HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN PENGURUSAN KEHIDUPAN ANAK SINDROM DOWN NOORAZIELA BT CHE BERAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN
PENGURUSAN KEHIDUPAN ANAK SINDROM DOWN
NOORAZIELA BT CHE BERAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN PENGURUSAN
KEHIDUPAN ANAK SINDROM DOWN
NOORAZIELA BT CHE BERAHIM
Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Teristimewa buat
ayahanda yang dihormati dan dikasihi
CHE BERAHIM BIN AWANG
Sokongan dan dorongan ayahanda menguatkan azam anakanda
Ahli keluarga yang dikasihi
CHE ZAINAB, AZWADI, AZMEE, AZUAN dan ALIFF
Terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan kearah kejayaan ini
Dan
kepada yang teristimewa
MOHD FAIZAL BIN FAINI
Terima kasih yang tidak terhingga kerana tidak pernah jemu memberi kata - kata semangat
serta dorongan dan sokongan yang tidak pernah berbelah bagi.
Dan juga kepada sahabat – sahabat yang sentiasa berada disampingku dan sentiasa
menemaniku...
Rakan- rakan seperjuangan yang diingati selalu
Kenangan bersama kalian menjadi memori yang terlalu indah bagiku
Terima kasih buat semua
Semoga kalian semua mendapat rahmat dari-Nya
vi
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyempurnakan
Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia yang sangat
disanjungi iaitu Dr Yeo Kee Jiar atas segala bimbingan , tunjuk ajar, dorongan dan nasihat
tidak terhingga sepanjang proses pelaksanaan projek ini. Tidak lupa juga kepada pihak
persatuan Sindrom Down Negeri Johor dan Sekolah Kanak- kanak Istimewa Johor Bharu
serta ibu bapa kanak – kanak sindrom Down yang terlibat.
Salam sayang dan ucapan terima kasih buat keluarga tersayang atas doa dan dorongan
yang telah dicurahkan dan juga kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala bantuan ikhlas
sama ada secara lansung atau tidak langsung dalam penyempurnaan projek ini.
Sekian, terima kasih
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa depan anak
sindrom Down dari aspek pendidikan, pekerjaan, dan pengurusan kehidupan. kajian ini
dijalankan di Persatuan sindrom Down negeri Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak
Istimewa Johor Bahru. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel
kajian terdiri daripada 55 orang ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sindrom Down.
Data daripada soal selidik dianalisis dengan perisian komputer statistical package of social
science (SPSS) for windows versi 15.0 bagi mengukur kekerapan dan peratusan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa ibu bapa menaruh harapan yang tinggi terhadap masa depan anak
sindrom Down dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji iaitu pengurusan kehidupan sebanyak
91.26 peratus, diikuti oleh aspek pendidikan sebanyak 88.0 peratus, dan akhir sekali ialah
aspek pekerjaan sebanyak 79.50 peratus.Beberapa cadangan dikemukakan sebagai langkah
untuk membantu ibu bapa merealisasikan harapan mereka selain cadangan tentang
penyelidikan selanjutnya untuk meningkatkan kualtiti kehidupan golongan sindrom Down.
viii
ABSTRACT
This study aims to identify the expectations of parents with Down syndrome child in terms of
education, employment, and life management. The study was conducted in Johor Bahru Down
syndrome Foundation and the Special Children School in Johor Bahru. Questionnaire was use
as research instrument in this study. The sample consisted of 55 parents who have a special
child with Down syndrome. Data from the questionnaire was analyzed by using computer
software statistical package of Social science (SPSS) for windows version 15.0 to assess
frequency and percentage. The result showed that the parents’ hopes are generally high on the
future of their Down syndrome children in all the three aspects studied of life management of
91.26 percent, followed by the educational aspect 88.0 percent and finally the work aspect of
79.50 percent. Several recommendations were presented as measure to help parents in
realizing their hopes for the future of child with Down syndrome. A recommendation for
future research was also discussed.
BIL PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS THESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL x
SENARAI SIMBOL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang masalah
1.2 Pernyataan masalah
1.3 objektif kajian
1.4 Persoalan kajian
1.5 Skop kajian
1.6 Rasional/kepentingan kajian
1.7 Batasan kajian
1.8 Definisi istilah
1.8.1 Harapan
1.82 Sindrom Down
1
4
8
9
9
10
10
11
12
1.83 Masa depan
1.84 Pekerjaan
1.85 Pengurusan kehidupan
1.86 Pendidikan
1.9 Penutup
14
BAB 2
2.0 Pengenalan
2.1 Definisi kerjaya
2.2 Peranan kerjaya
2.3 teori hierarki keinginan manusia (Abraham Maslow)
2.4 Teori pengharapan
2.5 Pendidikan khas
2.6 Pekerjaan
2.7 Pengurusan kehidupan
2.8 Sindrom Down
2.8.1 Ciri-ciri kanak-kanak sindrom Down
2.9 Individu terkenal dalam kalangan sindrom Down
2.10 Peranan ibu bapa terhadap kanak-kanak sindrom Down
2.11 Kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak sindrom Down
2.12 Kajian lepas
2.12.1 Pendidikan
2.12.2 Pekerjaan
2.12.3 pengurusan kehidupan
2.13 Harapan ibu bapa terhadap anak-anak sindromDown
2.14 Penutup
15
15
16
17
18
19
22
24
26
26
29
31
32
33
38
39
40
41
BAB 3
3.0 Pengenalan
3.1 Reka bentuk kajian
3.2 Prosedur Kajian
3.3 Populasi dan Sampel
42
43
44
46
3.4 responden Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kesahan
3.7 Kajian Rintis
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik
3.9 Kaedah Pengumpulan Data
3.10 Analisis Data
3.11 Andaian Kajian
3.12 Penutup
47
47
49
50
50
52
52
54
55
BAB 4
4.0 Pengenalan
4.1 Analisis Bahagian A
4.1.1 Jantina
4.1.2 Bangsa
4.1.3 Pekerjaan
4.1.4 Pendapatan
4.1.5 Umur Anak
4.1.6 Kelulusan Akademik
4.2 Analisis Bahagian B
4.2.1 Harapan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak Sindrom
Down
4.2.2 Harapan Ibu Bapa Terhadap Pekerjaan Anak Sindrom
Down
4.2.3 Harapan Ibu Bapa Terhadap Pengurusan Kehidupan Anak
Sindrom Down
4.3 Analisis Keseluruhan
4.4 Penutup
56
57
57
58
58
59
60
61
61
62
64
66
69
69
BAB 5
5.0 Pengenalan
5.1 Rumusan
5.2 Perbincangan
70
70
73
5.2.1 Perbincangan Objektif 1
5.2.2 Perbincangan Objektif 2
5.2.3 Perbincangan Objektif 3
5.3 Cadangan
5.3.1 Ibu Bapa
5.3.2 Sekolah dan Guru
5.3.3 Kerjasama antara Ibu Bapa dan Guru
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
73
75
77
79
79
80
81
82
83
RUJUKAN 84
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAB B (1)
LAMPIRAN B (2)
LAMPIRAN C
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pendaftaran Orang kurang upaya mengikut
jenis kecacatan 2006-2008
2
3.1 Carta alir prosedur kajian 44
3.1 Skala likert 46
3.2 Taburan responden berdasarkan sekolah 47
3.3 Item bahagian A 48
3.4 Item soal selidik mengikut persoalan kajian 48
3.5 Skala likert 49
3.6 Nilai kolerasi dan interprestasi
kebolehpercayaan soal selidik
51
3.7 Kriteria menganalisis data 53
3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan
peratus, Mohd Najib ( 1997 )
54
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 57
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 58
4.3 Taburan responden berdasarkan pekerjaan ibu
bapa
58
4.4 Taburan responden berdasarkan pendapatan
ibu bapa
59
4.5 Taburan responden berdasarkan umur anak 60
4.6 Taburan responden berdasarkan kelulusan
akademik
61
4.7 Skor analisis item 62
4.8 Taburan responden mengikut peratusan bagi
pendidikan
62
4.9 Taburan responden mengikut peratusan bagi
pekerjaan
64
4.10 Taburan responden mengikut peratusan bagi
pengurusan kehidupan
67
4.11 Taburan responden mengikut peratusan
keseluruhan bagi harapan ibu bapa terhadap
masa depan anak sindrom Down
69
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
OKU - Orang Kurang Upaya
SPSS
SPM
- Statistic Package for Social Science
Sijil Pelajaran Malaysia
PBB - Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
IDEA - Individuals with Disability Education Act
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SLD - Severe Learning Disabled
LD - Learning Disabilities
SED - Seriously Emotionally Disturbed
UTM
BIL
%
f
-
-
-
-
Universiti Teknologi Malaysia
Bilangan
Peratus
Frekuensi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A Contoh Borang Soal Selidik
B(1)
B(2)
Pengesahan Instrumen (Pengetua SKI)
Pengesahan instrumen (Pensyarah UTM)
C Dapatan kajian rintis
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-
nantikan oleh semua ibu bapa. Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika
menyambut anak kelahiran baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya. Menurut
Simon Olshansky (1976) dalam buku Child Development, ibu bapa akan mengalami
kesedihan yang sangat mendalam sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa
bayi itu tidak memenuhi kriteria yang diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang
lain. Walau bagaimanapun, reaksi emosi ibu bapa akan semakin berubah kepada reaksi
yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka. Menurut Eden (1976), ada ibu bapa
yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehadiran anak istimewa mereka
setelah suatu jangka masa tertentu. Ibu bapa yang dapat menerima kehadiran anak
kurang upaya akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidup bahawa anak mereka
mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha menjalani pemulihan
sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap perkembangan anak-
anak mereka (Ashman & Elkins 1998).
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah orang yang mengalami keterbatasan
mobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental
(ringan, sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran. Tujuan istilah OKU ini
diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud
melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991).
2
Mengikut statistik Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua negara di dunia secara
puratanya mempunyai sekurang-kurangnya satu peratus OKU. Mengikut statistik
Jabatan Kebajikan Malaysia pula, statistik OKU mengikut jenis kecacatan yang
berdaftar adalah seperti jadual 1.1.
Jadual 1 Pendaftaran Orang Kurang Upaya mengikut jenis
kecacatan, 2006-2008
TAHUN
JENIS KECACATAN 2006 2007 2008
Penglihatan 18, 258 20, 039 22, 856
Pendengaran 29, 522 31, 715 34, 580
Fizikal 66, 250 73, 559 83, 070
Masalah Pembelajaran 76, 619 85, 812 96, 246
Celebral Palsy 887 1, 728 2,890
Lain - lain 5,983 7, 338 9,216
JUMLAH 197, 519 220, 250 248, 858
( Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Sindrom Down merupakan salah satu kategori kanak-kanak kurang upaya. Kanak-
kanak sindrom Down secara keseluruhannya mengalami pertumbuhan yang lambat,
kecacatan mental yang ringan atau sederhana. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa
kelahiran anak sindrom Down adalah disebabkan oleh kesilapan alamiah (error of
nature), bukannya hukuman atas kesalahan mereka. Maka ibu bapa tidak haruslah
menyalahkan diri mereka atas kurniaan anak istimewa. Kanak-kanak sindrom Down
mempunyai keupayaan kognitif yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak
normal yang lain. Persepsi masyarakat terhadap anak istimewa sindrom Down masih
berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kanak-kanak sindrom Down dilihat sebagai
liabiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Ada sebilangan kecil masyarakat yang
berpandangan golongan ini tidak perlu dibantu atau berbuat apa-apa kerana mereka
'cacat'. Malah ada yang menganggap terlalu mahal untuk membuat sebarang perubahan
bagi membantu mereka, apatah lagi untuk menubuhkan tempat pendidikan khas,
infrastruktur fizikal, tempat-tempat khusus dan pengangkutan awam untuk memenuhi
3
keperluan mereka dan golongan kurang upaya lain. Meskipun golongan istimewa ini
mempunyai kebolehan yang terbatas namun pihak kerajaan tidak pernah memandang
enteng kepada golongan yang tidak bernasib baik ini.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk
membela nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk
murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah seperti sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
terencat akal minimum termasuk masalah mental Carebral Palsy, bermasalah
pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan kepada
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Namun begitu, pendidikan yang di berikan mestilah setaraf dengan kemampuan
yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).
Pendidikan yang diterima oleh anak istimewa ini membantu mereka untuk
mendapatkan pekerjaan. Namun demikian, peluang untuk anak istimewa ini bekerja
masih lagi terbatas. Hal ini disebabkan oleh faktor anak istimewa tidak mempunyai
pendidikan asas dalam bidang-bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan
dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Lantaran itu, tahap pengangguran semasa dalam
kalangan anak istimewa masih lagi tinggi sekaligus mendorong agar sistem pendidikan
bagi golongan tersebut dikaji semula (Kementerian Sumber Manusia, 2006; Norani etal.,
2005). Malah dalam menghadapi senario persaingan dalam pasaran kerja yang semakin
mencabar, anak istimewa seharusnya dilatih dengan kemahiran vokasional yang
bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa. Sehingga kini, golongan OKU
masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka. Majikan
seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka juga sama seperti
manusia biasa. Tetapi jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka juga dapat
4
melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan tekun
(Zinaida Ariffin, 2006).
Anak sindrom Down memiliki kelebihan atau kekuatan dalam pelbagai aspek
perkembangan. Mereka perlu dibantu untuk mencapai tahap yang lebih tinggi ke arah
kehidupan yang lebih bermakna. Mereka haruslah diberi pendedahan dan pendidikan
awal pada usia seawal mungkin. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan utama
dalam membimbing dan mengukuhkan bakat serta kebolehan anak sindrom Down bagi
membantu mereka melakukan pelbagai tugas mengikut kemampuan. Sekiranya jangkaan
atau harapan ibu bapa terhadap anak sindrom Down mereka terlalu rendah atau
sebaliknya, maka hal ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pencapaian anak, justeru
menjejaskan peluang mereka menikmati kehidupan berkualiti pada masa depan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Anak istimewa sindrom Down merupakan salah satu daripada kumpulan sasaran
dalam program pembangunan sosial dan kerajaan amat komited dalam membantu
mereka supaya dapat menjalani kehidupan normal sama seperti orang biasa. Mereka
juga ingin mendapat peluang yang sama dari segi ekonomi dan sosial dan juga bersama
menikmati arus pembangunan negara. Namun untuk mencapai hasrat ini, mereka
terpaksa menghadapi pelbagai rintangan Datuk Dr. Fong Chan Onn, Jun 2001).
5
Menurut Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, golongan kurang upaya bermakna
seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya
ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup
bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi
fizikal ataupun mental dan sama ada berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.
(Zinaida Ariffin, 2006).
Tanggapan orang ramai bahawa kanak-kanak sindrom Down adalah beban
kepada masyarakat kerana kelemahan mereka dalam berfikir (kognitif) serta mengawal
pergerakan atau memproses maklumat perlu dikikis. Masyarakat beranggapan, anak-
anak istimewa sindrom Down tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara
malah akan memberikan beban kepada negara untuk meyediakan segala keperluan
kepada mereka. Corak pemikiran sebegini melanggar aspirasi melahirkan masyarakat
penyayang yang prihatin dalam membantu Orang Kurang Upaya. Masyarakat hendaklah
memahami kanak-kanak istimewa mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif
dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku
sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Jika diberi peluang semua golongan kurang upaya termasuk sindrom Down juga
ingin menikmati kehidupan normal seperti manusia biasa yang bebas bergerak, lancar
berkomunikasi dan pantas berfikir. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama
dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus
pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan
kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi
pencapaian pelajar yang normal (Ali, 2007). Kanak-kanak istimewa sindrom Down juga
mempunyai minat dan cita-cita terhadap sesuatu aspek kehidupan. Aspirasi
mempengaruhi usaha-usaha seseorang untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan
(Zuria, Halim dan Safani 2004). Minat perlu didorong oleh ibu bapa ke peringkat yang
termampu oleh kanak-kanak itu. Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sindrom
Down tidak seharusnya hanya berserah kepada takdir tentang nasib anak mereka,
6
sebaliknya mereka mestilah mencari alternatif lain supaya anak istimewa ini juga
mampu untuk hidup berdikari tanpa bantuan daripada sesiapa. Kebolehan kanak-kanak
sindrom Down amat berbeza, daripada yang serba boleh kepada yang terencat serius.
Anak istimewa sindrom Down tidak pernah diabaikan oleh kerajaan malah,
kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978)
yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik
tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut dengan adanya
kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-
kanak cacat adalah diperakukan dan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya
tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada
masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan
pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Ibu bapa juga sewajarnya
perlu memainkan peranan mereka agar golongan yang kurang bernasib baik ini tidak
dipinggirkan dan jauh ketinggalan dalam aspek pendidikan, mendapat pekerjaan
seterusnya dapat menguruskan kehidupan.
Ibu bapa perlu merancang kerjaya mereka pada masa depan. Pemilihan kerjaya
adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat
menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Orang Kurang Upaya seperti
sindrom Down juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti
orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu,
disebabkan tahap pendidikan yang diterima oleh anak istimewa sindrom Down ini
berada pada tahap yang rendah menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik. Hal ini turut disokong oleh Ramlee & Norani. 2007 yang
berpendapat Pendidikan bagi Orang Kurang Upaya masih lagi rendah dan tidak lagi
relevan dengan pasaran kerja semasa. Bidang kemahiran mestilah diterapkan dalam
pembelajaran anak-anak istimewa ini bagi memastikan anak istimewa ini mendapat
peluang dalam pekerjaan. Hal ini turut disokong oleh McConkey, 1998; Walls et al.,
7
1997; Clark et al., 1994; Edgar, 1992), yang berpendapat Kurikulum vokasional pelajar
masalah pembelajaran juga seharusnya memberi fokus dalam pemilihan bidang
kemahiran hidup di samping penekanan aspek latihan di tempat kerja (on the job
training) sebagai cara memberi lebih peluang kepada anak istimewa untuk bersaing
mendapatkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan mereka kelak.
Peluang pekerjaan bagi golongan OKU adalah amat terhad Walaupun Dasar 1%
jawatan untuk golongan kurang upaya telah dilaksanakan tetapi apakah kesannya
terhadap golongan tersebut. Malah, 1% untuk Orang Kurang Upaya di sektor kerajaan
tidak diisi sepenuhnya. Peluang masa depan untuk Orang Kurang Upaya ini terbatas dari
segi pekerjaan, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Sehingga kini, Orang Kurang
Upaya masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka.
Majikan seolah-olah tidak mempercayai kebolehan golongan OKU untuk bekerja seperti
insan normal yang lain. Hakikatnya, jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka
juga dapat melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan
tekun (Zinaida Ariffin, 2006).
Penawaran kerja di pasaran sekarang adalah terhad dan memerlukan taraf
pendidikan yang tinggi untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu peluang
untuk golongan kurang upaya untuk bekerja adalah sangat terbatas. Simches (1975)
menyatakan dalam situasi pekerjaan yang sukar diperoleh, pekerja yang tidak
mempunyai latihan tertentu sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan golongan
berkeperluan khas pula menghadapi kesukaran berganda dalam persaingan untuk
mendapatkan pekerjaan yang terhad itu.
Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan utama dalam membimbing dan
mengukuhkan bakat serta kebolehan anak sindrom Down mereka dalam membantu
melakuan pelbagai tugas mengikut kemampuan. Sekiranya jangkaan atau harapan ibu
bapa terhadap anak sindrom Down mereka terlalu rendah atau sebaliknya, maka hal ini
8
sedikit sebanyak akan menjejaskan pencapaian anak, justeru menjejaskan peluang
mereka menikmati kehidupan berkualiti pada masa depan. Sejajar dengan itu, kajian
perlu dijalankan untuk mengenal pasti harapan atau jangkaan ibu bapa dalam pelbagai
aspek agar perancangan pengajaran dan latihan kemahiran yang efektif dapat dijalankan.
1.2 Pernyataan masalah
Setiap ibu bapa menaruh harapan terhadap masa depan anak istimewa mereka,
ada yang hanya mengharapkan anak mereka sihat, selamat dan duduk bersama keluarga,
tetapi ada pula mengharapkan anak mereka mampu menempatkan diri dalam sektor
pekerjaan dan mampu menjawat jawatan yang baik.
Jika dibandingkan kebolehan kognitif anak-anak sindrom Down dengan kategori
Orang Kurang Upaya yang lain seperti golongan bermasalah pendengaran dan
penglihatan, didapati anak-anak sindrom Down memiliki kebolehan kognitif yang lebih
rendah. Golongan sindrom Down mempunyai daya pencapaian akademik yang lemah
dan menghadapi masalah dalam aspek lain seperti berkomunikasi. Walaupun anak
sindrom Down mempunyai masalah dalam pembelajaran, mereka perlu diberikan
peluang saksama untuk diintegrasikan ke dalam masyarakat. Malah anak sindrom Down
ini haruslah diberi kepercayaan untuk menempatkan diri mereka dalam sektor pekerjaan
seperti insan normal yang lain. Walaupun golongan sindrom Down mempunyai banyak
kelemahan, namun jika diberikan pendedahan lebih awal, mereka mampu melakukan
banyak tugas sendiri dan berjaya seperti insan normal yang lain. Menurut Buckley
(2000), seseorang penulis, pengkaji dan aktivitis sindrom Down, menyatakan bahawa
individu sindrom Down merupakan manusia yang memiliki keupayaan, kekuatan dan
kelemahan seperti insan yang lain. Mereka mungkin mempunyai keperluan tambahan
tetapi masyarakat secara umum perlu memahami bahawa mereka juga merupakan insan
yang mempunyai keperluan seperti anggota masyarakat di sekeliling mereka.
9
Sebagai individu yang paling rapat dengan anak sindrom Down, ibu bapa
hendaklah menaruh harapan yang realistik terhadap anak mereka. Jangkaan ibu bapa
hendaklah setimpal dengan kebolehan anak dari segi kognitif, fizikal dan afektif.
Jangkaan yang rendah akan menjejaskan masa depan anak, manakala harapan yang
terlalu tinggi pula akan menghampakan ibu bapa kelak.
Sejajar dengan penjelasan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengetahui harapan
ibu bapa terhadap pendidikan, pekerjaan dan pengurusan kehidupan. anak istimewa
sindrom Down
1.3 Objektif kajian
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji harapan
ibu bapa terhadap Pendidikan, Pekerjaan dan Pengurusan kehidupan anak sindrom
Down.
1.4 Persoalan kajian
Melalui objektif di atas, kajian ini akan memberi jawapan kepada persoalan-
persoalan berikut:
i. Apakah harapan ibu bapa terhadap masa depan pendidikan anak sindrom Down?
ii. Apakah harapan ibu bapa terhadap masa depan pekerjaan anak sindrom Down?
iii. Apakah harapan ibu bapa terhadap masa depan pengurusan kehidupan anak
sindrom Down?