1 Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri [ Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-012-0048-2011 (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) ] [10 Ramadhan 1435H bersamaan 8 Julai 2013] Undang-undang Keluarga Islam – Daftar Nikah Poligami – Sama ada pernikahan Menggunakan Wali Hakim atau Wali Nasab – Subseksyen 23 (2) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Arahan Amalan - Permohonan pengesahan nikah berkaitan dengan poligami - Arahan Amalan No 4 Tahun 2007. Fakta Kes [1] Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak (Pemohon 1) dan Rabiah Bt Sabri (Pemohon 2) telah bernikah pada 27hb. Januari 2011 di Wilayah Songkhla, Thailand. Pemohon-pemohon menyatakan bahawa pernikahan tersebut telah diwalikan oleh Wali Hakim yang bernama Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf. Walau bagaimanapun, abang Pemohon 2 selaku wali nasab Pemohon 2 turut berada di dalam Majlis Pernikahan tersebut. [2] Sebelum pernikahan tersebut, Pemohon 1 telah mempunyai seorang isteri yang bernama Noorlin Bt Maaulot dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala, hasil perkahwinan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pula masih belum memperolehi cahaya mata.
33
Embed
Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak
dan
Rabiah Bt Sabri
[ Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-012-0048-2011
(Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) ]
[10 Ramadhan 1435H bersamaan 8 Julai 2013]
Undang-undang Keluarga Islam – Daftar Nikah Poligami – Sama ada pernikahan
Menggunakan Wali Hakim atau Wali Nasab – Subseksyen 23 (2) Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Arahan Amalan - Permohonan pengesahan nikah berkaitan dengan poligami - Arahan
Amalan No 4 Tahun 2007.
Fakta Kes
[1] Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak (Pemohon 1) dan Rabiah Bt Sabri
(Pemohon 2) telah bernikah pada 27hb. Januari 2011 di Wilayah Songkhla,
Thailand. Pemohon-pemohon menyatakan bahawa pernikahan tersebut telah
diwalikan oleh Wali Hakim yang bernama Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf.
Walau bagaimanapun, abang Pemohon 2 selaku wali nasab Pemohon 2 turut
berada di dalam Majlis Pernikahan tersebut.
[2] Sebelum pernikahan tersebut, Pemohon 1 telah mempunyai seorang isteri yang
bernama Noorlin Bt Maaulot dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Manakala, hasil perkahwinan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pula masih belum
memperolehi cahaya mata.
2
[3] Pemohon-pemohon telah memperolehi Surat Pengesahan Catatan Keterangan
Nikah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand dan juga
pengesahan daripada konsulat Malaysia di Songkhla. Kemudiannya, pemohon-
pemohon telah membuat permohonan di Mahkamah ini bagi mengesahkan
pernikahan tersebut.
Diputuskan
Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pindaan dan Afidavit Tambahan Pemohon 1
dan Pemohon 2 yang bertarikh 22hb. Disember 2011, Afidavit Keterangan Saksi
bertarikh 12hb. Disember 2012 dan setelah mendengar keterangan – keterangan lisan
pihak-pihak serta setelah meneliti dokumen-dokumen yang telah difailkan, maka
Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :
1) Mahkamah menolak permohonan Pemohon 1 dan Pemohon 2 berdasarkan
peruntukan seksyen 23 (2) EUUKIS 2003.
2) Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan di antara Pemohon 1 dan 2 yang
diakadnikahkan pada 27hb. Januari 2011, di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla,
Thailand adalah tidak sah mengikut Hukum Syarak.
3) Mahkamah memerintahkan agar pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2
difaraqkan mulai dari hari ini.
Peguam Syarie
Pemohon-pemohon : diwakili oleh Puan Herlina Binti Ahmad Basri dari Tetuan
Khairuddin Lina Leong & Co.
3
Surah al-Quran yang dirujuk
1. Surah al-Ahzab, ayat 37.
2. Surah al-Baqarah, ayat 282.
3. Surah al-Nur, ayat 33.
Kitab - kitab yang dirujuk
1. Dr. Wahbah al-Zuhaily. 1989. Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Jilid 7, Cet. Ketiga,
Dan budak-budak (hamba) yang kamu miliki yang menginginkan
perjanjian hendaklah kamu tuliskan perjanjian mereka, jika kamu
mengetahui ada kebaikan kepada mereka.
17
[38] Mahkamah juga merujuk Kitab Majallah al-Ahkam ‘Adliah, Madah 69 yang
memperuntukkan bahawa tulisan adalah salah satu cara pembuktian sebagaimana
berikut :
الكتاب كاخلطاب
Bermaksud : Tulisan itu seperti percakapan.
[39] Pembuktian dengan dokumentar adalah tidak bercanggah dengan Hukum Syarak
sebagaimana yang telah ditegaskan di dalam Kitab Bughyah al-Murtarsyidin
karangan al-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain, hlm. 341
menyebut:
وحكي عن احلسن وسوار القاضي وعبد اهللا العنربي أن للقاضي إذا كان يعرف خط الكاتب وختمه، له أن يقبله
Bermaksud :
Pandangan ini dipetik daripada Imam Hassan dan Shuwar al-
Qadhi dan Abdullah al-Anbariy, mereka berpendapat bahawa
seorang Qadhi boleh menerima pembuktian dokumentar sekira ia
kenal tulisan dan cop rasmi di dalam dokumen tersebut.
[40] Di dalam permohonan ini, Mahkamah turut mengambil kira keterangan
dokumentar yang dikemukakan oleh Defendan 1 dan 2 Iaitu :
i. Catatan Keterangan Nikah Khusus Dengan Kadhi Syar’i
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, No. 906. Ekshibit
bertanda “KH-3” dalam Afidavit permohonan pindaan
Pemohon 1.
ii. Surat Mengesahkan Pernikahan daripada Majlis Agama Islam
Wilayah Songkhla kepada Konsulat Jeneral Malaysia
Songkhla, Ekshibit bertanda “KH-5” dalam Afidavit
18
permohonan pindaan Pemohon 1.
iii. Surat Pengesahan Perkahwinan di Selatan Thailand yang
dikeluarkan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia kepada
Tuan Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam bertarikh
27 Januari 2011, Ekshibit bertanda “KH-5” dalam Afidavit
permohonan pindaan Pemohon 1.
Persoalan yang timbul, adakah surat-surat dan sijil tersebut boleh
diterima sebagai satu pembuktian di Mahkamah?
[41] Bagi mengulas isu ini, Mahkamah merujuk peruntukan seksyen 57(a)(iii)
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [EKMSS 2003]
yang mana ada menjelaskan berkaitan dokumen awam seperti berikut :
Dokumen yang berikut ialah dokumen awam –
(a) Dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan
(i) kuasa pemerintah berdaulat;
(ii) badan rasmi dan tribunal; dan
(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama
ada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi negara asing;
[42] Adalah jelas bahawa jika dirujuk berdasarkan peruntukan di atas, dokumen
Catatan Keterangan Nikah Khusus Dengan Kadhi Syar’i Majlis Agama Islam
Wilayah Songkhla dan Surat Mengesahkan Pernikahan daripada Majlis Agama
Islam Wilayah Songkhla kepada Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla boleh
dikategorikan sebagai dokumen awam walaupun dikeluarkan oleh sebuah badan
dan kementerian di negara asing kerana ia adalah berkaitan rekod dan daftar yang
disimpan berkaitan pernikahan orang-orang Islam yang dijalankan di sana. Namun
untuk Mahkamah menerima dokumen tersebut seterusnya memakainya
memerlukan dokumen itu diakui sah terlebih dahulu tentang kesahihan dokumen
19
itu sendiri.
[43] Tatacara bagi pembuktian bagi dokumen rasmi tertentu seperti pembuktian bagi
dokumen awam negara asing hendaklah dibuktikan sepertimana dikehendaki di
dalam peruntukan seksyen 61(1)(e) EKMSS 2003 iaitu:
Dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara
asing, melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui
oleh penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang
dimeterai dengan meterai notari awam atau pegawai konsul
Malaysia bahawa salinan itu diperakui dengan sewajarnya oleh
pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas dokuman asal
itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut undang-
undang negara asing itu.
[44] Adalah jelas bahawa pembuktian sesuatu dokumen rasmi negara asing hendaklah
mematuhi dan memenuhi dua (2) elemen berikut :
i. Dokumen itu boleh dikemukakan samada melalui dokumen asal
ataupun salinan diperakui oleh penyimpannya yang sah. Di dalam
permohonan ini ianya dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Agama
Islam Wilayah Narathiwat dan ianya adalah penyimpan yang sah.
ii. Bersama dokumen itu hendaklah disertakan suatu perakuan notari
awam atau perakuan pegawai Konsul Malaysia bahawa dokumen itu
telah diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang menjaganya.
[45] Di dalam permohonan ini satu dokumen yang dikemukakan kepada Mahkamah ini
iaitu Catatan Keterangan Nikah Khusus Dengan Kadhi Syar’i Majlis Agama
Islam Wilayah Songkhla, No. 906, yang telah diperakui oleh Konsulat Malaysia di
Songkhla melalui Pembantu Tadbir Konsulat Jeneral iaitu Rosminah Jemadi b/p
Konsul Jeneral yang telah mengesahkan bahawa dokumen itu adalah benar.
20
[46] Selain itu, ia dikuatkan lagi dengan pengesahan secara bersurat oleh Konsulat
Jeneral Malaysia di Songkhla di atas tajuk surat iaitu Surat Pengesahan
Perkahwinan di Selatan Thailand oleh Konsulat Malaysia di Thailand yang mana
surat ini dikeluarkan pada 27hb. Januari 2011 dengan no. Rujukan
SR(073A)682Vol.II dan ditandatangani oleh Konsul Jeneral di sana iaitu melalui
Pembantu Tadbir Konsulat Jeneral iaitu Rosminah Jemadi b/p Konsul Jeneral.
Isu Ketiga : Sama ada pernikahan tersebut diwalikan oleh Wali Hakim atau Wali Nasab.
[47] Isu utama yang timbul di dalam permohonan ini adalah mengenai rukun nikah
berkaitan dengan wali yang mana rukun nikah ini merupakan rukun yang paling
asas dalam menilai keesahan sesuatu pernikahan. Perkara ini ditegaskan melalui
Hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan :
ال نكاح اال بويل
Bermaksud : “Tiada nikah tanpa wali”
(HR. Abu Daud 1785, Turmudzi 1101, dan Ibnu Majah 1870).
[48] Merujuk kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jilid 7, Cet. Ketiga, hlm. 194 – 195
menyatakan bahawa :
21
Bermaksud :
“Jumhur ulama’ berpendapat bahawa akad perkahwinan tidak sah
kecuali dengan wali. Perempuan tidak berhak mengahwinkan
dirinya sendiri dan mengahwinkan orang lain, dan tidak boleh
mewakilkan orang lain yang bukan walinya untuk mengahwinkan
dirinya. Jika dilakukan juga, maka perkahwinannya itu tidak sah
meskipun perempuan itu baligh, berakal dan matang, dan inilah
pendapat kebanyakan para sahabat seperti Ibnu Umar, Ali, Ibnu
Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah dan ‘Aisyah r.a.”
[49] Dalam kitab Fiqh al-Sunnah karya Sayyid Sabiq, Juzu’ 2, hlm. 84 menyatakan
hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi :
Bermaksud :
“Dari ‘Aisyah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Mana-mana
perempuan yang menikahkan dirinya tanpa kebenaran walinya,
maka nikahnya batal, nikahnya batal. Jika suaminya telah
menyetubuhinya, maka dia berhak memperolehi maharnya, kerana
suaminya telah menganggap halal kehormatannya. Jika pihak wali
enggan menikahkannya, maka hakimlah yang bertindak sebagai
wali bagi seseorang yang tidak ada walinya.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Tarmizi)
[50] Mahkamah merujuk perenggan 7 di dalam Afidavit permohonan pindaan
Pemohon 1 dan Pemohon 2 bertarikh 22hb. Disember 2011 dan juga keterangan
lisan Pemohon 1 dan Pemohon 2 di dalam perbicaraan bertarikh 6hb. November
2013 telah menyatakan bahawa wali pernikahan tersebut adalah menggunakan
22
Wali Hakim iaitu seorang warganegara Thailand yang beragama Islam bernama
Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf.
[51] Hal ini juga selari dengan keterangan lisan Wali Nasab/Wali Akrab Pemohon 2
iaitu saudara kandung lelakinya yang bernama Anuar Bin Sabri di dalam
perbicaraan bertarikh 6hb. November 2013 yang mengakui pernikahan tersebut
telah menggunakan Wali Hakim yang bernama Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf
dan beliau turut menyatakan seperti berikut :
“Saya tidak jadi wali kepada Pemohon 2 sebab Majlis Agama
Islam Wilayah Songkhla yang uruskan”
[52] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada Afidavit Keterangan Saksi pernikahan
yang bernama Hj. Ismail Awang Bin Hj. Mohd Daud yang telah diangkat sumpah
di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla Thailand bertarikh 12hb. Disember
2012 yang menyatakan bahawa pernikahan tersebut telah diwalikan menggunakan
Wali Hakim iaitu Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf dan dinikahkan oleh Hj.
Shafie Kayem Bin Hj. Manaf merangkap jurunikah pasangan tersebut.
[53] Kenyataan berkenaan pernikahan tersebut yang menggunakan Wali Hakim turut
dinyatakan di dalam Surat Pengesahan Pernikahan yang dikeluarkan oleh Majlis
Agama Islam Wilayah Songkhla bertarikh 20hb. November 2013 yang
menyatakan di perenggan 3 seperti berikut :
“Pernikah ini diakad nikah saya yang bernama Hj. Shafie Kayem
Bin Hj. Manaf sebagai Naib Kadhi Syar-I Wilayah Songkhla
melalui wali hakim / wali am.”
[54] Isu utama yang berbangkit di dalam menentukan keesahan pernikahan dalam kes
ini ialah sama ada penggunaan Wali Hakim itu adalah sah di sisi Hukum Syarak
dengan adanya Wali Nasab / Wali Akrab di dalam majlis pernikahan.
23
[55] Perpindahan wali daripada Wali Nasab kepada Wali Hakim juga tidak sepatutnya
wujud di dalam pernikahan tersebut kerana Mahkamah mendapati bahawa
sewaktu pernikahan tersebut berlangsung, Wali Nasab / Wali Akrab Pemohon 2
iaitu saudara lelaki kandungnya yang bernama Anuar Bin Sabri berada di dalam
majlis pernikahan tersebut. Mahkamah mendapati jarak diantara tempat Wali
Nasab berada sewaktu pernikahan itu berlangsung tidak melebihi dua marhalah
(lebih 90 kilometer) yang membolehkan penggunaan Wali Hakim.
[56] Berkaitan isu jarak di antara tempat majlis akad nikah dengan tempat wali nasab
berada ketika majlis pernikahan berlangsung, Mahkamah merujuk di dalam Kitab
Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, jilid 4, hlm. 272-273, ada
menyebut:
ا زوجه من فوقه من الوالة أو خليفته، وكما ال جيوز لواحد تويل الطرفني ال نكاح من ال ويل هل
.جيوز أن يوكل وكيال يف أحدمها أو وكيلني فيهما يف األصح
Bermaksud :
Sekiranya wali yang paling dekat sama ada wali itu secara nasab
atau memerdekakan tiada atau ghaib dalam lingkungan 2
marhalah dan tiada wakilnya hadir di tempat itu, atau jarak yang
jauh yang mengharuskan qasar sembahyang. Maka hak untuk
menikahkan seseorang wanita berpindah kepada pemerintah iaitu
Sultan di Negeri tempat wanita tersebut berada atau naibnya,
wanita tersebut tidak boleh diakadnikahkan oleh pemerintah di
Negeri yang lain dan tidak boleh diakadkan oleh wali ab’aad
(jauh) menurut pandangan Asah…
[57] Di dalam Kitab karangan al-Imam al-Imraniy, Al-Bayan fi Fiqh al-Imam al-
Shafi’i, jilid 9, hlm.152 ada menyebut:
24
فإن كان على مسافة تقصر اليها الصالة جاز للسلطان تزوجيها ، ألن يف استئذانه مشقة
Bermaksud :
Sekiranya wali perempuan berada pada jarak yang mengharuskan
solat qasar maka harus bagi wali sultan menikahkan perempuan
tersebut, ini adalah disebabkan kesulitan meminta keizinan
daripada wali tersebut, dalam keadaan seperti ini maka wali itu
dikira sebagai wali yang hilang.
[58] Berdasarkan kepada beberapa rujukan muktabar yang lain, di antaranya Kitab
Bughyat al-Mustarsyidin, hlm. 238, mereka sekata membuat keputusan bahawa
kahwin lari itu adalah sah jika jarak di antara tempat tinggal wali nasab pengantin
perempuan dengan tempat berlangsungnya perkahwinan itu tidak kurang dua
marhalah, iaitu melebihi jarak 60 batu atau bersamaan 96 KM. Jika jaraknya
kurang dari itu maka hukum perkahwinan itu tidak sah. Mereka hendaklah
diakadkan semula oleh wali nasab yang masih ada.
[59] Berdasarkan Arahan Amalan No. 8 Tahun 2001 telah menggariskan bahawa
menerima pakai arahan berhubung pengesahan nikah di luar negara seumpama
perkahwinan yang dilakukan di Negara Thailand. Pengesahan nikah ini hendaklah
merujuk kepada Fatwa Negeri masing-masing yang telah diwartakan. Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke 52 yang bersidang pada Jun 2002 telah membincangkan kahwin lari di
Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di
luar negara adalah sah dengan syarat:
1- Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
2- Pernikahan itu melebihi dua Marhalah.
3- Tiada keputusan Mahkamah yang menghalang perempuan itu
berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.
25
4- Pernikahan dilakukan oleh Wali Hakim yang diiktiraf oleh
wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah
berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
[60] Isu jarak yang membolehkan Pemohon 2 menggunakan wali hakim adalah dua (2)
marhalah. Kiraan dua marhalah ini telah diterangkan oleh Sheikh Azmi Bin
Ahmad di dalam kes Saad Bin Syafie lwn. Sarimah Binti Saad & Seorang Lagi,
JH IX (2), hlm. 204 :
Dua marhalah dalam Hukum Syarak ialah 58 batu @ 60 batu.
Manakala dalam peta itu menunjukkan kilometer. Jadi diubah
daripada 58 batu @ 60 batu kepada kilometer kira-kira ialah 58 x
8 ÷ 5 jadi jumlah 58 batu itu = 92.8 kilometer @ dikira 60 x 8 ÷ 5
= jadi jumlahnya 60 batu itu ialah 96 kilometer.
[61] Merujuk kepada penghakiman yang diputuskan oleh Y.A Tuan Hj. Ismail Bin
Yahya dalam Perkara Permohonan Rukman Bin Mustapha, JH XI (1), hlm. 44,
beliau menyatakan bahawa :
Di dalam persoalan ini, ada dua perkara, pertama wali am @ wali
hakim itu mestilah ada kuasa di dalam wilayah di mana akad
nikah itu dijalankan dan keduanya jarak di antara tempat akad
nikah dijalankan itu dari tempat wali nasab berada hendaklah
tidak kurang dari dua marhalah iaitu kira-kira 96 kilometer.
[62] Berkenaan dengan susunan wali pula, Mahkamah merujuk kepada Kitab Fiqh al-
Islami Wa Adillatuhu, Juzu’ 7, hlm. 206 menjelaskan seperti berikut :
26
Bermaksud :
“Susunan kedudukan wali di sisi Mazhab Shafie ialah seperti berikut :
bapa, persaudaraan, bapa-bapa saudara sebelah bapa, orang yang
memerdekakan hamba kemudian pemerintah (sultan). Ertinya, pertama
bapa, datuk, bapa kepada datuk sehingga ke atas, kemudian saudara
lelaki seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak
lelaki kepada saudara lelaki seibu sehingga ke atas, kemudian bapa
saudara sebelah bapa, kemudian semua ahli ‘asabah daripada kerabat
seperti dalam pewarisan.”
[63] Selain itu, berdasarkan rujukan dari kitab yang sama seperti di atas di halaman
218 menjelaskan bahawa :
Bermaksud :
“Ulama’ Shafie berpendapat pada pendapat yang asah
mengatakan bahawa jika wali yang terdekat dari segi keturunan
ghaib hingga dua marhalah, yakni dia berada di tempat yang jarak
jauhnya membolehkan seseorang itu solat qasar dan dia tidak
mewakilkan kepada orang yang hadir dalam negeri tempat walinya
berada, maka sultan dalam negeri itu atau naibnya berhak
mewalikan perkahwinan. Ia tidak diberikan kepada sultan di
tempat lain dan bukannya wali ab’ad yang memegang kuasa
mengahwinkan waliannya adalah haknya. Apabila dia tidak boleh
menyempurnakan hak itu, maka hakim mengambil alih untuk
27
menjalankan haknya. Jika wali itu ghaib dan berada di tempat
yang jaraknya kurang daripada dua marhalah, maka tidak boleh
dikahwinkan waliannya melainkan dengan keizinannya mengikut
pendapat yang asah kerana tempat dia berada tidak jauh. Oleh itu,
hendaklah dirujukkan kepadanya supaya wali itu hadir
mengahwinkan waliannya atau mewakilkan kedudukannya sama
seperti orang yang bermukim.”
[64] Mahkamah mendapati bahawa di dalam situasi kes ini, wali asal Pemohon 2
(bapanya) telah meninggal dunia 20 tahun yang lalu dan hal ini juga telah
disahkan oleh kenyataan saudara lelaki kandung Pemohon 2 yang bernama Anuar
Bin Sabri yang turut hadir di dalam majlis pernikahan tersebut. Mahkamah
mendapati susunan wali nasab yang terdekat bagi Pemohon 2 adalah saudara
lelaki kandungnya. Oleh itu, pernikahan Pemohon 2 sepatutnya berwalikan wali
nasab kerana wali nasab Pemohon 2 berada di dalam majlis pernikahan dan Wali
Nasab tersebut tidak bersifat sepertimana yang diharuskan untuk menggunakan
Wali Hakim.
[65] Mahkamah selain itu juga mendapati bahawa tiada lafaz wakil wali (wakalah wali) daripada Wali Nasab kepada jurunikah kerana wali di dalam keterangannya setelah disoal oleh Mahkamah di dalam perbicaraan bertarikh 6hb. November 2013 menyatakan bahawa beliau tiada mengisi apa-apa borang wakil wali (wakalah wali). Manakala, setelah disoal oleh Mahkamah, Pemohon 2 di dalam perbicaraan tarikh yang sama juga ada menyatakan bahawa pernikahannya menggunakan Wali Hakim dan Pemohon 2 turut mengakui bahawa saudara kandung lelakinya hadir di dalam majlis pernikahan tersebut dan bertindak sebagai orang yang mengambil gambar.
[66] Asas perwakilan wali adalah kepada orang yang boleh mengakadnikahkan dan ini
menunjukkan bahawa wakil wali itu mesti kepada orang lelaki kerana syarat wali atau wakil wali itu adalah lelaki sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi Syuja’, jilid 2, hlm. 241-242 yang bermaksud :
28
“Adalah perlu bagi wali dan saksi yang muktabar bagi menjadikan
perkahwinan sah memenuhi 6 syarat bahkan lebih sepertimana
yang akan dinyatakan. Syarat pertama ; Islam yakni syarat yang
diperlukan bagi mewalikan pernikahan perempuan Islam secara
ijmak dan dinyatakan bahawa wali yang kafir boleh mewalikan
perempuan kafir. Adapun saksi nikah maka syarat Islam itu
diperlukan samada perempuan yang dinikahi itu orang Islam atau
zimmi kerana orang kafir tidak layak menjadi saksi. Syarat kedua :
Mencapai usia baligh, Syarat ketiga : Sempurna akal, justeru itu,
tidak boleh kanak-kanak dan orang gila menjadi wali kerana
kedua-dua mereka tidak layak menjadi saksi. Syarat keempat :
Merdeka, maka hamba tidak layak menjadi wali atau saksi. Syarat
kelima : Lelaki .... dan Syarat keenam : Bersifat adil”
[67] Al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal Al-Khadramiy dalam kitab
Misykat al-Misbah fi Syarh al-Adat Wa al-Salakh fi Ahkam al-Nikah, hlm. 171,
telah menjelaskan syarat wakil adalah seperti berikut :
الويل أن يصح كونه وليا يف النكاح ، ألنه قائم مقامهشرط الوكيل عن
Bermaksud :
“Syarat wakil daripada wali ialah wakil itu seorang yang layak
menjadi wali pada mengakadkan nikah, ini adalah disebabkan
wakil tersebut sebagai ganti tempat wali ”
كفاسق، ألنه ال يزوج بنته ، –أى –ولو بإذن سيده وحنوه -ي أ -فال جيوز أن يوكل عبدا
فبنت غريه أوىل
29
Bermaksud :
“Maka tidak boleh diwakilkan kepada hamba abdi sekali pun
mendapat keizinan daripada penghulu/tuannya dan tidak sah wakil
kepada orang yang fasiq kerana orang fasiq tidak boleh
menikahkan anak perempuannya, jikalau anak perempuan sendiri
tidak boleh menikahkannya, sudah tentu anak orang lain adalah
terlebih utama tidak dibenarkan menikahkannya”
[68] Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa seseorang wali boleh mewakilkan
wali kepada wakil yang hanya boleh menikahkan perwaliannya sahaja. Ini adalah
disebabkan bahawa wakil tersebut sebagai ganti tempat walinya. Merujuk kepada
kitab Dr. Wahbah Al-Zuhaili (terjemahan oleh Ahmad Shahbari Salamon et.al),
Kitab Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid VII, hlm. 294-295 menyatakan bahawa
:
“Jumhur ulama’ selain daripada ulama’ Hanafi berpendapat ....
harus bagi wali yang mujbir mewakilkan orang lain supaya
mengahwinkan perempuan waliannya tanpa keizinan perempuan
berkenaan, dan tidak disyaratkan pewakil (wali) menentukan calon
suami. Oleh itu, harus baginya mewakilkan seseorang untuk
mengahwinkan waliannya secara mutlak dan harus baginya
mewakilkan dengan bersyarat iaitu mewakilkan seseorang supaya
mengahwinkan waliannya dengan lelaki tertentu. Sementara
mewakilkan secara mutlak, iaitu mewakilkan seseorang supaya dia
mengahwinkan waliannya dengan sesiapa yang wakil itu suka“
[69] Justeru itu, seorang jurunikah boleh menikahkan seseorang perempuan itu
sama ada dengan mendapat kuasa perwakilan daripada walinya atau
dengan kuasa yang ditauliahkan kepadanya sebagai wali am / wali hakim
bilamana syarat-syarat penggunaan wali am/wali hakim seperti wali ghaib,
30
tiada wali nasab, wali enggan, wali dalam ihram,wali mahjur atau wali
berada jauh melebihi dua marhalah.
[70] Di dalam kes ini, Pemohon 1 dan 2 secara konsisten di dalam keterangan mereka
telah menyatakan bahawa mereka mendengar lafaz ijab dan qabul yang telah
dilafazkan oleh Jurunikah (Wali Hakim) tersebut sepertimana berikut :
“Aku nikahkan dikau dengan Rabiah Binti Sabri dengan berwali
hakim dengan mas kahwin RM200.00 tunai”.
“Aku terima nikah Rabiah Binti Sabri dengan mas kahwinnya
RM200.00 tunai”.
[71] Keterangan yang diberikan oleh Pemohon 1 dan 2 ini adalah iqrar dari mereka dan
berdasarkan peruntukan seksyen 17 EKMSS 2003 dijelaskan bahawa :
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang
lain berkenaan dengan sesuatu hak.
(2) Apa-apa iqrar hendaklah dibuat –
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil,
baligh dan ‘adil.
(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan
atau fakta relevan ialah qarinah.
[72] Pengetahuan tentang lafaz ijab ini hanya diketahui secara khusus oleh Pemohon 1
dan 2 sahaja selain Jurunikah atau saksi-saksi nikah tersebut. Peruntukan seksyen
78 EKMSS 2003 menyatakan bahawa :
31
“Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-
mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya”
[73] Oleh itu, keterangan Muhammad Hamzah Bin Jaafar iaitu Pendaftar Nikah Cerai
dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat melalui Afidavit bertarikh
5hb. Mei 2014 yang menyatakan wali nasab ada mewakilkan wali adalah tidak
diterima kerana tidak berada di tempat kejadian serta bercanggah dengan
keterangan Pemohon-pemohon dan pihak-pihak yang hadir di dalam majlis
pernikahan tersebut. Mahkamah juga mendapati hujahan bertulis Peguam Syarie
Pemohon-pemohon juga dilihat cuba mengelirukan pihak Mahkamah yang mana
ada bercanggah dengan keterangan yang kosisten oleh Pemohon-pemohon dan
saksi berkenaan penggunaan wali.
[74] Mahkamah merujuk kepada kes Zainal Abidin Bin Mohamed lwn. Norziah Binti
Mohd Nor, JH 12 (1), hlm. 96-97 di mana Y.A Dato’ Ismail Bin Yahya
menyatakan :
Di dalam kes ini, semasa akad nikah antara Tengku Zainul Hisham
Bin Tengku Hussin dengan Norziah Binti Mohd Nor dalam tahun
1992, wali Norziah ialah bapanya Mohd Nor Bin Osman. Mengikut
keterangan yang dikemukakan, Mohd Nor mewakil wali bagi
mengakadkan nikah Tengku Zainul Hisham Bin Tengku Hussin
dengan Norziah kepada anaknya yang bernama Mohd Fuzi Bin Mohd
Nor, Mohd Fuzi pula mewakilkan wali kepada Hj. Mokhtar untuk
mengakadkan nikah. Akad nikah berkenaan dilakukan di dalam
sebuah bilik di Primula Hotel Kuala Terengganu tanpa Mohd Nor
(bapa Norziah) sedangkan Mohd Nor berada tidak sampai satu
kilometer dari Primula Hotel........ Di dalam kes ini, Mohd Nor
sepatutnya mewakil wali sendiri kepada Hj. Mokhtar untuk
nikahkan Norziah dengan Tengku Zainul Hisham. Oleh demikian
32
saya berpendapat akad nikah di antara Tengku Zainul Hisham
dengan Norziah itu adalah fasid. Perkara ini baru diketahui oleh
saya pada 25 Ogos 1997 dan dengan itu saya telah perintah firaq
antara Norziah dengan Tengku Zainul Hisham...”
[75] Bagi kes ini, berpandukan kepada ketiadaan perwakil walian oleh wali Pemohon 2
dibuat dan melihat kepada lafaz ijab dan qabul yang diucapkan oleh Jurunikah
semasa majlis akad nikah tersebut, Mahkamah dapati bahawa syarat rukun nikah
berkaitan dengan wali gagal dipenuhi.
[76] Oleh kerana salah satu rukun nikah gagal dipenuhi berdasarkan Hukum Syarak,
maka secara tidak langsung ia telah menyebabkan rosaknya (fasid) pernikahan
tersebut. Justeru itu, pernikahan di antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb.
Januari 2011 adalah tidak sah dan mereka berdua wajar dipisahkan (faraq).
Persetubuhan yang berlaku antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 selepas daripada
pernikahan tersebut adalah wati’ syubhah berdasarkan kepada penulisan Wahbah
al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu halaman 688 :
Bermaksud :
“Persetubuhan Syubhah ialah hubungan jenis bukan zina dan
tidak berasaskan di atas akad perkahwinan yang sah atau
perkahwinan yang fasid”.
33
Keputusan
Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pindaan dan Afidavit Tambahan Pemohon 1
dan Pemohon 2 yang bertarikh 22hb. Disember 2011, Afidavit Keterangan Saksi
bertarikh 12hb. Disember 2012 serta Afidavit bertarikh 5hb. Mei 2014 dan setelah
mendengar keterangan – keterangan lisan pihak-pihak serta setelah meneliti dokumen-
dokumen yang telah difailkan, maka Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti
berikut :
1) Mahkamah menolak permohonan Pemohon 1 dan Pemohon 2 berdasarkan
peruntukan seksyen 23 (2) EUUKIS 2003.
2) Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan di antara Pemohon 1 dan 2 yang
diakadnikahkan pada 27hb. Januari 2011, di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla,
Thailand adalah tidak sah mengikut Hukum Syarak.
3) Mahkamah memerintahkan agar pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2