PEMIKIRAN KETATANEGARAAN DALAM NASIHAT AL-MULUK KARYA IMAM AL-GHAZALI Oleh : Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak Sarjana Pendidikan ( Kesusasteraan Melayu ) 1.0. PENDAHULUAN Genre ketatanegaraan merupakan sekumpulan karya yang dihasilkan oleh para penulis istana Melayu dengan tujuan untuk memberikan panduan tentang tatacara pemerintahan kepada raja-raja dan pembesar negara. Secara umumnya, ciri- ciri karya ketatanegaraan tersebut menyamai ciri-ciri kayra yang umumnya dikenali sebagai “ Mirror For Princes ” dalam tradisi kesusasteraan Islam. ( Jelani Harun, 2006:xiii ). Menurut Abu Sham ( Majlis Peperiksaan Malaysia, 2010:215 ), kesusasteraan ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan tentang petunjuk, panduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasuk raja dan pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang, dan ulama dalam urusan dan pentadbiran sesebuah Negara. Unsur sejarah terdapat dalam karya ini tetapi tidak menjadi teras kepada 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PEMIKIRAN KETATANEGARAAN DALAM NASIHAT AL-MULUK KARYA IMAM AL-GHAZALI
Oleh :Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak
Sarjana Pendidikan ( Kesusasteraan Melayu )
1.0. PENDAHULUAN
Genre ketatanegaraan merupakan sekumpulan karya yang dihasilkan oleh para penulis
istana Melayu dengan tujuan untuk memberikan panduan tentang tatacara pemerintahan
kepada raja-raja dan pembesar negara. Secara umumnya, ciri-ciri karya ketatanegaraan
tersebut menyamai ciri-ciri kayra yang umumnya dikenali sebagai “ Mirror For Princes ”
dalam tradisi kesusasteraan Islam. ( Jelani Harun, 2006:xiii ).
Menurut Abu Sham ( Majlis Peperiksaan Malaysia, 2010:215 ), kesusasteraan
ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan tentang
petunjuk, panduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasuk raja dan
pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang, dan ulama
dalam urusan dan pentadbiran sesebuah Negara. Unsur sejarah terdapat dalam karya ini
tetapi tidak menjadi teras kepada perbincangan yang dititikberatkan. Dalam karya seperti
ini terdapat penerangan secara naratif cara mentadbir sesebuah negeri dengan
berdasarkan conton raja-raja zaman dahulu, khusunya raja-raja Timur Tengah sama ada
beragama Islam mahupun bukan yang beragama Islam. Selain naratif tentang raja-raja,
terdapat juga naratif tentang Khalifah al-Rasyidin terutamanya tentang Umar al-Khatab.
Kesemua genre karya ketatanegaraan Melayu tradisional berteraskan Islam.
1
2.0. SASTERA KETATANEGARAAN
http://suakmenerung.blogspot.com menjelaskan sastera ketatanegaraan adalah Karya
yang menjadi petunjuk kapada olongan raja-raja dari segi mentadbirkan negara.
Kandungan kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif ( cerita ) cara
mentadbirkan sesuatu negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu kala
khususnya raja-raja dari Timur Tengah.
http://www.majlisilmu.org.bn menjelaskan Karya ketatanegaraan mengandungi
berbagai-bagai panduan dan nasihat kepada raja dan para pembesar dalam melaksanakan
tugas pemerintahan negara mengikut lunaslunas yang dikehendaki dalam agama
berperanan sebagai manual tentang adab tatacara pemerintahan kepada raja-raja.
Tumpuan pengarang lebih kepada pembentukan sahsiah dalaman seseorang raja, tentang
bagaimana mereka membentuk keperibadian yang selaras dengan tugas selaku pemimpin
atau ketua negara. Aspek pembentukan sahsiah dalaman ini meliputi sama kepentingan
bagi raja-raja memiliki integriti diri yang kukuh, yang sentiasa mendahulukan kebaikan,
kebenaran, keikhlasan dan nilai-nilai murni dalam segenap urusan pemerintahan. Lebih
penting daripada itu, karya ketatanegaraan Melayu turut berperanan dalam menanam
persepsi Islam tentang kedudukan, peranan dan adab seseorang pemimpin dalam sebuah
negara dengan segala syarat dan peraturannya, kebaikan dan keburukannya, pembalasan
pahala dan dosanya. Kedudukan selaku ketua atau pemimpin bagi sesebuah negara
mempunyai banyak keistimewaan, tetapi tidak kurang juga dengan berbagai-bagai syarat
dan batasannya. Kekuatan karya ketatanegaraan banyak bergantung kepada
pengarangnya yang terdiri daripada golongan raja-raja atau penasihat sultan atau
pembesar yang mempunyai kedudukan tertentu di istana. Sebahagian daripada mereka
viii. Seseorang menteri akan dipandang mulia kerana kebijaksanaannya, memahami
kehendak rakyat, tidak tamak harta dunia. Menteri mestilah seorang yang adil dan
tidak melakukan kezaliman dengan membunuh orang yang tidak berdosa,
merampas harta yang dipusakai oleh rakyat sebaiknya mereka menjaga kebajikan
rakyat agar mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.
16
ix. Seorang yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam menjalankan
amanah yang ditugaskan kepadanya.
x. Seorang raja tidak boleh menyerahkan tugas mentadbir negara kepada seorang
menteri yang tidak mahir dalam mentadbir negara, jika diserahkan juga tugas
tersebut akan menyebabkan kerajaan menjadi huru-hara.
Nasihat al-Muluk mengisahkan tentang kepatuhan rakyat kepada raja. Dalam
sesebuah negara, kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada raja berkaitan dengan keadilan
dan keprihatinan raja terhadap pentadbirannya. Keadilan dan kepatuhan rakyat terhadap
raja banyak diperkatakan dalam teks Nasihat al-Muluk. Contohnya nasihat yang
disampaikan oleh Wazir Yunan melalui sepucuk surat kepada Raja Anursyarwan.
Kepatuhan rakyat kepada raja disebabkan beberapa sebab seperti perasaan takut atau
perasaan hormat terhadapnya.
Nasihat al-Muluk banyak menceritakan tentang kepatuhan rakyat terhadap
rajanya. Dalam keadaan tertentu, adab bersama raja amat dititikberatkan yang bertujuan
untuk melahirkan perasaan hormat dan patuh. Jika rakyat tidak patuh dan bersikap kurang
sopan, hamba tersebut akan menerima padahnya seperti yang dikatakan oleh Sufyan al-
Thawri.
Ilmu, akal dan budaya turut dibicarakan dalam Nasihat al-Muluk.
Bauran ilmu dalam Nasihat al-Muluk banyak memperkatakan tentang peranan alim
ulama dalam mentadbir negara. Kealpaan ulama memberikan nasihat dan panduan
menyebabkan negara mengalami kerosakan. Ulama berperanan besar dalam pentadbiran
seperti kata Ali ibn Abi Talib.
17
Nasihat al-Muluk turut menyinggung berkenaan perhubungan diplomatik dan
kepentingan penghantaran surat atau utusan negara. Imam al-Gahazali memberikan
nasihat agar surat yang ditulis dapat memberikan pengajaran dan panduan kepada
seseorang raja dan boleh dirujuk kembali. Hasil penulisan merupakan lambang
keagungan atau cerminan kehidupan masyarakat lampau serta memberikan teladan
kepada generasi selepasnya. Ilmu pengetahuan dipandang tinggi Islam.
Nasihat al-Muluk telah memberikan panduan dengan jelas adab-adab dalam
menulis surat seperti menggunakan tulisan yang jelas, kalam yang runcing, khat yang
baik serta pemilihan kata dan bahasa yang baik. Contoh surat yang ditulis oleh Abdullah
ibn Rafi’ bagi pihak Khalifah Ali ibn Abi Talib A.S. Surat-surat yang ditulis kerajaan
dihantar secara rasmi dan dimuliakan dengan beberapa tanda atau mohor seperti
penggunaan cincin yang bertanda LailahaillAllah S.W.T Muhammadar Rasullulah. Surat
yang diterima dari negara lain akan dibaca dengan segera. Surat yang rasmi yang ditulis
dengan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan tepat.
Ilmu adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu itu berfungsi sebagai
alat perhubungan manusia dan cerminan hidup bermasyarakat. Ilmu dan pedang cukup
sinonim dalam sesebuah masyarakat pada suatu masa dahulu. Seorang yang tiada berilmu
pengetahuan dan kemahiran berpedang dipandang rendah oleh masyarakat. Pada masa
dahulu kalam digunakan sebagai salah satu perantaraan dalam merekod pelbagai perkara
seperti mencari sumber alam, perubahan musim, astronomi dan perniagaan.
Bauran ilmu yang terdapat dalam Nasihat al-Muluk banyak memaparkan
kesukaan raja dan pembesar yang sentiasa mencintai majlis ilmu. Contohnya
perbincangan ilmu mengenai peranan akal semasa pemerintahan Khalifah Ma’mun. Dari
18
segi sosial, kedudukan seorang yang berilmu akan dipandang tinggi dan dihormati oleh
masyarakat. Bagaimanapun jika orang yang berilmu mencintai dunia dan perutnya,
dirinya dipandang hina oleh masyarakat. Manakala manusia yang tidak berakal dan
berilmu dipinggirkan masyarakat dan ini berbeza bagi yang berakal, berilmu dan sentiasa
berbuat kebaikan serta mematuhi suruhan Allah S.W.T. Ilmu berupaya memandu akal ke
arah kebaikan, mentaati Allah S.W.T dan menjauhi diri dari melakukan kejahatan. Akal
dapat membezakan seorang yang beriman dengan orang yang jahil, bertuankan nafsu,
bermegah-megah, zalim dan sentiasa menjauhi kebaikan. Kedudukan akal dalam Islam
dapat mengangkat kedudukan dan kemuliaan seseorang dalam masyarakat berbanding
mereka yang jahil. Diam seorang yang berilmu adalah lebih baik berbanding dengan
percakapan seorang yang jahil.
Kelebihan orang yang berilmu menyebabkan dirinya dihormati, dipandang tinggi
melebihi daripada menghormati orang tua kerana ilmu yang ada padanya dapat mengelak
dirinya dari neraka dan menghampirkan diri dengan syurga. Nasihat al-Muluk
mengalakkan proses pencarian ilmu dan sentiasa bersabar. Kesabaran adalah ilmu atau
kemuliaan menuju ke arah kebaikan, menyelamatkan akidah, memperolehi manfaat
darinya, serta mengajari dan memberikan nasihat kepada orang lain.
Nasihat al-Muluk ada membincangkan tentang kepentingan hukuma.
Naskah Nasihat al-Muluk pada fasa ini banyak membicarakan tentang hukuma atau
peraturan / wasiat yang ditinggalkan oleh orang yang terdahulu sebagai panduan kepada
rakyat atau raja bagi sesebuah negara.
19
Panduan atau peraturan yang dibincangkan berkaitan dengan kehidupan seharian
seperti hubungan manusia dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T, hubungan sesama
manusia, bermasyarakat dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Antara panduan yang diberikan berdasarkan Nasihat al-Muluk adalah panduan
menjaga kesihatan mata, hendaklah sentiasa melihat sesuatu yang berwarna hijau, air
yang mengalir, minum minuman yang hening dan melihat wajah manusia yang tenang.
Bagi mengelak dari terkena penyakit, hendaklah mengurangkan mengambil makanan
masin, mandi dengan air panas, melihat matahari yang terik dan melihat musuh.
Selain itu, terdapat beberapa pekara yang akan melemahkan anggota badan seperti
banyak memakan daging, banyak berjimak dan tidur selepas waktu isyak. Empat pekara
yang akan menyihatkan badan seseorang ialah makan pada masanya, tidak berlebihan dan
tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.
Nasihat al-Muluk ada juga mengisahkan tentang kewanitaan. Nasihat al-Muluk
telah memberikan beberapa contoh dan panduan kepada raja dan marhain untuk memilih
isteri. Terdapat banyak panduan diberikan untuk menilai seorang perempuan yang baik
untuk dijadikan isteri. Bagaimanapun, Nasihat al-Muluk telah menyarankan agar
perempuan yang dipilih itu mestilah berdasarkan kepada agamanya, bukan kepada paras
rupa, harta dan nafsu. Melalui agama, isteri tersebut akan taat pada suaminya dan
merupakan dinding kepada api neraka. Selain itu, Nasihat al-Muluk turut memberikan
nasihat kepada raja yang memerintah tentang kebaikan dan keburukan perempuan.
Banyak kerajaan di dunia yang runtuh kerana seorang perempuan. Kealpaan dan sikap
yang suka berpoya-poya menyebabkan negara menjadi huru hara dan menimbulkan
perasaan benci rakyat terhadap raja.
20
Nasihat al-Muluk telah membincangkan sepuluh sifat perempuan adalah seperti
binatang iaitu babi, kera, anjing, ular, baghal, kala, tikus, burung, luak dan kambing.
Sifat perempuan yang pertama iaitu seperti babi, hanya memikirkan tentang
makan dan minum tanpa memikirkan peranan dan tangjungjawab mereka kepada agama,
keluarga dan bangsa.
Kedua yang berperangai seperti kera, iaitu berkenaan dengan sikap perempuan
amat menyukai segala barangan perhiasan seperti emas dan perak, suka bermegah-megah
terhadap orang lain dan menggunakan kedudukan suaminya tanpa memikirkan kesannya.
Ketiga pula perempuan yang mempunyai sifat seperti anjing, perempuan yang
tidak mempunyai sikap hormat terhadap suaminya. Perempuan ini digambarkan sebagai
seorang yang suka memarahi dan sentiasa bertengkar dengan suamiinya apabila
kehendaknya tidak dipenuhi dan sebaliknya akan memuji apabila dirinya dilumuri dengan
intan, emas dan permata. Perempuan seperti anjing seorang yang suka bermuka-muka
untuk mendapatkan sesuatu.
Sikap perempuan seperti baghal pula, merujuk pemikiran yang lemah. Apabila
seorang isteri dimarahi dan ditegur oleh suaminya, terus melarikan diri dari rumah dan
tidak mahu lagi kembali.
Perempuan yang mempunyai sikap seperti kala, perempuan yang suka membuat
fitnah dan mengadu domba sesama jiran menyebabkan jiran berseteru, dengki-mendengki
dan bergaduh tanpa perasaan takut terhadap azab yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Perempuan yang berperangai seperti tikus, perempuan yang suka mengambil dan
mencuri barangan suaminya dan kemudian disembunyikan ketempat lain atau
memberikan kepada saudara maranya tanpa pengetahuan suaminya.
21
Perempuan yang berperangai seperti burung, merujuk kepada perempuan yang
mengabaikan keluarganya dan menjaja kehidupan keluarganya kepada orang lain pada
siang hari dengan mempersoalkan tanggungjawab dan kasih sayang suaminya terhadap
dirinya.
Perempuan yang berperangai seperti luak, berkaitan dengan sifat perempuan yag
suka memaki suaminya apabila berada di rumah dan berpura-pura sakit. Sedangkan
semasa peninggalan suaminya semua berada dalam keadaan elok dan yang terakhir
perempuan yang berperangai seperti kambing, bersifat pengasih, salih dan mentaati suami
dan Allah S.W.T. Perempuan sebegini memberikan keberkatan kepada keluarga.
Nasihat al-Muluk banyak memberikan panduan kepada pemerintah dan
masyarakat dalam memilih perempuan sebagai pasangan hidup dan perhubungan sesama
manusia. Perhubungan yang terjalin mestilah berdasarkan hukum syarak dan diredhai
Allah S.W.T. Perempuan yang dianjurkan dalam Islam sentiasa sabar, rajin, menjaga
maruah suami, redha dengan takdir Ilahi dan sentiasa mentaati suami dan Allah S.W.T.
Diceritakan juga bagaimana seorang perempuan yang bertaqwa dapat mengembalikan
seorang lelaki yang sesat ke jalan Allah S.W.T dan kisah Raja Kasyru dan bersama isteri
yang bernama Syirin berhajat mahu makan ikan. Kebijaksanaan isteri Raja Kasyru dan
Pengail menyebabkan Raja Kasyru menjadi seorang yang pemurah.
22
5.0. KESIMPULAN
Nasihat al-Muluk merupakan satu sumbangan besar al-Ghazali dalam dunia
kesusasteraan. Melalui teks tersebut, tergambar beberapa prinsip dan pandangan asas al-
Ghazali tetang sistem sosial dan politik Negara Islam. Terjemahan Nasihat al-Muluk ke
dalam bahasa Melayu pula merupakan suatu bukti kukuh tetang minat awal masyarakat
Melayu terhadap penulisan adab yang memberi nasihat kepada pemerintah, sekaligus
terhadap pemikiran sosial dan politik al-Ghazali. Terjemahan Melayu Nasihat al-Muluk
berdasar karya Imam al-Ghazali dengan jelas menunjukkan betapa pemikiran ilmuwan
besar Islam itu tentang hal ketatanegaraan berpengaruh di Dunia Melayu sejak abad ke-
16 dan ke-17 lagi.
Nasihat al-Muluk yang dikarang oleh Imam al-Ghazali merupakan panduan
kepada raja dalam mentadbir negara berdasarkan himpunan cerita-cerita yang dikutip dan
diolah dari zaman sebelum dan selepas Islam. Keupayaan Imam al-Ghazali
mengabungkan tanggungjawab raja, menteri, ilmu, akal dan wanita menjadikannya
sebagai salah sebuah karya yang dapat menuntun raja mnjadi seorang pemimpin yang
baik.
23
6.0. BIBLIOGRAFI
BUKU
Harun Mat Piah, Siti Hawa Salleh, Abdul Rahman Kaeh, Ismail Hamid, Abu Hassan Sham, Jamilah Haji Ahmad,. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun. (2006). Nasihat Al-Muluk:Nasihat Kepada Raja-raja:Karangan Imam Al-Ghazali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majlis Peperiksaan Malaysia. (2010). Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMAN SESAWANG / LAMAN BLOG
http://aduweh.blogspot.com/2009/08/pemikiran-ketatanegaraan-dalam-teks.html. diperoleh pada 21 Ogos 2010.
http://aduweh.blogspot.com/2009/08/pemikiran-ketatanegaraan-dalam-teks.html.diperoleh pada 21 Ogos 2010.
http://kencanamerana.blogspot.com/2009/10/sastera-ketatanegaraan-sastera-adab.html. diperoleh pada 21 Ogos 2010.
http://suakmenerung.blogspot.com/2009/05/sastera-ketatanegaraan.html.diperoleh pada 21 Ogos 2010.
http://www.majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/7.Prof%20Madya%20Dr.Jelani%20Harun/KERTAS%20KERJA%20SASTERA%20MELAYU%20%20NILAI%20DAN%20ETIKA.pdf. diperoleh pada 21 Ogos 2010.