Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG
Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG
TOPIK 3 PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PETA MINDA TOPIK 3 :
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKTOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK3.1
Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal
kanak-kanak
Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
Berasaskan aktiviti
Pengalaman bersepadu
Pengalaman deria
Mengikut situasi
Meneroka dan menjelajah
Belajar sambil bermain
Bimbingan guru
Bertujuan
Unsur motivasi dan mencabar
Fleksibel Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak
Berasaskan minat murid
Berasaskan bahan dan aktiviti
Relevan dengan kanak-kanak
Belajar melalui deria
Belajar melalui pengalaman
Belajar melalui bermain
Mengambil kira perbezaan individu
3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Prasekolah
3.2.1 Belajar melalui bermain
Konsep belajar melalui bermainBelajar melalui bermain adalah
satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat
menggembirakan dan bermakna.
Kepentingan belajar melalui bermain Bermain menjadi fitrah murid
di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri
penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.
Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar
dalam suasana yang fleksibel tanpa tanpa kongkongan daripada
guru.
Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh
kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif,
psikomotor dan afektif.
Tujuan belajar melalui bermain
memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan
penguasaan sesuatu kemahiran.
meningkatkan tumpuan dan perhatian.
memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan.
memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.
membantu menyelesaikan masalah.
membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang
dewasa.
membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor
halus dan motor kasar.
membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi.
membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.
membina kemahiran kendiri yang positif.
memupuk sikap bertanggungjawab.
Jenis-jenis main Main sosial (Social Play)
Main kognitif (Cognitive Play)
Main Bebas (informal Play)
Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)
Permainan Luar (Outdoor Play)
Main sosial Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain
bersama dalam kumpulan.Jenis-jenis main sosial: Main occupied
murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa
pun. Main solitary
kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan
rakan dan keadaan sekelilingnya. Main onlooker
kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia
lebih berminat dengan permainan orang lain. Main parallel
kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara
dan alatan yang sama dengan rakannya. Main associative
kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya
atau meminjam
alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. Main
cooperative
kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.
Main KognitifDalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud
untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan
pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan
kreativiti.Jenis-jenis main kognitif: main simbolik
main games and rules
main konstruktif (Constructive Paly)
Main simbolik
memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti,
kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura
menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu
atau sekuntum bunga. Main games and rules
murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat
laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan
permainan tersebut.
Main konstruktif (Constructive Play)
murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia
meraka.
Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan
lain seperti istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya
mengikut daya kreativiti masing-masing.
Main Bebas Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main
yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa
menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang
disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.
Main Sosiodrama/ Main Peranan Main drama memberi peluang kepada
murid melakonkan pelbagai watak.
Contoh main sosiodrama yang boleh dijalankan:
Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan
realistik.
Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi
kepada kanak-kanak-kanak tersebut.
Permainan Luar Di antara alat permainan luar yang disediakan
iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket,
buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan
menggembirakan.
Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran,
bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat
menghormati.
Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus,
motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.
3.2.2 Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran
melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa,
tempat, minat, dan latar belakang murid.Tujuan dan kepentingan
Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan
komponen dan hasil pembelajaran.
Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan
menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru
mencetus idea yang lebih menarik.
Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus
kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan
bersesuaian dengan tema yang dipilih.
Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu
kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir.
Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan
kanak-kanak mengikuti dengan mudah.
Faktor-faktor pemilihan tema ialah Satu tajuk yang boleh
merentas semua komponen.
Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada,
pengalaman yang akan diperolehi dan kehidupan murid.
Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.
Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.
Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar
(hand on experience) melalui aktiviti pembelajaran.
Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada
dan memberi pengetahuan baru kepada murid.
Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang
dekat kepada yang jauh, dari yang mudah kepada yang sukar dan
mencabar, dan daripada yang umum kepada yang spesifik.
Pelaksanaan
Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.
Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat
membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang
bermakna.
Mencipta peta minda web tema.
Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.
Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan
dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu
mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan.
Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau
suasana yang berkaitan dengan tema.
Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.
3.2.3 Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu membantu murid
memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu
itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu
yang terpisah-pisah.
Apa yang disepadukan?
Kesepaduan antara tunjang Kesepaduan antara teori dan amali
Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni.
Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik
Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.
Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.
Tujuan pendekatan bersepadu :
Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih
menyeluruh.
Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat
dan keupayaannya dan menimbulkan kepuasan belajar.
Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna.
Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.
Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan
rajin.
3.2.4 Pendekatan projek Konsep Pendekatan Projek
Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan
murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit.
Biasanya melalui kaedah ini, murid-murid akan di bimbing untuk
menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu.
Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih
berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian
dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran
Kepentingan pendekatan projek
Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan
Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan
minat
Memupuk kerjasama dikalangan murid
Melatih murid menilai hasil kerja mereka
Hasil projek boleh dijadikan BBM
Perancangan dan pelaksanaan pendekatan projek
3.2.5 PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN Pembelajaran berpusatkan
murid
Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru
sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri
menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan
kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku
apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran
yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru.
Kebaikan aktiviti berpusatkan murid
Mendorong minat meneroka
Menggalakkan murid berdikari
Membina keyakinan diri
Membna pengetahuan menerusi cuba jaya
Memahami sendiri sesuatu konsep
Menyelesaikan masalah ingin tahu
Memberi peluang memilih bidang yang diminati
Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik
Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran
Mewujudkan suasana ceri dalam pembelajaran
Inkuiri penemuan Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori
pembelajaran konstruktivis) yang belaku dalam situasi penyelesaian
masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/ pengalaman lalu dengan
pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari
pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau
penyelesaian kepada permasalahan) Pelajar berinteraksi dengan
persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek, menangani
persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji Ciri
Guru wujudkan suasana & bimbing Pembelajaran yg melibatkan
pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri Mengalakkan pelajar
berfikir secara mendalam Pelajar menerima cabaran untuk mencari
pengetahuan secara sendiri Penglibatan & interaksi pelajar yang
tinggi Kepentingan
Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri
sendiri Tidak bergantung pada guru utk dapat maklumat / terima
kesimpulan org lain Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi
Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu
keputusan Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Pembelajaran masteri
merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
diajar.([Bloom, 1968] berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau
hampir boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan
baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa
yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya.
Ciri-ciri Hasil pembelajaran perlu ditentukan Hasil pembelajaran
disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran Aktiviti P&P
hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan Penilaian
berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) Bahan P&P yang berkesan
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah keunit pembelajaran yang baru.
Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai
arasmasteri Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah
mencapai aras masteri
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Ciri:Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses
maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam
rangka minda mereka.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat
disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada
murid.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Faedah pembejalaran secara kontekstualMURID
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat
belajar secara kerjasama GURU
Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang
berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan
dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan
vokasional atau industri.Kepelbagaian Kecerdasan Pembelajaran
berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple
intelligence)Pengenalan: Setiap kanak-kanak mempunyai adunan
kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan dan
perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah
berperanan memberi peluang kepada anak-anak mereka membangunkan
kepelbagaian kecerdasan.
Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai
kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan,
pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak keluarga
permakanan persekitaran tempat tinggal rakan sebaya sekolah media
massaJenis-jenis kepelbagaian kecerdasanMenurut Howard Gardner,
seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian
kecerdasan seperti berikut:
Kecerdasan linguistik / bahasa
Kecerdasan Logik Matematik
Kecerdasan Ruang
Kecerdasan Muzik Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Naturalistik
Kecerdasan linguistik / bahasa
Kebolehan seseorang menggunakan kata-kata secara berkesan sama
ada dengan lisan atau penulisan. Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan ini boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti
mendengar, bertutur, membaca, menulis, memberi ucapan dan dapat
membuat hubungkait di antara satu sama lain.
Kecerdasan Logik MatematikKebolehan seseorang kanak-kanak
menggabungkan Matematik dan saintifik iaitu termasuklah kebolehan
mengira pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan masalah
Matematik.Kecerdasan RuangKebolehan seseorang mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah
kebolehan mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak,
melukis serta mengukir.
Kecerdasan MuzikKebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah
kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama yang mudah.Ia
juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan berlagu
seperti menyanyi, bernasyid dll.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea,
perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal
koordinasi, kepantasan dan keseimbangan.
Kecerdasan InterpersonalKebolehan memahami perasaan diri sendiri
seperti memahami kemahuan, matlamat dan citi-cita serta perasaannya
sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai
kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat menghasilkan
kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep
kendiri yang positif serta dapat menguasai emosi dan kerohanian
yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.
Kecerdasan IntrapersonalKebolehan memahami perasaan seseorang,
berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang
lain. Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama
dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan dengan orang lain
dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan.
Kecerdasan Naturalistik
Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling
seperta mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan dan
haiwan.
3.2.6 Pengelolaan Aktiviti Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada
3 iaitu;
Aktiviti kelas Aktiviti kumpulan
Aktiviti individu
Aktiviti secara kelas:
Contoh Aktiviti Kelas: bercerita circle time nyanyian/ gerakan
lawatan luar bersoal jawab eksperimenAktiviti kumpulan: Pengelolaan
aktiviti secara kumpulan
Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang Murid
menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil
Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama
Aktiviti yang boleh dijalankan
Main doh ; Main pondok; Main bongkah Main permainan tradisioanl
Cantuman puzzle Berkebun Penerokaan Permainan bahasa/matematik
Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/ Pertandingan: menyusun
huruf/perkataan/gambar bersiri
Pengelolan aktiviti secara individu
Aktiviti individu Melukis gambar Menyusun gambar bersiri
Menggunting/menampal Menguntai manik/bunga Mengenakan butang baju
Membaca buku kecil/kad bacaan Main doh/suai pasang Membasuh tuala/
sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan 3.3 TEKNIK PENGAJARAN
&PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH Scaffolding Teknik memperkukuh
secara bersepadu setiap potensi , umpama kerangka sebuah bangunan
Proses memberi sokongan kepada murid semasa mereka mencuba atau
mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran Pengalaman
pembelajaran secara kolaboratif daripada guru dan rakan sebaya
Bentuk bantuan -Tunjuk cara, Verbal dan Non-verbal beri galakan
berinteraksi untuk mewujudkan persefahaman, kerjasama, keseimbangan
emosi dan perkembangan bahasa;- sedia menjadi peserta dalam
kumpulan kanak-kanak; memberi peneguhan untuk perkukuh konsep;
memberikan motivasi & memberi dorongan;- membantu mengikut
kadar kebolehan murid;
memberikan bantuan mengikut tahap yang diperlukan pada Zon
Perkembangan Proksima (ZPD) menyoal untuk menggalakkan berfikir
bagi menyelesaikan masalah / tugasan; menggalakkan berdikari Guru.
bukan sebagai pemberi arahan
Sharing & Constructing Memperkukuh idea murid Guru sebagai
pemangkin Guru menjadi ahli kumpulan Guru-murid berkongsi untuk
mencapai objektif Berkongsi selesaikan masalah Guru mencadang idea
/ petunjuk (clue) & murid buat keputusan
Modeling Guru membuat percontohan terhadap sesuatu situasi untuk
ditiru oleh murid secara langsung atau mempraktikkan amalan baik
supaya menjadi ikutan secara tidak langsung oleh murid atau guru
gunakan percontohan watak orang lain(Cth: Rasulullah) sebagai model
Modeling boleh dilakukan dalam situasi sebenar, melalui
penceritaan, menggunakan gambar atau tayangan video Modeling amalan
baik oleh guru hendaklah secara berterusan seperti cara bercakap
atau penampilan diri Murid hilang kepercayaan jika guru cakap tak
serupa bikinAttending memberi perhatian dengan komunikasi mesra
belaian melalui bahasa yang memujuk tidak mengugut, tidak menyergah
, tidak rasa terancam atau takut Kata-kata lisan yang menyokong
ahaa, yaa, baik, bagus, cuba lagi, pandai Ulang atau perluas
jawapan Gerak isyarat non-verbal spt. senyum, anggukan, tepuk
tangan, tulis jawapan di papan tulis, tunjuk tanda jempul Sentuhan
kepala, bahu atau bahagian belakang Tidak menghukum salah atau
betul Situasi penuh kasih sayang Meninggalkan kesan positif, rasa
dihargai diberi perhatian Didorong untuk menghasilkan yang terbaik
Prompting Satu cara layanan untuk mencapai matlamat Memberi pandu
arah yang jelas dan tersusun Menggunakan pemujukan Lebih memberi
pengesyoran beri teguran secara positif supaya tidak membunuh minat
& semangat belajar memberi penyataan pandu/tunjuk hala dan
"coaching guru mendengar secara aktif dan membuat maklum balas
memberi penerangan dan arahan memberi motivasi Mengingat semula
(reflksi) Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman
Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid Semasa memulakan tajuk
baru / memahami konsep dan pengukuhan Memberi makna kepada
pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid dilalui Tunjukcara
Tunjukcara eksplisit (Explicit Demo): - menunjukkan bagaimana
sesuatu tugasan atau kemahiran dilaksanakan , melalui bukan sahaja
bahasa tetapi dengan perlakuannya sekali
- pastikan guru/bahan berada di tempat strategik yang dapat
dilihat oleh semua
murid atau dibuat dalam kumpulan kecil Tunjukcara implisit
(Implicit Demo): - pelakuan dan gaya tingkah laku dan bahasa yang
ditunjukkan oleh seseorang yang menjadi ikutan. Bagaimana acuan
begitulah kuihnya
Simulasi / Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan
sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap
penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau
penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.
Nyanyian- menyanyi adalah salah satu strategi yang boleh menarik
minat murid murid minat dan gemar menyanyi / mengikut melodi serta
membuat pergerakan
boleh diaplikasi dalam kebanyakan tunjang pengajaran
pilihan sebaiknya lagu yang pendek dan berulang-ulang
boleh diiringi alat muzik atau perkusi
gunakan carta lagu untuk sepadukan dengan kebolehan membaca atau
mengenal seni kata
nyanyian tidak kaku; sepadukan nyanyian dengan pergerakan
kreatif/ sambil menari/ membuat pergerakan mengikut seni kata guru
perlu membuat tunjukcara / sama-sama membuat pergerakanPenerangan
Penjelasan sesuatu idea atau konsep kepada murid dengan bahasa dan
cara yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Guna laras bahasa kanak-kanak.
Faktor gaya bahasa , kejelasan suara dan intonasi penting dalam
penyampaian penerangan
Gaya bahasa bertutur dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan
orang yang lebih dewasa.
Penerangan dibuat dalam suasana murid dalam keadaan bersedia
untuk mendengar dan disampaikan dengan suara yang jelas.
Ulangan kadang-kadang diperlukan untuk memastikan maklumat
diterima dengan berkesan.
Penyoalan/ Soal Jawab Merupakan teknik yang paling lama dan
paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik
ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir
disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan jenis
bercapah / konvergen menggalakkan kemahiranberfikir Memandu untuk
mencapai objektif penyoalan Menyoal mengikut aras yang sesuai
Mempunyai hentian untuk memberi masa murid memikirkan jawapan
Bertujuan memperluaskan idea Sebarkan soalan kepada semua murid.
Layan jawapan dengan memberi pujian dan galakan Mencabar sesuatu
jawapan yang difikir betul / salah Mendorong / menggalakkan
pemikiran semula Berfokus daripada soalan umum kepada yang khusus
Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa, dan maksud Soalan
yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan berkesan. Kepentingan Penyoalan
Menambah daya ingatan dan pengetahuan Guru dapat kesan tahap
mana pengetahuan murid Meningkatkan rapport guru dan murid
Perkembangan pengetahuan secara berperingkat dari yang mudah ke isu
yang kompleks Mengesan sikap individu atau kumpulan murid terhadap
isu atau subjek Berasaskan Tugasan (Task- based) Berasaskan
pendekatan komunikatif dan menggalakkan murid berkomunikasi untuk
melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa Arahan guru perlu jelas
dan berfokus supaya murid mudah dapat mengikuti peraturan
melaksanakan tugasan Penegasan masa penting supaya tugasan dapat
dibuat mengikut masa Tugasan boleh dibuat antara pasangan murid
atau antara kumpulan murid Tugasan boleh berbentuk pertandingan
atau persaingan antara individu atau kumpulan Guru boleh adakan
hadiah/ token atau ganjaran untuk motivasikan murid Dapat
meningkatkan rapport guru--murid dan murid--murid Perkembangan
pengetahuan secara berperingkat , bermula dari tugasan mudah kepada
tugasan yang lebih kompleks Guru berperanan sebagai pemudahcara dan
memberi motivasi Contoh tugasan: melengkapkan gambar, model,
puzzle, mencari jalan pulang, explore race, penyelesaian
masalahBercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan
cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar
dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan
teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur,
kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan
isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba
masukkan aspek-aspek bahasa. Guru perlu hafazkan frasa atau
ayat-ayat penting untuk melicinkan penceritaan. Latih bercerita
seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan
yang selesa. Guru boleh menggunakan BBM - kad gambar atau gambar
bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan majalah ,
objek-objek sebenar atau kostium yang sesuai. Sediakan kad-kad
perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Kepentingan Teknik
Bercerita Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam
suasana yang menggembirakan; Pembelajaran yang berlaku melalui
cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu,
nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut;
Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif.
Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang
memusatkan kepada murid-murid; Cerita yang bertema moral dapat
membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Ini adalah
kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang
ditonjolkan dalam cerita; Cerita dapat mengurangkan masalah
disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang
tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu
tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin; Ia dapat
memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan
dengan kehidupan seharian; Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar
murid dan daya kreativiti murid-muridLakonan/ Drama Sering
digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu
sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan
murid.
Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal
kanak-kanak
Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak
TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Teknik Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah
Teknik pengajaran / pemudahcaraan
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah
Belajar melalui bermain
Pendekatan Bertema
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan projek
Pendekatan-pendekatan lain
Pengelolaan aktiviti
79
Model Pembelajaran Masteri
Tindakan susulanAktiviti Pengayaan
Unit Pembelajaran 1
Tindakan susulanAktiviti Pemulihan
Sudahkan muridmrnguasai
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Unit Pembelajaran 2
AKTIVITI KUMPULAN
1. Pembelajaran secara koloboratif atau usahasama
6. Proses penerapan nilai murni
5. Proses pemupukan kemahiran sosial dan penyelesaian
masalah
4. Pembelajaran melalui rakan sebaya
3. Murid menjalankan tugas bersama untuk menghasilkan satu
hasil
2. Bilangan ahli yang kecil
AKTIVITI INDIVIDU
Peluang untuk murid menumpukan kebolehan istimewa yang ada
padanya bagi meningkatkanKefahaman tentang sesuatu konsep
2.Murid bebas mencuba dan Meneroka dengan gaya tersendiri
Peluang untuk mengukuhkan nilaiMurni seperti berdikarai,
kerajinandan sayangkan hak sendiri sertamenghormati hak orang
lain
Murid secara aktif membuat aktiviti seperti binaan daribongkah,
bermain dengan doh atau bermain suai pasang
Peluang untuk mengaplikasikan Kemahiran berfikir seperti
membuatPerbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah
4. Peluang untuk guruberinteraksidengan murid secara individu
serta membimbing mereka membuat keputusan
AKTIVITI KELAS
Semua murid menjalankan aktiviti yang sama serentak
2. Pemupukan kemahiran bersosial
3. Pemupukan nilai murni seperti Kerjasama, hormat menghormati,
Keadilan dan Semangat bermasyarakat
4. Pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif
JENIS PROJEK
PROJEK PEMBELAJARAN KHUSUS / LATIH TUBI-pengelasanSuku
kata-nombor
PROJEK PENGHASILANIstana pasirMemasakModel kenderaanmobail
PROJEK KEGUNAAN-berkebun-buku skrap-mengumpul stem-menghias
majlis
PROJEK KAJI SELIDIK-alam sekitar-serangga
PROJEK MASALAH-ujudkan situasi mengikut kesesuaian-buat kuihBuat
air
PROJEK LAWATAN-zoo Taman Haiwan-premis kemudahan awam-kawasan
sekolah
5