Nilai DipersetujuiTuntutan 100% akan dibayar mengikut nilai yang
dipersetujui sehingga 12 tahun untuk kenderaan Nissan sekiranya
berlaku tuntutan Kerugian Menyeluruh disebabkan oleh kemalangan
atau kecurian.
Pembayaran Tunai TambahanAnda akan menerima pembayaran
tunaitambahan sebanyak 20% dari Jumlah Diinsuranskan atau maksimum
RM3,000sekiranya berlaku tuntutan Kerugian Menyeluruh disebabkan
oleh kemalangan atau kecurian.
Kecurian Ragut Melalui TingkapPampasan sehingga RM500 untuk
kehilangan barangan peribadi akibat cermin depan dan tingkap kereta
yang dipecahkan kerana kes ragut semasa kenderaan sedang dipandu.
Laporan polis mesti dibuat dalam tempoh 24 jam selepaskejadian.
Elaun Bantuan BanjirAnda layak menerima elaun sehingga RM1,500
sekiranya berlaku kerosakan kereta akibat banjir. Kerja-kerja
pembaikan boleh dibuat dimana-mana pusat servis sah Nissan.
Perlindungan Penjagaan KunciAnda akan menerima pampasan sehingga
RM1,500 untuk kos pembaikan atau penggantian kunci kereta sekiranya
hilang dan rosak akibat kecurian, rompakan atau pecah
rumah.Kerja-kerja pembaikan boleh dibuat di mana-mana pusat servis
sah Nissan.
Pengecualian Caj PenambahbaikanAnda tidak perlu bayar sebarang
kos penggantian alat ganti tulen yang baru untuk kenderaan Nissan
yang berumur sehingga 10 tahun. Kerja-kerja pembaikan mesti dibuat
di mana-mana pusat servis sah Nissan.
Elaun Penggantian KeretaAnda layak menerima elaun sebanyak RM150
sehari, maksimum sehingga 3 hari untuk kerja pembaikan kereta
berdasarkan tempohpembaikan yang dianggarkan oleh Adjuster
sekira-nya berlaku tuntutan kerosakan sendiri (tidak termasuk
Kerosakan Sendiri - Knock for Knock).
Perlindungan untuk semua pemanduEkses RM400 dikecualikan untuk
pemandu yang tidak dinamakan dalam polisi. Pemandu berusia 21 tahun
ke bawah atau memegang lesen memandu Percubaan/ Pelajar tidak
dikecualikan.
24/7 RSA (Bantuan Khidmat Kerosakan 24 Jam)Bantuan penundaan
sehingga RM400 bagi setiap tundaan ke pusat servis sah Nissan yang
terdekat.
Bantuan Khidmat Pembaikan KeretaKos buruh percuma sehingga 2 jam
untuk kerja pembaikan mudah (contoh jump-start, menukar bateri dan
tayar, dll). Kos alat ganti ditanggung oleh anda.
Bantuan Menunda Insiden KemalanganKami menyediakan perkhidmatan
menunda percuma dari lokasi kemalangan ke pusat servis sah Nissan
yang terdekat.
Bantuan Menunda Kerosakan diluar Malaysia(03- 4047 5223)i.
Bantuan menunda akan diaturkan sekiranya kenderaan anda mengalami
kerosakan di Thailand, Singapore dan Brunei. Kenderaan akan ditunda
ke bengkel pilihan dan kos menunda ditanggung oleh anda.ii.
Penghantaran balik kenderaan akan diaturkan di atas permintaan dan
kos ditanggung oleh anda.iii. Bantuan penundaan sehingga RM400
darisempadan Malaysia ke pusat servis sah Nissan yang terdekat.
Alat Ganti Tulen dan Waranti CatPenggantian alat ganti baru
tulen diberi jaminan selama 6 bulan atau jarak 10,000km (salah satu
yang berlaku dahulu). Waranti cat diberi jaminan selama 12
bulan.
Khidmat Kelulusan Tuntutan SegeraProses kelulusan tuntutan
segera untuk tuntutan kerosakan kurang daripada
RM20,000.Kerja-kerja pembaikan mesti dibuat dimana-mana pusat
servis sah Nissan.
Perkhidmatan Perubatan KecemasanJika situasi memerlukan
perubatan kecemasan, kami akan mengaturkan bantuan perubatan
melalui ambulans atau pengangkutan lain ke pusat perubatan
terdekat.
Khidmat Mesej KecemasanDalam situasi kecemasan dan di atas
permintaan anda, kami akan berusaha untuk menghubungi keluarga anda
untuk memberitahu merekamengenai situasi keadaan anda.
Proses Tuntutan Cepat dan MudahKami sedia membantu anda dari
penyerahan tuntutan sehingga mendapat kelulusan darisyarikat
insurans.
Pusat Servis & Cat Sah NissanTCEAS Body & Paint Center
adalah dikenali sebagai "pusat sehenti" pembaikan automotif.
Dilengkapi dengan peralatan diagnostik canggih dan produk pembaikan
yang baik, kamimemastikan kualiti kerja yang cemerlang untuk
kepuasan dan keyakinan pelanggan.
Perlindungan Kemalangan Peribadi (Tambahan)Dapatkan pilihan
perlindungan tambahan(Kemalangan Peribadi) yang berpatutan untuk
diri dan keluarga anda. Pakej menarik dari 2 syarikat insuran
terkemuka seperti MPI Generali danAXA Affin.
Nikmati manfaat hebat dengan Niscare, di bawah adalah untuk
memastikan semuanya berjalan lancar sekiranya berlaku
kemalangan.
UNTUK KETENANGAN ANDA
Niscare.M.V3.Sep.2020