TUGASAN KUMPULAN KURSUS : HMF 3043-MORAL DARI PERSPEKTIF AGAMA ____________________________________________________________________ ______________ TAJUK TUGASAN : MORAL DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN ____________________________________________________________________ _________ AHLI-AHLI KUMPULAN : BIL. NAMA PELAJAR NO.MATRIKS 1. EBRONICA IVY ANAK DEHAN D20141066846 2. JANENETTY ANAK KAREK D20141066837 3. MALLISA ANAK BESEN D20141066569 4. LILYANA ANAK SLI D20141066831 5. AINA MARDIHAH BT. ABDUL MALEK D20141066851 6. NURUL HIDAYAH BT. MOHAMAD RADZI D20141066825 7. ANNUR MUNIRAH BT. ZAINAL D20141066844 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD HASBI BIN ABDUL RAHMAN TARIKH HANTAR: 15 OKTOBER 2015
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
BIL. NAMA PELAJAR NO.MATRIKS1. EBRONICA IVY ANAK DEHAN D201410668462. JANENETTY ANAK KAREK D201410668373. MALLISA ANAK BESEN D201410665694. LILYANA ANAK SLI D201410668315. AINA MARDIHAH BT. ABDUL MALEK D201410668516. NURUL HIDAYAH BT. MOHAMAD RADZI D201410668257. ANNUR MUNIRAH BT. ZAINAL D20141066844
PENSYARAH:
EN. MUHAMMAD HASBI BIN ABDUL RAHMAN
TARIKH HANTAR:
15 OKTOBER 2015
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Objektif Kajian 3
3.0 Kepentingan Kajian 3
4.0 Definisi Operasional 4.1 Moral 4.2 Perspektif 4.3 Agama 4.4 Kristian
4-5
5.0 Latar Belakang Agama Kristian 5.1 Perkembangan Agama Kristian 5.2 Agama Kristian di Malaysia
6-9
6.0 Perkaitan Antara Agama Kristian dengan Moral 6.1 Ritual 6.2 Perayaan 6.2.1 Missa Kudus 6.2.2 Hari Krismas 6.2.3 Hari Pentakost 6.2.4 Hari Paska 6.3 Undang-undang dan Budaya
10-17
7.0 Pengaruh Agama Terhadap Individu dan Masyarakat 18-20
8.0 Nilai-nilai Amalan dan Kepercayaan dalam Agama 8.1 Kasih Sayang 8.2 Kesabaran 8.3 Kesetiaan 8.4 Kemurahan Hati dan Kebaikan
20-22
9.0 Penutup 23
Bibliografi
1.0 PENGENALAN
Zaman kini, manusia gemar kepada kehidupan yang bebas dan longgar. Gemar untuk
berbuat sesuka hati dan sukar untuk patuh kepada sesuatu peraturan. Sejarah telah
membuktikan bahawa banyak keruntuhan tamadun pada masa silam adalah berpunca
daripada sikap manusia itu sendiri yang tidak patuh kepada peraturan dan norma
masyarakat yang wujud atau disebabkan tindakan yang tidak bermoral.
Apakah yang dimaksudkan dengan Moral? Menurut bahasa Latin, Moral
(Moralis) berasal daripada perkataan ‘mos’, moris yang beerti kebiasaan, perangai
atau tingkah laku. Moral mengandungi sesuatu kepercayaan tentang hakikat manusia,
kepercayaan atau pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai,
peraturan mengenai sesuatu perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Perlu kita
ketahui bahawa moral itu berakal tunjang dari ajaran agama kerana ianya terhasil
daripada kepercayaan dan agama.
Oleh itu, kumpulan kami telah menjalankan satu kajian untuk menilai moral
dari perspektif agama Kristian. Agama Kristian adalah sebuah agama monothesis yang
berdasarkan kehidupan serta ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret. Tambahan pula,
penganut agama Kristian menanggap bahawa Yesus merupakan anak Yahwe Tuhan
Bapa dan beliau dikatakan telah membentuk sebahagian dari tritunggal. Tritunggal
bermaksud penyatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan asas (Jesus) dan roh Kudus yang
telah membentuk satu Tuhan. Penganut agama Kristian juga percaya bahawa Yesus
wujud bersama Yahwe sebelum dunia kemudiannya tercipta. Selain itu, penganut
agama Kristian percaya bahawa Yesus telah dilahirkan oleh Bunda Maria. Mereka
juga percaya bahawa Yesus telah dibangkitkan pada hari ketiga selepas kematiannya
dan percaya bahawa kitab injil telah diturunkan oleh Tuhan dan merupakan firman
Tuhan yang tidak mempunyai sebarang kesalahan serta ajarannya adalah muktamad.
Untuk pengetahuan semua, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan moral dari
perspektif agama Kristian secara umum. Tambahan pula, kajian ini dilakukan adalah
untuk melihat perkaitan antara moral dan agama Kristian dan saterusnya, untuk
melihat bagaimanakah agama kristian ini dapat mempengaruhi perkembangan
seseorang individu tersebut dari aspek moral. Disamping itu, mengkaji nilai-nilai yang
terdapat dalam agama Kristian dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan
Negara. Akhir sekali, bertujuan untuk mengkaji amalan dan kepercayaan yang
membentuk keperibadian moral yang lain.
Kumpulan kami telah memilih untuk menjalankan kajian ini di sekitar kawasan
Tanjong Malim sahaja. Kami telah memilih sebuah gereja Roman Katolik iaitu gereja
Holy Reedemer yang terletak di kawasan pekan Tanjong Malim, Perak. Pelbagai
informasi yang berguna telah kami perolehi daripada hasil temu bual yang dijalankan
dengan responden di gereja ini. Responden tersebut merupakan individu yang telah
lama bergiat dalam bidang teologi agama Kristian. Beliau merupakan seorang Father
di gereja tersebut. Nama beliau adalah Father Anthony Pillai. Beliau telah berkhidmat
di gereja tersebut lebih kurang selama sembilan tahun dari tahun 2006 hingga
sekarang. Sebelum ini beliau juga pernah berkhidmat di luar Negara selama beberapa
tahun. Pengalaman beliau yang luas dalam bidang ini merupakan salah satu sebab
mengapa kami memilih beliau sebagai responden.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk
a) mengkaji secara umum tentang agama kristian,
b) mengkaji perkaitan antara agama kristian dengan moral,
c) mengkaji bagaimana agama kristian mempengaruhi perkembangan seseorang
individu dan masyarakat daripada aspek moral,
d) mengkaji nilai-nilai, amalan dan kepercayaan yang terdapat dalam agama kristian
yang membentuk keperibadian moral yang lain.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dianggap penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa setiap agama
yang dianuti mempunyai kebaikan serta ajaran yang sangat baik bagi menjadi sebuah
panduan yang sangat berguna untuk memastikan keharmonian dan keamanan dapat
dicapai dalam kalangan masyarakat. Masyarakat harus sedar bahawa agama yang
dianuti sangat penting kepada diri setiap masyarakat kerana agama mampu
membentuk peribadi seseorang dan juga dapat mengubah tahap pemikiran seseorang
dari segi moral dan sahsiahnya. Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat
membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepelbagaian
agama yang ada di Negara ini dan juga dapat membantu dalam memberi pendedahan
mengenai kepelbagaian agama yang terdapat di Negara ini.
4.0 DEFINISI OPERASIONAL
4.1 Moral
Secara etimologi, perkataan moral berasal daripada perkataan mos dalam bahasa
Latin, bentuk jamaknya mores, yang bermaksud tatacara atau adat istiadat.
Sementara itu, Widjaya (1985:154) menyatakan bahawa moral adalah ajaran
baik dan buruk tentang perbuatan dan kelakuan (akhlak). Menurut Al-Ghazali (1994:
31) pula, beliau mengemukakan pengertian ahklak, sebagai padanan kepada perkataan
moral, sebagai perangai (watak, tabiat) yang menetap kuat dalam jiwa manusia dan
merupakan sumber timbulnya perbuatan tertentu dari dirinya secara mudah dan ringan,
tanpa perlu difikir dan dirancang terlebih dahulu.
Berdasarkan huraian di atas, moral dalam kajian ini bermaksud gaya pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam yang diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam menekankan moral dari segi agama yang
dianuti.
4.2 Perspektif
Perspektif merupakan sudut pandang atau cara pandangan kita terhadap sesuatu. Ia
merupakan sebuah kaedah atau cara kita memberi pandangan terhadap sesuatu perkara
dalam mengamati sesebuah kenyataan bagi menentukan maklumat atau pengetahuan
yang kita peroleh.
Berdasarkan huraian di atas, perspektif dalam kajian ini bermaksud pandangan
yang diberikan berdasarkan agama yang dianuti terhadap ilmu atau pengetahuan
berkaitan dengan moral.
4.3 Agama
Dari sudut etimologi, perkataan agama berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu “a” merujuk
kepada tidak, “gama” merujuk kepada kacau, dan apbila digabungkan “agama”
bermaksud tidak kacau. Justeru itu, agama bermaksud “peraturan, kepercayaan, haluan
dan jalan”.
Menurut E.B.Taylor, istilah agama merujuk kepada kepercayaan kepada kuasa
ghaib. Agama seperti yang difahami di Barat adalah sebagai suatu kepercayaan dan
amalan, dianggap sebahagian daripada budaya dan tidak seharusnya merangkumi
keseluruhan sesuatu budaya.
Berdasarkan huraian di atas, agama dalam kajian ini bermaksud suatu
kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang dijadikan sebagai
panduan hidup.
4.4 Kristian
Merujuk kepada “The Christian and Discipleship” dalam artikel yang bertajuk The
Bible’s Definition of Christian, perkataan Christian dikaitan dengan perkataan disciple
yang bermaksud murid. Perkataan Kristian turut dikaitkan dengan bukti nyata
mengenai kekuasaan Tuhan iaitu Jesus Christ, pengikut-pengikut kepada Jesus Christ,
perubahan kepada gaya kehidupan seseorang pengikutnya, penerimaan mesej-mesej
yang disampai oleh golongan nabi-nabi, kasanggupan untuk berkongsi kesengsaraan
Jesus Christ, dan kesanggupan untuk meneruskan perjuangan serta kesengsaraan yang
dialami Jesus Christ.
Berdasarkan huraian di atas, Kristian dalam kajian ini bermaksud sebuah
agama yang dianuti oleh golongan beragama Kristian di seluruh Negara ini.
5.0 LATAR BELAKANG AGAMA KRISTIAN
Agama Kristian berasal dari Palesti dan berteraskan ajaran Jesus atau Nabi Isa.
Pengasas agama Kristian adalah Nabi Isa. Cerita berkaitan Nabi Isa boleh didapati
dalam kitab suci Krisian iaitu kitab Injil. Jesus dilahirkan di Baitul Laham pada kira-
kira 4 S.M. Sewaktu berusia 30 Tahun, beliau telah di utuskan oleh tuhan dan
melantiknya sebagai pesuruh Tuhan. Ajarannya sama dengan para-para nabi terdahulu
iaitu menyeru manusia menyembah dan mematuhi ajaran Tuhan yang satu. Tuhan
telah menurunkan kitab Injil melalui nabi Isa sebagai panduan kepada umat nabi Isa
pada ketika itu.
Menurut orang Kristian, tumpuan Agama Kristian telah di berikan kepada
kesucian atau kekudusan Jesus yang dianggap sebagai Tuhan (Jesus is Lord). Selain
itu, agama Kristian juga menekankan konsep trinity atau kesatuan tuhan iaitu
merangkumi tiga unsur utama iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Doktrin
Kristian adalah tritunggal yang mana dalam bahasa Latin trinitas ‘tiga serangkai’, dari
trinus ‘tiga kali ganda’ iaitu mentakrifkan Tuhan sebagai tiga orang. Bapa, Anak
(Jesus) dan Roh Suci. Perkara ini adalah satu Tuhan di dalam tiga orang. Ketiga-tiga
orang itu berbeza, namun ia bersatu dari segi bahan, intipati atau kesemulajadian.
Dalam konteks ini, kesemulajadian ialah “apa” sesuatu itu manakala “orang”
ialah “siapa” sesuatu itu. Seperti sifat Tuhan itu sendiri yang tidak mungkin dapat
digambarkan, begitu juga dengan perkara yang sukar untuk difahami kerana ia adalah
rahsia Tuhan. Doktrin ataupun sistem kepercayaan ini telah menyatakan bahawa
Tuhan itu mempunyai tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Ketiga-tiga peribadi ini membentuk Tuhan yang Esa.
Agama Kristian ini semakin berkembang dari masa ke semasa dan telah
tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Kesan dari perkembangan ini bilangan penganut
agama Kristian pada hari ini menjadi bilangan penganut kedua yang terbesar selepas
penganut agama Islam. Walau bagaimanapun, sejak mula agama ini disebarkan
sehinggalah ke hari ini beberapa mazhab dalam agama Kristian telah lahir seperti
Katolik, Protestian dan Ortodoks.
Perkembangan agama ini berlaku dari satu zaman ke satu zaman. Pada asalnya
agama ini sukar diterima oleh masyarakat kerana awal abad pertama ramai penduduk
di muka bumi ini percaya akan kuasa ghaib dan dewa-dewi. Oleh kerana ajaran
Kristian menerapkan nilai-nilai murni dan beberapa faktor lain telah menyebabkan
agama Kristian mula tersebar dan diterima masyarakat Eropah pada ketika itu.
5.1 Perkembangan agama Kristian
Jesus dikatakan mula menyebarkan ajarannya secara berperingkat-peringkat
dikawasan sekitar tempat lahirnya hinggalah merata tempat di Palestin. Menurut
kepercayaan Kristian selepas kematian Jesus akibat disalib, ajaran beliau masih
diteruskan oleh pengikutnya iaitu Utusan Dua Belas. Salah seorang pengutusnya yang
bernama Peter mengasaskan ajaran Kristian dan menjadi bishop pertama Rom. Salah
seorang individu dikenali oleh orang Kristian iaitu Saint Paul yang berasal dari Tarsus
ini turut membantu dalam mengembangkan agama Kristian.
Paul dikatakan telah merantau hingga merata Asia Kecil, Greek dan ke Rom.
Kesannya pada abad ke 3 M agama Kristian telah bertapak di Mesir, Syria, Asia Kecil,
Greek, Italy serta Palestin. Sumbangan Paul paling nyata dalam proses perkembangan
agama Kristian. Menurut Steward C. Eastern, ialah kejayaan beliau menjadikan
agama Kristian sebagai agama yang bersifat sejagat, iaitu milik manusia bukannya
milik insan yang terpilih seperti Yahudi. Dalam agama Kristian terdapat dua buah
kitab suci (Bible) iaitu Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New
Testament). Old Testament mengandungi 39 surah dalam bahasa Ibrani (Hebrew).
Manakala New Testament pula mengandungi 27 surah yang berbahasa Greek dan
merangkumi 4 gospel utama, iaitu John, Mathew, Mark dan Luke.
5.3 Agama Kristian di Malaysia
Sejarah memperlihatkan proses Kristianisasi bermula di Tanah Melayu sebaik sahaja
kemasukan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Bukti Kristianisasi dapat dilihat
daripada bangunan gereja-gereja bercat merah yang dianggap sebagai batu asas agama
Kristian di Malaysia. Bahkan di dalam Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya
terdapat beberapa kubur para paderi dan ketua paderi Melaka teguh dijadikan kawasan
kunjungan para pelawat seluruh dunia. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di
Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada
tahun 1957.
Kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para
pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi
Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil
semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun 1641. Paderi-paderi dari Thailand
menubuhkan Seminar Major di Pulau Pinang pada 1810. LMS diasaskan di Melaka
dan Pulau Pinag sejak tahun 1815, tetapi kebanyakan misi Mazhab Protestant jatuh
setelah 1842 apabila berjaya untuk memasuki China. Kuasa Mazhab Katolik kekal
tetapi telah dibahagikan di antara Portugis dan Perancis.
Brethren bermula seawal dari 1860 dan Methodist dari 1885.
Presbyterrianisme membesar melalui gereja-gereja Cina di Johor dan jemaah orang
asing di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Misi puak asli Sengoi bermula pada
1932. Pentecostalisme menjadi sebuah pengaruh lebih besar melalui Gerakan
Charismatic pada tahun 1970an tetapi mubaligh Amerika Utara dan Ceylon telah
menjadi aktif dari 1935. Faktor utama pembesaran gereja adalah pendatangan. Di
Sabah, Misi Basle mula bekerja dikalangan pendatang Cina Hakka pada tahun 1882,
yang kebanyakkan mereka adalah Kristian. Pendatang Tamil ke Malaya termasuk
Katolik, Lutheran, Anglican dan Menthodist. Kedatanganan ini bertambah setelah
Pemberontakan Boxer, terutamanya ke Setiawan dan Sibu. Gereja Mar Thoma dan
Syrian Orthodoks telah ditubuhkan pada 1930an mengikut pendatangan dari pantai
kerela di India.
Bagi negeri Sarawak, Raja Brooke termasuk penyokongan untuk seorang
menteri Anglican dari 1847 dan Katholik telah dibenarkan. Pada 1928 Misi
Evangelical Borneo Australia bermula dengan bekerja untuk menghasilkan gereja
penduduk asli terbesar di Malaysia, SIB.
Gereja Lutherean Zion di Brickfield, Kuala Lumpur, 1924.
Malayan Christian Council (MCC), ditubuhkan pada 1948 sebagai Coordinated
Mission Groups. Orang cina ditempatkan ke dalam “Perkampungan Baru”. Mereka
berkhidmat dan berkerjasama dengan Kristian dalam bidang perubatan dan
kemasyarakatan. Walau bagaimanapun setelah merdeka pada tahun1957, terdapat
banyak gereja yang bergantung dengan orang asing. Pada tahun 1970an, gereja-gereja
tersebut telah mengembangkan strukturnya di Singapura dan mendapat sokongan
daripada orang asing. Gereja-gereja ini berkembang dan mendapat keinginan untuk
menubuhkan Kristian Malaysia. Kristian menjadi kuat melalui pendidikan. Antaranya
sekolah Anglican, Katholik dan Menthodist dimana sebahagiannya termasuk dalam
sistem pendidikan kerajaan. Penglibatan sosial dapat dilihat melalui bidang perubatan
termasuk pertubuhan-pertubuhan seperti Malaysian Care dan Salvation Army.