This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TAJUK HALAMAN
PUISI TRADISIONAL
1. PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) 12. PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN) 23. SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL 44. SYAIR SITI SIANAH 55. GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM 76. SELOKA EMAK SI RANDANG 8
PUISI MODEN (SAJAK)
1. HARGA REMAJA 92. DI PERPUSTAKAAN 103. MENGINTAI RUANG INSAF 124. MAHSURI 135. ADAT SEZAMAN 146. TIBA WAKTUNYA 15
PROSA TRADISONAL
1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA 172. MERAH SILU 223. HIKAYAT INDERA NATA 264. HIKAYAT KHOJA MAIMUN 30
CERPEN
1. IBU DAN CEPER 352. MEMORI SEORANG TUA 393. ISRAK 424. PEMAIN CATUR 465. MELLISA 496. BIARKAN SAMUDERA 52
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang
dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup
meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang
dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang
ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4. Anafora- Anak pulang kelaparan , Anak di pangku diletakkan
5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan
9
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan
2. Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3. Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..
Pengajaran
1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan
lebih harmoni.
2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan
yang buruk.
3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.
PUISI MODEN (SAJAK)Harga Remaja
(Rahman Shaari)
MAKSUD:Rangkap 1Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.
Rangkap 2Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.
Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.
Rangkap 4Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.
TEMAKetinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.
PERSOALAN1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.2. Persoalan jati diri remaja.3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah
menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja.
Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.
BENTUK1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala
rangkap keempat terdiri daripada dua baris.3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.5. Sajak ini berbentuk bebas.
10
NADA
Sinis
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)
2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
3. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)
4. Pengulangan konsonan t. Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)
5. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) Pengulangan vokal i. Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)
6. Anafora – pengulangan perkataan pada awal barisContoh : bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)
7. Metafora . Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2) cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5)
8. Simile . Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)
9. Sinkope. Contoh : Penuhilah remajamu, Dengan apakah akan kau penuhi
NILAI1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa
keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
MAKSUDRangkap 1Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Rangkap 2Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.
11
Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.
TEMAPerpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.
PERSOALAN1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.
BENTUK1. Terdiri daripada tiga rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan
rangkap ketiga terdiri daripada enam baris.3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris.4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba.5. Sajak ini berbentuk bebas.
NADASinis
GAYA BAHASA1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.2. Aliterasi :pengulangan konsonan n
Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4)Pengulangan konsonan tContoh : satu pertukaran yang kontras
3. Asonansi :pengulangan vokal aContoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)
Pengulangan vokal iContoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12)
4. Anafora – pengulangan perkataan pada awal barisContoh : Di puncak sepi Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)
5. Metafora Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3)
Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7)6. Sinkope
Contoh : Melangkah ke ruangmuYang akan kucatat
7. Personifikasi - Contoh : Ke kedinginan yang menerpa8. Imejan - Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)
NILAI1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.
PENGAJARAN1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.
12
Mengintai Ruang Insaf(Shukri Abdullah)
MAKSUD
Rangkap 1Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t.
Rangkap 2Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.
Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.
Rangkap 4Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.
TEMAPerasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.
PERSOALAN1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup..
2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu.
3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.
4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.
BENTUK
1. Terdiri daripada empat rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga
terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris.
3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb.
5. Sajak ini berbentuk bebas.
NADA
Melankolik.
GAYA BAHASA1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.2. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2)3. Pengulangan konsonan k. Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2)4. Dialog. Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”5. Asonansi :pengulangan vokal i
Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)6. Pengulangan vokal u
Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4)7. Metafora . Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1) 8. Hiperbola. Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3)9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab)10. Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.
13
NILAI1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa
lampaunya.
2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya.
3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.
PENGAJARAN1. Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan.
2. Kita hendaklah mengakui kesilapan yang dilakukan.
MAKSUDRangkap 1Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.
Rangkap 2Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta.
TEMASejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.
PERSOALAN1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya.
Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.
2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.
3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.
4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia.
BENTUK1. Terdiri daripada dua rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas
baris.
3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed.
5. Sajak ini berbentuk bebas.
14
NADAMelankolik.
GAYA BAHASA1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun.2. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5)3. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh : menyambut tetamu pulau4. Metafora . Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6)5. Hiperbola. Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10)
Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11)6. Sinkope. Contoh : kerana tanpamu 7. Personifikasi. Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)
NILAI1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.
2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang
berjaya. 4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.
PENGAJARAN1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada
pembangunan negara.2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.
Rangkap 1Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama.
TEMAPerubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.
PERSOALAN1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat
terdahulu.2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa
malu.3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan
sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai
pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.
BENTUK1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.3. Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.4. Sajak berbentuk bebas.
15
NADAMelankolik.
GAYA BAHASA1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan2. Aliterasi :pengulangan konsonan l. Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4)
3. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh : sama cantik sama padan 4. Metafora . Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16) 5. Anafora. Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3)
Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4)6. Inversi. Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4)
Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21)
NILAI1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi..2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan
perbuatan yang melampaui batas agama.3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.
PENGAJARAN1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi
panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup.2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka
pasti akan menjunjung adat ketimuran.3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang
teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas._________________________________________________________________________________________________
Tiba Waktunya(Ghazali Lateh)
MAKSUD
Rangkap 1Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.
Rangkap 2Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.
Rangkap 3Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.
Rangkap 4Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang.
Rangkap 5Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.
Rangkap 6Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.
16
TEMAUsaha mengangkat martabat wanita.
PERSOALAN1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden.2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.
BENTUK1. Terdiri daripada enam rangkap.2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh
baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris.
3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa.6. Sajak ini berbentuk bebas.
NADAPatriotik
GAYA BAHASA1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau.2. Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.3. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau4. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau 5. Sinkope. Contoh : kautanya6. Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas7. Metafora. Contoh : tunas-tunas harapan 8. Imejan / simbolik. Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)9. Inversi. Contoh : usah kautanya persoalan dilemma
NILAI1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk
pembangunan negara.2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup.4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.
PENGAJARAN1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri.2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.
17
PROSA TRADISIONAL
Pelayaran Yang Penuh PeristiwaSinopsis
Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki
geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak
terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang
iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah
Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina
memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan.
Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil
alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya
belayar mengikut tiupan angin.
Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi
gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang
pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar
daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda
Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang
Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu
berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa
sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri
Dayang Seri Jawa.
Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung
dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia
mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti
yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si
Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada
Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang
Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam
buyung suasa bertukar menjadi air manis.
Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal
memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji
sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan
menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun
menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang
Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya
sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau
selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka
tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir
mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan
kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin
18
Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah
menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di
situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan
puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung
dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat
helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku
Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya
penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar
Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya
dengan tuan puteri.
Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau
sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut.
Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam
Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan
rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran
daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah
diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam
barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.
Tema
Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa
memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin
menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi
alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang
hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .
Persoalan
1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh
Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.
2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu
kepada Awang Sulung.
3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar
suara Awang Sulung Merah Muda.
19
4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada
serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang
berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
5. Persoalan menghormati tetamu
Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke
balairung seri.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Awang Sulung Merah Muda
Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah
ketampanannya .
Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Ditakuti lanun
Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi
manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.
Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung
ayam.
Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia
mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang
sapu rumah .
Watak Sampingan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Anak Tuanku Nakhoda Tua
Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan
Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan
Awang Sulung
Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air
Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika
jurumudi dengki kepada Awang Sulung
Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali ke
Bandar Mengkalih.
Jurumudi
20
Jurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan
menunjukkan keris berdarah
Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung
Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun
Tuanku Nakhoda Tua
Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung
Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya menyelamat
baginda dan puterinya daripada serangan lanun.
Si Kembang Cina
Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung
Latar
Latar Tempat
Geliung panjang
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri
Semarang di Tanah Jawa.
Pulau Tapai
Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh
berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang
pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat
berlabuh.
Pulau Salah Nama
Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk
jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. .
Negeri Pati Talak Terangganu
Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .
Latar Masa
Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.
Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.
Latar Masyarakat
Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri
Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.
Golongan bawahan – anak-anak kapal
Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut
21
Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.
Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan
geliung dengan menunjukkan keris berdarah
Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri
Pati Talak Terengganu
Gaya Bahasa
Bahasa klasik – geliung
Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda
Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati
Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat sembur-
menyembur
Puisi : Pantun :
Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh satu ke Gunung Daik;
Bercahayalah sepuh hilang senam
Itulah tanda emas yang baik.
Seloka:
Nobat merpati di gunung,
Memberi salam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambang denak,
Membalas kinantan suci,
Bertutu ketitir jantan,
Berkokok balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.
Nilai
Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam
yang comot
Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu
jurumudi pengsan
Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan
puteri Dayang Seri Jawa.
Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas
berkahwin.
Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung.
Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.
Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak terpengaruh
dengan kata-kata jurumudi.
Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung berada di
atas geliung tersebut.
22
Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.
Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa
Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan
sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa
Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala
binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah
menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila
mendengar cerita daripada Indera Jenaka.
Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan
terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di
dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas
perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan
memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri
Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka
dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi
membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.
Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah
kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah
mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan
terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa
berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk
emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa
lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya
menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah
bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.
Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam,
mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua
raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama
Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa
sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara
Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular
sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera
Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan
kedua-dua raksasa itu mati.
Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke
rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata
menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri
Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.
Tema
Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran
27
Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran
dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu
tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.
Persoalan
1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas
yang terdapat di dalam hutan.
Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.
Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.
2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.
Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya
itu daripada mengembara.
3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya
raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah
bergading emas segera.
Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih
bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka.
Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan
raksasa.
4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan. Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.
Watak dan Perwatakan
Watak UtamaIndera Nata Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati Digelar Si Piatu Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika
menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang. Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.
Watak SampinganTuan Puteri Cendera Kesuma Anak Raja Mesir Memiliki rupa paras yang cantik Menjadi tawanan raksasa . Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.
28
Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa
Raksasa suami isteri Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi. Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan. Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah
bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
Indera Jenaka Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera
Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.
Latar
Latar Tempat
i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata
ii. Negeri Pattani
Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan
haiwan.
iii. Sebuah bukit yang tinggi
Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang
ditawan.
iv. Sebuah peti emas
Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.
v. Tepi Laut / Pantai
Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.
Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.
Latar Masa
Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
Waktu petang – raksasa tidur.
Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.
Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.
Latar Masyarakat
Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma
Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa
29
Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading
emas
Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan,
mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.
Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga
Gaya Bahasa
Bahasa Klasik – sebermula, hatta
Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .
Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti
ia berkata dengan manusia juga.
Puisi – pantun contoh:
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga;
Hujan arah ke langit biru,
Tawakalku dapat juga.
Bahasa Arab – Allah
Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya
kilau-kilauan.
Nilai
Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.
Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri
Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.
Pengajaran
Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)
SINOPSIS
Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab.
Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu
sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan
30
mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut
membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi
Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan
mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun,
tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab
amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan
daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.
Bab 2: Cetera Pertama
Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat
demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada
suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar
tersebut mengganggap Bayan telah mati.
Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah
itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan
Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia
keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan
menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat
untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan
bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang
lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk
melalaikannya.
Bab 3: Cetera Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini.
Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam
suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya
murka.
Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif
untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur
baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut,
namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.
Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri
dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk
bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi.
Bab 4 : Cetera Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya
dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun
isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan
oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-
jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.
31
Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun
kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi
belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur
Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu
tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri
saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja
menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun
turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar
menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita
pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan
mestilah taat kepada suaminya.
TEMA
Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.
Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.
PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur.
2. Persoalan kecurangan seorang isteri
Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.
3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.
4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan
Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.
PLOT
Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi
Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan
perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya.
ii. Perkembangan
Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera
Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala
dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan
bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya.
iii. Konflik
Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya.
iv. Klimaks
32
Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian
yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
v. Peleraian
Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala
dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Burung Bayan
Bersaiz kecil
Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja
Maimun.
Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-
benar terjadi.
Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkannya
daripada berlaku curang.
Watak Sampingan
Bibi Zainab
Cantik
Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.
Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.
Khoja Maimun
Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.