75 BAB IV ANALISIS DATA Perkara yang paling berguna dan utama mengenai prinsip ialah: sentiasa dapat dikorbankan demi mencapai kecocokan. The most useful thing about principle is that it can always be sacrificed to expediency (Somerset Maugham dipetik daripada Leech, 1997:19) 4.0 Mukadimah Data-data daripada surat-surat (warkah) lama diraja, kaya dengan maklumat linguistik. Bab ini akan membincangkan keputusan daripada analisis yang telah dijalankan terhadap sampel-sampel warkah tersebut. Walaupun terdapat begitu banyak keputusan yang menarik dapat ditemui dalam penyelidikan ini, namun penyelidik hanya akan mengemukakan keputusan kajian dari aspek yang telah dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini sahaja. 4.1 Hasil Kajian Dalam kajian ini, penyelidik mendapati warkah sosial diraja kaya dengan perbendaharaan kata asing. Bagaimanapun tidak dinafikan, bahasa Melayu tetap menjadi tonggak penulisan warkah ini. Penyelidik telah menganalisis perubahan bahasa dari aspek perbendaharaan kata asing, khususnya melalui kata pembuka warkah, isi kandungan warkah dan kata penutup warkah. Penelitian tentang perkara
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
75
BAB IV
ANALISIS DATA
Perkara yang paling berguna dan utama mengenai
prinsip ialah: sentiasa dapat dikorbankan demi
mencapai kecocokan.
The most useful thing about principle is that it can
always be sacrificed to expediency
(Somerset Maugham
dipetik daripada Leech, 1997:19)
4.0 Mukadimah
Data-data daripada surat-surat (warkah) lama diraja, kaya dengan maklumat
linguistik. Bab ini akan membincangkan keputusan daripada analisis yang telah
dijalankan terhadap sampel-sampel warkah tersebut. Walaupun terdapat begitu
banyak keputusan yang menarik dapat ditemui dalam penyelidikan ini, namun
penyelidik hanya akan mengemukakan keputusan kajian dari aspek yang telah
dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini sahaja.
4.1 Hasil Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik mendapati warkah sosial diraja kaya dengan
perbendaharaan kata asing. Bagaimanapun tidak dinafikan, bahasa Melayu tetap
menjadi tonggak penulisan warkah ini. Penyelidik telah menganalisis perubahan
bahasa dari aspek perbendaharaan kata asing, khususnya melalui kata pembuka
warkah, isi kandungan warkah dan kata penutup warkah. Penelitian tentang perkara
76
ini ditunjukkan oleh penyelidik dalam memperkatakan perubahannya dari aspek kata
pinjaman seperti dicatatkan dalam rajah-rajah di bab ini.
Sementara itu dalam aspek-aspek yang lain, penyelidik akan membuat perbandingan
secara terus berdasarkan contoh-contoh yang relevan. Seterusnya penyelidik akan
membuat rumusan secara menyeluruh dalam Bab V, dengan mengemukakan alasan-
alasan yang relevan.
Justeru dalam mencapai objektif penyelidikan, kajian ini akan meneliti dengan
mendalami perubahan-perubahan perbendaharaan kata pada sela tahun yang telah
ditetapkan dalam aspek-aspek berikut;
4.1.1 Kata sapaan
4.1.2 Kata lewah
4.1.3 Kata melampau
4.1.4 Kata halus
4.1.5 Kata kiasan/metafora
4.1.6 Kata pinjaman Arab/Parsi
4.1.7 Kata pinjaman Inggeris/Eropah
4.1.8 Kata pinjaman Siam
4.1.9 Kata pinjaman Sanskrit/Hindi/India
4.1.10 Kata arkaik (purba)
77
Tidak dinafikan kosa kata dalam warkah sosial diraja bersifat unik dan istimewa
kerana tiada kaedah untuk menyekatnya daripada berubah ataupun kekal, kerana
sesungguhnya sultan/raja berkuasa dalam tindak-tanduk bahasanya. Tiada kuasa
untuk menolak atau merantai bahasa diraja ini. Lalu, benarkah masa yang merubah
bahasa? Atau kedudukan sosiopolitik sultan yang menentukan perubahan bahasa
persuratan baginda? Ada pelbagai jawapan untuk mengungkap persoalan ini.
Antaranya, perubahan bahasa dalam warkah sultan/raja sangat bergantung pada
kekuatan politik baginda. Hal ini merujuk sama ada baginda mampu mengekalkan
kedaulatan bahasa dan kebangsawanan bahasa baginda untuk mengekal
‘perbendaharaan kata istana’ daripada terus berubah. Sekiranya pengekalan bahasa
itu akan terus memantapkan institusi diraja dan kesinambungan kedaulatannya, jadi
untuk alasan apa pula bahasa diraja harus berubah! Apatah lagi sama ada bahasa
berubah ke depan atau ke belakang juga bergantung pada kehendak peribadi
raja/sultan tersebut. Bolehkah pernyataan ini dibuktikan? Untuk itu penyelidik akan
menjawab persoalan ini dengan menunjukkan perbezaan dan perubahan melalui rajah
yang telah diringkaskan dalam bahagian ini. Selain itu penyelidik akan memberikan
alasan-alasan kenapa hal demikian terjadi.
4.1.1 Kata Sapaan
Kata sapaan dalam warkah sosial diraja ialah frasa Arab yang digunakan sebelum
kata pembuka warkah yang berupa puji-pujian berlangsung. Dalam Warisan
Manuskrip Melayu, Abdul Razak Abdul Karim (2002:223) menandainya sebagai
78
kepala surat. Menurut beliau lagi kepala surat (penyelidik menandainya sebagai, kata
sapaan) ini dapat ditulis dalam tiga cara iaitu menggunakan:
(a) nama Tuhan
(b) bentuk kiasan pada cakerawala seperti bulan, bintang dan matahari
(c) kepala-kepala surat yang lain
Hal ini dapat dirujuk dalam rajah perbandingan berikut:
Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan
Sampel Kata Sapaan Sampel Kata Sapaan
L1 - tiada - H1 - tiada - Frasa Arab untuk
menunjukkan
kegagahan dan
keunggulan
sesebuah negeri
atau pemerintahan.
Kata sapaan tidak
digunakan
langsung dalam
surat-surat diraja
pada tahun 1886-
1894.
L2 Al-sham wa-al qamar H2 - tiada -
L3 Ya Fattah al-qulub H3 - tiada -
L4 Qawlul al- haqq wa
kalamah al-sidq
H4 - tiada -
L5 Al-sham wa-al-qamar
wa-al-nujum
H5 - tiada -
L6 Al-mustahaqq H6 - tiada -
Rajah 4.0 – Penggunaan Kata Sapaan Antara Surat-Surat Light (SSL) dengan
Surat-Surat Sultan Abdul Hamid (SSAH)
Bagaimanapun dalam kajian ini penyelidik akan mengklasifikasikan kepala surat
pada pembuka warkah ini sebagai kata sapaan. Penggunaan kata sapaan seperti ini
hanya wujud dalam warkah sosial diraja dan bukannya surat-surat biasa. Ini
bertujuan untuk menunjukkan kegagahan dan keunggulan sesebuah negeri atau
sesebuah pemerintahan ataupun kedekatan pemerintah itu kepada Tuhannya dan
79
agamanya. Konsep khalifah telah digambarkan dengan jelas dalam warkah sosial
diraja apabila sultan/raja menggunakan kata sapaan begini dalam kata pembuka
warkah baginda. Misalnya, raja-raja atau sultan menggunakan perlambangan
‘matahari dan bulan’ (al-sham wa-al qamar) seperti yang ditunjukkan dalam L2 surat
daripada Sultan Selangor dan L5 (dengan tambahan kepada ‘bintang-bintang’) iaitu
surat daripada Sultan Terengganu. Selain itu penggunaan nama-nama Allah seperti
dalam sampel L3 (surat daripada Sultan Perak) iaitu Ya Fattah al-Qulub (Hai Yang
Membuka Segala Hati) juga digunakan sebagai kata sapaan ini. Ataupun sebagai
Qawlul al-haqq wa kalamah al-sidq yang diterjemahkan sebagai ‘Kata-katanya
Benar dan Ucapannya Tulus’ tulisan Sultan Johor-Pahang untuk warkahnya kepada
Francis Light.
Keunikan Surat-Surat Light 1786-1794 (yang ditandakan dengan simbol ‘L’) ialah
terletak pada penggunaan kata sapaan pada kata pembuka warkahnya. Hal ini dapat
dikesan dalam surat L2, L3, L4, L5 dan L6, sebagaimana yang tercatat dalam Rajah
4.0 tersebut. Bagaimanapun teknik begini tidak diguna pakai lagi dalam Surat-Surat
Sultan Abdul Hamid 1886-1894 (sila rujuk data-data pada label ‘H’). Selain itu juga
itu SSAH tidak terikat dengan puji-pujian untuk mengagungkan diri dan takhtanya
sendiri sebagaimana warkah raja-raja Melayu pada tahun 1786-1794 itu. Perubahan
bahasa dengan penghilangan kata sapaan yang ketara ini mungkin juga dapat
dikaitkan dengan kedudukan Kedah yang telah menjadi negeri naungan Siam pada
sekitar tahun 1821-1842. Sedangkan dalam Surat-Surat Light 1776-1794, sultan atau
raja mempunyai entiti dan kedaulatan mutlak apatah lagi pada ketika itu, Pulau
80
Pinang sekadar disewakan kepada Inggeris oleh Kedah. Terma ‘disewakan’ jika
dibandingkan dengan terma ‘dijajah atau di bawah naungan’ telah memberi implikasi
yang besar dan berbeza pada perubahan perbendaharaan kata dalam penggunaan kata
sapaan ini.
Justeru, keutuhan sosiopolitik ini juga telah mempengaruhi penggunaan kata sapaan
untuk raja-raja menyapa ‘rakan dagangnya atau rakan sejawatnya’ dan bukan untuk
menyapa ‘musuh-politik atau penjajahnya’. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas,
apabila ketiga-tiga pucuk warkah daripada Sultan Abdul Hamid (H1, H2 dan H3)
kepada Siam tidak menggunakan kata sapaan langsung. Malah tiada kata puji-pujian
pun daripada baginda untuk surat-surat kepada kerajaan Siam itu.
Kata sapaan juga sudah tidak digunakan dalam SSAH kepada Inggeris (sila rujuk,
H4, H5 dan H6) pada waktu itu. Namun begitu, tanpa menggunakan kata sapaan
pun, Sultan Abdul Hamid masih menulis kata puji-pujian untuk Residen dan Residen
Konsular itu pada kata pembukaan warkahnya. Hal ini tidak wujud dalam surat-surat
kepada wakil Siam. Dengan melihat enam surat tanpa kata-kata sapaan untuk
menunjukkan keagungan kerajaan, ini telah mengesahkan yang kata sapaan tidak
digunakan lagi pada waktu itu kerana faktor politik. Bagaimanapun kata sapaan ini
digunakan semula selepas negara mencapai kemerdekaan. Dengan merujuk petikan
kepada surat dari Istana Alam Shah, 27 November 1992, didapati kata sapaan
Qulahul-Haq menjadi kata pembuka balasan warkah Sultan Selangor kepada Sultan
Kedah (sila rujuk pada Bab II, di halaman 45).
81
Pernyataan ini dapat disesuaikan dengan pendirian Yusoff Hashim (1988:176) yang
dipetik daripada Abdul Razak Abdul Karim (1998:129) iaitu, “...setelah Melaka
menjadi empayar, ia sangat berhati-hati menggunakan istilah-istilah... dalam warkah-
warkahnya untuk berhubung dengan negeri-negeri asing, sebab istilah-istilah ini
melambangkan kedudukan politik Melaka.” Sehubungan itu, ini salah satu alasan
kenapa kata sapaan dihilangkan sebagai kepala surat selepas sela seratus tahun
kemudian, dan kembali semula digunakan selepas Persekutuan Tanah Melayu (1957)
terbentuk.
4.1.2 Kata Lewah
Kata lewah wujud dalam warkah diraja dengan tujuan yang tersendiri. Pertama
untuk menunjukkan kemewahan berbahasa seseorang sultan/raja yang begitu luas
perbendaharaan katanya, dan dapat menggunakannya seluruh kata-katanya tanpa ada
sekatan. Selain itu, kata lewah dapat memberi kesan kepada penerima warkah akan
betapa indahnya susunan bahasa sultana. Ini kerana dalam menggunakan kata lewah,
secara tidak langsung baginda juga menggunakan kemahiran bahasa bertimbal.
Kecenderungan menggunakan kata lewah (berlebihan-lebihan) dalam surat-surat
kepada Light dapat dilihat pada petikan frasa berikut:
L1 – ada beta beri, ada beta taruh
L1 – putih hati tulus
L2 – hati yang putih jernih
L2 – negeri yang di barat dan negeri yang di timur
82
L2 – bersahabat dulu hingga sampai sekarang juga
L4 – suci yang hati hening jernih itu
Selepas seratus tahun kemudian, didapati penggunaan kata lewah semakin
berkurangan dengan kadar yang banyak dan boleh juga disimpulkan semakin hilang
daripada perbendaharaan kata persuratan diraja. Ini dapat dibuktikan setelah enam
sampel kajian diteliti, penyelidik mendapati hanya surat H4 mengandungi perkataan
‘gharib-gharib’. Penggunaan kata ‘gharib-gharib’ ini datangnya daripada perkataan
Arab yang membawa maksud ‘aneh’ dan ini tidak perlu digandakan. Penggandaan
kata pada perkataan yang tidak wajar dianggap sebagai lewah. Tiada kata lewah
pada frasa-frasa yang lain.
4.1.3 Kata Melampau
Penggunaan kata melampau, didapati banyak digunakan dalam surat-surat kepada
Francis Light. Misalnya Gabenor Inggeris itu juga diberi jolokan ‘kekasih kita’ oleh
Sultan Mansur (L5). Begitu juga dengan kata jolokan lain untuk Francis Light dalam
surat yang sama sebagai ‘anak kita’. Selain itu Sultan Abdul Hamid juga
membuang kata ‘beta’ menggantikan dengan ‘saya’ dalam satu frasanya, “Saya tiada
memutus akan shahifah,” apabila baginda menulis surat kepada Residen Selangor
(H4). Walaupun penggunaan kata ‘saya’ bukannya sesuatu yang aneh, namun bagi
seorang raja yang berdaulat kedengarannya agak janggal. Penggunaan kata ‘kami’
atau ‘kita’ adalah lebih sesuai. Ini kerana dalam perbendaharaan kata Melayu, kata
‘saya’ datangnya dari kata akar ‘sahaya’ yang membawa maksud hamba. Justeru
83
adalah tidak berpadanan jika baginda menggunakan perkataan itu untuk meraikan
atau merendahkan diri dengan William Edward Maxwell yang tidak setaraf dengan
baginda. Kemungkinan juga, penggunaan ‘saya’ ini adalah suatu kesilapan sewaktu
mentransliterasikan. Ini kerana dalam sampel H4, sejumlah 26 kali kata ‘beta’
muncul sebagai ganti nama untuk raja, dan perkataan ‘saya’ hanya ditemui sekali
sahaja.
Begitu juga perenggan berikut yang menggunakan kata melampau (ditandai dengan
huruf tebal) dan digabungkan dengan sedikit kata lewah (ditandai italik), iaitu:
barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah
kiranya pada Gurnadur yang memerintahkan tadbir
dalam negeri kota Pulau Pinang, yang arif bijaksana
pada jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta
berkasih-kasihan yang tiada berhingga dan
berkeputusan antara kita kedua pihak ini akan
menjadi kebajikan (ma)s(y)rik dan magrib. (L3)
Kata melampau ini juga ditemui dalam surat Sultan Ibrahim dari Selangor kepada
Francis Light. Baginda mengklasifikasikan imam sebagai ‘padri’ (ejaan baku:
paderi) dalam frasa selengkapnya, “Padri kita bernama Haji Kasim....”
Menyamaratakan kedudukan ‘padri’ setaraf dengan ‘imam’ dianggap sebagai kata
yang melampau kerana raja telah menyalahgunakan perbendaharaan katanya untuk
menyesuaikan dirinya dengan kata Eropah itu. Padahal perkataan ini tidak perlu
digantikan kerana raja mempunyai perbendaharaan Melayu untuk menyatakannya
dalam bahasa ibundanya sendiri. Lebih-lebih lagi, sejak awal bahasa Melayu telah
digunakan secara menyeluruh untuk menulis warkah kepada Inggeris. Pengetahuan
84
bahasa Melayu Francis Light tidak seharusnya diragui sehinggakan sultan perlu
menyamakan kata ‘padri’ sebagai ‘imam’, kerana ini jelas ia satu kesalahan dari
sudut semantik juga.
Kesimpulannya, dengan membandingkan Surat-Surat Light dengan Surat-Surat
Sultan Abdul Hamid didapati kata melampau berkurangan dengan kadar yang banyak
pada sela tahun 1886-1894 ataupun boleh dikatakan sudah tidak begitu menonjol
lagi.
4.1.4 Kata Halus
Bunga-bunga bahasa seperti peredaran atau perkitaran cakerawala terdapat dalam
kedua-dua zaman. Bagaimanapun dalam warkah Sultan Abdul Hamid, kata ini tidak
digunakan langsung untuk mengirim surat kepada Siam. Tiga daripada enam surat
yang dikaji dalam SSL menggunakan kata kunci ‘cakerawala’, ‘matahari’ dan
‘bulan’. Surat L2 menggunakan kata kunci yang sama tetapi disebut dalam bahasa
Arab pada kata sapaan. Sementara itu, dalam SSAH (sila rujuk H4 dan H6) juga
menggunakan bunga-bunga bahasa yang sama:
L4 – selagi ada peredaran cakrawala matahari dan bulan perkisaran malam
dan siang
L5 – selama ada cakerawala matahari dan bulan
L6 – selagi ada perkitaran cakrawala matahari dan bulan
H4 – selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan
H6 – selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan
85
Walaupun penggunaan bunga bahasa ‘cakerawala matahari’ dan ‘bulan ini’, kurang
digunakan dalam surat Sultan Abdul Hamid, namun ini bukannya bermakna kata itu
sudah tidak popular dan akan ditinggalkan oleh si penulis surat. Seperti yang
dinyatakan sedari awal, Surat-Surat Sultan Abdul Hamid melalui proses tekanan
ekoran ‘penjajahan’ Siam (disebut naungan), ke atas Kedah, menjadikan kaedah
menulis surat beradat tidak dapat disempurnakan dengan baik seperti warkah-warkah
baginda sebelumnya.
Selain itu, SSL lebih banyak menggunakan bunga-bunga bahasa dan dalam maksud
dan maknanya berbanding dengan SSAH. Berikut adalah sebahagian daripada kosa
kata yang membentuk bunga-bunga bahasa dalam warkah sosial diraja. Hal ini sukar
ditemui dalam SSAH.
L2 – melayangkan sekeping kad
L4 – hanyalah berdoa daripada tiap2 hari malam dan siang
L5 – masygul hati serta kesusahan dengan percintaannya
L5 – beroleh sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya
L5 – ke negeri yang fana ke negeri yang baka
SSL lebih banyak menggunakan kata bertimbal untuk melahirkan impak pada
penggunaan bunga-bunga bahasa. SSAH kecuali H4, meninggalkan aspek bunga-
bunga bahasa ini. Penggunaan bunga-bunga bahasa ini, bertujuan untuk memperkaya
dan mengagungkan budaya surat beradat dalam Kesultanan Melayu.
86
4.1.5 Kata Kiasan/Metafora
Kata kiasan lebih banyak digunakan dalam SSL berbanding SSAH. Sultan Abdul
Hamid lebih bersikap berterus terang dan terus kepada persoalan apabila menulis
surat kepada gabenor. Sesuatu yang indah untuk diperhatikan di sini ialah
penggunaan perlambangan negeri Perak sebagai seorang perempuan. Sultan Perak
cuba melahirkan perasaan tidak senang hati kepada campur tangan Inggeris dengan
memilih bahasa kiasan yang dalam maksudnya. Perhatikan dalam petikan (L3) ini:
Adapun akan negeri Perak ini adalah umpama
perempuan yang elok tetapi sungguhpun elok ada pula
lakinya, maka lakinya itu terlalu cemburu {n}nya.
Dalam pada itu pun ada pula orang berkehendak akan
perempuan itu, maka iaitu terlalu suka, tetapi lakinya
itu terlalu amat karas apalah dianya perempuan itu.
Maka negeri Perak pun demikian itulah, maka
hendaklah Gurnadur baik2 bicara, adapun yang karas
itu d q-nya pun di atas karas juga. Gurnadurlah yang
lebih tahu akan perintah itu.
Selain itu, bahasa kiasan juga digunakan oleh Sultan Terengganu (L5) untuk
menyatakan bahawa pemberiannya (kain) untuk Light dan Kapitan Scot sebagai, “
...tiadalah sepertinya umpama bunga setangkai juga.” Kerendahan hati raja
dinyatakan secara berkias dan indah sekali. Hal ini dapat disandarkan pada
penggunaan bahasa sangat cocok berdasarkan waktu warkah-warkah ini ditulis.
Penghujung abad ke-18, adalah waktu di mana sultan masih terikat dengan
kesusasteraan tradisi menjadikan bahasa diraja juga menjadi halus dan menarik serta
penuh dengan kiasannya.
87
4.1.6 Kata Pinjaman Arab/Parsi
Peminjaman kosa kata atau frasa Arab/Parsi digunakan dengan meluas pada kata
pembuka warkah dalam SSL. Bagaimanapun peminjaman kata Arab/Parsi langsung
tidak digunakan sama sekali apabila Sultan Abdul Hamid menulis warkah kepada
Gabenor Siam. Keadaan ini demikian kerana Sultan Abdul Hamid ‘terpaksa’
menggunakan kata-kata daripada bahasa Siam dalam kata pembuka warkah baginda.
Malah sultan tidak juga dapat menggunakan namanya sendiri yang berbau pengaruh
Arab dan Parsi dalam perenggan pembuka warkah tersebut. Hal ini mungkin juga
dapat dikaitkan yang wakil Raja Siam sekadar orang kebanyakan dan sultan tidak
perlu berlebih-lebihan dalam memuji wakil tersebut dalam surat-menyuratnya.
Alasan yang kedua, Siam juga ingin menunjukkan ciri-ciri penjajah, ini membuat
sultan ‘tidak mahu merapatkan diri’ sebagaimana sikapnya yang lebih terbuka
apabila berutus surat dengan Gabenor/Pembesar Inggeris.
Sila rujuk sampel H1, H2 dan H3, seperti yang tertera dalam Rajah 4.1 untuk
perbincangan berikut:
Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan
Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa
L1 - tiada - H1 - tiada - Digunakan
dengan meluas
dalam kata
pembuka surat.
L2 warkat al-ikhlas,
hadrat, Darulkhusus,
masyhur dan miskin
H2 - tiada -
L3 Salam lillah ta’ala al-
dawam ma damat al-
layl wa-al-ayyam,
H3 - tiada -
88
Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan
Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa
sayid al-anam, berkat,
doa, maulana,
Khalifah al-rahim,
berdaulat, zill Allah fi
al-alam, arif,
syahadan, (ma)s(y)rik
dan magrib
Sultan Abdul
Hamid tidak
menggunakan
kata pinjaman
Arab/Parsi
apabila menulis
kepada gabenor/penguasa
Siam.
Penggunaan
Gelaran dan
pengenalan
Sultan melalui
nama Arab/Parsi
baginda,
ditonjolkan secara
terang-terang dalam surat-surat
Sultan Abdul
Hamid (H3, H4,
H5) kepada
gabenor atau
residen.
L4 ikhlas, diwasilkan,
Hannan al-Mannan,
izzat, saadat, afiat, al-
mubarak, masyhur,
taulan, muafakat,
walafiat, saadat,
sultan, syahadan, dan
al-mubarak
H4 Warkatul ikhlas,
tahfadul Janas,
termaktub, taslim dan
tahshim, tahmitul
afkham, tahsitul azim,
walatuhim, ibni,
Almarhum,
Mukarram, Shah,
Darulaman,
diwasilkan, wajadal
ikramalla wajidil akzal
arashad, majlis, arif,
masyhur, uthan,
dimaklumkan,
baladan, gharib-gahrib
(gharib), ajiab, karib,
baaid dan wa baadah,
89
Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan
Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa
L5 warkat al-ikhlas, fuad
al-zakiah, diwasilkan,
ibn, al-Marhum,
diwasilkan, Khaliq al-
alam, istikam
(istifham), syahadan,
afiat, arif, khayr dan
Allah
H5 ahwal dan faham
L6 ikhlas, dan masyhur H6 ikhlas, syak, ibni,
Almarhum, Mukarram
Shah, Darul Aman,
diwasilkan, arif,
mashyur, karib, baaid
dan wa baadaa
Rajah 4.1 – Penggunaan Kata Pinjaman Arab/Parsi dalam Kata Pembuka
Bagaimanapun kata pinjaman Arab/Parsi masih digunakan oleh sultan dalam sampel
H4 dan H6, apabila sultan dengan panjang lebar memuji sahabatnya dalam kata
pembuka. Hal ini demikian kerana, dalam sampel H4 misalnya, sultan menulis
dengan penuh emosi apabila mendapat tahu sahabat baginda, Tuan William Edward
Maxwell (Residen Selangor) mendapat kurniaan pangkat daripada Queen Victoria.
Dalam melahirkan perasaan dengan keindahan berbahasa, baginda sedar bahasa Arab
mempunyai kosa kata yang banyak dan cantik serta halus untuk mengungkap seluruh
perasaan terharu baginda itu. Hal ini dibuktikan lagi, dengan sampel H4 mempunyai
90
dua kata pembuka warkah. Kosa kata Arab Parsi (huruf tebal dalam Rajah 4.2)
menguasai sebahagian besar kata puji-pujian.
SAMPEL KATA PEMBUKA
H4 Pujian-pujian 1
Warkatul ikhlas dan tahfadul Janas yang termaktub di dalam
taslim dan tahshim yang ditakrifkan dengan tahmitul afkham dan
tashitul azim kasih sayang yang sangat mesra serta suci hati bala ribu
walatuhim selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan.
Daripada Beta Sultan Abdul Hamid ibni Almarhum Yang Dipertuan
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang
memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darulaman serta jajahan
takluknya.
Puji-pujian 2
Barang yang diwasilkan oleh Tuhan seru sekalian alam kiranya datang
ke hadapan wajadal ikramalla wajidil akzal arashad majlis Sahabat
Beta Tuan William Edward Maxwell C.M.G. Berhormat British
Residen Negeri Selangor serta sekalian jajahan takluknya yang sangat
arif bijaksana masyhur kepujian sampai kepada sekalian uthan dan
baladan yang sangat mahir mengaturkan perkataan yang gharib-
gharib dengan ibarat yang ajiab serta mesra berpatutan pula di atas
jalan berkasih-kasihan dan bertolong-tolongan pada sekalian sahabat
handai karib dan baaid wa baadah dari itu barang dimaklumkan jua
kiranya.
Rajah 4.2 – Kata Pembuka Warkah dalam Surat Sultan Abdul Hamid kepada
Residen Selangor, 2 Syaaban 1309
Ini menunjukkan sultan menguasai kata-kata dan bahasanya sama ada untuk berubah
atau mengekalkannya. Penggunaan gelaran dan pengenalan sultan melalui nama
Arab/Parsi, telah ditonjolkan dengan jelas lagi terang seperti dalam perenggan kata
91
pembuka SSL (L2, L3, L4 dan L5) daripada raja-raja Melayu dan juga di perenggan
kata pembuka SSAH (H4, H5 dan H6) kepada Gabenor/Residen Inggeris. Dengan
merujuk kepada sampel H5, tidak dinafikan puji-pujian dalam kata-kata Arab/Parsi
pada pembukaan kata dilihat semakin berkurangan. Bagaimanapun ini tidak dapat
dijadikan kayu pengukur yang penggunaan bahasa Arab/Parsi semakin merosot.
Adalah lebih tepat jika dikatakan, sultan mempunyai kecenderungan untuk memilih
kata pinjaman yang lain, di luar kebiasaan warkah sosial diraja. Malah sudah wujud
suatu aliran pada sultan untuk menggunakan bulan Masihi dan tidak lagi bulan
Hijriah, sila rujuk petikan kata pembuka warkah H6 pada perenggan pembukaan
surat ini.
Ahwal maka adalah surat Sahabat Beta beri mari
kepada Beta yang tertulis kepada 30 haribulan Mei
1892 itu sudahlah sampai kepada Beta dengan
selamatnya dan fahamlah Beta segala yang tersebut di
dalamnya.
Keadaan ini bercanggah sekali dengan SSL (1786-1794) di mana sultan seolah-olah
melengah-lengahkan akan tujuannya menulis surat (kepada Francis Light) dengan
penggunaan pinjaman bahasa Arab yang banyak untuk memuji diri sendiri mahupun
memuji Francis Light. Sebagai memperjelas hal ini sila rujuk perkataan yang
berhuruf tebal hasil pinjaman frasa atau kosa kata Arab/Parsi seperti dalam contoh-
contoh berikut:
L2 – ...warkat yang ikhlas yang terbit daripada hati yang putih lagi jernih iaitu
daripada Maulana Sultan Ibrahim Raja...
L3 – Khalifah al-rahim johan berdaulat zill Allah fi al-alam yang di atas