1 PUTRAJAYA, 10-11 Julai - Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-8 (NGIS Ke-8) anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah menjadi satu lagi tanda aras kecemerlangan kepada Kementerian kerana berjaya menghimpunkan lebih daripada 650 orang peserta di simposium ini. Simposium ini dianjurkan dengan kolaborasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku penganjur bersama. Simposium anjuran dwitahunan pada kali ini membawa tema “Inovasi Geospatial Ke Arah Wawasan Negara” dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian pada ketika itu mewakili YB Menteri KATS, YB. Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam. Berlangsung selama dua (2) hari, simposium ini diwarnai dengan pelbagai pengisian seperti pelancaran Pelan Induk Geospatial Negara (NGMP), penyampaian Anugerah Geospatial Kebangsaan (AGK), penyampaian hadiah Pertandingan Video Multimedia untuk pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), penyampaian hadiah Pertandingan Melukis Poster Sekolah Menengah, pembentangan kertas-kertas kerja aplikasi geospatial, sesi perbincangan panel, klinik MyGDI serta penyertaan 24 agensi awam dan swasta di pameran teknologi geospatial. Objektif utama simposium ini adalah sebagai platform bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan teknologi dan maklumat geospatial, merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor serta menginovasikan geospatial melalui perkongsian dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menuju wawasan negara. Diharap dengan kejayaan penganjuran simposium ini menjadi inspirasi kepada semua peserta untuk terus menyokong Program MyGDI yang dibangunkan oleh MaCGDI. SIMPOSIUM MAKLUMAT GEOSPATIAL KEBANGSAAN KE-8 (NGIS KE-8) BERLANGSUNG PENUH GEMILANG NEWSLETTER www.mygeoportal.gov.my facebook.com/mygeoportal Edisi No.2/ 2018 Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI HALAMAN 1 SIMPOSIUM MAKLUMAT GEOSPATIAL KEBANGSAAN KE-8 (NGIS KE-8) BERLANGSUNG PENUH GEMILANG HALAMAN 2 LAWATAN MaCGDI KE MIMOS BERHAD HALAMAN 3 LAWATAN MaCGDI KE TM ONE EXPERIENCE CENTRE HALAMAN 4 SENARAI PENERIMA ANUGERAH DAN PERTANDINGAN SEMPENA NGIS KE-8 PUSAT INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL NEGARA (MaCGDI), KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI Gambar-gambar di sekitar NGIS Ke-8 boleh dilayari di halaman Facebook MyGeoportal/MaCGDI.
4
Embed
NEWSLETTER Edisi No.2/ 2018 - KATS · 1. ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN (AGK) a. Anugerah Kecemerlangan Geospatial (Umum) Majlis Perbandaran Ampang Jaya: Sistem Interaktif MPAJ (MISYS)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PUTRAJAYA, 10-11 Julai - Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-8 (NGIS Ke-8) anjuran
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah menjadi satu lagi tanda aras
kecemerlangan kepada Kementerian kerana berjaya menghimpunkan lebih daripada 650 orang peserta di simposium ini.
Simposium ini dianjurkan dengan kolaborasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku penganjur bersama. Simposium anjuran dwitahunan pada kali ini membawa tema
“Inovasi Geospatial Ke Arah Wawasan Negara” dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian
pada ketika itu mewakili YB Menteri KATS, YB. Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam.
Berlangsung selama dua (2) hari, simposium ini diwarnai dengan pelbagai pengisian seperti pelancaran Pelan Induk Geospatial Negara
(NGMP), penyampaian Anugerah Geospatial Kebangsaan (AGK), penyampaian hadiah Pertandingan Video Multimedia untuk pelajar
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), penyampaian hadiah Pertandingan Melukis Poster Sekolah Menengah, pembentangan kertas-kertas kerja
aplikasi geospatial, sesi perbincangan panel, klinik MyGDI serta penyertaan 24 agensi awam dan swasta di pameran teknologi geospatial.
Objektif utama simposium ini adalah sebagai platform bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan teknologi dan maklumat geospatial,
merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor serta menginovasikan
geospatial melalui perkongsian dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menuju wawasan negara. Diharap dengan kejayaan penganjuran
simposium ini menjadi inspirasi kepada semua peserta untuk terus menyokong Program MyGDI yang dibangunkan oleh MaCGDI.