TAJUK 1PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH
Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum
Sejarah di negara ini. Perbincangan juga menyentuh Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berikutnya perbincangan
menganalisis pemikiran Sejarah. Untuk menguji kefahaman pelajar di
akhir perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.
HasilPembelajaran:
1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum sejarah di negara
ini.
2. MenjelaskanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah.
Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Latar belakang Kurikulum Sejarahiklum Sejarah
10
2
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Asas penggubalan KSSR
Pengenalan Kurikulum Sejarah
Elemen merentas kurikulum
Kurikulum berasaskan standard
Kurikulum Sejarah
Kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan
negara
Sub tajuk 1.1 Latar belakang kurikulum Sejarah
Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh
semua murid Tahun 4 di Tahap II dalam KSSR mulai tahun 2014. Tujuan
pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah adalah untuk
menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain
itu supaya murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran Sejarah dari peringkat awal.
Pelaksanaan kurikulum Sejarah telah disepadukan dengan elemen
pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik di
dalam dan luar bilik darjah. Kandungan mata pelajaran Sejarah
disusun secara tematik dan mengikut kronologi yang membincangkan
pengenalan negara dan identitinya, sejarah awal negara dan
warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.
Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan
suatu kesinambungan kepada pembelajaran Sejarah di peringkat
sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Oleh itu
pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui
aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang
Sejarah.
Sub tajuk 1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata pelajaran Sejarah
dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap
dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi dan
Ketrampilan Diri. Enam tunjang ini merupakan domain utama yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk
membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan
dan berketrampilan.
Layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KSSR
Sejarah
Sub tajuk 1.3 Asas Penggubalan KSSR Sejarah
Matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid
memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah
tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang
patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
Objektif Kurikulum Pendidikan Sejarah
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid
;1.Memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu2.Mengenal
pasti pelbagai sumber dan maklumat3.Memahami idea, konsep serta
elemen sebab dan akibat dalam elemen Sejarah4.Menyatakan
kepentingan Sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar
daripada peristiwa Sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana
keharmonian5.Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil
dapatan daripada interpretasi kajian Sejarah6.Menilai warisan
sejarah negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan
global7.Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi
kehidupan masyarakat8.Menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa
lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia9.Memahami kedudukan kaum
dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada
persefahaman kaum10.Memahami cabaran negara dalam konteks
mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati
diri11.Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimin negara
sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat
12.Menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial
Fokus Mata Pelajaran Sejarah
Fokus Utama KSSR Sejarah
Menerapkan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lalu dan
masa kiniMenyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah
Rajah 1 : Fokus Mata Pelajaran Sejarah
Organisasi Kurikulum Sejarah
Organisasi kurikulum Sejarah disepadukan berasaskan tiga elemen
utama iaitu:
1. Kandungan Kurikulum
Kandungan kurikulum Sejarah menggunakan pendekatan tematik
seperti berikut ;
TahunTema
Tahun 4Mengenal Negara Kita
Tahun 5Sejarah Awal Malaysia
Tahun 6Kedaulatan Negara
Jadual 1 : Kandungan Kurikulum Sejarah
2. Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
Organisasi kurikulum Sejarah juga memasukkan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik. Penerapan nilai ini bertujuan
melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga
sebagai rakyat bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang
bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, serta kepada
negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat
dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang
cemerlang. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik tersebut dapat
diperincikan seperti pada jadual di bawah ini.
BilDimensi KewarganegaraanCiri-ciri WarganegaraElemen
Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
1Perkongsian SejarahMengetahui dan memahami sejarah pembentukan
negra Berbangga dengan sejarah asal usul negara Menghargai
kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional Mengambil
iktibar kesan penjajahan luar ke atas negara Memelihara warisan
negara
2Perkongsian NilaiMengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah
Menyanjungi prinsip Rukun Negara Menghormati kepelbagaian agama dan
budaya Berbangga dengan lambang dan simbol negara
3Perkongsian KekitaanMembentuk sikap sepunya dan kebersamaan
Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama Berbangga
dengan hari kemerdekaan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan Berbangga dengan pencapaian negara
4Perkongsian Masa DepanMembina keyakinan dan tanggungjawab
mencorakkan negara pada masa depan Menghormati masyarakat pelbagai
kaum Memakmurkan ekonomi negara Mengekalkan warisan negara
5KesetiaanMemupuk perasaan taat dan setia pada negara Mentaati
Raja dan negara Menghormati pemimpin negara Mematuhi undang-undang
dan peraturan negara
6Tanggungjawab WarganegaraMengetahui dan memahami tanggungjawab
sebagai warganegara dengan sepenuh hati Mempertahankan identiti
negara Mempertahankan warisan negara Menerima perbezaan dan
agama
7Keterikatan Emosi Kepada NegaraMempunyai perasaan cinta akan
negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya Menghargai
sejarah asal usul negara Menghargai warisan negara Menghargai
identiti negara Menghayati prinsip Rukun Negara Bersyukur dengan
keharmonian kaum Bersyukur dengan kemajuan ekonomi Berbangga dengan
pencapaian negara
Kemahiran Pembelajaran Sejarah
Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang
sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan
pengajarannya. Kemahiran ini termasuklah ;
a)Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)b)Kemahiran Kreatif dan
Inovatif (KKI)c)Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI)
a) Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
i.Merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea
yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guruii.KPS membantu
murid memahami bagaimana Sejarawan menggabungjalin peristiwa lalu
dengan menggunakan bukti-bukti Sejarah bagi menentukan signifikan
sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan
kreatifiii.Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana
pembelajaran yang sekaligus mampu meningkatkan minat murid
Terdapat beberapa asas KPS yang perlu dikuasai oleh murid di
peringkat sekolah rendah. Antara kemahiran pemikiran Sejarah
tersebut seperti berikut ;
Elemen asas Sejarah Konsep masa Susunan masa Konversi masa
Signifikan bukti Imaginasi Perbandingan masa lalu Isu dan masalah
masa lalu
Perbincangan
Dalam kumpulan seramai 4 orang, bincangkan asas-asas kemahiran
pemikiran Sejarah (KPS) secara terperinci beserta dengan contoh
yang sesuai.
Susunan MasaAwalan, perkembangan dan akhiranMengukur dan mengira
kalendar masa
Konsep MasaTempohJarak MasaTarik Spesifik
Elemen Asas SejarahTokohTempatPeristiwaTarikh/Masa
Asas KPS yang perlu dikuasai murid SekolahRendah
Konversi MasaInterpretasi garis masaPerubahan dan kesinambungan
dalam kronologi masa
ImaginasiImaginasi visualPengembangan kreativitiImaginasi
perasaan
Signifikan BuktiTarikh berlakuTokoh terlibatPeristiwa yang
berlakuLokasi peristiwa yang berlakuBagaimana berlaku
Perbandingan Masa LaluMencari persamaanMencari perbezaanIsu dan
Masalah Masa LaluMengkaji sebab musababMelihat perubahan dan
kesinambunganMelihat sebab dan akibat
Rajah 2 : Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
b) Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI)
Elemen KPS turut menggabungjalin kemahiran kreatif dan inovatif.
Elemen KPS yang boleh dikaitkan dengan fasa kreatif adalah seperti
berikut ;
KemahiranFasa Kreatif
Memahami KronologiFasa Persediaan
Meneroka BuktiFasa Persediaan
Membuat InterpretasiFasa Imaginasi
Membuat ImaginasiFasa Imaginasi
Membuat RasionalisasiFasa Perkembangan
Membuat PenjelasanFasa Perkembangan
EmpatiFasa Tindakan
Jadual 2 : Kemahiran Kreatif dan Inovatif Mengikut Fasa
Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI) pula boleh dibahagikan
kepada fasa-fasa berikut :FasaPersediaan
PemerhatianMembuat pemerhatian untuk mengumpul maklumat
AnalisisMenganalisis maklumat daripada umum kepada khusus
FasaImaginasi
SintesisMenggabungkan maklumat yang berasingan untuk memilih dan
menghasilkan sesuatu idea
Penjanaan IdeaMenghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu
perkara
Fasa
Penambahbaikan
FasaPerkembangan
MenilaiMembuat penilaian tentang sesuatu perkara
FasaPerkembangan
PelaksanaanMembuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau
mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan kualiti karya atau
ciptaan
Amalan BerterusanPeka kepada perkara yang berlaku di sekeliling
dan menjana idea kreatif
Jadual 3 : Pembahagian KKI
c) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan selesa dan bebas. Mereka melibatkan
diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui
pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal,
berbincang, membuat rujukan, ujikaji dan kaji siasat. Aktiviti ini
boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam pelbagai
teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main
peranan, forum dan kuiz.
Dalam pembelajaran Sejarah, kemahiran inkuiri ini dapat
mengembangkan kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu dalam
kalangan murid. Semasa melaksanakan inkuiri, murid akan lebih peka
kepada keadaan masyarakat dan persekitarannya.
Kemahiran inkuiri turut digunakan dalam kajian kes kerana
membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran melalui penaakulan. Kemampuan mencari dan mengumpul
maklumat melalui pelbagai aktiviti dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan.
Menerusi kemahiran inkuiri ini, guru juga boleh berperanan
sebagai fasilitator untuk merangsang minat murid menjadi lebih
yakin dan seronok dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.
Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri seperti berikut
;
Mengenal pasti tajuk Menentukan kaedah Mengumpul maklumat
Mengkaji maklumat Membuat rumusan
Mari kita rehat sebentar...cuba anda renung dan fikirkan apa
yang telah anda fahami selepas membaca tajuk-tajuk tersebut.
Tajuk-tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus
ini.
Aktiviti
1) Pada pendapat anda, apakah rasionalnya kemahiran kreatif dan
inovatif (KKI) digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di sekolah rendah?
2) Apakah kelebihan pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri
dalam kalangan murid di sekolah rendah?
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada
kemusykilan.
Sub tajuk 1.4 Bentuk KSSR
Sub tajuk 1.5 Elemen Merentas Kurikulum
Pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah merupakan
suatu pembelajaran yang merentas kurikulum seperti mana
pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan sebelum ini. Kandungan
kurikulum Sejarah Sekolah Rendah ini merentas elemen kurikulum
Geografi, Ekonomi, Sains, Sivik, Pendidikan Moral mahupun elemen
kurikulum Sejarah itu sendiri. Oleh itu dapat disimpulkan,
mempelajari mata pelajaran Sejarah membantu murid atau pelajar
memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai aspek dan tidak
hanya semata-mata berkaitan kurikulum Sejarah itu sahaja.
Mempelajari mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran pelajar dari pelbagai aspek termasuk tentang
kehidupan seharian dalam kalangan masyakat dan rakyat kepada
sesebuah negara.
Sub tajuk 1.6 Kurikulum berasaskan standard
Kurikulum berasaskan standard sekolah rendah mata pelajaran
Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang
relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah mata pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada lapan
elemen.
Menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran
berfikirDomain kognitif, efektif dan psikomotor
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasiPenekanan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah
Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
Kemahiran pelbagai kecerdasanSemangat patriotik
Penerapan nilai murniKajian masa depan
Pembelajaran sepanjang hayat
Kurikulum ini merupakan transformasi pendidikan yang memberi
penekanan kepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid.
Dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan
progresif serta memantapkan pemahaman terhadap matlamat, objektif
dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu,
dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran secara berkesan. Penghayatan semangat
patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat
direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta
standard pembelajaran.
Kurikulum berasaskan standard mata pelajaran sejarah telah
menggariskan tiga standard yang diguna pakai sebagai rujukan.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD RUJUKAN DIGUNA PAKAI MATA PELAJARAN SEJARAH
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARDPRESTASI
MAKSUD STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARANDAN STANDARD
PRESTASI
STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
Penyataan spesifik tentangperkara yang murid patutketahui dan
boleh lakukandalam suatu tempohpersekolahan merangkumiaspek
pengetahuan,kemahiran dan nilai.Suatu penetapan kriteria
atauindikator kualiti pembelajarandan pencapaian yang bolehdiukur
bagi setiap standardkandungan.
Suatu set kriteria umum yangmenunjukkan tahap-tahapprestasi yang
perlu muridpamerkan sebagai tandabahawa sesuatu perkara itutelah
dikuasai murid(indicator of success)
Sub tajuk 1.7 Kurikulum Sejarah
Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen
Kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan
luar bilik darjah. Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai
asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti
kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang
mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Pengetahuan dan
pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa
patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai
fakta-fakta sejarah secara matang. Kandungan mata pelajaran Sejarah
peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami
latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang
berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam
kehidupan masyarakat di Malaysia.
i)Huraian dan perincian kurikulum sejarah
Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang
membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan
kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya
murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif
dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi
mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktivititersebut
mengaplikasikan elemen didik hibur bagi menanam minat murid
terhadap mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah di
peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke peringkat
sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini
bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid dengan
perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni
serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara
Malaysia.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina
berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan
Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan
Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong
antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan
modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan
berketerampilan seperti rajah di bawah:-
Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang
ii)Bentuk Kurikulum
Bentuk Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah ialah menyemai
ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping
penerapansemangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu
yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid
dapat membina kerangkakronologi tentang pengetahuan sesuatu
peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat
membuat perbandingan tentang pengalaman manusiadan seterusnya
berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli
dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara
dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia.
Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan),
asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen
Kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap
Sejarah.Organisasi kurikulum dapat dilihat dengan jelas dalam rajah
di bawah ini.
Organisasi Kurikulum
iii)Rasional kurikulum Sejarah
Menjelang tahun 2014, Kementerian Pendidikan berusaha memberi
penekanan kepada mata pelajaran Sejarah yang merangkumi asas-asas
sejarah negara bagi membantu memahami hubungan etnik, sistem
beraja, kedudukan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu.
Kurikulum sejarah ini bertujuan untuk menyemai kefahaman murid
terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid
memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah.
Penekanan yang khusus kepada sejarah negara selaras dengan kehendak
kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia celik sejarah di samping
menghayatinya. Langkah memperkenalkan mata pelajaran sejarah di
sekolah rendah adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi
pendedahan awal tentang sejarah di samping memupuk minat untuk
mempelajari sejarah sebagai persediaan di peringkat menengah nanti.
Mata pelajaran Sejarah dimasukkan dalam tunjang kemanusiaan yang
lebih kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai patriotisme
dalam kalangan murid. Kurikulum Sejarah menyepadukan
pengetahuan, kemahiran , elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
dalam pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah. Melalui
mata pelajaran Sejarah konsep-konsep asas berkaitan negara
diperkenalkan bagi mengembangkan isu-isu komplek sejarah Malaysia
yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
iv)Komponen kurikulum Sejarah
Komponen kurikulum Sejarah merupakan kesepaduan tiga elemen
utama iaitu:
1.1 Kandungan Kurikulum Sejarah
Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan
pendekatan kronologi. Persembahan kandungan berfokuskan tentang
sejarah negara yangdisepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang
nilai jati diri dan semangat patriotik.Kandungan kurikulum Sejarah
mencakupi beberapa tema seperti berikut:
TAHAP IITEMA
Tahun 4Sejarah Awal Negara
Tahun 5Kedaulatan Negara
Tahun 6Kemakmuran Negara Kita
Kandungan Kurikulum Sejarah
1.2 Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata
pelajaran Sejarah di sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat
Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin,
aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan
dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang.
Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2.1 Dimensi Kewarganegaraan
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan
Dimensi Kewarganegaraan. Elemen ini merujuk kepada bangsa yang
mendiami suatulingkungan geografi yang memiliki etos sebagai
penjalin hubungan antara etnik yang mendiaminya. Di Malaysia,
rakyat terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama.
Perkongsian Sejarah
Perkongsian NilaiKeterikatan Emosi Kepada Negara
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
Kesetiaan
Perasaan Kekitaan
Tanggungjawab Warganegara
Perkongsian Masa Depan
Dimensi Kewarganegaraan
1.2.2 Panduan Pelaksanaan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan
Nilai Sivik
Kaedah untuk melahirkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
kepada murid haruslah melalui aktiviti soal jawab, kajian kes,
pemerhatian dan kaedah-kaedah lain mengikut kreativiti guru dan
tahap kebolehan murid semasa proses pembelajaran dan
pengajaran.
Contoh soalan melalui aktiviti soal jawab:
1. Adakah kita perlu menjaga alam sekitar?2. Mengapakah anda
perlu menghargai keindahan alam sekitar?3. Bagaimana anda dapat
menyatakan rasa bangga terhadap keindahan alam sekitar?
1.3 Kemahiran Pembelajaran Sejarah
Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang
sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan pengajaran.
Kemahiran inimerangkumi aspek berikut:
1.3.1 Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang
membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan
bimbingan guru. KPS juga membantu murid memahami bagaimanasejarawan
menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti
sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah
meningkatkanpemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua elemen
dalam kemahiran ini membolehkan murid dapat melihat sesuatu
peristiwa sejarah secara empati.
KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasi pembelajaran
dan pengajaran. Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan
suasana
pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh meningkatkan minat
murid. Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis, kreatif dan
inovatif. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh
murid di peringkat sekolah rendahadalah seperti berikut:
a) Elemen Asas Sejarahb) Konsep Masac) Susunan Masad) Konversi
Masa
e) Isu dan Masalah Masa Laluf) Perbandingan Masa Lalug)
Imaginasi dan Empatih) Mencari sumberi) Signifikan Bukti
1.3.2 Kemahiran Kreatif dan Inovatif
Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu mata
pelajaran yang dapat merangsang pemikiran murid. Melalui proses
pembelajaran dan pengajaran, murid dapat memahami secara kritis dan
imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini
secara empati. Secara khusus, mata pelajaran Sejarah menekankan
asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang dipupuk dan dikembangkan
dalam kalangan murid bagi meningkatkan kemahiran kritis, kreatif
dan inovatif.
1.3.3 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Kemahiran inkuiri dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan
sikap ingin tahu dalam kalangan murid. Semasa melaksanakan inkuiri,
murid akan lebih peka kepada keadaan masyarakat dan
persekitarannya. Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan
menjalankan aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara
aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui
pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal,
berbincang, membuat rujukan, uji kaji dan kaji siasat. Aktiviti ini
boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam pelbagai
teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main
peranan dan kuiz.
Kemahiran inkuiri digunakan dalam kajian kes kerana membolehkan
murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui
penaakulan. Kemampuan mencari dan mengumpul maklumat melalui
pelbagai aktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan. Menerusi kemahiran ini,
guru juga boleh berperanansebagai pembimbing untuk merangsang minat
murid menjadi lebih yakin dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran.
1.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21
ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan
mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah
sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagimenyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah
merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran ini ditulis secara
eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran. KBAT boleh
diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk
menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.
Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta
pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras
tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid
berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
mereka.
Layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sejarah
Sub tajuk 1.8 Kaitan kurikulum dengan kehidupan individu,
masyarakat dan negara
Kurikulum mata pelajaran Sejarah ini disusun berkait rapat
dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara. Generasi masa
kini dilihat tidak lagi menghayati sejarah negara yang menjadi
dasar utama kepada pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang
kita lihat pada masa ini. Kekurangan ilmu sejarah telah menyebabkan
perpaduan yang dibina selama ini goyah. Masyarakat juga mula berani
mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara yang boleh
menggugat ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme
dan sebagainya tanpa menyedari bahawa bukan mudah untuk membina
perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini.
Warganegara yang baik sudah semestinya merupakan individu yang
menyayangi negaranya sendiri dan mempunyai semangat patriotik.
Kurikulum sejarah ini melihat sejauhmana individu mengetahui
sejarah masa lepas dan menilai rasional mengkaji sejarah masa
lepas. Seterusnya, masa depan yang akan dilalui merupakan ramalan
atau andaian dalam kehidupan individu. Kaedah-kaedah kita meramal
masa depan berkait rapat dengan sejarah masa lepas yang dilalui.
Kemahiran meramal masa depan merujuk kepada sejarah masa lepas yang
dijalani dalam kehidupan seseorang.
Kurikulum sejarah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat dan
negara. Persoalan di bawah perlukan jawapan daripada anda.
1.Nyatakan sumbangan penting tokoh kemerdekaan negara
kita.2.Berikan ciri-ciri pemimpin yang dapat membangunkan
negara.3.Nilai sanggup berkorban untuk negara penting dalam
memajukannegara, bincangkan.4.Sekolah ialah institusi untuk
menyatukan masyarakat. Jelaskan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan tunjang
bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi
melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik merealisasikannya
ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang
merupakan teras penting dalam dasar pendidikan. Ia juga merupakan
satu keperluan dalam proses pemantapan kewarganegaraan bagi
membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati
malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran, pedoman
ataupun perencanaan. Melalui sejarah, pengalaman masa lampau
merupakan satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan
datang membentuk sebuah negara bangsa.
TAJUK 2 MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH
Sinopsis
TAJUK 1: MARI BELAJAR SEJARAH
Hasil Pembelajaran:
1.Merumuskan sejauhmana mata pelajaran sejarah berperanan dalam
membina patriotik diri seorang warganegara.2.Menghuraikan mata
pelajaran Sejarah Sekolah Rendah dari perspektif Mata Pelajaran
Sejarah
Carta Aliran
MARI BELAJAR SEJARAH
PengenalanKemahiran SejarahFokus Konsep Ilmu Sejarah Pengertian
Diri dan keluarga Sekolah Tempat tinggal EmpatiMenghubungkaitkan
peristiwa sejarah mengikut garis masa Menghayati sejarah negara
Menjelaskan sebab dan akibat dalam sejarah Menghargai diri,
keluarga dan masyarakat
Apa itu Sejarah?Berbagai-bagai pengertian telah dikemukakan oleh
Sejarawan. Di bawah diperturunkan beberapa pandangan yang telah
diberikan oleh Sejarawan terkemuka
R.G.CollingwoodHerodotus
E.H. CarrLeopold Von RankeDefinisiSejarah
Ibnu KhalunAbdul Rahman Abdullah
i.Herodotus Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatan
terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman ii.Leopold Von
Ranke - Sejarah haruslah dikaji dan ditulis seperti sebenarnya
berlaku berasaskan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji
secara saintifik.
iii.R.G.Collingwood Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan
tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau
iv.E.H.Carr - Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus
antara ahli Sejarah dengan faktanya atau masa kini dengan masa
lampau. v.Ibnu Khaldun - Sejarah adalah catatan atau maklumat
tentang masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang berlaku
pada masyarakat tersebut.
vi.Abdul Rahman Abdullah Sejarah sebagai realiti objektif
(fakta) memerlukan pemikiran pemikiran subjektif (interpretasi)
Sejarawan yang bertanggungjawab
Mari kita rehat sebentar... cuba anda berikan definisi Sejarah
mengikut Ilmuan Islam dan Barat.
AktivitiMelalui pengalaman anda, ceritakan tentang sejarah diri
dan keluargaserta sejarah sekolah
. Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada
kemusykilan.
SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
SEJARAH AWAL NEGARA
Sinopsis
TAJUK 2 : ZAMAN AIR BATU
Tajuk ini menjelaskan tentang zaman air batu akhir iaitu zaman
Plestosen danzaman Holosen. Tajuk ini juga menerangkan hubungan
antara ilmu geografidengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri,
sayang akan negara dan menghargai alam sekitar. Carta Aliran
ZAMAN AIR BATU
Empati Memahami kejadian alam Memupuk kesedaran memelihara alam
sekitar Menanam semangat jati diri dalam kalangan murid Fokus
Perubahan Zaman Air Batu PengenalanZaman Air Batu
Mari kita rehat sebentar... cuba anda bezakan antara Zaman
Pleistosendan Zaman Holosen.
. Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada
kemusykilan.
Sinopsis
TAJUK 3: ZAMAN PRASEJARAH
Tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum
kewujudan sistem tulisan. Perbincangan memfokuskan cara masyarakat
zaman praSejarah menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk
kelangsungan hidup.Di samping itu, tajuk ini juga memperlihatkan
kesungguhan mereka menghadapi cabaran alam. Sikap berani, kreatif
dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi
murid. Tajuk ini juga menghubungkait disiplin ilmu Sejarah dengan
Geografi
CARTA ALIRAN.
ZAMAN PRASEJARAH
Fokus Kehidupan manusia zaman prasejarah Empati Memupuk perasaan
menghargai diri dan alam sekitar Memupuk semangat jati diri dalam
kalangan murid. Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi
Pengenalan Zaman prasejarah
ZAMAN PRA-SEJARAH
Paleolitik(Zaman Batu Awal)
Mesolitik(Zaman Batu Pertengahan)
Neolitik(Zaman Batu Baharu))
Logam(Zaman Gangsa Besi)
(i) Zaman Paleolitik (Zaman Batu awal)
Berdasarkan rekod-rekod sejarah, Zaman ini wujud kira-kira 35000
tahun yanglalu.Komunitinya tinggaldalam gua-gua.Kegiatan ekonomi
mereka bersifat saradiri dan hidup secara nomad.Contoh petempatan
komuniti ini ialah di Gua Badak dan Kota Tampan (Perak), Gua Niah
(Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).
(ii) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Zaman ini dianggarkan sekitar 11,000 tahun yang lalu.Komuniti
zaman ini tertumpu di gua-gua batu kapur.Mereka sudah mula mendiami
kawasan sekitar sungai dan pinggir laut.Peralatan batu yang
digunakan dalam kehidupan seharian mereka lebih halus
buatannya.Masih berburu binatang dan mula bercucuk tanam.Kawasan
petempatan mereka seperti di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil(Pahang),
Gua Kepah (Kedah), Jenderam Hilir(Selangor).
(iii) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)
Sekitar 5,000 tahun yang lalu, komuniti ini masih menggunakan
alat-alat batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharuian.
Kegiatan utama memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam dan
menternak binatang.Mereka mula mengadakan hubungan dengan komuniti
luar.Contoh petempatan yang memperlihatkan zaman ini ialah di Gua
Gomantong dan Gua Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak
(Sarawak). (iv) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)Zaman ini dikatakan
wujud disekitar 2500 tahun yang lalu.Zaman ini tidak lagi
menggunakan allt-alat batu untuk membantu mereka dalam kehidupan
seharian. Kehidupan komuniti ini lebih teratur dan beradat.Contph
petempatan zaman ini ialah di Sungai Lang dan Sungai Langat
(Selangor), Batu Buruk dan Sungai Terengganu (Terengganu) dan
Sungai Tembeling (Pahang).
Mari kita rehat sebentar.. cuba anda jelaskan apakah kegiatan
ekonomi yang dipraktikkan di setiap zaman kehidupan
pra-sejarah.
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada
kemusykilan.
SEJARAH AWAL NEGARA
Sinopsis
TAJUK 4: KERAJAAN MELAYU AWAL
Tajuk ini membincangkan Kerajaan-kerajaan Melayu awal sebelum
Kesultanan Melayu Melaka. Melalui pembelajaran ini murid dapat
mengenali keistimewaan dan keunikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang
dikaitkan dengan kemashyuran jalan laut dan perdagangan.
CARTA ALIRAN
KERAJAAN MELAYU AWAL
Empati Mengagumi kegiatan kerajaan - kerajaan Melayu awal
Menghayati kegemilangan Kerajaan Melayu awal Mengagumi kemahiran
masyarakat kerajaan Melayu awal Fokus Kerajaan Melayu Awal
Kerajaan-kerajaan Melayu Lokasi Kegiatan ekonomi
Pengenalan Kerajaan Melayu Awal
Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan,
Kalasapura, Fo-Lo-An, Chiu-Chih, Lo-Yueh, Chih-Tu, Tun-Sun, Pan-Pan
dan Hsia-Wau-Lu. Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai nama loghat
Bahasa Cina.
Kerajaan Kedah Tua
(1) Menurut Catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada
kurun ke - 5 Masihi antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah
Melayu.(2) Pusat pentadbiran Kedah Tua pada awalnya ialah Sungai
Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang.(3) Pada tahap awal
kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya agama
Hindu dan bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui
peninggalan Candi di Lembah Bujang.(4) Kerajaan Kedah Tua menjadi
pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka.Kapal-kapal
yang belayar dari Arab, Perak,dan Ceylon di Teluk Benggala akan
singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan pelayaran ke
tempat-tempat lain.(5) Gunung Jerai menjadi penanda kepada
kapal-kapal bahawa mereka sudahtiba di pelabuhan Lembah Bujang dan
Sungai Mas.(6) Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan
arkeologi di LembahBujang iaitu dua keping wang perak yang
dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (847-861 Masihi), manik
dari India dan kaca dari Timur Tengah..
Kerajaan Chih Tu
(1) Pendapat sesetengah pengkaji mengatakan bahawa Kerajaan Chih
Tu terletak di sekitar Tanah Merah Kelantan.Menurut Sumber Cina,
Chih Tu juga dikenali sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai
hubungan dengan kerajaan China. Menerima pengaruh Hindu-Budha dan
raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran.(2) Raja dibantu oleh
Jemaah menteri yang dianggotai oleh tiga orang menteridan seorang
Ketua Hakim bergelar Chu Lo Mo Ti atau Kulapati (Lisa Yip danJais
Abdul Hamid, 2012)
Latihan : Jelaskan apakah kegiatan ekonomi yang dipraktikkan
pada setiap zaman kehidupan kerajaan melayu awal
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada
kemusykilan
SEJARAH AWAL NEGARA
TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan
beberapa orang tokoh terbilang. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri
daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan LaksamanaHang Tuah
yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan
Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan
contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan
kepimpinan mereka pada masa depan. Nilai-nilai murni masyarakat
masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid untuk
melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.
CARTA ALIRAN
TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
Empati Memupuk rasa bangga dan setia kepada institusi
pemerintahan Menghargai peranan tokoh-tokoh terbilang dalam memberi
iktibar Menghargai nilai-nilai masyarakat terdahulu untuk dicontohi
oleh murid Fokus Tokoh Terbilang Parameswara BendaharaTun Perak
Laksamana Hang Tuah Pengenalan Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan
Melayu Melaka
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai
Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari
keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivaya dari
Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan
kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan
diktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja Cina
pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang
Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana yang bermaksud Yang
Dipertuan kepada tiga dunia melambangkan kekuasaan baginda ke atas
Palembang, Bentan dan Temasek.Terdapat tiga orang lagi Raja dari
keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri
Pekerma Wira Diraja (1372-1386), Paduka Seria Rana Wira Kerma
(1386-1399) dan Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399-1401). Pada
tahun 1401 kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan
Bendahara yang belot Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya
melarikan diri ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu
negeri yang baru.
Menurut Suma oriental, Parameswara ialah seorang raja Palembang
yang menggantikan ayahnya Raja Sam Agi. Baginda diserang Raja Jawa,
Batara Tamavill. Baginda melarikan diri ke Singapura.Setelah
membunuh wakil Raja Siam(Temagi) di Singapura. Parameswara menjadi
pemerintah palsu dan telah diserang dan dihalau oleh Siam. Ekoran
daripada itu baginda bersama seribu pengikutnya menuju ke pantai
barat Semenanjung Melayu untuk mencari perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu (Malay Annals) yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi
diganggu oleh biawak dari Kota Burok ke Seniang Ujong dan di Sungai
Bertam. Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka,
Parameswara telah melihat persitiwa anjing pemburuannya telah
ditendang oleh seekor pelanduk yang kecil yang dianggapnya kejadian
yang luar biasa. Parmeswara menamakantempat itu Melaka bersempena
dengan nama pokok beliau berteduh.
Antara sultan yang terkenal dan sering dikaji oleh pengkaji
Sejarah ialah :
(i) Sultan Mansor SyahSultan Mansor Shah (memerintah 1456 1477)
adalah gelaran kepada RajaAbdullah menggantikan bapanya Sultan
Muzaffar Shah. Zaman pemerintahSultan Mansor Syah , baginda
menjalankan perluasan wilayah antaranya ialah Selangor, Bertam,
Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau-pulau sekitarnya.
Baginda mendapat menakluki Indragiri dan Siantan secara percuma
daripada Majapahit setelah Sultan Mansor Syah berkahwin dengan
puteri Batara Majapahit. Sultan Mansur Syah sangat memuliakan alim
ulama sambilmendalami ilmu agama sehigga tahap ilmu tasawuf.
Baginda telah menjalankan Hukum Kanun Melaka yang dikatakan mirip
kepada keislaman.
(ii) Sultan Muzaffar Syah.Sultan Muzaffar Syah atau nama
sebenarnya ialah Raja Kassim merupakan Sultan Melaka yang ke 5.
Baginda memerintah dari tahun 1445 hingga 1456.Setelah baginda
ditabakan menjadi pemerintah Melaka, baginda memerintahkan
pegawainya melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan
yang diperkenankan oleh almarhum ayahandanya .Banyak peristiwa yang
berlaku pada zaman pemerintahannya, antaranya ialah Tun Perak
berjaya menangkis serangan dari Ayuthia (ibu negara Siam),
Persengketaan Tun Perak dan Tun Ali yang membawa kepada perkahwinan
Tun Ali dengan Tun Kudu yang merupakan salah seorang isteri Sultan
Muzaffar Syah pada masa itu. Sultan Muzaffar Syah telah mengkat
selepas serangan Siam pada tahun 1456 namun Melaka berjaya
menangkisnya, kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah
menyuntik semangat baru dalam menyusun strategi untuk mengembangkan
pengaruhnya di kepulauan Melayu yang lain.
(iii) Sultan Alauddin Riayat Syah.Nama sebenarnya ialah Raja
Hussain merupakan sultan Melaka yang ke-7.Baginda menaiki takhta
selepas kemangkatan ayahandanya Sultan MansurSyah pada tahun
1477.Baginda adalah seorang raja yang mementingkan keadilan dan
keamanan . Baginda sering menyamar pada waktu malam untuk
mengetahui keadaan sebenar rakyat jelatanya.Baginda banyak
mendapatrintangan dalam pemerintahannya seperti pemerintahannya
dicabar oleh kekandanya Raja Ahmad yang mendakwa dirinya benhak
menduduki takhta. Baginda mempunyai dua orang anak yang merebut
takhta selepas kemangkatannya.Baginda meninggal dunia pada tahun
1488 dan diganti oleh puteranya Raja Mahmud.
(iv) Sultan Mahmud Syah Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka
pada tahun 1488 hingga 1511merupakan Sultan Melaka yang
ke-8.Baginda mewarisi takhta Melaka pada usia yang muda dan
mencapai kegemilangan Melaka dengan menjadikan Melaka terkenal
sebagai pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Baginda juga
terkenal dengan pemerintahan yang kejam, tetapi pentadbirannya
dibantu oleh Bendahara Tun Perak.Baginda juga terkenal kerana ingin
memperisterikan Puteri Gunung Ledang yang menjadi kemuncak
kezalimannya membuat apa saja asalkan impiannya tercapai.
Tun PerakNama gelaranya ialah Bendahara Seri Paduka Raja Tun
Perak bin Tun Perpatih iaitu Bendahara Melaka yang ke-5.Antara
kejayaan Tun Perak ialah berjaya menangkis serangan Siam yang pada
masa itu satu kerajaan yang kuat.Ketika Tun Perak menjadi Bendahara
, Melaka telah berjaya menakluki negeri-negeri pantai Selat Melaka
seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta
Johor,Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Tun Perak mempunyai
kuasa untuk melantik raja Melaka, umpamanya beliau melantik Sultan
Alaudin Riayat Syah yang merupakan anak saudaranya. Tun Perak
meninggal dunia pada tahun 1498.
Mari kita rehat sebentar.....berdasarkan dua sumber, jelaskan
asal-usul Parameswara
Aktiviti : Secara kumpulan berikan faktor-faktor kegemilangan
dan kejatuhanMelaka.
Jata NegaraBunga KebangsaanKBahasa KebangsaanLagu
KebangsaanBendera KebangsaanIdentiti NegaraJangan lupa e-mail
kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan
(i) Jata Negara(a) Lambang bintang pecah 14 -13 Buah negeri
dalam Persekutuan Malaysia.(b) Anak Bulan Agama rasmi adalah Agama
Islam.(c) Lima bilah keris NNMTB (Johor,Kedah,Perlis,
Kelantan,Terengganu)(d) Pokok Pinang-Negeri Pulau Pinang(e) Pokok
Melaka- Negeri Melaka(f) Empat Jalur warna hitam dan putih negeri
Pahang.(g) Jalur merah dan kuning-Selangor(h) Jalur hitam,putih dan
kuning-Perak(i) Jalur Merah,hitam dan kuning Negeri Sembilan(j)
Bahagian bawah sebelh kiri Sabah dan kanan Sarawak.(k) Warna
kuning- warna Diraja
(ii) Bendera Kebangsaan(a) 14 jalur merah dan putih 13 buah
negeri dan kerajaan persekutuan(b) Warna biru tua perpaduan
rakyat(c) Anak Bulan Agama Islam agama rasmi bagi Persekutuan
Malaysia(d) Bintang pecah 14- 13 buah negeri dan kerajaan
persekutuan(e) Warna kuning pada bulan dan bintang Warna Diraja
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
(iii) Lagu Kebangsaan(a) Lagu Negaraku adalah lagu rasmi negeri
Perak yang berasal dari Pulau Mahe di Kepulauan Seycelles yang
dibawa oleh Sultan Abdullah setelah selesai menjalani hukuman
dibuang negeri kerana di dakwa bersubahat membunuh Residen Perak
JWW Birch.(b) Lagu ini dicipta oleh seorang penggubah Perancis yang
bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) telah diberi seni kata
baru dinamakan Allah Lanjutkan Usia Sultan yang menjadi lagu rasmi
negeri Perak Darul Ridzuan.(c) Lagu tersebut telah dipilih menjadi
lagu kebangssan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang
diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957
bertempat di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
(iv) Bahasa Kebangsaan(a) Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu
yang digunakan untuk urusan rasmi oleh seluruh rakyat Malaysia.
(v) Bunga Kebangsaan.(a) Bunga Raya adalah sejenis bunga sepatu
dan kembang sepatu (Hibiscusrosasinensis).(b) Bunga Raya telah
dipilih daripada i tujuh bunga yang dipertandingkan pada 28 Julai
1960.
Yang Dipertuan Agong(1) Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua
Negara bagi Persekutuan Malaysia yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja
Melayu.(2) Perlembagaan Persekutuan Perkara 34 menyebut beberapa
perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong:(a) Yang
diPertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas sebagai raja
negerinya kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam.(b) YDPA tidak
boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada
apa-apapersaraan.(c) YDPA tidak boleh mengambil bahagian dengan
bergiat dalam apa-apa enterprise perniagaan(d) YPDP tidak boleh
menerima apa-apa jenis pendapatan yang kedar atau terakur kepadanya
sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya
itu atau peruntukan mana-mana undang-undang negeri.(e) YDPA tidak
boleh dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu meninggalkan
Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatanke
suatu negeri.
Yang Dipertuan Agong menjalankan tugas-tugasnya di bawah
Perlembagaan. Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri kecuali mana-mana peruntukan selain perlembagaan ini. Ia
mempunyai kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri, tidak
mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen dan meminta supaya
diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yanag
Maha MuliaRaja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat
itu. (Perlembagaan, Perkara 40(2))
Rukun Negara(a) Rukun Negara lahir sesudah peristiwa hitam
negara iaitu peristiwa 13 Mei1969, telah diisytiharkan pada tahun
31 Ogos 1970.(b) Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang
bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat
tanpa mengira perbezaanyang berdasarkan asal keturunan, bahasa,
agama dan budaya.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
Latihan : Berikan apakah maksud yang ada pada jata negara .
Kita Rakyat Malaysia(a) Pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik.
Di Semenanjung Tanah Melayu kelompok terbesar adalah orang Melayu,
Cina dan India.Di samping itu terdapat juga Sikh dan Serani.
Suku Kaum di SabahSabah mempunyai pelbagai suku kaum, antaranya
ialah:
KadazandusunBonggiMurutKimarang
BajauKwijauPaitanLundayeh
KedayaUbianSuluBinadan
KokosBisayaRumanauLotud
MinokokOrang SungaiRungusTatana
TagaasSulukMelayuIrranun
Idaan BruneiPelbagai kumpulan etnik Filipina Selatan
Suku Kaum di SarawakSarawak mempunyai dua puluh tujuh etnik
antaranya ialah :
MelanauDayak - Iban
Dayak -KenyahDayak - Kayan
Dayak - MurutDayak - Bidayuh
Dayak - PenanKedayan
Dayak - KelabitDayak Punan
Latihan ; Senaraikan kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat di
Sabah dan Sarawak
Keseniaan dan Kebudayaan MalaysiaKepelbagaian kaum telah
menghasilkan pelbagai corak kesenian dan kebudayaan masyarakat
negara kita.Dari segi pakaian, orang Melayu mempunyai pakaian
seperti baju kurung, baju kebaya dan baju Melayu. Pelbagai adat dan
pantang larang di amalkan antaranya ialah adat besanding,
melenggang perut dan sebagainya. Masyarakat Cina pula mempunyai
pelbagai budaya mereka seperti pakaian Cheong Sam,makanan Young Tau
Fu dan sebagainya.
Asas kebudayaan kebangsaan ialah :(i) Kebudayaan Kebangsaan
negara ini haruslah berteraskan kepada kebudayaan penduduk asli
rantau ini.(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajarlah diterima dan menjadi sebahagian daripada unsur-unsur
kebudayaan kebangsaan.(iii) Islam adalah menjadi unsur penting
dalam pembentukan kebaudayaan kebangsaan.
Kejayaan dan Dunia.Pada pentas dunia, Malaysia banyak memainkan
peranan sama ada peringkat serantau atau antarabangsa. Pada
peringkat serantau, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah dicadangkan
oleh Tunku Abdul Rahman dan direalisasikan melalui Perisytiharan
Bangkok pada 1 Ogos 1961. Negara-negara yang menganggotai ASA ialah
Persekutuan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.
Tujuan penubuhan ASA ialah :(i) Mewujudkan kerjasama dalam
kalangan negara-negara Asia Tenggara yang bukan komunis.(ii)
Memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial negara-nagara anggota
ASA.(iii) Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan
kebudayaan, kemasyarakatan, sains dan pentadbiran.(iv) Membendung
kemiskinan(v) Membendung ancaman komunis.
ASEAN ditubuhkan hasil daripada Deklarasi Bangkok pada Ogos
1967. ASEAN pada peringkat awalnya dianggotai Malaysia, Thailand,
Indonesia, Singapura dan Filipina. Kini ASEAN mengandungi sepuh
anggota dengan penambahan negara iaitu Kampuchea, Laos, Brunei,
Vietnam dan Myanmar.
Tujuan penubuhan ASEAN ialah :(i) Mempercepatkan perkembangan
ekonomi,sosial, dan kebudayaan melaluikegiatan bersama.(ii)
Mewujudkan kestabilan dan keamanan serantau berasaskan keadilan
dankepatuhan undang-undang serta prinsip piagam Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Pada peringkat antarabangsa Malaysia menganggotai Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Malaysia menganggotai Komanwel pada tahun 1957, dan Non-Aligned
Movement (NAM) yang ditubuhkan pada tahun 1961.
Latihan ; Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat
dunia.
TAJUK 3 SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum
sejarah sekolah rendah di Malaysia yang dimulakan bagi murid Tahun
4 mulai tahun 2014. Perbincangan ini juga menyentuh Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga mengenai asas pemikiran
sejarah bagi melahirkan murid yang dapat memahami konsep dan fakta
sejarah. Berikutnya perbincangan mengenai asas pemikiran
sejarah.
Hasil Pembelajaran:
1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum Sejarah di negara
ini.
2. Menjelaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah.
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
2
Asas Memahami Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Di
Sekolah Rendah
Sub tajuk 3.1: Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah rendah
3.1.1: Latar Belakang subjek Sejarah di Malaysia
Di Malaysia, mata pelajaran sejarah diajar mengikut keperluan
masyarakat dan negara dalam membina masyarakat yang bersatu padu
dan harmoni. Hal ini disebabkan setelah negara kita mencapai
kemerdekaan bentuk masyarakat telah berubah kepada masyarakat
berbilang kaum. Oleh itu subjek Sejarah menjadi mekanisme untuk
menyelesaikan pelbagai konflik yang timbul kesan daripada
masyarakat berbilang kaum. Terdapat dua tahap masa bagi melihat
latar belakang pengajaran subjek Sejarah di sekolah rendah.
Tahap Pertama: Tanah Melayu Sebelum Merdeka
Ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British subjek Sejarah
diajar secara tidak serius. Pihak penjajah British hanya menekankan
kepada pengajaran yang berbentuk sejarah dunia bagi dihafal olah
murid-murid agar mereka mengakui kepentingan penjajah Barat.
Kisah-kisah sejarah berkisar kepada kejayaan bangsa Eropah dalam
mewarnakan sejarah dunia. Tidak banyak kisah masyarakat tempatan
diceritakan kepada murid-murid. Dengan lain perkataan sejarah pada
zaman British bersifat Euro-Centric.
Tahap Kedua: Tanah Melayu merdeka
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan
Tanah Melayu telah membolehkan sistem pendidikan yang menjurus
kepada kepentingan masyarakat di Tanah Melayu. Subjek Tawarikh yang
hanya menjurus kepada catatan ataupun peristiwa sejarah
semata-mata, mula menekankan kepada sejarah yang menjurus kepada
nilai, iktibar dan kepentingan mempelajari Sejarah.
3.1.2: Rasional Sukatan dan Huraian Sukatan Sejarah
Sukatan subjek Sejarah di sekolah rendah memberi penekanan
kepada perkembangan murid melalui pembelajaran sejarah berasaskan
pengalaman dan persekitaran murid-murid. Oleh yang demikian sukatan
dan huraian sukatan pelajaran menekankan kepada Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Standard Kandungan merupakan perkara-perkara dalam konteks
sejarah yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh murid dalam
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula
menekankan kepada kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur melalui tajuk-tajuk sejarah yang dipelajari. Disamping itu,
sesuatu yang dipelajari oleh murid perlu diukur bagi membuktikan
bahawa murid mencapai tahap yang dikehendaki mengikut tahap
penguasaan dalam Standard Prestasi.
Rasional sukatan dan huraian sukatan pelajaran sejarah lebih
menekankan konsep kronologi bagi membentuk murid agar memahami
susun galur sejarah mengikut tempoh masa sesuatu peristiwa yang
berlaku. Oleh yang demikian murid berupaya menjelaskan masa lepas
untuk memahami masa kini dan boleh meramal masa depan berasaskan
peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari dan dikuasai.
3.1.3: Matlamat dan Objektif
Kurikulum Standard Sejarah sekolah rendah mengharapkan agar
murid dapat memahami pelbagai tingkah laku manusia, sebab dan
akibat, keunikan sejarah Malaysia dan kegemilangan negara bagi
melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan
demokrasi di Malaysia.
Objektif Mempelajari Sejarah Di Sekolah Rendah
Objektif mempelajari Sejarah di sekolah rendah mengharapkan
murid dapat memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.
Subjek Sejarah membolehkan pelbagai sumber dan maklumat dikaji.
Melalui kajian ini murid akan mendapat idea, konsep serta eleman
sebab dan akibat dalam pembelajaran sejarah. Warisan negara amat
penting dipelajari dalam konteks setempat, negara dan juga global.
Kepimpinan negara membolehkan pelbagai nikmat kehidupan diperoleh
oleh setiap generasi. Oleh yang demikian, menghargai tokoh-tokoh
akan dapat melahirkan perasaan bangga dan hormat kepada pemimpin
masa lalu.
3.1.4: Pemetaan Sukatan Pelajaran sejarah
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang dimulakan kepada
murid Tahap 2 mengandungi tiga tema utama iaitu:
Pemetaan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah memberi
penekanan kepada kronologi dengan memberi pengetahuan asas Sejarah
awal Negara yang mengandungi:- Mari Belajar Sejarah Zaman Air Batu
Zaman Pra Sejarah Kerajaan Melayu Awal Tokoh Kesultanan Melayu
Melaka
Semua tajuk ini menjurus kepada asas-asas pembentukan negara dan
cara-cara mempelajari kejadian atau peristiwa yang membolehkan
murid menjadi sebahagian warganegara.
Tahap Kedua menekankan kepada Kedaulatan Negara yang
mengandungi:- Warisan Negara Kita Perjuangan Kemerdekaan Negara
Yang DiPertuan Agong Identiti Negara Kita
Tahap Ketiga pula, tema yang dipelajari lebih menjurus kepada
Kemakmuran Negara yang mengandungi:- Negara Malaysia Kita Rakyat
Malaysia Pencapaian dan Kebangaan Negara
3.1.5: Skop Kandungan
Skop dan Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah berfokuskan
tentang Sejarah Negara yang disepadukan dengan eleman
kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam
kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik.
Eleman kewarganegaraan dan nilai sivik bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat
Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin,
aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri
warganegara yang cemerlang.
Penerapan eleman kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan
Dimensi Kewarganegaraan. Eleman ini merujuk kepada bangsa yang
mendiami sesuatu lingkungan geografi yang memiliki sistem nilai
sebagai penjalin hubungan antara etnik yang terdapat di
Malaysia.
Perbincangan1) Bincangkan matlamat dan objektif pembelajaran
kurikulum Sejarah di sekolah rendah2) Dalam kumpulan seramai 3
orang, sediakan peta pemikiran (i-THINK) bagi menjelaskan skop dan
kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah.
Kita rehat seketika untuk menghilangkan tekanan.....
TAJUK 4CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF
Sinopsis
Tajuk ini membincangkan mengenai ciri-ciri guru sejarah yang
efektif. Tiga ciri yang dikenalpasti sebagai guru yang efektif
iaitu berpengetahuan, memartabatkan profesion keguruan dan
berkeperibadian. Ketiga-tiga ciri ini akan dijelaskan melalui modul
ini. Di akhir modul, disediakan latihan untuk para pembaca menguji
kefahaman. Diharapkan modul ini akan memberikan bantuan dan manfaat
kepada para pembacanya dalam persiapan kursus SJH3103.
Hasil Pembelajaran1. Menyenaraikan ciri-ciri guru Sejarah yang
efektif2. Mentakrifkan konsep-konsep yang berkaitan ciri guru
Sejarah yang efektif3. Menghuraikan ciri-ciri guru Sejarah yang
efektif
Kerangka Kursus
SubTajuk: 4.1 Berpengetahuan
Sebelum dibincangkan dengan lebih mendalam akan
komponen-komponen yang membentuk guru yang berpengetahuan, adalah
lebih baik perbincangan dimulakan dengan mentakrifkan pengertian
guru yang efektif. Efektif dalam pengertian yang mudah bermaksud
berhasil. Guru yang efektif pula dapat ditakrifkan sebagai guru
yang telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Guru yang
efektif juga boleh juga bermaksud tindakannya telah meninggalkan
kesan dan pengaruh terhadap murid-muridnya. Tindakan dalam konteks
ini bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya guru
yang efektif adalah guru yang berjaya melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya.Berpengetahuan dalam
konteks ini bermaksud seseorang guru sejarah menguasai fakta-fakta
Sejarah yang perlu disampaikan kepada murid-muridnya. Menguasai
fakta-fakta membawa pengertian bahawa guru mempunyai tahap
penguasaan yang komprehensif dan lengkap terhadap ilmu pengetahuan
yang bakal disampaikan kepada murid-muridnya. Untuk memiliki ciri
guru Sejarah yang efektif, guru mestilah banyak membaca bahan-bahan
yang berkaitan dengan bidangnya. Guru Sejarah mestilah rajin
membaca buku-buku dan bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah.
Ini akan menatijahkan guru Sejarah sentiasa mengikuti fakta-fakta
dan penemuan baru dalam bidang sejarah terutamanya dalam sejarah
negara kita. Dengan memiliki pengetahuan sejarah yang mendalam,
guru berupaya menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh
muridnya secara tepat, jelas dan terperinci. Berupaya menjawab
soalan-soalan murid adalah tindakan yang signifikan kerana
murid-murid pada tahap ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
terutama yang berkaitan dengan dirinya dan keadaan persekitaran.
Sekiranya perasaan ingin tahu ini dihalang oleh guru, perkembangan
pembelajaran dalam diri murid akan terbantut. Berpengetahuan juga
bermaksud guru juga mempunyai kemahiran pedagogi dalam
penyampaiannya. Memiliki kemahiran pedagogi bermakna seseorang guru
Sejarah mengetahui kaedah-kaedah yang berlainan yang boleh
diaplikasikan dalam proses pengajarannya. Dengan yang demikian,
proses pembelajaran akan menjadi suatu sesi yang menyeronokkan dan
memberikan banyak kelebihan kepada murid-muridnya. Apabila tahap
penguasaan ilmu dan kemahiran pedagogi berada pada tahap yang
cemerlang, kesannya dapat dilihat kepada tahap keyakinan seseorang
guru Sejarah itu. Guru Sejarah yang mempunyai keyakinan diri akan
mudah berhadapan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh
murid-muridnya.
Guru Sejarah yang efektif juga perlu menguasai dokumen standard
kurikulum. Dokumen standard kurikulum bermaksud kurikulum mata
pelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.
(BPK) Penguasaan dokumen standard kurikulum adalah pra syarat yang
tidak boleh dielakkan. Guru juga perlu menguasai isi kandungan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Penguasaan. (KSSR) Menguasai dan mengetahui dokumen
standard kurikulum bererti guru telah mengenalpasti objektif
matapelajaran yang dihasratkan dan seterusnya memastikan
objektif-objektif tersebut dapat dicapai. Guru sejarah yang efektif
mesti menyedari bahawa kurikulum standard sekolah rendah adalah
berdasarkan enam tunjang iaitu;1. Komunikasi2. Kerohanian3. Sikap
dan nilai4. Kemanusiaan5. Literasi Sains dan teknologi6.
Keterampilan diri
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah membolehkan
murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan
sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melajirkan
warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di
Malaysia. Objektif kurikulum Standard Sejarah Sekolah pula
membolehkan murid-murid;1.memahami peristiwa masa lalu melalui
sikap ingin tahu.2.mengenal pasti pelbagai sumber dan
maklumat3.memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam
elemen Sejarah.4.menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan
dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha
untuk mengukuhkan suasana keharmonian.5.menyatakan pelbagai bentuk
persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian
Sejarah.6.menilai warisan sejarah negara dalam konteks kawasan
setempat, negara dan global.7.memahami proses pembinaan tamadun
manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat8.menjelaskan
kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di
Malaysia.9.memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan
pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman
kaum.10.memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan
kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri. 11.mengenal pasti usaha
dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan perasaan
bangga dan hormat. 12.menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial.
Dengan mempunyai pengetahuan terhadap matlamat, objektif dan
tunjang yang mendasari dokumen kurikulum standard Sekolah Rendah,
guru akan menyedari tangggungjawab yang perlu dilaksanakannya
kerana ia telah menyedari akan kedudukannya dalam profesion
keguruan serta peranan-peranan spesifik yang harus
dilaksanakan.
Guru yang berpengetahuan juga mestilah mempunyai pemahaman yang
mendalam terhadap konsep EQ dan IQ murid-murid didiknya. EQ
(emotion quotient) dapat ditakrifkan dalam bentuk yang mudah
sebagai kecerdasan emosi.Goleman (1995) menjelaskan bahawa terdapat
lima komponen dalam EQ iaitu;
1. Mengetahui emosi sendiri2. Menguruskan emosi sendiri3.
Memotivasikan diri sendiri4. Menyedari dan menghormati emosi orang
lain5. Menguruskan hubungan
Proses-Proses Yang Terlibat Dalam EQJelasnya EQ atau kecerdasan
emosi adalah kemampuan individu untuk mengawal emosi diri sendiri
dan dalam hubungan dengan pihak lain.Salovey dan Mayer (1990)
mendefinisikan EQ (emotional quotient) sebagai,
kemampuan untuk memahami perasaan diri sendiri, untuk berempati
terhadap perasaan orang lain dan untuk mengatur emosi, yang secara
bersama berperanan dalam peningkatan taraf hidup seseorang.
Sebaliknya IQ pula membawa maksud Ialah istilah
kecerdasan manusia dalam kemampuan untuk menalar, perencanaan
sesuatu, kemampuan memecahkan masalah, belajar, memahaman gagasan,
berfikir, penggunaan bahasa dan lain-lain
Komponen-komponen kepintaran dalam diri manusia.
Mengapakah EQ dan IQ penting untuk dikuasai oleh guru-guru
sejarah dan apakah kaitannya dengan guru yang efektif? Jawapannya
ialah guru yang efektif perlu mendidik murid-murid dalam kerangka
EQ dan IQ. Dengan yang demikian murid-murid akan dapat diasuh
secara yang seimbang dari segi emosi dan kecerdasannya. Guru yang
efektif akan membimbing murid-muridnya tidak hanya bertumpu kepada
kecerdasan akal fikiran tetapi mampu juga mengurus emosi secara
yang betul dan sihat. Seperti yang telah dijelaskan,
keseimbangandiri murid-murid telah lama diberikan penekanan dalam
sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan
bahawa;Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Seterusnya guru yang berpengetahuan mestilah mempunyai minat
dalam bidang penyelidikan. Dalam bentuk yang mudah, penyelidikan
bermaksud sebarang usaha pengumpulan data, maklumat dan fakta untuk
tujuan kemajuan dan peningkatan ilmu pengetahuan. Peningkatan ilmu
bermaksud teori dan hukum ilmu pengetahuan yang sedia ada akan
dikaji semula. Jelasnya meminati bidang penyelidikan adalah ciri
yang mesti dimiliki oleh guru-guru sejarah dalam usaha untuk
menjadi guru yang efektif. Tambahan pula, disiplin sejarah dan
bidang penyelidikan sejarah mempunyai perkaitan yang rapat.
Kemajuan dalam bidang penyelidikan akan membantu perkembangan dan
perjumpaan baru dalam bidang sejarah. Guru Sejarah yang efektif
juga akan mendorong budaya penyelidikan dalam kalangan
murid-muridnya. Dengan yang demikian minat meneroka dapat disemai
dalam diri murid-murid
Menguasai bidang teknologi maklumat (IT) juga adalah ciri
penting guru yang berpengetahuan. Dalam proses penyampaian ilmu,
guru Sejarah yang efektif perlu mengaplikasikan kemahiran IT agar
proses tersebut akan menghasilkan impak yang maksimum terhadap
pemahaman murid. Bahan bantu belajar yang menggunakan kemudahan IT
akan meningkatkan pemahaman murid kerana beberapa deria digunakan
dalam masa yang sama. Penguasaan IT yang baik oleh para guru juga
akan membolehkan lebih banyak maklumat disimpan dalam bentuk
digital dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Akhbar-akhbar
lama, peta, surat-surat perjanjian dan deklarasi yang penting buat
negara dapat dipelihara dengan selamat melalui proses penyalinan
secara digital.
Tayangan video membolehkan para pelajar mengimbas
peristiwa-peristiwa silam seperti peristiwa pengistiharan
kemerdekaan dan peristiwa perang yang pernah berlaku. Seterusnya
penggunaan IT seperti komputer, aplikasi multimedia dan internet
telah meningkatkan kualiti pengajaran menjadi lebih kreatif dan
lebih berkesan. Kemudahan internet membolehkan penerokaan dan
percambahan ilmu terutamanya yang berkaitan dengan fakta-fakta
Sejarah. Murid-murid dapat diasuh untuk berdikari dalam mengakses
bahan-bahan dan ilmu pengetahuan. Jelasnya kepada guru sejarah yang
efektif elemen IT perlu digabungjalinkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Guru yang berpengetahuan juga mestilah
melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran sering
juga diistilahkan sebagai learning by doing seperti yang diajurkan
oleh John Dewey. Secara umumnya pembelajaran berasaskan projek
boleh dicirikan sebagai berikut;a)Proses pembelajaran yang
mengintergrasikan ilmu pengetahuan dan amalan- amalan
amali.b)Murid-murid diberikan suatu tugasan atau projek tertentu.
c)Mereka akan bekerja secara kolaboratif dalam menyempurnakan
tugasan. d)Murid-murid akan diberikan suatu soalan panduan (driving
question)e)Pengumpulan maklumat dilakukan secara
penyelidikanf)Murid-murid diasuh untuk menyiapkan tugasan dengan
menggunakan kemahiran ITg)Amalan-Amalan Abad ke-21 seperti
Pemikiran Kritis, Komunikasi dan Kolaborasi) diterapkan dalam
proses tugasan projekh)Selepas projek disiapkan, terdapat sesi
pembentangan projek yang melibatkan penggunaan sumber dan artifak
yang berkaitani)Beberapa mata pelajaran boleh digabungkan dalam
menghasilkan projek seperti di antara mata pelajaran Sejarah dan
Bahasa Melayu atau di antara IT dan Matematik
Proses Kerja Pembelajaran Berasaskan Projek
Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek mempunyai banyak manfaat kepada
murid-murid. Antaranya ialah seperti;Sifat PositifPenerangan
BerdikariKurang mengharapkan bantuan guru dalam menyiapkan
projek
BekerjasamaBekerjasama dan berkolaborasi dalam kumpulan
BerkeyakinanBerkeyakinan dalam menentukan projek dan semasa
pembentangan projek
Daya ingatan dan pemahamanPelajar lebih mengingati dan memahami
fakta kerana terlibat secara langsung dalam projek
Contoh Pembelajaran Berasaskan Projek yang boleh dilaksanakan
oleh guru Sejarah di sekolah rendah :
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya dan
berkembangnya bandar di tempat kediaman anda?
Soalan Panduan (Driving question)
SubTajuk: 4.2 Memartabatkan Profesion Perguruan
Para pelajar yang dihormati,Setelah kita membincangkan ciri-ciri
guru yang efektif melalui amalan berpengetahuan, kita bincangkan
pula amalan seterusnya iaitu guru yang efektif mesti memartabatkan
profesion perguruan.Profesion perguruan merupakan antara profesion
manusia yang tertua. Kesinambungan sesebuah tamadun dan peradaban
berkait erat dengan penurunan ilmu dari satu generasi kepada
generasi yang lain. Siapakah yang paling sesuai untuk memainkan
peranan yang amat penting itu kalau bukan seorang guru? Agama Islam
telah meletakkan profesion perguruan pada tahap yang tinggi dan
ungkapan seperti murabbi, mualim dan ulama telah digunakan untuk
merujuk kepada profesion perguruan.Untuk memartabatkan profesion
perguruan, beberapa pra syarat yang mesti dipenuhi oleh guru
seperti yang dipaparkan melalui rajah di bawah;
Berpandangan progresif merupakan pemikiran ke arah pembaikan
keadaan kini. Seorang guru yang progresif akan melihat keadaan
persekitarannya dan dalam masa yang sama akan memikirkan
ruang-ruang dan peluang untuk penambahbaikan. Idea-idea dan
kaedah-kaedah baru akan diperkenalkan untuk membaiki suatu sistem .
Progresif merupakan kebalikan daripada keadaan statik dan jumud
yang ingin mengekalkan sedia ada. Pemikiran saintifik pula adalah
pemikiran yang didasarkan kepada kepentingan untuk bertindak
mengikut prosedur-prosedur tertentu serta mementingkan bukti yang
empirikal. Pemikiran saintifik akan sentiasa menguji hipotesis demi
mencari kebenaran yang baru. Dalam pemikiran saintifik, tidak ada
kebenaran mutlak. Ilmu-ilmu baru yang telah melalui proses
pengujian akan diperkenalkan.
Kedua-dua pemikiran ini jika diaplikasikan akan membantu guru
dalam memartabatkan profesion perguruan. Seorang guru Sejarah
berpandangan progresif akan sentiasa berusaha menambahbaik amalan
profesionalnya di dalam ruang bilik darjah. Ia akan bersikap
dinamik iaitu akan melakukan perubahan demi perubahan untuk
meningkatkan kualiti pengajarannya. Ia akan bersikap terbuka kepada
kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan bersedia pula untuk
melaksanakannya. Guru sejarah yang berfikiran saintik pula akan
sentiasa mementingkan kajian dan pembuktian dalam budaya kerjanya.
Dengan ini guru tersebut akan menjadi guru yang bersistematik
semasa menjalankan tugas. Berfikiran progresif dan saintifik akan
menyebabkan profesion perguruan menjadi lebih profesional kerana
pengamalnya sentiasa mengamalkan inovasi dan pembaharuan. Semua ini
akn menatijahkan profesion perguruan dapat dimartabatkan.Di mana
sahaja guru itu ditempatkan, ia adalah sebahagian daripada agen
perubahan terutama dalam masyarakat sekitar. Guru sebagai pengamal
ilmu pendidikan bukan sahaja bertugas di dalam bilik darjah tetapi
turut memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat. Mereka
menjadi pengkritik yang membina serta menganjurkan
perubahan-perubahan yang positif. Guru sering dianggap pemimpin
masyarakat yang tidak rasmi. Guru juga menjadi role model dengan
mengamalkan tingkah laku yang positif serta kecintaan kepada ilmu.
Sumbangan guru kepada proses modernisasi dan perubahan sebenarnya
amat besar kerana perubahan dan kemajuan tidak hanya berpaksikan
kepada pembangunan fizikal dan kebendaan sahaja. Jelasnya guru yang
efektif merupakan guru yang menjadi egen perubahan dengan
menyediakan pembangunan kerohanian dan pembangunan modal insan.Guru
yang efektif juga merupakan penjawat awam yang berpendirian teguh
kepada prinsip-prinsip yang benar. Dalam sebarang keadaan ia tidak
akan tunduk kepada tekanan dan desakan semasa melaksanakan tugas
dan tanggungjawab sebagai guru. Dengan ini guru tersebut berupaya
menolak elemen-elemen yang korup seperti rasuah dan
diskriminasiSeterusnya setiap guru perlu menjunjung aspirasi negara
khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 ,terdapat lima hasil yang
ingin dicapai iaitu;i. Akses kepada Pendidikanii. Kualiti Standard
Antarabangsa Yang TInggiiii. Ekuiti untuk Semua Muridiv. Memupuk
Perpaduan dalam Kalangan Muridv. Pelaksanaan Berkecekapan
TinggiJusteru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai
guru, kelima-lima hasil dan aspirasi negara perlu dijelmakan.
Dengan memahami hasrat sistem pendidikan negara, guru yang bertugas
adalah pada landasan yang betul dan seterusnya membantu ke arah
usaha memartabatkan profesion perguruan.Seorang guru juga memainkan
peranan kepemimpinan dalam pendidikan. Ia mungkin seorang guru atau
Guru Besar dan Pengetua, peranan kepemimpinan perlu dilaksanakan.
Menjalankan peranan kepemimpinan bermakna tugas-tugas mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif, mengatur sumber-sumber dalam
institusi pendidikan, menyusun pentadbiran sekolah, membina
hubungan institusi pendidikan dengan institusi-institusi lain. Di
peringkat yang lebih rendah tetapi penting, guru adalah pemimpin di
dalam bilik-bilik darjah dan terlibat dalam memimpin
murid-muridnya.
SubTajuk: 4.3 Keperibadian Selepas berehat daripada membaca dua
sub topik terdahulu, kita fokuskan kepada sub topik yang terakhir
iaitu Keperibadian guru sebagai pra syarat untuk menjadi guru yang
efektif.Untuk tujuan perbincangan, kita fokuskan tiga ciri yang
membentuk guru yang berkeperibadian iaitu;
Keperibadian dalam bentuk yang ringkas bermaksud watak seseorang
yang agak stabil dan menonjol pada diri seseorang yang dapat
membezakan dirinya daripada orang lain. Elemen pertama yang akan
dibincangkan ialah kecindanan. Kamus Dewan telah mentakrifkan
kecindan sebagai jenaka, lawak dan kelakar. Shaffe Mohd Daud (2009)
pula mendefinisikan kecindan sebagai kebolehan seseorang manusia,
objek, situasi dan perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira
atau terhibur. Suasana kecindan boleh berlaku apabila kita ketawa
kepada sesuatu situasi seperti kelucuan yang ditunjukkan oleh
seseorang. Hasil utama akibat daripada suasana kecindan ialah
berkurangnya situasi tegang. Shaffee Mohd Daud juga menjelaskan
kesan kecindan sebagai,i. Mewujudkan suasana yang membantu
pembelajaranii. Meningkatkan perhatian dan keseronokan belajariii.
Meningkatkan motivasi untuk terus belajariv. Meningkatkan kemahiran
belajarv. Membentuk guru berkesan
Kajian Garner (2006) (dalam Shaffe Mohd Daud (2009) mendapati
bahawa guru yang mengamalkan unsur kecindan dianggap oleh murid dan
rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu mananakala Malikow
(2007) (dalam Shaffe Mohd Daud (2009) mendapati 59% pelajar
menyatakan guru yang mempunyai unsur-unsur kecindanan adalah guru
yang berkesan. Willard (2006) (juga dalamShaffe Mohd Daud (2009)
pula mengutarakan kelebihan-kelebihan guru yang mengamalkan unsur
kecindan iaitu;i. Memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran,
mengurangkan kebimbangan, tekanan, ketegangan dan kebosananii.
Meningkatkan kefahaman, ingatan, minat dan pelaksanaan tugasaniii.
Meningkatkan motivasi untuk belajar dan kepuasan untuk belajariv.
Meningkatkan kreativiti dan pemikiran secara divergent
(mencapah)Selain daripada mengamalkan unsur kecindanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru harus selalu melakukan penilaian
kendiri. Penilaian kendiri adalah proses pembinaan persepsi sendiri
terhadap ciri-ciri dan kebolehannya. Jika dijadikan alaman kerja,
penilaian kendiri membolehkan seseorang itu mereflek kelemahan dan
kekuatan prestasi kerjanya. Dalam masa yang sama, langkah-langkah
pembaikan boleh dilakukan. Semua ini akan memberikan impak yang
positif terhadap profesion perguruan kerana guru sentiasa berusaha
membaiki kelemahan dan meningkatkan mutu kerja mereka.Selari dengan
amalan pemikiran progresif dan saintifik, guru sejarah yang efektif
juga perlu mengaplikasikan Kajian Tindakan dalam menyelesaikan
masalah-masalah pembelajaran murid-muridnya. Menggunakan kajian
tindakan bermakna guru akan melakukan pemerhatian terhadap yang
masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi muridnya. Seterusnya
guru tersebut akan merancang tindakan-tindakan pemulihan dan
disertai dengan tindakan mereflek akan keberkesanan
tindakan-tindakan pemulihan. Semua ini akan diselenggarakan dalan
satu kitaran. Sekiranya perlu, kitaran kedua dengan langkah-langkah
tindakan yang sama tetapi kaedah pemulihan mungkin berbeza. Rumusan
daripada langkah-langkah yang dialkukan dalam Kajian Tindakan boleh
dirujuk daripada rajah di bawah;
Langkah-Langkah Dalam Kajian Tindakan Rehatlah sebentar. Kita
telah menamatkan tajuk 4 dalam kursus SJH 3103 iaitu Kurikulum
Sejarah Sekolah Rendah. Kita imbas kembali perbincangan Menamatkan
modul ini bermakna kita telah membincangkan ciri-ciri guru sejarah
yang efektif seperti yang dapat dilihat melalui rajah di bawah
ini;
Ciri-ciri Guru SejarahYang Efektif
Berpengetahuan
Memartabatkan profesion perguruanBerkeperibadian
Penguasaan isi kandunganMenguasai Dokumen Standard KurikulumEQ
dan IQMinat dalam penyelidikanMenguasai bidang
ITPembelajaranberasaskan projekBerpandangan progresif dan
SaintifikAgen perubahanBerpendirian teguhMenjunjung aspirasi
negaraKepimpinan dalam pendidikanKecindananPenilaian KendiriKajian
Tindakan
PerbincanganBerdasarkan nota yang telah dikaji dan dipelajari,
bincangkan soalan-soalan berikut sesama rakan-rakan anda.
Soalan-soalan perbincangan adalah seperti berikut;Soalan
Perbincangan 1
Cadangkan suatu program beserta pengisiannya yang bertujuan
untuk meningkatkan kualiti EQ dan IQ murid-murid di sekolah anda.
Berikan justifikasi anda tentang kewajaran program tersebut.
Soalan Perbincangan 2Berdasarkan rajah di atas, berpandangan
progresif dan saintifik, agen perubahan dan berpendirian teguh
adalah unsur yang akan memartabatkan bidang keguruan. Susun
mengikut prioriti akan kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut.
Pertahankan pendirian anda dengan mengemukakan hujah-hujah yang
meyakinkan
Perhatian kepada semua pelajar,Tajuk 5 di bawah isu Penerapan
Nilai dan unsur Patriotisme Dalam Sejarah akan diajar semasa
interaksi bersemuka sebanyak lima kali (rujuk bahagian Panduan
Interaksi). Tanyalah pensyarah anda semasa berinteraksi, jangan
malu dan segan. Segan bertanya sesat jalan.
TAJUK 6 PENGURUSAN PANITIA SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH
Sinopsis
Tajuk ini membincangkan pengurusan mata pelajaran Sejarah dari
aspek struktur organisasi Panitia Sejarah, tujuan Panitia Sejarah,
Pengurusan Panitia Sejarah dari segi sistem fail dan perancangan
aktiviti panitia serta peranan Panitia Sejarah di sekolah rendah.
Berikut adalah perbincangan lanjut tentang tajuk-tajuk
tersebut.
Hasil Pembelajaran
1.Mengenal pasti struktur pengurusan Panitia
Sejarah.2.Membincangkan peranan ahli-ahli panitia
Sejarah.3.Merancang dan melaksanakan aktiviti panitia bercorak
akademik dan kokurikulum bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran
Sejarah.
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Sekolah Rendah
Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam
menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan mata pelajaran Sejarah berasaskan perancangan,
penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan
panitia serta persatuan mata pelajaran.
Panitia Mata Pelajaran Sejarah
Panitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah
untuk mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1986 KP (BS) 8591/Jld. 11 (44) bertarikh 13 Mac 1986.
Definisi Panitia Mata Pelajaran
Pengurusan jawatankuasa bagi sesebuah mata pelajaran Guru-guru
yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama Guru-guru
perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran,
pengalaman dan kepakaran Tempat bagi guru-guru mencari penyelesaian
masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan tabiat belajar murid
Tujuan Penubuhan Panitia
Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan
yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar
terhadap pembelajaran Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan
bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan
dalam rancangan akademik sekolah Mewujudkan semangat bekerjasama di
antara Panitia Mata Pelajaran dengan Persatuan atau kelab
Aakdemik
Peranan Panitia Mata Pelajaran
1.Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu untuk kegunaan
ahlinya2.Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk
penggal-penggal persekolahan3.Memilih dan mencadangkan buku teks
kepada pentadbir4.Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku
bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada pusat
sumber5.Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank
soalan6.Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan7.Mengadakan
mesyuarat secara berkala dan pertemuan ad hoc jika
perlu8.Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan
persatuan9.Bekerjasama dengan panitia lain10.Menyelenggarakan fail
panitia dan semua minit mesyuarat, laporan mesyuarat,
surat-menyurat dan rekod berkaitan panitia
Struktur Organisasi Panitia Sejarah
PenasihatGuru Besar
Timbalan PengerusiGPK 1
Ketua Panitia
Setiausaha
AJK(Guru Mata Pelajaran Sejarah)
Carta Organisasi Panitia Sejarah
Pengurusan Panitia dan Sistem Fail Panitia
Mengadakan mesyuarat Panitia Diadakan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun Perjumpaan dalam kelompok kecil dari semasa ke semasa
Mengeluarkan notis mesyuarat / memo panggilan mesyuarat
Mengendalikan mesyuarat
Ucapan alu-aluan Pengerusi Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
Perkara berbangkit Membuat rumusan maklum balas Setiap panitia
perlu mempunyai buku atau fail panitia Di dalam buku ini akan
dibahagikan kepada beberapa bahagian Pada Bahagian I, perlu
dilengkapkan dengan maklumat berkaitan Visi, Misi, Matlamat
Sekolah, Carta Organisasi Sekolah, Carta Organisasi Panitia,
Senarai Guru, Senarai Penggubal Soalan Ujian/Peperiksaan, Data
Pelajar tahun semasa, Perancangan Aktiviti Panitia, Anggaran
Pendapatan dan Perbelanjaan Pada Bahagian 2, akan mengandungi
perancangan akademik, prestasi semasa mata pelajaran tahun lalu
semua darjah dan peperiksaan awam, perancangan strategik semua
darjah serta keputusan peperiksaan terakhir sasaran tahun semasa,
strategi / aktiviti peningkatan prestasi akademik. Pada Bahagian 3,
mengandungi Dokumen Sokongan : Penetapan kuota latihan setiap
darjah, panduan penentuan gred peperiksaan atau ujian, pemeriksaan
buku nota/latihan pelajar, Laporan dan Pemantauan Kurikulum
Berkualiti, Sistem Fail Panitia, Senarai Disket Panitia, Senarai
Buku Rujukan / CD/BBM untuk guru.
Perbincangan
Bincangkan fungsi Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah.
Latihan
1)Sebagai Setiausaha Panitia sejarah, susun agenda mesyuarat
Panitia Sejarah dan buat catatan minit.
2)Sediakan Rancangan Tahunan Panitia Sejarah bagi memantapkan
prestasi mata pelajaran Sejarah di sekolah.
Senarai Rujukan
Alis Putih. (2009). Kajian Tindakan di Sekolah, suatu
pengenalan. Jitra: Pure Honey Enterprise.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baron, R.A. & Kalsher, M.J. (2002). Essentials of
Psychology. Boston: Pearson Education Company.
Haigh, A. (2008). The Art of Teaching. Harlow: Pearson
Longman.
Ismail Said. (2013). Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah.
Kangar.
Maier, P & Warren, A. (2002). Intergrating Technology in
Learning and Teaching. London: Kogan Page Limited.
Rosnaini Mahmud, Mokhtar Haji Nawawi, & et al. (2009).
Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Sejauh Mana
Peranan Pusat Sumber Sekolah, dalam Shaffe Mohd Daud, Sharifah Md
Nor & et. al (pnyt), Pengajaran & Pembelajaran daripada
Pelbagai Perspektif. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri & et al. (2009). Amalan
Kecindan (Sense of Humour) Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
, dalam Shaffe Mohd Daud, Sharifah Md Nor & et. al (pnyt),
Pengajaran & Pembelajaran daripada Pelbagai Perspektif.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Tamat
Bentuk KSSR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM14