1 NEGERI SABAH [ JPAN : 700-4/1 JLD.3(202)] PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 11/2017 BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN (BIP) TUJUAN 1. Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan tentang pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif Pedalaman (BIP). LATAR BELAKANG 2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. 3. Kajian terakhir kawasan pedalaman di negeri Sabah telah dilaksanakan pada tahun 2000. Sebanyak 581 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 8/2000. Sebanyak 149 kawasan lagi telah dipersetujui oleh Pentadbiran Negeri dan diisytiharkan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Jumlah keseluruhan kawasan pedalaman negeri Sabah adalah sebanyak 730 kawasan setakat tahun 2015.
14
Embed
NEGERI SABAH PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI … · Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan ... pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
NEGERI SABAH
[ JPAN : 700-4/1 JLD.3(202)]
PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 11/2017
BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN (BIP)
TUJUAN
1. Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan tentang
pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif
Pedalaman (BIP).
LATAR BELAKANG
2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
3. Kajian terakhir kawasan pedalaman di negeri Sabah telah dilaksanakan
pada tahun 2000. Sebanyak 581 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan
pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.
8/2000. Sebanyak 149 kawasan lagi telah dipersetujui oleh Pentadbiran
Negeri dan diisytiharkan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia. Jumlah keseluruhan kawasan pedalaman negeri Sabah adalah
sebanyak 730 kawasan setakat tahun 2015.
2
4. Dengan mengambil kira pembangunan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan terhadap kawasan pedalaman di negeri Sabah dalam tempoh 15 tahun
(2000 – 2015), terdapat keperluan untuk mengkaji semula 730 kawasan
pedalaman yang telah diiktiraf, untuk menentukan sama ada kawasan tersebut
masih layak dikategorikan sebagai kawasan pedalaman atau sebaliknya.
HASIL PENILAIAN KAWASAN PEDALAMAN
5. Penilaian telah dijalankan terhadap 730 kawasan sedia ada dan 32
kawasan permohonan baharu, hasil daripada penilaian adalah seperti berikut:
5.1 Sebanyak 578 kawasan yang mendapat markah penilaian 49% ke
bawah telah digugur taraf sebagai kawasan pedalaman; dan
5.2 Sebanyak 184 kawasan yang mendapat markah penilaian 50% ke
atas layak dikekalkan dan diiktiraf sebagai kawasan pedalaman
negeri Sabah seperti dalam Lampiran A.
SYARAT BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN
6. Bayaran Insentif Pedalaman sebanyak 10% daripada gaji pokok dibayar
kepada pegawai yang diarah bertugas di kawasan pedalaman tertakluk kepada
syarat-syarat seperti berikut:-
(i) diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman;
(ii) tinggal menetap di kawasan pedalaman; dan
(iii) berkhidmat selama tempoh satu bulan kalendar atau lebih di
kawasan pedalaman.
3
7. Pegawai yang bertugas di kawasan pedalaman tetapi tidak tinggal di
kawasan berkenaan, boleh dipertimbangkan Bayaran Insentif Pedalaman (BIP)
tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
(i) rumah kerajaan tidak disediakan atau rumah kerajaan di kawasan
tersebut tidak mencukupi dan tidak ada rumah awam untuk disewa;
(ii) menghadapi masalah keluarga jika tinggal di kawasan pedalaman;
(iii) kawasan pedalaman tersebut tidak mempunyai kemudahan asas
serta kemudahan awam; dan
(iv) mendapat kebenaran tinggal di luar kawasan pedalaman daripada
Ketua Jabatan.
8. Agensi yang tidak disenaraikan dalam kawasan yang diiktiraf sebagai
kawasan pedalaman boleh dipertimbangkan untuk menerima Bayaran Insentif
Pedalaman (BIP) setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah
berkenaan.
TARIKH KUAT KUASA
9. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 April 2018.
PEMAKAIAN
10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.
Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua
Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.
4
PEMBATALAN
11. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka Pekeliling-
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah seperti yang berikut dibatalkan.
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 3/1986
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2/1988
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6/1989
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7/1994
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.10/1994
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 8/2000
12. Surat-surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia seperti berikut tidak lagi diguna pakai.
Surat JPA(S)1511/1 KLT.5(58) bertarikh 25 Ogos 2004
Surat JPA(S)1511/1 KLT.6(56) bertarikh 1 Mac 2007
Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(11) bertarikh 28 Januari 2009
Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(31) bertarikh 13 Disember 2010
Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Jld.9(14) bertarikh 9 Mac 2015
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ( TAN SRI SUKARTI BIN WAKIMAN ) Setiausaha Kerajaan Negeri Tarikh: 28 Disember 2017
5
s.k. Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Blok C, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
88400 KOTA KINABALU
Jabatan Bendahari Negeri Sabah
Level 8,9,10 dan 11, Blok A
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
88400 KOTA KINABALU
Pengarah Audit
Jabatan Audit
88990 KOTA KINABALU
Diedarkan kepada : Semua Setiausaha Tetap Kementerian Negeri