DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH. 1 NMK lwn MFD [Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Saman No.: 10010-055-0557-2018 (Tuan Norhazli Bin Rahim, HMRS)] [18 Zulkaedah 1439H bersamaan 31 Julai 2018] Undang-Undang Keluarga Islam – Tuntutan Cerai secara Fast Track – Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – Lafaz Cerai Talaq Sepuluh Tanpa Kebenaran Mahkamah Fakta Kes [1] Plaintif, NMK dan Defendan, MFD telah bernikah pada 4hb September 2005. Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan tidak dikurniakan cahayamata. [2] Pada 31 Julai 2018 Plaintif telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan bagi memfailkan satu tuntutan cerai secara fast track di bawah peruntukkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (2003) Negeri Selangor. [3] Sewaktu prosiding fast track dijalankan, Plaintif telah mengesahkan bahawa Plaintif berada di dalam keadaan suci daripada haid, tidak mengandung. Plaintif dan Defendan juga tidak pernah bercerai sama ada di luar atau di dalam mana-mana Mahkamah Syariah sebelum ini. Plaintif dan Defendan dengan rela dan suci hati serta tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak bersetuju untuk bercerai pada hari tersebut.
13
Embed
NMK lwn MFD - jakess.gov.my Perceraian... · borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi – (a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.
1
NMK lwn MFD
[Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Saman No.: 10010-055-0557-2018 (Tuan Norhazli Bin Rahim, HMRS)]
[18 Zulkaedah 1439H bersamaan 31 Julai 2018]
Undang-Undang Keluarga Islam – Tuntutan Cerai secara Fast Track – Seksyen 47
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – Lafaz Cerai Talaq
Sepuluh Tanpa Kebenaran Mahkamah
Fakta Kes
[1] Plaintif, NMK dan Defendan, MFD telah bernikah pada 4hb September 2005.
Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan tidak dikurniakan
cahayamata.
[2] Pada 31 Julai 2018 Plaintif telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala
Selangor, Selangor Darul Ehsan bagi memfailkan satu tuntutan cerai secara fast
track di bawah peruntukkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(2003) Negeri Selangor.
[3] Sewaktu prosiding fast track dijalankan, Plaintif telah mengesahkan bahawa
Plaintif berada di dalam keadaan suci daripada haid, tidak mengandung. Plaintif
dan Defendan juga tidak pernah bercerai sama ada di luar atau di dalam mana-mana
Mahkamah Syariah sebelum ini. Plaintif dan Defendan dengan rela dan suci hati
serta tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak bersetuju untuk bercerai
pada hari tersebut.
DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.
2
[4] Setelah Mahkamah berpuashati dengan alasan-alasan Plaintif untuk bercerai serta
setelah mendapat persetujuan secara lisan daripada Defendan untuk menceraikan
Plaintif pada hari tersebut, Mahkamah telah membenarkan dan mengarahkan
Defendan untuk melafazkan cerai talak satu.
[5] Satu salinan teks “lafaz cerai talak satu” telah diberikan kepada Defendan sebagai
panduan bagi Defendan melafazkan cerai. Walaubagaimanapun, Defendan telah
mengubah lafaz bacaan teks “lafaz cerai talak satu” tersebut dengan melafazkan
“Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh”.
Lafaz tersebut telah direkodkan oleh Mahkamah pada jam 10.20 pagi.
Diputuskan
Kes ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif dan kehadiran Defendan.
SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH
DIHAKIMKAN seperti berikut;
1) Mahkamah menolak permohonan ini berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan meminda permohonan ini
kepada Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003.
2) Mahkamah mensabitkan lafaz yang dibuat tanpa kebenaran Mahkamah oleh
Defendan pada 31 Julai 2018 dengan lafaz “Bahawa saya MFD menceraikan isteri
saya NMK dengan talaq sepuluh” adalah sah dan menjatuhkan talaq.
3) Mahkamah memutuskan mulai tarikh tersebut, jatuhlah talaq tiga kali pertama
berjumlah tiga talaq secara talaq ba-in kubra terhadap Plaintif dengan ber’iddah
selama tiga kali suci.
DOKUMEN INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN MAHKAMAH.
3
4) Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama
Islam Daerah Kuala Selangor dan Surat Perakuan Nikah No. XXXXXX Bilangan
Daftar Nikah XXX/05 Negeri Selangor dibatalkan.
Peguam Syarie
Plaintif : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie
Defendan : Tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie
Surah Al-Qur`an Yang Dirujuk
1. Surah Al-Baqarah : ayat 229.
2. Surah Al-Ahzab : ayat 28.
Kitab Yang Dirujuk
1. Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh – Dr. Wahbah Az-Zuhaili,( juzuk 9, muka surat
6927- 6935 Dar Al-Fikr 1997 ).
2. Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar`ah wal-Baitil Muslim Fi al-Syariah al-Islamiyyah
– Dr. Abdul Karem Zaidan ( Juzuk 8 , Terbitan 1997 oleh Muassasah Al-Risalah).
3. Al-Muwatthā, Jilid 2, halaman 79
4. Al-Umm, Jilid 5, halaman 138
5. Muhammad bin Muhammad al-Khotēb al-Syarbini, Imam. 1994. Mughnī al-Muhtāj