ngan Smk Seri Perling
SMK SERI PERLINGMODUL PERDAGANGAN 1
(ARAS RENDAH)NAMA: ________________________
TINGKATAN: _________________
BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN
MAKSUD KEPERLUAN Sesuatu perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Keperluan-keperluan lain yang diperlukan setiap manusia zaman moden ialah pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti air dan letrik.MAKSUD KEHENDAK Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa. Kehendak lebih merupakan pelengkap kepada keperluan. Kehendak manusia tidak terbatas dan sukar dipuaskan. Contoh kehendak manusia seperti kereta mewah, makanan lazat, pakaian berjenama, rumah banglo.PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAKKEPERLUANKEHENDAK
Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
Sama untuk semua orang Berbeza ikut taraf hidup
Tuntutan semulajadi Dari pengalaman
Mudah dipuaskan Tidak terhad
Mengikut peringkat -Maslow Tiada keutamaan
KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
Boleh dibahagi kepada 3 peringkat:
Keperluan Rohani
Keperluan Sosial
Keperluan Fisiologi
1. Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
a. Keperluan Asas udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
b. Keperluan Keselamatan perlindungan pakaian, tempat tinggal2. Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
a. Keperluan Kasih Sayang persahabatan, keluarga
b. Keperluan Penghargaan pujian dan sanjungan
3. Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiriPENGELUARANPengeluaran aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan
dan kehendak -proses mencipta nilai faedahNILAI FAEDAH
Nilai Faedah Bentuk
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaanFAKTOR PENGELUARANa) Pengeluaran yang kompleks melibatkan empat sumber atau faktor pengeluaran berikut:
Tanah bahan mentah/galian/hasil hutan
Buruh usaha manusia secara fizikal/mental
Modal Harta benda,sumber kewangan
Usahawan menggabung jalin faktor pengeluaran
TANAH
Meliputi sumber atau bahan mentah yang didapati dari alam semulajadi.
Termasuk bahan galian, pokok, sungai, pasir, hutan, dan haiwan yang dianugerah oleh Tuhan.
Contoh, tapak kilang diperlukan dalam pengeluaran motokar, besi dari perut bumi dikeluarkan untuk membuat badan kereta dan susu getah diekstrak daripada pokok getah untuk membuat tayar. Kesemua sumber ini iaitu tapak kilang, besi dan susu getah berpunca daripada tanah.BURUH
Terdiri daripada pekerja atau tenaga manusia yang terlibat dalam pengeluaran.
Terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Buruh mahir yang berkelayakan seperti jurutera, akauntan, ahli sains dan pentadbir
ii. Buruh separuh mahir seperti juruteknik, tukang besi dan penyelia mesin.
iii. Buruh tidak mahir seperti buruh kasar dan operator mesin
MODAL
Terdiri daripada alat-alat, mesin dan jentera yang digunakan untuk membantu dalam pengeluaran.
Fungsi modal ialah membolehkan pengeluaran dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan.
Contohnya dalam kilang pembuatan kereta, alat penyembur cat, mesin menguji kereta dan robot yang memasang komponen kereta adalah modal.
Wang tunai yang digunakan untuk membeli atau asset bagi tujuan membantu pengeluaran juga modal.USAHAWAN
Individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.
Menetukan berapa banyak tanah, buruh, dan modal yang diperlukan secara setimpal dalam menghasilkan keluaran pada kos minimum.
Daya penggerak utama dan bertindak sebagai perancang, penaja, pelopor dan pengurus dalam perusahaan.
Berperanan aktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengeluaran dan menanggung segala risiko.
JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung sara diri
Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain
CABANG PENGELUARAN
Perusahaan Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan Perdagangan- Perniagaan, Bantuan Perniagaan Khidmat LangsungUSAHAWAN
Usahawan individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.CIRI USAHAWAN:1. Kreatif berupaya mencipta
2. Inovatif boleh mengubah suai
3. Berani menghadapi risiko
4. Berkebolehan mengurus
5. Rajin
6. Yakin
7. Berjimat
8. Tabah
9. Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijakPERANAN USAHAWAN1. Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan mencipta barang baru
2. Mewujudkan peluang pekerjaan
3. Meningkatkan taraf hidup
4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6. Menggalakkan pertukaran wang asingPERBEZAAN ANTARA PENIAGA DENGAN USAHAWANPENIAGAUSAHAWAN
Skop aktivitinya terhad kepada jual beli sahaj Skop aktiviti membatasi jual beli kerana merangkumi usaha mencipta, kreativiti dan inovasi.
Matlamat untuk untung sahaja Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
Skala operasinya kecil dan kaedah pengurusannya statik. Skal operasinya besar. Kaedah pengurusannya dinamik.
Tidak kreatif dan tidak berupaya untuk membuat pembaharuan. Mempunyai daya cipta dan inovasi yang tinggi.
Contohnya, Ali kekal menjadi penjual nasi ayam di sebuah restoran. Beliau tidak mengembangkan perniagaannya selepas sepuluh tahun Contohnya, Majid bermula sebagai seorang peniaga nasi lemak. Beberapa tahun kemudian, beliau mengembangkan perniagaannya sehingga mempunyai rantaian retoran nasi lemak di seluruh Negara.
MAKSUD PENGKHUSUSAN
Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
Bagi memenuhi keperluan dan kehendak
JENIS PENGKHUSUSAN
1. Pengkhususan mengikut profesion
Kerja berdasarkan pengetahuan cth: Guru,doktor,polis dll2. Pengkhususan mengikut proses
Pembahagian kerja dikilang
Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll3. Pengkhususan mengikut kawasan
Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
Cth: Pontian Nanas, Kedah padi , P.Pinang Kilang
4. Pengkhususan antarabangsa
Perbezaan pengeluaran antara negara
Cth: Brunei- minyak, Jepun barang elektronik
KELEBIHAN PENGKHUSUSAN
Meningkatkan pengeluaran
Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
Meningkatkan kualiti
Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
Meningkatkan kemahiran
Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
Meningkatkan peluang pekerjaan
KEKURANGAN PENGKHUSUSAN
Pekerja mudah bosan Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran Tidak kreatif Susah berpindah ke pekerjaan lain Kos beli mesin mahal Saling bergantungan satu proses dengan yang lain Boleh tergendala jika satu proses terhenti Kos latih pekerja mahal Penggangguran naik kerana banyak guna mesinSISTEM BARTER
Aktiviti barang tukar dengan barang
Tidak gunakan wang atau orang tengah
SYARAT SISTEM BARTER
Kemahuan serentak Ada lebihan barangMASALAH SISTEM BARTER
Sukar mendapatkan kemahuan serentak
Sukar tetapkan nilai barang
Sukar tetapkan kadar pertukaran
Sukar membahagi barang contohnya barang hidup
Barang tidak tahan lama - Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak.
BAB 2: UNSUR PERDAGANGAN
2.1 Perdagangan
Maksud Perdagangan
1. Perdagangan ialah kegiatan yang berkaitan dengan pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pembeli.
2. Dua komponen perdagangan ialah perniagaan dan bantuan perniagaan.
3. Bantuan perniagaan terdiri daripada perbankan, insurans, pengangkutan komunikasi, pergudangan dan promosi.
Maksud Perniagaan
1. Perniagaan ialah aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.
2. Keuntungan diperoleh apabila barang dijual pada harga yang lebih tinggi daripada harga kos belian barang tersebut.
3. Terdapat dua jenis perniagaan, iaitu perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa. a) Perniagaan Dalam Negeri
Perniagaan dalam negeri ialah aktiviti jual beli yang dijalankan dalam sebuah Negara yang sama. Sebagai contoh, seorang pelanggan dari Shah Alam membeli baju di Kuala Lumpur.
Perniagaan dalam negeri juga melibatkan penggunaan mata wang yang sama semasa urusan jual beli dijalankan.
Perniagaan dalam negeri terdiri daripada perniagaan runcit dan perniagaan borong.
Dalam perniagaan runcit, peruncit membeli stok daripada pemborong dan menjualnya semula kepada pengguna akhir mengikut kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna tersebut.
Dalam perniagaan borong pula, pemborong membeli barang daripada pengeluar secara pukal untuk dijual semula kepada peruncit. b) Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan antarabangsa ialah perniagaan yang dijalankan di luar lingkungan sempadan sesebuah negara dan melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara.
Misalnya, Malaysia mengeksport petroleum ke Jepun dan mengimport mesin dan jentera dari Amerika Syarikat.
Perniagaan antarabangsa melibatkan perniagaan import, eksport dan entrepot.
Import bermaksud membeli dan membawa masuk barang dari negara luar untuk dijual di negara sendiri.
Eksport pula melibatkan penjualan barang keluaran tempatan ke negara lain.
Perniagaan luar negeri melibatkan penggunaan mata wang yang berbeza dan terpaksa mengikut pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh negara tersebut.
Bantuan Perniagaan
1. Bantuan perniagaan bermaksud perkhidmatan yang disediakan untuk membantu dan menyokong aktiviti serta operasi perniagaan agar berjalan dengan lancar dan sempurna.
2. Bantuan perniagaan terdiri daripada:
a) Perbankan
Perkhidmatan perbankan:
Kemudahan penyimpanan
Bank menawarkan pelbagai jenis akaun simpanan untuk membolehkan peniaga menyimpan wang dan mendapat faedah atas simpanan.
Kemudahan penerimaan dan pembayaran
Bank menyediakan kemudahan penerimaan dan pembayaran untuk membolehkan peniaga menerima dan membuat pembayaran. Kemudahan tersebut termasuk akaun semasa yang membolehkan peniaga menggunakan cek dalam urus niaga. Kemudahan pembayaran lain ialah cek jurubank, pindahan kredit, draf bank, mesin juruwang automatik (ATM) dan sebagainya.
Kemudahan pembiayaan
Bank membantu peniaga yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan melalui kemudahan pinjaman dan overdraft.
Perkhidmatan lain
Bank juga memberi perkhidmatan seperti mengeluarkan cek kembara, peti simpanan selamat, kad kredit, tukaran mata wang asing dan perbankan elektronik. b) Insurans
Insurans dapat melindungi peniaga daripada kerugian yang berpunca daripada pelbagai jenis risiko seperti kecurian, kebakaran, kemalangan, pecah amanah dan sebagainya.
Seorang peniaga juga dapat melindungi dirinya jika pekerjanya menuntut ganti rugi akibat daripada tercedera semasa menjalankan tugas.
Insurans juga menawarkan kemudahan pinjaman kewangan kepada para peniaga yang menghadapi masalah kekurangan modal.
Jenis insurans yang ditawarkan:
i. Insurans kemalangan
ii. Insurans kebakaran
iii. Insurans hayat
iv. Insurans marin/penerbangan
v. Insurans lainc) Pengangkutan
Pengangkutan bermaksud proses penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain atau penghantaran barang daripada pengeluar kepada pemborong dan pengguna terakhir.
Bahan mentah, barang separa siap dan barang siap boleh dihantar melalui pengangkutan udara, darat dan air.
Barang yang dikeluarkan berlebihan di sesuatu kawasan dapat dibawa ke kawasan yang mempunyai permintaan dan memerlukannya. Contohnya sayur-sayuran dari Tanah Tinggi Cameron dapat dihantar dan dijual di pasar besar di Melaka.
Antara pengangkutan yang dapat membantu perniagaan ialah lori, treler, kapal terbang, kapal laut dan sebagainya. d) Komunikasi
Komunikasi bermaksud penyampaian maklumat, berita atau penerangan sama ada secara lisan melalui telefon atau secara bertulis melalui mel, e-mel, faksimile dan telegram.
Komunikasi membolehkan peniaga menghantar dan menerima berita, maklumat, pesanan dan dokumen perniagaan dengan cepat sama ada di dalam negeri atau di luar negara.
Komunikasi membolehkan peniaga berurus niaga dengan peniaga lain walaupun dipisahkan dengan jarak yang jauh.
Komunikasi yang berkesan dapat membantu peniaga menjalankan urusan perniagaan dengan licin dan dapat meluaskan dan memajukan perniagaan. Antara alat komunikasi yang digunakan ialah faksimile, telefon, teleks dan sebagainya. e) Pergudangan
Pergudangan bermaksud menyimpan atau menstor barang di dalam gudang.
Pergudangan dapat menjamin bekalan barang yang berterusan ke dalam pasaran. Barang disimpan dengan banyaknya di gudang dan dikeluarkan ke pasaran mengikut permintaan. Ini membantu peniaga menawarkan barang kepada pengguna sepanjang tahun.
Jika terdapat lebihan bekalan, lebihan itu akan disimpan di dalam gudang untuk mengelakkan bekalan membanjiri pasaran sehingga menurun harganya.
Jika bekalan barang tersebut berkurangan dalam pasaran, bekalan yang disimpan di dalam gudang itu akan dikeluarkan untuk menampung permintaan di pasaran. f) Promosi
Promosi bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh pengeluar atau peniaga untuk memberitahu, memujuk, dan mempengaruhi pengguna supaya mereka membeli atau menggunakan sesuatu keluaran atau perkhidmatan.
Promosi membantu peniaga meluaskan pasaran, meningkatkan permintaan dan menambahkan jualan.
Antara jenis promosi ialah pengiklanan, publisiti, jualan terus dan promosi jualan.
PERNIAGAANPERDAGANGAN
Aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan Aktiviti pengagihan barang daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir
Liputan sempit Liputan luas
Perniagaan termasuk dalam cabang perdagangan Perdagangan termasuk dalam cabang pengeluaran
Keperluan dan kehendak manusia mewujudkan pengeluaran. Pengeluaran pula mewujudkan perniagaan dan perdagangan yang secara langsung membolehkan pengeluaran dijalankan secara berterusan.
PENGELUARAN: merupakan aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pengguna yang tidak terbatas serta melibatkan juga proses penciptaan nilai faedah. PROSES PENGELUARAN memerlukan perdagangan untuk tujuan mengagihkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir. Perdagangan merupakan salah satu daripada cabang pengeluaran. PERNIAGAAN: kegiatan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Proses perniagaan semakin maju dan rumit ekoran daripada perkembangan kewangan dan pengkhususan dalam proses pengeluaran. Perniagaan pula merupakan salah satu daripada jenis perdagangan.
~~~~TAMAT~~~~Sempurna Kendiri
Penghargaan
Keperluan Kasih Sayang
Keperluan Keselamatan
Keperluan Asas
Sempurna Kendiri
Disediakan oleh: Panitia Perdagangan SMKSP
PAGE 8