NILAI-NILAI MURNI
1.BAIK HATI1. Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan dan
kesedihan orang lain.2. Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan
dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.3. Murah
hati Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
memerlukannya.4. Saling memahami Sanggup memberi dan menerima
pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.5.
Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.
2.BERDIKARI 1. Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh
melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.2. Yakin pada diri
sendiri Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
mencuba.
3.HEMAH TINGGI
1. Kesopanan Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang
lain.2. Mengakui kesalahan sendiri Sedia mengakui kesilapan diri
sendiri serta sanggup menerima nasihat.3. Ramah mesra Sedia bergaul
mesra dengan semua orang.
4.HORMAT
1. Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga Memuliakan dan
mentaati ibu bapa atau penjaga.2. Hormat kepada ahli keluarga,
orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin
Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
layanan yang baik.3. Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara
Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran
negeri.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai
keturunan Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di
Malaysia.5. Patuh kepada undang-undang negara Mematuhi
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang
itu berada.6. Patuh kepada ketetapan masa -Menepati waktu dan
menggunakan masa dengan berfaedah.
5.KASIH SAYANG
1. Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri
sendiri dan orang lain.2. Sayang alam sekitar Memelihara dan
memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.3.
Cintakan negara Bangga dan taat setia kepada negara
(patriotisme).
6.KEADILAN
1. Adil Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif,
menyeluruh, dan bersesuaian.2. Saksama Tidak berat sebelah dalam
sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau
hukuman.
7.KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
Bolehmelakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan
dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga,
sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.
8.KEBERANIAN
1. Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan
mengambil kira risiko yang akan dihadapi.2. Berani kerana benar
Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan
menunjukkan bukti yang nyata.
9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
1. Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggota yang perlu
dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.2. Kebersihan
persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas
daripada kekotoran dan pencemaran.3. Kebersihan mental Pertuturan
dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang
dalam hubungan dengan orang lain.
10.KEJUJURAN
1. Amanah -Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang
diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.2. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok
tambah atau berselindung.3. Ikhlas -Melakukan sesuatu dengan suci
hati tanpa mengharapkan balasan.
11.KERAJINAN
1. Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif,
kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.2.
Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk
perkara yang berfaedah.
12.KERJASAMA1. Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara
beramai-ramai dan sukarela.2. Toleransi - Bertolak ansur serta
dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.3.
Perpaduan -Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara, dan antarabangsa.13.KESEDERHANAAN4. Pertuturan
dan perlakuan yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak
melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
kemarahan orang lain.5. Kesederhanaan dalam menimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan
yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang
lain.14.KESYUKURAN6. Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk
menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,
sumbangan atau pemberian.15.RASIONAL7. Membuat pertimbangan -
Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.16.SEMANGAT BERMASYARAKAT8. Bermuafakat -
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
kepentingan bersama.9. Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur,
tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.10. Peka
terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.17.PATRIOTISME17.1.
Menghormati pemimpin17.2. Berusaha untuk memajukan
negara17.3.Semangat untuk kejayaan negara17.4. Rela berkorban demi
kemakmuran negara
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MELAYU TAHUN 4
Tarikh / Hari : 27 Mac 2012 / SelasaMasa : 8.45 - 9.45 pagiKelas
: Tahun 4 MutiaraBilangan Murid : 10 orangMata Pelajaran : Bahasa
MelayuTema : Yang Baik Jadikan TeladanTajuk : Peribahasa : Simpulan
BahasaHasil Pembelajaran : FU - 6.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti
peribahasa yang biasa digunakan dalam sesuatu genre. FS - 5.2 Aras
1 (i) - Membaca lancar bahan sastera dengan intonasi dan sebutan
yang betul.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i) - Murid
dapat mencari, menyenarai dan memberi maksud kepada
sekurang-kurangnya enam simpulan bahasa yang terdapat dalam
petikan.
ii) - Membaca bahan petikan cerita Monyet Yang Pintar dengan
intonasi dan sebutan yang betul.
iii) - Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya lapan daripada
sepuluh soalan simpulan bahasa yang diberikan.
Sistem Bahasa : Simpulan bahasa.Ilmu : Kesusasteraan.Nilai :
Bekerjasama dan keberanian.
Pengetahuan : Murid pernah mempelajari topik Simpulan Bahasa
sebelum iniSedia Ada dan pernah mendengar serta menggunakannya
dalam perbualanharian.
Bahan Bantu : - Kad cantumanMengajar - lembaran petikan dan
lembaran kerja - latihan interaktif melalui komputer
Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Aktiviti GuruAktiviti Murid
SetInduksi
(5 minit)
Mencantum dan membentuk perkataan menjadi simpulan bahasa yang
bermakna.Guru meminta murid mencari rakan dan duduk secara
pasangan.
Guru menyerahkan sampul besar kepada pasangan murid
sertamenyatakan arahan yang perlu dilakukan oleh mereka.
Murid mencantum semua perkataan untuk membentuk tiga simpulan
bahasa.
Murid menampal dan menyebut simpulan bahasa yang dihasilkan pada
papan tulis.
Guru dan murid berbincang tentang padanan yang betul serta serba
ringkas mengenai maksudnya.
BBM 1Sampul yang terdapat keratan simpulan bahasa.
KP:Interpersonal
Langkah1
(10 minit)
Membaca lembaran petikan dengan intonasi dan sebutan yang
betul.
Guru meminta murid membaca secara senyap sambil meneliti ejaan
dan tanda baca untuk intonasi dan sebutan yang baik.
Murid membaca secara senyap.
Murid membaca kuat secara individu dengan intonasi dan sebutan
yang betul.BBM 2Lembaran petikan cerita Monyet Yang Pintar
Langkah2
(15 minit)
Membaca semula lembaran petikan untuk mengesan dan mencari
maksud simpulan bahasa.
Guru meminta murid membaca semula petikan sambil:
- mencari danmenggarissimpulan bahasadaripada petikan.
- mencari maksud simpulan bahasa.
Guru memberi penerangan secara ringkas mengenai simpulan bahasa
beserta contoh yang lain.
Murid membaca semula petikan sambil mencari simpulan bahasa yang
terdapat di dalamnya secara berpasangan.
Memberi makna simpulan bahasa tersebut melalui kamus simpulan
bahasa.
Murid berbincang bersama guru mengenai jawapan yang betul
beserta huraian maksud simpulan bahasa.
BBM 2Lembaran petikan.
- Kamus simpulan bahasa.
BCB:Bacaan Mentalis
Langkah3
(15 minit)
Membina lima ayat berdasarkan simpulan bahasa yang telah
dipelajari.
Guru meminta murid membina dan menulis ayat berdasarkan simpulan
bahasa yang telah dipelajari secara berpasangan.
Murid membina ayat bersama pasangan.
Membacakan ayat yang dibina untuk dinilai oleh guru dan rakan
sekelas.
Murid berbincang bersama guru untuk memperbaiki ayat bersesuaian
dengan ketepatan maksud simpulan bahasa.
KB:Menjana Idea
Langkah4
(10 minit)
Melengkap ayat dengan simpulan bahasa yang betul.
Guru meminta murid melengkapkan ayat yang disediakan dengan
simpulan bahasa yang betul.Murid menjawab soalan daripada lembaran
kerja secara individu.
Murid berbincang bersama guru untuk mengetahui jawapan yang
betul.
BBM 3Lembaran kerja.
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran dan nilai murni.
Rumusan guru mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam perbuatan
seharian untuk:
- menegurseseorang secarahalus supaya tidakmengecilkan hati.
- keindahan bahasaMelayu yangpenuh kelembutandan adab bila
bertutur.
Murid perlu menerapkan dalam jiwa supaya bertutur dengan baik
dan berhemah dalam kegiatan seharian bersama guru, rakan, keluarga
dan masyarakat.BBM 4Pengayaan
KB:Merumus
Rancangan Harian Bahasa Malaysia Tahun 3RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN
Tarikh : 25. Mac . 2012Masa : 8.30 - 9.00Tahun : 3 ElitBilangan
Murid : 35 orangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTema : Cerita
TeladanTajuk : Sang Kancil Dengan Sang Belang
Hasil Pembelajaran :Fokus Utama :5.1 Membaca kuat perkataan dan
ayat dengan sebutan dan intonasi yangbetul dan memahami perkara
yang dibaca.Aras 3 ( i ) Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan menarik.
Fokus Sampingan :8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal,
dan ayat majmuk.Aras 2 ( i ) Melengkapkan ayat dengan perkataan
yang sesuai.
Objektif :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid akan
dapat : Murid dapat mengenalpasti teks dialog.Murid dapat membaca
dialog dalam intonasi dan sebutan yang betul.Murid dapat menyalin
semula 4 ayat seruan yang terdapat dalam dialog.
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata SeruKosa kata :amanah,
kebenaran, beredar, rimbunan
Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pend. Moral Nilai - amanah
Kemahiran Nilai Bertambah : Kemahiran Berfikir : Membuat Inferen
Teori Kecergasan Pelbagai : Interpesonal Verbal
Bahan Bantu Mengajar :Komputer riba, Topeng, Kad Dialog
Pengetahuan Sedia Ada Murid : Pernah membaca buku cerita
teladan.
2
Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Set Induksi( 3 minit )Teka tekiDalam daun ada ulat, Ulat mati
dimakan lipas,Gelap, besar serta kuat, Telinga boleh dibuat kipas.
Jawapan : Gajah
Pergi minum di Kopitiam,Minum bersama En. Hanan,Badan berbelang
kuning hitam,Daging jua menjadi makanan. Jawapan : Harimau
Deman panas mengigil-gigil, Bila berjalan
terketar-ketar,Walaupun badannya kecil, Namun otaknya sangat
pintar. Jawapan : Kancil
1. Guru menayangkan teka- teki berbentuk pantun.2. Guru meminta
murid membaca teka-teki itu bersama-sama.3. Murid cuba mencari
jawapan teka-teki tersebutsecara individu.
BBM :Power Point
Teknik:Kelas
Nilai :Berani
Langkah1( 2 minit )
Memperkenalkan watak dalam cerita. i. Sang Kancil ii. Sang
BelangTopengSang Kancil
TopengSang Belang
1. Guru meminta murid mengenal pasti topeng. i. Sang Kancilii.
Sang Belang2. Guru mengaitkan topeng dengan pengajaran hari
ini.
BBM :Topeng
Teknik :Sumbangsaran
Nilai :Berani
Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Langkah2(5 minit)Tayangan Teks Dialog di layar.Teks Dialog di
layar
1. Guru pecahkan murid kepada dua kumpulan. Watak kancil dan
watak harimau1. Guru mengedarkan lembaran dialog dan menayangkan
teks dialog di layar.2. Guru melatih tubi murid membaca dialog
dengan suara, sebutan, dan intonasi yang betul.3.Murid membaca
dialog secara kumpulan dan kelas.BBM :Komputer ribaTeks
DialogTeknik :KumpulanKelas
Nilai :Kerjasama
Langkah3(10 minit )
Baca dialog `Sang Kancil Dengan Sang Belang Kad Dialog
1. Guru memilih 3 orang yang berbakat di beri kad dialog untuk
baca dihadapan kelas.2. Murid yang terpilih membaca dialog dengan
intonasi dan sebutan seperti yang telahdibimbing guru.3. Aktiviti
ini diulang semula pada pasangan murid yang lain.
BBM :Kad DialogTopeng
Teknik :TeaterMembaca
KBT :Teori Kecergasan
Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Langkah4( 7 minit )1.Kata SeruHai
Cis
Oh
Eh
Wah
1. Guru meminta murid senarai Kata Seru yang terdapat dalam teks
dialog.2. Guru menerangkan tentang situasi bagi penggunaan kata
seru. Contoh : Cis - marah Wah - kagum Eh - hairan Hai - menyapa3.
Guru meminta murid menyalin Semula ayat seruan kedalam buku
latihan.
BBM :Kad KataSeru
Teknik :Individu
Nilai :Berani
KBT :Menganalisis
Penutup( 5minit )Pengajaran daripada cerita tersebut.1. Guru dan
murid menyatakan Pengajaran daripda cerita Sang kancil dan
harimau.BBM :Kad DialogTeknik :KumpulanNilai :Berani,Berusaha
Sang Kancil dan Sang Belang
Pencerita: Pada suatu hari yang panas didalam sebuah
hutanTerdapat seekor kancil sedang berehat di bawah pokok.Tanpa
disedarinya ia diintai oleh Sang Belang. Tiba tibaSang Belang :
Hai, sahabatku ! Kamu sedang berehat seorang diri ke?Boleh saya
temankan ?Sang Kancil : Eh, Pak Belang ! Dari mana hendak ke mana
?Sang Belang: Saja hendak temankan awak.Sang Kancil : Oh, terima
kasihlah Pak Belang, kerana saya ada tugasyang diamanahkan pada
saya oleh Raja Sulaiman !Sang Belang: Apakah tugas kamu Sang
Kancil?Sang Kancil : Shtt, jangan bising!Pak Belang tak nampak ke
talipinggang batik. Ini kepunyaan Raja Sulaiman, saya perlu
menjaganya dengan baik supaya tidak hilang. ( Sambil menunjukkan
ular sawa yang sedang tidur nyenyak.)Sang Belang: Kamu memang
seorang yang amanah, tetapi kita sudahlama kenal aku belum pernah
pakai tali pinggang. Jika aku pakai tentu bertambah segak lagi
bergaya.Sang Kancil : Wah, kau tentu bergaya!Tetapi tali pinggang
ini milik RajaSulaiman, raja kita. Tentu saya dihukum jika
membenarkan kamu memakai tanpa kebenarannya.Sang Belang: Cis,
bedebah Sang Kancil !.Aku hendak memakainyasekejap saja. ( Dengan
nada marah. )Sang Kancil : Tak boleh !Tapi kerana engkau sahabatku
aku akan cuba meminta kebenaran dari Raja Sulaiman.Pencerita : Sang
Kancilpun beredar agak jauh dari Sang Belang danbersembunyi di
sebalik rimbunan buluh, lalu berteriak.Sang Kancil : Pak Belang !
Pak Belang !Baginda beri kebenaran untukmemakai tali pinggang
itu.Pencerita : Apa lagi, Sang Belangpun mengangkat ular sawa dan
dibelitnya di pinggang. Ular sawa yang terkejut dari tidur terus
membelit Sang Belang. Sang Belangyang mulanya seronok dapat memakai
tali pinggang itu akhirnya tertipu dan mati dibelit ular sawa. Sang
Kancil yang kecil dapat menyelamatkan diri daripadadimakan Sang
Belang kerana kepintarannya.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh :16 November 2011Hari IsninMasa: 10.15 10.45Tahun: 2
CerdikTema : Cerita Teladan.Tajuk : Sang Semut dan Sang
Belalang
Fokus Utama : 5.2 : Membaca dengan kuat teks prosa dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.Aras 1 (i) Membaca teks prosa dengan sebutan dan
intonasi yang betul.Fokus Sampingan :8.2 Membaca dan menulis ayat
tunggal dan majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang tajuk.Aras
1.(i) Membina ayat tunggal dan majmuk.1.Membaca teks dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan lancar .2.Menyatakan maksud perkataan
yang di beri.3.Melengkapkan ayat tunggal dan majmuk dengan
perkataan yang sesuai
Pengisian Kurikulumi)Ilmu : Kesusasteraanii)Nilai : Bekerjasama,
baik hati,keberanian
Sistem Bahasai)Sebutan dan intonasi : Intonasi berceritaii)Kosa
kata : melompat,waspadaiii)Tatabahasa: Simpulan bahasa
Kemahiran Bernilai Tambah :i)Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan
masalah.ii)Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik,Interpersonaliii)Pembelajaran Kontekstual. Strategi
Pengajaran :i)Pendekatan berpusatkan murid.ii)Teknik Permainan
Bahasa. Penekanan Konsep 5Pi)Penggabungjalinan : Kemahiran
mendengar,bertutur,menulis.Penyerapan Ilmu: Sains,
ii)Pemulihan : Membaca dan memadankan maksud
perkataan.iii)Pengayaan : Murid membina 5 ayat tunggal dari
perkataan yang diberi.iv)Penilaian:
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:1.Bahan Multimedia :
Laptop,CD, Kostium pakaian binatang.2.Bahan bercetak : Lembaran
kerja,kad kad permainan bahasa,kad imbasan.
Pengetahuan Sedia Ada :1.Murid pernah mendengar cerita
binatang.2.Murid pernah mempelajari perkataan seerti
(antonym)sebelum ini.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkahdan MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran.Catatan
Set Induksi( 5 minit)
Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini.
Guru menyediakan kad permainan pantun teka-teki.(Rujuk lampiran
1)Murid memakai kostium binatang.
Membuat gerakan lagu Chicken Dance
1.Guru meminta beberapa orang murid membaca kad pantun
teka-teki.Murid lain cuba meneka jawapan.
2.Guru membuat kejutan dengan meminta murid memejam mata.Guru
memanggil 3 orang murid untuk memakai kostium binatang iaitu
ayam,belalang dan katak.
3.Murid membuka mata dan meneka kostium yang dipakai oleh rakan
mereka.
4.Guru dan murid sama-sama membuat gerakan mengikut muzik
Chicken Dance.
5.Guru memperkenalkan tajuk haiwan kepada murid murid.
Kemahiranberfikir.
Ilmu:Kesusasteraan
Langkah 1(10 minit)
Cerita Sang Semut dan Sang Belalang
(Rujuk Lampiran 2)
Guru memanggil 3 orang murid ke hadapan kelas.
Murid membaca teks cerita secara bergiliran di hadapan kelas
Beberapa orang murid pula dipanggil untuk membaca teks sambil
dibantu olehguru.
3.Guru membaca teks sambil diikuti oleh murid dengan sebutan dan
nada intonasi yang betul.
Sistem Bahasa:Perkataan Seerti(Sinonim)
Langkah 2(10 minit )
Permainan Apa maksud saya
Perkataan.-berhati hati-tiba-menyimpan
Setiap murid akan membaca kad perkataan masing masing.
Murid akan bergerak mencari pasangan masing masing dan
memadankan maksudnya.
1.Guru bersoaljawab dari bahan prosa dengan dengan bertanya
sifat Sang Semut dan Sang Belalang.
1.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.Kumpulan A akan memegang
kad perkataan sementara kumpulan B akan memegang kad maksud
perkataan.
2. Murid diminta mencari pasangan bagi maksud perkataan.
3.Pasangan pertama yang berjaya memadankan kad di papan hitam
dikira pemenang.
4.Murid membaca secara kelas perkataan di papan hitam.
TeknikPermainan Bahasa.
Kecerdasan Pelbagai
Pendekatan Berpusatkan Murid.
Penutup
(5 minit)
Latihan Bertulis.Lembaran Kerja.
(Rujuk Lampiran 3)
Melengkap ayat dengan perkataan yang sesuai
Latihan Pengayaan(Rujuk Lampiran 4)- Membina 6 ayat tunggal dari
perkataan yang diberi.
Latihan Pemulihan(Rujuk Lampiran 5)Memadankan perkataan
denganmaksud yang diberi.
RumusanSesi soaljawab
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2. Guru memantau semasa murid menyiapkan latihan sambil memberi
bimbingan kepada murid yang lemah.
Guru menekankan mengenai maksud simpulan bahasa sambil
menasihati murid agar bersikap rajin dan saling tolong menolong
dengan mencontohi watak Sang Semut.
LAMPIRAN 1(kad permainan)PANTUN TEKA TEKI
1.Ada belalai tetapi bukan gajahDi malam hari ia
menjelajahKegemarannya suka menghisap darahIa membiak di air dan di
sampah
Jawapan :
2.Kuning di raja indah berseriDi hias indah di waktu pagiKalau
anda bijak bestariBinatang apa keris di kaki?
Jawapan :
3.Dipujuk dibelai setiap masaLembut bulunya manja suaranyaAduhai
adik cubalah tekaBinatang apa mengiau bunyinya.
Jawapan
Lampiran 2
Teks petikan cerita.
Tajuk : Belalang Dan Semut
Pada suatu hari,seekor belalang telah bertemu dengan seekor
semut.Pada ketika itu, Sang Semut sedang bertungkus lumus mengumpul
dan mengeringkan bijirin.Sambil ketawa,Sang Belalang berkata,Hai
Sang Semut! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini.Setiap masa
kamu terpaksa bermandi peluh.Lihatlah keadaan aku ini.Hidup bebas
terbang ke sana sini. Sang Semut lalu berkata,Wahai sahabat
baikku,musim sejuk akan tiba tidak lama lagi,marilah kita menyimpan
makanan sebagai langkah berjaga-jaga.Belalang tertawa lalu
berkata,Ha ,ha.ha biarlah.Masih ada banyak masa.Belalang terus
menyanyi dan tidak mempedulikan nasihat rakannya. Selang beberapa
hari,musim sejuk pun tiba.Salji turun dengan lebatnya.Belalang
berasa sangat takut.Badannya menggigil kerana kesejukan dan
kelaparan.Dia tidak menyimpan bekalan makanan. Tanpa membuang masa
Sang Belalang berlari ke rumah Sang Semut.Sang Semut terperanjat
melihat Sang Belalang.Sang Semut pun berkata,Wahai Sang Belalang,
jika kita ringan tulang,tentulah kita akan mendapat
faedahnya,sebaliknya jika kita berat tulang diri sendiri yang akan
rugi. Sang Semut pun memberi sehelai selimut dan menghidangkan
makanan kepada Sang Belalang.Sang Belalang berjanji akan berubah
menjadi rajin.
(Lampiran 3)
Lembaran kerja.
Nama : Tahun: .
Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1.Sang Semut .. melihat keadaan Sang Belalang yang basah
kuyup.
2. Sang Semut . makanan untuk kegunaan di musim sejuk
3 .Sang Belalang berasa .. dan akan berubah menjadi rajin.
4 .Sang Semut bersikap . apabila ia menghidangkan makanan kepada
Sang Belalang.
5 .Sang Semut bersikap .. sementara Sang Belalang pula mempunyai
sifat . bekerja.
insaf rajin baik hati malas kasihan
(Lampiran 4)
Aktiviti Pengayaan
Nama : Tahun : Bina ayat tunggal atau majmuk dari perkataan yang
diberi.1.Kasihan :...
2.Berjumpa :
3.Berwaspada :...
4.Menggigil
5.Terperanjat : .....
6.Mengumpul :.
(Lampiran 5)
Aktiviti Pemulihan.
Nama : Tahun :
Padankan perkataan yang sama maksudnya di bawah.
1. .Mengumpul simpati
2. Bertemu terkejut
3. Kasihan menghimpun
4. Waspada berjumpa
5. Terperanjat berhati hati