Top Banner
1 SIFAT-SIFAT, KEMAHIRAN & TANGGUNGJAWAB MURABBI OSEM
37

Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Apr 16, 2017

Download

Lifestyle

Mohammad Mydin
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

1

SIFAT-SIFAT, KEMAHIRAN & TANGGUNGJAWAB

MURABBI OSEM

Page 2: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Kisah-kisah Murobbi Unggul Rasulallah SAW• Kisah Rasulullah saw dengan orang

arab badui yang kencing di masjid • Kisah Rasulullah saw dengan Ibnu

Lutbiyyah sebagai amil zakat • Kisah Rasulullah saw dengan Umar

yang membawa taurat• Kisah Rasulullah saw dengan Abu Zar

al-Ghifari dengan Bilal

Page 3: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Kisah-kisah Para Murobbi• Abu Bakar layak disebut sebagai

“murabbi hadzihil ummah” sepeninggalnya Rasulullah SAW , beliaulah yang memandu akidah dan fikrah para sahabat yang lainnya . Harb Al-Riddah – Murtad, Nabi Palsu & Zakat

• Kisah Abu bakar dalam memberangkatkan pasukan Usamah Ibn Zayd

• Zaid bin Tsabit menyelesaikan pelajaran bahasa Ibrani (Injil) dalam 14 hari

Page 4: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Kisah-kisah Para Murobbi• Rib’i bin ‘Amir yang berhadapan dgn

Jendral Rustum• Kisah muridnya Atha’ seorang tukung

cukur yang membetulkan kesalahan haji Imam Abu Hanifah

• Kisah Said Ibn Musayyab menjadikan muridnya Abu Wada’ah sebagai menantunya

Page 5: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Defini MurabbiMurabbi adalah orang yang melaksanakan proses tarbiah mutarabbi,dengan fokus kerjanya pada pembentukam pribadi muslim solih muslih, dengan memperhatikan aspeko pemeliharaan[ar-ria’yah],o pengembangan[at-tanmiah],o pengarahan[at-taujih] o pemberdayaan[at-tauzhif]

pada akal,ruh dan jasad .

Page 6: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Antara Kata-kata Imam Al-Banna Tentang Kepentingan Tarbiyah

Kemudian gunakanlah 10% yg baki utk urusan-urusanmu yang lain. Agar kukuh tubuhmu, sempurna persediaanmu dan lengkap persediaanmu, pada ketika itu Allah akan “membuka” antaramu dan kaummu dengan Hak dan Dialah sebaik-baik Pembuka.”

“Wahai Ikhwan, sesungguhnya kamu dalam fasa takwin, maka janganlah kamu tertipu dengan bayangan fatamorgana dari membuat persediaan yg baik dan kesempurnaan persediaan. Gunakanlah 90% bahagian dari waktumu untuk takwin dan bersungguh-sungguhlah kamu semua padanya utk dirimu.

Page 7: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Antara Kata-kata Imam Al-Banna Tentang Kepentingan Tarbiyah

• Imam al-Banna menegaskan tentang kepentingan menjaga diri dan para mad’u melalui pentarbiahan dan mujahadah:

“Sesungguhnya ma’rakah kita adalah ma’rakah tarbiah.”

“Sesungguhnya usaha memperbaiki diri kita adalah kewajipan kita yang pertama, oleh itu berjihadlah terhadap diri-diri kamu.”

Page 8: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Ustaz al-Banna telah menjelaskan bahawa tarbiah adalah kilang pembinaan rijal, dalam kata-kata beliau:

“Persiapkanlah dirimu dan tumpukan kepadanya dengan Tarbiyah yang

sahih, pembentukan yang teliti dan ujilah ia dengan amal. Adapun amal

yang hebat itu adalah amal yang dibenci, berat ke atas nafsu, dan

ceraikanlah ia dari syahwat, perkara-perkara yg ia sukai serta adat

kebiasaannya.”(Risalah Muktamar Kelima)

Page 9: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

1. RABBANIAHDi antara ciri-ciri khusus tarbiyah kita adalah ia terfokus kepada kerja membangkitkan iman, dan istimewanya kerja membangkitkan iman ini di sisi kita kerana ia bersumberkan dari al-Kitab dan as-Sunnah, dan ianya bersesuaian dengan firtah kemanusiaan. Ianya juga adalah kerja yg berterusan yg tiada akhirnya, yg berfungsi dengan cara penyerapan berterusan terhadap pengajaran-pengajaran keimanan yg memberi kesan kepada perasaan dan tingkah laku.

CIRI-CIRI KHUSUS TARBIAH IM

Page 10: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Rukun-rukun Tarbiyah Rabbaniyah ini adalah:

• Hati yg hidup dan berhubung terus dengan Allah,

• Hati yg yakin akan pertemuanNya dan hisabNya,

• Hati yg mengharap rahmatNya,• Hati yg takut terhadap balasanNya.

Kerana itulah Tarbiah Ikhwan ini bekerja dengan menghidupkan hati-hati dan mengimarahkannya.

Page 11: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

2. SYUMUL, TAKAMUL & TAWAZUN

Tarbiyah yang menyeluruh, sempurna dan seimbang ini terbit dari kesempurnaan manhaj Islam dalam melengkapkan manusia muslim dengan seluruh sisi yang perlu untuk kebaikan kehidupannya. Ia juga terbit dari keimanan kita dengan menyeluruhnya manhaj Islam ini, kesempurnanya dan keseimbangannya. Kerana itu kita tidak akan sekali-kali redha dengan Islam ini kecuali Islam yang menyeluruh dan sempurna. Demikian jugalah penyelarasan Takwin, keseimbangannya secara pengetahuan dan gambaran akal, ruh dan perasaan hati, dan kerja dan tingkah laku pergerakan.

Page 12: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

3. BERPERINGKAT/TADARRUJ Ciri ini terbit dari keimanan kita bahawa berperingkat adalah sunnah dari sunnah Allah di alam ini, sesungguhnya “orang yang tergesa-gesa tiada bumi yang berjaya ia rentasi dan tiada tunggangan yang akan ia kekalkan.”

Page 13: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

4. TAJMI’IYYAH & TANZIMIAHTarbiyah kita adalah tarbiyah mengumpul, sebagaimana pengumpulan ini mewajibkan penyusunan sehingga tarbiyah ini dapat memberikan buah yang diharapkan darinya. Perkara ini adalah berdasarkan kepada sunnah Rasul s.a.w,

Page 14: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

• Sebagaimana dalam Bai’ah ‘Aqabah kedua dikatakan ahlinya adalah 72 atau 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan, lalu apakah yang telah Baginda s.a.w katakan kepada mereka? Baginda bersabda: “Lantiklah dari kalangan kamu 12 orang naqib.” Dan Baginda bersabda kepada mereka: “Kamu semua adalah penjamin ke atas kaummu.”

• Sesungguhnya ia adalah Nizam (penyusunan) dalam kerja tarbiyah. “Tiadalah dari 3 orang di kampung ataupun dalam perjalanan yang tidak didirikan solat di antara mereka kecuali syaitan akan memperdaya mereka. Oleh itu hendaklah kamu berjama’ah; kerana sesungguhnya serigala akan memakan dari kambing yang terpisah.” (Hadis Hasan)

Page 15: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Ciri-ciri Khusus Tarbiyah Ikhwan PergerakanTertegaknya fikrah dan tercapainya ia dalam realiti kehidupan ini adalah tuntutan Allah s.w.t, kalaulah bukan kerana ciri khusus pergerakan dalam tarbiyah kita ini, sudah tentu putus asa merajai hati-hati. Ia bersama-sama kita mengharungi realiti kehidupan yang pedih ini. Lalu Tarbiyah Pergerakan ini mengambil setiap individu dari kalangan kita, lalu menggerakkannya secara positif dalam masyarakat di sekitarnya, tarbiyah ini bersungguh-sungguh mengislah amal setiap individu, sehingga dia (individu) bergerak di kalangan manusia dan tarbiyah ini menolaknya untuk memperbaiki mereka.

Page 16: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Ciri-ciri Khusus Tarbiyah Ikhwan Berterusan

Kerja tarbiyah ini tidak boleh berakhir kecuali apabila tercerai ruh dari jasad. Ia mesti sentiasa bersama seseorang selama hayatnya, lalu tarbiyah ini akan sentiasa mendorongnya memperbaiki tingkah lakunya, mengasah bakatnya dan menajamkan akalnya, lalu jadilah tarbiyah ini bekalan agar dia dapat terus kekal dalam kerja dakwahnya.

Page 17: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

• Murabbi• Mutarabbi• Manhaj Tarbiyah• Persekitaran Tarbiyah

Rukun –Rukun Tarbiyah

Page 18: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Asas (landasan) dalam proses tarbiyah. (usrah merupakan landasan asas dalam pembinaan dakwah kita dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya adalah asas (landasan) dalam pembinaan / binaan itu) Imam Al Banna

Dan padanya terletak pelbagai harapan dalam usaha-usaha Islah tarbiyah / Islah melalui tarbiyah

Dan untuk menjalankan peranannya, dia perlu memiliki beberapa ciri dan kemahiran, melengkapi beberapa kecekapan, dan menunaikan beberapa kewajipan.

Murabbi المربي

Page 19: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

• Matlamat proses tarbiyah

• Dia mestilah mempunyai keinginan dan kesediaan untuk meningkatkan diri dan ditarbiyah. (Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang menyerahkan dirinya kepada kamu untuk ditanamkan padanya kebaikan)

• Dia adalah rakan kongsi (/ teman) dalam menjadikan aktiviti tarbiyah itu efektif (berkesan) dan bukan sekadar seorang penerima atau pendengar semata.

Mutarabbiالمتربي

Page 20: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Elemen – Elemen Manhaj Tarbiyah:

Objektif – objektif Tarbiyah

Pengisian (/kandungan) Pengetahuan

Wasilah dan aktiviti yang berkaitan serta jalan dan cara pengajaran (penyampaian)

Taqwim / Penilaian Tarbiyah

Manhaj Tarbiyah المنهج التربوي

Page 21: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Ianya adalah segala faktor dan keadaan yang meliputi seseorang individu dan mempengaruhinya, oleh itu kita perlu berusaha untuk menyediakan persekitaran tarbiyah yang bersesuaian.Lingkaran tarbiyah: Lingkaran hidup secara jama’ie: dan ianya

adalah persekitaran tarbiyah yang terbaik kerana kebanyakan sifat manusia tidak muncul atau tumbuh atau mantap kecuali di bawah bayangan hidup secara jama’ie, iaitu dengan wasilah – wasilah dan aktiviti tarbiyah secara jama’ie (usrah – usrah, katibah –katibah, rihlah –rihlah)

Lingkaran usaha pada peribadi dan kendiri (wirid - wirid qur’an, puasa sunat, qiamullail)

البيئة Persekitaran Tarbiyahالتربوية

Page 22: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

المربي ثانيا : صفات

Kedua: Sifat – Sifat Murabbi

Page 23: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

القدوة المربي صفات

1) Menjadi contoh dalam aqidah dan ibadahnya. Bagaimana ye?

2) Menjadi contoh dalam akhlak, sikap dan pergaulannya.

Sifat Murabbi Contoh

Page 24: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

القدوة المربي صفات

3) Dakwah adalah pada kedudukan pertama dalam tingkatan perhatian dan keutamaannya, dan menjadi rujukan kepada segala keputusan penentuannya.

4) Dia berupaya menghimpunkan hati – hati saudaranya terhadap / di sekeliling dakwah (menghimpunkan dan bukan memisahkan)

Sifat Murabbi Contoh

Page 25: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

القدوة المربي صفات5) Membantu melapangkan (/ mencari dan mengenali lebih rapat) saudaranya, memahami mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan berbeza keadaan, dan dia berlemah lembut (/ mencurahkan kasih sayang yang lebih) ke atas mereka yang agak ketinggalan atau menghadapi kepayahan dan mendorong mereka yang telah kedepan/maju

Sifat Murabbi Contoh

Page 26: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

المربي صفات القدوة

6) Mempunyai sifat sabar, berlapang dada dan lemah lembut selain keupayaan untuk bertegas dan menetapkan/ mengatur kerja

7) Dia bekerja keras demi saudara-saudaranya dan sedia menasihati mereka, memberi khidmat kepada mereka, sibuk dengan urusan mereka dan mengawasi mereka.

Sifat Murabbi Contoh

Page 27: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

المربي صفات القدوة

8) Memiliki kemampuan untuk hidup dengan saudara-saudaranya dan bercampur dengan mereka serta bersikap terbuka (/ mengalu –alukan pertemuan) dengan mereka, justeru memudahkan dia mentabiyah mereka dan memanfaatkan tenaga dan keupayaan mereka. (ini berkaitan positioning atau assigning)

Sifat Murabbi Contoh

Page 28: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

واجبات ثالثا : المربي

Ke-3: Kewajipan Murabbi

Page 29: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Kewajipan Murabbi

Merealisasikan rukun usrah : (taaruf – tafahum-takaful.

Menjaga kebajikan ahli usrahnya dan bermujahadah memenuhi hak mereka: “Tiada seorang ketua yang diamanah

menjaga urusan umat islam kemudian dia tidak bermujahadah memenuhi hak mereka, maka dia tidak akan dapat mencium batu syurga”

Page 30: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Mentarbiah ahli untuk bersyuro. (menguasai teori dan praktikal)

Mentarbiah ahli untuk berdikari dan proaktif dalam disiplin haraki.

Menanamkan intima kepada dakwah dalam diri ikhwahnya dan mendidik mereka supaya tidak terikat dengan individu.

Kewajipan Murabbi

Page 31: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Meningkatkan kemampuan ahli dan membuat perubahan yang positif di sudut peribadi dengan menggunakan maanhaj tarbiah.

Bermu’ayasyah dengan ikhwahnya dan merindui mereka selalu dan mem’follow-up” keadaan mereka (dari sudut keimanan dan ibadah, akhlak dan perangai, kehidupan peribadi dan keluarga)

Kewajipan Murabbi

Page 32: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Menggabungkan 2 uslub, tarbiah fardiah dan tarbiah jamai dan menjaga prinsip perbezaan kemampuan setiap individu.

Meng”eksploitasi” kemampuan ahli dan menumbuhsuburkan potensi mereka dan meng-arah-kan mereka untuk bergerak dan menanggung beban amal dengan mengambil kire kemampuan dan kesempatan mereka.

Kewajipan Murabbi

Page 33: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Mesti membezakan pandangan peribadi dan pendirian rasmi.

Dia adalah duta dakwah di hadapan ikhwahnya, oleh itu dia mestilah menjadi contoh terbaik. Dia juga adalah penghubung antara dakwah dan ikhwahnya, oleh itu dia hendaklah menjadi penghubung yang baik.

Mengambil tahu masalah tarbiah setiap ahli dan menyediakan program yang kreatif untuk merawat masalah tersebut.

Kewajipan Murabbi

Page 34: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Ke-4 : Keperluan asas yang mesti dikuasai oleh Murabbi

dan pelatihannya.

Page 35: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Antara keperluan-keperluan Murabbi :

Latar belakang yang mencukupi dalam ilmu syariah.

Sentiasa membaca artikel berkenaan tarbiah dan ilmu psikologi.

Menguasai ciri-ciri istimewa peringkat-peringkat umur dan permasalahannya serta keperluannya.

Mengetahu jenis-jenis perangai manusia dan cara berinteraksi dengannya.

Page 36: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

Ada kemampuan yang cukup dalam bidang pengurusan.

Mempraktikkan cara pendidikan yang berkesan dalam manhaj tarbiah.

Ada kemampuan mengurus aktiviti pendidikan.

Antara keperluan-keperluan murabbi :

Page 37: Murabbi qudwah Sifat2, Kemahiran & Tanggungjawab

MURABBI OSEM!

JOM JADI