Top Banner
MOHD HELMI AHMAD
4

MOHD HELMI AHMAD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/20667/1/scan0021.pdf · Aku tidak mahu Abang Syawal terasa hati. "Aku cakap fasal durian. Dah kau pergi melalut sampai

Mar 01, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: MOHD HELMI AHMAD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/20667/1/scan0021.pdf · Aku tidak mahu Abang Syawal terasa hati. "Aku cakap fasal durian. Dah kau pergi melalut sampai

MOHD HELMI AHMAD

Page 2: MOHD HELMI AHMAD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/20667/1/scan0021.pdf · Aku tidak mahu Abang Syawal terasa hati. "Aku cakap fasal durian. Dah kau pergi melalut sampai

MOHO HELMI AHMAD

I Dilahirkan di Alar Setar,

Kedah Darul Aman, pada 4Disember 1986.

• Lulusan Ijazah Sarjana

Muda Sastera (Bahasa

dan Linguistik Melayu),Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi, Universiti

Putra Malaysia (2006-2009).

ITerbabit dalam penulisan

cerpen, puisi dan rencana.

I Cerpen, puisi dan

rencananya mel1dapattempat dalam ilkhbar

tempatan dan majalah

seperti Berita Minggu,

Mingguan Malaysia, Harian

Metro, Bacaria, MingguanWarta Perdana, Dewan

Bahasa, Dewan Masyarakat,

Tunas Cipta, Dewan Siswa,

leHta, Aniqah, Wanita,

Harmoni, Perempuan danURTV.

I Pernah mendapat

bimbingan daripada

Prof Madya Dr UmSwee Tin melalui Kursus

Penglahiran Bakat dan

Karya Kreatif, Penulisan

Cerpen dan Novel danPenulisan Puisi dan

Drama serta Dr Kamariah

Kamarudin (Kursus Teori

Kesusasteraan).

I Meminati dan

mengagumi karya

Sasterawan Negara (SN),Prof Emeritus Datuk Dr

Shahnon Ahmad, SN

Allahyarham Datuk (Dr)

Usman Awang, SN Datuk(Dr) A Samad Said dan

beberapa penulis lain

seperti Azizi Abdullah,

Faisal Tehrani, Nisah Haronserta Shamsudin Othman.

ICerpennya, BungaTelur Kenduri Kahwin

memenangi Hadiah

Penghargaan Hadiah

Sastera Kumpulan Utusan­ExxonMobil (HSKU) 2010

Kategori Cerpen Remaja.

BERA marah kepadapenjual durian belumlagi reda, anak-anak

pula buat hal. Abang Syawalmenarik muka cemberut.

Darahnya menyerbu ke muka.Jangan-jangan ada yanghendak tegur. Nanti diba­liknya maki hamun. AbangSyawal memang panas baranorangnya. Macam orangyang makan durian. Cepatsaja panas badan. Tetapiada caranya menghilangkankepanasan itu. Petua ayah,ambil kulit durian yang dima­kan dan masukkan sedikit air

dalam pangsa kulit durian itu.Kemudian minum. Harapnyapanas menjaram di dalambadan hilang, tidak punkurang.

Kebetulan ketika itu aku \singgah sebentar di rumahnya 1

sebelum aku pulang kekampung menJenguk ibudan ayah. Dengar aku mahupulang ke kampung AbangSyawal mahu kirimkansesuatu kepada ibu danayah. Sebab itulah aku sing­gah sebentar di rumahnyauntuk mengambil pesananitu. Abang Syawal kalau dahberleter mengalahkan perem­puan. Kak Seri pun kalah. "Tak

'guna punya penjual durian,ditipunya aku hidup-hidup.Dahlah dicekeknya darahku."

Mulanya aku sekadarmimelinga. Biarlah AbangSyawal menghabiskan rasatidak puas di hatinya yangmenimbun bukit itu. Tetapilama kelamaan carutan AbangSyawal semakin menjadi-jadipula seperti orang yang tidakada iman. Bukankah amarah

itu api syaitan? Maka sebagai

seorang Islam kekuatan imanadalah sebagai pendinding­nya. Ayah selalu menasihatikami adik-beradik. "Jangandilawan dan dituruti nafsu

syaitan itu. Pergilah berwuduksecepat mung kin. Segalakekeruhan akan segera ter­luntur bersama-sama jirusanwudukitu."

"Dahlah. Mungkin iturezekinya. Rezeki yang telahditetapkan oleh Allah SWT,"Aku menghulur air penyejuk.Moga-moga hati yang meng­

gelodak panas menjadi suam,"Rezeki, rezekijuga. Takkan

nak bagi makan anak binidengan duit yang haram.Mana nak cari keberkatannya."Abang Syawal masih tidakmengaku kalah.

"Satu kilo RM10. Kalau tiga

PENGARANGkreatif dipelawa menghantar cerpenbermutudanbermoral untuk halamanKreatif, Rona,BeritaHariansertadihantar melalui e-mel: [email protected] menyertakanbiodata, nomborkadpengenalan,alamat lengkap,nombor telefon, gambaryangjelas berukuran2megabait menggunakansistemJPEG.Karyatidak boleh melebihi 150baris.Karyayang tidak terpilih tidakakandikembalikan. NomborakaunMaybankatau (1MBdanno kadpengenalanperlu disertakan bagi urusanpembayaranhonororiumjika karyadisiarkan.

Page 3: MOHD HELMI AHMAD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/20667/1/scan0021.pdf · Aku tidak mahu Abang Syawal terasa hati. "Aku cakap fasal durian. Dah kau pergi melalut sampai

biji itu beratnya dah lima kilomahu tak RMSOharganya.Kata durian dari baka cantik.

Apa gunanya kalau duri saja. cantik, tetapi isi di dalam tak

sehebat secantik kulitnya."Pedas.Tajam. Kata-kataAbang Syawal mengandungsindiran. Kerana anak-anaklah

dia sanggup membeli buahdurian itu. Kalau tidak tunggumusim durian jenuh, barulahAbang Syawal berkira-kiramahu membelinya. Padamasa itu harga durian akanjatuh. Sudah sehabis ikhtiarAbang Syawal menahannafsunya untuk menikmati

. durian. Bukannya tidak tahu,Abang Syawal memang hantudurian. Pantang nampak duri­an, sebiji dimakannya habis.

"Dalam satu biji durian itutak semua pangsanya elok.Macam juga dalam sebuahkeluarga, anak-anak tak sama

perangainya. Ada yang jenis­nya mahukan belaian manja,ada yang nakai, ada yangbijak, ada pula yang kurang­nya. Kita sebagai ibu bapalahyang perlu bijak mencorak­kannya. Sabun yang dipegangdi tanganjangan terlalu kuat,jangan pula terlalu lembut.Nanti terlepas jatuh." Cakap­cakapku masih berlapik-Iapik.Aku tidak mahu Abang Syawalterasa hati.

"Aku cakap fasal durian.Dah kau pergi melalut sampaike sabun itu buat apa? Bukansenang aku nak cari duit nakbeli durian tu. Anak-anakbukannya faham. Sekarangbukan musim durian lagi.Durian masih takjenuh dipasaran. Mahalnya bukanmain. Itu tak bermakna pen­jual mengambil kesempatandengan menjual pada hargayang tinggi. Bila dah tiba

musim durian,jenuh di pasa­ran masa itu mereka melalak,merayu takcukup suara.Ada yang sanggup menjualserendah RMO.SOsekilogram.Masa itu barulah merekamenggelabah. Durian dahtakjadi duit. Bersepah saja didusun. Pekebun pun tepukdahi. Tupai pun dah muak nakkerjakan setiap hari."

"Itulah lumrah kehidupan.Hendak seribu daya tak hen­dak seribu dalih. Ada kala kitadi atas ada kala kita di bawah.Jadi kenalah sediakan payungsebelum hujan. Sebab orangkita malas berfikir. BukankahAllah bagi akal kepada manu­sia untuk berfikir. Ada hem is­ferakanan, ada hemisfera kiri.Durian itu bukan saja bolehdimakan begitu saja.Banyaklagi produk yang bolehdihasilkan dengan meng­gunakan durian. Misalnya

tempoyak yang popular diPerak. Kenapa kita tak komer­sialkan hingga pad a peringkatantarabangsa? Selain itu,dodol perasa durian, lempuk,jem, gula-gula perasa durian,aiskrim dan banyak lagi yang

_boleh menjadi nilai tambahbagi mengurangkan lamba­kan durian di pasaran."

Tiba-tiba saja kenanganmusim durian menjengahtiba.

"Abang ingat lagi tak peris­tiwa 20 tahun lalu (rupa-rupa­nya zaman kanak-kanak sudahberlalu 20 tahun). Masa itu

ayah ada bawa balik seuncangplastik hitam buah durian kerumah. Masa tu bukan mainseronok lagi kita adik-beradik.Meloncat-Ioncat kita. Ibuawal-awallagi dah siap tanakpulut bila ayah beritahu diakeluar untuk membeli duriandi pekan. Bukan senang nak

Page 4: MOHD HELMI AHMAD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/20667/1/scan0021.pdf · Aku tidak mahu Abang Syawal terasa hati. "Aku cakap fasal durian. Dah kau pergi melalut sampai

makan durian. Setahun seka­

lipun susah.lyalah kita bukandaripada keluarga senang.Nak cari sesuap nasi pun kenakerah tenaga sampai meleleh­leleh peluh turun."

"Belum pun lagi duriansampai ke rumah, kita dahtunggu di depan tangga dihalaman rumah.Bila nampaksaja kelibat ayah mengayuhbasikal di batas bendang, kitaberlari sekuat habis ke arah

ayah. Batas bendang yanglecah tidak kita pedulikan lagi.Apa yang penting kenikmatanmenikmati durian menjadiidaman."

"Kau ingat lagi, masa tu kaumenangis sebab tak dapatmakan durian kan? Durian

yang ayah beli semuanyaburuk. Hanya beberapa bijisaja yang elok. Ada pula yangbusuk, masam. Hidup-hiduppenjual itu tipu ayah. Tipu kitasekeluarga, Sampaikan pulutyang ibu tanak, kita terpaksamakan dengan ikan kering.Walhal pulut itu sedap kalaudimakan dengan durian ber­sama santan yang lemak itu.lepas itu letak sedikit gula.Wah, lazatnya tak tergambar.Meleleh air liur ..."

"Haha ...hahah '" hahah."

"Tapi, ayah ada cakapselepas tu. Bukan salah pen­jual durian tu. Ayah yangpilih nakkan durian tu. Sebabdurian tulah harga yang pa­ling murah. Yang lain dijualkira timbang kilo. Mana nakada duit kalau beli yang tim­bang kilo.lyalah satu kilo dahberapa ringgit. Jadi pilihanterakhir ayah beli yang sudahdilonggok ke tepi. Untung­untung elok. Tapi ayah ber­syukur sebab dalam banyak­banyak yang ayah beli, adasebiji dua yang elok. Yangkita makan. Ayah dan emaktak makan pun yang elok tu.Semuanya kita makan sampailicin. Mereka hanya tengokkita makan. Katanya biarlahanak-anak yang makan dulu.Hati mereka puas dan senang.Sampaikan durian yang tera­khir pun mereka tidak menun­jukkan minat untuk menja­mah. Selagi anak-anak tak

, menjilat jari, selagi itu janganharap mereka nak merasa.Ayah dengan emak makanyang masam saja.ltu sudahmemadai. Emak dan ayah takpernah merungut pun sebabdurian yang masam masihboleh dimakan. Masih bolehdibubuh dalam asam cabai.

Sedap. Boleh jadi lauk seping­gan dua makan dengan nasi."

Abang Syawal pandang kebakul sampah yang terpero­sok di sudut paling hujungdi ruang dapurnya. Kak Seriberada tidakjauh daripadakami. Dia sibuk melayan kere­nah anak-anaknya. Dalambakul sampah itulah AbangSyawal membuang buah duri­an yang masam. SebenarnyaAbang Syawal bukan saja

telah membuang buah durianitu, tetapi telah membuangnilai kesyukuran sekali kedalam bakul sampah itu.

"Kita harus bersyukur.Kita masih punya makanan.Makanan itu masih memberi

tenaga kepada kita untukmeneruskan kehidupan,mengerjakan suruhan AllahSWT.Di luar negara, di Bosnia,Afghanistan, Somalia, merekahidup dalam kebuluran,kemiskinan yang melampauhinggakan meragut nyawa.Kehidupan mereka sangatpapa. Mereka bekerja, men­cari makan untuk hidup.Tapi orang kita, hidup untukmakan. Hinggakan ada yangmati kerana terlebih makan,

Itu semua penyakit kronikyang dihidapi oleh orang kitabukan kerana apa, tetapi kera­na cara pemakanan kita yangtidak dikawal. Kerana terlebih

gula kita diserang kencingmanis, Terlebih garam, kitadiserang darah tinggi. Obesitidi negara kita menjadi-jadi.Bukan kerana apa, tapi hanyakeinginan yang meluap-Iuap,pengawalan nafsu yanglemah." Nasihat ayah masihbergema-gema di corongtelinga.

Abang Syawal bangunmeninggalkan aku yang bera­da di dapur. Dia terus ke ruangtamu. KakSeri memandang kearahku. Selepas itu matanyamengekori langkahan AbangSyawal. Abang Syawal mem­buka laci almari yang men­empatkan album gambar.Dikeluarkan album gambar.lalu dihenyak punggungnyake sofa. Abang Syawaltenggelam dalam kenikmatanberada di ruang yang selesadan nyaman.

Aku mengikuti AbangSyawal ke ruang tamu. Akumengambil tempat sofa yangmengadap hadapannya."Kenapa?"

"Ini kau cuba lihat. Gambar

semasa kita berniaga di pasarmalam."

Aku bangun dan mendekatiAbang Syawal. Aku cubamengingati kenangan manisitu. Yamemang benar, itugambar ketika kami curi-curimengikut PakSidek berniagadi pasar malam, Kerana curi­curi berniaga itulah kami telahmenipu ayah dan emak. Kamicakap kami nak ke rumahkawan ulang kaji pelajaran.Tapi sebenarnya kami kepasar malam untuk meno­long PakSidek menjual buahdurian. Abang Syawal bijakmatematik. Jadi dialah yangtolong PakSidek mengira.Pada malam itu Abang Syawalmenjadi akauntan tak ber­tauliah buat seketika. Aku pulatolong-tolong bersihkan kulitdurian dengan berus. Dantugasku lagi melaung-Iaung,menarik hati pelanggan untuksinggah ke gerai kami untukmembeli durian. Kata Pak

Sidek, aku bijak bermain kata.Sebab itu dia terima aku untuk

bekerja dengannya. Sejak itusetiap minggu kami bolehmenikmati durian. Ada jugayang kami bawa balik. Mula­mula ayah tidak mengesyakiapa-apa, tetapi setelah lamajuga kami sembunyikanperkara itu akhirnya terbong­kar juga. Ayah kecewa sebabdia tidak pernah mengajaranak-anaknya menipu. Tapisetelah kami jelaskan kepadaayah, ayah memaafkan kami.Dan kami janji tidak akanmenipu lagi.

"Kau nak balik ke kampungbila?"

"Esokpagi.""Balik naik apa?""Bas,Tiket dah ambil. Jam

7 pagi. Itulah kalau Abangtak ada apa-apa kerja, bolehtolong hantarkan saya keHentian Pudu Sentral!"

"Oh, sebelum terlupa,abang suruh saya datangke rumah abang, kata adabenda yang nak dikirim, Manabendanya?"

"Esok pagi saja abang beri­kan."

Azan Subuh berkuman­

dang. Selepas membersihkandiri, mengambil wuduk akubersujud ke atas hak pemilikbumi ini. Pada Dialah kuserah­

kan segala amalanku.Beg siap dikemas. Aku

keluar dari bilik. Abang Syawaldan Kak Seri masih berkurungdi dalam bilik. Aku menujuke bilik mereka, Tangankusedia mengetuk pintu bilik.Baru mahu mengangkat tan­gan, tiba-tiba Abang Syawalmembuka daun pintu. AbangSyawal mengheret sebuahbeg. Barangkali itulah barapgyang hendak dikirim. Entahapa isi di dalamnya. "Takkanabang masukkan buah durianke dalam beg dan nak kirim kekampung. Besar sangat begtu." Selorohku.

"Bukan setakat buah durian

yang abang nak kirimkan,kalau boleh dengan pokok­pokoknya sekali. Ada-ada sajaadik abang ni. Sebenarnyaabang nak kirim KakSeri dananak-anak abang bersertaabang sekali ke kampung.Setelah kami berbincang."

"Saya tak faham.""Eh, belajar tinggi-tinggi

pun tak faham lagi. Cakapambiljurusan bahasa, takkanayat mudah macam tu pun takfaham."

IIHee ...."

"Sebenarnya kami nak ikutadik pulang ke kampung. Nakjengukayah dan ibu. Rasarindu pula." Terang KakSerio

"Elok sangatlah tu. Nantidalam perjalanan kalau adaorang yang menjual duriandi tepi jalan, kita singgah beli.Dah lama tak makan pulutdurian santan kelapa. Dah tibamasanya kita bagi ayah danmak makan durian baka yangterbaik."