Top Banner
Gambar-gambar ini memaparkan sejarah awal dan budaya masyarakat Malaysia yang telah dicatat serta dibina di bukit kecil dan kawasan sekitarnya yang membentuk pusat kota Kuala Lumpur. Dengan usaha dan keazaman yang cekal, peneroka-peneroka awal mengubah hutan tropika menjadi sebuah penempatan. Mereka bersama- sama membina rumah, kampung, perniagaan, tempat ibadat, perkuburan, sekolah, kemudahan budaya dan sukan, hospital, balai polis, penjara dan institusi-institusi awam. Di kawasan ini, juga terletaknya 6 buah sekolah yang paling bersejarah di Kuala Lumpur, iaitu Institusi Victoria (1929, digazet sebagai Warisan Negara pada tahun 2009), Sekolah Menengah Lelaki Methodist dan Sekolah Rendah Lelaki Methodist (1897), SRJK (C) Jalan Davidson (1928), Sekolah Menengah Persendirian Confucian (1906) dan SMJK Confucian (1907). Selain daripada 9 buah tempat ibadat yang bersejarah, di sini juga bertapaknya pusat-pusat awam dan budaya seperti Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng (1920), Chan She Shu Yuen (1896, digazet sebagai Bangunan Bersejarah dalam tahun 2009) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (1923, digazet sebagai Warisan Negara dalam tahun 2007). Pada suatu ketika dahulu, secara kolektifnya bukit ini serta taman, stadium-stadium, institusi-institusi awam dan komuniti-komuniti sekelilingnya merangkumi seluruh Jalan Petaling, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Foch Avenue), Jalan Maharajalela (Birch Road), Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Jalan Tun H.S.Lee (High Street), Jalan Hang Lekir (Cecil Street), Jalan Balai Polis dan sebagainya. Ia merupakan ruang awam yang mencerminkan sejarah sosial dan warisan budaya para pengasas serta penghuni awal kota ini. Antara 4 tapak warisan yang tersergam megah di sini ialah Taman Merdeka Negara yang juga dikenali sebagai Taman Tunku Abdul Rahman (1958), Stadium Chin Woo (1953), Stadium Merdeka (1957) yang telah digazet sebagai Warisan Negara dalam tahun 2003 dan Stadium Negara (1962). Kesemua tapak warisan ini mewakili lambang peringatan sejarah sebelum dan selepas Kemerdekaan. Oleh itu, tapak-tapak warisan ini adalah ‘Harta Rakyat’ untuk kegunaan awam bagi menikmati dan menghayati sejarah dan masa depan negara. Walau bagaimanapun, semasa pembentangan Belanjawan 2012, Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka yang bernilai sebanyak RM5 bilion dalam tiga fasa untuk 10 tahun akan datang. Projek ini bermula dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 118 tingkat di tapak lama Taman Merdeka Negara (Taman Tunku) yang telah dirobohkan. Permodalan Nasional Berhad akan mengambil alih pembinaan dan pengurusan bangunan untuk kegunaan pejabat komersial, kompleks membeli-belah dan kondominium. Pembangunan ini diumumkan tanpa sebarang perundingan awam atau impak pertimbangan projek terhadap komuniti-komuniti sekitar, termasuk kawasan perumahan, sekolah daninstitusi agama. Pelan projek ini juga tidak mengambil kira kepentingan nilai warisan dan impaknya terhadap tapak-tapak warisan. Pemilik-pemilik hartanah di Jalan Petaling dan Jalan Sultan dipaksa menandatangani perjanjian bersama dengan MRT Corp untuk mengosongkan hartanah masing-masing untuk tempoh 6 bulan atau ‘lebih lama’. Selain itu, para pemilik juga dikehendaki menyerahkan surat hak milik tanah untuk pengendorsan. Kesemua syarat ini tidak melindungi kepentingan pemilik dan penghuni. Malah, tiada perundingan diadakan untuk para peniaga dan penjaja di komuniti ini. Semenjak kerja pembinaan stesen MRT dijalankan dalam bulan Jun 2012, perniagaan tempatan menanggung kemerosotan secara drastik. Ada di antara peniaga-peniaga yang melaporkan kemerosotan pelanggan dan jualan sebanyak 50%. Situasi ini bertambah buruk setiap hari kerana semakin banyak peniaga dan penghuni mengosongkan bangunan yang diduduki mereka akibat pencemaran debu dan bunyi yang teruk ekoran daripada kerja pembinaan MRT serta ketidakpastian masa depan yang disebabkan pelan pembangunan di kawasan ini yang masih belum diumumkan secara terperinci oleh pihak berkuasa. Tambahan lagi, pencemaran persekitaran yang bertambah buruk juga menjejaskan suasana pembelajaran sekolah- sekolah dan institusi-institusi yang berdekatan. Di kaki bukit ini, pembinaan landasan dan stesen MRT dari Jalan Sultan ke tapak lama Taman Merdeka (Taman Tunku) telah bermula. Namun, pelaksanaan pembinaan MRT jelas melibatkan pengambilalihan tanah secara angkuh tanpa perundingan awam. Benteng terakhir untuk melindungi tapak warisan bangsa
2

New Benteng terakhir untuk melindungi tapak warisan bangsa · 2013. 2. 7. · tahun akan datang. Projek ini bermula dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 118 tingkat

Oct 28, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: New Benteng terakhir untuk melindungi tapak warisan bangsa · 2013. 2. 7. · tahun akan datang. Projek ini bermula dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 118 tingkat

Gambar-gambar ini memaparkan sejarah awal dan budaya masyarakat Malaysia yang telah dicatat serta dibina di bukit kecil dan kawasan sekitarnya yang membentuk pusat kota Kuala Lumpur.

Dengan usaha dan keazaman yang cekal, peneroka-peneroka awal mengubah hutan tropika menjadi sebuah penempatan. Mereka bersama-sama membina rumah, kampung, perniagaan, tempat ibadat, perkuburan, sekolah, kemudahan budaya dan sukan, hospital, balai polis, penjara dan institusi-institusi awam.

Di kawasan ini, juga terletaknya 6 buah sekolah yang paling bersejarah di Kuala Lumpur, iaitu Institusi Victoria (1929, digazet sebagai Warisan Negara pada tahun 2009), Sekolah Menengah Lelaki Methodist dan Sekolah Rendah Lelaki Methodist (1897), SRJK (C) Jalan Davidson (1928), Sekolah Menengah Persendirian Confucian (1906) dan SMJK Confucian (1907). Selain daripada 9 buah tempat ibadat yang bersejarah, di sini juga bertapaknya pusat-pusat awam dan budaya seperti Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng (1920), Chan She Shu Yuen (1896, digazet sebagai Bangunan Bersejarah dalam tahun 2009) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (1923, digazet sebagai Warisan Negara dalam tahun 2007).

Pada suatu ketika dahulu, secara kolektifnya bukit ini serta taman, stadium-stadium, institusi-institusi awam dan komuniti-komuniti sekelilingnya merangkumi seluruh Jalan Petaling, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Foch Avenue), Jalan Maharajalela (Birch Road), Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Jalan Tun H.S.Lee (High Street), Jalan Hang Lekir (Cecil Street), Jalan Balai Polis dan sebagainya. Ia merupakan ruang awam yang mencerminkan sejarah sosial dan warisan budaya para pengasas serta penghuni awal kota ini.

Antara 4 tapak warisan yang tersergam megah di sini ialah Taman Merdeka Negara yang juga dikenali sebagai Taman Tunku Abdul Rahman (1958), Stadium Chin Woo (1953), Stadium Merdeka (1957) yang telah digazet sebagai Warisan Negara dalam tahun 2003 dan Stadium Negara (1962). Kesemua tapak warisan ini mewakili lambang peringatan sejarah sebelum dan selepas Kemerdekaan. Oleh itu, tapak-tapak warisan ini adalah ‘Harta Rakyat’ untuk kegunaan awam bagi menikmati dan menghayati sejarah dan masa depan negara.

Walau bagaimanapun, semasa pembentangan Belanjawan 2012, Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka yang bernilai sebanyak RM5 bilion dalam tiga fasa untuk 10 tahun akan datang. Projek ini bermula dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 118 tingkat di tapak lama Taman Merdeka Negara (Taman Tunku) yang telah dirobohkan.Permodalan Nasional Berhad akan mengambil alih pembinaan dan pengurusan bangunan untuk kegunaan pejabat komersial, kompleks membeli-belah dan kondominium. Pembangunan ini diumumkan tanpa sebarang perundingan awam atau impak pertimbangan projek terhadap komuniti-komuniti sekitar, termasuk kawasan perumahan, sekolah daninstitusi agama. Pelan projek ini juga tidak mengambil kira kepentingan nilai warisan dan impaknya terhadap tapak-tapak warisan.

Pemilik-pemilik hartanah di Jalan Petaling dan Jalan Sultan dipaksa menandatangani perjanjian bersama dengan MRT Corp untuk mengosongkan hartanah masing-masing untuk tempoh 6 bulan atau ‘lebih lama’. Selain itu, para pemilik juga dikehendaki menyerahkan surat hak milik tanah untuk pengendorsan. Kesemua syarat ini tidak melindungi kepentingan pemilik dan penghuni. Malah, tiada perundingan diadakan untuk para peniaga dan penjaja di komuniti ini.

Semenjak kerja pembinaan stesen MRT dijalankan dalam bulan Jun 2012, perniagaan tempatan menanggung kemerosotan secara drastik. Ada di antara peniaga-peniaga yang melaporkan kemerosotan pelanggan dan jualan sebanyak 50%.

Situasi ini bertambah buruk setiap hari kerana semakin banyak peniaga dan penghuni mengosongkan bangunan yang diduduki mereka akibat pencemaran debu dan bunyi yang teruk ekoran daripada kerja pembinaan MRT serta ketidakpastian masa depan yang disebabkan pelan pembangunan di kawasan ini yang masih belum diumumkan secara terperinci oleh pihak berkuasa. Tambahan lagi, pencemaran persekitaran yang bertambah buruk juga menjejaskan suasana pembelajaran sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang berdekatan.

Di kaki bukit ini, pembinaan landasan dan stesen MRT dari Jalan Sultan ke tapak lama Taman Merdeka (Taman Tunku) telah bermula. Namun, pelaksanaan pembinaan MRT jelas melibatkan pengambilalihan tanah secara angkuh tanpa perundingan awam.

Benteng terakhir untuk melindungi tapak warisan bangsa

Page 2: New Benteng terakhir untuk melindungi tapak warisan bangsa · 2013. 2. 7. · tahun akan datang. Projek ini bermula dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 118 tingkat

Jika Rakyat gagal mempertahan dan melindungi tapak ini, pasti lebih banyak tanah akan dirampas daripada rakyat oleh pemaju-pemaju – sama ada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat-syarikat swasta – atas nama ‘pemodenan’, ‘pembangunan’ dan ‘kemajuan’.

Kami, Rakyat Malaysia yang prihatin, menuntut pemulihan Undi Ketiga. Kami menuntut pilihan raya kerajaan tempatan dan majlis perbandaran untuk Wilayah Persekutuan supaya rakyat boleh memilih secara langsung anggota-anggota Majlis Perbandaran dan Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan penyertaan rakyat umum dalam pentadbiran tempatan dan kualiti pentadbiran awam. Tambahan lagi, pemilihan langsung Datuk Bandar dan anggota-anggota majlis perbandaran boleh memastikan akauntabiliti dan ketelusan kerana mereka boleh disingkirkan melalui pelucutan jawatan, pendakwaan dan usul undi tidak percaya.

Kami, sebagai Rakyat, amat kecewa kerana ruang awam kami telah dirampas dan digantikan dengan projek yang tidak dapat bertahan secara kewangan, tidak mesra alam danakan merosakkan ciri-ciri unik landskap Kuala Lumpur. Kami marah kerana warisan negara dan ruang awam telah dikorbankan untuk keuntungan komersial. Kami mengecam menara mega 118 tingkat yang ironinya dinamakan sebagai ‘Menara Warisan’ kerana menara ini akan mengerdilkan simbol penting kemerdekaan negara --- Stadium Merdeka.

Sebagai Rakyat, anda boleh:

1. Bertindak! Mengambil initiatif untuk memulakan aktiviti yang boleh membantu meningkatkan persekitaran kehidupan komuniti-komuniti tempatan dan pemeliharaan tapak-tapak warisan.

2. Menyertai NGO yang berkaitan dengan pemeliharaanwarisan, alam sekitar, perancangan dan pembangunan bandar serta komuniti-komuniti yang relevan untuk menyumbang masa, sumber dan kemahiran profesional anda.

3. Lebih peka terhadap perkembangan dan isu semasa dengan membaca berita di portal berita maya bebas atau mengikuti informasi terkini di laman-laman Facebook berikut:

• Rakan KL

• Tolak Menara 118 Tingkat – Pulangkan Taman Merdeka Negara kepada Rakyat

• 1 M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower

• Petaling Street Community Art Project

• Kaki Jelajah Warisan, dll.

4. Melukis, mengambil gambar, merakamkan filem, mencatat atau menulis rencana mengenai tapak-tapak warisan untuk dipaparkan dalam blog atau laman jaringan sosial anda serta bertukar-tukar fikiran dengan rakan taulan anda.

5. Menjadi aktivis media atau pendidik untuk memupuk kefahaman tentang sejarah negara yang kini mula lenyap dalam ingatan atau tidak diceritakan di kalangan orang awam, terutamanya kanak-kanak.

6. Menulis surat dan rencana kepada akhbar-akhbar dan media (termasuk portal maya dan radio) untuk membantah pembinaan Menara Warisan 118 Tingkat dan landasan MRT sepanjang Jalan Sultan.

7. Melobi calon-calon politik, wakil-wakil tempatan, pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya untuk menyokong perjuangan memelihara tapak warisan dan menuntut penilaian semula dan pembatalan kedua-dua projek Menara Warisan 118 Tingkat dan landasan MRT sepanjang Jalan Sultan.

MEN

AR

A 1

18

Apakah yang boleh anda lakukan?

Kami, Rakyat Malaysia yang prihatin, menyeru Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin untuk melakukan segala yang mungkin dalam kuasa mereka untuk menghentikan pembinaan Menara Warisan 118 tingkat, memulangkan Taman Merdeka (Taman Tunku) kepada rakyat dan melindungi tapak-tapak warisan di Kuala Lumpur dengan mewartakan seluruh landskap bersejarah Kuala Lumpur ini sebagai Tapak Warisan Kebangsaan bawah Akta Warisan Negara (2005) ..................................................................................................................................

www.ptmnmalaysia.wordpress.comTolak Menara 118 Tingkat – Pulangkan Taman Merdeka Negara kepada Rakyat