Top Banner
Pusat Kesedaran Wanita NINA dan RAHSIANYA
36

NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Aug 31, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Pusat Kesedaran Wanita

NiNa dan

RahsiaNya

Page 2: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Pusat Kesedaran Wanita

Pusat Kesedaran Wanita (WCC), adalah sebuah badan sukarela yang berdedikasi untuk memperjuangkan kesaksamaan gender dan menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk hidup dalam masyarakat yang bebas dari keganasan.

Ditubuhkan pada 1985, WCC memberi perkhidmatan kaunseling, sokongan emosi, nasihat undang-undang dan tempat perlindungan bagi wanita yang dianiayai tanpa mengira etnik, agama dan latarbelakang sosial.

WCC menjalankan program seranta dan advokasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kami juga berkempen untuk penggubalan undang-undang yang berkaitan wanita dan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Kesedaran Wanita (WCC)241, Jalan Burma, 10350 Pulau Pinang, Malaysia.Tel: 04–228 0342 Faks: 04–228 5784Emel: [email protected] web: www.wccpenang.org

Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW)67A, Tingkat 1, Jalan Perai Jaya 4, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai.Tel: 04–398 8340 / 398 8341

Page 3: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

NiNa dan

RahsiaNya

Pusat Kesedaran Wanita

1

Page 4: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

PenulisPrema E Devaraj

TerjemahanSiti Najwa Mohd Khalid

SuntinganAbdur-Razzaq LubisShariza Kamarudin

Hasil dan terbitan Women’s Centre for Change (WCC)

Hakcipta terpeliharaMana-mana bahagian buku ini boleh diadaptasi,

dicetak semula dan dihasil semula untuk memenuhi keperluan individu mahupun kumpulan dengan syarat

mendapat kebenaran dari WCC.

© Women’s Centre for Change, PenangCetakan Pertama, 2007

Dikemaskini dan Cetakan Kedua, 2010Dikemaskini dan Cetakan Ketiga, 2014

ISBN 983-40052-8-3

TajaanLions Club of George Town

CetakanJutaprint, Pulau Pinang

Ilustrasi olehChin Mun Woh, C-Square Sdn Bhd

2

Page 5: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Nina, seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun, amat suka melukis. Dia sering berada di taman permainan yang terletak di hadapan rumahnya. Di situ, dia akan melukis apa saja yang dilihatnya.

3

Page 6: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Pada suatu hari, bapa saudaranya Pakcik Raman datang berjumpanya di taman permainan. Nina menunjukkan lukisannya dan Pakcik Raman memuji lukisan Nina.

4

Page 7: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Sebagai ganjaran, Pakcik Raman memberi Nina wang untuk membeli gula-gula sebagai hadiah. Nina rasa sangat gembira.

5

Page 8: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Dua hari kemudian, Nina kembali ke taman permainan untuk melukis sepohon pokok. Pakcik Raman datang berjumpanya sekali lagi dan memuji lukisan Nina. Nina berasa sangat bangga dengan lukisannya.

6

Page 9: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Nina dan Pakcik Raman menjadi kawan baik. Mereka selalu berjumpa di taman permainan.

7

Page 10: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Pada suatu senja, Pakcik Raman mengajak Nina menaiki keretanya dan mahu membelikannya aiskrim. Nina bersetuju kerana dia suka makan aiskrim.

8

Page 11: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Semasa berbual dalam kereta, tiba-tiba Pakcik Raman menyentuh ke dalam pakaian Nina. Nina berasa takut dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.

9

Page 12: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Pakcik Raman menyuruh Nina berjanji untuk merahsiakan perbuatannya. Pakcik Raman juga berkata bahawa ibu bapa Nina tidak akan mempercayainya jika Nina memberitahu mereka tentang hal tersebut.

10

Page 13: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Pakcik Raman membelikan aiskrim untuk Nina. Nina makan aiskrimnya tetapi senyap sepanjang perjalanan ke rumahnya.

11

Page 14: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Apabila sampai di rumah, ibu Nina menyambut kepulangan mereka. Ibu Nina bercakap sambil ketawa dengan Pakcik Raman. Nina hanya berdiam diri sahaja.

12

Page 15: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Sebelum Pakcik Raman pulang, dia memberi Nina wang untuk membeli gula-gula. Sambil itu, Pakcik Raman berbisik kepada Nina, “Ingat! Simpan rahsia kita.”

13

Page 16: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Nina berasa sangat keliru. Dia tidak tahu apa yang hendak dibuat. Sewaktu makan malam, Nina hanya berdiam diri. Ibu dan bapanya menjadi bimbang dan cuba bertanya apa yang berlaku, namun Nina tidak memberitahu mereka.

14

Page 17: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Keesokan hari, Nina pergi ke taman permainan dan duduk seorang diri di bawah sepohon pokok. Dia tidak melukis gambar apa-apa pun.

15

Page 18: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Di atas pokok tersebut ada seekor monyet. Si Monyet melihat Nina sedang bersedih lalu berkata, “Oi! Kenapa kamu tak melukis hari ini? Kenapa begitu sedih? Beritahulah saya!”

16

Page 19: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Tidak! Saya tidak boleh beritahu sesiapa. Ia adalah rahsia. Saya tidak harus beritahu sesiapapun,” kata Nina.

17

Page 20: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Ha? Kamu berasa sedih tetapi tidak boleh memberitahu saya kerana ia adalah rahsia?” tanya Si Monyet.

Nina berdiam sahaja.

18

Page 21: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Biar saya memberitahu kamu sesuatu tentang rahsia,” kata Si Monyet sambil memanjat turun dari pokok, “ada rahsia yang baik dan ada rahsia yang tidak baik.”

19

Page 22: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Rahsia yang baik biasanya membuatkan kamu berasa gembira dan ini adalah rahsia yang kamu boleh simpan,” kata Si Monyet.

“Tetapi jika rahsia itu membuat kamu rasa takut, sedih atau risau, maka ia adalah rahsia yang tidak baik. Kamu boleh memberitahu seseorang mengenainya.”

20

Page 23: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Tetapi bagaimana saya boleh memberitahu rahsia? Saya sudah berjanji dan telah makan aiskrim yang diberi olehnya,” kata Nina.

“Begini,” kata Si Monyet, “jika rahsia yang kamu simpan membuatkan kamu sedih, ia merupakan rahsia yang tidak baik. Kamu tidak perlu simpan rahsia yang tidak baik.”

21

Page 24: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Betulkah? Maksud kamu saya boleh beritahu?” tanya Nina.

“Ya,” kata Si Monyet, “kamu boleh beritahu seseorang yang kamu percayai seperti ibu, bapa ataupun guru.”

22

Page 25: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Nina menggelengkan kepalanya. “Memikir tentang rahsia itu membuatkan saya rasa takut dan mahu menangis,” kata Nina.

Si Monyet menghampiri Nina dan berkata, “Adalah okey jika kamu rasa hendak menangis bila rasa sedih atau takut.” 23

Page 26: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Pakcik Raman telah menyentuh saya dengan cara yang ‘tidak baik’. Ke dalam pakaian saya. Ia menyakitkan dan saya rasa takut. Kemudian dia memberikan saya aiskrim dan berkata ia adalah rahsia kami,” bisik Nina.

24

Page 27: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Si Monyet memeluk Nina dan berkata, “Apa yang dia lakukan adalah salah. Kamu tidak perlu simpan rahsia ini. Kamu perlu beritahu seseorang tentang apa yang telah berlaku.”

25

Page 28: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

“Bagaimana jika kamu memberitahu ibu bapa kamu? Mereka akan membantu kamu dan memastikan bahawa Pakcik Raman tidak lagi mengulangi perbuatan ini kepada kamu atau kepada sesiapapun. Kamu tidak perlu takut lagi,” kata Si Monyet.

26

Page 29: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Petang itu, Nina memberitahu ibu bapanya. Mereka sangat terkejut mengetahui perkara tersebut tetapi mempercayai kata-kata Nina.

27

Page 30: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Ibu bapa Nina memeluknya. Mereka berkata bahawa dia telah mengambil tindakan yang betul dengan memberitahu mereka. Sekarang mereka boleh mengambil tindakan supaya perkara itu tidak berulang lagi.

28

Page 31: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Nina merupakan seorang kanak-kanak yang sangat berani kerana memberitahu ibu bapanya tentang perkara yang berlaku.

Ingat! Ada rahsia yang baik dan ada rahsia yang tidak baik. Rahsia yang baik adalah rahsia yang membuatkan anda berasa gembira dan seronok seperti parti kejutan harijadi ataupun hadiah untuk seseorang. Ini adalah rahsia yang boleh disimpan.

29

Page 32: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Rahsia yang tidak baik adalah rahsia yang membuatkan anda berasa takut, sedih atau risau. Kalau anda ada rahsia yang tidak baik, seperti rahsia Nina, anda mestilah memberitahu seseorang yang anda percayai supaya mereka boleh membantu anda.

30

Page 33: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Isikan bulatan-bulatan di atas dengan nama-nama orang yang anda percayai dan boleh membantu anda.

31

Page 34: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Rujukan

1. Helping Abused Children. A book for those who work with sexually abused children. Patricia Kehoe 1988

2. Something Happened and I’m Scared to Tell. Patricia Kehoe 1987

3. The Trouble with Secrets. Karen Johnsen 1986

4. Saya dan Suara Kecil Saya. Pusat Krisis Wanita 2000

32

Page 35: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk
Page 36: NiNa RahsiaNya110.4.45.16/~wccpenan/01important/books/Nina-Secret_BM.pdf · keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak berhak untuk

Nina dan Rahsianya adalah sebuah cerita mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang menyimpan rahsia yang membuatnya berasa tidak selesa. Dengan pertolongan kawannya, seekor monyet, Nina jadi berani untuk memberitahu ibu bapanya mengenai rahsia tersebut.

Nina dan Rahsianya adalah bahan pengajaran bagi para pendidik untuk digunakan pada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun. Buku ini digunakan untuk mengajar kanak-kanak mengenai keselamatan diri dan cara-cara menangani penderaan seksual.

Seringkali kanak-kanak berasa keliru, takut dan merahsiakan penderaan seksual. Buku ini membezakan di antara rahsia yang baik dan tidak baik. Buku ini juga menggalakkan kanak-kanak memberitahu seseorang sekiranya mereka ada rahsia yang tidak baik iaitu, sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan takut. Kanak-kanak akan mendapat manfaat apabila membaca buku ini dengan seorang dewasa yang boleh membincangkan cerita tersebut dengan mereka.

Pusat Kesedaran Wanitawww.wccpenang.org