Top Banner
Muzik Dan Tarian Negara Malaysia 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa rakyatnya. Oleh itu terdapat variasi kebudayaan di Malaysia hasil campuran pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak. Warisan pelbagai budaya dan bangsa di Malaysia amat jelas dilihat pada kepelbagaian muzik dan tariannya. Tarian penduduk asli Melayu, Orang Asli dan pelbagai etnik Sabah dan Sarawak adalah amat eksotik dan mengagumkan. Apabila bangsa Cina, India dan Portugis mula menetap di Malaysia, tarian tradisional dari tanah air mereka menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan Malaysia. 1.1 Muzik Gamelan Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda. Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama. Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha. Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam, anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan di bawah 1
15

Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Mar 24, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa rakyatnya. Oleh

itu terdapat variasi kebudayaan di Malaysia hasil campuran

pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina

dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak. Warisan pelbagai

budaya dan bangsa di Malaysia amat jelas dilihat pada

kepelbagaian muzik dan tariannya. Tarian penduduk asli Melayu,

Orang Asli dan pelbagai etnik Sabah dan Sarawak adalah amat

eksotik dan mengagumkan. Apabila bangsa Cina, India dan

Portugis mula menetap di Malaysia, tarian tradisional dari tanah

air mereka menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan

Malaysia.

1.1 Muzik

Gamelan

Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang

bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang

menjadikannya sebagai kata benda. Sedangkan gamelan mempunyai

erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.

Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.

Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan

Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan

Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam, anakanda kepada

Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan di bawah

1

Page 2: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi

melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan.

Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung,

Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan

sebagainya.

GamelanNobat

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih

kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang

berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja

Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik

Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya

dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada

2

Page 3: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan

diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar

yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan.

Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik

Nobat ini.

Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya

ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di

istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran

baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat

beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat

hendak dimainkan..

NobatRebana UbiPada zaman kesultanan Melayu, rentak berirama yang bergetar

daripada rebana ubi besar itu memberikan pelbagai isyarat

daripada amaran bahaya kepada pengumuman perkahwinan.

Kemudiannya, ia digunakan sebagai peralatan muzik dalam pelbagai

persembahan sosial.

3

Page 4: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Rebana Ubi

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular

bagi masyarakat Melayu. Kompang banyak digunakan dalam aktiviti

sosial seperti perarakan Hari Kemerdekaan, upacara formal dan

perkahwinan. Biasanya dimainkan dalam kumpulan besar di mana

corak rentak komposit dapat dilakukandengan melapiskan rentak

berbeza.

Kompang

Gambus

4

Page 5: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12

tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan

belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari

badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini

digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk

mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei

di Sabah.

Gambus

SapeSape adalah alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu atau

orang hulu sungai Sarawak. Sape ialah hasil seni ukiran kayu

dengan motif berwarna-warni dan mempunyai empat utas tali. Pada

masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut

halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape

kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap.

Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang.

Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape

pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara

meribanya seperti gambus. Pada dahulunya hanya dimainkan semasa

upacara pemulihan dalam rumah panjang,ia menjadi alat hiburan 5

Page 6: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

sosial.

Sape

DondangSayang

Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian yang sering digunakan

oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan perasaan kasih mereka.

Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di

sampaikan secara spontan oleh penyanyinya. Mengikut sejarah,

Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman

Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan

Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para

pedagang yang singgah di Melaka. Kualiti nyanyian bagi seni ini

bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun.

Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya

disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan

melodi kaunter dalam persembahan mereka.

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang

Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah

rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau

rebana keras.

6

Page 7: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Alat Muzik Dondang Sayang

Gong

Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur

selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam

persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz

untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan

dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

7

Page 8: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Gong

Gendang

Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah

atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan

dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam  permainan kerana

tidak mudah untuk diberi notasi.

Gendang

1.2 TarianMak Yong Melayu

Mak Yong Melayu berasal daripada patani di selatan Thai. Mak

Yong direka untuk menghiburkan kaum wanita ,ratu dan puteri

semasa kaum lelaki pergi berperang.

8

Page 9: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Mak Yong menggabungkan drama romantik, tarian dan nyanyian

opera. Kisah zaman kegemilangan kerajaan Melayu turut

dipersembahkan.

Mak Yong

Melayu

Kuda KepangKuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawakan ke negeri Johor oleh imigran Jawa.Kuda Kepang melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang berjaya.Penari duduk di atas kuda buatan bergerak kepada rentak alat muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.

Kuda Kepang

ZapinPengaruh keislaman dalam tarian tradisi Malaysia mungkin paling jelas pada Zapin. Zapin merupakan suatu tarian popular daripada

9

Page 10: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

nengeri Johor. Zapin diperkenalkan oleh mubaligh Islam daripada Timur Tengah. Tarian asal itu dipersembahkan untuk zikir ketuhanan Islam untuk menyebarkan maklumat mengenai peradaban Islam.

Zapin

Joget

Tarian tradisional Malaysia popular dengan rentak laju dan

dipersembahkan oleh pasangan yang menggabungkan pergerakan

pantas tetapi lemah gemalai dengan sedikit kelucuan . Joget

berasal daripada tarian rakyat orang Portugis yang diperkenalkan

di Melaka semasa perdagangan rempah

Joget

10

Page 11: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Silat

Salah satu tradisi seni mempertahankan diri Melayu paling tua .

Silat juga adalah satu bentuk tarian . Dengan gerakan badan yang

berbunga, persembahan silat adalah mengagumkan dan menarik.

Silat

Tarian Singa Cina

Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian

Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda , pada

zaman purbakala hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan

mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia

pada malam Tahun Baru. Biasanya memerlukan koordinasi sempurna,

kelembutan dan keberanian yang tinggi. Tarian ini sentiasa

ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan

simbal.

Tarian Singa Cina

11

Page 12: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Tarian Naga

Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa,

kebaikan kesuburan ,kegigihan dan maruah dalam budaya Cina .

Biasanya dipersembahkan untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tarian

Naga dikatakan memberikan nasib baik dan keuntungan kepada tahun

yang mendatang . Biasanya memerlukan pasukan melebihi 60 orang.

Persembahan hebat ini adalah pertunjukan koordinasi, skil dan

kelembutan yang sempurna.

Tarian Naga

Bhargra

Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh.

Asalnya tarian menuai , ia kini menjadi sebahagian persembahan

sewaktu keramaian sosial seperti perkahwinan dan perayaan Tahun

Baru . Biasanya menceritakan tema romantik dengan nyanyian dan

tarian yang dijana oleh rentak kuat daripada dhol, gendang dua

hala. Bhargra adalah muzik yang mengasyikkan.

12

Page 13: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Bhargra

Tarian Pahlawan Sarawak

Tarian Pahlawan adalah tarian tradisi orang Iban Sarawak.Tarian

ini biasanya dijalankan semasa Gawai Kenyalang. Dikatakan antara

pemburu kepala yang ditakuti di Sarawak. Pahlawan puak ini yang

berjaya akan diraikan secara tradisinya dalam perayaan rumit

ini. Penari memakai hiasan kepala yang rumit dan memegang

perisai hiasan yang pangjang.

Tarian Pahlawan Sarawak

Sumazau

Sumazau adalah tarian orang Kadazan Sabah . Biasanya dijalankan

di upacara keagamaan dan aktiviti sosisl, ia asalnya digunakan

untuk memberi penghormatan kepada roh untuk tuaian padi yang

13

Page 14: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

banyak, menghalau hantu jahat dan menyembuh penyakit . Penari

lelaki dan wanita menarikan tarian hipnotik ini dengan

pergerakan lembut dan perlahan seperti aksi burung terbang.

Sumazau

Tarian Buluh

Antara tarian tradisional yang sangat menghiburkan dan popular

adalah Tarian Buluh . Dua batang buluh dipegang secara menegak

di atas tanah setinggi buku lali .Ia ditepuk bersama mengikut

rentak gendang , bertempo tinggi dan memerlukan ketangkasan yang

tinggi . Penari perlu melompat di antara batang buluh dan

elakkan kaki mereka terperangkap di antara batang-batang

tersebut.

Tarian Buluh

14

Page 15: Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Muzik Dan Tarian Negara

15