Kemahiran belajar Definisi Kemahiran belajar adalah sistem sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat dan ditakrifkan sebagai satu keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk membolehkannya mengumpul, Elemen-elemen dalam Kemahiran Belajar Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran mencatat nota Kemahiran menulis Kemahiran menemu ramah Kemahiran membuat rujukan Kemahiran mengingat
artikel yang berkisar mengenai nilai yambah seorang guru dan beberapa maklumat mengenainya
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kemahiran belajar
1
Definisi
Kemahiran belajar adalah sistem sistematik dan teratur untuk
memperoleh dan memproses maklumat dan ditakrifkan
sebagai satu keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai
oleh pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses
dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya
menuju ke arah pembelajaran sepanjang hayat.
Elemen-elemen dalam Kemahiran Belajar
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Membaca
Kemahiran mencatat nota
Kemahiran menulis
Kemahiran menemu ramah
Kemahiran membuat rujukan
Kemahiran mengingat
Kemahiran mendengar
Mendengar adalah salah satu kemahiran yang terpenting dalam kehidupan
seharian. Telinga adalah alat untuk seseorang itu mendengar. Sebab itulah kerajaan
telah menggubalkan kurikulum supaya kemahiran mendengar diterapkan dalam
pembelajaran dan pengajaran (P&P). Di sekolah pelajar lebih banyak menggunakan
deria dengar daripada deria lain.
2
Kepentingan kemahiran mendengar
Kemahiran asas yang
paling kerap digunakan
semasa berkomunikasi
dengan pelajar.
Guru memerlukan
menggunakan lisan
kerana terdapat banyak
fakta dan pengetahuan
yang perlu disampaikan
kepada pelajar.
Guru memberi kuliah
dan penjelasan
terutamanya isi pelajaran
yang abstrak dan
konseptual.
Teknik latihan kemahiran mendengar dalam P&P
1. Jawapan kepada soalan murid jangan diulangi. Ini bermakna guru hanya
menyebut sekali sahaja jawapan kepada murid-murid dan tidak mengulanginya
buat kali kedua.
2. Lebihkan kegiatan lisan iaitu bertutur dan mendengar.
3. Aktiviti mendengar seharusnya diikuti dengan aktiviti bertutur, membaca dan
menulis.
4. Kekuatan pertuturan antara guru dan murid jangan terlalu kuat atau terlalu
rendah.
Jenis-jenis kemahiran mendengar
a) Mendengar secara pasif
Merupakan peringkat mendengar yang paling rendah.
Pendengar pada peringkat ini tidak berupaya menangkap keseluruhan
makna dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya.
Bahan yang tidak menarik merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan pendengar atau pelajar mendengar secara pasif.
b) Mendengar tanpa tindak balas.
Ini bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang
tindakan selepas itu.
c) Mendengar secara membuak-buak
Jenis mendengar pada peringkat ini berlaku kepada pelajar bahasa
pertama.
Pelajar hanya memilih kata-kata atau rangkai kata yang didengar dan
mengambilnya untuk tujuan tertentu.
3
Pada peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan
bahasa itu masih rendah.
d) Mendengar secara beremosi
Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam
bahasa yang dituturkan.
Ini kerana, pendengar dapat merasakan sesuatu sehingga
merangsangkan emosinya.
e) Mendengar secara berhati-hati
Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan
teliti dan secara bersungguh-sungguh.
Tujuan mendengar dengan teliti setiap perkara yang dilafazkan itu adalah
untuk menentukan supaya butiran yang dituturkan itu dapat difahami
dengan tepat dan betul.
f) Mendengar secara kritikal
Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat
menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.
Pada peringkat ini kemahiran mendengar itu telah mencapai tahap yang
tinggi dan menyebabkan pelajar itu dapat menentukan kesahihan fakta
yang didengar.
g) Mendengar secara pengamatan
Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar
yang sudah boleh berfikir secara kritikal.
4
Pengalaman pendengar merupakan proses yang bermakna dalam
peringkat mendengar ini.
5
Kemahiran membaca
Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan dan
bukan setakat untuk pembelajaran sahaja. Memandangkan pelajar mempunyai cara
hidup yang tertentu iaitu belajar, maka untuk hidup berjaya sebagai seorang pelajar
adalah perlu mempunyai kemahiran membaca yang cekap.
6
Kemahiran yang digunakan semasa
membaca
a) Sebelum membaca: Menentukan bahan yang akan dibaca Menentukan cara bahan disusun Tujuan membaca
b) Semasa membaca
Mengenal pasti isi-isi penting Menghubungkan idea-idea Meramal apa yang akan
berlaku.
c) Selepas membaca
Menyoal soalan kritis. Menganalisis teknik dan
bahasa penulis.
Jenis-jenis kemahiran membaca
Skimming/luncuran
Scanning/imbasan Bacaan intensif Bacaan laju
Definisi Membaca untuk
mendapatkan
maklumat secara
ringkas dan pantas
tetapi menyeluruh
tentang sesuatu
perkara atau
maklumat
daripada bahan
yang dibaca
Membaca untuk
mendapat
maklumat
berdasarkan
persoalan yang
dikemukakan.
Membaca untuk
mendapatkan
maklumat
terperinci teks
yang panjangnya
terhad dalam
masa yang
ditetapkan..
Membaca
dengan laju
dan lancar
dan
memahami
dengan
serentak.
Cara Membaca tajuk,
pendahuluan dan
rumusan sesuatu
dokumen atau
maklumat
Membaca
kandungan bab
dengan pantas
dan mencatat kata
kunci dan konsep.
Memberikan
tumpuan dan
fokus sesuatu
isu/permasalahan.
Menggunakan
masa tertentu.
7
Kemahiran mencatat nota
Mencatat nota ialah mengambil isi-isi penting daripada apa yang disyarahkan. Isi-isi
penting ialah isi pokok jika tidak dicatat akan menyebabkan keseluruhan fakta tidak
lengkap atau tidak berkait.
8
Ciri-ciri nota yang baik
Mengandungi rangka kasar sahaja
Catatannya terang dan
boleh dibaca
Terdiri daripada isi-isi
penting sahaja
Menggunakan kata kunci,
simbol dan singkatan
yang mudah difahami
Mengandungi lakaran grafik
Kemahiran menulis
Kemahiran menulis mempunyai dua bahagian iaitu:
Menulis cepat Menulis laporan
Menulis cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi
dan tulisannya boleh dibaca dengan jelas oleh orang lain.
Unsur-unsur dalam menulis cepat
9
Kelajuan menulis
Tulisan yang boleh dibaca
Kandungannya mudah difahami
Unsur-unsur dalam menulis laporan
10
Menyediakan kerangka
laporan
Menulis draf pertama dan
sumber yang diperolehi
Melengkapkan penulisan
dengan grafik dan jadual
Kemahiran mengingat
Kemahiran mengingat ialah proses yang berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dan lihat yang baik. Kemahiran ini juga berkaitan dengan proses
mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan peristiwa yang berlaku
selepas beberapa lama.
Jenis-jenis ingatan
Ingatan jangka pendek
- Maklumat tersimpan sebentar sahaja
11
Ingatan jangka panjang
- Maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan
supaya kekal dalam kepala.
Cara-cara mengingat
1. Buat cerita
2. Cara irama
3. Gunakan alat mengingat
4. Membuat cerita
5. Cara keseluruhan
6. Dengan kefahaman
7. Lakonan
8. Gunakan apa yang dibaca
9. Senarai semak
10.Akronim
Kemahiran menemu ramah
Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu seperti tokoh, pakat dalam
bidang tertentu. Kemahiran menemu ramah memerlukan persediaan pada peringkat
awal, semasa pelaksanaan dan selepas.
Persediaan menemu ramah
Sebelum menemu ramah Semasa menemu ramah Selepas menemu ramah
1. Kesesuaian tokoh
dengan apa yang
hendak dikaji.
1. Menepati masa
2. Soalan hendaklah
relevan
1. Telitikan maklumat
yang dicatat dan
bina kerangka.
2. Lengkapkan
12
2. Menentukan tajuk
atau tugasan, masa
temu janji dan
soalan-soalan temu
ramah.
3. Merakamkan hasil
temu ramah
sekiranya perlu
maklumat yang
kurang lengkap
3. Tambahkan gambar,
grafik dan lakaran.
Konsep Pembelajaran Kontekstual
Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu
keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan
dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir
yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, dan
pemecahan masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan.
Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with +
textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula
membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.
13
Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Strategi
ini dapat memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran
bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta
informasi demi membina pengetahuan sendiri. Kaedah kontekstual adalah berasaskan
maksud kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan. Ringkasnya, pembelajaran
kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan
dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran
jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’
dan ‘minds-on’.
14
Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang menekankan kepada
dunia kehidupan sebenar murid-murid. Ini bermakna, pembelajaran adalah berkisar
kepada konteks kehidupan sebenar dan cara ini sudah tentu akan lebih mudah
memberi kefahaman kepada murid-murid tentang konsep-konsep berkaitan.
Selain itu, pembelajaran ini juga boleh dilaksanakan secara koperatif dan
melibatkan penggunaan bahasa. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini amat
menggalakkan interaksi dan perbincangan sesama murid atau antara murid dan guru.
Dengan cara ini proses pembelajaran murid akan berlaku dengan lebih mudah. Ini
sudah tentu dapat memastikan objektif pelajaran yang telah ditetapkan dalam
perancangan pelajaran ini dapat dicapai dalam sesi praktik yang akan dilaksanakan
nanti.
Bagi guru pula, pendekatan pengajaran ini sudah tentu menggalakkan mereka
memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-
pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman
yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil
pembelajaran yang diinginkan.
Berdasarkan persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Penghayatan konsep diperoleh melalui proses penemuan, pengukuhan dan
menghubungkaitkan.
15
Kaedah Perlaksanaan Pembelajaran Secara Kontekstual
Dalam melaksanakan pembelajaran kontekstual, terdapat lima proses
pembelajaran yang perlu ada. Jika lima item ini tidak lengkap, maka pembelajaran
tersebut boleh dikira sebagai gagal untuk menjayakan kaedah pembelajaran
kontekstual ini. Proses-proses yang terdapat dalam kaedah pembelajaran ini dikenali
sebagai “REACT” yang mewakili maksud menghubungkait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama, dan memindahkan dalam pembelajaran secara kontekstual.
Berikut merupakan penerangan kepada kaedah REACT tadi :
a) Menghubungkait (Relating):
Aktiviti ini melibatkan proses di mana pelajar menghubungkaitkan pengetahuan
baru dengan pengalaman hidup mereka sendiri. Dalam pembelajaran kontekstual,
pelajar akan dapat menumpukan perhatian kepada taakulan, peristiwa dan keadaan
harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan
maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.
Contoh semasa di sekolah, pelajar belajar tentang cara-cara menjaga
kebersihan. Semasa pembelajaran tersebut, pelajar mungkin dapat mengaitkan
pengalaman mereka semasa di rumah, di mana pelajar sering diberitahu oleh ibu bapa
supaya membasuh tangan sebelum makan. Menerusi pengalaman ini pelajar akan
dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di rumah dengan aktiviti
pembelajaran yang sedang berlangsung
b) Mengalami (Experiencing):
16
Semasa pembelajaran, pelajar akan sedaya upaya menimba pengalaman
melalui aktviiti eksplorasi, penemuan dan reka cipta yang merupakan nadi
pembelajaran konteksual. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti
video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, akan dapat membantu pelajar mengalami
sesuatu perkara atau peristiwa yang dipelajari.
Contohnya pelajar dibawa ke bilik tayangan untuk menyaksikan demonstrasi
serta membuat latihan amali merawat kecederaan semasa bermain. Pengalaman ini
boleh digunakan semasa mereka berhadapan dengan situasi sebenar di luar bilik
darjah.
c) Mengaplikasi (Applying):
Ia melibatkan proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk
digunakan dalam situasi yang lain. Dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan
misalnya, proses aplikasi ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada pelajar
mengalami sendiri situasi atau perkara sebenar berdasarkan konteks yang dipelajari.
Contohnya, guru mungkin boleh membawa pelajar melawat kantin sekolah dan
melihat sendiri cara mengendalikan makanan dengan betul. Setelah itu, mereka akan
diberikan peluang melakukan latihan praktikal di bilik kemahiran hidup sekolah.
Pengalaman ini sudah tentu akan dapat diaplikasikan pula semasa mereka berada di
rumah kelak.
d) Bekerjasama (Cooperating):
Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan
pelajar lain. Ia merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran
konteksual. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar digalakkan
bekerjasama dalam pelbagai peringkat kumpulan untuk memberikan pengalaman
kepada mereka.
Contohnya pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali
makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan
dan perbincangan.
17
e) Memindahkan (Transferring):
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau
memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan
ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
diketahui. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan
panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa
yang telah diketahui pelajar.
Contohnya pelajar mempelajari cara untuk memilih menu sarapan yang sesuai.
Pelajar boleh memindahkan pengetahuan mereka itu dalam memilih dan menetapkan
menu sarapan mereka setiap hari semasa berada di rumah.
18
Untuk memudahkan lagi pemahaman, berikut merupakan grafik bagi penerangan
untuk kelima-lima item dalam REACT:
Strategi Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi
keperluan strategi yang berikut:
19
R
E
A
C
T
(RELATING)
MENGHUBUNG KAIT
(EXPERIENCE)
MENGALAMI
(APPLYING)
MENGAPLIKASI
(COOPERATING)
BEKERJASAMA
(TRANSFERRING)
MEMINDAHKAN
Belajar menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
Belajar dalam konteks penemuan, penerokaan, dan reka cipta.
Belajar untuk menggunakan pengetahuan dalam situasi yang berlainan.
Belajar dalam konteks bekerjasama, bermaklum balas dan berkomunikasi.
Belajar dalam konteks membina atau menggunakan daripada pengetahuan sedia ada.
Motivasi
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan
mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang
akan dibincangkan, contohnya :
Bidang Konsep Kotivasi
20
MOTIVASI Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu
mengajar
PEMAHAMAN Penerangan
konsep danperbincangankelas
Bacaan danmelakukancontoh kajian
KEMAHIRAN
Aktiviti Hands- On
Penyelesaian masalah
PENILAIAN Ingat kembali
fakta utama Penilaian
kemajuan
muzik Permainan gendang Tayangan video paluan gendang
sejarah Darurat Memasang bunyi rakaman tembak
menembak dan jeritan
Pemahaman
Kemahiran
21
Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan
dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian
maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat
murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan
kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
Penilaian
22
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara
melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran
murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan
bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh
menyediakan senario tertentu untuk membantu murid
menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid
mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan
persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia
sebagai rujukan.
Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen
ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang
kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam
kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang
mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan
Faedah Pembelajaran Kontekstual
Faedah pembelajaran kontekstual ini dapat dinikmati oleh tiga unit item iaitu
23
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan
MURID
• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
• Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama
GURU
• Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata
24
murid
guru
industri
pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara
pihak akademik dan vokasional atau
industri.
INDUSTRI
• Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan
• Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi.
25
Penutup
Pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman sebenar merupakan
antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini kerana
murid pada umumnya telah mempunyai pengalaman dan idea mereka sendiri mengenai
suatu perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan
pengalaman yang pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu
yang penting di sini ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang
ada pada murid untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Jadi dalam
soalan pengajaran, murid harus diberi peluang belajar memahami sesuatu perkara
melalui pengalaman sendiri. Setelah mengalami sesuatu perkara itu, mereka akan
dapat membuat rumusan apakah tindakan ke arah kebaikan yang patut mereka ambil.
26
KECERDASAN PELBAGAI
Definisi dan Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and
understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria
yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan
bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh
mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga
sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada diantara murid-murid
yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah
profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak
manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak
kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak
boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. Teori kecerdasan pelbagai
berkembang mengikut konteks penggunaannya.
Pelbagai kecerdasan ialah kecerdasan-kecerdasan yang ada pada setiap
manusia yang normal dan waras. Bagaimanapun, tahap-tahap kecerdasan ini adalah
berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika tahap-tahap kecerdasan
yang ada pada diri seseorang adalah tinggi, maka bolehlah dikatakan 'hebat' atau
bagus.
Linda Campbell, Bruce Campble dan Dee Dickinson merumuskan definisi
Howard Gardner sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar. Mereka juga membuat rumusan, kebolehan menjana masalah
baharu untuk diselesaikan. Rumusan terakhir mereka ialah kebolehan membuat
sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.
27
David G.lazear telah mempermudahkan Teori kecerdasan pelbagai dengan
memperkenalkannya sebagai “Seven Ways of Knowing” . Beliau juga
memperkembangkan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai “Seven Pathways of
Teaching” dan seterusnya sebagai “Seven Pathways of Learning”.
Thomas Armstrong memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai
berdasarkan inventori iaitu inventori linguistik, logic-matematik, ruang, kinestetik-badan,
muzik, interpersonal dan intrapersonal. Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah
kecerdasan pelbagai sebagai “Armstrong’s Multiple Intelligences Pizza”iaitu pizza kata,
logik, gambar, badan, muzik, orang dan diri.
Elaine Winter pula menggunakan asas Teori kecerdasan Pelbagai dalam
konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberi tumpuan kepada indera
bermain seperti bermain dengan kata, bermain dengan soalan dan perkaitan, bermain
dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain dengan pergerakan, bermain dengan
kegiatan sosial dan bermain sendirian.
Perkembangan diatas menunjukkan bahawa dimensi Teori Kecerdasan Pelbagai
sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang merentas pelbagai
disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara
atau gaya berkaitan.
28
Jenis Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan aspek:
29
kecerdasan Pelbagai
1) kecerdasan Verbal-Lingustik
Kebolehan menggunakan perkataan dan bahasa. Individu yang mempunyai kecerdasan
ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mendengar dan biasanya ahli
syarahan/berucap yang baik. Mereka berfikir dalam perkataan dan bukannya
gambaran. Kemahiran mereka termasuklah mendengar, berucap, menulis, bercerita,
menerangkan, mengajar, berjenaka, memahami kesilapan dan maksud perkataan,
mengingati maklumat, menyakinkan orang lain melalui pandangannya, menganalisa
penggunaan bahasa serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.
2) Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan sebab, lojik dan nombor. Individu yang mempunyai
kecerdasan ini berfikir secara konseptual dan corak numerikal serta membuat perkaitan
antara maklumat-maklumat yang ada. Dia sentiasa ingin tahu tentang keadaan
persekitaran, banyak soalan dan suka melakukan eksperimen. Kemahiran mereka
termasuk menyelesaikan masalah, mengelas dan mengkategorikan maklumat,
memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain, mampu
mengendalikan sebab musabab yang banyak atau panjang untuk mendapatkan
kemajuan, melakukan eksperimen yang terkawal, suka menyoal, ingin tahu lebih dalam
tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan
matematik yang kompleks.
3) Kecerdasan Visual-Ruang
Kebolehan membuat gambaran secara visual. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini
cenderung untuk berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk
mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Kemahiran mereka termasuk menyelesaikan 'puzzle', membaca, menulis, memahami
carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat dan mewarna, membina
30
metafora visual dan analogi, memanipulasikan imej, membina, memasang dan
merekabentuk objek, dan mentafsir imej visual.
4) Kecerdasan Kenestetik
Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan
baik. Individu ini boleh menyatakan idea, perasaan atau menyerlah diri melalui
pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yang
baik. Mereka mampu mengingati dan memproses maklumat melalui interaksi dengan
ruang di sekeliling. Kemahiran mereka termasuk menari, koordinasi fizikal, bersukan,
eksperimen, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, 'miming',
menggunakan tangan untuk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui
tubuh badan.
5) Kecerdasan Muzik
Kebolehan menghasilkan dan menghargai muzik melalui bunyi, ritma dan corak.
Mereka dengan segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik
apa yang mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi-
bunyi persekitaran seperti loceng, cengkerik, titisan air dan lain-lain. Kemahiran
termasuklah menyanyi, bersiul, bermain alat muzik, mengenali corak tone, menggubah
muzik, mengingati melodi, memahami struktur & ritma muzik.
6) Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan berhubung dan memahami orang lain. Individu ini boleh melihat perkara-
perkara melalui pandangan orang lain dalam usaha untuk memahami bagaimana
mereka befikir dan rasa. Mereka kadang-kadang mampu untuk merasai perasaan, niat
31
dan memberikan motivasi kepada orang lain. Mereka adalah baik dalam
mengorganisasi, walaupun kadang-kadang mereka memanipulasi orang lain. Secara
umum, mereka mampu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam
kumpulan serta menggalakkan kerjasama. Mereka menggunakan verbal (bercakap) &
bukan verbal (bahasa badan, hubungan mata) untuk memulakan komunikasi dengan
orang lain. kemahiran mereka termasuk melihat perkara dari perspektif berbeza,
mendengar, menggunakan empati, memahami mood dan perasaan orang lain,
kaunseling, bekerjasama dalam kumpulan, bermotivasi, mampu berkomunikasi secara
verbal dan bukan verbal, mewujudkan kepercayaan, menyelesaikan konflik secara
aman, mewujudkan perhubungan yang postitif dengan orang lain.
7) Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan merefleksi diri dan menyedari tentang keadaan dalam orang lain. Individu ini
mampu memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,
kekuatan dan kelemahan diri. Kemahiran termasuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri, merefleksi dan menganalisa diri, menyedari perasaan dalaman,
keinginan dan impian, menilai corak pemikiran, memahami peranan dalam
perhubungan dengan orang lain.
8) Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenali dan mengklasfikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang,
termasuklah rumput, batuan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan
kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.
32
Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
1. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
Di samping melahirkan insane atau murid yang seimbang dari segi roh
dan jasad, iaitu rohani dan jasmani, Teori Kecerdasan Pelbagai
membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup pada abad
yang akan datang. Kemahiran berfikir aras tinggi atau High Order Thinking
Skill (HOTS) dan Taksonomi Bloom disepadukan dengan Teori
Kecerdasan Pelbagai. Aktiviti refleksi dan pemikiran reflektif merupakan
kemahiran intrapersonal yang mampu melahirkan murid yang
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Berupaya menyelesaikan
masalah bukan sekadar pencapaian tinggi dalam ujian setara. Mempunyai
kemahiran berkomunikasi dan kolaboratif yang mendokong prinsip usaha
kolaboratif dan menekankan kemahiran interpersonal. Murid juga akan
lebih mencintai dan menjaga alam sekitar.
2. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan menginsafi bahawa
setiap insan dan murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berbeza.
Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru memahami minat dan
motivasi murid serta kepentingan menggunakan pelbagai cara untuk
mengajar agar murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka
terhadap apa yang dipelajari. Murid akan lebih berminat dan bermotivasi
untuk belajar dengan cara yang selesa. Guru perlu mempelbagaikan
strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih ramai murid yang
akan berminat dan boleh belajar. Hal ini disebabkan bukan semua murid
boleh belajar dengan cara yang sama.
33
3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang murid dan menyedari bahawa
potensi murid-murid tidak terbatas dan harus dikembangkan dari semasa ke
semasa.
Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru memahami pengaruh budaya
terhadap kecerdasan murid. Kecerdasan dipupuk dan dipengaruhi oleh
faktor pengalaman budaya dan motivasi. Murid mengetahui bagaimana
mengenal pasti minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan
lebih berkesan.
4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan
pembelajaran yang menarik, mencabar dan menyeronokkan.
Kajian menunjukkan bahawa guru yang mengamalkan Teori Kecerdasan
Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati guru dan murid
akan lebih seronok ke sekolah dan kadar ponteng kelas menurun. Masa
mengajar sesuatu mata pelajaran dapat dikurangkan dan prestasi tetap
meningkat dan skor pencapaian meningkat walaupun bagi ujian setara.
Harga diri dan moral murid meningkat menyebabkan kes salah laku atau
gangguan kelas berkurangan atau tiada sama sekali. Murid yang
menghadapi masalah pembelajaran dan lembam dapat meningkatkan
pencapaian mereka.
5. Meningkatkan profesioanlisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan
baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.
penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran akan menghasilkan guru yang mempunyai tanggungjawab
dan akauntibiliti sepenuhnya dalam proses dan isi kandungan pengajaran.
Meningkatkan kualiti latihan guru yang bukan hanya sekadar
menyebarkan pengetahuan dan maklumat tetapi menyuntik semangat
baharu terhadap terhadap profesion keguruan. Ia juga dapat
34
menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan
pembelajaran.
6. Mewujudkan suasana kolaboratif dan kejelikitan antara warga sekolah.
Teori Kecerdasan Pelbagai mewujudkan sekolah yang menerima dan
menghargai perbezaan kecerdasan dalam kalangan murid dan guru. Oleh
hal yang demikian guru akan merancang secara kolaboratif dengan
menggunakan kerangka Teori Kecerdasan Pelbagai untuk menyediakan
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang penuh dengan ransangan
dan pengayaan. Menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru
dari segi perancangan, organisasi dan pelaksanaan kurikulum. Mengambil
tanggungjawab secara kolaboratif terhadap pembelajaran murid.
7. Mempelbagaikan cara penilaian dengan memberi penekanan kepada penilaian
secara holistik.
Penilaian akan lebih bersifat adil kerana mengambil kira semua
kecerdasan pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada dua kecerdasan
sahaja iaitu kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi. Murid mendapat
peluang menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu isi kandungan
atau kemahiran dalam pelbagai cara. Melalui penilaian yang dibuat guru
akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Oleh hal yang
demikian, guru dapat merancang pengajaran dan pengajaran dengan
lebih berkesan.
8. Menerima hakikat bahawa setiap insan dan murid mempunyai kekuatan dan
kelemahan diri serta minat dan bakat yang berbeza yang wujud sejak dilahirkan
lagi.
9. Guru perlu kreatif dan inovatif serta proaktif untuk menghadapi cabaran
globalisasi dalam pendidikan khususnya murid zaman maklumat.
35
Langkah pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kagan (1998) telah mencadangkan tiga visi bagi mendidik kecerdasan pelbagai iaitu:
a) Padanan
b) Peluasan
c) Penilaian
Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia mencadangkan bahawa terdapat tiga
peringkat dalam mengaplikasikan teori kecerdasan ini iaitu:
a) Padanan
b) Percubaan
c) Peningkatan.
a) Padanan
Pada peringkat ini, guru atau pendidik perlu merancang strategi pengajaran yang
strategik dengan mengenal pasti isi pelajaran dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai
supaya bersesuaian dengan kecerdasan pelbagai murid-murid mereka. Terdapat empat
elemen penting dalam peringkat ini iaitu:
1) Matlamat
- Memaksimumkan pencapaian akademik.
36
2) Kaedah
- Memadankan strategi pengajaran dengan kecerdasan murid.
3) Kesan
- Transformasi pengajaran kepada aksi dan realiti.
4) Visi
- Guru mengurangkan atau menghapuskan kegagalan dengan mengajar secara
menyesuaikan kecerdasan murid.
Murid lebih cenderung dalam sesuatu kecerdasan mempunyai kegemaran tertentu.
Lantaran itu, guru boleh mengambil kesempatan dan melakukan beberapa aktiviti khas
yang berpadan dengan kecerdasan murid. Peringkat padanan dalam mengaplikasikan
Kecerdasan Pelbagai ini dapat memberi faedah kepada guru untuk menyusun strategi
pengajaran untuk disesuaikan dengan kecerdasan murid. Selain itu, padanan ini juga
berperanan sebagai jambatan dan resipi dalam mencapai matlamat kurikulum yang
sama untuk semua murid dan akhir sekali dapat memberi guru peluang mengajar
dengan pelbagai kaedah bagi meningkatkan kecerdasan pelbagai serta membuka
ruang belajar untuk semua.
b) Percubaan
Kanak-kanak mampu memperkembangkan potensi diri secara maksima dengan cara
membantu murid tersebut membina kecerdasan pada tahap yang lebih baik. Percubaan
kurikulum yang bersesuaian dengan kecerdasan murid bukan sekadar kaedah
pengajaran, tetapi apa yang penting adalah kurikulum itu sendiri perlu mengambil kira
aspek pelbagai. Antara elemen penting dalam percubaan ini iaitu:
1) Matlamat
- Memaksimumkan semua jenis kecerdasan.
2) Kaedah
37
- Guna strategi dan kurikulum yang dapat mengguna dan membina semua
kecerdasan
3) Kesan
- Diubahsuai.
4) Visi
- Guru menjadikan setiap murid cerdas dalam pelbagai kecerdasan.
Dalam mencuba beberapa aktiviti tertentu, terlebih dahulu guru boleh mencuba
beberapa aktiviti tertentu dalam kecerdasan yang belum pernah dicuba dalam
pengajaran dan pembelajaran. Langkah yang boleh diambil dalam melaksanakan
Peringkat Percubaan ini ialah:
38
c) Peningkatan
Pada peringkat ini, guru lebih mahir dan berpengalaman menggunakan Teori
Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sini, guru boleh
merancang dan menjalankan pelajaran dengan menggunakan teori ini untuk
mempertingkatkan kemahiran berfikir murid, terutamanya dalam penyelesaian masalah
dan mereka cipta. Perancangan juga boleh dijalankan untuk mempertingkatkan
kemahiran berfikir bagi murid yang berkebolehan tinggi. Antara elemen penting dalam
percubaan ini iaitu:
1) Matlamat
- Memahami dan menghargai keunikan diri sendiri dan keunikan orang lain.
39
Guru mula memikirkan bagaimana teori ini dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.
Perancangan
Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.
Persekitaran
Guru mempunyai beberapa pilihan menggunakan teori kecerdasan pelbagai merentasi kurikulum.ProsesGuru boleh menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam teori kecerdasan pelbagai.
Penilaian
2) Kaedah
- Murid menemui teori kecerdasan melalui proses berfikir metakognisi dan
perkongsian pengalaman.
3) Kesan
- Memahami diri dan orang lain dipindahkan atau diubahsuai
sebagai proses pembelajaran yang lebih bermakna.
4) Visi
- Menghargai dan meraikan keunikan sendiri dan orang lain. Hal ini dapat
meningkatkan kesedaran memberi penghargaan daripada guru kepada murid
dan dalam kalangan murid sendiri serta meningkatkan perasaan saling
memahami. Aktiviti ini menyediakan ruang murid meluaskan lagi kefahaman dan
bekerja dengan pelbagai cara bagi menyelesaikan tugas. Pelaksanaan
Kecerdasan Pelbagai boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:
1) Strategi penyelesaian masalah.
2) Peluasan kemahiran berfikir.
3) Perkembangan kognitif Bloom.
40
Panduan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Verbal linguistik Membaca, menulis
dan bercerita
Menggunakan
tatabahasa yang
baik dan luas
perbendaharaan
kata.
Bermain permainan
bahasa, teka teki,
teka kata dan
bermain dengan
kata-kata.
Menyediakan
permainan bahasa,
teka silang kata dan
mencari perkataan
.
Mengalakkan pelajar
bermain dengan kata-
kata dan kiasan.
Memupuk minat
pelajar berbincang dan
yakin memperkatakan
pendapat seperti
dalam perbahasan
atau pidato.
Mempelbagaikan
projek bacaan seperti
Kempen Bacaton.
Mengajar kawan atau
ahli keluarga membaca
Merakamkan
percakapan, ucapan
dan pidato untuk
didengari semula
sebagai proses menilai
kebolehan sendiri.
Logik matematik Suka bekerja dalam
situasi yang
memerlukan
penyelesaian yang
tepat.
Suka bertanya
tentang logik.
Menyedia aktiviti
memerhati dan
membuat catatan
berdasarkan ukuran dan
bilangan.
Mengalakkan pelajar
merekod maklumat
dalam graf dan carta.
Melibatkan diri dalam
aktiviti urusan jual beli di
dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran di dalam
kelas.
41
Mengadakan aktiviti
permainan strategi
Kinestetik Meminati kerja kraf
tangan dan projek
mekanikal.
Suka bersukan,
menari dan
berlakon.
Merancang aktiviti
berbentuk sukan dan
rekreasi.
Memberi peluang main
peranan dalam berlakon
dan menari.
Melibatkan aktiviti
kecekapan motor halus
dan kasar seperti
bertukang, menjahit
atau kraf tangan.
Menggayakan sesuatu
watak yang ada di dalam
sebuah cerita di dalam
kelas.
Muzik Suka menyanyi,
bergerak mengikut
muzik.
Berminat bermain
alat muzik.
Mengajar bermain alat-
alat muzik.
Mengalakkan pelajar
belajar muzik dan lagu-
lagu tradisional.
Memberi peluang
kepada pelajar untuk
menunjukkan bakat
mereka ketika mengajar
mata pelajaran bahasa
Melayu yang melibatkan
pengunaan muzik.
Visual Ruang Suka menyusun
gambar dan teka
silang kata.
Mencipta gambar 3-
Memberi peluang
kepada pelajar melukis
mural dan memimpin
aktiviti visualisasi.
Menjalankan projek
hiasan dalaman,
mencipta taman rekreasi
dan membina model 3-
D.
42
D, melukis dan
mewarnai. Mencari dan mentafsir
gambar yang abstrak.
Interpersonal Bekerja dalam
kumpulan dengan
berkesan.
Menjadi ketua,
memimpin dan
berkongsi dengan
orang lain.
Mudah mesra dan
empati.
Meminati aktiviti
koperatif.
Merancang aktiviti
secara koperatif dan
kolaboratif.
Membimbing pasukan
menjalankan projek dan
menyelesaikan masalah
Aktif dalam aktiviti di
dalam kelas secara
berkumpulan.
Berinteraksi dengan
semua pelajar di dalam
kelas.
Intrapersonal Boleh belajar melalui
pemerhatian dan
mendengar.
Boleh mengawal
emosi dan
menguruskan
dengan baik.
Merancang dan
memberikan projek
secara individu yang
berbentuk arahan
kendiri.
Mengalakkan pelajar
mencatat diari dan
menulis jurnal serta
refleksi.
Menulis autobiografi
tentang diri sendiri.
Melatih diri pelajar
merenung secara
mendalam dan membuat
refleksi kendiri.
Naturalis Suka aktiviti luar Mengalakkan pelajar Melibatkan diri dalam
43
seperti bersiar dan
kembara.
Gemar mendengar
bunyi haiwan dan
alam semula jadi.
menjalankan ekspedisi
luar di samping memberi
tugasan.
aktiviti memelihara alam
sekitar seperti berkebun
dan memelihara
ternakan.
44
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 3
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Merah
Tarikh : 5 April 2011 ( Selasa )
Masa : 60 minit ( 7.40 am – 8.40 am)
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : Alam Sekitar ( Alam Bersih Hidup Selesa)
Objektif : Pada akhir pelajaran , murid dapat:
1. Menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk
menyatakan sesuatu permintaan.
2. Menyatakan ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.
3. Membaca perkataan, frasa, ayat, dan peribahasa yang
terdapat dalam teks.
4. Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.
HASIL PEMBELAJARAN:
Fokus Utama
45
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan
mengunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
Aras : 1 i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan
permintaan
ii)Menyatakan sesuatu sebab untuk menyokong permintaan
Fokus Sampingan :
8.4 . Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
Aras : 1 i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.
ii)Menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang
gramatis.
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Kata tunggal, Kata bilangan, Kata adjektif, Kata sendi, Imbuhan