MCI (P) 082/09/2016 70 sen Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di BeritaHarian.sg Kejayaan berganda bagi pasangan kembar – MUKA 4 Sikap jujur amalan terbaik bagi pegawai Certis Cisco – MUKA 5 KALAU ikut rasa hati, bersara awal mungkin menjadi pi- lihan ramai. Namun ada juga yang memilih sebaliknya. Seperti Encik Sharif Ali, 83 tahun, yang masih terus me- nabur bakti kepada majikannya sejak kali pertama bekerja di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) – 60 tahun lalu! Sehingga kini, bapa tujuh anak yang sudah bercicit ini masih terus setia dengan satu-satu majikannya itu. Kesetiaannya diiktiraf apabila beliau diberi Anugerah Khidmat Berlian oleh TTSH dalam satu majlis beberapa minggu lalu. Semasa ditemu ramah, Encik Sharif, yang kini seorang atendan kesihatan sambilan, berkata beliau tiada masalah menyesuaikan diri dengan keadaan masa ini – meskipun jumlah pesakit bertambah. Antara lain pekerjaannya memerlukan beliau menokok perkakas yang diperlukan dalam bilik klinik seperti alat menyuntik dan pembalut luka. Dianggarkan beliau akan menokok perkakas dalam seki- tar 30 bilik klinik sehari dan setiap kali bekerja, beliau berdi- ri sekitar lima jam lamanya. “Alhamdulillah saya bersyukur kerana pengiktirafan ini. “Yang lebih penting lagi, saya masih diberi kesihatan dan kekuatan yang membolehkan saya terus bekerja,” ujarnya yang hanya menghidap masalah darah tinggi sahaja pada masa ini. Berita lanjut di Muka 17. Hukuman penjara bagi pemandu mabuk ditetapkan – MUKA 2 BEBERAPA tanda positif dalam pasaran buruh terlihat dalam suku kedua tahun ini, dengan kadar pengangguran dan pemberhentian kerja lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Namun, kadar pengambilan kerja secara keselu- ruhan terus mengecil. Kadar pengganguran, yang disesuaikan mengikut musim bagi warga Singapura, adalah 3.3 peratus pada Jun, turun daripada 3.5 peratus pada Mac, mengikut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) se- malam. Digabungkan warga Singapura dengan pen- duduk tetap, kadar penganggurannya ialah 3.1 pera- tus pada Jun, turun daripada 3.2 peratus pada Mac. Kadar keseluruhannya pula kekal tidak berubah iaitu 2.2 peratus. “Namun, kadar ini tetap ‘lebih tinggi’,” kata MOM. Ia 0.1 hingga 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding setahun lalu. Jumlah pekerja yang diberhentikan antara April dengan Jun tahun ini juga telah turun, berbanding pada suku sebelumnya, dengan 3,500 pekerja diber- hentikan – kebanyakannya daripada sektor pengi- langan dan penyedia khidmat. Jumlah ini lebih rendah daripada jumlah 4,000 bagi suku pertama dan lebih rendah daripada 4,800 pekerja yang diberhentikan dalam suku kedua tahun lalu. Pengambilan kerja secara keseluruhan merosot bagi suku kedua berturut-turut, dengan jumlah pe- kerja merosot sebanyak 8,400, tidak termasuk pem- bantu rumah asing. MOM berkata bahawa kemerosotan itu disebab- kan jumlah pemilik permit kerja yang berkurangan dalam sektor binaan dan marin kerana harga miny- ak yang rendah dan kegiatan binaan lemah yang berterusan. Kemerosotan itu lebih kecil berbanding jumlah 9,400 pada suku pertama, tetapi satu kebalikan pu- la dengan pertumbuhan pengambilan kerja sebany- ak 2,100 setahun lalu. Sektor pengilangan juga telah memberhentikan pekerja sepanjang hampir tiga tahun, dengan pen- gambilan kerja di sektor itu turun 2,500 bagi suku ke-11 berturut-turut. Dalam sektor binaan, pengambilan kerja turun 9,500 bagi suku keempat berturut-turut, sementara dalam sektor perkhidmatan, ia meningkat sebanyak 3,400 pekerja, tidak termasuk pembantu rumah. Secara keseluruhan, 3,631,300 pekerja diambil bekerja di Singapura sehingga Jun. Dalam kenyataannya, MOM menekankan baha- wa ramalan bagi pasaran buruh kekal tidak setara dari sektor ke sektor. Masih kerja di Tan Tock Seng pada usia 83 SOLAT Subuh 5.45 Syuruk 7.06 Zuhur 1.13 Asar 4.35 Maghrib 7.17 Isyak 8.30 Kadar menganggur, henti kerja turun dalam suku kedua TERUS SIHAT: Encik Sharif merupakan pekerja tertua dan paling lama bertugas bersama Hospital Tan Tock Seng. Bersamanya ialah anaknya Cik Noraini Sharif. – Foto KHALID BABA SABTU, 29 JULAI 2017 (5 ZULKAEDAH 1438) Kilauan Sempurna Wawancara Eksklusif Bersama Ong Ye Kung... Majikan Kian Utamakan Kemahiran Laporannya Esok dan Isnin