Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling DEFINISI BIMBINGAN 1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas.(DBP) 2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996) 3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim, 1996) 4. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. 5. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. 6. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. 7. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. 8. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. 9. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling
DEFINISI BIMBINGAN
1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai
sesuatu kerja atau tugas.(DBP)
2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia
mereka. (Suradi Salim, 1996)
3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di
sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan
bakat yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim, 1996)
4. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
5. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi
maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
6. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan
perkembangan seseorang itu.
7. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih
boleh dikawal.
8. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara
sukarela.
9. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara
fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
DEFINISI KAUNSELING
PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang
boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam
pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang
terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga
semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti
rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup
di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan
profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan
di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan,
perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif
daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh
dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan
sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang
daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini
berdasarkan kepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna
kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling
merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang
meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan
itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan
menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan
yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan
situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat
dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk
masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka
antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan
pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan
masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa
kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang
boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya
langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk
meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah
baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya
serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong
klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau
kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien
dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan
antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan
menyebabkan klien berubah.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang
berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis
tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir.
Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang
singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga
kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan
lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana
sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,
maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling
tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam
jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan
yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara
konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang
berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan
persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang
mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin
hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Lima tujuan kaunseling iaitu:
1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama
mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-
ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien
diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,
tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah
kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat
keputusan tersebut.
4.Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang
menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri
yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien
meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan
dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat.
Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti
kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan
pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif
kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai,
membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang
dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat
keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa
mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka
yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu
hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam
perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin
diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap
sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian
bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang
klien:
Memahami diri dan situasinya;
Mengenal pasti keperluannya;
Menerima realiti hidupnya;
Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan
kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan
bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang
lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan
situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,
mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina
tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini,
tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di
dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang
berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan,
kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami
diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap
hidup.
Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah
tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada
pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling,
klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai
‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien
dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti
keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor
tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak
lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri
tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan
kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara
sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.
Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk
mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini
termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam
kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh
nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui
temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling
selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti
mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahamikliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara
kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti
dirahsiakan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien
yang mempunyai masalah psikologi.
KAUNSELING HARUS BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:
1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih
tinggi
3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.
4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan
keperluan kaunselor
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi
masalah atau kerunsingan.
2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien
berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting
kerahsiaan dalam kaunseling.
3. Dalam sesi kaunseling,kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan
mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan
atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan
klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada
kaunselor.Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam
sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan
fikiran yang kabur dan tidak rasional.
4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang
terlibat.Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak
dan kurang percaya pada orang lain.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai
kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga
diri seseorang.
7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang
yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk
mencapai matlamat itu.
8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
DEFINISI PSIKOTERAPI
Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang
dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak
menangani “recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama
sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas lebih
daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli
terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu
perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan
hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif
jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8
hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.
Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient.
Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak
sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan
boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.
Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara
psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-
duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan
yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan
kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam
tugas-tugas kaunselor.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan
kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan
antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif,
kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga
perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses
perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan
dalam kehidupan.
Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya
dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan
promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu
untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling
adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.
Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum.
Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah
dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang
lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah
bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan
lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.
Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan
personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk
menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih
baik.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi
ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli
terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan.
Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang
lebih berat dari klien dalam kaunseling.
BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan
psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan
keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya
mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga
membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.
Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991)
menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 2 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu
perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada
beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat
keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana
klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan
memulakan perubahan.
Kecekapan kaunselor memungkinan perubahan positif berlaku. Kemahiran
kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang
memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.
Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas
kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam
kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal.
Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang
menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal.
Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami
pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang
mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor
dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa
syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.
Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002)
mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di
mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen,
saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta
perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling
individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat
dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.
Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling
individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong
yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum
diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling
individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua
manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya
menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali
dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan
bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang
kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau
interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian
dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari
alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan
komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman
melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan
alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu diberikan ialah
mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada
masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU
Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciri-
ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.
(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta
pertolongan.Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan
bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu,
klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan
atau sebaliknya.
(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang
matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau
persepsi yang meleset.
(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan
mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan
mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan
dengan konflik yang dialami oleh klien.
(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk
menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di
samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan
dapat membantu kaunselor untuk membantunya.
(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan
orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada
pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan
mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.
(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan
adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan
atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada
perkhidmatan yang sesuai.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan
nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan
memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.
Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi
perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;
(a) Kerahsiaan
Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik
kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain
seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi
rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.
(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien.
Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi
perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang
lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.
(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru
Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor
tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien.
Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien
menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.
(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian
Kaunseing dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-
bolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien
tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.
(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan
Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang
menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal
masa kaunseling.
American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling
individu sebagai;
· Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan
persoalan patologikal
· Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga
mereka yang mempunyai masalah yang lebih serius
· Kaunseling adalah berdasarkan teori
· Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.
JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU
i) Kaunseling akademik
- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran
yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu,
kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang
melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun
luar negara.
ii) Kaunseling kerjaya
- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar
dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam
Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan
dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan
memberi kepuasan yang lebih.
Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah
mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya
juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan
kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien
bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.
iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya
kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal
seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.
-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat
pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur
dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.
-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang
luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh
pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.
iv) Kaunseling peribadi
- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri
klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan.
Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman
sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal
an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.
- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan
dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses
kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang
waras dan bijaksana.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING
KELOMPOK.
Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama
tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;
(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.
(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.
(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah.
(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.
(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.
(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya.
(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.
Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu
dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad
kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik
berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling
kelompok.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor
sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada
kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima
pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor
adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam
kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada
ahli.
Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam
kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor.
Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan
sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons
hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi
sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih
mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons
daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan
kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini
membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana
mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat
diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.
Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran
perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien
dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan
memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja
dalam perhubungan kaunseling individu.
Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-
kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka,
mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling
kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu
mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan
memahami tingkah laku individu-individu lain.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 3 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru
Pembimbing
PERANAN GURU KAUNSELING DI SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut:-
Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan
penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami
dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.
Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.
Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,
Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal
penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.
Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia tidak dianiaya oleh yang menolongnya.
Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada lapan bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,Pengurusan dan Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial dan kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.
Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok.
Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada pelajar.
Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan.
Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Pengurusan dan Pentadbiran Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.
Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki.
Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p dan menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka adalah menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti pada tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan.
Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses ‘rawatan’ yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya.
Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi adalah ‘SULIT ‘dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang yang ingin dicederakan oleh klien.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang disediakan mempunyai fungsi dan peranan tertentu.
Akademik Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.
Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi tanggungjawab kaunselor.
Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada Pemilihan mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa apabila pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.
Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.
Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang. Kerjaya
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.
Psikososial dan kesejahteraan mental Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kaunseling keibubapaan Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.
Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang bermasalah.
Pembangunan diri Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan dengan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah.
Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh AADK.
Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab kaunselor.
Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI
MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan
ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu
menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor
Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor
sekolah seperti berikut.
1. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia
sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang
kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa
dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan
dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas
kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami
sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang
dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil
daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai
kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah
dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana
yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.
2. Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga
berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang
bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting
agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa
yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu
ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-
cita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah
menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan
panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan
memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-
citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing
murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh
pelajar.
3. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan
membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu
membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan
mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang
difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan
menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat
keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang
perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan
bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar.
Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi
melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan
keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh
seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar
pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah
yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat
khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin
berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil
pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.
5. Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran
perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk
kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan
bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang
besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan
bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-
sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke
tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari
semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada
program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri
atau kebangsaan.
6. Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan
di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga
perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi
hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan
terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi
pelajar di sekolah berkenaan.
7. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,
keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan
tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada
perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk
membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan
anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang
diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna
serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag
yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami
kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan
kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat
dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam
peperiksaan atau perubahan sikap .
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk
individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal
pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan
sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal
ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan
memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu
untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan
kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh
seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang
perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran
pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat
berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para
pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang
bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain
daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan
umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada
para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat
membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.
10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber
masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang
tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.
11.Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-
¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat
Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang
baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk
mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal
diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan
maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang
peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar
merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi tersebut.Perlu
diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan
memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan
mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendirian.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani
masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak
langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk
memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran
kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap
permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan
dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan
tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap
buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang
bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada
awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah
di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa
bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk
masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap
masalah pelajar.
Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru
Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh
harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan
Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama
dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.
Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan
hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan
bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh
diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan
Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi
kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar
menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil
terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang
sepatutnya akan dapat dilihat.
Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam
mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang
menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan
membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran
sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan
pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).
Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja
kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang
diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga
sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu
bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang
timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang
lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat
kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu
menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang
wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan
mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah
sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi
mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak
puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan
kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka
kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk
memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.
Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para
pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam
seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil
Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat
penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-
rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan
mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa
yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti
perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini
penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan
sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 4 Teori-Teori Kaunseling
RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT)
RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT) juga dikenali sebagai Kaunseling
Rasional Emotif. Behavioural Teori (REBT) ini diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis,
seorang ahli Klinik Psikologi setelah menimba pengalaman dari praktik yang
dilakukannya dalam bidang Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Seks.
Pada mulanya dia menggunakan prosedur psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia
menemukan ketidakpuasan dengan prosedur tersebut. Akhirnya dia
mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional Emotif BehaviouralTerapi
dengan singkatan REBT. REBT melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari
ketidaklogikan klien dalam berfikir. Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu
dalam melihat dan menafsir objek atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi
satu masalah yang menghantui dirinya. Sehubungan dengan itu, REBT bertujuan
untuk mengatasi fikiran yang tidak logic tentang diri sendiri dan lingkungan
seseorang itu. Kaunselor berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa
cara berfikir yang tidak logik itulah merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau
dengan kata lain REBT bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara
berfikir atau idea-idea yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan
menggantinya dengan cara yang logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan
berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti.