JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PERLIS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721
JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI
NEGERI PERLIS
LAPORANKETUAAUDITNEGARA 2016
RAHSIA
RAHSIA
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI
NEGERI PERLIS TAHUN 2016
Jabatan Audit Negara Malaysia
KANDUNGAN
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | iii
PERKARA MUKA SURAT
KATA PENDAHULUAN vii
INTISARI LAPORAN xi
BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
Pendahuluan 3
Objektif dan Metodologi Pengauditan 4
Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016
4
BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Latar Belakang 9
Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri 9
Kumpulan Wang Disatukan 9
Akaun Hasil Disatukan 10
Akaun Pinjaman Disatukan 18
Akaun Amanah Disatukan 19
Penyata Prestasi Kewangan 24
Penyata Akaun Memorandum 25
Nota Kepada Penyata Kewangan 28
Rumusan dan Syor Audit 31
BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11
Rumusan
35
37
BAHAGIAN IV - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
Pendahuluan 41
Pengauditan Penyata Kewangan 41
Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 41
Pengesahan Penyata Kewangan 42
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | iv
PERKARA MUKA SURAT
Pembentangan Penyata Kewangan 42
Prestasi Kewangan 42
Rumusan dan Syor Audit 50
BAHAGIAN V - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri dan Aktiviti Jabatan/Agensi serta Pengurusan
Syarikat Kerajaan Negeri 55
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 55
PENUTUP 59
LAMPIRAN
I Laporan Ketua Audit Negara 63
II Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri 64
III Penyata Kedudukan Kewangan 65
IV Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai 66
V Penyata Prestasi Kewangan 67
VI Penyata Akaun Memorandum 68
VII Nota Kepada Penyata Kewangan 69
KATA PENDAHULUAN
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | vii
1. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan dan
Prestasi Kewangan Agensi Negeri Tahun 2016 Negeri Perlis mengandungi laporan bagi
Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Analisis Kewangan Kerajaan Negeri,
Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri, Penyerahan, Pengesahan, Pembentangan
Penyata Kewangan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri serta Pembentangan
Laporan Ketua Audit Negara dan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam
Negeri. Laporan mengenai Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi yang biasanya
dilaporkan dalam Laporan ini telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat
Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016 Siri 1.
2. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan
Persekutuan/Negeri/Agensi dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Raja Perlis. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya
Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Raja Perlis akan memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri Perlis.
3. Laporan mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016
disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di Pejabat Perbendaharaan
Negeri dan beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2016. Bagi tujuan
pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016, pengauditan
terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan terimaan dan
bayaran telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.
4. Pengauditan dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendapat sama ada
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berkenaan menggambarkan
kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah
diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan adalah dibuat dengan
berpandukan kepada Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan serta
International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | viii
5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai
Jabatan/Agensi Negeri Perlis yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya
sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima
kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh
komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.
(TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMAD)
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
11 Oktober 2017
INTISARI LAPORAN
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | xi
BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
1. Pada keseluruhannya, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis tahun 2016 telah menunjukkan gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah dapat disahkan kerana rekod dan dokumen sokongan adalah mencukupi untuk mengesahkan semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan.
BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
2. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada 31 Disember tahun 2016 adalah kurang memuaskan. Baki Kumpulan Wang Disatukan telah meningkat sejumlah RM2.92 juta menjadi RM19.59 juta. Defisit Akaun Hasil Disatukan terus meningkat sejumlah RM22.42 juta menjadi RM406.98 juta. Kutipan hasil bagi tahun 2016 meningkat sejumlah RM22.25 juta menjadi RM109.93 juta, manakala perbelanjaan mengurus menurun sejumlah RM2.79 juta menjadi RM132.35 juta. Hutang Awam Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM2.44 juta menjadi RM394.34 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah RM14.43 juta menjadi RM219.59 juta. Akaun Belum Terima meningkat sejumlah RM3.34 juta menjadi RM26.75 juta manakala Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman daripada Agensi Negeri meningkat sejumlah RM3.74 juta menjadi RM79.09 juta.
BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
3. Prestasi pelaksanaan projek pembangunan bagi tahun 2016 adalah sangat baik. Sejumlah RM37.61 juta daripada RM41.55 juta peruntukan pembangunan yang diluluskan bagi tahun 2016 telah dibelanjakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Sebanyak 836 daripada 841 projek pembangunan yang dirancang telah siap dilaksanakan pada tahun 2016, manakala empat (4) projek dalam pelaksanaan dan satu (1) projek ditangguhkan.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | xii
BAHAGIAN IV - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
4. Penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2016 oleh Agensi Negeri kepada Jabatan Audit Negara adalah baik. Setakat 30 Jun 2017, semua Agensi Negeri telah memberikan komitmen yang baik dengan mengemukakan Penyata Kewangan Tahun 2016 kepada Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan. Penyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2015 telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan enam (6) Laporan Tanpa Teguran dan dua (2) Laporan Berteguran. Sebanyak tujuh (7) Penyata Kewangan Tahun 2015 bagi tujuh (7) Agensi Negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis.
5. Tiga (3) Agensi Negeri mencatatkan defisit dalam Penyata Pendapatan danPerbelanjaan Tahun 2016. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatatkan defisit tertinggi berjumlah RM13.90 juta, diikuti Yayasan Islam Perlis (YIPs) berjumlah RM2.13 juta dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) berjumlah RM0.04 juta. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mencatatkan surplus tertinggi berjumlah RM6.25 juta, diikuti Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNPs) berjumlah RM0.77 juta. MPK dan YIPs mencatatkan lebihan dalam Aset Semasa Bersih tertinggi masing-masing berjumlah RM12.55 juta dan RM7.06 juta, manakala PKENPs mencatatkan Liabiliti Semasa Bersih berjumlah RM20.74 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman Kerajaan oleh PKENPs berjumlah RM83.50 juta atau 70.8% daripada keseluruhan Liabiliti Semasanya yang berjumlah RM117.89 juta.
BAHAGIAN V - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
6. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Akaun Agensi Negeri Perlis bagi tahun 2015 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 April 2017. Pada tahun 2016, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Perlis (Jawatankuasa) telah bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali, iaitu pada 24 Jun 2016, 8 November 2016 dan 17 November 2016 bagi membincangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 1 dan Siri 3, LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perlis Tahun 2014. Laporan Jawatankuasa ini kemudiannya telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 6 Disember 2016.
BAHAGIAN I PENGESAHAN PENyATA KEwANGAN
KERAjAAN NEGERI BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEmBER 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 3
PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
1. PENDAHULUAN
1.1. Seksyen 16(1), Akta Tatacara Kewangan, 1957 menghendaki Pihak Berkuasa
Kewangan Negeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas
penutupan akaun bagi tahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan
kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas berakhirnya tahun
kewangan berkenaan untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta
Audit 1957.
1.2. Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan
Negeri telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun
berakhir 31 Disember 2016 kepada Jabatan Audit Negara pada 10 Januari 2017.
Penyata tersebut melaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun
2016 berkaitan dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut
mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran
Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota
Kepada Penyata Kewangan.
1.3. Laporan Bendahari menerangkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri serta
memberi ringkasan urus niaga kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.
1.4. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan pegangan Wang Awam Kerajaan
terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang
Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun
Amanah Disatukan. Selaras dengan asas perakaunan tunai ubah suai yang diguna
pakai oleh Kerajaan Negeri, hanya pelaburan yang dipegang bagi maksud amanah
tertentu dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Pelaburan lain pula
dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum.
1.5. Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan penerimaan
dan pembayaran bagi tahun 2016. Penerimaan adalah terdiri daripada hasil,
pinjaman, penerimaan modal dan penerimaan lain seperti amanah dan deposit.
Pembayaran pula adalah untuk membiayai perbelanjaan mengurus, pembangunan,
modal dan bayaran balik pinjaman.
1.6. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil
keseluruhan berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 4
sumber pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana dalam
Pinjaman, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan Tunai,
Pelaburan dan Amanah.
1.7. Penyata Akaun Memorandum adalah penyata yang menunjukkan sebahagian
aset kewangan dan liabiliti Kerajaan Negeri yang tidak ditunjukkan dalam Penyata
Kedudukan Kewangan. Aset Kerajaan Negeri terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut
dan Pelaburan. Manakala Liabiliti terdiri daripada Hutang Awam iaitu pinjaman yang
diterima daripada Kerajaan Persekutuan.
1.8. Nota Kepada Penyata Kewangan pula memberi penerangan dan maklumat
terperinci mengenai jumlah yang ditunjukkan dalam penyata kewangan.
2. OBJEKTIF DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
2.1. Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir
31 Disember 2016 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata tersebut telah
menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod
perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara
berterusan sepanjang tahun 2016. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan
dengan pihak Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Negeri melalui surat pemerhatian
Audit sebaik sahaja pengauditan selesai dijalankan.
2.3. Exit Conference bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
YB Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri telah
diadakan pada 4 Mei 2017.
3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI
TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
3.1. Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan mengikut
Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan serta International
Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 1000. Akta dan piawaian tersebut
menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian
yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan
ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak
uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang
mencukupi dalam persembahan penyata kewangan.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 5
3.2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun 2016
adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Akauntan Negara Malaysia pada bulan Disember 2011. Pada pendapat Audit,
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada keseluruhannya menunjukkan
gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kerajaan
Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan rekod perakaunannya telah
diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang disertakan bersama dengan
Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri, Penyata Kedudukan
Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi
Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan
adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VII.
BAHAGIAN II ANALISIS KEwANGAN
KERAjAAN NEGERI
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 9
ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
4. LATAR BELAKANG
Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Perlis Tahun 2016, juga membuat analisis terhadap data kewangan bagi menilai tahap
prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan
kepada Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang
Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada
Penyata Kewangan.
4.1. KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri ini menunjukkan pegangan Wang Awam
di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan
Pelaburan yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil
Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.
4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN
4.2.1. Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada tiga (3) akaun iaitu Akaun Hasil
Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Pada tahun
2016, Kumpulan Wang Disatukan mencatat peningkatan berjumlah RM2.92 juta
atau 17.5% kepada RM19.59 juta berbanding RM16.67 juta pada tahun 2015.
Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti
di Jadual 4.1.
JADUAL 4.1 KEDUDUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BIL. BUTIRAN
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Akaun Hasil Disatukan -384.56 -406.98 -22.42 5.8
2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.0
3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 401.23 426.57 25.34 6.3
i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan:
Kumpulan Wang Pembangunan 23.92 12.94 -10.98 -45.9
Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air 0.10 0.00 -0.10 -100.0
Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 277.96 320.12 42.16 15.2
ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 62.47 51.43 -11.04 -17.7
iii) Akaun Wang Deposit 36.78 42.08 5.30 14.4
JUMLAH 16.67 19.59 2.92 17.5
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 10
4.2.2. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah
seperti di Jadual 4.2.
JADUAL 4.2 KEDUDUKAN KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. BUTIRAN
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Akaun Hasil Disatukan -207.29 -242.56 -307.26 -384.56 -406.98
2. Akaun Pinjaman Disatukan 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 249.91 342.45 350.12 401.23 426.57
i) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan:
Kumpulan Wang Pembangunan 11.73 27.96 14.05 23.92 12.94
Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air -28.14 -31.09 0.10 0.10 0.00
Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
106.81 107.25 243.64 277.96 320.12
ii) Kumpulan Wang Amanah Awam 115.81 201.07 53.47 62.47 51.43
iii) Akaun Wang Deposit 43.70 37.26 38.86 36.78 42.08
JUMLAH 42.62 99.89 42.86 16.67 19.59
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.3. AKAUN HASIL DISATUKAN
4.3.1. Akaun Hasil Disatukan merupakan penyata yang mengakaunkan semua urus
niaga terimaan hasil dan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri. Akaun ini
ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan Perkara 98, Perlembagaan Persekutuan dan
Seksyen 7(a), Akta Tatacara Kewangan 1957.
4.3.2. Pada tahun 2016, Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan defisit
berjumlah RM22.42 juta, penurunan sejumlah RM54.88 juta atau 71.0% berbanding
defisit RM77.30 juta pada tahun 2015. Defisit ini berpunca daripada perbelanjaan
mengurus berjumlah RM132.35 juta, iaitu melebihi kutipan hasil berjumlah
RM109.93 juta. Baki defisit Akaun Hasil Disatukan meningkat sejumlah RM22.42 juta
atau 5.8% menjadi RM406.98 juta berbanding RM384.56 juta pada tahun 2015.
Kedudukan Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti
di Jadual 4.3.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 11
JADUAL 4.3 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BUTIRAN
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari -307.26 -384.56 -77.30 25.2
Hasil 87.68 109.93 22.25 25.4
Perbelanjaan Mengurus 135.14 132.35 -2.79 -2.1
Pindahan Ke Dalam Kumpulan Wang Pembangunan 29.84 0.00 -29.84 -100.0
Defisit -77.30 -22.42 54.88 -71.0
BAKI PADA 31 DISEMBER -384.56 -406.98 -22.42 5.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.3.3. Prestasi Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2012 hingga 2016 adalah
seperti di Jadual 4.4 dan Carta 4.1.
JADUAL 4.4 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
BUTIRAN
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
Baki Pada 1 Januari -173.34 -207.29 -242.56 -307.26 -384.56
Hasil 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93
Perbelanjaan Mengurus 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35
Pindahan ke Kumpulan Wang Pembangunan 30.98 32.94 3.29 29.84 0.00
Defisit -33.95 -35.27 -64.70 -77.30 -22.42
BAKI PADA 31 DISEMBER -207.29 -242.56 -307.26 -384.56 -406.98
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
CARTA 4.1 AKAUN HASIL DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
127.3
5
143.8
2
168.0
4
87.6
8
109.9
3
161.3
0
179.0
9
232.7
4
164.9
8
132.3
5
-207.29 -242.56
-307.26
-384.56 -406.98
-500
-420
-340
-260
-180
-100
-20
60
140
220
2012 2013 2014 2015 2016
RM Juta
Tahun
Hasil
Perbelanjaan Mengurus (termasuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan)
Akaun Hasil Disatukan
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 12
4.3.4. Analisis trend bagi tahun 2013 hingga 2015 mendapati defisit Akaun
Hasil Disatukan mencatat peningkatan berturut-turut untuk tempoh lima (5) tahun.
Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri mencatatkan defisit Akaun Hasil Disatukan yang
tertinggi pernah direkodkan iaitu berjumlah RM406.98 juta.
4.3.5. Hasil
4.3.5.1. Akaun Hasil Disatukan mengandungi tiga (3) kategori hasil iaitu Hasil
Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Pada tahun 2016, hasil
yang dikutip oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM109.93 juta atau 156.4%
berbanding anggaran yang diluluskan berjumlah RM70.28 juta. Prestasi kutipan
hasil berbanding anggaran Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 adalah seperti
di Jadual 4.5.
JADUAL 4.5 PRESTASI KUTIPAN HASIL BERBANDING
ANGGARAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2016
BIL. BUTIRAN HASIL
TAHUN 2016
(%) ANGGARAN (RM Juta)
SEBENAR (RM Juta)
1. Hasil Cukai 16.93 19.44 114.8
2. Hasil Bukan Cukai 24.67 20.50 83.1
3. Terimaan Bukan Hasil 28.68 69.99 244.0
JUMLAH 70.28 109.93 156.4
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
4.3.5.2. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada
tahun 2016 berjumlah RM109.93 juta, iaitu meningkat sejumlah RM22.25 juta
atau 25.4% berbanding RM87.68 juta pada tahun 2015 seperti yang ditunjukkan
di Jadual 4.6.
JADUAL 4.6
KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2015 DAN 2016
BIL. KATEGORI
TAHUN PENURUNAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Hasil Cukai 13.55 19.44 5.89 43.5
2. Hasil Bukan Cukai 30.20 20.50 -9.70 -32.1
3. Terimaan Bukan Hasil 43.93 69.99 26.06 59.3
JUMLAH 87.68 109.93 22.25 25.4
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.3.5.3. Analisis Audit mendapati lima (5) butiran hasil yang mencatatkan
peningkatan ketara bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti
di Jadual 4.7.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 13
JADUAL 4.7 PENINGKATAN HASIL YANG KETARA BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015
BIL. BUTIRAN HASIL
TAHUN PENINGKATAN
PUNCA 2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Pemberian Berdasarkan Kurangan Hasil
8.51 40.14 31.63 371.7
Pertambahan terimaan geran daripada Kerajaan Persekutuan disebabkan defisit hasil pada tahun 2015.
2. Sewa Bangunan Yang Lain
1.28 6.30 5.02 392.2 Terimaan bayaran tunggakan sewa bangunan di Wang Ulu daripada UniMAP.
3. Cukai Tanah Semasa 10.07 14.59 4.52 44.9 Kenaikan kadar cukai tanah mulai tahun 2016.
4. Cukai Tanah Tahun Pertama
0.06 1.15 1.09 1,816.7 Peningkatan jumlah pemberian dan permohonan tanah.
5. Cukai Tanah -Tunggakan 0.82 1.43 0.61 74.4 Peningkatan jumlah pembayaran oleh pemilik tanah.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.3.5.4. Sementara itu, lima (5) butiran hasil yang mencatatkan penurunan
ketara bagi tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.8.
JADUAL 4.8 PENURUNAN HASIL YANG KETARA BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015
BIL. BUTIRAN HASIL
TAHUN PENURUNAN
PUNCA 2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Premium Tanah Yang Lain
8.08 1.55 -6.53 -80.8 Pengurangan jumlah kes perolehan tanah untuk pembangunan.
2. Bayaran Perkhidmatan Yang Lain
2.98 0.73 -2.25 -75.5 Kod hasil baharu diwujudkan oleh Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Perlis.
3. Pemberian Pertambahan Hasil Bahagian 1
2.97 - -2.97 -100.0 Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan geran pada tahun semasa.
4. Denda dan Hukuman 2.00 - -2.00 -100.0 Tiada denda dan hukuman dikenakan.
5. Bayaran Pelbagai Permit Yang Lain
1.86 0.57 -1.29 -69.4 Projek Koridor Utara di Rimba Mas ditamatkan.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.3.5.5. Analisis perbandingan bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan
peningkatan kutipan hasil bagi tahun 2013 dan 2014 manakala menurun bagi
tahun 2015 dan meningkat semula bagi tahun 2016. Kedudukan kutipan hasil
bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.9 dan Carta 4.2.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 14
JADUAL 4.9 KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. KATEGORI
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Hasil Cukai 12.49 12.47 12.49 13.55 19.44
2. Hasil Bukan Cukai 47.62 62.27 79.03 30.20 20.50
3. Terimaan Bukan Hasil 67.24 69.08 76.52 43.93 69.99
JUMLAH 127.35 143.82 168.04 87.68 109.93
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
CARTA 4.2
KUTIPAN HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.3.5.6. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 terdiri
daripada Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan, Cukai Tanah Semasa, Sewa
Bangunan, Permit Batu Kapur dan Premium Tanah. Kesemua hasil ini
menyumbang sejumlah RM95.70 juta atau 87.1% daripada keseluruhan hasil
dalam tahun 2016 berbanding RM63.45 juta pada tahun 2015 dengan
peningkatan sejumlah RM32.25 juta atau 50.8%. Analisis trend penyumbang
utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan Geran
Pemberian Kerajaan Persekutuan adalah penyumbang utama diikuti dengan
Premium Tanah Yang Lain dan Cukai Tanah Semasa. Penyumbang hasil utama
Kerajaan Negeri untuk tempoh dua (2) tahun dan analisis trend bagi tempoh
lima (5) tahun adalah seperti di Jadual 4.10 dan Jadual 4.11.
12.4
9
12.4
7
12.4
9
13.5
5
19.4
4 47.6
2
62.2
7
79.0
3
30.2
0
20.5
0 6
7.2
4
69.0
8
76.5
2
43.9
3
69.9
9
127.35 143.82 168.04
87.68 109.93
0
1
10
100
2012 2013 2014 2015 2016
RM Juta
Tahun
Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah Hasil
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 15
JADUAL 4.10 PENYUMBANG HASIL UTAMA KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2015 DAN 2016
BIL. BUTIRAN HASIL
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan 39.67 69.02 29.35 74.0
2. Cukai Tanah Semasa 10.07 14.59 4.52 44.9
3. Sewa Bangunan 1.28 6.30 5.02 392.2
4. Permit Batu Kapur 4.35 4.24 -0.11 -2.5
5. Premium Tanah 8.08 1.55 -6.53 -80.8
JUMLAH 63.45 95.70 32.25 50.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
JADUAL 4.11 ANALISIS TREND PENYUMBANG UTAMA
HASIL KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. BUTIRAN HASIL
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Geran Pemberian Kerajaan Persekutuan 62.72 65.35 60.53 39.67 69.02
2. Cukai Tanah Semasa 8.43 8.77 8.88 10.07 14.59
3. Sewa Bangunan 4.70 2.15 4.27 1.28 6.30
4. Permit Batu Kapur - - - 4.35 4.24
5. Premium Tanah 10.76 23.55 42.44 8.08 1.55
JUMLAH 86.61 99.82 116.12 63.45 95.70
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.3.6. Perbelanjaan Mengurus
4.3.6.1. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada Perbelanjaan Tanggungan
dan Perbelanjaan Perbekalan. Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan
khusus mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan, iaitu yang
dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan seperti bayaran pencen,
ganjaran, pampasan dan pembayaran balik hutang awam. Perbelanjaan
Perbekalan pula adalah seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 100 dan
101 Perlembagaan Persekutuan bagi membiayai aktiviti dan pengurusan harian
Kerajaan Negeri. Pada tahun 2016, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri
berjumlah RM132.35 juta atau 88.3% berbanding anggaran berjumlah
RM149.81 juta (tidak termasuk anggaran pindahan ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan berjumlah RM8.78 juta). Prestasi Perbelanjaan mengurus
berbanding anggaran Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah seperti
di Jadual 4.12.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 16
JADUAL 4.12 PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS SEBENAR
BERBANDING ANGGARAN KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2016
BIL. BUTIRAN
PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN 2016
(%) Anggaran (RM Juta)
Sebenar (RM Juta)
1. Emolumen 48.63 44.90 92.3
2. Perkhidmatan dan Bekalan 63.20 59.63 94.4
3. Aset 2.35 1.53 65.1
4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 33.94 24.62 72.5
5. Perbelanjaan Lain 1.69 1.67 98.8
JUMLAH 149.81 132.35 88.3
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
4.3.6.2. Pada tahun 2016, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri telah
menurun sejumlah RM2.79 juta atau 2.1% menjadi RM132.35 juta berbanding
RM135.14 juta bagi tahun 2015 adalah seperti di Jadual 4.13.
JADUAL 4.13 PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2015 DAN 2016
BIL. BUTIRAN
PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Emolumen 43.45 44.90 1.45 3.3
2. Perkhidmatan dan Bekalan 63.77 59.63 -4.14 -6.5
3. Aset 3.12 1.53 -1.59 -51.0
4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 24.26 24.62 0.36 1.5
5. Perbelanjaan Lain 0.54 1.67 1.13 209.3
JUMLAH 135.14 132.35 -2.79 -2.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.3.6.3. Penurunan ketara perbelanjaan mengurus bagi tahun 2016
berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.14.
JADUAL 4.14 PENURUNAN KETARA
PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015
BIL. BUTIRAN
PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN PENURUNAN
PUNCA 2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Perhubungan dan Utiliti
14.87 8.36 6.51 43.8 Pemberhentian bayaran bil elektrik bagi Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
2. Faedah dan Dividen Hutang
5.46 1.67 3.79 69.4 Pengurangan caruman kepada NGO.
3. Harta Modal-Harta Modal Yang Lain
1.99 0.75 1.24 62.3 Pengurangan pembelian aset kenderaan.
4.
Faedah-Faedah Kewangan Yang lain
1.46 0.29 1.17 80.1 Pemberhentian caruman kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2015 dan 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 17
4.3.6.4. Sementara itu, peningkatan ketara perbelanjaan mengurus bagi
tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.15.
JADUAL 4.15 PENINGKATAN KETARA
PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 2016 BERBANDING 2015
BIL. BUTIRAN
PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN PENINGKATAN
PUNCA 2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Elaun Tetap 10.21 12.2 1.99 19.5 Pelarasan dan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Gred 40 dan ke bawah.
2. Pencen 4.18 5.89 1.71 41.0 Pelarasan pencen ADUN/ Terbitan.
3.
Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Diiktiraf
21.83 23.48 1.65 7.6 Pertambahan bayaran gaji pegawai sambilan dan kontrak.
4. Pemberian Dalam Negeri
14.53 16.05 1.52 10.5 Bayaran Gantian Cuti Rehat kepada pesara.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.3.6.5. Analisis perbandingan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012
hingga 2016 menunjukkan peningkatan bagi tahun 2013 hingga 2014 dan
menurun bagi tahun 2015 dan 2016. Kedudukan perbelanjaan mengurus bagi
tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.16 dan Carta 4.3.
JADUAL 4.16 PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. BUTIRAN
PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Emolumen 38.23 39.59 42.78 43.45 44.90
2. Perkhidmatan dan Bekalan 46.39 50.47 55.98 63.77 59.63
3. Aset 3.23 2.55 47.53 3.12 1.53
4. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap
41.92 53.40 82.99 24.26 24.62
5. Perbelanjaan Lain 0.55 0.14 0.17 0.54 1.67
JUMLAH 130.32 146.15 229.45 135.14 132.35
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 18
CARTA 4.3 PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2016
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.4. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN
4.4.1. Akaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut kehendak Seksyen
7(b), Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaunkan
semua pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan sebelum
dipindahkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang tertentu. Pada tahun 2016, Kerajaan
Negeri menerima pinjaman berjumlah RM4.10 juta daripada Kerajaan Persekutuan
untuk membiayai Program Pengurangan Air Tak Terhasil. Wang pinjaman ini
kemudiannya telah disalurkan kesemuanya kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
(SAP). Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2015 dan 2016
adalah seperti di Jadual 4.17.
JADUAL 4.17
BAKI AKAUN PINJAMAN DISATUKAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BUTIRAN
TAHUN PENINGKATAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 0.00 0.00 0.00 0.0
Terimaan 2.05 4.10 2.05 100.0
Bayaran 2.05 4.10 2.05 100.0
Baki Pada 31 Disember 0.00 0.00 0.00 0.0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
38.2
3
39.5
9
42.7
8
43.4
5
44.9
0
46.3
9
50.4
7
55.9
8
63.7
7
59.6
3
3.2
3
2.5
5
47.5
3
3.1
2
1.5
3
41.9
2
53.4
0
82.9
9
24.2
6
24
.62
0.5
5
0.1
4
0.1
7
0.5
4
1.6
7
130.32 146.15 229.45
135.14 132.35
0
2
40
2012 2013 2014 2015 2016
RM Juta
Tahun
Emolumen Perkhidmatan dan Bekalan
Aset Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap
Perbelanjaan Lain Jumlah Perbelanjaan Mengurus
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 19
4.4.2. Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan pada tahun 2012 hingga 2016
adalah seperti di Jadual 4.18.
JADUAL 4.18 KEDUDUKAN BAKI AKAUN PINJAMAN DISATUKAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. PINJAMAN
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Projek Bekalan Air 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
2. Projek Perumahan Awam Kos Rendah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
3. Projek Badan Berkanun Negeri 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
4. Projek Pelbagai 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
Jumlah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.5. AKAUN AMANAH DISATUKAN
Akaun Amanah Disatukan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan
yang diwujudkan di bawah Seksyen 7(c), Akta Tatacara Kewangan 1957. Ia terdiri
daripada tiga (3) kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan
Wang Amanah Awam dan Akaun Wang Deposit. Akaun ini menguruskan semua wang
yang diterima dan dibelanjakan mengikut terma amanah tersebut. Pada akhir tahun
2016, baki Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM426.57 juta berbanding
RM401.23 juta pada tahun 2015, iaitu peningkatan sejumlah RM25.34 juta atau 6.3%.
4.5.1. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 10,
Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk maksud tertentu. Ia terdiri daripada tiga (3)
kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Amanah
Bekalan Air dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah. Kumpulan wang ini berbentuk
pusingan dan pembayarannya tidak melebihi had peruntukan yang diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri Perlis.
4.5.1.1. Kumpulan Wang Pembangunan
a. Kumpulan Wang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang
Pembangunan Tahun 1966 (Akta 70). Sumber kewangan bagi kumpulan
wang ini terdiri daripada pemberian Kerajaan Persekutuan dan pindahan
Akaun Pinjaman Disatukan. Kumpulan Wang Pembangunan hanya boleh
dibelanjakan bagi maksud yang ditentukan oleh Akta sahaja.
b. Terimaan kumpulan wang pada tahun 2016 yang berjumlah RM26.63 juta
adalah terdiri daripada Geran Pemberian Tahap Pembangunan, Ekonomi
dan Kesejahteraan Hidup daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah
RM23.31 juta serta terimaan ansuran dan bayaran balik pinjaman
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 20
Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM3.32 juta. Perbelanjaan
pembangunan pada tahun 2016 berjumlah RM37.61 juta menunjukkan
penurunan sejumlah RM15.76 juta atau 29.5% berbanding RM53.37 juta
pada tahun 2015. Baki terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan pada
tahun 2016 berjumlah RM12.94 juta telah menurun sejumlah RM10.98 juta
atau 45.9% berbanding RM23.92 juta pada tahun 2015. Penurunan ini
disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima Geran Pemberian
Pertambahan Hasil daripada Kerajaan Persekutuan dan tidak membuat
pindahan/caruman daripada Akaun Hasil Disatukan. Baki Kumpulan Wang
Pembangunan pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti
di Jadual 4.19.
JADUAL 4.19
BAKI KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BUTIRAN
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 14.05 23.92 9.87 70.2
Penerimaan 63.24 26.63 -36.61 -57.9
Perbelanjaan 53.37 37.61 -15.76 -29.5
Surplus/Defisit 9.87 -10.98 -20.85 -211.2
Baki Pada 31 Disember 23.92 12.94 -10.98 -45.9
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
c. Peruntukan kewangan bagi perbelanjaan pembangunan pada tahun 2016
adalah berjumlah RM41.55 juta dan sejumlah RM37.61 juta atau 90.52%
telah dibelanjakan. Jabatan Kerja Raya mencatatkan penurunan
perbelanjaan yang tertinggi berjumlah RM11.80 juta atau 60.9% kepada
RM7.57 juta berbanding RM19.37 juta pada tahun 2015. Kedudukan
perbelanjaan pembangunan mengikut Jabatan/Pejabat pada tahun 2016
berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.20.
JADUAL 4.20 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BIL. JABATAN/PEJABAT
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 18.26 13.22 -5.04 -27.6
2. Jabatan Pengairan dan Saliran 6.97 8.63 1.66 23.8
3. Jabatan Kerja Raya 19.37 7.57 -11.80 -60.9
4. Jabatan Pertanian 5.00 4.79 -0.21 -4.2
5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 1.31 2.02 0.71 54.2
6. Jabatan Perhutanan 2.46 1.38 -1.08 -43.9
JUMLAH 53.37 37.61 -15.76 -29.5
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 21
4.5.1.2. Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air
a. Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air ditubuhkan di bawah Seksyen 3(1)
Akta 230 (Akta Kumpulan Wang Bekalan Air). Tujuan penubuhannya adalah
untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan
serta penyenggaraan bekalan air. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah
menutup Akaun Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air kerana telah
mencapai maksud penubuhannya dan tidak diperlukan lagi. Kerajaan Negeri
telah menyerahkan kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. untuk pengurusan
air negeri mulai 1 Januari 2015. Baki wang berjumlah RM0.10 juta telah
diselaraskan ke dalam Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2016 dan
Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air ini ditutup pada 2 Disember 2016.
4.5.1.3. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah Seksyen 10
Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini terdiri daripada Akaun Penyelesaian
Kerajaan, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka
dan Pelbagai Kumpulan Wang. Pada akhir tahun 2016, baki akaun ini meningkat
sejumlah RM42.16 juta atau 15.2% kepada RM320.12 juta berbanding
RM277.96 juta pada tahun 2015.
a. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya
i. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalanraya diwujudkan oleh
Kerajaan Negeri pada tahun 2014 mengikut Seksyen 10, Akta Tatacara
Kewangan 1957. Tujuan Kumpulan Wang Amanah ini adalah untuk
merekod pemberian Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos
penyenggaraan jalan raya Negeri yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja
Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS), Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Perbandaran Kangar
(MPK). Jumlah pemberian berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b),
Perlembagaan Persekutuan adalah dengan mendarabkan kos purata
menyenggara sekilometer jalan Negeri mengikut standard minimum yang
ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, selepas berunding dengan Majlis
Kewangan Negara, dengan jumlah perbatuan jalan-jalan Negeri yang
didaftarkan pada 31 Disember dalam tahun kewangan yang terdahulu.
ii. Mengikut Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS), jalan
raya Negeri yang disenggara oleh JKR, JPS, SUK dan MPK pada
tahun 2016 adalah sepanjang 2,396.832 kilometer seperti yang
didaftarkan dalam Sistem MARRIS pada 31 Disember 2016. Terimaan
pemberian penyenggaraan jalan raya pada tahun 2016 telah meningkat
sejumlah RM1.74 juta atau 6.0% kepada RM30.67 juta berbanding
RM28.93 juta pada tahun 2015. Sejumlah RM31.13 juta atau 101.5%
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 22
telah dibelanjakan dengan pecahan perbelanjaan oleh JKR berjumlah
RM21.06 juta, JPS berjumlah RM5.03 juta, SUK menerusi Unit
Pentadbiran Daerah (UPD) berjumlah RM4.64 juta dan Unit Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (UPKT) berjumlah RM0.40 juta. Baki akaun ini
pada akhir tahun 2016 adalah berjumlah RM111.43 juta berbanding
RM111.89 juta pada tahun 2015, iaitu pengurangan berjumlah
RM0.46 juta atau 0.4%. Kedudukan terimaan dan perbelanjaan Akaun
Amanah ini bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.21.
JADUAL 4.21 BAKI KUMPULAN WANG AMANAH
PENYELENGGARAAN JALANRAYA PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
TAHUN
BAKI PADA 1 JANUARI
TERIMAAN DARIPADA KERAJAAN
PERSEKUTUAN
PERBELANJAAN SEMASA
BAKI PADA 31
DISEMBER PENGGUNAAN
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)
2012 64.30 22.24 7.15 79.39 32.1
2013 79.39 27.12 14.05 92.46 51.8
2014 92.46 28.09 11.22 109.33 39.9
2015 109.33 28.93 26.37 111.89 91.2
2016 111.89 30.67 31.13 111.43 101.5
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
b. Akaun Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan
Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan merekodkan terimaan dan
pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
Pendahuluan yang diterima ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan
mengurus dan pembangunan Kerajaan Negeri. Pada akhir tahun 2016,
baki Akaun Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan meningkat sejumlah
RM46.0 juta atau 34.1% kepada RM180.82 juta berbanding RM134.82 juta
pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan penerimaan pendahuluan baharu
berjumlah RM63.0 juta dan bayaran balik melalui off-set oleh Kerajaan
Persekutuan berjumlah RM17.0 juta terhadap pemberian geran tahunan.
Kedudukan baki pendahuluan pada tahun 2016 adalah yang tertinggi direkodkan
oleh Kerajaan Negeri. Kedudukan baki Akaun Pendahuluan daripada
Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti
di Carta 4.4.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 23
CARTA 4.4 BAKI AKAUN PENDAHULUAN DARIPADA
KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.5.1.4. Kumpulan Wang Amanah Awam
a. Kumpulan Wang Amanah Awam ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta
Tatacara Kewangan 1957 yang terdiri daripada Kumpulan Wang Khas
Kerajaan Negeri dan Wang Amanah yang diterima bagi maksud tertentu.
Pengurusan akaun ini dibuat mengikut Arahan Amanah yang diluluskan oleh
Pegawai Kewangan Negeri.
b. Pada tahun 2016, baki Kumpulan Wang Amanah Awam menurun sejumlah
RM11.04 juta atau 17.7% kepada RM51.43 juta berbanding RM62.47 juta
pada tahun 2015. Penurunan ini antaranya disebabkan oleh penutupan dua
(2) akaun amanah berjumlah RM3.81 juta dan perbelanjaan tahun semasa.
Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah mewujudkan lima (5) Akaun
Amanah baru iaitu, Akaun Amanah Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan;
Akaun Amanah Tadika Islam Perlis; Akaun Amanah Imam Pelapis Negeri
Perlis; serta Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Islam, Sosial dan Komuniti (PKKSK)
yang masing-masing di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Perlis manakala Akaun Amanah Penganjuran Perlis Marathon diselia
oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri. Butiran lanjut lima (5) Akaun Amanah
yang baharu diwujudkan ini adalah seperti di Jadual 4.22.
74.82 64.82
104.82
134.82
180.82
0
30
60
90
120
150
180
210
2012 2013 2014 2015 2016
RM Juta
Tahun
2012 2013 2014 2015 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 24
JADUAL 4.22 AKAUN AMANAH YANG BAHARU DIWUJUDKAN PADA TAHUN 2016
BIL. NAMA AKAUN AMANAH TUJUAN BAKI PADA
31 DISEMBER 2016 (RM Juta)
1. Akaun Amanah Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan
Menerima peruntukan kewangan dan membuat pembayaran sagu hati kepada mualaf selepas bersyahadah.
0.04
2. Akaun Amanah Tadika Islam Perlis Menerima sumbangan wang dan membuat bayaran bagi pengurusan tadika.
0.04
3. Akaun Amanah Imam Pelapis Negeri Perlis
Menerima wang dan membuat pembayaran elaun bulanan Imam Pelapis di Negeri Perlis.
0.03
4.
Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Dan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga Islam, Sosial dan Komuniti (PKKSK)
Menerima peruntukan kewangan dan membuat bayaran berkaitan penyelarasan PPMD dan PKKSK di Negeri Perlis.
0.11
5. Akaun Amanah Penganjuran Perlis Marathon
Menerima dan mengeluarkan wang daripada Kerajaan Persekutuan, sektor swasta, individu dan lain-lain sumbangan bagi menjalankan projek/ program/ aktiviti yang berkaitan dengan penganjuran Perlis Marathon.
0.13
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
c. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah menutup Akaun Amanah Sukan
Paralimpiad XVII dan Akaun Amanah Pengurusan Syarikat Air Perlis kerana
telah mencapai maksud penubuhannya serta tidak diperlukan lagi. Baki
wang dalam Akaun Amanah Sukan Paralimpiad XVII yang berjumlah
RM3,349 telah dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Manakala
sejumlah RM3.81 juta dari Akaun Amanah Pengurusan Syarikat Air Perlis
telah dikembalikan kepada Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
4.6. PENYATA PRESTASI KEWANGAN
4.6.1. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil
berbanding perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber
pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana bagi Pinjaman
Dalam Negeri, Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta Perubahan
Tunai, Pelaburan dan Amanah.
4.6.2. Pada tahun 2016, Penyata Prestasi Kewangan mencatatkan defisit
RM60.03 juta, iaitu penurunan sejumlah RM70.64 juta atau 54.1% berbanding
RM130.67 juta pada tahun 2015. Ia merupakan catatan defisit terendah yang
direkodkan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima (5) tahun. Hasil Kerajaan
Negeri adalah berjumlah RM109.93 juta manakala perbelanjaan mengurus dan
pembangunan berjumlah RM169.96 juta. Hasil Kerajaan Negeri meningkat sejumlah
RM22.25 juta atau 25.4% kepada RM109.93 juta berbanding RM87.68 juta pada
tahun 2015. Perbelanjaan mengurus tahun semasa berjumlah RM132.35 juta
menunjukkan penurunan sejumlah RM2.79 juta atau 2.1% berbanding
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 25
RM135.14 juta pada tahun 2015. Perbelanjaan pembangunan juga mencatatkan
penurunan sejumlah RM15.76 juta atau 29.5% kepada RM37.61 juta berbanding
RM53.37 juta pada tahun 2015. Tiada pindahan wang ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan pada tahun 2016 berbanding RM29.84 juta pada tahun 2015.
4.6.3. Kerajaan Negeri menampung defisit tersebut melalui Geran Pemberian
Tahap Pembangunan, Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup daripada Kerajaan
Persekutuan berjumlah RM23.31 juta, Terimaan Ansuran Perumahan Awam dan
Jualan Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM3.32 juta, selain perubahan
dalam wang tunai, pelaburan dan Kumpulan Wang Amanah yang berjumlah
RM33.40 juta. Kedudukan Penyata Prestasi Kewangan pada tahun 2015 dan 2016
adalah seperti di Jadual 4.23.
JADUAL 4.23 KEDUDUKAN PENYATA PRESTASI KEWANGAN PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BUTIRAN
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Hasil 87.68 109.93 22.25 25.4
Perbelanjaan Mengurus 135.14 132.35 -2.79 -2.1
Perbelanjaan Pembangunan 53.37 37.61 -15.76 -29.5
Pindahan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan 29.84 0.00 -29.84 -100.0
DEFISIT -130.67 -60.03 70.64 -54.1
Kurangan dibiayai oleh:
Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan 63.24 26.63 -36.61 -57.9
Perubahan Tunai dan Amanah 67.43 33.40 -34.03 -50.5
JUMLAH 130.67 60.03 -70.64 -54.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.7. PENYATA AKAUN MEMORANDUM
Penyata Akaun Memorandum ialah penyata yang menunjukkan aset dan liabiliti
Kerajaan Negeri yang boleh dilupus atau dilunaskan pada masa akan datang serta tidak
dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Penyata ini terdiri daripada Penyata
Akaun Memorandum Aset dan Penyata Akaun Memorandum Liabiliti. Penyata Akaun
Memorandum Aset menunjukkan kedudukan pinjaman yang boleh dituntut daripada
Agensi Negeri, pelaburan dan deposit berkanun. Manakala Penyata Akaun
Memorandum Liabiliti menunjukkan baki hutang awam Kerajaan Negeri kepada
Kerajaan Persekutuan yang belum diselesaikan pada penutupan tahun kewangan dan
pelbagai liabiliti.
4.7.1. Pinjaman Boleh Dituntut
4.7.1.1. Pinjaman Boleh Dituntut adalah pinjaman yang diberikan oleh
Kerajaan Negeri kepada Agensi Negeri dengan menggunakan sumber Kerajaan
Negeri atau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan. Pada
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 26
tahun 2016, baki Pinjaman Boleh Dituntut meningkat sejumlah RM3.72 juta atau
3.6% kepada RM106.37 juta berbanding RM102.65 juta pada tahun 2015.
Ia merupakan Pinjaman Boleh Dituntut yang dikeluarkan kepada Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
(SAP). Pada tahun 2016, PKENPs membuat pembayaran balik pinjaman
berjumlah RM0.38 juta manakala SAP menerima pinjaman berjumlah
RM4.10 juta. Bagaimanapun, perjanjian pinjaman kepada SAP berjumlah
RM6.15 juta masih belum meterai. Tiada pinjaman baharu diberikan kepada
PKENPs pada tahun 2016.
4.7.1.2. Analisis perbandingan baki pinjaman boleh dituntut pada tahun 2012
hingga 2016 menunjukkan peningkatan pada tahun 2013, 2014 dan 2016 tetapi
menurun pada tahun 2015. Kedudukan baki Pinjaman Boleh Dituntut pada
tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.24.
JADUAL 4.24 BAKI PINJAMAN BOLEH DITUNTUT OLEH
KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. AGENSI NEGERI
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 98.44 99.61 103.50 100.60 100.22
2. Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. 0.00 0.00 0.00 2.05 6.15
JUMLAH 98.44 99.61 103.50 102.65 106.37
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.7.2. Hutang Awam
4.7.2.1. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa ada menerima pinjaman
daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunan. Pada
tahun 2016, baki hutang awam Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan
meningkat sejumlah RM2.44 juta atau 0.6% kepada RM394.34 juta berbanding
RM391.90 juta (dinyatakan semula) pada tahun 2015. Peningkatan ini
disebabkan Kerajaan Negeri menerima pinjaman baru berjumlah RM4.10 juta
untuk membiayai Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Terhasil
Perlis dan pembayaran balik hutang awam berjumlah RM1.66 juta. Pembayaran
tersebut terdiri daripada bayaran pokok berjumlah RM1.26 juta dan faedah
pinjaman berjumlah RM0.40 juta. Kedudukan baki hutang awam Kerajaan
Negeri pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti di Jadual 4.25.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 27
JADUAL 4.25 KEDUDUKAN BAKI HUTANG AWAM
KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2016 BERBANDING 2015
BIL. BUTIRAN PINJAMAN
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Sektor Bekalan Air 151.52 155.62 4.10 2.7
2. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 132.50 130.84 -1.66 -1.3
3. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 87.97 87.97 0.00 0.0
4. Sektor Pelbagai 19.91 19.91 0.00 0.0
JUMLAH 391.90 394.34 2.44 0.6
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
4.7.2.2. Baki hutang awam Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berjumlah
RM394.34 juta berbanding RM357.26 juta yang dilaporkan dalam Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016. Perbezaan sejumlah
RM37.08 juta adalah disebabkan Kerajaan Negeri mengambil kira faedah
berjumlah RM51.60 juta sebagai hutang awam dan pembayaran yang dibuat
terhadap faedah tersebut berjumlah RM14.52 juta.
4.7.2.3. Analisis perbandingan baki hutang awam Kerajaan Negeri pada
tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan berterusan bagi tempoh
lima(5) tahun. Kedudukan baki hutang awam Kerajaan Negeri bagi tahun 2012
hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.26.
JADUAL 4.26 KEDUDUKAN BAKI HUTANG AWAM
KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. BUTIRAN PINJAMAN
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Sektor Bekalan Air 144.23 146.64 149.10 151.52 155.62
2. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
112.54 113.91 118.45 132.50 130.84
3. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 71.59 68.54 68.54 87.97 87.97
4. Sektor Pelbagai 14.80 25.59 19.91 19.91 19.91
JUMLAH 343.16 354.68 356.00 391.90 394.34
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.7.2.4. Tunggakan bayaran balik hutang awam, termasuk jumlah pokok dan
faedah Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016
meningkat sejumlah RM14.43 juta atau 7.0% menjadi RM219.59 juta berbanding
RM205.16 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini disebabkan Kerajaan Negeri
hanya membuat bayaran balik hutang berjumlah RM1.66 juta atau 0.75%
daripada keseluruhan hutang yang sepatutnya dibayar berjumlah
RM221.25 juta. Analisis perbandingan baki tunggakan bayaran balik hutang
awam pada tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan setiap tahun.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 28
Baki tunggakan pada tahun 2016 adalah yang tertinggi direkodkan oleh
Kerajaan Negeri. Kedudukan baki tunggakan bayaran balik hutang awam bagi
tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 4.27.
JADUAL 4.27 KEDUDUKAN BAKI TUNGGAKAN BAYARAN
BALIK HUTANG AWAM PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
BIL. PINJAMAN
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
1. Sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
97.87 102.80 104.46 107.25 109.70
2. Sektor Perumahan Awam Kos Rendah 50.55 52.92 55.50 53.97 56.56
3. Sektor Bekalan Air 20.24 27.41 35.10 43.04 51.52
4. Sektor Pelbagai 7.06 6.32 0.00 0.90 1.81
JUMLAH 175.72 189.45 195.06 205.16 219.59
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.8. NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
Nota Kepada Penyata Kewangan adalah sebahagian daripada Penyata Kewangan
Kerajaan Negeri Perlis. Ia memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai
amaun yang ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan
dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun
Memorandum dan maklumat tambahan lain seperti peristiwa yang berlaku selepas
tarikh Penyata Kedudukan Kewangan dan angka perbandingan.
4.8.1. Akaun Belum Terima
Akaun Belum Terima (ABT) ditafsirkan sebagai sejumlah wang yang sepatutnya
telah diterima oleh Kerajaan Negeri pada sesuatu tempoh tetapi belum diterima
berdasarkan bil yang dikeluarkan. Garis Panduan bagi menyelenggara dan
melaporkan Akaun Belum Terima dijelaskan oleh Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia WP 10.6. Pegawai Pengawal yang bertanggungjawab dikehendaki
menyediakan Laporan ABT dua (2) kali setahun iaitu pada 30 Jun dan 31 Disember.
Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Bendahari Negeri dan sesalinan
kepada Jabatan Audit Negara, selewat-lewatnya pada 31 Ogos dan
31 Januari tahun berikutnya. Akaun Belum Terima Kerajaan Negeri yang utama
terdiri daripada Tunggakan Hasil dan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh
Dituntut.
4.8.1.1. Tunggakan Hasil
a. Tunggakan Hasil adalah hasil atau pendapatan daripada hasil cukai, hasil
bukan cukai dan terimaan bukan hasil yang sepatutnya diterima tetapi belum
diterima oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun 2016, tunggakan hasil Kerajaan
Negeri telah meningkat sejumlah RM3.34 juta atau 14.3% menjadi
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 29
RM26.75 juta berbanding RM23.41 juta pada tahun 2015. Tunggakan hasil
yang tertinggi disumbangkan oleh cukai tanah, jualan air dan bayaran
ansuran jualan Perumahan Awam Kos Rendah. Tunggakan hasil Kerajaan
Negeri mengikut Jabatan pada tahun 2016 berbanding 2015 adalah seperti
di Jadual 4.28.
JADUAL 4.28 TUNGGAKAN HASIL KERAJAAN NEGERI
MENGIKUT JABATAN PADA TAHUN 2016 BERBANDING 2015
BIL. JABATAN/PEJABAT
TAHUN PERUBAHAN
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Jabatan Tanah Dan Galian (Cukai Tanah) 9.68 13.37 3.69 38.1
2. Jabatan Kerja Raya (Jualan Air) 7.75 7.75 0.00 0.0
3. Pejabat SUK (Ansuran Rumah) 5.86 5.48 -0.38 -6.5
4. Pejabat SUK (Sewa Gerai) 0.12 0.13 0.01 8.3
5. Jabatan Perhutanan (Permit Dusun) 0.00 0.02 0.02 0.00
JUMLAH 23.41 26.75 3.34 14.3
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
b. Analisis perbandingan tunggakan hasil pada tahun 2012 hingga 2016
mencatatkan penurunan pada tahun 2013 dan 2015 tetapi meningkat pada
tahun 2014 dan 2016 seperti di Carta 4.5.
CARTA 4.5 KEDUDUKAN TUNGGAKAN HASIL
KERAJAAN NEGERI PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
4.8.1.2. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut
a. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut merangkumi bayaran
balik pinjaman yang matang tetapi belum diterima daripada Agensi Negeri.
Pada tahun 2016, PKENPs sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman
kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM79.47 juta yang terdiri daripada
bayaran anuiti tahun semasa berjumlah RM4.12 juta dan tunggakan bayaran
24.57 22.84 23.73 23.41
26.75
0
10
20
30
2012 2013 2014 2015 2016
RM Juta
Tahun
2012 2013 2014 2015 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 30
balik pinjaman tahun sebelumnya berjumlah RM75.35 juta. Bagaimanapun,
PKENPs hanya membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM0.38 juta
pada tahun semasa menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjamannya
meningkat kepada RM79.09 juta. Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik
Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 4.29.
JADUAL 4.29
KEDUDUKAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BOLEH DITUNTUT PADA TAHUN 2016
AGENSI NEGERI
TUNGGAKAN BAYARAN
BALIK PINJAMAN
PADA 1.1.2016 (RM Juta)
ANUITI TAHUN
2016
(RM Juta)
JUMLAH PATUT DIJELASKAN PADA TAHUN
2016 (RM Juta)
JUMLAH DIJELASKAN PADA TAHUN
2016
(RM Juta)
TUNGGAKAN BAYARAN
BALIK PINJAMAN
PADA 31.12.2016 (RM Juta)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
75.35 4.12 79.47 0.38 79.09
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
b. Pada tahun 2016, prestasi bayaran balik pinjaman oleh PKENPs adalah
tidak memuaskan. PKENPs tidak membuat bayaran balik pinjaman mengikut
jumlah dan tempoh yang ditetapkan. Baki pinjaman pada tahun 2016
berjumlah RM100.22 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman
meningkat RM3.74 juta atau 5.0% menjadi RM79.09 juta. Analisis
perbandingan baki Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut bagi
tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan peningkatan baki tunggakan bayaran
balik pinjaman secara berterusan pada setiap tahun. Kedudukan Tunggakan
Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2012 hingga 2016 adalah
seperti di Jadual 4.30.
JADUAL 4.30 KEDUDUKAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK
PINJAMAN BOLEH DITUNTUT PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
AGENSI NEGERI
TAHUN
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
2014 (RM Juta)
2015 (RM Juta)
2016 (RM Juta)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
70.27 72.60 74.13 75.35 79.09
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2012 hingga 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 31
4.9. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
4.9.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan
Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2016 adalah kurang memuaskan di mana:
Baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2016 telah meningkat
sejumlah RM2.92 juta menjadi RM19.59 juta;
Kutipan hasil pada tahun 2016 meningkat sejumlah RM22.25 juta menjadi
RM109.93 juta manakala perbelanjaan mengurus (termasuk pindahan ke
Kumpulan Wang Pembangunan) dan perbelanjaan pembangunan menurun
sejumlah RM48.39 juta menjadi RM169.96 juta. Bagaimanapun, jumlah
kutipan hasil tersebut masih tidak dapat menampung sepenuhnya
perbelanjaan mengurus dan pembangunan;
Akaun Hasil Disatukan mencatatkan defisit berjumlah RM22.42 juta
menyebabkan defisit Kumpulan Wang Terkumpul Akaun Hasil Disatukan
meningkat menjadi RM406.98 juta. Ini merupakan defisit yang tertinggi
dicatatkan oleh Kerajaan Negeri;
Hutang Awam Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM2.44 juta
menjadi RM394.34 juta; dan
Tunggakan bayaran balik hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan
meningkat sejumlah RM14.43 juta menjadi RM219.59 juta. Tunggakan
bayaran balik pinjaman oleh PKENPs juga mencatatkan peningkatan
sejumlah RM3.74 juta menjadi RM79.09 juta.
4.9.2. Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan, Kerajaan Negeri Perlis
hendaklah menuntut tunggakan bayaran balik pinjaman daripada PKENPs dan
berusaha meningkatkan kutipan hasil termasuk tunggakan hasil di samping mengawal
perbelanjaan.
BAHAGIAN III RANcANGAN PEmBANGUNAN
KERAjAAN NEGERI
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 35
RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-11
5.1. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) Negeri Perlis meliputi tempoh lima (5) tahun (2016 - 2020). Melalui pelaksanaan projek baharu dan sambungan daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Negeri Perlis, RMKe-11 Negeri Perlis adalah seiring sebagai penggerak pembangunan Negeri Perlis. Sistem pemantauan yang cekap dan berkesan terhadap projek pembangunan ini adalah penting untuk menjamin pelaksanaan yang lancar dan konsisten di semua peringkat.Penyelesaian yang cekap dan berkesan perlu ada bagi memastikan semua program dan projek pembangunan yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan.
5.2. Bagi menjayakan RMKe-11 Negeri Perlis, sejumlah RM499.73 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh lima (5) tahun (2016 - 2020) untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan oleh enam (6) buah Agensi Negeri.Jabatan Kerja Raya telah diluluskan peruntukan pembangunan yang tertinggi berjumlah RM280.18 juta (56.1%), diikuti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM93.95 juta (18.8%) dan Jabatan Pengairan dan Saliran berjumlah RM46.0 juta (9.2%). Keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan pada RMKe-11sehingga 31 Disember 2016 adalah berjumlah RM37.61 juta, iaitu 7.5% berbanding RM499.73 juta yang diluluskan. Peruntukan pembangunan yang telah diluluskan berbanding perbelanjaan sebenar sepanjang RMKe-11 yang berakhir pada 31 Disember 2016 adalah seperti di Jadual 5.1.
JADUAL 5.1 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN YANG DILULUSKAN BERBANDING PERBELANJAAN
SEBENAR SEPANJANG RMKE-11 YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2016
BIL. JABATAN/PEJABATPERUNTUKAN
YANGDILULUSKAN
(RM Juta)
PERBELANJAANSEBENAR(RM Juta)
PENCAPAIANPERBELANJAAN
(%)
1. Jabatan Kerja Raya 280.18 7.57 2.7
2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 93.95 13.22 14.1
3. Jabatan Pengairan Dan Saliran 46.00 8.63 18.8
4. Jabatan Pertanian 43.72 4.79 10.9
5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 19.05 2.02 10.6
6. Jabatan Perhutanan 16.83 1.38 8.2
JUMLAH 499.73 37.61 7.5Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 36
5.3. Prestasi Perbelanjaan Pembangunan RMKe-11 Tahun 2016
Pada tahun 2016, peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM41.55 juta dan sejumlah RM37.61 juta atau 90.5% daripadanya telah dibelanjakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Tiga (3) daripada enam (6) Jabatan/Pejabat telah mencapai prestasi perbelanjaan melebihi 90%. Prestasiperbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-11 bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 5.2.
JADUAL 5.2 PRESTASI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DI BAWAH RMKE-11 BAGI TAHUN 2016
BIL. JABATAN/PEJABATPERUNTUKAN
YANG DILULUSKAN
(RM Juta)
PERBELANJAAN
(RM Juta)
PENCAPAIAN PERBELANJAAN
(%)
1. Jabatan Pertanian 4.79 4.79 100.0
2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 13.38 13.22 98.8
3. Jabatan Pengairan dan Saliran 8.90 8.63 97.0
4. Jabatan Perhutanan 1.78 1.38 77.5
5. Jabatan Kerja Raya 9.94 7.57 76.2
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2.76 2.02 73.2
Jumlah 41.55 37.61 90.5Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
5.4. Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11 Tahun 2016
5.4.1. Pada tahun 2016, sebanyak 841 projek pembangunan RMKe-11 telah dirancang untuk dilaksanakan oleh enam (6) Jabatan/Pejabat. Sejumlah 836 projek telah siap dilaksanakan dan mengikut jadual, empat (4) projek dalam pelaksanaan manakala satu (1) projek telah ditangguhkan. Status pencapaian pelaksanaan projek pembangunan RMKe-11 bagi tahun 2016 adalah seperti di Jadual 5.3 dan Carta 5.1.
JADUAL 5.3 STATUS PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11 BAGI TAHUN 2016
BIL. JABATAN/PEJABATBIL.
PROJEK TAHUN 2016
PROJEK SIAP DILAKSANAKAN
PROJEKDALAM
PELAKSANAANPROJEK
DITANGGUHKAN
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 445 444 1 -
2. Jabatan Kerja Raya 16 13 2 1
3. Jabatan Pengairan dan Saliran 73 73 - -
4. Jabatan Pertanian 224 224 - -
5. Jabatan Perhutanan 73 73 - -
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 10 9 1 -
JUMLAH 841 836 4 1 Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 37
CARTA 5.1 STATUS PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11 BAGI TAHUN 2016
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun 2016
5.4.2. Projek Pembinaan Istana Raja Muda telah ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2016 kerana dalam proses penyediaan pelan reka bentuk untuk kelulusan.
5.5. RUMUSAN
Pada keseluruhannya, prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-11 yang berakhir pada 31 Disember 2016 adalah baik kerana sejumlah RM37.61 juta atau 90.5% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan yang diluluskan berjumlah RM41.55 juta telah dibelanjakan. Sejumlah 836 atau 99.4% daripada keseluruhan 841 projek yang dirancang telah siap dilaksanakan pada tahun 2016. Sejumlah empat (4) projek atau 0.5% sedang dalam pelaksanaan dan satu (1) projek atau 0.1% telah ditangguhkan.
Projek Siap Dilaksanakan
836 Projek(99.4%)
Projek Dalam Pelaksanaan
Empat (4) Projek(0.5%)
Projek DitangguhkanSatu (1) Projek
(0.1%)
BAHAGIAN IV PENyERAHAN, PENGESAHAN,
PEmBENTANGAN PENyATA KEwANGAN DAN PRESTASI KEwANGAN
AGENSI NEGERI
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 41
BAHAGIAN IV PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
6. PENDAHULUAN
Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara dikehendaki menjalankan pengauditan Penyata Kewangan Agensi Negeri seperti Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pengauditan dilaksanakan bagi mengesah dan memastikan penyata kewangan adalah bebas daripada kesalahan dan ketinggalan yang ketara serta memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama berpandukan Akta dan piawaian yang diluluskan.
6.1. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN
6.1.1. Pada tahun 2015, Penyata Kewangan bagi satu (1) Badan Berkanun Negeri, dua (2) Kumpulan Wang dan satu (1) Majlis Agama Islam telah diaudit sendiri oleh Ketua Audit Negara manakala tiga (3) Penyata Kewangan bagi Badan Berkanun Negeri dan satu (1) Pihak Berkuasa Tempatan diaudit oleh Firma Audit Swasta (FAS). Pelantikan FAS berasaskan kepada peruntukan Seksyen 7(3), Akta Audit 1957 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk melantik pihak yang berkebolehan menjalankan pengauditan bagi pihak beliau.
6.1.2. Bagi memastikan FAS menjalankan pengauditan selaras dengan arahan yang ditetapkan, Jabatan Audit Negara memantau sebelum, semasa dan selepas pengauditan dilaksanakan. Sebelum pengauditan dijalankan, FAS dikehendaki menyediakan Memorandum Perancangan Audit. Melalui memorandum ini, Jabatan Audit Negara dapat memastikan FAS mempunyai pendekatan dan skop Audit yang menyeluruh dan mencukupi untuk menjalankan pengauditan. Di akhir pengauditan, FAS dikehendaki mengemukakan penemuan Audit berserta fail kertas kerja, senarai terperinci dan laporan juruaudit mengenai penyata kewangan yang diaudit. Fail kertas kerja akan disemak bagi memastikan perkara yang dibangkitkan mempunyai bukti audit yang mencukupi dan memuaskan. Prestasi FAS akan dinilai dan diambil kira semasa membuat keputusan untuk ditawarkan bagi kerja pengauditan penyata kewangan seterusnya.
6.2. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN
6.2.1. Semua Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Pada bulan Januari 2009, Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 42
dikeluarkan, meminta semua Agensi Negeri membentangkan Penyata Kewangan yang telah diaudit dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun berikutnya. Bagi memastikan ia dilaksanakan, Penyata Kewangan hendaklah disediakan dan diserahkan kepada Ketua Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.
6.2.2. Setakat 30 Jun 2017, kesemua lapan (8) Penyata Kewangan Tahun 2016 Agensi Negeri dan Kumpulan Wang telah diterima oleh Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan.
6.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
6.3.1. Setakat 30 Jun 2017, kesemua lapan (8) Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi tahun 2015 telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara melibatkan empat (4) Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, dua (2) Penyata Kewangan Kumpulan Wang, satu (1) Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan satu (1) Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebanyak enam (6) penyata kewangan telah diberi Laporan Ketua Audit Negara Tanpa Teguran dan dua (2) lagi telah diberi Laporan Ketua Audit Negara Berteguran, iaitu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Yayasan Islam Perlis.
6.3.2. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) diberikan Laporan Ketua Audit Negara Berteguran disebabkan penyata kewangan syarikat subsidiari tidak disedia dan disatukan dengan penyata kewangan PKENPs. Penghutang berjumlah RM3.80 juta tidak dapat disahkan oleh Juruaudit syarikat subsidiari, defisit Dana Pemegang Saham berjumlah RM3.92 juta di tiga (3) buah syarikat subsidiari dan penilaian semula aset terhadap sebuah syarikat subsidiari bercanggah dengan Piawaian Perakaunan Private Entity Reporting Standards 15 (PERS 15). Yayasan Islam Perlis turut diberikan Laporan Ketua Audit Negara Berteguran kerana wujud keraguan untuk agensi meneruskan operasi disebabkan ketiadaan sumber pendapatan tetap serta Pendahuluan kepada Anak Syarikat dan Pelbagai Penghutang yang terus meningkat berjumlah RM24.38 juta.
6.4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
Perkara 107(2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan supaya Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan yang telah disahkan hendaklah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis. Setakat 30 Jun 2017, lima (5) Agensi Negeri dan dua (2) Kumpulan Wang telah membentangkan Penyata Kewangan Tahun 2015 yang telah disahkan di Dewan Undangan Negeri Perlis.
6.5. PRESTASI KEWANGAN
Analisis prestasi kewangan Agensi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi penggunaan geran pembangunan dan operasi dilaporkan seperti berikut:
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 43
6.5.1. Analisis Kedudukan Kewangan Agensi Negeri
6.5.1.1. Pada tahun 2016, Agensi Negeri mencatatkan surplus pendapatan berjumlah RM5.07 juta setelah mengambil kira pendapatan berjumlah RM36.12 juta dan perbelanjaan berjumlah RM31.05 juta. Agensi Negeri mencatatkan Aset Semasa Bersih berjumlah RM0.75 juta setelah mengambil kira Aset Semasa berjumlah RM127.13 juta dan Liabiliti Semasa berjumlah RM126.38 juta. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mencatatkan surplus pendapatan semasa tertinggi berjumlah RM6.25 juta dan diikuti Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN) berjumlah RM0.77 juta. Yayasan Islam Perlis (YIPs) mencatatkan defisit pendapatan semasa tertinggi berjumlah RM2.13 juta dan diikuti Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) berjumlah RM0.04 juta. PKENPs mencatatkan Liabiliti Semasa Bersih tertinggi berjumlah RM20.74 juta. Aset Semasa Bersih tertinggi dicatatkan oleh YIPs berjumlah RM7.06 juta, diikuti oleh Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis berjumlah RM6.76 juta dan PPANPs berjumlah RM5.94 juta. Prestasi kewangan Agensi Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 adalah seperti di Jadual 6.1.
JADUAL 6.1PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
BIL. AGENSI NEGERI
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUNBERAKHIR 31 DISEMBER 2016
LEMBARAN IMBANGAN PADA31 DISEMBER 2016
PENDAPATAN(RM Juta)
PERBELANJAAN(RM Juta)
SURPLUS/ (DEFISIT)(RM Juta)
ASETSEMASA(RM Juta)
LIABILITISEMASA(RM Juta)
ASET/(LIABILITI) SEMASABERSIH
(RM Juta)
1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 26.14 19.89 6.25 97.15 117.89 -20.74
2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 3.19 3.23 -0.04 6.60 0.66 5.94
3. Yayasan Islam Perlis 1.95 4.08 -2.13 14.87 7.81 7.06
4. Majlis Sukan Negeri Perlis 4.60 3.83 0.77 1.09 0.00 1.09
5.Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis
0.23 0.02 0.21 6.78 0.02 6.76
6.Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis
0.01 0.00 0.01 0.64 0.00 0.64
JUMLAH 36.12 31.05 5.07 127.13 126.38 0.75 Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2016
6.5.1.2. Analisis Aset
Pada tahun 2016, Agensi Negeri merekodkan aset berjumlah RM324.17 juta, iaitu penurunan sejumlah RM9.45 juta atau 2.8% berbanding RM333.62 juta pada tahun 2015. Aset Bukan Semasa berjumlah RM197.04 juta manakala Aset Semasa berjumlah RM127.13 juta. YIPs mencatatkan penurunan dalam asetnya berjumlah RM14.05 juta atau 23.3% menjadi RM46.22 juta berbanding
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 44
RM60.27 juta pada tahun 2015. Penurunan ini antaranya disebabkan hapus kira terhadap pendahuluan kepada syarikat subsidiari berjumlah RM12.30 juta dan pengurangan dalam saham siar harga berjumlah RM1.54 juta. PKENPs mencatatkan peningkatan dalam asetnya berjumlah RM4.27 juta atau 1.7% menjadi RM257.74 juta berbanding RM253.47 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini antaranya disebabkan pertambahan dalam pelaburan hartanah yang berjumlah RM14.81 juta. Jumlah aset Agensi Negeri yang utama pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Carta 6.1.
CARTA 6.1 JUMLAH ASET AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2015 DAN 2016
Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
6.5.1.3. Analisis Pelaburan
Pada tahun 2016, pelaburan Agensi Negeri berjumlah RM110.60 juta, iaitu meningkat sejumlah RM5.0 juta atau 4.7% berbanding RM105.60 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini antaranya disebabkan PKENPs membuat tambahan dalam pelaburan hartanah berjumlah RM14.81 juta. Pelaburan yang dibuat oleh Agensi Negeri ini terdiri daripada pelaburan dalam syarikat subsidiari, syarikat bersekutu, syarikat usaha sama, hartanah, saham siar harga dan saham amanah adalah seperti di Carta 6.2.
253.
47
60.2
7
11.3
0
257.
74
46.2
2
11.2
0
2.00
100.00
PKENPs YIPs PPANPs
RM Juta
Agensi
2015 2016
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 45
CARTA 6.2 JENIS PELABURAN AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016
Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs bagi Tahun 2016
6.5.1.4. Analisis Liabiliti
Pada tahun 2016, liabiliti Agensi Negeri meningkat sejumlah RM0.16 juta atau
0.1% menjadi RM156.07 juta berbanding RM155.91 juta pada tahun 2015.
PPANPs mencatatkan peningkatan liabiliti tertinggi iaitu RM0.35 juta atau
112.9% menjadi RM0.66 juta, diikuti YIPs berjumlah RM0.28 juta atau 3.7%
menjadi RM7.81 juta. Peningkatan tersebut antaranya disebabkan
pertambahan dalam Pelbagai Pemiutang PPANPs berjumlah RM0.37 juta
menjadi RM0.64 juta. Peningkatan dalam liabiliti YIPs pula disebabkan
tambahan overdraf bank berjumlah RM0.20 juta menjadi RM2.06 juta.
Pengurangan dalam jumlah liabiliti PKENPs pula antaranya disebabkan
penyusutan pinjaman kerajaan bukan semasa berjumlah RM3.41 juta menjadi
RM21.88 juta. Jumlah liabiliti Agensi Negeri pada tahun 2015 dan 2016 seperti
di Jadual 6.2.
JADUAL 6.2 JUMLAH LIABILITI AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2015 DAN 2016
BIL.
AGENSI NEGERI
TAHUN PERUBAHAN
2015
(RM Juta)
2016
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 148.05 147.58 -0.47 -0.3
2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 0.31 0.66 0.35 112.9
3. Yayasan Islam Perlis 7.53 7.81 0.28 3.7
4. Majlis Sukan Negeri Perlis 0.00 0.00 0.00 0.0
5. Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis
0.02 0.02 0.00 0.0
6. Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis
0.00 0.00 0.00 0.0
JUMLAH 155.91 156.07 0.16 0.1
Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2015 dan 2016
Pelaburan Saham Siar Harga & Amanah - RM5.46
Juta (4.9%)
Pelaburan Syarikat Usahasama - RM0.40 Juta
(0.4%)
Pelaburan Syarikat Subsidiari -
RM7.15 Juta (6.5%)
Pelaburan Syarikat Bersekutu -
RM8.61 Juta (7.8%)
Pelaburan Hartanah - RM88.98 Juta
(80.5%)
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 46
6.5.1.5. Analisis Nisbah
Nisbah Hutang mengukur peratus dana Liabiliti Semasa dari sumber pinjaman, overdraf bank, pendahuluan dan pemiutang yang digunakan untuk membiayai/memperoleh aset. Analisis Audit mendapati Nisbah Hutang PKENPs pada kadar 45.7% manakala YIPs pada kadar 16.9%. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar aset PKENPs dan YIPs diperoleh daripada punca hutang/pinjaman. PPANPs mencatatkan Aliran Tunai Bersih berjumlah RM6.54 juta manakala Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis (Biasiswa) berjumlah RM5.64 juta. Ia menunjukkan bahawa PPANPs dan Biasiswa mempunyai pegangan wang tunai yang tinggi pada akhir tahun 2016. PKENPs mencatatkan Nisbah Cepat pada kadar 0.6 yang memberi gambaran tidak mampu melunaskan kesemua tanggungan semasanya dalam tempoh masa singkat. Penilaian terhadap analisis kecairan dan kestabilan mendapati PKENPs menunjukkan prestasi kewangan yang berisiko kerana mencatatkan Modal Kerja berbaki negatif serta mencatatkan Nisbah Semasa dan Nisbah Cepat kurang daripada satu (1) seperti di Jadual 6.3.
JADUAL 6.3ANALISIS KECAIRAN DAN KESTABILAN AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016
BIL. AGENSI NEGERINISBAH SEMASA
NISBAH CEPAT
MODAL KERJA
(RM Juta)
ALIRAN TUNAI
BERSIH(RM Juta)
NISBAH HUTANG
(%)
1.Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
0.8 0.6 -20.74 3.14 45.7
2.Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
10.0 9.9 5.94 6.54 5.9
3. Yayasan Islam Perlis 1.9 1.9 7.06 0.64 16.9
4. Majlis Sukan Negeri Perlis 1.1 1.1 1.09 1.09 0.0
5.Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis
339.0 339.0 6.76 5.64 0.3
6.Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu) Negeri Perlis
640.0 640.0 0.64 0.52 0.0
Sumber: Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi Tahun 2016
6.5.2. Prestasi Anak Syarikat Agensi Negeri
6.5.2.1. Analisis Pelaburan Dalam Syarikat
Pada tahun 2016, pelaburan PKENPs dalam syarikat berjumlah RM8.98 juta manakala YIPs berjumlah RM7.18 juta. PKENPs telah membuat peruntukan rosot nilai dalam pelaburan anak syarikat berjumlah RM5.30 juta pada tahun semasa. Analisis pelaburan pada kos dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama adalah seperti di Jadual 6.4.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 47
JADUAL 6.4ANALISIS PELABURAN PADA KOS DALAM ANAK SYARIKAT, SYARIKAT BERSEKUTU
DAN SYARIKAT USAHA SAMA OLEH AGENSI NEGERI PADA TAHUN 2016 PERKARA BILANGAN
Anak Syarikat (Pelaburan > 50%) 18
Syarikat Bersekutu (Pelaburan < 50%) 7
Syarikat Usahasama (Pelaburan = 50%) 1
JUMLAH SYARIKAT 26
TAMBAHAN PELABURAN PADA TAHUN 2016 (RM Juta) -
PERUNTUKAN ROSOT NILAI PADA TAHUN 2016 (RM Juta) 5.30
JUMLAH PELABURAN KESELURUHAN (RM Juta) 16.16Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs Tahun 2016
6.5.2.2. Status Anak Syarikat
Analisis Audit mendapati PKENPs dan YIPs telah melabur dalam 18 anak syarikat di mana 13 anak syarikat berstatus aktif manakala lima (5) berstatus dorman/dalam proses penggulungan seperti di Jadual 6.5.
JADUAL 6.5 BILANGAN ANAK SYARIKAT PKENPs DAN
YIPs YANG AKTIF DAN DORMAN PADA TAHUN 2016
BIL. AGENSI NEGERI
BILANGAN ANAK SYARIKAT(EKUITI LEBIH DARIPADA 50%)
STATUS AKTIF
STATUS DORMAN / PENGGULUNGAN
JUMLAH ANAK
SYARIKAT1. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis 10 4 14
2. Yayasan Islam Perlis 3 1 4
JUMLAH 13 5 18Sumber: Penyata Kewangan PKENPs dan YIPs bagi Tahun 2016
6.5.2.3. Analisis Surplus/Defisit Terkumpul Syarikat
a. Pada tahun 2016, sebanyak lima (5) anak syarikat yang aktif di bawah PKENPs telah mencatatkan surplus terkumpul berjumlah RM29.07 juta manakala lima (5) anak syarikat mencatatkan defisit terkumpul berjumlah RM29.93 juta. Anak syarikat yang mencatatkan surplus terkumpul tertinggi ialah Pens Industries Sdn. Bhd. berjumlah RM24.21 juta dan Perlis Comm. Sdn. Bhd. berjumlah RM4.20 juta. Anak syarikat yang mencatatkan defisit terkumpul tertinggi pula adalah Pens Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM15.55 juta, Putra Palace Sdn. Bhd. berjumlah RM6.58 juta dan Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. berjumlah RM6.23 juta. Lima (5) anak syarikat mencatatkan surplus pada tahun semasa berjumlah RM4.53 juta manakala lima (5) anak syarikat mencatatkan defisit berjumlah RM4.41 juta. Analisis surplus dan defisit terkumpul anak syarikat PKENPs bagi tahun kewangan 2016 adalah seperti di Jadual 6.6.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 48
JADUAL 6.6 ANALISIS SURPLUS/DEFISIT TERKUMPUL
ANAK SYARIKAT PKENPs BAGI TAHUN KEWANGAN 2016
ANAK SYARIKAT PKENPs SURPLUS/(DEFISIT)
TERKUMPUL (RM)
Pens Industries Sdn. Bhd. 24,208,384
Perlis Comm Sdn. Bhd. 4,195,018
Rumpun Teras Sdn. Bhd. 528,520
Modern Spectrum Sdn. Bhd. 77,279
Perlis Property Sdn. Bhd. 56,458
Pens Holdings Sdn. Bhd. -15,551,029
Putra Palace Sdn. Bhd. -6,577,285
Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd. -6,233,116
Hotel Brasmana Sdn. Bhd. -1,249,899
Perlis NCER Trading Sdn. Bhd. -318,100
Jumlah -863,770
Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat PKENPs bagi Tahun 2016
b. Bagi YIPs, hanya dua (2) daripada tiga (3) anak syarikat yang aktif
menyediakan Penyata Kewangan tahun 2016, manakala sebuah lagi dalam
proses penyediaan. Sebuah anak syarikat mencatatkan keuntungan pada
tahun semasa berjumlah RM49,368 manakala sebuah lagi mencatatkan
kerugian berjumlah RM23,955. Keuntungan terkumpul kedua-dua anak
syarikat ini bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM271,751 adalah seperti
di Jadual 6.7.
JADUAL 6.7 ANALISIS SURPLUS/DEFISIT TERKUMPUL
ANAK SYARIKAT YIPs BAGI TAHUN KEWANGAN 2016
ANAK SYARIKAT YIPs SURPLUS/(DEFISIT)
TERKUMPUL (RM)
Infostas Engineering Sdn. Bhd. 271,125
Karun Mestika Sdn. Bhd. 626
Jumlah 271,751
Sumber: Penyata Kewangan Anak Syarikat YIPs bagi Tahun 2016
c. Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah PKENPs hendaklah sentiasa
memantau prestasi kewangan anak syarikat dan mengkaji semula pelaburan
dalam syarikat yang berstatus dorman dan menghadapi kerugian terkumpul.
Ini adalah untuk memastikan anak syarikat sentiasa berdaya maju dan
pelaburan dalam syarikat tersebut dapat memberi pulangan kepada
PKENPs. Terma rujukan pinjaman anak syarikat hendaklah disediakan
dengan jelas termasuk bayaran balik kepada PKENPs dalam tempoh masa
yang dipersetujui bersama. Lembaga Pengarah YIPs pula hendaklah
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 49
memastikan kesemua penyata kewangan anak syarikat dikemukakan untuk disatukan dengan penyata kewangan YIPs pada setiap tahun.
6.5.3. Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan
6.5.3.1. Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatat defisit bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan berjumlah RM13.90 juta berbanding defisit RM1.21 juta pada tahun 2015. MPK merekodkan pendapatan berjumlah RM26.93 juta dengan perbelanjaan berjumlah RM40.83 juta. Pendapatan utama MPK diperoleh daripada kutipan Cukai Taksiran berjumlah RM14.43 juta dan terimaan bantuan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.32 juta. Perbelanjaan utama pula terdiri daripada pembayaran bil perkhidmatan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjumlah RM17.50 juta, bayaran emolumen berjumlah RM11.03 juta serta bayaran perkhidmatan dan bekalan berjumlah RM9.62 juta. Aset Semasa Bersih MPK telah menyusut sejumlah RM15.10 juta atau 54.6% menjadi RM12.55 juta berbanding RM27.65 juta pada tahun 2015. Penyusutan ini disebabkan perbelanjaan terakru yang direkodkan kepada SWCorp berjumlah RM17.50 juta. Prestasi kewangan MPK pada tahun 2016 adalah seperti di Jadual 6.8.
JADUAL 6.8 PRESTASI KEWANGAN MPK BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
PIHAKBERKUASA TEMPATAN
PENYATA PENDAPATANDAN PERBELANJAANSEHINGGA 31.12.2016
LEMBARAN IMBANGANPADA 31.12.2016
PENDAPATAN PERBELANJAAN DEFISIT ASETSEMASA
LIABILITISEMASA
ASETBERSIHSEMASA
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Majlis Perbandaran Kangar 26.93 40.83 -13.90 42.17 29.62 12.55
Sumber: Penyata Kewangan MPK bagi Tahun 2016
6.5.3.2. Analisis Tunggakan Cukai Taksiran
a. Tunggakan Cukai Taksiran dan Cukai Perkhidmatan MPK telah meningkat sejumlah RM2.96 juta atau 25.8% menjadi RM14.43 juta pada tahun 2016 berbanding RM11.47 juta pada tahun 2015. Tunggakan Cukai Taksiran pada tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 6.9.
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 50
JADUAL 6.9 TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PADA TAHUN 2012 HINGGA 2016
BUTIRAN
TAHUN
2012
(RM Juta)
2013
(RM Juta)
2014
(RM Juta)
2015
(RM Juta)
2016
(RM Juta)
Tunggakan Cukai 9.60 9.90 10.58 11.47 14.43
Sumber: Penyata Kewangan MPK bagi Tahun 2012 hingga 2016
b. Peningkatan ini disebabkan pertambahan bilangan pemilik premis yang tidak
membayar Cukai Taksiran mengikut jumlah dan tempoh masa ditetapkan.
MPK tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis
yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran menyebabkan jumlahnya
semakin meningkat pada setiap tahun.
6.6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
6.6.1. Pada keseluruhannya, prestasi penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2016
oleh Agensi Negeri kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit adalah baik.
Semua Agensi Negeri telah menyerahkan Penyata Kewangan Tahun 2016 untuk
diaudit sebelum 30 April 2017;
Semua Penyata Kewangan Tahun 2015 yang disahkan telah dibentangkan
di Dewan Undangan Negeri Perlis;
6.6.2. Prestasi kewangan Agensi Negeri pada tahun 2016 adalah baik manakala
prestasi kewangan MPK adalah tidak memuaskan;
Agensi Negeri mencatatkan surplus dalam Penyata Pendapatan dan
Perbelanjaan Tahun 2016 keseluruhannya berjumlah RM5.07 juta;
PKENPs mencatatkan surplus tertinggi berjumlah RM6.25 juta manakala YIPs
mencatatkan defisit tertinggi berjumlah RM2.13 juta;
Dalam tempoh singkat, PKENPs tidak mampu menjelaskan kesemua
Tanggungan Semasanya kerana merekodkan Liabiliti Semasa Bersih berjumlah
RM20.74 juta;
YIPs mencatatkan Aset Semasa Bersih yang tertinggi iaitu berjumlah
RM7.06, diikuti dengan Biasiswa berjumlah RM6.76 juta dan PPANPs berjumlah
RM5.94 juta; dan
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 51
MPK mencatatkan defisit berjumlah RM13.90 juta manakala Aset Bersih Semasa berjumlah RM12.55 juta. Tunggakan Cukai Taksiran dan Cukai Perkhidmatan berjumlah RM14.43 juta;
6.6.3. Bagi meningkatkan pengurusan dan prestasi kewangan Agensi Negeri danMPK, berikut adalah syor Audit:
Agensi Negeri yang menerima Laporan Ketua Audit Negara Berteguran perlu mengambil tindakan untuk memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang;
PKENPs dan YIPs hendaklah memastikan semua anak syarikatnya menyediakan Penyata Kewangan mengikut peraturan perakaunan yang berkuatkuasa serta disatukan dengan Penyata Kewangannya bagi mengelakkan memperoleh Laporan Ketua Audit Negara Berteguran setiap tahun atas sebab yang sama;
PKENPs hendaklah berusaha meningkatkan prestasi kewangannya dengan mempelbagaikan aktiviti ekonominya bagi membolehkan ia meningkatkan pendapatan dan melunaskan tunggakan bayaran balik pinjaman; dan
MPK hendaklah mengambil tindakan proaktif untuk memungut tunggakan cukai taksiran dengan menggunakan peruntukan yang disediakan melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
BAHAGIAN V PEmBENTANGAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN mESyUARAT jAwATANKUASA
KIRA-KIRA wANG AwAm NEGERI
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 55
BAHAGIAN V
PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
7. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN AKTIVITI
JABATAN/AGENSI SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Mengikut Perkara 107(2), Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Akaun Kerajaan Negeri yang telah diaudit hendaklah dibentangkan seberapa
segera di Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perlis
Tahun 2014 berserta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi
dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2014 Siri 3 dan Tahun 2015
Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 3 Ogos 2016.
8. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Bagi tempoh bulan Januari 2016 hingga 30 April 2017, Jawatankuasa Kira-kira Wang
Awam Negeri (Jawatankuasa) telah bermesyuarat sebanyak empat (4) kali, iaitu pada
24 Jun 2016, 8 November 2016, 17 November 2016 dan 23 Mac 2017. Laporan
Jawatankuasa yang telah diadakan bagi tahun 2016 ini kemudiannya telah
dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Perlis pada 6 Disember 2016. Perkara yang
dibincangkan adalah seperti di Jadual 8.1.
JADUAL 8.1 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM
JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI PERLIS
BIL. TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN JABATAN/AGENSI NEGERI
1 24 Jun 2016
LKAN 2014 Siri 1 – Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan dan Mineral
Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis
LKAN 2014 Siri 1 – Pengurusan Projek Pembangunan Industri Buah-buahan
Jabatan Pertanian Negeri Perlis
LKAN 2014 Siri 1 – Pengurusan Hotel Putra Brasmana Sdn. Bhd.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
2 8 November 2016
LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2014
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
Majlis Perbandaran Kangar
LKAN 2014 Siri 3 – Pengurusan Bakau Jaya Development Sdn. Bhd.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
3 17 November 2016 LKAN 2014 Siri 3 – Pengurusan Harta Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
4 23 Mac 2017
LKAN 2015 Siri 1 – Pengurusan Kuota Bumiputera Bagi Projek Perumahan Swasta
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis
LKAN 2015 Siri 1 – Pengurusan Rumpun Teras Sdn. Bhd.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Sumber: Jabatan Audit Negara
PENUTUP
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 59
PENUTUP
Pada umumnya, tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan
Negeri dan Agensi Negeri bagi tahun 2016 adalah baik. Bagaimanapun, kedudukan
kewangan Kerajaan Negeri pada 31 Disember 2016 adalah kurang memuaskan
berbanding tahun sebelumnya. Prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan juga pada tahap kurang memuaskan. Manakala prestasi
pelaksanaan projek RMKe-11 pada tahun 2016 adalah amat baik kerana 99.4% projek
telah siap dilaksanakan dan mengikut jadual. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri masih
boleh dimantapkan lagi dan disyorkan tindakan penambahbaikan seperti berikut:
a. Kerajaan Negeri disaran meneruskan usaha mengamalkan perbelanjaan secara
berhemat, mengurangkan tunggakan hasil/ Pinjaman Boleh Dituntut dan membuat
bayaran balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan supaya kedudukan
kewangan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. Projek pembangunan
hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi
meningkatkan kemakmuran Negeri dan kesejahteraan rakyat.
b. Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu mempertingkatkan penglibatan secara hands on
dalam urusan kewangan. Sistem check and balance perlu diwujudkan, mengadakan
pemantauan secara berterusan, spot check dan penilaian secara berkala terhadap
kerja yang dilaksanakan oleh pegawai termasuk memberi latihan untuk
meningkatkan kemahiran dan keupayaan pegawai.
c. Jabatan/Agensi perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam
(UAD). Antaranya dengan memastikan anggota UAD mendapat latihan dan
bimbingan yang secukupnya, menyediakan perancangan audit tahunan supaya
pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, penilaian dibuat secara
objektif dan bebas, bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman,
malahan pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi, melaporkan penemuan yang
signifikan serta mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi.
JABATAN AUDIT NEGARA
Putrajaya
11 Oktober 2017
LAmPIRAN
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 63
Lampiran I
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 63
LampiraLirLan I
Lampiran I
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 64
Lampiran II
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 65
Lampiran III
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 66
Lampiran IV
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 67
Lampiran V
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 68
Lampiran VI
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 69
Lampiran VII
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 70
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 71
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 72
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 73
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 74
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 75
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 76
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 77
LKAN PENYATA KEWANGAN NEGERI PERLIS 2016 | 78
DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2017www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721
JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI
NEGERI KELANTAN
LAPORANKETUAAUDITNEGARA 2016