NOTA CERAMAH KURSUS PERKHIDMATAN RISDA RONNI PASLA BIN MOHAMED YUSOFF BAHAGIAN PENGEMBANGAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
NOTA CERAMAH KURSUS
PERKHIDMATAN RISDA
RONNI PASLA BIN MOHAMED YUSOFF
BAHAGIAN PENGEMBANGAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
PENGEMBANGAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
FUNGSI
1. Menjalankan proses pendidikan secara tidak formal bagi maksud menggalakan pekebun-pekebun kecil menerima dan mengamalkan sesuatau jenis kegiatan atau teknologi selaras dengan keperluan mereka.
2. Menangkap dan menapis teknologi-teknologi dari agensi pendidikan yang berkaiatan untuk menilai kesesuaian bagi digunakan oleh pekebun-pekebun kecil.
3. Mewujudkan dasar penggunaan teknologi dalam RISDA
4. Merangcang strategi komunikasi dalm menyebarkan teknologi berkenaan.
5. Mengawas, mengamati amalan dan keberkesanan teknologi
berkaitan bagi maksud pengubahsuaian dan tindakan pembetulan.
6. Mendidik dan melatih pekebun kecil serta keluarga mereka.
7. Membangunkan institusi koperasi pekebun kecil ke arah daya maju
dan daya saing.
8. Menjalankan aktiviti sosial dan institusi ke arah meningkatkan
kesejahteraan keluarga pekebun kecil.
GERAKAN MEMBAJA (AKP 2/2012)
OBJEKTIF
1. Menyampaikan pengetahuan dan teknik pembajaan yang betul secara fokus dan langsung kepada pekebun kecil
2. Memastikan bantuan baja yang diberi kepada pekebun kecil „sampai ke pokok‟
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap Pejabat RISDA Stesen (PRS) diminta untuk melaksanakan Gerakan Membaja 2 kali setiap bulan.
2. Peserta adalah terdiri daripada pekebun kecil getah/sawit muda dan matang. Keutamaan diberikan kepada pekebun kecil yang telah menerima bantuan baja.
3. Setiap gerakan hendaklah melibatkan sekurang-kurangya 5 orang atau lebih pekebun kecil setempat.
4. Semua PPR Kawasan perlu memastikan pekebun kecil membaja tanaman mereka dengan kaedah yang betul dan mengikut pengesyoran RISDA.
PEMANTAPAN PENGGUNAAN BAHAN
RANGSANGAN (AKP 39/2012)
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan penggunaan rangsangan dapat meningkatkan penghasilan lateks.
2. Menimbulkan minat untuk mengamalkan penggunaan rangsangan.
3. Mengukuhkan, mengekalkan dan menjadikan penggunaan bahan rangsangan satu amalan di kalangan pekebun kecil.
4. Meningkatkan produktiviti seterusnya menambah pendapatan pekebun kecil.
KEMPEN PENOREHAN (AKP 8/2014)
OBJEKTIF
1. meningkatkan produktiviti dan menambahkan pendapatan
2. memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan teknik penorehan sempurna
3. menimbulkan minat dikalangan pekebun kecil untuk mengamalkan teknik penorehan yang sempurna
4. menggalakan pk menoreh sendiri kebun masing- masing atau menggunakan tenaga kerja tempatan
5. mengukuh, mengekalkan dan menjadikan teknik penorehan sempurna sebagai satu budaya dikalangan pk
6. memberi tunjuk ajar kepada pk berkaiatan amaln pertanian yang baik bagi meningkatkan produktiviti.
LEARNING DAY (PBPPT 1/2012)
TUJUAN
1. Memantapkan ilmu pengetahuan kakitangan pengembangn
dilapangan terutamanya yang bary berkhidmat sebagai persediaan
untuk berhadapan dengan pekebunkecil.
2. Dapat mewujudkan lebih ramai Subjek matter specialist (SMS)
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Cara tunjuk amali secara in situ dilapangan
2. Pecahan pelaksaan adalah
i. 80% amali
ii. 20% teori
3. Kumpulan tumpuan adalah penolong peg pertanian dan tumpuan kepada yang berkhidmat kurang dari 5 tahun
4. Peswerta yang terlibat sekurang - kurangnya 10 orang
5. Tumpuan kepada 4 GAP
i. penanaman dan pengyelengaraan
ii. pembajaan
ii. rangsangan
iii. penorehan dan penuaian
• Program Latihan GAP - Pelaksanaan dan Pengamalan
GAP :
• Pengurusan Getah Muda
• Pengurusan Getah Matang
• Pengurusan Sawit Muda
• Pengurusan Sawit Matang
BIMBINGAN DAN LATIHAN GAP (AKP 7/2012)
OBJEKTIF
1. Memberi pengetahuan dan teknik yang tepat berkenaan Amalan
Pertanian Baik (GAP) bagi tanaman getah dan sawit.
2. Memberi kesedaran dan menimbulkan minat kepada pekebun kecil
untuk melaksanakan GAP.
3. Memastikan pekebun kecil mengamalkan GAP secara berterusan.
BIDANG TUMPUAN
Bidang tumpuan Amalan Pertanian Baik (GAP)
1. GAP 1: Penanaman dan penyelenggaraan
2. GAP 2: Pembajaan
3. GAP 3: Rangsangan
4. GAP 4: Penorehan atau penuaian
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Latihan GAP yang ditetapkan perlu dilaksanakan oleh PPR kawasan secara hands-on di kebun bersama pekebun kecil secara berterusan. Ia bertujuan untuk memastikan pekebun kecil dapat memahami dan menghayati kaedah perlaksanaan GAP secara betul dan teratur.
• Setiap PPR perlulah melaksanakan latihan GAP kepada semua pekebun kecil di dalam bantuan tanam semula dan minimum lima puluh (50) kebun matang (termasuk penerima PPG).
Tanaman getah
• Pelaksanaan GAP bagi pekebun kecil yang di dalam bantuan perlu menggunakan borang PGM01, PGM02, PGM03, PGM04, PGM05 dan PGM06.
• Pelaksanaan GAP bagi getah matang, perlu menggunakan borang PGMT.
Tanaman sawit
• Pelaksanaan GAP bagi pekebun kecil yang di dalam bantuan perlu menggunakan borang PSM01, PSM02 PSM03 dan PSM04.
• Pelaksanaan GAP bagi sawit matang, perlu menggunakan borang PSMT.
SKUAD PEMANTAU (FLYING SQUAD)
TUJUAN
1. Memantau dan memastikan perlaksanaan Bimbingan dan Latihan GAP di lapangan dilaksanakan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan (AKP Bil. 7/2012).
2. Mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian pengetahuan berkenaan GAP kepada pekebun kecil.
KAEDAH PERLAKSANAAN
1. Matlamat pekebun kecil yang dipantau adalah sekurang-kurangnya 2.5% pekebun kecil daripada matlamat tahunan pekebun kecil (dalam bantuan dan matang) untuk Bimbingan dan Latihan GAP mengikut negeri masing-masing.
2. Pemilihan pekebun kecil dan kebun yang ingin dipantau adalah berdasarkan Borang GAP (PGM01–PGM06, PSM01–PSM04, PGMT atau PSMT) yang telah dilaksanakan oleh pembimbing. Satu salinan Borang GAP berkenaan hendaklah dibawa bersama-sama ketika pemantauan dilakukan
3. Melakukan semakan terhadap dokumen-dokumen sokongan berdasarkan kebun yang dipilih seperti:
SPS 40 – tarikh pekebun kecil terima baja dan benih
4. Dokumen PPG atau SIPG (bermula tahun 2013) – tarikh pekebun kecil menerima bahan rangsangan dan alat pelindung hujan.
5. Bagi GAP yang lain, pemantauan adalah berdasarkan borang GAP dan pelaksanaan di kebun serta temubual bersama pekebun kecil
6. Pekebun kecil dan Pembantu Pertanian Kawasan yang menjaga kebun yang dipilih hendaklah turut serta di dalam
KELAB GENERASI MUDA RISDA (KGMR)
OBJEKTIF • Untuk mengumpulkan generasi muda di bawah satu organisasi atau
kelab.
• Untuk mengerat hubungan generasi muda pekebun kecil dengan RISDA melalui aktiviti yang dianjurkan.
• Untuk mewujudkan pengkalan data generasi muda pekebun kecil RISDA.
• Untuk meningkatkan kesedaran tentang peluang dan potensi kerjaya dibidang pertanian.
• Untuk menyediakan dan mewujudkan generasi muda menjadi pelapis kepada pekebun kecil moden luar bandar.
• Untuk mewujudkan ikatan kasih saying dan saling bantu membantu antara satu sama lain terutama dalam hidup bermasyarakat.
KAEDAH PELAKSANAAN
• Aktiviti KGMR yang dibenarkan untuk dilaksanakan adalah seperti berikut:-
• Penganjuran carnival seperti carnival sukan, kebudayaan, keusahawanan,
pekerjaan, IT, dan sebagainya.
• Melaksana aktiviti sosial seperti kebudayaan, kesukanan, dan penjelajahan
(adventuring tour).
• Menganjurkan aktiviti dan kursus kemahiran bagi menanam minat dan
pendedehan sahsiah untuk melahirkan usahawan muda melalui agensi.
• Menjalankan aktiviti kebajikan dengan mewujudkan “Braget Sukarelawan”
bagi menjalankan kerja-kerja gotong-royong dan program kemasyarakatan di kawasan luar bandar, khususnya yang berkaitan dengan program
anjuran RISDA dan agensi yang berkaitan.
• Mengadakan jaringan kerjasama pendidikan dan aktiviti dengan lain-lain
agensi seperti KEMAS, MARA, dan lain-lain badan/agensi bersesuaian.
PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK):
OBJEKTIF
• Untuk melatih dan membimbing wanita pekebun kecil dalam
pengurusan rumah tangga dan menjadikan keluarga yang lebih
berjaya.
• Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli PWPK dalam
pelbagai bidang keilmuan dan kemahiran.
• Untuk meluaskan sumbangan / khidmat wanita-wanita pekebun
kecil kepada masyarakat dan negara melalui pewujudan dan
penglibatan dalam aktiviti sukarelawan.
• Untuk menyatukan wanita pekebun kecil dibawah satu organisasi /
pergerakan yang tersusun, teratur dan yang lebih dinamik.
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Keahli dan Pembentukan Jawatankuasa
2. PWPK dianggotai oleh tidak kurang daripada 15 orang ahli wanita pekebun kecil atau ahli isi rumah wanita (AIR),
3. berumur antara 13 – 65 tahun.
4. tanpa mengira bangsa, agama, adat resam dan fahaman politik.
5. bersetuju membayar yuran pendaftaran menjadi ahli dan yuran bulanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PWPK.
6. Membentuk satu Jawatankuasa yang terdiri daripada :
Seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 3 orang ahli.
7. Pegawai RISDA Daerah (PRD) selaku Penasihat dan Pembantu Pegawai RISDA Wanita (PPRW) selaku penyelaras.
8. Mengadakan mesyuarat AJK minima 4 bulan sekali dan mesyuarat pemilihan AJK 2 tahun sekali (dwi-tahunan).
Keahlian terbatal sekiranya :-
1. Melakukan sesuatu yang memburuk dan mencemarkan nama
Pergerakan (PWPK).
2. Gagal menjelas yuran 3 bulan berturut-turut
3. Menarik diri daripada menjadi ahli
4. Tidak siuman/gila.
KOPERASI PEKEBUN KECIL (KPK)
OBJEKTIF
1. Untuk membina entiti perniagaan berskala lebih besar meliputi kepentingan pembangunan anggota.
2. Untuk membina jaringan perniagaan tempatan secara lebih meluas.
3. Untuk memperkasakan peranan KPK dalam memberi perkhidmatan pada anggota-anggotanya.
4. Untuk meningkatkan keupayaan KPK supaya dapat bersaing di pasaran terbuka.
5. Untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anggota dan seterusnya menjadikan anggota lebih mesra koperasi.
6. Untuk membimbing dan melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya di kalangan anggota-anggota koperasi.
BIDANG TUMPUAN
1. Pemasaran hasil.
2. Pembangunan tanah dan penyelenggaran kebun.
3. Bekalan input pertanian.
4. Lain-lain aktiviti yang bersesuaian yang difikirkan sesuai
oleh Jawatankuasa Penilai.
TENAGA KERJA PEKEBUN KECIL (TKPK)
TUJUAN
1. Untuk mewujudkan kumpulan tenaga kerja baru di kalangan generasi muda dalam sektor perladangan khususnya di peringkat pembangunan & penyelenggaraan kebun, pengeluaran dan pemasaran hasil.
2. Untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda tempatan bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
3. Untuk memastikan kebun-kebun yang diusahakan oleh pekebun kecil tidak terbiar dan gagal akibat ketiadaan buruh.
4. Untuk memastikan industri getah dan sawit terus berkembang bagi menyumbang pertumbuhan ekonomi negara serta memenuhi permintaan sektor hiliran dalam industri getah dan sawit.
PEMAJU MASYARAKAT RISDA (PMR) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Mulai tahun 2014, semua PMR diminta membantu RISDA
menyediakan profil kawasan, profil pekebun kecil, mengenalpasti
masalah pekebun kecil terutama berkaitan program pembangunan
RISDA serta memberi maklum balas kepada RISDA untuk tindakan
susulan.
2. PMR juga terlibat didalam menjayakan setiap aktiviti pembangunan RISDA serta menjadi pendorong, perunding dan pemudah cara kepada pekebun kecil dan ahli isi rumah dalam menerapkan teknologi yang bersesuaian.
3. Mereka juga perlu memberi pandangan dan cadangan atau idea-idea baru bagi kesejahteraan masyarakat pekebun kecil didalam meningkatkan pendapatan isi rumah. RISDA telah menetapkan pekebun kecil perlu mendapat RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.
4. Setiap PMR juga dikehendaki menganggotai satu atau lebih
jawatankuasa yang disenaraikan supaya dapat bersama berganding
tenaga memajukan pekebun kecil setempat seperti berikut iaitu:
i. Koperasi Pekebun Kecil (KPK)
ii. Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK)
iii. Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR)
iv. Briged Kerja RISDA (BKR)
v. Kelab Usahawan Pekebun Kecil RISDA (RISEC)
vi. Projek Pembangunan Berkelompok seperti Tanam Semula Berkelompok dan Tanam Semula Komersil
vii. Pusat Timbang dan Stor,
viii. Depo Pembelian dan lain-lain.
x. Penilaian prestasi tahunan akan dilaksanakan oleh Pegawai RISDA Daerah keatas setiap PMR untuk menyemak sumbangan mereka kepada Program RISDA.
SYARAT LANTIKAN
1 Warganegara Malaysia.
2 Berumur di antara 21 hingga 65 tahun.
3 Keutamaan kepada lepasan SPM atau kelulusan setaraf dengannya
atau sekurang-kurangnya boleh membaca dan menulis.
4 Seorang pekebun kecil dan keutamaan kepada pemilik pengusaha
dan bermastautin di kawasan jagaan.
5 Tidak memegang jawatan yang dibayar gaji atau elaun tetap.
6 Keutamaan kepada individu yang bergiat aktif dalam pertubuhan,
persatuan atau kerja-kerja amal.
7 Mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang dapat
diterima oleh masyarakat setempat. Keutamaan kepada individu
yang memahami dasar-dasar kerajaan.
8 Mengamalkan nilai-nilai integriti.
9 Sihat mental dan fizikal.
10 Tidak mempunyai rekod jenayah.