KEBERKESANAN KURSUS BAHASA MELA YU ILMIAH (PU 1092) DAN PEMBELAJARAN PENYELIDIK IDRIS MOHO RADZI, NORLIZA JAMALUDDIN, DR. SULAIMAN MASRI, SAMSUDIN SUHAILI PENYELlDlK BERSAMA AHMAD KHAIR MOHO NOOR, SERI LANANG JAY A HJ. ROHANI, ZAlNAL ABIDIN MOHO SHAARI, NIK HASSAN BASRI NIK ABD. KADIR, HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZW AN, RAZALI A YOB, HAMID AW ANG, ABU HASSAN ABDUL, ZULKIFLI OSMAN, MARLIN I IDRIS, KHAIRUL AZAM KOD PENYELIDIKAN UPSI :-U-r:ur:05-01 AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050510 2003
24
Embed
NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KEBERKESANAN KURSUS BAHASA MELAYU ILMIAH (PU 1092) DANPEMBELAJARAN
PENYELIDIK
IDRIS MOHO RADZI, NORLIZA JAMALUDDIN, DR. SULAIMAN MASRI,SAMSUDIN SUHAILI
KOD PENYELIDIKAN UPSI :-U-r:ur:05-01AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050510
2003
KANDUNGAN
Halaman
Kandungan
Senarai Gambar Rajah dan Jadual II - III
Latar Belakang 1 - 2
Bahasa Melayu I1miah 2 - 3
Penyataan Masalah 3-4
Tujuan Kajian 4-5
Soalan Kajian 5
Kepentingan Kajian 5 - 7
Batasan Kaj ian 7
Sorotan Literatur 7 - 26
Reka Bentuk dan Kaedah Kajian 26
Populasi dan Sampel Kajian 26 - 28
Alat Kajian 28 - 30
Prosedur Pengumpulan Data 30 - 31
Penganalisisan Data 31 - 33
Dapatan Kajian 33 - 64
Rumusan Kajian 64 - 67
Cadangan 67 - 71
Bibliografi 71 - 74
Lampiran A - Jadual Analisis Dapatan KajianLampiran B - Soalan UjianLampiran C - Soal Selidik
74
SENARAI GAMBAR RAJAH DAN JADUAL
Senarai Gambar Rajah
Bil Tajuk ! Halaman
1. Kerangkan Analisis Perbezaan Min I 33
Senarai Jadual
Bil Tajuk Halaman
1. Bangsa Responden 27
2_ Jantina Responden 27
" Gred Bahasa Melayu Responden Dalam SPM 27J_
4_ Saluran Kemasukan Responden Ke UPSI 28
5_ Program Pengajian Responden Di UPSI 28
6_ Tahap Kebolehpercayaan Soal Selidik Berasaskan Subkategori 29
7_ Min Objektif Kursus Bahasa Melayu Ilmiah Secara Keseluruhan 35
8_ Min ObjektifKursus Bahasa Melayu Ilmiah Berasaskan Jantina 36
9_ Min Pengukuhan Penggunaan Bahasa Melayu Secara Keseluruhan 39
10_ Min Pengukuhan Penggunaan Bahasa Melayu Berasaskan Jantina 40
11. Min Kerelevanan Kursus Bahasa Melayu I1miah Secara 44
Keseluruhan
12_ Min Kerelevanan Kursus Bahasa Melayu I1miah Berasaskan Jantina 45
13_ Min Tahap Kecukupan Kurikulum Kursus Bahasa Melayu I1miah 50
Secara Keseluruhan
14 Min Tahap Kecukupan Kurikulum Kursus Bahasa Melayu Ilmiah 51Berdasarkan Jantina
15_ Min Perkhidmatan Yang Diberi Secara Keseluruhan 54
II
16. Min Perkhidmatan Yang Diberi Berdasarkan Jantina 56
17. Min Bentuk Penzaiaran Pensvarah Secara Keseluruhan 59
18. Min Bentuk Pengajaran Pensvarah Berdasrkan Jantina 61
111
1. Latar Belakang
Kertas Bahasa Melayu bertarafwajib di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang
mula ditawarkan kepada pelajar pada sesi 1997/98 mempunyai dua tujuan: pertama, bagi
memelihara status institusi ini, yang pada masa itu bergelar Sultan Idris Training College
(SITCi, sebagai pusat melatih guru berketurunan Melayu terulung di rantau ini. Pada
masa itu, SITC dianggap pusat pengajian Melayu yang tersohor. Ini selari dengan
tanggapan,"
... timbul semacam kesan dalam fikiran setengah-setengah orang luar bahawa
kalau pergi ke maktab kita haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul, yang baku
dan dalam bentuk bahasa persuratan ..."
(Awang Had, 1993:58). Kedua, kursus ini
ditawarkan untuk membantu pelajar memahami dan mengamalkan bahasa Melayu yang
betul selaras dengan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan yang lebih
penting sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.
Untuk merealisasikan hasrat ini Program Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris dipertanggungjawabkan untuk menggubal kurikulum
dan melaksanakan pengajaran kursus tersebut yang dikenali sebagai Kursus Bahasa
Melayu Akademik. Pada peringkat awal, Program Bahasa Melayu memperkenalkan tiga
kursus yang setiap satunya bernilai 2 kredit. Kursus tersebut ialah PU 1062 Bahasa
Melayu Akademik I yang menekankan kemahiran bertutur dan mendengar, PU 2072
Bahasa Melayu Akademik II yang banyak menekankan aspek pembacaan, dan PU 3082
Bahasa Melayu Akademik III yang menekankan kernahiran menulis.
Bagi ambilan 2000/2001 terdapat perubahan yang besar dalam struktur pengajian
di UPSI. Struktur pengajian yang dahulunya berjumlah 127 kredit kini dikurangkan
menjadi 110 kredit sahaja. Selari dengan perubahan tersebut. semua kursus yang
1 Ditubuhkan pada 1922. Pada 1958 ditukar nama menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). pada1987 mcnjadi Institut Pcrguruan Sultan ldris (IPSI) dan pada Me: 19\)7 dinaik taraf menjadi Universiti(UPSI).
ditawarkan kepada pelajar sebelumnya, disemak semula bagi menyesuaikannya dengan
struktur pengajian yang baharu. Beberapa kursus dikurangkan kreditnya termasuk kursus
Bahasa Melayu Akademik. Kursus ini dikurangkan menjadi dua kredit sahaja dan nama
serta kod kursus diubah menjadi PU 1092 Bahasa Melayu Ilmiah.
2. Bahasa MeJayu I1miah
Pengurangan kredit daripada 6 kepada 2 memaksa Program Bahasa Melayu menggubal
semula kurikulum yang sedia ada. Proses penggubalan ini dibuat dengan teliti bagi
memastikan aspek penting yang disentuh dalam kurikulum lama itu dapat dikekalkan.
Akhirnya, sebanyak 11 tajuk dipilih untuk dimuatkan dalam kurikulum Bahasa Melayu
Ilmiah ini, iaitu (1) Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi, (2) Kemahiran Lisan Formal,
(3) Pembacaan Pantas, (4) Pembacaan Interaktif, (5) Pembacaan Teliti, (6) Format dan
Protokol Dalam Prapenulisan Ilmiah, (7) Laras Bahasa dalam Penulisan Ilmiah, (8)
Koheren dan Kohesi, (9) Pemerengganan, (10) Teknik Persembahan dalam Penulisan
llmiah, dan (11) Penyuntingan. Tajuk yang dinyatakan di atas tidak termasuk kemahiran
tatabahasa. Kepersisan tatabahasa memang dititikberatkan dan diajarkan secara langsung
(incidental) dalam kesemua topik tersebut.
Memandangkan jam interaksi dengan pelajar agak terbatas, sedangkan pada masa
yang sarna ada pihak yang mahukan supaya objektif penawaran kursus ini tidak terjejas,
maka teknik pelaksanaan pengajarannya juga turut mengalami perubahan. Melalui
pendekatan baharu, penyampaian ilmu dibuat dalam tiga mod: pertama melalui modul,
kedua melalui kuliah, dan ketiga melalui aktiviti di luar waktu kuliah seperti aktiviti lisan
dan bertulis.
2
Pelajar diwajibkan memiliki modul yang ditulis berdasarkan 11 tajuk yang
dinyatakan di atas. Dalam modul tersebut disediakan huraian ringkas dan latihan yang
sesuai. Pensyarah memantau dan membimbing setiap latihan yang dilakukan pelajar. Sesi
kuliah dijalankan dalam kelas-kelas kecil, yang setiap satu tidak melebihi 40 orang. Oleh
sebab saiz kelas yang agak kecil pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centred
learning) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap aktiviti seperti perbincangan, forum,
dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan dengan lebih aktif Di samping itu,
dijalankan aktiviti di luar waktu kuliah. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan setiap
aktiviti pembelajaran dalam kelas (ADK) seperti latihan merujuk buku di perpustakaan,
menulis esei berasaskan tajuk yang dipilih, dan membuat folio. Aktiviti ini dijangka
mampu mengukuhkan kemahiran pelajar terhadap teori yang dipelajari melalui modul
dan kuliah.
3. Penyataan Masalah
Kajian ini dibuat berdasarkan dua permasalahan: Pertama, kepelbagaian latar belakang
pengalaman bahasa dan kelulusan pelajar yang memasuki UPSI, dan kedua, jangka masa
penawaran kursus serta perubahan yang berlaku terhadap kursus tersebut berdasarkan
penilaian yang dilakukan kemudian.
Pelajar yang memasuki universiti ini melalui pelbagai saluran, iaitu melalui Sijil
Tinggi Persekolahan (STPM), Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Diploma
yang diiktiraf oleh Senat Universiti, dan guru yang berkhidmat lebih daripada 5 tahun.
Walaupun syarat minimum bagi pelajar yang memasuki UPSI dikehendaki memiliki
sekurang-kurangnya kredit dalam subjek Bahasa Melavu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), namun pengalaman bahasa mereka berbeza-beza. Natijah daripada
pengalaman pendidikan yang berbeza-beza ini, keupayaan dan kemahiran bahasa pelajar
juga turut pelbagai.
Kurikulum kursus ini mengalami perubahan yang agak besar walaupun baru lima
tahun dilaksanakan di UPSI. Dua perubahan penting; jam kredit dikurangkan, dan
pelaksanaan pengajaran ditukar. Sehubungan itu, pada peringkat awal, kursus ini banyak
dikendalikan oleh tenaga yang dipinjam dari luar kerana bilangan tenaga pengajar tetap
di Fakulti Bahasa tidak mencukupi. Apabila jam kredit dikurangkan pula, semua kelas
dikendalikan oleh pensyarah fakulti sendiri.
Perbezaan pelajar dan perubahan kurikulum ini dijangka mempengaruhi
keberkesanan pengajaran kursus PU 1092 ini. Oleh itu, pengkaji berpendapat satu kajian
penilaian secara menyeluruh tentang keberkesanan kurikulum dan tenaga pengajar perlu
dilakukan bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara optimum.
4. Tujuan Kaj ian
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai semula keberkesanan kursus Bahasa Melayu
Ilmiah (PU 1092) yang ditawarkan kepada pelajar. Setelah lima tahun ditawarkan kepada
pelajar, dilakukan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan pelaksanaannya terutama
jam interaksi pelajar dengan tenaga pengajar. Pengkaji berpendapat perubahan ini
berpotensi menjejaskan sedikit banyak keberkesanan kursus itu kepada pelajar. Oleh
itu, secara khusus kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan kursus ini melalui
respons daripada pelajar yang terlibat; mengetahui sejauh mana objektif kurikulum
4
kursus tercapai; dan, secara tidak langsung menilai keberkesanan perkhidmatan dan
penyampaian pensyarah.
5. Soalan Kajian
Berdasarkan objektif yang dihuraikan di atas, beberapa soalan digubal bagi memberi
fokus kepada kajian tersebut. Sehubungan itu, kajian ini cuba mencari jawapan kepada
soalan-soalan yang dinyatakan di bawah:
5.1 Sejauh manakah kursus Bahasa Melayu Ilmiah berjaya mencapai
objektifnya?
5.2 Sejauh manakah kursus Bahasa Melayu Ilmiah membantu memperkukuh
penguasaan bahasa Melayu?
5.3 Sejauh manakah kursus Bahasa Melayu Ilmiah ini reIevan dengan pelajar
universiti?
5.4 Sejauh manakah kurikulum ini mecukupi untuk menyediakan pelajar yang
mahir berbahasa Melayu?
5.5 Sejauh manakah perkhidmatan yang diberi membantu mempertingkatkan
penguasaan bahasa Melayu?
5.6 Sejauh manakah bentuk pengajaran pensyarah membantu
mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar?
6. Kepentingan Kajian
Kajian ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak. antaranya Program Bahasa
Melayu, tenaga pengajar, pelajar dan UPSI sendiri.
6.1 Manfaat kepada program, antaranya sebagai usaha memantapkan
penggunaan bahasa Melayu baku dalam pelbagai aspek seperti ejaan,
tatabahasa, dan pemasyarakatan bahasa Melayu sebagai linguafranca, dan
sebagai bahasa pengantar ilmu pelbagai disiplin termasuk sains dan
teknologi.
6.2 Manfaat kepada tenaga pengajar, antaranya dapat memberikan kemahiran
dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan di samping
menguasai pelbagai aspek terkini dalam bidang kebahasaan yang
diusahakan oleh pakar bahasa dan linguistik Melayu, dan badan perancang
bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
6.3 Manfaat kepada pelajar, antaranya dapat mengetahui, menguasai dan
mengaplikasikan komponen dan selok-belok penggunaan bahasa Melayu
yang betul bukan sahaja dalam disiplin yang bertunjangkan budaya dan
alam Melayu tetapi juga dalam disiplin ilmu yang diajarkan dalam bahasa
kebangsaan.
6.4 Manfaat kepada UPSI, antaranya dapat bersama-sama memantapkan
penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja di kalangan tenaga pengajar dan
pelajarnya tetapi juga dalam urusan pengurusan dan pentadbiran di
universiti dan dengan pihak luar yang menggunakan bahasa Melayu.
6
7. Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan berdasarkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) PU 1092 - Bahasa
Melayu Ilmiah dari semester Mei 200012001 hingga semester November 2001/2002.
Bahan yang digunakan ialah 11 topik yang terkandung dalam modul Bahasa Melayu
Ilmiah. Topik tersebut adalah (1) Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi, (2) Kemahiran