Nasihat untuk Pesakit yang ada Jangkitan Pernafasan (dengan
demam, batuk, dan simptom seperti flu)
Untuk perjalanan pulang dari klinik selepas anda berjumpa
doktor:• Elakkan daripada menaiki pengangkutan awam, untuk
mengurangkan sebarang kemungkinan risiko penyebaran;• Harap gunakan
pengangkutan peribadi anda sendiri atau teksi/kereta sewa
privet.
- Jika anda seorang penumpang, harap pakai pelitup dan duduk
bersendirian di tempat duduk belakang. Tingkap kereta perlu
diturunkan dan alat hawa dingin perlu dimatikan. Sila dapatkan
resit daripada teksi/kereta sewa privet untuk perjalanan itu, dan
simpan resit selama 30 hari untuk tujuan pengesanan orang
berhubungan.
Kunjungi www.moh.gov.sg/covid-19 untuk mendapatkan maklumat
terkini mengenai keadaan tempatan
Duduk di rumah selama tempoh MC andaMenurut undang-undang, anda
dikehendaki supaya duduk di rumah selama 5 hari pertama MC yang
dikeluarkan untuk tempoh penyakit ini. Jika MC anda telah
dilanjutkan melebihi 5 hari, anda harus terus duduk di rumah selama
tempoh MC anda.
Anda hanya harus meninggalkan rumah anda jika anda perlu
mendapatkan rawatan perubatan.
Orang yang tidak patuh boleh didenda sehingga $10,000, atau
dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, di bawah Akta
Penyakit Berjangkit.
Anda dinasihatkan supaya pergi ke klinik GP dalam jarak berjalan
kaki dari rumah anda untuk mengurangkan keperluan menaiki
pengangkutan
Maklumat Hubungan Penting
Anda harus:• Elakkan hubungan rapat dengan sesiapa kecuali
pegawai kesihatan dan pegawai polis;• Tinggal di bilik berasingan
di rumah jika boleh, sebaik-baiknya dengan bilik mandi
tersendiri untuk mengurangkan interaksi dengan anggota isi rumah
yang lain. Sekiranya anda menggunakan bilik mandi yang dikongsi
bersama orang lain, permukaan yang anda sentuh harus dilap sebelum
dan selepas digunakan;
• Kurangkan hubungan dengan anggota isi rumah anda, terutama
orang tua, sehingga anda sihat, contohnya elakkan makan
bersama;
• Pastikan kebersihan diri yang baik, termasuk mencuci tangan
dengan sabun dan air dengan kerap; elakkan menyentuh mata, hidung
dan mulut anda; tutup mulut anda apabila batuk atau bersin dan
sebagainya;
• Elakkan berkongsi sebarang makanan, pinggan mangkuk, perkakas
dan barang-barang kebersihan peribadi lain;
• Makan ubat-ubatan yang diberikan kepada anda (jika ada); •
Minum cecair secukupnya; • Teruskan memantau suhu dan simptom anda
di rumah;• (Sekiranya anda ada janji temu perubatan yang telah
diatur sebelum ini) Hubungi
penyedia penjagaan kesihatan anda dan beritahu mereka bahawa
anda sedang menjalani MC supaya mereka boleh menasihati jikalau
janji temu itu harus dijadualkan semula.
Apa yang perlu anda lakukan jika simptom anda semakin teruk
dan/atau memerlukan bantuan perubatan atau bantuan lain: Jika
simptom anda bertambah teruk, contohnya:• Demam - atau demam
semakin teruk (suhu ≥ 38°C) • Sesak nafasHarap lakukan perkara
berikut: • Pakai pelitup muka;• Naik pengangkutan peribadi anda
sendiri (dengan tingkap diturunkan) ke klinik sama yang
telah anda kunjungi untuk berjumpa doktor sebelum itu; • Jangan
gunakan pengangkutan awam seperti MRT atau bas; • Dalam keadaan
kecemasan, sila hubungi 995 untuk mendapatkan ambulans, dan
beritahu operator ambulans mengenai simptom pernafasan dan
sejarah perjalanan anda.Anda boleh menggunakan khidmat penghantaran
ke rumah atau mendapatkan bantuan orang lain untuk keperluan harian
anda. Sekiranya anda memerlukan pertolongan semasa tempoh MC, anda
boleh menghubungi Persatuan Rakyat (PA) di talian 6225 5322.
Kunjungi www.moh.gov.sg/covid-19 untuk mendapatkan maklumat
terkini mengenai keadaan tempatan