NFC – Near Field Communication Konsep Ringkas NFC Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang kurang daripada 4 sentimeter (4 cm). Jenis Penghantaran & Penerimaan Data Melalui NFC Antara dua medium – iaitu medium aktif dan medium pasif NFC membawakan 3 jenis penghantaran dan penerimaan data. Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini, komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar seperti telefon pintar (medium aktif) dan medium seperti kad ataupun tag (medium pasif). Melalui jenis ini, kitaran penghantaran data yang berlaku adalah seperti berikut: Kad yang mempunyai cip memori NFC (kad ini juga dikenali sebagai NFC Tag ataupun NFC Smart Poster) merupakan kad yang dikuasakan oleh medan magnet. Ia tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan operasinya. Bergantung kepada jenis memorinya sama ada data di dalamnya boleh dipadamkan/ditulis semula atau tidak. Peranti pintar yang merupakan medium aktif akan memancarkan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan NFC Tag. Gelombang yang dipancarkan akan mengaktifkan NFC Tag tersebut. NFC Tag yang menerima gelombang radio itu akan berinteraksi dengan peranti pintar dan seterusnya menghantar data yang diminta oleh peranti pintar.
10
Embed
NFC Near Field Communication Konsep Ringkas NFCNFC – Near Field Communication Konsep Ringkas NFC Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC merupakan protokol penghantaran
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
NFC – Near Field Communication
Konsep Ringkas NFC
Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC
merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data
pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang
kurang daripada 4 sentimeter (4 cm).
Jenis Penghantaran & Penerimaan Data Melalui NFC
Antara dua medium – iaitu medium aktif dan medium
pasif NFC membawakan 3 jenis penghantaran dan
penerimaan data.
Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara
medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini,
komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar
seperti telefon pintar (medium aktif) dan medium
seperti kad ataupun tag (medium pasif).
Melalui jenis ini, kitaran penghantaran data yang berlaku adalah seperti berikut:
Kad yang mempunyai cip memori NFC (kad ini juga dikenali sebagai NFC Tag ataupun NFC Smart Poster) merupakan kad yang dikuasakan oleh medan magnet. Ia tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan operasinya. Bergantung kepada jenis memorinya sama ada data di dalamnya boleh dipadamkan/ditulis semula atau tidak.
Peranti pintar yang merupakan medium aktif akan memancarkan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan NFC Tag. Gelombang yang dipancarkan akan mengaktifkan NFC Tag tersebut.
NFC Tag yang menerima gelombang radio itu akan berinteraksi dengan peranti pintar dan seterusnya menghantar data yang diminta oleh peranti pintar.
Contoh implementasi bagi komunikasi jenis ini ialah NFC Smart Poster seperti gambar dibawah;
Sebagai contoh tambahan, pihak muzium boleh
mengaplikasikan NFC Tag ini pada setiap artifak yang
dipaparkan dalam ruang pameran. Pelawat hanya perlu
mencari NFC Tag sahaja untuk mendapatkan info akan
artifak berkenaan, mungkin dalam bentuk pautan video,
atau kandungan-kandungan yang berkaitan. Ia lebih
interaktif, menjimatkan kertas dan juga kandungan
boleh dikemaskini dengan mudah selain daripada
memudahkan pelawat untuk memuat turun maklumat
untuk dijadikan simpanan.
Antara medium aktif dan aktif Manakala bagi jenis yang
kedua pula ialah perkongsian antara dua peranti aktif
iaitu interaksi antara dua peranti pintar yang masing-
masingnya dilengkapi dengan teknologi NFC. Anda boleh
memikirkan bahawa konsep mekanismanya sama seperti
penghantaran dan penerimaan data melalui Bluetooth
namun dengan beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat
pada Bluetooth.
Ciri-ciri berkenaan ialah perkongsian data lebih perlahan
jika dibandingkan dengan Bluetooth, jarak antara dua
peranti mestilah teramat dekat (kurang dari 4 cm), namun ia menggunakan tenaga yang kurang dan juga ia tidak
memerlukan sebarang pengesahan berkata-laluan (authentication code) ataupun pairing process. Hanya pastikan
sahaja 2 peranti pintar berada pada satu jarak yang dekat, aktifkan NFC dan penghantara data boleh dilakukan.
Namun demikian, hanya data yang bersaiz kecil sahaja mampu dihantar dan diterima pada waktu ini. Adalah mustahil
untuk anda melakukan penghantaran data seperti rakaman berdefinisi tinggi atau apa-apa yang serupa dengannya.
Sebenarnya, teknologi transaksi tanpa wayar ini sudahpun diaplikasikan seperti kad Touch&Go, namun dengan
menggunakan teknologi NFC pada peranti mudah-alih, beberapa fungsi istimewanya telah dipertingkatkan.
Pertamanya, Menjadikan Smartposter salah satu tarikan baru kepada orang ramai untuk berinteraksi secara terus
dengan apa yang ingin disampaikan melalui iklan. Tanpa perlu menunggu. Selain menjimatkan bahan bercetak yang
perlu diganti setiap kali memerlukan perubahan dan pindaan keatas isi kandungan.
Kedua, ianya telah digabungkan bagi tujuan pembayaran yang sedang meluas dinegara-negara luar. Di malaysia ianya
masih baru dan memerlukan sedikit masa untuk diterima pakai dalam sistem harian pengguna telefon bimbit.