1.0 Nama tadika Nama Tadika permata genius dipilih kerana keunikan kanak-kanak kecil ini demi membentuk mereka menjadi kanak-kanak yang cerdik akalnya, indah seperti permata akhlak dan pekertinya. Nama ini juga dipilih dengan harapan agar kami dapat melahirkan kanak-kanak yang bersinar dan berjaya menambat hati dan mengagumi ibubapa mereka seperti indahnya permata. Tadika juga memberi peluang kepada kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti sejajar dengan perkembangan pendidikan Negara pada masa kini. Selain akademik tadika ini amat mengutamakan pendidikan agama,akhlak dan sahsiah diri kanak- kanak agar kanak-kanak yang dihasilkan bukan sahaja cerdik akal dan indah akhlaknya agar dapat menjadi warganegara yang mampu berdaya saing diluar dan bertanggujawab kepada ibubapa, masyarakat dan negara. 2.0 Rasional penubuhan Rasional penubuhan Tadika permata ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak . Selain dari hasrat dan cita-cita Tadika Permata genius ingin membina sebuah tadika yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri dan ketrampilan .Tadika permata genius juga berhasrat dari segi pembelajaran memberi kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas dan berkembang dengan kreatif dan inovatif. Tadika ini juga ingin melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak. Penubuhan Tadika ini adalah bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak 3.0 Matlamat Matlamat tadika permata genius adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali sebagai 4M. Selain itu, memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai medium awal bagi memberikan kanak-kanak peluang, keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Nama tadika Nama Tadika permata genius dipilih kerana keunikan kanak-kanak kecil ini demi membentuk
mereka menjadi kanak-kanak yang cerdik akalnya, indah seperti permata akhlak dan
pekertinya. Nama ini juga dipilih dengan harapan agar kami dapat melahirkan kanak-kanak
yang bersinar dan berjaya menambat hati dan mengagumi ibubapa mereka seperti indahnya
permata. Tadika juga memberi peluang kepada kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal
yang berkualiti sejajar dengan perkembangan pendidikan Negara pada masa kini. Selain
akademik tadika ini amat mengutamakan pendidikan agama,akhlak dan sahsiah diri kanak-
kanak agar kanak-kanak yang dihasilkan bukan sahaja cerdik akal dan indah akhlaknya
agar dapat menjadi warganegara yang mampu berdaya saing diluar dan bertanggujawab
kepada ibubapa, masyarakat dan negara.
2.0 Rasional penubuhan
Rasional penubuhan Tadika permata ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat
setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak . Selain dari hasrat dan cita-cita
Tadika Permata genius ingin membina sebuah tadika yang mampu melahirkan kanak-kanak
yang mempunyai jati diri dan ketrampilan .Tadika permata genius juga berhasrat dari segi
pembelajaran memberi kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas dan
berkembang dengan kreatif dan inovatif. Tadika ini juga ingin melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran kanak-kanak. Penubuhan Tadika ini adalah bertujuan untuk membantu ibu
bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.Suasana
yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan
akhlak
3.0 Matlamat Matlamat tadika permata genius adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid dalam aspek
perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial.
Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca, menulis dan menaakul.
Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali
sebagai 4M. Selain itu, memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting
kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai medium awal bagi memberikan kanak-kanak
peluang, keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah
seterusnya memasuki tahun 1.
3.0 Visi
Menyediakan satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif (bersepadu) dan
efisyen bagi merealisasikan matlamat membentuk pelajar cemerlang, gemilang dan
terbilang.
4.0 Misi
Pengurusan tadika yang berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan
pelajar yang mempunyai berbudi pekerti, kecermelangan ilmu, penyayang dan bersahsiah
bagi melahirkan bakal pemimpin, ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang. Berusaha
menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang mampu membangun serta
membina modal insan yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia, fizikal yang sihat,
emosi yang stabil, berketrampilan, berdisiplin, bertanggungjawab dan bermotivasi melalui
komitmen dan iltizam semua guru, kakitangan dan mendapat sokongan padu daripada ibu
bapa dan masyarakat.
5.0 Lokasi tadika
Lokasi tadika ini adalah terletak di taman perumahan teres kos sederhana. Tapak bangunan
tadika ini ialah rumah berkembar ( semi D ) beralamat di No. 46, lorong seberang 11, Taman
pinang seberang. 34600 Kamunting. Saya memilih lokasi ini kerana ia adalah kawasan
perumahan yang baru diduduki pada tahun 2010. Kawasan ini mempunyai kepadatan
pendudukan lebih kurang 2 ribu orang. Kebanyakkan penduduk kawasan perumahan ini
terdiri daripada kakitangan awam seperti angkatan tentera, jururawat dan guru sekitar umur
20 an. Terdapat juga pekerja swasta disini. Dari pemerhatian saya dapati ramai penduduk
disini mempunyai anak-kanak kecil sekitar umur 1-8 tahun. Ini adalah tempat yang sesuai
untuk saya membuka tadika untuk menampung keperluan kanak-kanak disini.
Gambar 1 : Lokasi Tadika iaitu bangunan rumah berkembar yang mempunyai tanah di
tepinya
Rajah 2 : Mempunyai jalan yang luas untuk ibubapa menghantar anak mereka
Gambar 3 : Terletak berhampiran dengan Taman Permainan kanak-kanak
Gambar bertanda A merupakan lokasi bangunan Tadika Permata Genius
6.0 Carta organisasi
Guru 1 Guru 2
Tukang masak Pembantu Guru Pembantu Guru
Pengurus Tadika
7.0 BIDANG TUGAS
BIL JAWATAN BIDANG TUGAS
1 Pengurus
tadika
1. Pengetahuan mengenai bidang pendidikan awal kanak-
kanak.dan merancang program serta membimbing
kakaitangan di bawahnya.
2. Arif tentang bidang dan tanggungjawab mengenai tugas dan
tanggujawab dirinya dan kakitangannya.
3. Cekap dan fleksibel dalam membuat keputusan
4. .Pandai merancang secara sistematik terhadap apa jua yang
harus dilakukan oleh dirinya dan pekerjanya.
5. Mempunyai kepercayaan terhadap pekerjanya dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing
tetapi harus menjalankan pemantauan agar tugas yang
dijalankan tidak tersasar dari objektif sebenar sesebuah
pusat.
6. Boleh berkomunikasi dengan baik.
7. Memenuhi kehendak. kehendak ibu bapa sebagai
pelanggannya dan mengamalkan petua “pelanggan sentiasa
di pihak yang benar”. dan berusaha menjamin keselamatan
dan kegembiraan kanak-kanak yang berada di bawah
jagaannya.
8. Peka dengan hal ehwal semasa. dengan perubahan dari
segi perundangan dan tren yang berlaku dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak agar program yang
dilaksanakan tidak akan ketinggalan.
9. Melatih dan membimbing kakitangan di bawahnya. agar
sentiasa cemerlang bagi menjamin kualiti sesebuah pusat.
10. Menyediakan Sistem pengrekodan. dalam pelbagai
bahagian baik dari segi akademik mahupun pengurusan.
11. Melantik kakitangan. dan juga membuang kakitangan jika
perlu.
12. Menyediakan bajet bagi pusat.
2 Guru 1. Mengadakan dan mengekalkan persekitaran yang selamat.
Bertanggungjawab terhadap perhiasan kelas dan
persekitaran yang menggalakkan pembelajaran. Bersikap
adil pembahagian tugas menyelengara bilik darjah bagi
setiap staf di bawahnya. Mengalakkan corak pemakanan
yang sihat.
2. Menyokong perkembangan kognitif dan fizikal.
3. Menyokong perkembangan sosial, emosi dan memberikan
kanak-kanak bimbingan yang positif.
4. Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa,
menganggap ibubapa sebagai rakan kongsi dalam mendidik
dan membangunkan kanak-kanak.
5. Memastikan program berjalan lancar.
6. Komitmen kepada Profession.
3 Pembantu
Guru
1. Menyokong perkembangan sosial, emosi dan memberikan
kanak-kanak bimbingan yang positif.
Membantu dalam memastikan persekitaran selamat
di mana kanak-kanak dalam keadaan bersih,
selamat, serta persekitaran yang kondusif bagi P&P
berlaku.
Membantu guru menghias bilik darjah dan
mengadakan persekitaran yang merangsang
pembelajaran.
Membantu mengemas dan membersihkan bilik
darjah.
Menggalakkan tatasusila makan, serta pemakanan
yang seimbang.
Mengetuai jika guru tidak hadir.
Menghormati kanak-kanak dan rakan sekerja.
Menghormati budaya dan latarbelakang sosial
ekonomi kanak-kanak.
Membantu kanak-kanak menyedari bahawa dia
adalah sebahagian daripada kumpulannya.
2. Menyokong perkembangan kognitif dan fizikal
Berinteraksi dengan kanak-kanak secara wajar
mengikut tahap perkembangan mereka.
Kebolehan untuk mengawal bilik darjah secara
pengalihan perhatian yang positif, menyelesaikan
masalah, mengadakan had-had yang bersesuaian
dan menjadi pendengar yang baik.
Membantu guru dalam perlaksanaan P&P.
3. Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa dan
pelajar
Meyalurkan pendapat dan komen ibu bapa kepada
guru dan/atau guru besar.
Menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan
kanak-kanak kepada guru.
Sambut dengan mesra kedatangan kanak-kanak dan
keluarganya setiap hari.
Pulangkan kanak-kanak kepada penjaganya dengan
selamat dan ceria.
3 Tukang masak 1. Menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut nutrisi
yang sesuai dengan kanak-kanak mengikut menu yang telah
ditetapkan.
2. Memastikan proses penyediaan makanan dilakukan dengan
bersih dan sihat.
8.0 POLISI TADIKA
8.1 Polisi dan prosedur pelajar dan ibu bapa
i. Pelajar hendaklah sentiasa memakai unifom dan tanda nama semasa hadir ke
tadika.
ii. Pelajar perlulah hadir ke tadika sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan.
iii. Segala barang peribadi pelajar seperti alat tulis, pakaian, bekal makanan dan
minuman hendaklah ditanda supaya ianya mudah dikenal pasti oleh pelajar.
iv. Jika pelajar tidak hadir ke tadika ibu bapa perlulah memberikan surat kepada pihak
tadika.
v. Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit hendaklah mengambil cuti sakit dan tidak
dibenarkan ke tadika sehinggalah sembuh
vi. Ibubapa hendaklah menghantar dan mengambil anak mereka dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Jika lewat ibu bapa perlu menghubungi atau memberitahu pihak
tadika di atas sebarang kelewatan.
vii. Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan tadika sewenang-wenangnya pada
waktu persekolahan.
viii. Ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka.
ix. Ibu bapa tidak boleh membunyikan hon sewenang-wenangnya ketika berada di
hadapan tadika.
8.2 Polisi dan prosedur bayaran yuran
i. Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan yang ditetapkan ini adalah sah
hingga 31 Disember pada tahun semasa sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut
pihak pengurusan boleh membuat sebarang perubahan kadar bayaran (jika difikirkan
perlu
ii. Jumlah yuran bulanan yuran bagi tadika adalah selama 11 bulan iaitu Januari hingga
November. RM399.00 X 11 bulan =RM4389
iii. Pada bulan Disember tiada bayaran tadika yang dikenakan.
iv. Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar tidak
penuh pada bulan tersebut.
v. Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibu bapa/penjaga sebagai bukti
bayaran.
vi. Sila pastikan ibu bapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk sebarang
bayaran yang dibuat.
8.3 Polisi dan prosedur cuti dan tatatertib.
i. Cuti penggal tadika dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama seperti yang
ditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia iaitu seperti sekolah kebangsaan.
ii. Cuti umum/pelepasan am adalah sama seperti cuti umum persekutuan dan kerajaan
negeri
iii. Pelajar dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang berbahaya ke
tadika
iv. Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas. Manakala pelajar
perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas rambutnya terutama
semasa menjalankan aktiviti sukan.
v. Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan tadika tidak dibenarkan di bawa pulang
oleh pelajar tanpa kebenaran terlebih dahulu.
8.4 Polisi dan prosedur kakitangan
i. Kebajikan guru tadika adalah KWSP,cuti bersalin untuk guru perempuan dan insurans.
ii. Terdapat juga elaun perubatan, menyalurkan bantuan kepada guru-guru yang
kematian dan melancarkan kutipan derma untuk guru-guru yang kematian keluarga
terdekat atau menghadapi masalah kewangan.
iii. Selain itu, pihak tadika juga mendorong guru tadika mahupun pembantu tadika
menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke
semasa supaya boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan diri sendiri.
9.0 STRATEGI PEMASARAN
Alat promsi yang digunakan oleh Tadika Permata Genius ialah pengiklanan. Kos yang
diperuntukan untuk pengiklanan adalah berjumlah RM5,000.00. Saluran utama yang
digunakan untuk pengiklanan adalah akan dipaparkan di media cetak seperti, ‘flyers‟,
bunting.
flayers.
Flayers adalah medium pengiklanan yang mudah dan murah. Flayer diedarkan pada setiap
rumah yang berhampiran dengan tadika ini.
Bunting/ banner
Salah satu kaedah pemasaran yang akan kami gunakan ialah dengan menggunakan
bunting /banner. Bunting ini diletakkan dipersimpangan jalan utama dan kawasan tumpuan
orang ramai seperti berhadapan dengan kedai-kedai yang berhampiran.
10.0 BUDGET PERMULAAN TADIKA PERMATA GENIUS
Modal permulaan sebanyak RM100,000 penubuhan Tadika Permata Genius adalah hasil
simpanan pengurus dan geran penubuhkan Tadika dari kerajaan. Selain itu, ada juga
pinjaman yang di buat melalui Bank sebanyak RM100,000 kerana untuk menampung
keperluan Tadika ini. Ini adalah anggaran belanjawan Permata Genius.
PERBELANJAAN
RM
PENDAPATAN
RM
Kos Ubahsuai Bangunan
Kemudahan Bilik Darjah
Kemudahan Alatan Mainan
Kemudahan Asas
Alat Tulis
Deposit Bangunan
Gaji Pekerja
Baju Uniform
Bayaran Pinjaman
Lain-Lain
Jumlah Perbelanjaan
30,000
15.000
15,000
30,000
2,000
1,500
10,000
2,000
1,300
10.000
116.800
Wang Simpanan
Pinjaman
Yuran Pendaftaran Awal
370x 30
Jumlah Pendapatan
Untung Bersih
50,00
100,00
11.100
161.10
44.300
11.0 KURIKULUM
Kurikulum yang digunakan oleh tadika ini mengikut garis panduan kurikulum prasekolah
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran iaitu Kurikulum Standard PraSekolah
Kebangsaan (KSPK) Kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia
untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Proses pengajaran
dan pembelajaran tadika ini berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan
Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua pelajar
terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat
menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah
semulajadi kanak-kanak.
TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Terdapat 6 tunjang utama dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (KSPK) iaitu :-
Bil. Tunjang Sub Tunjang 1. Komunikasi Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT)
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam Pendidikan Moral
3. Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi 4. Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Perkembangan Kreativiti 5. Sains dan Teknologi Awal Sains
Awal Matematik Penggunaan ICT
6. Kemanusiaan Kemanusiaan
Contoh pengajaran bertema tahunan
MINGGU TEMA 22 Kenderaan air
1 Minggu orientasi 23 Kenderaan udara
2 Diri saya 24 Hari sukan
3 Keluarga saya 25 Hari-hari istimewa
4 Rumah saya 26 Pekerjaan
5 Sekolah saya 27 Alam semula jadi
6 Perayaan Tahunan Baru Cina 28 Cuaca
7 Pakaian 29 Permainan dalam
8 Hari Raya Aidiladha 30 Permainan luar
9 Makanan 31 Tempat kediaman
10 Makanan berasaskan bijirin 32 Keselamatan
11 Makanan berasaskan haiwan 33 Sayangi alam sekitar
12 Makanan yang diproses 34 Angkasa lepas
13 Tumbuhan : bahagian tumbuhan 35 Masyarakat sedunia
14 Tumbuhan : sayur-sayuran 36 Hobi
15 Tumbuhan : Buah-buahan 37 kemudahan Awam
16 Tumbuhan : bunga 38 Pembinaan
17 Haiwan jinak 39 Kraft, keseniaan dan kebudayaan
18 Haiwan liar 40 Perayaan
19 Haiwan dalam air 41 Graduasi
20 Serangga 42 Persediaan transisi tahun 1
21 Kenderaan darat
22 Kenderaan air
SUBJEK TAMBAHAN
TUNJANG : KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI – PENDIDIKAN ISLAM
MATA PELAJARAN : Membaca Iqra
MATLAMAT :
Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf dan sebutannya dan
persediaan untuk membaca Al-Quran.
SUKATAN PELAJARAN :
Pembacaan menggunakan kaedah Iqra‟ dari Buku 1 – Buku 6.
PELAKSANAAN :
i. Murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru : murid
maksima 1 : 5.
ii. Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku Iqra‟ 1-6.
iii. Pembacaan dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6 mengikut
kemahiran.
iv. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau kemudahan
ICT. Tulisan-tulisan yang besar dan jelas digunakan.
v. Aktiviti-aktiviti menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan
„plastisin‟ bagi membentuk huruf-huruf.
ITEM PENILAIAN MURID
Bil. Perkara Catatan 1. Pemerhatian a) Tingkah laku.
b) Perbualan/Interaksi/Lisan. c) Hasil Kerja Murid.
2. Perekodan a) Senarai Semak. b) Rekod Anekdot. c) Rekod Berterusan.
3. Penyimpanan Maklumat Dalam Portfolio a) Rekod Peribadi. b) Rekod Kemajuan. c) Hasil Kerja.
JADUAL HARIAN TADIKA PERMATA GENIUS
HARI
MASA
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
7.30 – 8.00
Meyambut kedatangan kanak-kanak
Sarapan pagi
8.00 – 8.30 Perbualan pagi (circle time)
8.30 – 9.10 Permainan
Luar
Bahasa
Melayu
Permainan
Luar
Awal
Matematik
Bahasa
Melayu
9.10 – 10.10 Bahasa
Melayu
Pendidikan
Islam/ Moral
Basic
English
Pendidikan
Islam/ Moral Basic English
10.10-10.40 Rehat
10.30 – 11.10 Awal
Sains
Kreativiti
Dan Estetika
Pend. Sosio
Emosi Awal Sains Kemanusiaan
11.10 – 11.50 Kreativiti &
Estetika
Awal
Matematik
Teknologi
Ict
Kreativiti &
Estetika Awal Sains
11.50 – 12.00
Mengemas bilik darjah
Berbaris dan memberi ucapan selamat
Mendengar pesanan guru
Bacaan doa pulang dan bersalam dengan guru
12.00 – 1.30 Rehat dan makan tengahari bagi sesi kelas tambahan
1.30 – 2.30 Kelas Fardu Ain
2.30 – 3.00 Rehat
3.00 – 4.00 Kelas
Iqra
Kelas
Iqra
Kelas
Iqra
Kelas
Iqra
12.0 Menu Harian
Hari Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
Isnin
Susu
Coco Crunch
Nasi Goreng
Air Sunqiuck
Buah Tembikai
Horlicks
Roti Telur
Mee Sup
Air Putih
Buah Limau
Milo
Roti Jem
Kacang
Nasi Ayam
Air Rebina
Buah Epal
Susu
Sandwich Sardin
Bihun Goreng
Air Putih
Buah Lai
Selasa
Milo
Roti Jem Kacang
Bihun Sup
Air Putih
Pisang
Susu
Cornflakes
Nasi Ayam
Jus Oren
Buah Tembikai
Horlicks
Roti Ban
Mee Bandung
Air Putih
Buah Limau
Milo
Roti Telur
Nasi Tomato
Air Oren
Buah Anggur
Rabu
Susu
Cornflakes
Mee Hailam
Air Jagung
Epal
Milo
Sandwich
Sardin
Bihun Goreng
Air Rebina
Buah Pisang
Susu
Coco Crunch
Nasi Goreng
Air Oren
Buah Tembikai
Horlicks
Kiuh Muih
Mee Sup
Air Putih
Buah Epal
Khamis
Horlick
Sandwich Sardin
Nasi Tomato
Air Rebina
Lai
Susu
Roti Bun
Nasi Putih
Ayam Goreng
Sup Sayur
Air Oren
Buah Anggur
Milo
Sandwich Telur
Bihun Sup
Air Soya
Buah Epal
Susu
Coco Crunch
Kuetiaw Goreng
Air Jagung
Buah Tembikai
Jumaat
Milo
Roti Telur
Kuetiaw Goreng
Air Putih
Anggur
Horlicks
Kuih Muih
Nasi Ayam
Air Oren
Buah Tembikai
Susu
Roti Bun
Mee Hailam
Air Rebina
Buah Pisang
Milo
Sandwich Telur
Nasi Putih
Ayam Masak
Kicap
Sup Sayur
Air Putih
Buah Limau
12.0 PENUTUP
Kelebihan Tadika Permata Genius ialah kami membina suasana pembelajaran sesuai
dengan perkembangan psikologi anak-anak. Tadika ini sangat mementingkan kualiti,
pencapaian akademik dan sahsiah pelajar. Tenaga pengajar oleh mereka yang
berkelayakan dan berpengalaman dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar
dilindungi Insuran Takaful. Tadika ini juga melibatkan ibubapa dalam pelbagai aktiviti sosial /
ko-kurikulum dijalankan untuk mengeratkan hubungan dan interaksi antara pihak
pengurusan dan ibubapa serta masyarakat setempat. .Mengadakan pelbagai aktiviti untuk
kanak-kanak seperti sukan, hari bakat, hari kanak-kanak, hari ibubapa, lawatan sambil
belajar, penilaian pencapaian pelajar pada awal tahun dan akhir tahun,dan juga rekod
perkembangan pelajar setiap bulan. Kami juga menjamin pelajar keluaran Tadika Permata
Genius adalah mereka yang berkualiti kepada masyarakat diluar.