Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 2: 17—31 Januari 2015 MENARIK DI DALAM Perhimpunan Bulanan & Majlis Amanat KPPA Tahun 2015 ……………2 Majlis Perasmian PUSPANITA Agung JPA 2015 ................... 3 Program Moh Senam JPA4U ...................... 4 Pada 28 Januari 2015, telah berlangsungnya Seminar Perancangan Strategik (SPS) JPA 2015 di INTAN, Kampus Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seminar ini melibatkan para pegawai dari semua Bahagian bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan fokus perjalanan transformasi dan peranan JPA bagi tahun 2015. Bagi tahun 2014, JPA telah melaksanakan inisiatif T1-100 dengan cemerlang dan hasilnya ia memberikan impak keberhasilan yang signifikan terhadap Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) sejak 2013 telah membuahkan hasil di mana JPA beralih daripada peranan operasi ke peranan yang lebih strategik. Warga JPA digesa untuk memberikan perhatian terhadap Enam Fokus Kerajaan bagi Tahun 2015 seperti yang dianjurkan oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan Bulanan JPM bagi bulan Januari 2015 yang lalu. Hasil daripada Bengkel Kumpulan Kerja SPS JPA 2015 yang diadakan di AKEPT, Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada 22 & 23 Januari 2015 yang lalu, inisiatif berimpak tinggi yang dikenali sebagai HI-20 telah diperkenalkan. Inisiatif HI-20 ini melibatkan program-program transformasi yang diasaskan dari 5 Teras Strategik KTPA. Prinsip asas HI-20 ialah programnya perlulah merangkumi keseluruhan sektor awam dan merangkumi penglibatan agensi-agensi, memberikan impak yang signifikan serta mempunyai key performance indicator (KPI). Antara inisiatif HI-20 ialah 252 PLUS iaitu rasionalisasi kesemua 252 skim perkhidmatan yang akan ditambah baik; Blue Ocean Leadership in Malaysian Civil Service yang berfokus terhadap peningkatan tahap penglibatan warga dalam menjayakan misi dan visi organisasi; dan 1SERVE iaitu 1Malaysia Customer Servive of Civil Servants bagi meningkatkan tahap kecekapan petugas kaunter barisan hadapan. SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK JPA 2015
4
Embed
Newsletter Sekitar JPA Edisi 2docs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2015/...2015 di INTAN, Kampus Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seminar ini melibatkan para pegawai dari semua
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 2: 17—31 Januari 2015
MENARIK DI DALAM
Perhimpunan Bulanan &
Majlis Amanat KPPA
Tahun 2015 ……………2
Majlis Perasmian
PUSPANITA Agung
JPA 2015 ................... 3
Program Moh Senam
JPA4U ...................... 4
Pada 28 Januari 2015, telah
b e r l a n g s u n g n y a S e m i n a r
Perancangan Strategik (SPS) JPA
2015 di INTAN, Kampus Bukit
Kiara, Kuala Lumpur. Seminar ini
melibatkan para pegawai dari
semua Bahagian bertujuan untuk
membincangkan hala tuju dan fokus
perjalanan transformasi dan
peranan JPA bagi tahun 2015.
Bagi tahun 2014, JPA telah
melaksanakan inisiatif T1-100
dengan cemerlang dan hasilnya ia
memberikan impak keberhasilan
yang s ignif ikan terhadap
Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan
K e r a n g k a T r a n s f o r m a s i
Perkhidmatan Awam (KTPA) sejak
2013 telah membuahkan hasil di
mana JPA beralih daripada peranan
operasi ke peranan yang lebih
strategik.
Warga JPA digesa untuk
memberikan perhatian terhadap
Enam Fokus Kerajaan bagi Tahun
2015 seperti yang dianjurkan oleh
P e r d a n a M e n t e r i d a l a m
Perhimpunan Bulanan JPM bagi
bulan Januari 2015 yang lalu.
Hasil daripada Bengkel
Kumpulan Kerja SPS JPA 2015 yang
diadakan di AKEPT, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan pada 22 & 23
Januari 2015 yang lalu, inisiatif
berimpak tinggi yang dikenali
sebagai HI-20 telah diperkenalkan.
Inisiatif HI-20 ini melibatkan
program-program transformasi
yang diasaskan dari 5 Teras
Strategik KTPA. Prinsip asas HI-20
ia la h progra mnya per lu la h
merangkumi keseluruhan sektor
awam dan merangkumi penglibatan
agensi-agensi, memberikan impak
yang signifikan serta mempunyai
key performance indicator (KPI).
Antara inisiatif HI-20 ialah
252 PLUS iaitu rasionalisasi
kesemua 252 skim perkhidmatan
yang akan ditambah baik; Blue
Ocean Leadership in Malaysian Civil
Service yang berfokus terhadap
peningkatan tahap penglibatan
warga dalam menjayakan misi dan
visi organisasi; dan 1SERVE iaitu
1Malaysia Customer Servive of Civil
Servants bagi meningkatkan tahap
kecekapan petugas kaunter barisan
hadapan.
SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK JPA 2015
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." menjurus kepadanya tanpa menyimpang." menjurus kepadanya tanpa menyimpang." --- Cecil B. DeMille Cecil B. DeMille Cecil B. DeMille
Pada 21 Januari 2015, telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Januari & Majlis Amanat KPPA bagi Tahun 2015 yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Majlis telah diadakan di Auditorium JPA dan dihadiri oleh para pegawai pengurusan tertinggi serta warga JPA. Perhimpunan yang pertama bagi tahun 2015 ini amat bermakna kerana Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menyampaikan amanat yang juga merupakan harapan beliau bagi tahun 2015 dalam usaha meletakkan JPA pada kedudukan lebih baik dan mem-banggakan.
Selain daripada itu, perhimpunan pada kali ini juga dihadiri oleh Dato’ Jalil Bin Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Dalam perhimpunan kali ini, urus setia telah memainkan montaj Imbasan Transformasi Sepanjang 2014 yang memaparkan aktiviti dan pencapaian JPA bagi tahun 2014.
Dalam amanat beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menegaskan bahawa hala tuju transformasi akan diterus-kan pada tahun ini. Selain dari itu, beliau juga mengingatkan warga agar setiap pegawai memperbaiki kualiti kerja masing-masing dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan Kit Korporat JPA yang baharu kepada warga baharu JPA, Hadiah Persaraan kepada para pegawai yang telah dan akan bersara serta Anugerah Pegawai Contoh Bulanan JPA. Sebelum majlis berakhir, para hadirin melafazkan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh Encik Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali, pegawai dari Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD).
MAJLIS AMANAT KPPA TAHUN 2015
MAJLIS AMANAT & PENYAMPAIAN
SURAT PEMANGKUAN PTD
PELBAGAI GRED
Pada 22 Januari 2015, telah berlangsung Majlis
Amanat dan Penyampaian Surat Pemangkuan PTD
Pelbagai Gred. Majlis ini diadakan oleh Bahagian
Perkhidmatan, JPA dengan kerjasama Kementerian
Luar Negeri. Surat Pemangkuan PTD Pelbagai
Gred ini disampaikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa,
Ketua Setiausaha Negara diiringi Tan Sri Moham-
ad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam.
Seramai 138 orang pegawai pelbagai gred di
Kementerian Luar Negeri telah menerima Surat
Pemangkuan mereka. Tahniah dan semoga para
pegawai menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab dan berintegriti .
GOLF PERSAHABATAN KPPA BERSAMA PEGAWAI MUDA PERKHIDMATAN AWAM
Pada 25 Januari 2014, telah berlangsungnya Golf Persahabatan KPPA bersama Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan hasil jalinan usahasama antara pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) serta Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih juga diucapkan kepada Penang Golf Resort dan Bertam Properties atas kesudian menghulurkan bantuan dalam menjayakan program.
Program seumpama ini diadakan berfokus kepada persahabatan. Permainan golf hanyalah wadahnya namun intipatinya adalah bagaimana interaksi dan bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain khususnya dengan pegawai-pegawai muda dan penjawat awam di Negeri Pulau Pinang. Semangat kejohanan seperti ini seharusnya berterusan demi untuk menjadikan hubungan Perkhidmatan Awam Malaysia khususnya antara Persekutuan dan Negeri sentiasa erat sambil kita membina penjawat awam yang sentiasa aktif dalam bidang sukan dan rekreasi.
Pada 27 Januari 2014, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil JPA Tahun 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, selaku Penasihat PUSPANITA JPA. Majis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA JPA, Puan Sri Asmahan Ismail serta Exco-exco PUSPANITA JPA dan ahli-ahlinya.
Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah berpesan agar PUSPANITA memainkan peranan untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab serta mendokong hasrat Kerajaan meletakkan kaum hawa sebagai peneraju keluarga, masyarakat dan negara adalah bertepatan sekali. PUSPANITA juga perlu memainkan peranan membantu dan menyokong Kerajaan dalam memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Di sini usaha untuk menyebar luas mesej yang betul tentang GST harus digerakgempurkan oleh kaum wanita kerana wanita dilihat mempunyai pengaruh terhadap pengurusan ekonomi keluarga. PUSPANITA juga seharusnya mengambil kesempatan yang ada untuk menggunakan teknologi sebagai alat penghubung dan berkomunikasi dengan golongan pegawai muda agar PUSPANITA dapat menarik lebih ramai penglibatan golongan muda untuk sumbangan idea-idea baru dan kreatif serta mencetuskan lebih banyak penganjuran program berimpak tinggi yang memberikan kesan positif kepada masyarakat.
Di samping itu, terdapat juga Jualan dan Pameran Mega PUSPANITA diadakan di sekitar Lobi JPA dan luar Auditorium JPA.
MAJLIS PERASMIAN PUSPANITA AGUNG JPA
TAHUN 2015
7 CARA MENINGKATKAN
PRODUKTIVITI KERJA
1. Buat senarai kerja (to-do list)
setiap hari;
2. Mulakan hari dengan tugasan
yang paling mencabar;
3. Hadkan memeriksa e-mel dan
laman sosial;
4. Berhenti dari berkata “Ya”
sepanjang masa;
5. Hilangkan semua jenis
gangguan;
6. Susun atur dan kemaskan
kawasan kerja anda; dan
7. Berehat sebentar.
PROGRAM MOH SENAM JPA4U
www.jpa.gov.my Jabatan Perkhidmatan Awam Paskom Jabatan Perkhidmatan Awam
@jpagov @jpa2day jpa2day
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000
Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA
Pada 27 Januari 2015, telah berlangsung Program Moh Senam JPA4U. Program ini merupakan anjuran Kelab JPA sempena membuka lembaran tahun 2015. Program diadakan bagi menggalakkan amalan budaya hidup sihat di kalangan penjawat awam. Buat penganjuran program yang pertama ini, Kelab JPA telah menjemput Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Penerangan bagi membantu dari segi penyediaan logistik dan jurulatih senamrobik. Seramai 60 orang warga Kompleks C turun menyertai senamrobik pada hari tersebut.
Penganjuran ini merupakan permulaan usahasama antara JPA bersama semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan bagi mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Program ini akan diadakan pada setiap hari Selasa, bermula jam 5.45 petang sehingga 6.45 petang. Semua warga JPA serta Kompleks C adalah dijemput untuk menyertai Program ini.