Top Banner
Membedah Demokrasi Oleh Hj Mohamad Sabu
22

MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

Feb 25, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

Membedah Demokrasi

Oleh

Hj Mohamad Sabu

Page 2: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

2

Membedah Demokrasi (1)

Oleh

Hj Mohamad Sabu

Shah Iran yang bermazhab Shiah dan penasihat agamanya adalah terdiri dari ulamak Shiah. Kerajaan Shah amat pro barat dan menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel. Amerika dan tenteranya menjadi penasihat kepada Shah Iran dan rakyat Amerika diberi layanan istimewa di Iran. Iran juga menjadi pembekal minyak kepada Israel di bawah rejim Shah. Selepas perang 1967 negara-negara Arab membuat embargo minyak kepada sekutu Israel – Iran tidak mengindahkan seruan Al Malik Faisal untuk embargo minyak terhadap sekutu Israel. Imam Khomeini mengetuai rakyat Iran melancarkan revolusi dan menumbangkan kerajaan Shah yang disokong oleh Amerika, Israel dan sekutu Eropah. Imam Khomeini bermazhab Shiah dan melancarkan revolusi menjatuhkan kerajaan Shah Iran yang juga bermazhab Shiah. Ribuan anak muda ditembak oleh polis Shah, Black Friday 1978 mencatatkan sejarah hitam, polis Iran bersenjata lengkap membunuh pelajar dan anak muda yang tidak bersenjata. Bukan revolusi Shiah melawan Shiah, tetapi revolusi “merebut kuasa”. Mustad’afin melawan mustakbirin, yang ditindas (oppressed) melawan yang menindas (oppressor) , ini bukan soal mazhab. Selepas tentera Russia kalah dan berundur dari Afganistan, pasukan Mujahidin bertelagah sesama sendiri. Kumpulan Hekmateyar, Burhanudhin Rabbani, Abdul Rasul Sayat, Ahmad Shah Mas’ood dan beberapa kumpulan lain tidak dapat mencari penyelesaian dan perdamaian. Allahyarham Ust. Fadhil Mohd Noor di antara pemimpin gerakan Islam yang menjadi orang tengah mendamaikan puak Mujahidin di Mekah. Setelah bersalaman dan ikrar perdamaian, Ustaz Fadhil pulang ke KL. Belum pun sampai di Airport KL, Mujahidin bertempur semula. Taliban pula muncul dan memerangi pasukan Mujahidin yang memerintah. Akhirnya Mujahidin tewas di tangan Taliban. Pertempuran sesama Mujahidin dan pertempuran dengan Taliban, rakyat Afganistan yang terkorban lebih tiga kali ganda daripada rakyat Afganistan bertempur dengan tentera Russia. Pertelagahan antara Mujahidin dan Mujahidin dengan Taliban bukan soal mazhab, sebalik soal merebut kuasa. Pertelagahan di Somalia di antara golongan nasionalis sekular (atas nama apa pun) dengan kumpulan Islamis radikal, menyebabkan lebih 80,000 rakyat Somalia terkorban. Semua penduduk Somalia terdiri dari mazhab yang sama, peperangan berlaku soal merebut kuasa dan bukan soal mazhab.

Page 3: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

3

Perselisihan antara Sudan (tentera Janjawid) dengan Dafur (Islam Afrika) juga terdiri dari mazhab yang sama. Pertelagahan soal kuasa dan tuntutan wilayah autonomi dan bukan soal mazhab. Belasan ribu rakyat Dafur terkorban walaupun menganut mazhab yang sama. Syria di bawah regim Baath Basyar Al-Asad tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel. Pertubuhan-pertubuhan yang melawan Israel dibenarkan membuka pejabat dan beroperasi di Syria. Samada Hezbollah, Jihad Islam, Hamas, Kumpulan Ahmad Jibril, Kumpulan George Habash, Kumpulan Laila Khalid – dibenarkan membuka pejabat dan beroperasi di Syria. Negara Arab lain, Saudi, Jordan, Mesir (sebelum Mursi) langsung tidak membenarkan pejuang Palestine membuka pejabat dan beroperasi di negara mereka. Rekod hak asasi manusia di bawah Basyar Al-Asad memang buruk. “Arab Spring” memberi peluang kepada rakyat Syria untuk membuat perubahan. Demontrasi tangan kosong akhirnya golongan bersenjata menyelinap dan bertempur dengan pasukan keselamatan Syria. FSA pula disokong oleh USA, Britain, Perancis, Saudi, Qatar – yang sama kita tahu di Saudi dan Qatar tidak ada demokrasi di negara mereka. Akhirnya tuntutan demokrasi menjadi pertarungan senjata dan merebut kuasa di Syria. Bukan soal pertarungan mazhab seperti yang di propagandakan. Pertarungan di Syria adalah seperti pertarungan pengikut Khomeini dan kerajaan Shah, bukan soal mazhab tetapi soal kuasa. Pertarungan Islamis dan kerajaan Somalia, bukan soal mazhab tetapi soal kuasa. Pertarungan antara kumpulan Mujahidin Afganistan dan Taliban, bukan soal mazhab tetapi soal merebut kuasa. Pertarungan Dafur dan tentera Janjawid Sudan bukan soal mazhab tapi soal kuasa. Pertarungan di Syria juga bukan soal mazhab, tetapi soal merebut kuasa. Catatan dalam facebook pada 15 Ogos 2013

Page 4: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

4

Membedah Demokrasi (2)

Oleh

Hj Mohamad Sabu Apabila saya ikuti perkembangan di website, facebook, tweeter, akhbar-akhbar tabloid yang dipunyai oleh parti pemerintah dan sebahagian daripadanya dimiliki oleh parti yang tidak memerintah seperti akhbar Harakah, Keadilan, Roket, buletin-buletin daripada PSM, dan berbagai-bagai daripada siaraya yang dikeluarkan oleh berbagai pihak di Malaysia sekarang ini menyentuh hal inflasi dan kenaikan harga barang serta sara hidup. Saya ingin tegaskan sekali lagi, nampaknya pemerintah berjaya memutar pemikiran rakyat untuk berbincang hal berkaitan kenaikan harga barang, kenaikan sara hidup, kenaikan kos perkhidmatan. Rakyat terpengaruh dengan hujah-hujah pemerintah, yang berkaitan dengan kenaikan harga barang, kos perkhidmatan, kos sara hidup tidak dapat dielakkan. Oleh itu, saya ingin tegaskan sekali lagi, rakyat hendaklah dibawa untuk berbincang tentang punca yang berlaku berkaitan kenaikan harga barang, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kos perkhidmatan. Punca inilah yang cuba diselubungi atau ditutup oleh Umno dan Barisan Nasional, sebab mereka ingin lari daripada bertanggung jawab tentang keadaan suasana yang berlaku hal berkaitan kenaikan harga barang sekarang ini. Punca utama negara Malaysia dan rakyatnya terpaksa memikul bebanan yang dahsyat, tidak lain dan tidak bukan adalah akibat daripada rasuah, ketirisan, nepotisma dan berbelanja dengan boros. Ini adalah di antara perkara yang menyebabkan wang negara dibelanjakan secara tidak betul, di mana telah didedahkan berulang kali setiap tahun oleh Laporan Jabatan Audit Negara tentang bagaimana kerajaan berbelanja dengan wang rakyat. Daripada skandal “mee maggi” sebungkus yang berharga lebih kurang 0.30 sen, telah dibeli oleh kerajaan pemerintah dengan harga lebih daripada RM2.00. Telah didedahkan juga bagaimana sebuah teropong di Jabatan Laut yang berharga di pasaran lebih kurang RM1900, kerajaan telah membeli dengan harga RM19,000. Telah didedahkan juga bagaimana sebuah komputer yang berharga RM4000, kerajaan Barisan Nasional telah membelinya dengan harga lebih RM40,000. Telah didedahkan juga bagaimana sebuah jam dinding yang berharga sekitar lebih kurang RM100, kerajaan telah membelinya dengan harga lebih RM3700.

Page 5: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

5

Pendedahan, demi pendedahan...., demi pendedahan..., rakyat kurang mengambil perhatian soal rasuah dan dosa rasuah. Sebab itu di dalam Islam, meletakkan soal pemberi rasuah dan penerima rasuah tempatnya adalah di dalam neraka. Alasan diberi oleh orang awam, di mana setengah-setengah Ustaz mengatakan biarlah mereka yang terlibat itu masuk neraka. Dan kita tidak ada kena mengena dengan mereka. Tetapi apa yang berlaku sekarang akibat rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan wang rakyat, maka orang ramailah yang memikul segala bentuk bebanan yang telah dilakukan oleh para perasuah dan para penyeleweng. Ada beberapa orang anggota polis yang telah melakukan rasuah dan penyelewengan, akibatnya seluruh anggota polis sekarang menanggung beban kenaikan harga barang, kenaikan sara hidup, kenaikan harga pengurusan daripada bocornya wang negara. Ada juga beberapa pegawai kerajaan telah melakukan rasuah dan penyelewengan, dan akhirnya seluruh pegawai kerajaan memikul bebanan akibat daripada wang negara yang telah dibelanjakan secara tidak betul, wang negara lesap dan hilang. Ada orang-orang politik yang ikhlas bekerja, berjuang untuk membela rakyat, tetapi ada juga di antara orang-orang politik ini yang melakukan penyelewengan, berbelanja boros, rasuah, menyalah gunakan kuasa, dan akhirnya seluruh rakyat, samada mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta, atau rakyat awam telah menanggung beban akibat daripada rasuah dan penyelewengan ini. Sebab itulah, soal rasuah dan soal penyelewengan, amatlah perlu diperangi. Saya berkeyakinan penuh di mana golongan agama di kalangan orang Islam, para ulama, amatlah berpengaruh dalam masyarakat. Apabila mereka bercakap hal Syiah, maka dalam masa lebih kurang satu tahun isu itu berkumandang dan menarik perhatian masyarakat. Saya yakin jikalau golongan agama ini, tumpu kepada hal rasuah, penyelewengan, ketirisan, salah guna kuasa, dalam masa tidak sampai satu tahun ataupun dua tahun fikiran rakyat akan berubah, akan melihat perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa itu amat jijik dan kotor sehingga boleh membawa kepada bankrapnya negara dan akhirnya rakyat yang menanggung penderitaan ini. Oleh itu kita harap, apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini dengan kenaikan minyak, kenaikan harga elektrik, kenaikan harga tol, kenaikan harga gula dan pemotongan belanjawan pembangunan dan sebagainya, sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak. Salah satu langkah untuk membuat perubahan ini ialah di mana pilihan raya yang akan datang, rakyat wajib menukar pemerintah terutama di peringkat pusat (federal) biarlah parti lain, kumpulan lain mengambil alih pemerintahan, lalu menunjukkan cara pemerintahan dan persembahan mereka supaya negara ini diikhtiarkan untuk diselamatkan daripada “buaya darat” yang mengaut kekayaan tanpa belas kasihan, yang akhirnya orang awam dan rakyat menanggung derita.

Page 6: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

6

Di tengah-tengah penderitaan rakyat ini, bayangkan timbul pula cerita iaitu anak Perdana Menteri dikatakan membeli rumah bernilai lebih daripada USD 30 juta di Amerika. Di tengah-tengah penderitaan ini, masih lagi isteri Perdana Menteri menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk pergi ke luar negara. Di tengah-tengah penderitaan rakyat ini juga, kita lihat soal rasuah, nepotisma, ketirisan masih juga lagi berterusan. Oleh itu, tiada jalan yang lain untuk menyelamatkan Malaysia, menyelamatkan ekonomi, menyelamatkan penderitaan rakyat, melainkan rakyat hendaklah bersedia untuk menukar pemerintah. Lihatlah pula pemerintah baru, untuk menunjukkan prestasi pemerintahan mereka. Jikalau pemerintah baru ini pula melakukan kerja yang sama seperti yang telah dibuat oleh Barisan Nasional, maka pemerintah baru ini pula dihukum juga oleh rakyat. Apabila rasuah dapat dikurangkan, ketirisan juga dapat dikurangkan, yakinlah bahawa yang akan mendapat kebahagiaan ialah rakyat jelata, rakyat awam. Inilah seruan saya kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, benci kepada rasuah dan penyelewengan, benci kepada kekayaan yang dimiliki oleh orang-orang politik tanpa melalui gaji dan elaun yang sesuai. Kerajaan menuju bankrap bukan kerana gaji menteri, bukan kerana elaun wakil rakyat, bukan kerana gaji pegawai kerajaan. Gaji menteri, elaun wakil rakyat DUN dan Parlimen, gaji pegawai kerajaan masih rendah, tetapi negara menuju bankrap kerana rasuah, tiris, nepotisma dan penyelewengan bukan kerana gaji wakil rakyat, kerana seperti laporan audit negara faktor ketirisan yang begitu nyata, pemborosan, salah guna wang rakyat, menggunakan wang untuk bahan politik. Inilah yang menjadikan negara menuju kebankrapan, soal rasuah, tiris, pembaziran, penyelewengan dan nepotisma. Hentikan segala bentuk retorik kosong, letakkan rasuah, ketirisan, penyalah gunaan kuasa ialah satu dosa yang perlu kita perangi, yang perlu kita tamatkan pada masa yang terdekat ini. Catatan dalam facebook pada 2 Jan 2014

Page 7: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

7

Membedah Demokrasi (3)

Oleh

Hj Mohamad Sabu Tafsir Ayat : Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? # (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). # Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. # Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (Surah Al-Fajr ; Ayat 10-13) Pengajaran daripada Al-Quran tentang sifat thagut, melampui batas, bermaharajalela, melakukan kerosakan di atas muka bumi, dan di atas keterlaluan, kekejaman, kezaliman, penindasan, maka Allah azabkan sesuatu kaum, sesuatu pemerintah di suatu tempat itu yang dikisahkan di dalam Al-Quran terlalu banyak. Kisah-kisah dan pengajaran yang diperolehi daripada sejarah yang silam. Ciri-ciri kejatuhan sesebuah kerajaan atau empayar adalah serupa sahaja samada metodologi, sebab musabab kejatuhan sesebuah kerajaan. Kita berbangga dengan pembinaan tembok besar negeri China, tetapi untuk menyiapkan tembok besar itu, berlaku sistem perhambaan dan penindasan terhadap para pekerja oleh maharaja-maharaja China yang menguasai pemerintahan pada masa atau waktu itu. Untuk menyiapkan piramid, ataupun binaan-binaan yang begitu kukuh, sudah tentulah melalui sistem perhambaan, kerahan tenaga yang digunakan oleh Maharaja Firaun untuk menunjukkan kebesarannya, kehebatannya dengan menindas rakyat dan menghabiskan harta rakyat untuk membina kemegahan pemerintahan Firaun. Ciri-ciri kejatuhan kerajaan Rom, ciri-ciri kejatuhan kerajaan Uthmaniyah Turki, ciri-ciri kejatuhan kerajaan Islam Moghul di India, jikalau dilihat daripada sudut sejarah, ianya adalah sama, iaitu apabila pemerintah melakukan segala bentuk kezaliman, pembaziran, menunjuk-nunjuk kehebatan menguasai pembangunan dan membina mahligai-mahligai pemerintahan. Maka rakyat telah hilang daya juang untuk mempertahankan pemerintah, apabila diserang daripada dalam atau diserang daripada luar. Apabila khalifah atau sultan asyik membina kekuatan termasuk mempamirkan kemegahan, meletakkan batu-batu permata yang begitu mahal di tengkolok mereka, juga meletakkan batu-batu permata hiasan di pedang-pedang kebesaran mereka, membina istana-istana yang begitu hebat, memiliki isteri-isteri dan hamba-hamba yang diletakkan di dalam “harem”. Semua kemewahan itu, kehebatan itu, semuanya ada dipamerkan dalam muzium istana topkapi di Turki.

Page 8: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

8

Lihat pula kehebatan Taj Mahal, kehebatan Red Fort di New Delhi, kehebatan istana Humayun di Delhi, semuanya itu menggambarkan kehebatan pemerintahan Moghul dari sudut kebendaan, tetapi apabila kemewahan melampaui, penindasan kepada rakyat berleluasa. Yang “pelik bin ajaib” nya, ada pula ulamak yang menyokong pemerintahan yang zalim, membazir dan boros itu. Maka akhirnya pemerintah tidak disukai oleh rakyat. Bila mana ada serangan daripada dalam atau luar, rakyat merasakan tidak perlu untuk mempertahankan pemerintahan. Maka jatuhlah sesebuah kerajaan itu seperti yang berlaku terhadap kerajaan Moghul, kerajaan Uthmaniyah di Turki. Kamal Attartuk bukanlah seorang tokoh yang begitu hebat, tetapi beliau telah disokong oleh rakyat kerana kebencian orang awam terhadap pemerintah. Termasuk sebahagian daripada ulama ataupun mufti yang menyokong pemerintah yang zalim, yang membazir dan yang menekan rakyat. Ini berlaku juga dalam pemerintahan di Eropah Timur dan Eropah Barat, di mana kemuncak pemerintahan oleh Czar-czar, Raja-raja terhadap rakyat mereka. Di waktu itulah ada paderi-paderi yang menyokong pemerintahan yang zalim dan jahat itu. Akhirnya rakyat bangun membenci golongan agama, paderi Kristian, dan sekaligus membenci agama mereka itu sendiri. Sehinggalah lahirlah fahaman komunis, suatu fahaman yang tidak meletakkan agama sebagai satu matlamat, tetapi gerakan-gerakan sosial mengatasi segala-galanya. Dan ianya menjadi popular di negara-negara Eropah Timur dan Eropah Barat sehinggakan mereka menjadi “etheist” dan tidak mahu lagi mempercayai mana-mana agama. Ketika ikan bawal kari dijual oleh mamak di restoran india dengan harga RM7 seketul, nasi putih RM2 sepinggan, maka makan tengahari melebihi RM10, begitulah juga untuk makan malam. Penderitaan yang amat sangat dilalui oleh rakyat Malaysia sekarang ini, terutamanya kaum buruh, kaum tani, kaum marhain, dengan upah yang tidak meningkat. Manakala peningkatan harga barang yang begitu mendadak berleluasa, akibat daripada pemdorosan, rasuah, ketirisan, yang mana ianya telah direkodkan oleh Jabatan Audit Negara pada setiap tahun. Bagaimana wang negara telah dihabiskan dengan sebegitu rupa, mengakibatkan penderitaan rakyat begitu ketara sekali sekarang ini. Di saat ini pula, ada mufti yang berani mengatakan bahawa menentang pemerintah seperti itu adalah “bughoh”. Kita bimbang, jikalau rakyat bangun menentang mufti tidak ada masalah, tetapi yang kita bimbangi ialah rakyat menjadi benci kepada golongan agama dan seterusnya membenci agama. Inilah yang sangat membimbangkan kita seperti yang berlaku di negara-negara Eropah Barat dan Eropah Timur. Membenci sesorang mufti atau individu atau orang tertentu dari golongan agama itu, tidaklah menjadi masalah, tetapi yang kita tidak mahu ialah jangan sampai ke peringkat orang ramai atau rakyat membenci Islam dan membenci golongan agama secara

Page 9: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

9

menyeluruh. Di mana ini akan membawa akibat buruk, terlalu susah dan sukar untuk hendak diperbetulkan semula, seperti apa yang berlaku di Turki dan di India, yang mengambil masa sudah ratusan tahun, bahkan di Turki ianya telah mengambil masa lebih seratus tahun, belum lagi pulih keyakinan orang ramai kepada agama ISLAM sebagai “Ad-dhin”, ISLAM sebagai cara hidup dan ISLAM sebagai cara penyelesaian, akibat daripada kesilapan yang telah dilakukan terutama oleh golongan pemerintah dan golongan agama yang menyokong pemerintahan yang zalim, yang boros, yang kasar dan menindas. Inilah peringatan daripada saya, tentang apa yang berlaku ini supaya sejarah yang digambarkan di dalam Al-Quran tidak berulang kepada pemerintah yang ada sekarang ini atau kepada pemerintah yang akan datang. Catatan dalam facebook pada 17 Jan 2014

Page 10: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

10

Membedah Demokrasi (4)

Oleh

Hj Mohamad Sabu Saya mula menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) semenjak tahun 1978 selepas Kerajaan Kelantan terlepas dari bawah pemerintahan PAS melalui pilihan raya pada bulan Mac tahun 1978, di mana Kelantan berada di dalam keadaan darurat, lebih kurang daripada 4 bulan, semata-mata pilihan raya berlaku di Kelantan selepas penarikan akta darurat. Ceramah-ceramah tidak diizinkan secara terbuka, tidak diizinkan menggunakan pembesar suara, kalau ada pun hanyalah speaker yang berbentuk yang dipanggil speaker-speaker FM yang kecil, yang diizinkan ceramah dalam rumah. Akta polis diperkenalkan untuk mengawal sebarang himpunan dan ceramah, hanya diizinkan apabila memperolehi permit daripada OCPD. Hasil daripada sekatan yang sebegitu rupa dan sedikit sebanyak pergolakan di dalam PAS yang melahirkan BERJASA, dan kerjasama BERJASA dengan Barisan Nasional, PAS hanya dapat menguasai 2 kerusi Dewan Undangan Negeri. Selepas itu Parti Islam (PAS) terus bergerak dan seperti biasa ceramah-ceramah atau himpunan-himpunan sukar diizinkan oleh pemerintah, terutama sekali polis menjalankan tugas mengikut akta yang telah diluluskan di Parlimen, iaitu Akta Polis yang memberikan izin kepada OCPD untuk melarang atau pun membatalkan atau pun tidak membenarkan langsung ceramah diadakan di suatu tempat. Allahyarham Ustaz Fadhil Mohd Nor pernah memberikan penerangan di negeri Kedah sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, sebagai Timbalan Presiden dan kemudiannya sebagai Presiden senantiasa dihalang, bahkan sekatan-sekatan jalan raya dikenakan supaya rakyat dan orang awam tidak sampai ke tempat ceramah atau ke tempat perhimpunan. Kadangkala suatu ceramah yang dihadiri oleh beberapa puluh orang sahaja, di hadapan laman rumah dikelilingi oleh ratusan pihak polis yang beruniform atau tidak beruniform, topi merah atau topi biasa untuk menghalang kehadiran orang ramai ke majlis penerangan parti politik, khasnya parti pembangkang. Semua ini dilakukan oleh pihak polis kerana mereka menjalankan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen iaitu di bawah apa yang dipanggil Akta Polis yang memberikan kuasa kepada Ketua Polis Daerah (OCPD). Kami pernah, saya sendiri pernah menghadapi tindakan daripada pihak polis seperti di dalam majlis ceramah dilepaskan gas pemedih mata, samada di Baling, Kupang, samada di Jitra, di markas PAS sendiri di Anak Bukit dan juga di Kubang Rotan, dan berbagai

Page 11: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

11

tempat yang lain di Terengganu, gas pemedih mata dilepaskan di tempat ceramah parti politik. Pada tahun 2001, saya telah ditangkap dan didakwa di mahkamah Jelebu kerana menghadiri satu ceramah sempena ulangtahun PAS yang ke 50, dan kerana ceramah itu tidak mempunyai permit, walaupun ianya dibuat di halaman rumah persendirian. Itulah kekangan-kekangan yang terpaksa kita hadapi dalam memberikan penerangan kepada rakyat. Kita tahu pemerintah Barisan Nasional mereka menggunakan kuasa yang ada pada mereka melalui radio, tv dan suratkhabar yang mereka miliki untuk menyebarkan maklumat berkaitan tentang parti mereka. Kita terus berlawan supaya himpunan diizinkan menurut Perlembagaan Artikel 10, iaitu kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun selagi mereka tidak menggunakan senjata atau pun menimbulkan huru-hara dan sebagainya. Kesedaran tentang kebebasan bersuara dan berhimpun itu menjadi tuntutan BERSIH kemudiannya, dan saya di antara yang terlibat dalam mempelopori BERSIH ini diperingkat awal. Himpunan pertama BERSIH yang kita mahu rakyat hadir ke Kuala Lumpur seramai mungkin untuk membuat perarakan dan himpunan di hadapan Istana Negara untuk menuntut supaya diadakan pilihan raya yang bersih, tuntutan demokrasi, kebebasan berhimpun dan bersuara dan lain-lain lagi, pihak polis mengenakan sekatan yang begitu ketat daripada Perlis sehinggalah ke Johor. Dan pakaian kuning menjadi seolah-olah musuh negara, dikejar, ditangkap dan dirampas. Beberapa buah bas yang menuju ke perhimpunan BERSIH 1.0 dipaksa oleh pihak polis untuk berpatah balik, dan melarang mereka untuk hadir ke himpunan BERSIH 1.0. Kita parti politik dan badan-badan NGO teruskan lagi dengan himpunan BERSIH yang kedua iaitu BERSIH 2.0, kali ini tindakan pihak pemerintah lebih kasar, di antaranya ialah dengan menyenaraikan nama-nama beberapa orang pemimpin parti politik dan NGO tidak boleh masuk ke kawasan tertentu di Kuala Lumpur pada hari himpunan BERSIH, mereka mendapat perintah mahkamah. Saya sendiri dilanggar dalam perjalanan untuk ke Masjid Negara pada hari perhimpunan tersebut, dan terpaksa merengkok selama 4 hari di hospital untuk menjalankan pembedahan, beberapa orang ditahan dibalai polis dan ada yang didakwa di mahkamah. BERSIH 3.0 diteruskan lagi dengan himpunan yang lebih besar di Kuala Lumpur, dan kemudiannya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diwar-warkan sebagai himpunan satu juta. Akhirnya di atas perjuangan yang panjang itu, kerajaan telah meminda Akta Polis dan digantikan dengan “Akta Perhimpunan Aman” yang dikenali dengan A.P.A. Di bawah akta ini, kita lihat himpunan pada 1 Mei yang lalu berjalan dengan begitu aman, teratur dan pihak polis pula memberikan kerjasama untuk himpunan 1 Mei, berhimpun di Jalan Raja (di hadapan Dataran Merdeka). FRU tidak lagi dikeluarkan untuk menjaga, bahkan polis biasa dan juga Unit Amal, dan juga pemuda-pemuda dalam parti-parti Pakatan Rakyat termasuk dalam PKR dan DAP, badan-badan

Page 12: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

12

NGO, semuanya bekerjasama menjaga ketenteraman dan keamanan, dan majlis berjalan begitu lancar. Yang hendak saya tekankan di sini ialah, sesuatu perkara yang kita hendak, kita perlu melalui perjuangan, kadangkala panjang dan kadangkala pendek. Ianya mestilah melalui pengorbanan, kejayaan tidak akan datang melalui hamparan permaidani merah. Akta “draconian” I.S.A menahan tanpa bicara, digunakan termasuklah menahan orang-orang politik yang berbeza pandangan dengan pemerintah, yang tidak mengangkat senjata, digunakan sewenang-wenangnya sejak ianya diluluskan di Parlimen semenjak tahun 1961. Berpuluh-puluh kali ucapan daripada ahli-ahli Parlimen membantah akta itu, meminta kerajaan mengkaji tanpa mereka peduli, tetapi bila puluhan ribu rakyat berada di jalan raya menuntut agar I.S.A dimansuhkan, Gerakan Mansuh I.S.A bergiat dengan begitu hebat bersama dengan badan-badan NGO yang lain, bersama parti-parti politik khasnya daripada pembangkang berarak di Kuala Lumpur menuntut agar I.S.A dikaji semula, barulah kerajaan mengubah, dan akhirnya I.S.A digantikan dengan SOSMA. Walaupun akta SOSMA itu dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan persenjataan, tetapi akta itu pun kita belum lagi berpuas hati kerana ada ditahan atau yang dituduh tidak perlu dibawa ke mahkamah. Walau bagaimana pun akta I.S.A yang digeruni itu, yang ditakuti dan yang disalah gunakan oleh pemerintah sudah tidak ada lagi. Begitulah juga, bila para intelektual yang terlibat dalam pendidikan tidak berpuas hati terhadap penyingkiran Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan. Beberapa pandangan dan seminar dibuat, tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan. Akhirnya PPSMI, badan yang diketuai oleh para intelektual Melayu, iaitu Professor Shahril, Dr.Nik Safiah, Datuk A. Samad Said dan kakitangan Dewan Bahasa dan sebagainya bersama dengan rakyat jelata berarak ke Istana Negara meminta supaya PPSMI itu dikaji semula. Barulah kerajaan mendengar sedikit daripada usaha yang dibuat oleh para intelektual dalam pendidikan. Saya ingin tekankan di sini, bahawa untuk mendapatkan sesuatu di Malaysia ini dan di mana-mana pun, ianya mesti melalui perjuangan, khasnya perjuangan rakyat. Banyak perkara lagi yang perlu dan belum kita capai, di antaranya ialah kebebasan media, kita masih lagi jauh tertinggal terkebelakang jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain, yang agak bebas media. Sebanyak 160 buah negara yang dibuat kajian oleh pihak media antarabangsa, Malaysia berada di tempat yang ke 147, jatuh dua mata daripada tahun yang lalu. Ertinya kongkongan media semakin buruk di Malaysia ini. Kita masih tidak puas hati dengan SPR, kerana SPR iaitu sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya masih tidak lagi bebas. Daftar nama untuk senarai pemilih dalam pilihan raya masih tidak lagi bersih, dan masih boleh disalah gunakan seperti yang terjadi di Sabah, di mana pemindahan pengundi yang kadangkalanya kita lihat parti-parti politik tidak mampu untuk membuatnya. Kita lihat bahawa SPR masih lagi tidak bebas.

Page 13: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

13

Oleh itu rakyat wajiblah terus dengan kekuatan “massa” untuk terus bertindak supaya kita dapat, terutama dalam kebebasan media dan SPR betul-betul menjadi sesuatu badan yang benar-benar bebas, barulah kita dapat satu suasana demokrasi yang lebih baik pada masa yang akan datang. Saya sekali-kali menolak perjuangan yang berbentuk mengangkat senjata atau melibatkan perjuangan secara militan. Kejayaan kita mesti diperolehi melalui gerakan “massa”. Pergerakan mengangkat senjata untuk merobah sesuatu pemerintah, buat masa mutakhir ini belum lagi dilihat ada kejayaan, samada di Afganistan, di Somalia, di Yaman atau di Syria. Kita lihat segala bentuk tindakan seperti itu telah mendatangkan kemudaratan yang dahsyat kepada negara dan kepada rakyat, kepada ummah dan juga kepada semuanya. Oleh itu, saya harap, kita semua berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu dan berjuang untuk mendapatkan kebebasan demokrasi dan keadilan, sehinggalah kita dapat, menyertai pilihan raya di padang yang sama rata, dan berlawan dalam bentuk yang seadilnya. Maka rakyat barulah dapat mempraktiskan demokrasi dan membuat pilihan mengikut kehendak mereka, bukan pilihan yang dipaksakan ke atas mereka. Catatan dalam facebook pada 20 Mei 2014

Page 14: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

14

Membedah Demokrasi (5)

Oleh

Hj Mohamad Sabu Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak ditubuhkan pada tahun 1951 memilih perjuangan secara demokrasi, iaitu menyertai pilihan raya untuk berada di dewan undangan negeri atau di parlimen. Bila PAS dapat majoriti diperingkat dewan undangan negeri, PAS telah memerintah seperti di Kelantan dan di Terengganu, dan menjadi pembangkang di parlimen bila mendapat kerusi yang tidak cukup untuk memerintah kerajaan pusat. Parti PAS memilih secara lisan, secara penulisan, secara penerangan dan bergerak secara “Mawajjahu Silmiyyah” untuk mendapat kuasa dengan berteraskan perjuangan parti meletakkan Islam sebagai dasar, matlamat PAS sehingalah terlaksananya syariat yang diredhoi oleh Allah. Inilah perjuangan PAS yang telah berlangsung lebih daripada 60 tahun. PAS bertanding secara bersendirian ataupun cara bermuafakat, secara tidak bertembung atau tidak bertindih calon untuk menentang Perikatan dan Barisan Nasional, ataupun muafakat dalam satu pasukan seperti Angkatan Perpaduan Ummah , Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat. Parti Islam Semalaysia (PAS) sentisa menerokai jalan-jalan yang bersesuaian dengan perlembagaan dan diizinkan oleh undang-undang untuk bergerak sehinggalah tercapainya kuasa dan matlamat parti. Kita di peringkat antarabangsa, PAS lebih terlibat kepada menyokong gerakan-gerakan Islam yang berjuang secara demokrasi ataupun apabila mereka mengangkat senjata seperti rakyat Palestin untuk menentang Israel yang telah merampas tanah dan bumi mereka. Itupun PAS bertindak dengan hanya membantu di sudut kebajikan dan tidak menghantar ahli-ahlinya untuk berperang di Palestin. Begitulah juga bila berlaku kebangkitan Mujahidin dalam menentang pencerobohon Russia, PAS telah menyokong perjuangan Mujahidin tetapi parti tidak menghantar sukarelawannya untuk berhidmat dalam pasukan bersenjata. PAS lebih menumpukan untuk membantu dalam kes kemanusiaan, khasnya umat Islam yang menjadi pelarian dan dalam kerja-kerja kebajikan yang lebih ditumpukan. Satu perkara yang pelik kepada dunia antarabangsa apabila Ikhwanul Muslimin yang pada suatu ketika diharamkan, tetapi selepas tumbangnya Rejim Husni Mubarak di tangan kebangkitan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin dibenarkan bergerak secara terang dan dibenarkan dalam politik terbuka, dan mereka melalui proses demokrasi, serta

Page 15: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

15

menang dalam pilihan raya di peringkat parlimen ataupun di peringkat presiden. Dr Muhd Morsi dipilih secacara sah melalui demokrasi. Memang setiap pemerintah ada kelemahan , ada kekuatan dan ada kelemahan. Kenapa sedikit kelemahan yang ada pada Dr. Muhd Morsi telah digunakan oleh rejim tentera yang ada untuk mengulingkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Dan sebahagian daripada negara-negara Arab, khasnya negara Teluk telah menyokong penggulingan terhadap Ikhwanul Muslimin yang sah, yang telah dipilih oleh rakyat melalui demokrasi. Negara barat pula hanya mengkritik , tetapi tidak keras bertindak terhadap rejim tentera yang mengulingkan pemerintahan Ikhwanul Muslimin yang sah. PAS berpendirian memihak dan menyokong kepada Ikhwanul Muslimin bukan kerana mereka mengangkat senjata melawan Rejim Husni Mubarak atau pun mereka menang pilihan raya melalui persenjataan, tetapi mereka telah menang melalui pilihan raya secara sah dan secara demokrasi. Sebab itulah PAS mengambil pendirian daripada awal lagi menyokong mana-mana golongan yang menang melaui pilihan raya secara sah, yang dipilih oleh rakyat dan mana-mana rejim yang mengambil alih kuasa secara zalim dan secara tidak mengikut aliran demokrasi sepatutnya dikutuk oleh dunia demokrasi termasuklah negara-negara barat dan negara-negara Arab, tetapi ianya tidak berlaku sedemikian bila Ikhwanul Muslimin telah digulingkan. Sebaliknya ada negara demokrasi yang mendokong pemberontakan bersenjata samada yang berlaku di mana-mana, samada di Syria, di Iraq, di Somalia, di Algeria, di Nigeria. Pemberontakan seperti itu, jikalau ada penglibatan PAS hanyalah dalam bentuk membantu orang-orang pelarian, membantu mereka yang teraniaya dalam pertelingkahan bersenjata yang selalunya di adudombakan oleh pihak barat. Amat jelas sekali, apabila Mujahidin telah menang mengalahkan Russia, pentadbiran Mujahidin telah diganggu, sehingga pihak barat melahirkan kumpulan Taliban, dan akhirnya mereka (pihak Taliban) yang telah menjatuhkan kerajaan Mujahidin secara bersenjata. Kemudiannya pula Taliban telah dijatuhkan oleh Amerika, negara barat dan sekutu-sekutunya. Inilah permainan yang telah memunculkan golongan-golongan bersenjata di mana-mana dan selalunya yang terkorban, terbunuh dan teraniaya ialah rakyat awam dan rakyat jelata. Manakala pengadu domba samada Amerika, negara-negara barat dan negara-negara Arab yang kaya, mereka tetap hidup subur, senang dan rakyat jelatalah yang menanggung penderitaan. Parti PAS tetap “commit” dengan demokrasi, sebab itulah kita membantah segala tindakan yang tidak demokrasi yang berlaku di Mesir, ataupun percubaan yang dibuat di mana-mana negara lain. Ikhwanul Muslimin ialah satu pertubuhan yang sah dan telah menang dalam pilihan raya dan PAS tetap mempertahankan ianya sah sehingga ke hari ini.

Page 16: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

16

Sebab itulah kita tetap “commit” dengan demokrasi dan dengan perjuangan untuk membantu golongan yang tertindas terutama dalam bentuk kemanusiaan kepada golongan pelarian. PAS akan tetap membantu dari masa ke semasa. Oleh itu, sebarang tindakan atau ada mana-mana pihak yang cuba mengangkat senjata, jikalau ada penyokong atau ahli-ahli PAS yang terlibat, itu semuanya adalah bukan arahan parti. Itu adalah tindakan individu yang dibuat, dan PAS tetap “commit” dengan perjuangan demokrasi “Mawajjahu Silmiyyah” melalui perlembagaan yang ada, khasnya di bawah Perlembagaan Malaysia. Catatan dalam facebook pada 1 Julai 2014

Page 17: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

17

Membedah Demokrasi (6)

Oleh

Hj Mohamad Sabu Sebulan yang lalu, Presiden Obama telah memohon kepada kongres untuk meluluskan sebanyak USD 500 juta kepada kumpulan pemberontak di Syria, terutamanya kepada kumpulan FSA. Kumpulan yang memerangi kerajaan Bashar Al-Asad pula sering berpecah, golongan AnNusra bertempur dengan FSA, AnNusra juga bertempur dengan ISIL, di mana perpecahan di antara golongan pemberontak ini ialah di antara sebab tentera kerajaan Bashar Al-Asad dapat menguasai semula bandar-bandar yang telah jatuh ke tangan pemberontak kira-kira 2 tahun yang lalu. Akhir sekali bandar Aleepo, ialah bandar yang kedua terbesar di Syria dapat dikuasai semula oleh tentera Bashar Al-Asad, dan penduduk di Syria pulang semula ke Aleepo mendapati rumah-rumah mereka hampir kesemuanya rosak, hancur atau sebahagiannya telah musnah sama sekali. Kekeliruan berlaku terutama di kalangan golongan yang menentang kerajaan di Syria, perpecahan di antara mereka, sebahagiannya telah berundur daripada Syria dan menumpukan penentangan mereka terhadap pemerintahan Iraq, yang langsung tidak kukuh dan tidak stabil. Presiden PAS (Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang) telah berulang-kali memberi penerangan dalam mesyuarat kepada Jawatankuasa PAS Pusat tentang perancangan “Amerika-Saudi-Israel” untuk memecahkan Iraq kepada 3 negara, dan berusaha untuk memecahkan Yaman pula kepada 4 negara. Pandangan Presiden PAS itu nampaknya sedang menjadi kenyataan, jikalau langkah tertentu tidak berjaya diambil oleh kerajaan Iraq sekarang ini. Kurdistan, mereka ini ingin menubuhkan sebuah negara dan akan membuat satu reforandum tidak lama lagi. Abu Bakar Al-Baghdadi pula telah mengisyhtiharkan negara Islam iaitu “Islamic State” yang peringkat awalnya mereka ini adalah kumpulan ISIL, dan golongan majoriti Syiah pula telah bertapak di Baghdad dan di daerah Basrah. Perdana Menteri Israel, Nentanyahu telah mengumumkan jikalau Kurdistan ini menjadi sebuah negara, maka Israel ialah negara pertama yang akan mengiktiraf kewujudan dan kedaulatan negara Kurdistan ini.

Page 18: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

18

Berlaku kekeliruan kepada umat Islam, pertelagahan yang melanda di bumi Iraq ini. Apakah perancangan Amerika-Israel-dan sekutunya akan berjaya untuk memecah dan mewujudkan 3 negara di Iraq ini. Dalam suasana begini tiba-tiba tercetus peperangan antara Israel dan rakyat Palestin, khasnya dalam bulan Ramadhan ini, serangan daripada Israel yang kononnya ingin membalas dendam terhadap tiga orang remajanya yang diculik dan dibunuh di Ghaza. Hamas dan Jihad membalas serangan dengan melancarkan roket bertubi-tubi ke Israel. Setakat hari ini, rakyat Palestin khasnya di Ghaza yang telah terkorban lebih daripada 350 orang. Dan Israel telah menggerakkan tentera daratnya masuk ke Ghaza yang dilindungi oleh tentera udara, laut dan kecanggihan radar dan keupayaan Israel. Sokongan dan penentangan seluruh umat manusia dan NGO ataupun rakyat awam yang berugama Islam dan juga bukan Islam terhadap regim zalim Israel yang ganas itu, memang tidak ada khilaf dan tidak ada beza pendapat. Oleh itu, eloklah segala tumpuan Islam dan manusia yang berperikemanusiaan, samada yang berada di barat, utara, timur dan selatan tertumpu untuk membantu perjuangan rakyat Palestin membela hak mereka untuk kembali ke tanah air (the right to return) rakyat Palestin yang berasal daripada Haifa, Nablus, Han-Yunus dan berbagai-bagai tempat yang lain, mestilah diizinkan kepada mereka untuk kembali ke kampong halaman mereka yang telah dikuasai oleh regim zalim Israel sekarang ini. Membela rakyat Palestin dan perjuangan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Muqaddis tiada khilaf. Oleh itu kita tumpu, bila negara membantu rakyat Palestin dan pelariannya. Adapun di dalam negara, PAS hendaklah terus menumpu untuk membina kekuatan parti, kekuatan dalam Pakatan Rakyat supaya kita terserlah untuk memimpin ummah. Umat Islam yang menyokong PAS secara umumnya di Kelantan disekitar 50%, di Terengganu juga disekitar 50%, di Kedah umat Islam yang menyokong PAS juga disekitar 50%, dan di lain-lain negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan sokongan umat Islam kepada PAS barulah disekitar 30%. Ini menjadikan pergantungan kepada undi orang bukan Islam kepada PAS begitu tinggi untuk membolehkan kita menang besar di Selangor, begitulah juga di Perak dan sebagainya. PAS mestilah bekerja kuat di dalam negeri untuk mendapatkan sokongan khasnya dari umat Islam itu sendiri, sekurang-kurangnya melebihi 60% pada masa yang akan datang di sudut undi, disamping sokongan umum daripada orang Islam dan juga bukan Islam adalah tinggi, supaya kita dapat memimpin pada masa yang akan datang. Adapun di negara-negara yang bergolak, yang ada khilaf di sudut menyokong mana-mana pihak, eloklah kita tumpu kepada bantuan kebajikan dan kemanusiaan, melainkan bantuan yang tidak ada khilaf iaitu perjuangan terhadap rakyat Palestin melalui berbagai-

Page 19: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

19

bagai badan-badan NGO mereka termasuklah kumpulan Jihad Islam dan Hamas, dan badan kebajikan mereka hendaklah menjadi rakan kita dalam perjuangan ini. Tumpuan kita kepada Palestin, tumpuan kita juga kepada membina kekuatan dan sokongan umum kepada PAS, khasnya kepada umat Islam masih belum mencapai tahap yang memuaskan untuk kita berdiri teguh sebagai parti yang mendapat sokongan umat Islam dan sokongan orang bukan Islam. Itulah tugas yang sememangnya berat, yang perlu kita pikul dulu, sekarang dan pada masa yang akan datang. Catatan dalam facebook pada 20 Julai 2014

Page 20: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

20

Membedah Demokrasi (7)

Oleh

Hj Mohamad Sabu Pada tahun 1947 berlaku satu kerjasama di antara parti-parti politik, badan-badan dan kesatuan sekerja dan mereka berjaya bangun menentang British, termasuklah “Peristiwa Hartal”, pemogokan untuk membantah penjajah British pada waktu itu. Itulah satu suasana perpaduan di antara parti-parti politik, badan-badan buruh dan badan-badan NGO untuk mengikat kerjasama menentang British. Ini sehinggalah menjadikan British amat gerun dengan perpaduan yang sebegitu rupa pada tahun 1947. Penjajah tidak berhenti untuk melemahkan mereka yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan, selepas itu parti-parti yang berhaluan kiri dan juga berhaluan kanan telah diharamkan, ini termasuklah parti PKMM, pertubuhan-pertubuhan buruh, pertubuhan-pertubuhan aliran kiri juga diharamkan oleh British, hanyalah UMNO diizinkan untuk bergerak, semenjak tahun 1948. Hizbul Muslimin juga diharamkan oleh pihak British, walaupun ianya berhaluan kanan, tetapi pemimpinnya disebut sebagai “bahaya daripada gunung” , iaitu disamakan dengan “gunung” di sini ialah perjuangan aliran komunis. Pemimpin-pemimpin parti Hizbul Muslimin, PKMM dan gerakan kebangsaan yang memperjuangkan kemerdekaan ditangkap di bawah ordinan darurat yang diisytiharkan oleh pihak penjajah. Pada tahun 1951, Parti Islam (PAS) ditubuhkan, walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin dari Parti Islam (PAS) terutama di peringkat pertengahan banyak merengkok di bawah Akta Darurat seperti adanya undang-undang I.S.A (undang-undang tahan tanpa bicara), tidak terkecuali kepada pemimpin agungnya iaitu Dr Burhanuddin Al-Helmi. Parti aliran kiri, di antaranya diharamkan terus dan pemimpin-pemimpin mereka merengkok di dalam penjara, iaitu termasuklah Ahmad Boestamam dan parti yang lebih kiri, yang dianggap Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya, pemimpinnya diburu dan ditangkap, dan mereka mengambil sikap mengangkat senjata dan berjuang secara gerila. Pada tahun 1957 kemerdekaan dicapai, dan UMNO, MCA, MIC, 3 parti utama ini mengambil alih pentadbiran Malaya, dan kemudiannya pada tahun 1963 dan sehinggalah pada tahun 1965 iaitu pembentukan Malaysia, maka parti-parti di Sarawak bergabung dengan Barisan Nasional. Dan dalam membentuk Barisan Nasional ini, PAS juga pernah turut terlibat dengan Barisan Nasional pada tahun 1973 dan menyertai pilihan raya bersama pada tahun 1974.

Page 21: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

21

Saya hendak menekankan di sini ialah soal isu perkauman, di mana isu perkauman ini amat mudah ditiupkan sehingga berlakunya pertumpahan darah seperti perjuangan aliran kiri, terutama sekali Parti Komunis Malaya dianggap perjuangan Cina. Untuk meletakkan orang Melayu memusuhi komunis dan seterusnya memusuhi Cina. Sebenarnya sedikit sekali orang Cina menyertai Parti Komunis Malaya, tetapi pada pandangan umum orang Cina adalah dianggap komunis dan komunis itu juga dianggap orang Cina. Sedangkan banyak anggota-anggota kaum Melayu yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya. Fahaman perkauman terus ditiupkan oleh berbagai pihak selepas merdeka sehinggalah tercetusnya peristiwa 13 Mei, samada isu perkauman ini telah dimainkan oleh pihak pembangkang atau pihak pemerintah, isu perkauman ini sangat mudah ditiupkan dan sangat mudah terbakar jiwa manusia di atas nama perkauman. Siapa tidak sayangkan bangsa? , Siapa yang hendak melihat bangsanya terhina? , Siapa yang hendak melihat agamanya dicerca? , Siapa yang hendak melihat agamanya diancam? 13 Mei adalah satu peristiwa titik hitam yang mengorbankan begitu banyak rakyat Malaysia sehingga darurat diisytiharkan untuk mengamankan semula kehidupan dan keharmonian rakyat Malaysia. Kerajaan telah memainkan peranan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, termasuklah daripada parti-parti pembangkang iaitu Gerakan, PAS dan juga parti-parti Sabah dan Sarawak memainkan peranan setiap hari, di televisyen, di radio, dengan menguar-uarkan soal muhibbah, perpaduan, kerjasama, gotong-royong telah dipropagandakan oleh pihak pemerintah. Dan dengan itu berlakulah keamanan, walaupun tidaklah berada di tahap yang terlalu memuaskan. Menghairankan kepada saya, sejak kebelakangan ini, isu perkauman ini telah ditimbulkan semula dan ianya juga seolah-olah ditimbulkan oleh pihak pemerintah itu sendiri. Badan-badan NGO yang menyokong parti pemerintah memainkan peranan dan kita tidak tahu siapa yang melakukannya, tetapi kita lihat membawa kepala lembu di hadapan bangunan SUK Kerajaan Selangor dilihat sebagai satu penghinaan kepada orang India yang beragama Hindu, membaling kepala babi ke dalam masjid dilihat sebagai satu penghinaan kepada satu tempat suci orang Islam, membakar gereja atau pintu gereja, dilihat sebagai satu penghinaan dan ancaman kepada penganut-penganut agama Kristian. Ancaman untuk membakar Bible juga dilihat sebagai satu ancaman kepada Kristian, dan perkara itu semakin menjadi-jadi, tidak kira daripada pihak pemerintah atau juga dari pihak pembangkang. Kebelakangan ini, didedahkan pula seorang pendakwah bebas mengajak orang ramai memboikot produk rempah. Itu adalah tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi masalah di sini ialah penghinaan terhadap agama Hindu, penghinaan terhadap agama dan berhala mereka, Tuhan mereka dan tokong mereka. Ini adalah satu gejala yang kurang

Page 22: MOHAMAD SABU (MEMBEDAH DEMOKRASI)

22

sihat, sedangkan dalam Islam kita telah diajar dan ianya juga telah diwartakan dalam Al-Quran: (Surah Al-Kaafiruun ; ayat 6) "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". Begitulah juga cercaan terhadap pakaian tudung, cercaan terhadap laungan azan, kartun-kartun yang dibuat menghina agama Islam atau menghina Nabi Muhammad S.A.W , kejadian-kejadian ini kita lihat macam disuburkan di Malaysia. Apakah ini satu agenda daripada parti pemerintah untuk memerangkap rakyat agar berada di dalam satu suasana perkauman dan juga meletakkan rakyat di dalam ketakutan, dan dengan itu “hegemoni” mereka berterusan dan mereka akan kekal dapat terus memerintah selama-lamanya di Malaysia, di atas sifat adu-domba yang dibiarkan atau dipupuk oleh pemerintah itu sendiri. Pandangan saya bahawa perkara ini perlu dikaji dan dihentikan segera, jikalau kita mahu Malaysia aman tenteram, rakyat hormat-menghormati di antara budaya, agama dan tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menerangkan kepada umum tentang kehebatan, kebaikan agama Islam tanpa perlu mencerca agama-agama lain. Catatan dalam facebook pada 4 Ogos 2014