Kajian Spesifikasi Peralatan ICT Sedia Ada Berbanding Keperluan dan Teknologi Semasa di Agensi Nuklear Malaysia Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman Aslan, Mohd Hafez Mohd Tahir Pusat IT, Bahagian Sokongan Teknikal, Agensi Nuklear Malaysia, 43000 Kajang, Selangor Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT yang pesat, kerajaan Malaysia telah merancang dan memperkenalkan pelbagai perancangan dan inisiatif berasaskan ICT. Di dalam Economic Transformation Program (ETP) perkara ini di sebut di dalam Bab 13 dokumen ETP yang bertajuk Communication Content & Infrastructure. Dalam menjayakan semua perancangan ini, sudah pasti kesediaan insfrastruktur ICT yang mapan adalah amat mustahak. Peralatan ICT tidak hanya difokuskan kepada komputer semata-mata, tetapi juga peralatan lain yang menyokong dan meningkatkan lagi tahap kegunaan komputer itu sendiri. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil dapatan kajian spesifikasi peralatan ICT yang sedia ada berbanding keperluan dan teknologi semasa dan akan datang bagi menyokong dan menjayakan inisiatif yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Katakunci : kesediaan infrastruktur, spesifikasi peralatan ICT 1.0 Pengenalan -- Persekitaran Infrastruktur Komputer di Agensi Nuklear Malaysia Selaras dengan usaha kerajaan untuk sentiasa memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat, elemen ICT dalam perkhidmatan awam adalah antara kaedah yang telah dikenalpasti bagi mencapai matlamat tersebut. Ia telah diterapkan ke seluruh pejabat-pejabat kerajaan di seluruh negara dan Nuklear Malaysia adalah antara agensi kerajaan yang terawal mengadaptasi penggunaan ICT dalam perkhidmatan. Saiz pengguna kini yang melebihi 1000 orang dan dengan saiz kawasan melebihi 272 ekar, Nuklear Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah organisasi bersaiz besar mengikut terma ICT di Malaysia. [rujukan]. Infrastruktur komputer ini turut disokong oleh sistem rangkaian setempat yang telah pun mencecah end-to-end connection 1Gbps menggunakan kabel fiber optik sebagai tetulang dan UTP CAT5e dan juga CAT6 sebagai horizontal cabling. Semua infrastruktur ini adalah amat penting, saling berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain. Tidak lupa juga infrastruktur server yang turut memainkan peranan penting dan kombinasi infrastruktur komputer di Agensi Nuklear Malaysia. Kertas kerja ini akan membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan hasil kajian spesifikasi komputer desktop yang digunapakai di Nuklear Malaysia dan membuat beberapa perbandingan dengan institusi lain.
13
Embed
Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kajian Spesifikasi Peralatan ICT Sedia Ada Berbanding Keperluan dan Teknologi Semasa diAgensi Nuklear Malaysia
Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman Aslan, Mohd Hafez Mohd TahirPusat IT, Bahagian Sokongan Teknikal,
Agensi Nuklear Malaysia, 43000 Kajang, Selangor
Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT yang pesat, kerajaan Malaysia telah merancang dan
memperkenalkan pelbagai perancangan dan inisiatif berasaskan ICT. Di dalam Economic
Transformation Program (ETP) perkara ini di sebut di dalam Bab 13 dokumen ETP yang bertajuk
Communication Content & Infrastructure. Dalam menjayakan semua perancangan ini, sudah pasti
kesediaan insfrastruktur ICT yang mapan adalah amat mustahak. Peralatan ICT tidak hanya
difokuskan kepada komputer semata-mata, tetapi juga peralatan lain yang menyokong dan
meningkatkan lagi tahap kegunaan komputer itu sendiri. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil
dapatan kajian spesifikasi peralatan ICT yang sedia ada berbanding keperluan dan teknologi semasa
dan akan datang bagi menyokong dan menjayakan inisiatif yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.
Data-data mentah yang diperolehi hasil dari penggunaan perisian FreePCAudit di simpan dalam
bentuk fail .txt. Walaupun perisian tersebut membenarkan data di simpan dalam beberapa bentuk yang
lain, pada peringkat kajian kali ini kami memilih untuk menyimpannya dalam bentuk teks. Ini kerana,
pihak petugas perlu memasukkan maklumat no siri MyAsset sebagai maklumat tambahan yang
diperlukan. Maklumat berkenaan rekod MyAsset ini boleh digunakan oleh jawatankuasa MyAsset
kelak untuk membuat pemeriksaan silang (cross-check) berkaitan ketepatan data yang ada di dalam
rekod pangkalan data. Ini kerana, kadangkala komputer yang bertukar pemilik tidak dimaklumkan
kepada pihak jawatankuasa MyAsset di Pusat IT.
Satu aturcara khas ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan Phyton untuk menyusun maklumat
tersebut ke dalam Microsoft Excel bagi memudahkan pengiraan dan paparan maklumat yang
dikehendaki. Walau bagaimanapun untuk kajian peringkat permulaan ini, kaedah manual lebih
banyak digunakan memandangkan data yang tidak begitu banyak untuk diproses.
3.1 Pembersihan dan Pemilihan Data
Terdapat sedikit masalah yang tertentu pada data yang dikutip menggunakan perisian FreePCAudit.
Beberapa buah computer yang di audit tidak memberi maklumat yang sepatutnya. Tidak dapat
dipastikan apakah punca sebenar kepada masalah ini, namun kaedah manual digunakan untuk
mendapatkan Maklumat-maklumat tersebut. Disebabkan untuk kajian kali ini hanya memerlukan
maklumat seperti ruang storan cakera keras (HDD), kapasiti memori (RAM), Sistem Pengoperasian
(Operating System), Maklumat ini tidak sukar diperolehi secara manual. Cuma ia memakan masa yang
sedikit panjang berbanding menggunakan perisian audit.
Satu lagi kaedah yang digunakan dalam pemurnian data ini ialah dengan meletakkan nilai yang sama
pada jenis komputer yang sama. Sebagai contoh sekiranya komputer yang ada masalah untuk
mendapatkan maklumat menggunakan perisian FreePC Audit beijenama HPDX7400, nilai bagi setiap
attribute yang diambil kira akan di ambil dari jenis dan model komputer yang sama.
Masalah lain yang dihadapi ialah bilamana terdapat komputer yang menggunakan sistem
pengoperasian Linux. Perisian FreePCAudit tidak dapat dilarikan di atasnya kerana perisian tersebut
adalah berasaskan Windows. Bagi masalah ini, 2 kaedah yang sama digunakan seperti di atas.
Kapasiti RAM
Carta 1: Perbezaan kapasiti memori bagi 413 unit komputer dalam skop kajian.
Carta 2: Perbezaan kapasiti storan bagi 413 unit komputer dalam skop kajian
3.2 Perbandingan Spesifikasi Komputer Antara Agensi Nuklear Malaysia dan Organisasi Luar
Jadual 2 : Perbezaan spesifikasi cadangan untuk komputerVenue/Komponen
W indowsAsas
WSU,Michigan
CWRU,Cleveland
GenomMalaysia
NuklearMalaysia
CPU Pentium
300MHz
Intel Core
Duo
Core 2, I3, I5,
I7
A M D Athlon
64 X2
(2.6GHz)
Intel(R)
Pentium(R) 4
CPU 2.66GHz
RAM 128Mb 1-2 Gb 4Gb 2GB DDR2
SDRAM
255.5Mb
HDD 1.5Gb 160Gb 320Gb 160GB 37.3Gb
NIC NA 10/100
Base-T
10/100/1000
Base-T
10/100/1000
Base-T
10/100/1000
Base-T
**Nota: Perbandingan hanya untuk Microsoft Windows XP Profesional sahaja **WSU - Wayne State University, Michigan **CWRU - Case Western Reserve University, Cleveland, Ohio