3.1 ASAS KOMPUTER 3.1.1 TAKRIFAN KOMPUTER Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh diaturcara, berupaya menyimpan, mencapai dan memproses data untuk menghasilkan maklumat. Setiap komputer memerlukan perisian (software) dan perkakasan (hardware). 3.1.2 PERKAKASAN KOMPUTER Perkakasan (hardware) adalah komponen-komponen fizikal yang menjadikan sesebuah komputer seperti papan kekunci, monitor, tetikus, kes komputer dan lain-lain Sesebuah komputer sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepintaran tersendiri. Manusialah yang menentukan kebolehan sesebuah komputer. Untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi dengan betul, arahan-arahan tepat dan treperinci mestilah diberikan kepada komputer. Pemberian data yang salah, arahan-arahan yang salah atau arahan yang betul tetapi aturan yang salahke sesebuah komputer akan menyebabkan hasil yang tidak diingini dihasilkan. Proses ini dikenali dalam istilah komputer sebagai GIGO (Garbage In, Garbage Out). MIKROKOMPUTER Mikrokomputer atau lebih dikenali sebagai komputer peribadi adalah komputer “desktop” kecil yang boleh diletakkan di atas meja pejabat. Biasanya hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna dan hanya berupaya melaksanakan satu tugas pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, terdapat mikrokomputer yang dapat digunakan oleh seramai 10 orang pengguna dengan memasang stesen kerja dalam suasana rangkaian. Mikrakomputer ini dikenali sebagai super mikrokomputer. JENIS-JENIS KOMPUTER Dua kategori mikrokomputer yang paling popular ialah : IBM PC dan serasi Apple Macintosh Komputer-komputer terdiri daripada empat kategori iaitu : i. Komputer kerangka utama
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
3.1 ASAS KOMPUTER
3.1.1 TAKRIFAN KOMPUTER
Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh diaturcara, berupaya menyimpan, mencapai dan
memproses data untuk menghasilkan maklumat. Setiap komputer memerlukan perisian (software) dan
perkakasan (hardware).
3.1.2 PERKAKASAN KOMPUTER
Perkakasan (hardware) adalah komponen-komponen fizikal yang menjadikan sesebuah komputer
seperti papan kekunci, monitor, tetikus, kes komputer dan lain-lain
Sesebuah komputer sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepintaran tersendiri. Manusialah
yang menentukan kebolehan sesebuah komputer. Untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi
dengan betul, arahan-arahan tepat dan treperinci mestilah diberikan kepada komputer.
Pemberian data yang salah, arahan-arahan yang salah atau arahan yang betul tetapi aturan
yang salahke sesebuah komputer akan menyebabkan hasil yang tidak diingini dihasilkan. Proses ini dikenali
dalam istilah komputer sebagai GIGO (Garbage In, Garbage Out).
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer atau lebih dikenali sebagai komputer peribadi adalah komputer “desktop” kecil yang boleh
diletakkan di atas meja pejabat. Biasanya hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna dan hanya
berupaya melaksanakan satu tugas pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, terdapat mikrokomputer
yang dapat digunakan oleh seramai 10 orang pengguna dengan memasang stesen kerja dalam suasana
rangkaian. Mikrakomputer ini dikenali sebagai super mikrokomputer.
JENIS-JENIS KOMPUTER
Dua kategori mikrokomputer yang paling popular ialah :
IBM PC dan serasi
Apple Macintosh
Komputer-komputer terdiri daripada empat kategori iaitu :
i. Komputer kerangka utama
ii. Komputer mini
iii. Komputer stesyen kerja
iv. Komputer mikro
Komputer mikro terdiri daripada pelbagai model dan jenis yang boleh dikelaskan kepada :
i. Desktop – komputer biasa yang sesuai diletakkan diatas meja.
ii. Tower – komputer yang mempunyai Unit Sistem menegak setiggi 1M dan biasanya ditepi meja.
iii. Laptop – komputer bimbit yang biasanya boleh dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan selesa. Biasanya kecil dan tidak berat (2kg – 4kg).
iv. Notebook –komputer bimbit yang lebih kecil (8.5 inci x 11 inci) dan ringan (1kg – 3kg). Dipanggil
“notebook” kerana komputer jenis ini adalah kecil dan ringan yang membolehkannya dibawa ke
mana-mana sahaja dengan mudah.
v. Palmtop – Komputer jenis bimbit yang lebih kecil yang boleh diletakkan di atas tapak tangan,
bersaiz buku cek atau mesin kira. Mempunyai keupayaan dan fungsi yang terhad seperti kamus,
perancang aktiviti harian dan lain-lain.
vi. Pen Komputer – Komputer bersaiz “notebook” yang tidak mempunyai tetikus dan papan kekunci.
Komputer ini menyediakan alternatif lain untuk input iaitu menggunakan pen yang dipanggil
“stylus”. Maklumt atau data dimasukkan ke dalam Komputer dengan menulis terus ke atas skrin
dan tulisan tersebut alkan di terjemah kepada teks bertaip oleh aturcara pengenal tulisan.
3.2.2 KOMPONEN-KOMPONEN MIKROKOMPUTER PC
3.2.2.1 Kes Komputer (Computer Casing)
Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad
modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing.
Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
Desktop – Desktop dan Slimline
Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan
peningkatan dimasa hadapan atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk majoriti
pengguna.
Rajah 3.2.2.1: Jenis-jenis Casing.
Jenis Saiz External Internal Sistem Power Harga
Casing Bays Bays PendinginSupply (Watt)
Full Tower Tinggi2 + 4 atau
lebih
3 hingga 5 atau lebih
Tersangat baik
250 hingga
375 atau lebih
Sangat Mahal
Mid Tower Pertengahan 2 + 32 hingga
4Sangat baik
200 hingga
300Mahal
Midi Tower
Pertengahan sehingga kecil
2 + 2 atau 2 + 3
2 hingga 4
Sangat baik170
hingga 300
Pertengahan
Mini Tower
Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik170
hingga 250
Murah
Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK150
hingga 230
Murah
Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik90
hingga 200
Pertengahan
Jadual 3.2.2.1: Perbandingan Casing.
3.2.2.2 Monitor
Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat imej. Terdapat dua
jenis monitor dipasaran :
i. Tiub sinar katod (cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama seperti televisyen tetapi
menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum sebagai skrin paparan pada komputer
ii. Paparan panel rata - produk yang lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding
dengan CRT. Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding dengan monitor dari jenis CRT
Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran diantara yang sering digunakan adalah bersaiz 14” dan
15”. Harga monitor bersaiz 15” sekitar RM 280 manakala harga monitor bersaiz 17” pula sekitar RM 375.
Perbezaan tidak lebih dari seratus ringgit. Dari itu pembelian monitor bersaiz 17” merupakan pilihan yang
baik.
Selain dari saiz fizikal monitor perlu besar, resolusi (resolution) pada monitor perlu diambil kira
untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan dengan saiz pixel. Semakin
kecil saiz pixel semakin bagus kualiti paparannya. Saiz pixel menggunakan ukuran mm (milimeter). Pixel
bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel bersaiz 0.22mm. Tetapi memandangkan harga monitor untuk pixel
bersaiz 0.18mm agak mahal, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi. Sekiranya masih tidak
mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan ketelitian dari
segi kualiti paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur)
paparannya.
Jenam
a
Jeni
s
Sai
z
Harg
a dalam RM
Likom CRT 15” 280
LG CRT 15” 280
Samsung CRT 15” 310
ComeMon Panel Rata 15” 1060
Samsung Panel Rata 15” 1100
Likom CRT 17” 375
Digital CRT 17” 340
ComeMon Panel Rata 17” 2150
Samsung Panel Rata 17” 1750
Jadual 3.2.2.2 : Perbandingan harga monitor.
Rajah 3.2.2.2 (a): Cara mengukur saiz monitor.
Rajah 3.2.2.2(a) menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz monitor . Sekiranya monitor bersaiz 17”,
maka ukuran sepatutnya melebihi 16” dan tidak mungkin mendapat ukuran 17”. Ini disebabkan tiub tersebut
perlu dihalang pada bekas monitor untuk mengelakkan tiub tersebut terkeluar dari bekasnya.
Rajah 3.2.2.2 (b): Penyambung monitor
Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.2.2.2(b).
3.2.2.3 Motherboard (Papan Ibu)
Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan
seperti memori, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan
kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya.
Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External
Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh motherboard. Pengeluar
motherboard utama adalah gigbyte.
Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting
kita kena pastikan setiap motherboard menyokong UDMA 133 untuk cakera keras dan menyokong memori
dari jenis DDR berkelajuan 400MHz atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333MHz. Pangkalan (port)
seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada pada
setiap motherboard.
Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap pengeluar. Selalunya motherboard yang
mempunyai chipset jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard yang menggunakan chipset
Via, Ali dan sebagainya. Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya
tahu memproses data mengikut yang diarah tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi
siri, komunikasi selari dan sebagainya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang
macam polis trafik mengawal lalulintas dijalan raya. Cuba bayangkan pagi Isnin tanpa polis trafik. Macam itu
jugalah perlunya Chipset di dalam motherboard.
Rajah 3.2..2.3 (a): Motherboard keluaran Asustek untuk Pentium IV.
Rajah 3.2.2.3 (b): Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium IV.
Pengeluar Jenis Motherboard Harga dalam RM
Gigabyte Titan 533MHz 240
Asustek P4S533E 330
Jadual 3.2.2.3 : Harga motherboard untuk sistem bus 533MHz.
Soket 8 Pentium Pro 150-200, Pentium II OverDrive 300-333,
SECC Slot 1 Celeron 266-300 (Covington)
(Single Edge Contact Card)
Celeron 300A-433 (Mendocino)Celeron 300A-533 (Mendocino PGA)Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)Pentium Pro 150-200Pentium II 233-300 (Klamath)Pentium II 266-450 (Deschutes)Pentium III 450-600B (Katmai)Pentium III 533EB-1.13GHz (Coppermine)
SECC Slot 2 Pentium II Xeon 400-450 (Drake)Pentium III Xeon 500-550 (Tanner)Pentium III Xeon 600-1GHz (Cascades)
Soket 370 Celeron 300A-533 (Mendocino)Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)Cyrix III 533-667 (Samuel)
Soket 370 Celeron 300A-533 (Mendocino)Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)Cyrix III 533-667 (Samuel)
Slot A Athlon 500-700 (K7)Athlon 550-1GHz (K75)Athlon 700-1GHz (Thunderbird)
Soket A Duron 600-950 (Spitfire)Duron 1.0GHz (Morgan)Athlon 750-1.4GHz (Thunderbird)Athlon 4 850 (mobile Palomino)Athlon MP 1.0GHz-2100+ (Palomino)Athlon MP 2000+ (Thoroughbred)Athlon XP 1500+-2100+ (Palomino)Athlon XP 1700+(Thoroughbred)Athlon XP 2500+(Barton)