMAN:Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja,
pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon
harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk
diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.1) Buku Log
Catatan peribadi / Lencana Keahlian2) Buku Log Lencana Usaha3) Buku
Log Lencana Maju4) Buku log Lencana Jaya5) Buku log Pengembaraan6)
Buku log Lencana Jayadiri7) Buku log Lencana Kegiatan8) Buku log
Lencana Kemahiran9) Buku log Lencana Perkhidmatan10) Buku log
Lencana Ekspedisi11) Buku Log Ujian Sikap* Buku-buku Log tersebut
di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau
sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU
LOGSaiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm
dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap
Book)
Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya
tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut
dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa
akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh
dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan
buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi
pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang.
Halaman pertamaHalaman pertama merupakan halaman yang paling
penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat
pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan
buku tersebut (First impression evaluation).Sebaik-baiknya halaman
pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat
adalah seperti berikut :Maklumat AsasNama PenuhNo. Sijil Lahir /
Kad PengenalanTarikh dan Tempat LahirNo. telefon / Telefon
bimbitAlamat e-mail / urlAlamat surat menyurat
Maklumat KepengakapanTarikh Mula BerpengakapNama Sekawan /
Patrol (terkini)No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)Nama dan
alamat Sekolah (terkini)Daerah (terkini)
Maklumat Waris dan Alamat PerhubunganAlamat tetapNama Bapa dan
pekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbitNama Ibu dan
PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat
peribadi penulis bagi buku log tersebut
Halaman keduaHalaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan
kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana).
Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya
juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang
disenaraikan.Nota :Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan
'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta
ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku
log.Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi
setiap ahli Pengakap.
Ruangan Catatan di setiap muka suratAdalah dicadangkan agar
ruangan selebar 1 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka
surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan
perkara-perkara berikut :1) Ruangan bagi komen, ulasan dan
pengesahan pemeriksa buku.2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat
selepas selesai penulisan.3) Penambahan fakta(jika tertinggal
semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan
nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka
surat di dalam Buku Log.Foto, lakaran dan sampel di dalam buku
logPenulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun
sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di
dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan
menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan
pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku LogUntuk tugasan tertentu
contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan
untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan
sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet
(sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log
mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh
penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya
sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log. Apa yang lebih
penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota
dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log
Bentuk penulisan dan isi notaPenulisan di dalam Buku Log
haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat
yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat
yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?Buku Log
Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara
keseluruhan.Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh
dimuatkan adalah seperti berikut :1) Maklumat lengkap penglibatan
dalam Pengakap2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan
sijil berkaitan)3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan
sijil berkaitan)4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang
dimiliki.
CONTOH LAPORAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI KURSUS LENCANA KEAHLIAN
PKK
PERSATUAN PENGAKAPSEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1
LAPORAN AKTIVITIKURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP
TARIKH :
14 APRIL 2012
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG118500 MACHANG, KELANTAN
ANJURAN:
PERSATUAN PENGAKAPSEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1
DENGAN KERJASAMA:UNIT KOKURIKULUM
1Pendahuluan
1.1Lencana Keahlian merupakan lencana asas pengakap kanak-kanak.
Pengakap kanak-kanak akan diuji tentang beberapa perkara untuk
memastikan mereka memahami dan mengerti makna setiap perkara
seperti Persetiaan dan undang-undang pengakap, Kelima-kelima rukun
negara, Tabik dan hormat pengakap, isyarat hormat pengakap dan
cogan kata Pengakap, Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan
Cerita Hutan dan Laung Agung
2Objektif
2.1Lencana Keahlian merupakan lencana asas bagi seorang pengakap
kanak-kanak
2.2Mempraktikkan ilmu pengakap yang dipelajari semasa perjumpaan
mingguan seperti persetiaan dan undang-undang pengakap, sejarah
permulaan pergerakan pengakap, tabik dan isyarat hormat, laung
agung dan cogan kata pengakap
2.3Melatih ahli pengakap kanak-kanak sentiasa berdisplin,
berakhlak, bertanggungjawab dan berdikari selari dengan ajaran
Islam
3.0SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
BilBidang tugasPemimpinCatatan
1Pendaftaran1. Pn. Yusmawani bt. Mat Ghani2. Pn. Zubaidah bt.
Yaakob-mencatat kehadiran ahli-memungut sumbangan pendaftaran
2Keselamatandan Disiplin1. En.Kamaruzzaman b. Mat Isa2. En.
Zainuddin b. Samat-menguruskan disiplin dari awal hingga akhir
dalam keadaan baik.-Memastikan Ujian Lencana Keahlian berjalan
dengan suasana harmoni.
3Persegaran1. Pn. Umi Kalsum bt. Hashim2. Pn. Zanariah Bt.
Mustapha-memastikan pengagihan makanan berjalan lancar
4Urus setia1. En. Noorizan b. Mohd Esa2. En. Nasir b.
Mudamemastikan ujian lencana keahlian dapat dijalankan dengan
lancarmemastikan peralatan dan bahan ujian mencukupi
5Sijil/ Cenderahati1. Pn. Umi Kalsum bt. Hashim2. Pn. Zanariah
Bt. Mustapha-memastikan nama pelajar mengikut kad
pengenalan.-Menaip nama pelajar dengan betul.Menguruskan majlis
penyampaian sijil di akhir kursus
6Keagamaan1. En. Roslan b. Ismail2. Pn. W. Norafni bt. W.
Muhammad-Memastikan PKK menunaikan solat apabila masuk Waktu
7Hal Ehwal Wanita1. Pn. W. Norafni bt. W. Muhammad-Membantu PKK
wanita yang mengalami masalah
8Buku Programdan Dokumentasi1. En. Noorizan b. Mohd Esa2. En.
Azmi b. Abdullah-Memastikan dokumentasi disediakan di akhir
perkhemahan.-Menyediakan brosur mudah berkaitan perkhemahan
9Aktiviti1. En. Azmi b. Abdullah
-Melantik penguji-Memastikan setiap stesen ada penguji atau
pegawai bertugas-Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.
10Kain RentangdanSia raya1. En. Roslan b. Ismail-Menyediakan
kain rentang sebagai publisiti selewat-lewatnya seminggu sebelum
perkhemahan.-Memastikan alat siar raya dalam keadaan baik dan boleh
digunakan
4.0TENTATIF PROGRAM
Tarikh: 14 April 2012Hari: Sabtu
8.00 pagiPendaftaran, taklimat dan pembahagian kumpulan
aik, bang khusyuk sangat tu..
Seramai 73 orang ahli pengakap kanak-kanak telah menyertai
Kursus Lencana Keahlian. Pendaftaran dijalankan oleh Puan Yusmawani
bt. Mat ghani dan puan Zubaidah binti yaakob. PKK telah diberi
taklimat dan dibahagi kepada sembilan kumpulan dan setiap kumpulan
terdiri daripada 8 hingga 9 orang PKK. PKK diberikan senarai semak
item-item yang akan diuji. PKK diagihkan kepada stesen-stesen 1, 2,
dan 3. Di mana, setiap stesen akan terdapat dua kumpulan pada satu
masa. Setiap stesen terdiri daripada empat orang guru.
9.00 pagi Sesi pertama Lencana Keahlian bermula
Stesen 1
semangat PKK sedang diuji. ingat ke?
PKK dikehendaki membaca persetiaan dan undang-undang pengakap
dan juga rukun negara. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Yusmawani
bt. Mat Ghani, Pn. Zubaidah bt. Yaakob, Pn. W. Norafni bt. W.
Muhammad Pn. Umi Kalsum bt. Hashim. Kumpulan PKK yang terlibat
adalah kumpulan PKK1, PKK2 dan PKK3.
Setesen 2
sorang-sorang tu...jangan gabra, nanti kantoi...
Di Stesen 2, PKK diminta membincangkan Sejarah permulaan
pergerakan pengakap dan cogan kata PKK iaitu Buat Habis Baik. Guru
yang terlibat ialah En. Kamaruzzaman b. Mat Isa, En. Zainuddin b.
Samat, En. Nasir b. Muda dan En. Ahmad zawawi b. Ruslan. Kumpulan
PKK yang terlibat adalah PKK 4, PKK5 dan PKK6.
Stesen 3
amacam?, boleh buat ker? baik-baik nanti tersasol plak!
Guru-guru yang terlibat di stesen 3 pula ialah En. Roslan b.
Ismail, En. Azmi b. Abdullah, En. Noorizan b. Mohd Esa dan Pn.
Zanariah Bt. Mustapha. Setiap kumpulan dikehendaki membuat aktiviti
laung agung. Laung agung adalah aktiviti pertama yang dilakukan
pada setiap perjumpaan pengakap.
10.30 pagi Minum pagi
masa yang dinanti dah tiba. sekarang jom, kita makan dulu...
PKK diberi rehat selama 30 minit untuk menjamu selera dan
berehat. Sarapan pagi disediakan iaitu roti jala dan tea o.
11.00 pagi Sesi kedua Lencana Keahlian
Sesi kedua ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen
berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 2, PKK 4, PKK 5, PKK 6
bergerak ke stesen 3. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen
1.
1.0tengah hari Makan tengah hari, rehat dan Solat Zuhur
PKK diberi rehat selama satu jam setengah untuk makan tengah
hari dan menunaikan Solat Zuhur. Persiapan untuk sesi ketiga ujian
keahlian dibuat.
2.30 petang. Sesi ketiga Kursus Lencana Keahlian
Sesi ketiga ujian lencana keahlian dijalankan. Pergerakan stesen
berubah. PKK 1, PKK2 dan PKK 3 ke stesen 3, PKK 4, PKK 5, PKK 6
bergerak ke stesen 1. Manakala, PKK 7, PKK8 dan PKK 9 ke Stesen
2.
4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup Kursus Lencana Keahlian
Pengakap Kanak-kanak
Pesuruh Jaya Pengakap Daerah Machang, Tn Haji Ismail b Omar
semengat berucap memberikan kata-kata perangsang kepada PKK
SKM1
khusyuk nampaknya PKK mendengar ucapan yang diberikan oleh
Peseuruh Yaya Pengakap Machang, Tuan Haji Ismail b Omar
Kursus Lencana Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1
telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ismail bin Abd. Omar
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Machang. Dalam ucapan perasmian penutup
beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Persatuan
Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan kerana
sentiasa bergerak dalam kumpulan untuk setiap program yang diadakan
peringkat sekolah. Beliau juga berharap usaha ini akan berterusan
demi mencipta pelbagai kejayaan.
5.00 petang Minum petang dan bersurai Tn. Hj. Ismail bin Omar,
pemimpin pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1 dan PKK dijamu
dengan minuman petang sebelum bersurai
5.0 PENYERTAAN5.1Kursus Lencana Keahlian di hadiri oleh 73 orang
pengakap kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Machang 1 yang terdiri
daripada murid Tahun 4 dan Tahun 55.2 Senarai nama PKK rujuk
lampiran A1
6.0PERBELANJAAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
1Pendaftaran PesertaRM 5.00 73 orang=RM 365.00
2Sumbangan Unit Kokurikulum=RM 150.00
3Sumbangan PIBG=RM100.00
JUMLAH
RM615.00
Perbelanjaan
1Makan minum Urus setia/ pemimpin/ pesertaRM 4.00 89 orang=RM
356.00
2Sijil KeahlianRM 0.50 73 orang=RM 36.50
3Buku ProgramRM 0.30 15=RM 4.50
4Urus setia
=RM180.00
5Cenderahati Perasmian Penutup
=RM 38.00
JUMLAHRM615.00
7.0PENUTUP
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak
terhingga kepada semua AJK Pelaksana dan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Lencana
Keahlian Pengakap Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang,
Kelantan.
Disediakan oleh,
................................................(NOORIZAN BIN
MOHD ESA)Setiausaha,PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP
KANAK-KANAK,SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG
Disahkan oleh,
.................................................(ENCIK AZMI BIN
SALLEH)Pengerusi,PROGRAM KURSUS LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP
KANAK-KANAK,SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG 1, MACHANG