Top Banner
MAFA Training Center
142

modul.pdf

Feb 01, 2016

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 2: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 3: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 4: modul.pdf

MAFA Training Center

Mencari Keluarga

Objektif

Mengurangkan rasa malu

Menambah kemesraan di kalangan peserta

Mempercepatkan interaksi peserta

Mewujudkan semangat perpaduan

Keahlian : Kelompok besar

Masa : 20 Minit

Tempat : Dewan Besar sesuai bagi semua ahli

Alat : Kertas berlainan warna, dipotong kecil, ditulis lambang mewakili kumpulan

Langkah 1:

1. Peserta di berikan satu kad dan mereka tidak dibenarkan melihat apa yang tertulis pada kad sehingga

diberitahu.

2. Sesudah melihat apa yang tertulis pada kad itu, mereka tidak dibenarkan memberitahu sesiapa. Peserta

diberikan masa 5 minit bagi mencari ‘ahli keluarga’ mereka tanpa bercakap. Hanya menunjukkan

isyarat yang mewakili apa yang tertulis pada kad itu.

3. Fasilitator membuat rumusan hasil daripada maklum balas peserta

Kita perlu memulakan komunikasi lisan atau bukan lisan untuk bersilaturrahim

Persahabatan selalunya bermula dengan ciri-ciri persamaan.

Langkah 2

Fasilitator memulakan sesi taaruf ringkas. (bebas mengikut kreativiti)

Masa : 40minit

Page 5: modul.pdf

MAFA Training Center

LAPANGKAN DADAMU

Masa : 20 minit

Objektif :

Membantu peserta bersedia untuk menerima ilmu dan pengalaman baru dalam program.

Membantu peserta untuk fokus dan memberi komitmen untuk diprogramkan

Membantu peserta sedar tentang kelemahan yang boleh dibuang, diperbaiki dan boleh diganti dengan

kekuatan diri

Langkah :

1. Peserta diminta ikhlaskan niat dan jujur dengan diri sendiri

2. Minta mereka catatkan segala masalah yang mengganggu fikiran mereka sebelum datang ke program

ini

3. Setiap peserta pegang kertas catatan tadi, angkat pada paras mata, renung, teliti dan renyuk atau

koyakkan dengan geram (penuh perasaan). Edarkan tong sampah / minta mereka campakkan segala

masalah tadi ke dalam tong.

4. Soal setiap peserta apa perasaan mereka sekarang. Adakah mereka rasalebih lapang fikiran dan tenang

jiwa?

5. Terangkan konsep ujian dalam kehidupan manusia dan bagaimana cara terbaik untuk berhadapan

dengan masalah. (libatkan peserta)

Refleksi

Masalah itu akan penuh dan membebankan jiwa dan kepala jika kita biarkan ia menguasai kita.

Sedangkan ia hanyalah sedikit sahaja.

Masalah yang datang adalah samada teguran, balasan atau ujian dari Tuhan.

Memahami hikmah masalah (ujian) dalam hidup manusia dan cara seorang muslim menghadapi

masalah.

“Bila Allah menyukai suatu kaum, mereka akan diuji. Siapa yang rela menghadapi ujian ia memperoleh

keredhaan Allah. Dan siapa yang marah menghadapi ujian ia memperolehi kemurkaan Allah.”

Hadis – At-Tarmizi

Doa memudahkan urusan dan kefahaman–

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku segala urusanku. Lepaskanlah

kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku.’ –

Maksud Thaaha : 25-28

Page 6: modul.pdf

MAFA Training Center

LAMBANG DIRIKU

Objektif :

1. Proses perkenalan antara ahli kumpulan

2. Menggalakkan ahli berkongsi maklumat diri

3. Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis

4. Menyerlahkan keyakinan diri

5. Mewujudkan keikhlasan diri

Masa : 30 minit

Alat : kertas A4, pen / pensel

Langkah :

1. Ahli duduk dalam bulatan. Kertas A4 diedarkan.

2. Setiap ahli diminta berfikir tentang satu objek yang mewakili diri sendiri.

3. Setiap ahli kemudian melukis objek tersebut. (Contoh : bintang, bulan, pokok, lilin, kereta, pokok

kelapa tetapi elakkan memilih binatang)

4. Objek yang dipilih perlu diberi makna atau ulasan. Kenapa ia dipilih, dsbg.

5. Selepas tugasan disiapkan, setiap peserta diminta menerangkan berkenaan objek yang dipilih.

6. Ahli kumpulan memberikan tumpuan semasa rakan meluahkan pandangan dan perasaan mereka.

Refleksi :

“Hai Manusia, Kami telah menciptakan kalian dari seorang pria dan seorang wanita, kemudian kalian kami

jadikan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya di antara kalian

yang termulia di sisi Allah ialah yang paling besar taqwanya. Sesungguhnya bahawa Allah Maha Mengetahui

lagi Maha Mengenal.”

AL-Hujurat : 13

Saling mengenal merupakan dasar perhubungan sesama manusia

Prinsip perkenalan harus ditegakkan atas dasar akidah – hubungan sesama manusia berasal dari Adam

– dijadikan berbeza fizikal agar saling mengenal – setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan

Namun yang paling penting adalah pandangan Tuhan terhadap kita

Page 7: modul.pdf

MAFA Training Center

LDK 1 : (LOGO DIRI)

Alatan :

1. kertas A4

2. Majong

3. Pen / pensil

Objektif

1. Mendedahkan dirinya pada orang lain dan menggalakkan penerokaan kendiri oleh rakan – rakan.

2. Membina keyakinan peserta dalam mengemukakan hujjah dan pandangan.

Langkah

1. Fasi memulakan sesi dengan bacaan surah al - fatihah

2. Fasi membahagikan sehelai kertas kepada setiap peserta

3. Fasi mengarahkan peserta melukis lambang diri diatas kertas dalam masa 30 minit mengikut arahan berikut :

Lukis satu simbol diri berdasarkan pengalaman pada masa lampau, sekarang, dan akan datang

Kemudian setiap peserta diminta menggabungkan lambang tersebut menjadi logo kumpulan masing-

masing.

4. Setiap kumpulan diminta menerangkan simbol/ logo kumpulan.

5. Fasi menggalakkan para peserta mengajukan soalan – soalan

6. Teruskan sehingga semua peserta mengambil bahagian

Falsafah

1. Tak kenal maka tak cinta

2. Setiap lambang mempunyai makna yang berbaza bagi individu yang berlainan

3. Tanggapan pertama kepada seseorang tidak semestinya tepat dan betul

Page 8: modul.pdf

MAFA Training Center

LDK 2 : (PULAU IMPIAN)

Objektif:

1) Bertaaruf antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

2) Merapatkan ukhuwah sesama ahli

3) Mencungkil daya kreativiti ahli.

4) Memupuk semangat kerjasama dan persefahaman.

Peralatan:

1) 1 helai kertas majong yang berpetak-petak

2) 1 helai kertas majong

3) Crayon

4) Papan putih

Langkah:

1) Setiap peserta diedarkan dengan sebatang crayon setiap seorang, mengikut warna yang disukai.

2) Setiap peserta dikehendaki melakarkan satu bentuk sahaja di atas kertas majong (2) menggunakan crayon

tadi.

3) Dalam masa yang sama, peserta yang lain dikehendaki menyebut 5 perkara tentang peserta yang melukis

tadi.

4) Peserta tersebut perlu meneruskan lukisannya sehingga 5 perkara tadi telah disebut.

5) Akhir sekali, peserta itu dikehendaki menulis namanya di dalam petak yang disediakan pada kertas

majong (1).

6) Seterusnya, sebelum peserta pertama duduk, dia dikehendaki memilih warna crayon peserta lain untuk

meneruskan aktiviti tadi. (2 hingga 5).

7) Peserta dikehendaki menamakan pulau yang mereka hasilkan.

8) Komentar daripada peserta dan urusetia terhadap hasil lukisan.

Page 9: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 10: modul.pdf

MAFA Training Center

Raja: Kerajaan Pulau

Pada zaman dahulu, di sebuah pulau yang penduduknya ramai. Mereka tidak mempunyai pekerjaan lain

melainkan menunggu kapal setiap hari.

Kapal yang mereka tunggu itu sebenarnya akan membawa mereka ke pulau lain. Di pulau itu mereka akan

menjadi raja. Maka setiap hari mereka menunggu giliran untuk menaiki kapal. Namun, hanya seorang yang akan

berjaya dalam setiap ekspedisi pelayaran itu kerana kapal tidak akan berlabuh berdekatan pelabuhan. Hanya

seorang perenang yang paling pantas dan kuat sahaja yang akan berjaya menaiki kapal tersebut. Jadi, berjuta-

juta orang akan berebut-rebut berenang sekuat hati untuk berjaya.

Setelah perenang yang berjaya menewaskan perenang lain lain, pelayaran pun bermula. Hampir sembilan

purnama pelayaran itu. Setelah meredah ribut dan badai, sampailah bakal raja itu ke pulau impian.

Ketibaannya walaupun tercungap-cungap dan kesejukan, disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk

pulau. Dia dimandikan, diberi persalianan yang cantik, diberi minum susu yang enak, dijamu apa saja yang

dikehendaki dan sentiasa dikelilingi dayang-dayang yang setia melayani.

Bertahun lamanya dia di pulau itu. Hidup dalam kesenangan dan layanan istimewa. Namun apa yang

merisaukan dia adalah, mengikut peraturan, sekiranya ada orang lain yang tiba di pulau itu, dia harus

menyerahkan takhta.

Maka raja yang ada ini menjadi keluh kesah dan tidak senang hati memikirkan bahwa dia akan kehilangan

segala kesenangan dan kemewahan yang dia nikmati sekarang ini.

Maka dalam diam raja tersebut mencari jalan untuk membina rumah di pulau lain. Dia tahu dia mesti bersedia

menghadapi hakikat bahawa suatu hari nanti dia tidak akan menjadi raja di pulau ini.

Sehinggalah waktu yang tidak diketahui itu tiba. Muncul orang yang dikatakan di pulau itu. Maka tahulah raja

itu bahawa sudah tamat permukiman dia sebagi raja di pulau itu. Tetapi dia tidak lagi risau kerana dia sudahpun

bersedia menghadapi saat kehilangan dan perpisahan dengan segala yang disayangi dan dimilikinya di pulau itu.

Maka dia pun menyerahkan tampuk kerajaannya kepada orang baru itu.

Masa : 40 minit

Objektif :

Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Membuat andaian berdasarkan cerita dengan memberi rasional

Memupuk sikap positif dalam mendidik generasi muda

Page 11: modul.pdf

MAFA Training Center

Langkah :

1. Fasilitator meminta peserta duduk dalam bulatan

2. Fasilitator menceritakan cerita pendek bertajuk ‘Raja, Kerajaan Pulau’ kepada semua peserta dengan

penuh gaya dan perasaan.

3. Peserta dipastikan memberi tumpuan dan menghayati cerita ini.

4. Setiap ahli diminta memikirkan siapa sebenarnya raja dan rahsia di sebalik cerita itu. Kaitan dengan

kehidupan sebenar.

Mencari dan menumpulkan seberapa banyak maklumat berkenaan sikap, kelakuan, hubungan

watak dengan kehidupan sebenar berdasarkan cerita di atas:

a. Pulau pertama; tempat berkumpul dan menunggu kapal

b. Impian menjadi raja

c. Berenang sekuat hati untuk berjaya sampai ke kapal

d. Pelayaran selama sembilan purnama

e. Berjaya menjadi raja

f. Layanan, kesenangan dan kenikmatan menjadi raja

g. Orang baru

h. Rumah lain?

i. Meninggalkan pulau

Berbincang dan menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada cerita itu

5. Fasilitator membuat rumusan berdasarkan apa yang diperhatikan daripada:

Pandangan ahli kepada cerita Raja, Kerajaan Pulau daripada segi sikap, perkataan yang disebut

dan juga tingkah laku bukan lisan.

Kemahiran berfikir yang ditunjukkan oleh peserta dalam memberi pendapat ataupun andaian cerita

6. Terangkan rahsia cerita ini melalui lisan.

Pulau pertama; tempat berkumpul dan menunggu kapal – alam ruh

Impian menjadi raja – setiap orang punyai impian yang positif

Berenang sekuat hati untuk berjaya sampai ke kapal – perjuangan awal sebelum menjadi bayi,

percayalah, anda adalah orang yang berjaya di antara berjuta-juta yang lain yang turut berenang di

dalamperut ibu anda. Anda telah menewaskan berjuta yang lain – anda adalah juara sejak azali

lagi.. kenapa perlu pilih untuk gagal sedangkan anda dilahrikan sebagai wira?

Pelayaran selama sembilan purnama – keadaan di dalam perut ibu selama sembilan purnama

Berjaya menjadi raja – berjaya sampai setelah melalui pelbagai ujian sejak di dalam kandungan…

Layanan, kesenangan dan kenikmatan menjadi raja – segala nikmat dan kesenangan yang diberi

ibu bapa dan keluarga sejak anda dilahirkan – berfikir sejenak dan lahirkan kesyukuran

Orang baru – malaikat maut / ajal

Rumah lain? - manusia yang bijak akan membuat persediaan sebelum maut menjemput – alam

selepas dunia adalah alam kubur

Meninggalkan pulau – kematian – meninggalkan alam dunia

Page 12: modul.pdf

MAFA Training Center

Identiti Kumpulan

Objektif :

Mewujudkan interaksi yang membina

Membina semangat kerjasama dalam kumpulan

Membina kemahiran membuat keputusan bagi mencapai kejayaan

Keahlian : Kelompok kecil

Masa : 60minit

Tempat : Dewan besar / kawasan luas

Alat : Kertas Mahjong dan pen marker

Langkah :

1. Fasilitator mengedarkan kertas mahjong dan pen marker kepada kelompok

2. Perbincangan kumpulan berdasarkan tugasan yang diberi. Dalam tempoh 20 minit, peserta diminta:

mencipta nama kumpulan,

melukis logo /

Mencipta motto dan motif

Menulis etika dan peraturan kumpulan

3. Selepas semua kumpulan selesai, fasilitator meminta semua kumpulan duduk dalam kumpulan dan

menumpukan perhatian ke hadapan

4. Setiap kumpulan diberi peluang membentangkan hasil kerja kumpulan

5. Peserta lain digalakkan memberi respon atau meminta penjelasan tetapi elakkan daripada memberi

komen negatif.

6. Fasilitator memberi maklum balas pada tingkah laku ahli semasa menjalankan tugasan. Fokus kepada

sikap positif dan negatif.

Refleksi :

Page 13: modul.pdf

MAFA Training Center

TIRU MACAM SAYA

Objektif :

Mengenalpasti kemampuan diri bagi melakukan sesuatu

Menghargai kelebihan atau kekuatan orang lain

Bersyukur dengan anugerah Tuhan

Keahlian : Kelompok Besar

Masa : 60 minit

Tempat : Dewan Besar

Langkah :

1. Fasilitator meminta ahli berdiri dalam kumpulan dan meminta seorang secara sukarela berjumpa

dengan fasilitator

2. Fasilitator meminta ahli ini beraksi selama 10 minit tanpa lisan di hadapan semua ahli dan mereka

diarahkan meniru setiap aksi. Aksi diulang selama tiga kali.

3. Sesiapa yang dilihat gagal meniru aksi itu diarahkan berdiri di luar kumpulan

4. Kini, diminta seorang lagi tampil ke hadapan bagi melakukan aksi tersendiri dan diikuti oleh ahli lain.

Ulangi langkah dua dan tiga.

5. Fasilitator memberi peluang kepada ahli memberi pendapat :

Ahli menyatakan perasaan mereka apabila dapat meniru setiap aksi dengan betul

Ahli yang gagal diminta menyatakan perasaan mereka dan masalah yang dihadapi

Ahli yang melakukan aksi menyatakan perasaannya sebagi orang yang diberi tanggungjawab

melatih orang lain meniru aksi

6. Perbincangan memberi fokus kepada :

Meniru juga adalah proses belajar (tirulah perkara kebaikan)

Memerlukan kesediaan mental dan fizikal bagi melakukan sesuatu dengan baik

Melatih memerlukan kesabaran dan kejujuran

Bukan senang menyuruh orang lain mengikut kita (menghormati guru)

Membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu

Refleksi :

Sabda Rasul saw :

“Janganlah ada seorang pun di antara kalian yang suka ikut-ikutan (yes man) dan berkata : aku mengikuti

orang lain, jika orang lain itu berbuat baik aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat

buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri kalian, bila orang lain berbuat baik hendaknya

kalian pun berbuat baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaknya kalian menjauhi perbuatan buruk

mereka.”

(At-Tarmidzi)

Page 14: modul.pdf

MAFA Training Center

GARIS KEHIDUPAN

Masa : 40 Minit

Objektif :

Membuat analisis pengalaman hidup, susah, senang, suka dan duka.

Mencari kekuatan kendiri

Memberi peluang berkongsi pengalaman berasaskan kejujuran dan sikap terbuka

Melahirkan sikap bersyukur

Menimbulkan kemesraan dan empati

Menilai diri melalui cermin orang lain

Langkah :

1. Semua ahli diminta melukis graf seperti di atas

2. Plot graf dengan garisan positif dan negatif pada paksi y bagi menggambarkan pengalaman yang

menggembirakan dan mendukacitakan

3. Setiap ahli diminta menjelaskan graf yang dibuat dalam kumpulan

4. Beri peluang kepada ahli membuat penjelasan

5. Ahli lain boleh memberi maklum balas secara bersopan

6. Setiap ahli perlu bercakap dengan memulakan perkataan , ‘ Saya fikir ataupun saya rasa ataupun saya

minta’.

7. Fasilitator mendapatkan maklumbalas melalui refleksi kendiri.

Page 15: modul.pdf

MAFA Training Center

Refleksi:

Kendiri: __________________________________________________

Kumpulan : ______________________________________________

“Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’, lalu nereka tidak

akan diuji? Kami telah menguji manusia-manusia sebelum mereka, dan sesungguhnya Allah Mengetahui orang-

orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.”

Al-Ankabut : 2-3

Kepedihan dan penderitaan hidup hanyalah sekadar ujian untuk meningkatkan kualiti seorang mukmin,

mengingatkan dia agar tabah menghadapi cubaan hidup dan berusaha mengatasinya dengan

kemampuan yang ada sambil bertawakkal kepada Allah :

bukan menghadapinya dengan santai atau menyalahkan takdir.

Dalam berselam, dangkal berjingkat,

Alam tersenyum tiada menyekat,

Petanda jiwa yang makin meningkat.

Setelah badai, datanglah tenang,

Putaran hidup hamba terbilang,

Mehnah Allah itulah sayang.

(Petikan Puisi Melayu)

Page 16: modul.pdf

MAFA Training Center

PANDUAN MEMILIH RAKAN

Pilih rakan yang lebih cerdik daripada anda dan berakhlak mulia, amanah,

jujur dan ikhlas bersahabat

Pilih rakan yang mahu membantu sama ada di waktu senang dan susah.

Ketawa bersama semasa senang dan menangis bersama di kala susah.

Pilih teman yang mudah diajak mengulangkaji pelajaran

Hindari teman yang malas dan sukar diajak mengulangkaji

Hindari teman yang suka berdusta atau berbohong

Pilih teman yang bersifat rendah diri, tidak sombong dan tetap mempunyai

semangat yang kuat dalam mengejar kejayaan

IDOLAKU

Masa : 40 Minit

Objektif :

Mengenalpasti ciri-ciri personaliti mulia yang ingin dicontohi

Menyedari sejauh mana idola mempengaruhi tingkah laku individu

Langkah :

1. Fasilitator meminta semua ahli memikirkan siapa idola mereka dan menyesuaikan ciri-ciri yang disukai

pada idola masing-masing.

2. Selepas selesai, mereka diberi peluang secara bergilir-gilir menerangkan kepada kumpulan dan ahli

digalakkan bertanya dan memberi pendapat.

3. Antara persoalan yang dikemukakan:

Siapakah idola anda?

Kenapa anda memilih dia menjadi idola?

Apakah kejayaan tokoh idola anda?

Adakah ciri-ciri yang ada idola itu dimiliki oleh anda?

Apakah imej idola yang menjadi ikutan anda?

Apakah yang anda perlu lakukan bagi mengikut jejak tokoh idola?

Apakah imej idola anda sesuai dijadikan ikutan bagi mencapai cita-cita?

4. Fasilitator memberi maklum balas berkenaan kepentingan mengenal pasti ciri-ciri individu yang perlu

dijadikan idola yang sesuai dengan nilai, akhlak dan budaya.

Refleksi:

Kendiri: __________________________________________________

Kumpulan : ______________________________________________

“ Pergaulan yang baik ibarat orang yang memakai minyak wangi. Jika engkau tidak dapat sesuatu dari dia,

sekurang-kurangnya engkau mendapat bau harumnya. Pergaulan yang buruk ibarat seorang tukang besi. Jika

engkau tidak terkena hangusnya, sekurang-kurangnya engkau terkena asapnya.”

(Abu Dawud)

Page 17: modul.pdf

MAFA Training Center

HARTA PUSAKA

Masa : 40 Minit

Objektif :

Mengenalpasti aset yang paling berharga yang ada pada diri peserta

Menghargai dan bersyukur di atas kurniaan Tuhan

Bijak mengurus diri supaya menjadi insan cemerlang

Langkah :

1. Fasilitator menceritakan kisah tiga orang sahabat kepada kumpulan supaya membuat andaian kepada

diri sendiri:

Sahabat pertama menyatakan apabila ayahnya mati, pasti dia boleh menjadi orang kaya baru kerana

ayahnya banyak memelihara ternakan seperti kerbau, lembu, ayam dan itik. Apabila membiak, tentu

harga ternakan itu bernilai berjuta-juta ringgit.

Sahabat kedua menyatakan, apabila ayahnya mati, dia boleh menjadi hero kampung kerana ayahnya

ada motosikal besar berjenama RXZ.

Apa agaknya sahabat ketiga ingin katakan sekiranya saudara adalah sahabat ketiga?

2. Ahli diberi peluang menyatakan idea tanpa sebarang komen.

3. Sesudah semua berpeluang memberi pendapat, fasilitator membuat ulasan kerana besar kemungkinan

idea yang diberikan oleh ahli tidak sama dengan pernyataan sebenar sahabat ketiga ini yang

mengatakan, “apabila ayah saya mati, ayah saya akan meninggalkan dunia”.

4. Fasilitator mengulangi ayat itu beberapa kali, ‘apabila ayah saya mati, , ayah saya akan meninggalkan

dunia”.

5. Persoalannya, apakah falsafah di sebalik kata-kata itu? Fasilitator memberi komen kepada idea yang

dikemukakan dengan meminta maklumbalas daripada ahli kumpulan lain. Fokus kepada sikap positif

dan idea yang membina jati diri.

Refleksi:

Kendiri: __________________________________________________

Kumpulan: ______________________________________________

harta pusaka bukan tiket bagi menjamin individu itu berjaya dalam hidup

kebijaksanaan mengurus diri dan mempunyai matlamat yang jelas adalah kunci kejayaan bagi individu

cemerlang

Page 18: modul.pdf

MAFA Training Center

“Kaki seorang hamba Allah tidak akan dapat bergerak pada hari kiamat sebelum ia ditanya tentang empat

perkara: Untuk apa umurnya dihabiskan, untuk apa masa mudanya dipergunakan, dari mana hartanya

diperoleh, dan untuk apa dibelanjakan, dan untuk apakah ilmu pengetahuannya diamalkan.”

At-Tarmidzi

Orang berilmu dapat mulia,

Dikurnia Allah Tuhan yang Esa,

Hidupnya mulia di dalam dunia,

Mendapat taufik serta hidayah-Nya.

Ilmu dituntut hendaknya mahir,

Biarpun anak menteri dan wazir, Hati

yang gelap dapat berfikir,

Orang yang jahil menjadi fakir.

(Nasyid Melayu)

Page 19: modul.pdf

MAFA Training Center

10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN

(ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA SURAH LUQMAN)

1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad

- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.

2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa

o Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita

dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.

o Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.

o Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka

sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang

lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh

hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun

(walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)

4. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun

5. Mendirikan solat

6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar)

- dakwah lidah, hati dan anggota.

7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan

8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak,

berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.

9. Bersederhana dalam segala perkara.

10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Page 20: modul.pdf

MAFA Training Center

PELAYARAN PAK TUA (45 MINIT)

Objektif :

Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Membuat andaian berdasarkan cerita dengan memberi rasional

Memupuk sikap positif dalam mendidik generasi muda

Langkah :

1. Fasilitator meminta peserta duduk dalam bulatan

2. Fasilitator mengedarkan cerita pendek bertajuk ‘Pelayaran Pak Tua’ kepada semua peserta

3. Masa diberikan 10 minit kepada ahli membacanya dan cuba menghayati cerita Pak Tua.

4. Kumpulan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki:

Mencari dan menumpulkan seberapa banyak maklumat berkenaan sikap, kelakuan, hubungan

watak dengan kehidupan masyarakat masa kini bagi watak-watak berikut berdasarkan cerita di

atas:

i. Kumpulan 1 : Anakanda Harba

ii. Kumpulan 2 : Anakanda Kaker

iii. Kumpulan 3 : Anakanda Amsal

Berbincang dan merumus analogi cerita berdasarkan sikap dan peranan bagi setiap watak dan

perhubungannya dengan Pak Tua

Berbincang dan menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada cerita itu

5. Fasilitator membuat rumusan berdasarkan apa yang diperhatikan daripada:

Pandangan ahli kepada cerita Pelayaran Pak Tua daripada segi sikap, perkataan yang disebut dan

juga tingkah laku bukan lisan.

Kemahiran berfikir yang ditunjukkan oleh peserta dalam memberi pendapat ataupun andaian cerita

6. Terangkan rahsia cerita ini melalui lisan sahaja.

Pak Tua : Diri Sendiri

Harba : Harta Benda

Kaker : Kaum Keluarga

Amsal : Amal Soleh

Paduka Raja : Tuhan

Refleksi:

MATI –

M enutup buku

Page 21: modul.pdf

MAFA Training Center

A malan

T aqwa

I man

Firman Allah: Surah Thaha ; 74-76

“Sesungguhnya, barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, baginya (disediakan) nereka

jahannam. Ia tidak mati dan tidak hidup di dalamnya. Barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan

beriman dan telah berbuat kebajikan, maka mereka itulah oranmg-orang yang memperoleh darjat yang tinggi

(mulia). Iaitu syurga ‘Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Dan itulah balasan bagi orang-orang

yang bersih (dari kekufuran dan kemaksiatan)”

Pelayaran Pak Tua

Tidak lama dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Tuan tinggal di sebuah pulau. Pak Tuan sangat dihormati

oleh masyarakat di situ. Pak Tua tinggal bersama tiga orang anaknya. Pada mulanya mereka dibesarkan dengan

penuh kasih sayang. Tetapi beberapa tahun kemudian, cara Pak Tua membesarkan anak-anaknya berubah.

Anak Pak Tua yang sulung bernama Harba. Harba dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Ia tinggal di

rumah sahaja. Sayangnya kepada Harba ini sehingga Pak Tua menyediakan inang pengasuh dan pengawal bagi

menjaganya sepanjang masa. Pak Tua tidak sekali-kali mengizinkan Harba keluar daripada rumah. Beberapa

tahun kemudian, jadilah Harba seorang anak muda yang kacak, tampan, segak tetapi manja.

Anak Pak Tua yang tengah bernama Kaker. Sama juga dengan abangnya, Pak Tua membesarkan Kaker dengan

penuh kasih sayang. Diberi makan secukupnya. Kaker sangat dihormati dan Pak Tua sering mengadakan majlis

jamuan bagi meraikan Kaker. Oleh itu, hiduplah Kaker dengan penuh kegembiraan. Pak Tua juga sering

membawa Kaker berjalan-jalan, mengambil angina di sekitar pantai pulau yang indah itu.

Anak Pak Tua yang bongsu bernama Amsal. Pada mulanya, Pak TUa mendidik Amsal sama seperti abng-

abngnya. Tetapi tidak lama kemudian, Pak Tua berubah hati. Pak Tua tidak ambil peduli pada Amsal. Amsal

dibiarkan hidup bersendirian. Amsal hidup terkontang-kanting melarat mencari sesuap nasi. Dia selalunya

merayau di tepi pantai dan sekitar pulau itu. Badannya kurus kering dan pakaiannya compang-camping. Pak Tua

sedikitpun tiada belas kasihan dan ambil peduli pada Amsal. Ada juga orang-orang kampong cuba menasihati

Pak Tua tetapi Pak Tua tetap dengan cara hidupnya. Seluruh masyarakat kampung hanya mampu

menggelengkan kepala dan menaruh simpati kepada Amsal.

Page 22: modul.pdf

MAFA Training Center

Pada suatu har, Pak Tua menerima titah raja. Duli Yang Maha Mulia Paduka Raja di Tanah Besar menitahkan

Pak Tua dating ke istana bagi menerima anugerah. Kerana titah raja itu, Pak Tua pun sibuk membuat persiapan

mengadap raja.

Pak Tua merasakan dia tidak kuat dan tidka mampu hendak belayar menempuh lautanluas. Oleh itu, dia

menemui anaknya yang tua, Harba.

“Anakku Harba, ayahanda dititahkan mengadap raja ke Tanah Besar bagi menerima anugerah. Sudikah

anakanda menemani ayahanda?”

“Maaf ayahanda. Anakanda tidak pernah diberi pelajaran berkenaan pelayaran. Anakanda hanya dibesarkan di

dalam rumah ini sahaja dan tidak pernah sekali pun keluar ke mana-mana. Anakanda hanya boleh menghantar

ayahanda ke pintu rumah sahaja..”

Pak Tua tidak berputus asa. Dia berjumpa dengan anaknya yang kedua, Kaker.

“Anakanda Kaker, ayahanda dititahkan mengadap raja ke Tanah Besar bagi menerima anugerah. Sudikah

anakandaku menemani ayahanda?”

“ Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diajar cara-cara belayar meredah lautan luas. Anakanda hanya

idbesarkan di pulau ini sahaja, malah anakanda tidak pernah belayar keluar dari pulau ini. Tetapi anakanda

boleh menghantar ayahanda sehingga ke pangkalan sahaja…”

Pak Tua sangat kecewa dengan sikap kedua-dua orang anaknya.

Pak Tua tidak berputus asa. Dia teringatkan seorang lagi anaknya yang sudah lama tidak dipedulikan. Pak Tua

pun turun ke pantai mencari anaknya Amsal.

“Amsal, Amsal!”

“Anakku Amsal…di mana kau, Amsal!”

“Di sini ayahana, ada apa ayahanda?”

Page 23: modul.pdf

MAFA Training Center

“Anakandaku Amsal, maafkan ayahanda. Ayahanda sungguh menyesal sekarang. Kau kurus kering nak. Cuba

lihat, badanmu penuh kudis, kotor, pakaianmu compang-camping. Mengapa kau begini, nak?”

“ Tak mengapalah ayahanda. Anakanda gembira dapat berjumpa dengan ayahanda. Sebenarnya apa tujuan

ayahanda mencari anakanda?”

“Begini Amsal. Paduka Raja dari Tanah Besar menitahkan ayahanda mengadap bagi menerima anugerah.

Kedua-dua abangmu tidak sanggup membantu ayahanda. Bolehkah anakandaku Amsal menolong ayahanda

belayar ke Tanah Besar?”

“Syukurlah ayahanda. Tetapi ayahanda, anakanda ini kurus kering, kotor dan tidak bertenaga. Demi kasih

sayang anakanda kepada ayahanda, anakanda sanggup berkorban menghantar ayahanda mengadap Paduka

Raja.”

Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Pak Tua dari rumahnya hendak belayar. Ramai kaum keluarga yang

mengiringi dan menangisi pemergian Pak Tua. Seperti yang dijanjikan, Harba hanya menghantar ayahnya di

muka pintu, Kaker pula hanya menghantar sehingga ke pangkalan sahaja.

Pak Tua belayar bersama anaknya Amsal menuju ke Tanah Besar. Pak Tua sangat kasihan kerana anaknya

Amsal yang kurus kering itu berusaha sedaya upaaya berkayuh menongkah arus dan membelah badai. Pak Tua

cuba membantu namun apakan daya, dia sudah tua. Sesudah beberpaa lama belayar, tiba-tiba angina rebut turun

menderu-deru dengan gelombang yang besar. Amsal dengan penuh taat dan khidmat berusaha bersungguh-

sungguh menyelamatkan perahu ayahandanya. Tetapi kekuatan Amsal tidak sekuat gelombang ombak dan badai

itu. Tiba-tiba gelombang yang mengganas tanpa belas kasihan itu melambungkan perahu Pak Tua lalu

terhempas ke batu karang. Perahu Pak Tua hancur berkecai. Pak Tua terapung-apung dibawa arus. Malang

sekali nasib Amsal. Dia karam, lemas dan hanyut entah ke mana. Tidak lama kemudian, Pak Tua terdampar di

tepi pantai. Pak Tua sangat sedih apabila mengenangkan anaknya Amsal yang karam dan lemas di alutan. Tetapi

apakan daya, Pak Tua juga tidak dapat menyelamatkan Amsal.

Dengan penuh kepayahan dan kesedihan, Pak Tua pun meneruskan perjalanan bagi menemui Duli Yang Maha

Mulia Paduka Raja.

Demikianlah cerita Pak Tua.

Page 24: modul.pdf

MAFA Training Center

CITA-CITAKU DAN POTENSI DIRI

Masa : 40 minit

Objektif:

Dapat mengenalpasti potensi diri bagi merealisasikan cita-cita

Mengenalpasti halangan yang mungkin dihadapi dalam mencapai cita-cita

Menggunakan sumber yang ada dengan berhemah bagi mencapai cita-cita

Langkah:

1. Setiap ahli diminta menulis dua cita-cita hidup iaitu cita-cita jangka pendek dan cita-cita jangka.

2. Senaraikan langkah yang perlu diambil bagi mencapai cita-cita itu.

3. Senaraikan perkara-perkara yang menghalang cita-cita itu.

4. Fikirkan sumber dan peluang yang membolehkan cita-cita menjadi kenyataan.

5. Setiap ahli diberi peluang menyatakan bagaimana mereka boleh menjadikan cita-cita itu bukan sekadar

mimpi.

6. Ahli lain digalakkan memberi maklum balas dan pandangan membina.

7. Fasilitator membuat rumusan dengan memberi fokus kepada usaha membina keyakinan diri dan

berusaha menuju kejayaan berbekal semangat yang kuat dan kegigihan mempelajari kemahiran yang

diperlukan dengan iringan doa.

HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN

Matlamat yang tidak jelas

Tiada cita-cita

Tidak pandai mengurus diri

Tidak pandai mengurus masa

Malas belajar

Kurang bermotivasi

Lemah kemahiran belajar

Pengaruh rakan sebaya

Sering menonton televisyen

Tiada inisiatif

Berpandangan negatif dan

berfikiran sempit

Kurang berdoa

Tidak kenal kehebatan dan

potensi diri

Tidak minat membaca

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Bermatlamat dan bercita-cita

tinggi

Bijak mengurus masa

Belajar mematuhi jadual

Belajar secara konsisten

Keyakinan diri

Keseimbangan peribadi

Rajin berusaha

Minat yang tinggi

Sifat ingin tahu yang tinggi

Daya juang yang tinggi

Hormat pada guru

Suka menerima nasihat

Cita-cita sentiasa membara

Mendampingi orang berjaya

Cekal semangat

Page 25: modul.pdf

MAFA Training Center

CITA-CITA DAN POTENSI DIRIKU

1. Pejam mata dan bayangkan dalam tempoh 20 tahun akan datang, bagaimanakah rupa dan keadaan

saudara. Nyatakan cita-cita saudara itu.

Dalam tempoh 5 tahun akan datang. Di manakah saudara? Bagaimanakah keadaan saudara? Nyatakan.

_________________________________________________________________________________

2. Cuba saudara fikirkan sejenak. Perjalanan mencapai cita-cita saudara itu. Apakah perkara-perkara yang

wujud sekarang ini di dalam hidup saudara yang menghalang cita-cita ini tercapai.

i. ________________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________________

iii. ________________________________________________________________________

iv. ________________________________________________________________________

v. ________________________________________________________________________

3. Sekiranya banyak halangan yang akan saudara tempuh di dalam perjalanan mencapai cita-cita saudara.

Apakah langkah-langkah yang perlu saudara ambil bagi mencapai cita-cita ini.

i. ________________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________________

iii. ________________________________________________________________________

iv. ________________________________________________________________________

v. ________________________________________________________________________

Page 26: modul.pdf

MAFA Training Center

4. Adakah saudara yakin dapat mencapai cita-cita itu? Berikan alasannya.

Page 27: modul.pdf

MAFA Training Center

BERHIJRAH

Objektif :

Membina sikap positif supaya membuat perubahan

Menerima musibah dengan keredhaan sebagai peluang untuk berubah

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri bagi membina konsep kendiri yang positif

Membina matlamat jangka pendek dan panjang.

Keahlian : Kelompok Besar

Masa : 1 jam

Tempat : Dewan

Alat : Kertas edaran, lagu “Kau Boleh’ dan pen untuk semua ahli

Langkah :

1. Fasilitator mengedarkan lirik lagu ‘ Kau Boleh’ dan semua ahli diminta berdiri supaya menyanyi

bersama

2. Semua ahli diberikan kertas edaran ‘Tetapkan Matlamat Anda’ dan diminta menjawab soalan kendiri

dalam masa 20 minit.

3. Perbincangan memberi fokus kepada kepentingan membina sikap positif supaya berubah, ‘ Beri

peluang meneroka potensi diri melalui cabaran menangani perubahan’.

4. Semua ahli diberi peluang menceritakan apa yang ditulis dan ahli lain digalakkan bertanya dan

memberi maklum balas membina.

Refleksi:

Kendiri: __________________________________________________

Kumpulan : ______________________________________________

WHEN I CHANGE MY THINKING,

I CHANGE MY BELIEFS.

WHEN I CHANGE MY BELIEFS,

I CHANGE MY EXPECTATIONS.

Page 28: modul.pdf

MAFA Training Center

WHEN I CHANGE MY EXPECTATIONS,

I CHANGE MY ATTITUDE.

WHEN I CHANGE MY ATTITUDE,

I CHANGE MY BEHAVIOR.

WHEN I CHANGE MY BEHAVIOR,

I CHANGE MY PERFORMANCE.

WHEN I CHANGE MY PERFORMANCE,

I CHANGE MY LIFE.

TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat.

Langkah Pertama :

Renungkan sejenak dan tanyakan pada diri anda persoalan berikut:

Apa yang hendak saya ubah?

Apa yang hendak saya baiki?

Apa yang saya inginkan?

Page 29: modul.pdf

MAFA Training Center

Langkah Kedua :

Pilih 1 ataupun 2 dari kenyataan anda, tulis mengikut format berikut:

Dalam beberapa hari ini (jangka pendek) saya ingin (mengubah / membaiki / mendapat)

Dalam beberapa minggu, bulan, tahun (jangka masa panjang) saya ingin (mengubah / membaiki / mendapat)

Dalam beberapa tahun (impian) saya ingin (mengubah / membaiki / mendapat)

Langkah ketiga :

Pilih satu daripada langkah kedua dan baiki kenyataan matlamat diri anda dengan criteria yang jelas

menunjukkan bagaimana matlamat itu boleh dicapai.

Contoh : Dalam masa tiga minggu lagi saya akan meningkatkan masa belajar saya dengan mematuhi jadual

belajar.

Page 30: modul.pdf

MAFA Training Center

Langkah keempat:

Tulis kenyataan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam ruang di bawah:

Page 31: modul.pdf

MAFA Training Center

KENALI SAHABATMU’

Objektif :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Menarik minat peserta untuk teru bersama dengan program yang dijalankan.

3. Melatih sifat kejasama dan kepimpinan dalam diri peserta.

PERALATAN / BAHAN :

-Kertas majong

-Marker pen

-Gula2 pelbagai warna plastic.

MODUS OPERANDI :

-Setiap peserta akan diberikan dengan gula-gula yang mempunyai warna plastik yang berlainan.

-Fasi akan meminta peserta yang mendapat plastik gula-gula yang berwarna sama untuk berada dalam satu

kumpulan.

- Setelah semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan warna plastik gula2,setiap fasi akan

berada didalam setiap kump tersebut.peranan fasi adalah bert/jwb keatas kumpulan yang dipegang dari awal

program hingga akhir program.

-Ketua fasi akan meminta setiap kumpulan untuk meyediakan nama kumpulan, keistimewaan kumpulan dan

trademark mengikut syarat2 seperti dibawah.

1) nama kumpulan:nama binatang yang sama warna dengan plastic gula2 setiap kumpulan.

2) keistimewaan kumpulan:bebas tapi mesti ada relation dengan akademik.

3) trademark:bebas

4) setiap kumpulan perlu mempunyai tema kumpulan iaitu bunyi binatang yang dipilih.

5) setiap kumpulan perlu melantik ketua kumpulan masing2.

-Masa perbincangan kumpulan adalah selama 10 minit dan fasi setiap kumpulan perlu membantu peserta.

-Setiap kumpulan perlu membentangkan apa yang dikehendaki kepada semua kumpulan dan fasi.

-Fasi boleh bertanya soalan yang berkaitan dengan pembentangan yang dilakukan bagi setiap kumpulan tetapi

tidak boleh lebih dari 2 soalan bagi setiap kumpulan.

Page 32: modul.pdf

MAFA Training Center

IMPIANKU

Objektif :

1.Untuk melatih peserta dengan kerja secara berkumpulan dan sikap bekerjasama antara satu sama lain..

2. Untuk melihat kreativiti peserta dalam menghasilkan bangunan yang kukuh dan tinggi.

3. Untuk mengaitkan apa yang dilakukan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar dan anak.

4. Untukmelihat sejauhmana matlamat yang hendak dicapai oleh peserta dalam LDK tersebut dan sejauhmana

peserta mengaitkan apa yang dilakukan dengan kehidupan reality sebagai seorang pelajar.

PERALATAN / BAHAN :

-Surat khabar

-Straw

-Solutip

-Hadiah utk kumpulan yang menang.

MODUS OPERANDI :

-Setiap kumpulan akan diberi surat khabar,straw dan solutip.

-Moderator untuk LDK akan menerangkan kepada peserta tentang apa yang perlu dilakukan dengan 3 bahan

tersebut.

-Peserta perlu membuat sebuah bangunan yang mengikut cirri2 seperti dibawah

1) Bangunan yang dibuat perlu menggunakan kesemua peralatan yang disediakan sehinngga habis.

2) Ciri2 bangunan mestilah tinggi dan kukuh.

3) Kreativiti bangunan perlu dititikberatkan.

4) Bangunan yang dibuat perlu diletakkan nama.

-Peserta juga diminta untuk menerangkan serba sediit mengenai bangunan yang dibuat.

-Masa yang diperuntukkan adalah selama 20minit.

-Fasi untuk setiap kumpulan perlu memantau dan membantu peserta untuk menyiapkan bangunan tersebut.

-Setelah semua kumpulan meyiapkan bangunan masing2, setiap kumpulan akan membentangkan hasil bangunan

yang dicipta mengikut syarat2 yang telah ditetapkan.

-Fasi boleh bertanya soalan yang berkaitan dengan pembentangan yang dilakukan bagi setiap kumpulan tetapi

tidak boleh lebih dari 2 soalan bagi setiap kumpulan.

Page 33: modul.pdf

MAFA Training Center

-Selepas semua kumpulan membentangkan, sesi demo untuk melihat sejauhmana kukuhnya bangunan yang

dicipta oleh setiap kumpulan dilakukan oleh fasi setiap group.

- Kumpulan yang mencipta bangunan yang betul2 kukuh akan diberi hadiah.

-Diakhir slot moderator akan meminta seorang wakil bagi setiap kumpulan untuk memberi kesimpulan daripada

LDK yang dijalankan.

-Moderator akan conclude untuk keseluruhan LDK.

ACTING SESSION

Objektif :

1.Untuk memberi kesedaran kepada peserta secara praktikal.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melihat kreativiti peserta dalm mencipta tugasan yang diberikan.

4.Untuk melihat sejauhmana peserta mengaitkan slot ini dengan Islam.

MODUS OPERANDI :

-Peserta akan berada dalam kumpulan masing2.

-Modeator akan meminta setiap kumpulan berbincang untuk melakonkan situasi yang berkait dengan masalah

disiplin di sekolah.Peserta juga bebas melakonkan situsi lain tapi perlu dikaitkan dengan diri mereka sebagai

seorag pelajar.

-Fasi bertindak membantu kumpulan yang mereka pegang dari segi guideline dan percambahan idea.

-Masa yang diberikan untuk sesi perbicangan adalah selama 20minit.

-Masa yang diberikan untuk lakonan adalah selama 10minit

-Setiap kumpulan perlumenyediakan kesimpulan dari setiap apa yang dilakonkan.

-Fasi boleh bertanyakan soalan kepada setiap kumpulan.

Page 34: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 35: modul.pdf

MAFA Training Center

AApp rree ss iiaa ss ii AA llaamm

MASA : 45 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

Bata

Belon

Tali

OBJEKTIF :

Mewujudkan kejelitikan

Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama

Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta

Memberi ruang kegembiraan kepada peserta

Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

MODUS OPERANDI :

Mengapungkan bata

Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata

tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan melaluinya

Belon Sifat

Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling kreatif. Belon tersebut

akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.

ULASAN :

Setiap kerja yang dilakukan secara kerjasama akan menghasilkan produk yang bernilai tinggi

Setiap orang perlu tanamkan sifat amanah dalam diri.

Saling bantu membantu dan jangan suka bersikap balas dendam

Page 36: modul.pdf

MAFA Training Center

DDii ssaa nn aa MMee nnaa nntt ii dd ii ss ii nn ii mm eennuu nngg gguu

MASA : 45 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Sebiji telur & Sebungkus maggi

Batu-bata

Bekas untuk memasak & batang mancis

OBJEKTIF :

menggalakkan peserta bekerjasama bekerja dalam kumpulan

untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kecekapan peserta.

Menguji kepantasan dan membuat keputusan dalam masa yang singkat.

MODUS OPERANDI :

peserta dibahagikan kpd beberapa kumpulan (gabungan lelaki dan perempuan )

peserta perempuan perlu menyiapkan masakan dengan menggunakan bahan yang ada disekeliling.

Sementara memasak, peserta lelaki perlu menjulang 2 biji batu-bata diatas dan berdiri ditengah panas.

Selagi peserta perempuan belum siap memasak, peserta lelaki tidak dibenarkan menurunkan batu-bata.

Peranan fasilitator ialah memastikan peserta lelaki menjulang batu sambil memprovokasi peserta

perempuan supaya mengambil berat tentang peserta lelaki.

Setelah selesai memasak, pastikan mereka menghabiskan semua makanan yang diberikan ( makan )

ULASAN :

Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.

Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga

Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.

Perlu patuh kepada pemimpin.

Page 37: modul.pdf

MAFA Training Center

DDRR AAGG OONN BBAA LLLL

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Bola

OBJEKTIF :

Menguji tahap ketangkasan para peserta memikirkan sesuatu yang memerlukan kepada keputusan yang

drastik.

Melatih sifat kepimpinan para peserta.

Menyelesaikan masalah secara berkumpulan

MODUS OPERANDI :

Fasilitator akan memberi sebiji bola kepada para peserta.

Mereka di minta untuk memastikan bola tersebut akan di pegang oleh semua peserta dalam masa 10

saat.

Fasilitator dilarang membantu kumpulan tersebut.

ULASAN :

Dalam melaksanakan kerja yang memerlukan kepada perancangan walaupun untuk mencapai

keputusan yang drastik.

Kerjasama amat diperlukan dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang

Saling memahami dan bantu-membantu amat perlu serta sabar dalam mentaati urutan perjalanan dalam

kehidupan

Page 38: modul.pdf

MAFA Training Center

FFllyy iinn gg WW ii tt hhoo uutt WW ii nngg ss

MASA : 45 Minit

PERALATAN / BAHAN : Tiada

OBJEKTIF :

Untuk mengaplikasikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam situasi dan keadaan

sekarang dalam kehidupan.

Utk meningkatkan pengetahuan berkenaan dgn kepentingan peraturan dlm kehidupan.

MODUS OPERANDI :

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang melibatkan peserta lelaki dan perempuan.

Arahan akan diberikan iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu permainan yang tidak

mempunyai peraturan atau undang-undang.

Masa akan diberikan kepada peserta untuk berbincang selama 20 minit.

Setiap kumpulan diminta mempersembahkan permainan tersebut dengan menekankan bahawa

permainannya tiada peraturan.

Setiap kali selesai perbentangan kump., reaksi/komen/pandangan ahli kump akan diminta utk

mengesahkan bhw permainan tersebut memang tiada peraturan.

Selesai perbentangan, fasilitator akan meminta pandangan peserta berhubung falsafah modul ini.

Fasilitator akan membuat kesimpulan.

ULASAN :

Manusia yang Allah cipta mesti ada undang-undang yang mengawal kehidupannya. Mana undang-

undang itu?

Di dalam kehidupan, kita sebenarnya terikat dengan peraturan.

Kepentingan peraturan:

- Sbg penunjuk jalan atau landasan kehidupan bagi mengelak daripada terbabas.

- Untuk membina sahsiah diri.

- Sebagai muslim kita memang tahu ada peraturan yang wajib kita ikuti. Jika engkar maka akan

mendapat laknat dari Allah s.w.t.

Page 39: modul.pdf

MAFA Training Center

HHOO LLDD IINN GG OONN YY OO UU

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

3 Biji telur

sehelai kertas mahjung

OBJEKTIF :

Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.

Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif

Kepentingan kerjasama antara ahli.

MODUS OPERANDI :

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai kertas mahjung.

Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.

Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan kain penutup mata kecuali ketua kumpulan.

Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan setiap kumpulan diminta utk membawa telur itu

dgn selamat ke destinasi yg telah ditetapkan oleh para urusetia.

Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas mahjung tersebut dalam keadaan mata

tertutup dengan mengikut arahan ketua kumpulan.

Para fasilitator akan bertindak sebagai pengacau dalam perjalanan yang ditetapkan.

ULASAN :

Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.

Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga.

Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.

Perlu patuh kepada pemimpin .

Page 40: modul.pdf

MAFA Training Center

IINN TTII FFAA DDAA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :

Menguji kepantasan kumpulan

Melihat kepekaan dan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan

MODUS OPERANDI :

Bahagikan kepada beberapa kumpulan

Namakan kumpulan masing-masing dengan nama binatang.

Letakkan kumpulan agak jauh antara satu sama lain.

Untuk memulakan: Contoh : Kumpulan Kambing

“ Kambing beek…kambing beek…kambing beek…:

Ulang ikut suka dan selepas itu sambung dengan…

“Kambing beek to kucing miau” atau kambing beek boom kucing miau”

Kumpulan kucing pula perlu mengulangi lagu yang sama dan bom kumpulan lain pula.

Lakukan hingga ada kumpulan yang tersilap dan tidak sekata dalam kumpulan.

ULASAN :

Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.

Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.

Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala tindakan.

Page 41: modul.pdf

MAFA Training Center

IITT ’’SS LLII FF EE OOFF TT EESS TT

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Tali berukuran 65 cm panjang.

OBJEKTIF :

Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan

Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.

Membuka minda dan mengembangkan idea yang kreatif dan inovatif

MODUS OPERANDI :

Setiap peserta diberi seutas tali dan dikehendaki membuat gari dengan tali tersebut.

Peserta dikehendaki mencari pasangan dan silangkan tali antara satu sama lain.

Peserta diminta melepaskan diri dari lingkaran tali itu dalam masa 5 – 10 minit tanpa meleraikan

ikatan.

ULASAN :

Kesungguhan diperlukan bagi melepaskan diri dari masalah kerana setiap masalah ada jalan

penyelesaiannya.

Kepentingan memanfaatkan akal kurniaan Allah bagi menegakkan syiar Islam dalam kehidupan.

Belakang parang diasah lagikan tajam apatah lagi akal manusia.

Lingkaran itu boleh dianggap sebagai sifat mazmumah yang sukar dihilangkan dari diri melainkan

dengan ibadah sempurna dan akhlak mulia. Hadith :

“Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia”.

Al-Quran ( Surah al – Quran ):

“Dan bhw sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg sangat mulia”.

Kesabaran & ketabahan diperlukan bg menghadapi ujian & dugaan Allah.

Hadith : “Sabar itu sebahagian dari iman”.

Sirah : Kisah Rasulullah dan para sahabat.

Page 42: modul.pdf

MAFA Training Center

JJAA LLAA NN BBAA HH AAGG IIAA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Sampul surat yang mengandungi karektor

OBJEKTIF :

Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan

Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.

Mewujudkan rasa prihatin dalam diri peserta.

MODUS OPERANDI :

Berikan peranan-peranan berikut dalam setiap kumpulan.

Orang buta

Orang bisu

Orang pekak

Orang tempang.

Minta setiap ketua kumpulan datang mengambil sampul surat yang mengandungi arahan satu

perjalanan menuju ke arah satu checkpoint.

Pastikan orang yang mengambil sampul adalah orang yang memegang peranan orang bisu dan menjadi

ketua kumpulan.

Lepaskan setiap kumpulan dan melaksanakan arahan dalam sampul surat.

Pastikan peserta menjalankan peranan masing-masing.

ULASAN :

Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.

Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.

Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala tindakan.

Mencungkil daya kreatif dikalangan peserta dalam menyelesaikan masalah.

Page 43: modul.pdf

MAFA Training Center

KKAA CCAA PP EE RRMM AATT AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :

Menilai kepekaan pelajar dalam setiap arahan yang diberikan.

Melihat sejauh mana para pelajar dapat memikirkan rasionalnya sesuatu perkara .

Melatih daya kreatif pemikiran pelajar.

MODUS OPERANDI :

Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diminta untuk mencari bahan/benda yang diminta oleh fasilitator dan mesti

diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil carian mereka.

Benda-benda yang dicari adalah benda atau bahan yang tiada nilai dan tidak patut dari pandangan mata.

Contoh : 5 jenis sampah yang berlainan, 40 ekor semut.(makluman fasilitator)

ULASAN :

Sebelum menerima sesuatu tugas atau arahan perlu kepada pemahaman dan

kepentingan tugas tersebut.

Jangan buat perkara buang masa dan sia-sia.

Setiap benda yang dijadikan oleh Allah, adalah berguna walaupun dikaca mata manusia ia tidak

berguna.

Page 44: modul.pdf

MAFA Training Center

KKee ll ii rr uu

MASA : 45 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :

Melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta.

Meransang daya fikir dikalangan peserta.

Melihat sejauh mana kemampuan sebenar para peserta

Menerapkan nilai hidup bermasyarakat

Mengeratkan kesatuan.

MODUS OPERANDI :

Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu bulatan kecil.

Tangan kanan akan pegang tangan kiri sahabat yang berada dihadapan. Manakala tangan kiri pula akan

pegang pegang tangan kanan sahabat yg lain.

Para peserta akan diminta untuk meleraikan tautan tangan tersebut tanpa memutuskan pegangan tangan

supaya dapat membentuk satu bulatan yang besar.

ULASAN :

Tautan dan kesatuan hati amat perlu dalam sesebuah persatuan/kumpulan dalam menghasilkan produk

yang berkualiti.

Perlu kepada usaha yang berulang untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.

Kehidupan ini memerlukan orang lain juga untuk melakukan sesuatu

Melatih peserta berbincang dan bermusyawarah

Bantu-membantu

Page 45: modul.pdf

MAFA Training Center

MMAA NNAA .. .. .. ??

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :

Menguji kepekaan peserta

Menghilangkan mengantuk

MODUS OPERANDI :

Ketua fasilitator akan berada di hadapan semua peserta.

Semua peserta berdiri.

Letakkan jari telunjuk di dahi.

Apabila ketua fasilitator menyebut “mata”, semua peserta turunkan jari telunjuk dan tunjuk ke arah

mata dengan cepat dan pantas.

Kembali semula ke dahi dan ulang beberapa anggota sambil ketua fasilitator menunjukkan arah

anggota yang betul.

Seterusnya, ketua fasilitator akan menyebutkan satu anggota badan tapi tunjuk ke arah yang salah dan

lihat reaksi peserta sama ada mereka menunjukkan arah yang betul atau mengikut perbuatan salah

ketua fasilitator.

ULASAN :

Jangan diikuti jalan yang salah

Boleh main ketika mengantuk dalam kelas tapi jangan mengganggu keadaan.

Perhatian dan tumpuan amat perlu dalam melaksanakan sesuatu tugas

Page 46: modul.pdf

MAFA Training Center

TAK SEINDAH SENTUHAN MATA

MASA: 45 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Tali

Gambarajah sarang labah-labah

OBJEKTIF :

Membina sifat tolong menolong sesama para peserta

Melatih para peserta berfikir untuk menyelesaikan masalah

MODUS OPERANDI :

Fasilitator akan memberikan 2 gulung tali kepada setiap kumpulan

Masa diberikan selama 20 minit untuk setiap kumpulan menyiapkan web sepertimana gambarajah yang

diberikan

Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan 2 buah sarang lelabah

Para peserta perlulah menyeberangi rangkaian web tersebut tanpa terkena walau sedikit pun pada tali

tersebut.

Seandainya salah seorang daripada kumpulan tersebut terkena tali, permainan adalah batal dan perlu

dimulakan sekali lagi.

ULASAN :

Kita perlu terbuka dalam perbincangan sepertimana yang dituntut oleh Islam

Perancangan yang dibuat perlulah sistematik

Page 47: modul.pdf

MAFA Training Center

EXPLORACE

Cara permainan sama dengan explorace.setiap kumpulan ada tugasan tertentu dan pembayang

bagi check point seterusnya.

Cth:

Beri barang amanah pada setiap peserta seperti biskut, telur atau tepung dalam tisu dan

sebagainya.

Tugasan pertama ; menjawab beberapa soalan berbentuk sirah seperti sebutkan nama isteri-

isteri rasulullah.

Tugasan kedua ; bincang tentang isyarat menggunakan badan untuk menunjukkan pergerakan

.seperti tepuk bahu kanan bermaksud jalan ke sebelah kanan. Bincang sebanyak mungkin dan hafal

isyarat tersebut.

Tugasan ketiga ; cari pasangan .seorang akan jadi si buta dan seorang lagi si bisu. Untuk ke

check point seterusnya, si bisu perlu memberi arahan menggunakan isyarat yang dibincangkan tanpa

menggunakan suara. Dalam perjalanan, si bisu perlu tunjukkan beberapa barang untuk dikenalpasti

bentuknya oleh si buta.

Tugasan keempat ; si buta tadi perlu mengenalpasti barang yang telah ditunjukkan oleh si bisu

dlm perjalanan tadi. Satu keratin akhbar atau majalah tentang isu semasa dunia islam diberikan. Dlm

perjalanan ke check point seterusnya, bincang peranan yang perlu dilakukan untuk selesaikan isu

tersebut.

Tugasan kelima ; serahkan hasil perbincangan tadi. Penjaga check point boleh mengajukan

beberapa soalan. Bekalkan dengan satu surah atau hadith untuk dihafal sebelum sampai ke check

point terakhir.

Di check point terakhir, markah dikira dari segi masa, barang amanah, kerjasama kumpulan

dan kejayaan menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Antara kesimpulan yang boleh dibuat ; sentiasa peka dgn isu semasa dunia islam dan

memikirkan peranan yang perlu dilakukan.

Si buta dan si bisu ; hidup ini sukar, penuh rintangan dan ujian. Allah dah utuskan Rasul2

untuk bombing.(si bisu) dengan petunjuk berupa al quran (isyarat).kalau kita tak ikut, kita sebagai

manisia yang terhad keupayaan dan lemah akan sesat.

Page 48: modul.pdf

MAFA Training Center

HARTA DAN RACUN

Setiap kumpulan akan memilih seorang ahli untuk menjadi si buta.

Ahli kumpulan dikehendaki berbincang mengenai kata kunci atau arahan untuk pergerakan,

cth; neraka bermaksud jalan ke kiri dan syurga bermaksud jalan ke kanan.

Semua kumpulan kecuali si buta dikehendaki membuat bulatan dimana susunannya mesti

berselang seli ( maksudnya ahli kump yg sama tak boleh duduk bersebelahan ).

Fasi akan sediakan beberapa jenis barang yang terbahagi kepada dua iaitu harta dan racun.

Setiap barang mempunyai nilai yang tersendiri. Cth ; gula-gula =harta bernilai 20, keropok=harta

bernilai 40. hanger=racun bernilai 20 dan bola ping pong=racun bernilai 40.

Seorang Fasi akan berada di dlm bulatan dan membaling barang barang secara rawak dengan

memberitahu ianya harta atau racun dan nilainya supaya boleh diperhati oleh ahli kump bulatan dan

didengari oleh si buta.

Masa akan ditetapkan, ahli kump dlm bulatan perlu memberi arahan kepada si buta untuk

mengutip harta sebanyak mungkin tanpa mengambil racun.

Setelah masa habis, markah dikira mengikut jumlah harta yg dikutip ditolak dgn nilai racun.

Kesimpulan ;

1. bulatan = dunia ini.

2. barang ‘harta’ dan ‘racun’ = perkara2 baik dan buruk di dunia. Harta terdiri dr brg

yang kecil iaitu susah untuk didapati dan dilakukan manakala racun terdiri dari brg yg

besar iaitu mudah didapati dan dilakukan.

3. si buta = manusia lemah dan terhad kemampuan untuk pilih jalan yanh benar.

4. ahli kump dlm bulatan = kawan2 yang baik yg selalu mengajak kpd kebaikan

5. kata kunci = al quran dan as sunnah iaitu petunjuk yang telah Allah berikan.

6. ahli yg silap memberi arahan = org2 yg menyalahgunakan ayat quran dan hadith utk

kepentingan sendiri.

7. nilai bg setiap brg = jika ada kebaikan yang blh dilakukan ketika itu, jgn tangguhkan.

Maksudnya kutip harta yang terdekat. Ada nilai yang besar maksudnya amalan yg

pahalanya besar. Utk berjaya, kita kena aim utk lakukan kebaikan sebesar mungkin .

so, ahli kump kena pandai memberi arahan untuk mengutip harta yang bernilai besar.

Page 49: modul.pdf

MAFA Training Center

Si Buta dan Si Celik

PERALATAN / BAHAN :

-Kain hitam

OBJEKTIF :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melatih sikap kepimpinan dikalangan peserta.

MODUS OPERANDI :

-Peserta akan berada dalam kumpulan masing2.

-Seorang peserta dari kumpulan tersebut akan diikat matanya dengan sehelai kain dan peserta yang lain akan

menjadi Si Celik.

-Fasi akan membawa Si Buta jauh dari tempat kumpulan mereka berada.

-Peserta yang celik dari setiap kumpulan perlu memberi arahan kepada Si Buta untuk berjalan seorang diri ke

tempat group mereka.

-Fasi akan menggangu dengan memberi arahan yang bertentangan dengan arahan oleh kumpulan mereka.

-Peserta perlu berusaha untuk membawa Si Buta ke tempat asal.

-Kumpulan yang berjaya akan dikira sebagai pemenang

-Fasi akan meminta wakil kumpulan untuk membuat kesimpulan apa yang mereka dapat dari aktiviti yang

dijalankan.

Page 50: modul.pdf

MAFA Training Center

Si Tempang

PERALATAN / BAHAN :

-Kain pengikat kaki.

OBJEKTIF :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melatih sikap kepimpinan dikalangan peserta.

MODUS OPERANDI :

-Peserta akan berada dalam kumpulan masing2.

-Setiap peserta perlu mencari pasangan untuk diikat kaki bersama.

-Peserta perlu berjalan sambil kaki diikat ke tempat yang ditetapkan dan pusing kembali ke tempat asal.

-Aktiviti ini terus dijalankan sehingga kesemua pasangan dalam kumpulan mereka menamatkan pusingan

masing2.

-Kumpulan yang berjaya dan cepat menamatkan akan dikira sebagai pemenang.

Page 51: modul.pdf

MAFA Training Center

Isi air dalam botol

PERALATAN / BAHAN :

-Baldi yang berisi air

-Botol kosong.

OBJEKTIF :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melatih sikap kepimpinan dikalangan peserta.

MODUS OPERANDI :

-Peserta akan berada dalam kumpulan masing2.

-Setiap kumpulan akan disediakan dengan sebaldi air dan botol kosong.

- Botol kosong yang diberi akan diletakkan di tempat yang agak jauh dari kawasan setiap kumpulan berada.

-Peserta perlu mengisi air ke dalam botol kosong sehingga penuh dengan hanya menggunakan 2 tapak tangan.

-Masa yang diberi adalah selama 5 minit.

-Kumpulan yang berjaya mengisi air dalam botol sehingga penuh akan dikira sebagai pemenang.

Page 52: modul.pdf

MAFA Training Center

Mencari barang yang tersembuyi.

PERALATAN / BAHAN :

-Barang2 yang disembunyikan

OBJEKTIF :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melatih sikap kepimpinan dikalangan peserta.

MODUS OPERANDI :

-Peserta akan berada dalam kumpulan masing2.

-Setiap kumpulan akan diminta untuk mencari barang yang tersembunyi.

-Klu akan diberikan kepada setiap kumpulan.

-Untuk mendapatkan barang tersebut setiap kumpulan perlu menyelesaikan beberapa tugasan dan perlu melalui

checkpoint yang ditetapkan.

-Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit.

-setiap kumpulan perlu mencari barang tersebut sehingga dapat dan menyerahkan pada fasi pada akhir aktiviti

tersebut.

-Kumpulan yang berjaya menjumpai barang tersebut dengan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai

pemenang.

Page 53: modul.pdf

MAFA Training Center

Galah panjang

OBJEKTIF :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melatih sikap kepimpinan dikalangan peserta.

MODUS OPERANDI :

-Peserta akan berada dalam kumpulan masing2.

-Fasi akan menjadi penghalang untuk setiap kumpulan sampai ketempat penamat.

-Setiap kumpulan perlu melalui laluan tersebut bersama-sama dan tidak boleh berpecah antara satu sama lain.

-Sekiranya berpecah kumpulan tersebut dikira kalah dan tidak boleh meneruskan halangan yang berikutnya.

Page 54: modul.pdf

MAFA Training Center

Bola Beracun

PERALATAN / BAHAN :

-Bola

OBJEKTIF :

1.Untuk memberi ruang untuk peserta dan fasi untuk mengenal antara satu sama lain.

2.Untuk melatih sikap kerjasama dalam kumpulan.

3.Untuk melatih sikap kepimpinan dikalangan peserta.

MODUS OPERANDI :

-Peserta diminta untuk membuat 2 kumpulan.

-Pada pusingan pertama kumpulan pertama akan berada dalam bulatan besar kumpulan kedua akan mengelilingi

kumpulan yang berada dalm bulatan.

-Kumpulan kedua akan diberikan dengan 2 biji bola dan perlu membaling kea rah kumpulan yang berada dalam

bulatan.

-Peserta yang terkena bola tersebut dikira kalah danperlu keluar dari permainan.

-Kumpulan kedua perlu berusaha untuk mematikan semua kumpulan didalam bulatan.

-Untuk pusingan kedua kumpulan keduapula yang berada dalam bulatan dan perkara yang sama perlu dilakukan

oleh kumpulan pertama.

-Fasi akan meminta wakil kumpulan untuk membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.

Page 55: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 56: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul Akidah 1

PEGANGAN AKIDAH.

1. Lukis Objek.

Perahu Seorang lelaki di dalam perahu Dalam keadaan laut yang bergelora Helicopter yang menghulurkan tali untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

2. Penerangan.

Seorang lelaki bermaksud manusia hidup di dunia. Laut bermaksud keadaan dunia yang banyak mehnah dan tribulasi Tali bermaksud akidah menjadi pegangan umat islam.

3. Pengajaran : selagi mana lelaki tersebut memegang tali dengan kuat selagi itu

mereka akan selamat begitu secara reality selagi seorang muslim

berpegang dengan akidah yang sebenar selagi itu mereka terselamat dari

pengaruh-pengaruh yang tidak sihat.

MEMBATAL AKIDAH

1. Lukis Objek.

Satu bekas berisi susu Setitik nila yang akan dimasukkan dalam bekas susu. Perhatikan perubahan.

2. Penerangan

Bekas berisi susu merupakan akidah yang suci Setitik nila umpama ciri-ciri yang menafikan apa yang terkandung dalam rukun

iman. 3. Pengajaran: Begitulah konsep rukun iman yang wajib kita percayai kesemuanya.

Bukan mempercayai sebahagian sahaja. Ini kerana dalam konsep

matematik 6-5= 1 tetapi dalam rukun iman 6-5=0

Page 57: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul Akidah 2

Naqib menyediakan gambarajah 2 pokok,satu merupakan pohon yang rendang, sihat

dan berbuah lebat dengan akar yang kukuh (pokok A)

manakala pokok yang kedua berciri tidak sihat, tanpa daun, akar yang lemah dan

didiami oleh tumbuhan parasit, epifit, saprofit dan lain2 (pokok B).

Naqib mengarahkan agar ahli usrah melukiskan sebatang pokok dengan kreativiti

masing2.

Naqib meminta pandangan ahli usrah tentang perhubungan dan perkaitan yang boleh

dilihat pada pokok yang dilukis dengan kedudukan akidah dalam kehidupan.

Berdasarkan pokok yag dilukis :

Akar sebagai akidah seorang muslim.

Batang sebagai agama Islam

Dahan sebagai rukun iman dan Islam.

Buah sebagai amalan.

Seterusnya ditunjukkan gambarajah pokok A dan B dan ahli usrah diminta

memberikan pandangan mereka tentang kepentingan akidah di dalam hidup muslim.

Pokok A dilambangkan sebagai seorang manusia yang mempunyai akidah

yang teguh dan mantap (digambarkan melalui akar yang kukuh)justeru

menghasilkan pohon yang baik dan tahan terhadap cuaca sekeliling cthnya

hujan, ribut, kemarau dll.

Pokok B dilambangkan sebagai seorang manusia yang mempunyai akidah

yang goyah (digambarkan melalui akar yang lemah), mudah sahaja diganggu

gugat dan senang pula dirobohkan walau dugaan yag mendatang tidak

sehebat mana.

Page 58: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul Akidah 3

- Sesuai dilakukan selepas penerangan topic oleh naqib/ah.

- Berbentuk cerita dan pastikan anak usrah faham cerita yang disampaikan.

Di sebuah negeri, terdapat seorang raja Islam yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Baginda

memerintah dengan adil dan mengikut lunas-lunas Islam. Jesteru itu, semua rakyat sayang kepadanya.

Ditakdirkan pada suatu hari, baginda jatuh gering.

Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk mengubati baginda yang sedang gering termasuklah memanggil

semua tabib yang handal. Malangnya, segala usaha mereka tidak berjaya. Baginda hampir berputus

asa sehinggalah muncul seorang dukun yang terkenal. Dukun tersebut mengatakan bahawa baginda

hanya dapat sembuh dari penyakit ganjil itu dengan memakan sejenis ikan yang hanya boleh dijumpai

di kawasan yang dinyatakan. Kerana taat dan sayangnya pengikut kepada raja, mereka menurut sahaja

segala apa yang diperkatakan oleh dukun tersebut.

Kebetulan ketika itu adalah musim ikan tersebut. Pengikut raja begitu gembira kerana pasti mereka

dapat menangkap ikan yang dimaksudkan oleh dukun tersebut. Namun, segala apa yang diimpikan

menjadi impian semata-mata. Tiada seekor ikan pun yang dapat mereka tangkap. Mereka pulang

dengan membawa hati yang hampa. Tidak beberapa lama kemudian, raja pun mangkat.

Di sebuah negara yang lain pula, terdapat seorang raja kafir yang zalim. Rakyat ditindas tanpa

perasaan belas kasihan. Pada suatu hari, bginda ditimpa satu penyakit misteri. Semua dukun di negeri

tersebut memberikan jawapan yang menghampakan. Akhirnya, muncul dukun yang sama yang pernah

merawat raja Islam sebelum ini. Rupa-rupanya penyakit yang dihidapi oleh raja kafir ini adalah sama

dengan penyakit raja Islam. Oleh itu, dukun tersebut mengatakan kepada raja tersebut perkara yang

sama seperti sebelum ini.

Kebetulan, ketika itu bukanlah musim ikan tersebut. Jadi, raja telah mengerah tenaga semua pengikut

dan rakyat baginda untuk mencari ikan yang dimaksudkan oleh dukun tersebut. Ajaibnya, secara tiba-

tiba mereka mendapati kawasan tersebut penuh dengan ikan yang ingin dicari. Mereka menangkap

ikan tersebut dan pulang dengan hati yang gembira. Setelah beberapa hari, raja tersebut pun sembuh

seperti sediakala

- Setelah selesai bercerita, Tanya kepada anak-anak usrah adakah Allah itu Maha Adil? Di

manakah keadilan-Nya?

Ketika ini, tengok wajah anak-anak usrah. Peka samada mereka betul-betul setuju dengan

kenyataan itu ataupun cuba untuk menyangkalnya (dengan mengatakan

mesti terdapat cerita di sebaliknya). Secara tidak langsung, ia boleh menguji tahap

pemahaman mereka mengenai topik aqidah ini.

- Kemudian, ‘counter’ semula :-

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Raja Islam yang beriman itu sebenarnya telah melakukan kesalahan dan Allah telah

menimpakan ujian kepadanya sewaktu di dunia sebagai balasan terhadap perbuatannya.

Raja kafir itu pula pernah melakukan satu kebaikan dan Allah telah membalas kebaikan

itu semasa di dunia.

Inilah keadilan Allah.

Page 59: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul Islam dan Ideologi.

1. Lukis Objek

2 handset model yang sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Ciri-ciri handset yang pertama: Dicipta mengikut syarat-syaratnya dan menghasilkan

handset yang berkualiti. Ia dicipta oleh pakarnya.

Ciri-ciri handset kedua: dicipta tidak mengikut syaratnya dan menghasilkan handset yang

tidak berkualiti. Ia dicipta oleh pencipta yang bukan pakar dan hanya mementingkan

keuntungan yang segera.

2. Penerangan objek.

Hanset berkualiti: diumpamakan islam agama dari sumber ilahi iaitu tuhan pencipta manusia.

Handset tidak berkualiti: Di umpamakan ideologi-ideologi ciptaan manusia yang mempunyai

tahap pemikiran yang terbatas..

3. Pengajaran: begitulah perbezaan antara agama islam dan ideology.

Islam merupakan agama yang memansuhkan agama samawi yang lain. Ajarannya pula

merangkumi semua kehidupan fitrah manusia. Ini kerana Allah Pencipta manusia, dengan

Allah lebih mengetahui kehendak manusia. Ia bersifat kekal pada dasar dan matlamatnya dari

zaman adam hingga hari kiamat.

Ideologi-ideologi ciptaan manusia ini mempunyai banyak kelemahan dan tidak dapat

menjangkau apa yang berlaku pada masa lepas dan masa akan datang. Ia juga tidak dapat

diterima oleh semua manusia.Di samping itu ideology itu tidak dapat bertahan lama bahkan

mempunyai kesan-kesan sampingan.

* ia juga sesuai untuk modul akhlak. Perbezaan akhlak dan moral/etika.

Modul Akhlak 2

1. Cerita dari satu riwayat bertajuk Luqman dan Keldai.

Luqman dan anaknya keluar bermusafir ke suatu tempat bersama seekor keldai.

Oleh kerana perjalanan jauh maka si ayah merasa kasihan melihat anaknya. Maka anaknya

menaiki keldai dan si ayah menuntun keldai tersebut. Kemudin mereka melalui sebuah

kampung. Terdengar suara yang mengata “tidak kasihankah si anak itu kepada ayahnya yang

tua dibiarkan menuntun keldai sedangkan si anak menunggang keldai”

Oleh kerana termakan kata-kata tersebut si ayah membuat keputusan untuk menungang

keldai dan anaknya pula menuntun keldai. Dengan harapan tiada lagi suara yang menegur

mereka. Namun begitu setelah sampai di sebuah kampung terdengar suara orang kampung

menegur mereka dan memarahi si ayah kerana membiarkan anaknya penat menuntun keldai

seolah-olah si ayah tidak mempunyai rasa kasihan terhadap anaknya.

Page 60: modul.pdf

MAFA Training Center

Dengan si ayah mengubah perancangan dengan kedua-dua menunggang seekor keldai.

Dengan harapan yang sama iaitu tiada lagi orang yang menegur. Ia tidak lama setelah di

sebuah kampung kedengaran suara berbunyi “mengapalah mereka berdua menunggang

seekor keldai, tidakkah mereka tidak mempunyai rasa kasihan kepada binatang.”

Siayah iaitu Luqman rasa kecewa dan mengambil keputusan untuk memikul sahaja keldai

dan bernekad tidak mahu mengendahkan suara-suara di di belakang.

2. Pengajaran

Di sini kita dapat bagaimana seseorang itu berakhlak bersumberkan pendapat manusia

sepertimana moral dan etika. Seseorang itu hendaklah berakhlak mengikut alQuran dan asSunnah atau

pun di kenal akhlak Nabi Muhammad.

Sekiranya seseorang itu melakukan perubahan diri, untuk menjamin perubahan yang

berterusan seseorang itu perlu memasakkan keyakinan dalam diri dan menyucikan hati dari

sebarang titik hitam yang menghalang cahaya kebaikan menyerap masuk dalam hati. Di

samping itu juga penjagaan rapi dari sudut makanan jasad, makanan rohani dan juga akal

bagi pembentukan jati diri dan akhlak peribadi.

Modul Akhlak 3

Naqib menceritakan tentang kisah si Tanggang, anak derhaka kepada ahli usrah.

Setiap ahli usrah diminta memberi pandangan yang kritis berhubung cerita tersebut.

Naqib bertanggungjawab menyelaraskan semula pemahaman ahli usrah agar sesuatu

situasi tidak dilihat dalam ruang lingkup yang kecil sahaja dengan memberi

kesimpulan yang jelas.

Kesimpulan kisah ini :

Ibubapa perlu memahami tanggungjawab keibubapaan iaitu mendidik anak2

yang merupakan amanah dari Allah dengan sebaiknya.

Kesilapan dalam mendidik anak menyebabkan anak membesar sebagai

manusia yang tidak terdidik dengan roh Islam, yang berkemungkinan

menghasilkan individu yang jauh dari landasan agama.

Bapa perlu memastikan rezeki yang dibelanjakan dalam kehidupan seharian

menanggung perbelanjaan isteri dan anak2 adalah dari hasil yang halal.

Anak2 wajib mentaati kedua ibubapa selaras dengan tuntutan syariat.

Page 61: modul.pdf

MAFA Training Center

Islam sebagai AdDeen

Naqib menyediakan gambarajah jantung manusia

Berdasarkan gambarajah, ahli usrah diminta untuk menerangkan ciri2 Islam iaitu

rabbaniyyah,inqilabiah, syumuliyyah,’alamiyyah,waqi’yyah dan thabat dan murunah

melalui fungsi jantung itu sendiri iaitu mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

Naqib mendengar pandangan ahli usrah dan membuat konklusi akhir.

Syumuliyyah : Boleh digambarkan melalui fungsi jantung yang mengepam secara

lengkap ke seluruh bahagian tubuh badan.

Rabbaniyyah : Digambarkan melalui fungsi jantung sebagai organ

terpenting dan paling utama dalam diri manusia.

Waqi’yyah : Digambarkan melalui fungsi jantung yang mengepam darah

mengikut kaperluan manusia mengikut situasi dan tempat, contohnya ketika

selepas berlari atau ketakutan, lebih kekerapan jantung mengepam darah.

‘Alamiyyah : Digambarkan melalui fungsi jantung yang tetap mengepam darah

tidak henti tanpa memilih tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya

mempunyai jantung yang berfungsi dengan begitu efektif dengan izin Allah.

Thabat wa murunah : Melalui fungsi jantung yang tetap dalam fungsi

pengepaman darah namun fleksibel dari segi kadar degupan jantung yang boleh

berubah-ubah mengikut kesesuaian.

Inqilabiyah :

Page 62: modul.pdf

MAFA Training Center

MUAMALAT

Objektif : Penerapan kefahaman tentang muamalat secara

praktikal

Peralatan : 2 utas tali.2 biji baldi berisi air(suku penuh)

Kaedah perlaksanaan :

1. peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan(muslimin vs muslimat).

2. ajk menyediakan 2 kawasan segiempat yang dipagari dengan tanda(cadangan

tepung).letakkan setiap satu baldi di tengah-tengah petak kawasan tadi.

3. arahkan setip kumpulan untuk mengeluarkan baldi berisi air tadi dengan menggunakan tali

yang disediakan dengan syarat tidak boleh masuk dalam petak yang ditandai tepung.

Tarbiyyah mubasyarah:

Hikmah di sebalik modul:sepatutnya ada perbincangan antara muslimin dan muslimat,gabung tenaga

keluarkan baldi tadi.yakni dengan berkongsi kedua-dua tali,lilitkan pada baldi dengan bergerak

mengelilingi petak sehingga tali betul-betul kemas pada baldi dan angkat dengan jayanya.

Ajk pantau kefahaman peserta tentang muamalat dalam bergerak kerja.Menerapkan matlamat tidak

menghalalkan cara.

Amal jama’ie &strategi gerak kerja

Objektif : kebatilan yang terancang mampu mengalahkan kebenaran yang

tidak terancang

Peralatan : kayu chopstick,penyepit,sudu,duit syiling,baldi berisi air

Kaedah perlaksanaan :

1. peserta dikehendaki mengambil duit syiling di dalam baldi tanpa memasukkan tangan ke

dalam air.

2. peserta boleh menggunakan sudu,penyepit,kayu chopstick atau apa saja untuk mengambil

duit.

3. sekiranya peserta berjaya,ajk jelaskan bahawa sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk

keluarkannya iaitu dengan membuang saja air tersebut.

Tarbiyyah mubasyarah:

Simbolik modul:perlunya perancangan yang rapi dengan menitikberatkan soal fiqh

awlawiyyat.perlunya ameer yang bijak menguasai setiap situasi dan jundullah yang wala’ dan thiqqah

pada pimpin

Page 63: modul.pdf

MAFA Training Center

Wala’ dan thiqqah

Objektif : menerapkan kepentingan wala’ dan thiqqah bagi abna’ul harakah

Islamiyyah(anak-anak gerakan islam).Menerapkan bahaya sikap

Isti’jal(terburu-buru)dalam gerak kerja islam.

Peralatan : kertas arahan yang mengelirukan

Kaedah perlaksanaan :

1. peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan(muslimin vs muslimat).peserta diminta melantik

ketua bagi setiap kumpulan bagi melakukan misi ini.

2. serahkan kertas arahan kepada setiap para peserta dan minta dilaksanakan misi dalam masa

yang terhad.ajk ganggu kelancaran misi setiap kumpulan.

Tarbiyyah mubasyarah:

Simbolik modul:tiada ketaatan kepada manusia pada perkara maksiat terhadap Allah.Wala’ & thiqqah

yang mutlak adalah hak Allah.Pemerhatian sejauh mana peserta faham tentang wala’ & thiqqah.

Modul Wala

Alatan :

i) Cacing

ii) Mee kuning

iii) kain pengikat mata bagi peserta

Meknisma :

1) Setiap peserta perlu mengikat mata kecuali ketua sahaja yang celik.

2) Urusetia memberi arahan

a. Semua peserta hendaklah menghulurkan tangan ke hadapan

Page 64: modul.pdf

MAFA Training Center

b. Urusetia mengarahkan ketua mengambil cacing seekor demi seekor dan diletakan ke tangan

peserta tanpa memberitahu peserta.

c. Urusetia akan mengarahkan peserta membuka tangan dan dalam masa yang sama ketua

menyuapkan cacing (Mee) ke dalam mulut ahli kumpulan.

d. Urusetia akan menilai dan memprovok peserta untuk selesaikan task yang diberikan.

3) Peserta diminta membuat kesimpulan daripada task yang dijalankan.

4) Urusetia membuat kesimpulan dan sampaikan objektif modul

* urusetia menguji peserta tentang kefahaman mereka tentang

Objektif :

1) Menilai nilai ukhwah dan kerjasama setiap peserta

2) Menilai kerjasama dan kewala’kan peserta kepada ketua

3) Menilai kefahaman peserta tentang wala’

4) Membina perasaan percaya kepada ketua

5) Dll

LIGA UKHUWWAH

Langkah :

1. Dua pasukan di bentuk

2. Kumpulan (1) – Peserta , kumpulan (2) – Urusetia (pusingan pertama)

3. Dua kumpulan dibentuk di campur antara urusetia dan peserta.

4. Bola sepak (1 kumpulan -11orang) / Bola Tampar (1 Kumpulan - 7orang)

Syarat permaianan :

- Peserta dilarang mengeluarkan suara (Pusingan pertama)

- Peserta dibenarkan mengeluarkan suara (Pusingan pertama)

- Urusetia di benarkan mengeluarkan suara pada kedua-dua pusingan

- Permainan diteruskan sehingga selesai

Objektif :

- Merapatkan ukhuwwah dikalangan peserta / urusetia

Page 65: modul.pdf

MAFA Training Center

- Menguji tahap kewalakan peserta terhadap arahan urusetia.

- Menilai thap pengorbanan peserta

Check Point 1 : Ukhuwah

Objektif:

1)Menguji sejauh mana ukhuwah antara peserta

2)Menjelaskan kepentingan ukhuwah dalam kumpulan

Peralatan:

1. Air 2 botol

2. Gula,garam

3. Cawan-6biji

4. Pen dan kertas

Proses;

Peserta sampai

Kata laluan- tak kenal maka tak cinta

Urusetia bertanyakan tentang nama dan matlamat kumpulan mrk.

Tanya organisa

Vao day nghe bai nay di ban http://www.freewebtown.com/nhatquanglan/index.html

si yang dilantik.

Tnya knpa mrk pilih si A sbg ketua n C sbg S/u.

Uji stkt mn mrk knl shbt mrk slama 3 hari tsbut.(ukhuwah)

Modul Air Misteri ;

Sediakan air garam,air gula,air gula campur garam dan air kosong kepada peserta.(tanpa pengetahuan

peserta)

Setiap peserta dikehendaki minum 2 teguk.

Peserta dikehendaki menghabiskan semua minuman.

Urusetia tanya rasa air kpd setiap peserta.

Jika peserta kongsi minuman mereka, lulus.

Jika peserta xkongsi minuman, urusetia ambil peranan clearkan balik konseop ukhuwah.

Penjelasan ;

-Urusetia tnya pendpt peserta apa yang mrka faham tntang modul tersebaut

-Urusetia buat kesimpulan

-Ukhuwah penting dalam laksanakan gerakkerja untuk capai satu tujuan.

Page 66: modul.pdf

MAFA Training Center

Mad’uku

Alatan :

i) botol kosong

ii) paku

iii) benang

iv) kayu/ ranting

Mekanisme :

1) Peserta yang telah sampai ke check point ini akan membentangkan laporan.

2) Setiap kumpulan akan menyediakan 2 orang daripada peserta untuk menjalankan task ini.

3) Urusetia akan mengarahkan peserta yang terpilih untuk memancing botol yang tertanam di dalam tanah

di hadapan mereka dengan syarat tidak melebihi garis yang ditetapkan.

4) Peserta yang tidak terlibat akan berada di hadapan botol dan memberi semangat kepada peserta yang

dipilihnya.

5) Urusetia akan menilai prestasi peserta

6) Setelah selesai task yang di berikan, peserta dikehendaki memberi resolusi task yang dijalankan diikuti

urusetia.

* Di dalam masa yang sama, urusetia akan menyoalkan atau menguji kefahaman peserta tentang

Objektif

1) Dengan menganggap botol sebagai mad’u dan peserta sebagai Dai’e

2) Menilai kekreatifan peserta untuk memancing botol tersebut

3) Menguji kesabaran peserta dalam memancing botol tersebut

4) Menilai kerjasama peserta lain dalam mendorong peserta yang dipilhnya untuk menyelesaikan task

yang diberikan.

5) Dll

Page 67: modul.pdf

MAFA Training Center

Explorace

Check Point 1 ;Amal Jamaie,Wehdatul Fikr &Amal

Objektif;

1)Menlaksanakn konsep amal jamaie dlm gerakkerja.

2)Menilai wehdatul fikr peserta dalam kumpulan.

Peralatan;

1)Kertas arahan 2

Urusetia;Pakaian Ala Pegawai

Process;

Peserta sampai

Meminta kata laluan- bersatu teguh bercerai roboh

Menungu reaksi peserta untuk memulakan perbicaraan.

If peserta xmulakan, terpulang kepada urusetia untuk lakasanakn tindakan.

If peserta,mulakan dl,proceed.

Urusetia bertanya apa tujuan datang cni,nama dan objektif persatuan,knp ditubuhkan kepada

setiap peserta.

Jika berlaku perbezaan pendapat, kt blh uji kesatuan pemikiran mrk.

Soalan;

-Maksud amal jamaie,dalil n kepentingan.

-Dan soalan relevan base on topic.

Penjelasan;

-Urusetia diminta clearkan balik apa sepatuntnya tujuan mrk buat. adakah mrk betul2 nak

buat atau sekadar permainan semata2.

-Urusetia tknkan pd peserta tntng kesatuan pemikiran dlm gerak kerja dan pentingnya gerak

kerja berpersatuan.

Urusetia buat kesimpulan

*Urusetia meluluskan penubuhan persatuan tersebut.

*menyerahkan kertas arahan 2

guideline

obj yang diterima-

1) sebarkan dakwah

Page 68: modul.pdf

MAFA Training Center

2)

3)

Check Point 2;Ukhuwah

Objektif;

1)Menguji sejauh mana ukhuwah antara peserta

2)Menjelaskan kepentingan ukhuwah dalam gerakkerja

Peralatan:

5. Air 2 botol

6. Gula,garam

7. Cawan-6biji

8. Kertas arahan 3

9. Pen dan kertas

Brg amanah

1 )Pen

2) Kertas

Process;

Peserta sampai

Kata laluan- tak kenal maka tak cinta

Urusetia bertanyakan tentang nama dan objektif persatuan mrk.

Tanya tanzim yang dilantik dlm perjalanan sebelum ini..

Tnya knpa mrk pilih si A sbg ketua n C sbg S/u.

Uji stkt mn mrk knl shbt mrk slama 3 hari tsbut.(ukhuwah)

Modul Air Misteri ;

Sediakan air garam,air gula,air terlebih gula,air terlebih garam,air gula campur garam

dan air kosong pada peserta.(tanpa pengetahuan peserta)

Setiap peserta dikehendaki minum 2 teguk.

Urusetia tanya rasa air kpd setiap peserta.

Peserta dikehendaki menghabiskan semua minuman .

If peserta kongsi minuman mereka, lulus.

If peserta xkongsi minuman, urusetia ambil peranan clearkan balik konseop ukhuwah.

Penjelasan ;

-Urusetia tnya pendpt peserta apa yang mrka faham tntang modul tersebut

-Urusetia buat kesimpulan

Page 69: modul.pdf

MAFA Training Center

-Ukhuwah penting dalam laksanakan gerakkerja untuk capai satu tujuan

*Serahkan Kertas Arahan 3 dan Barang amanah kepd peserta.

Check Point 3;Strategi

Objektif;

1)Memberi gambaran bahawa perlu ada perancangan yang teratur untuk capai matlamat

2)Kepentingan menyusun strategi untuk capai matlamat.

3)konsep kerjasama antara peserta

Peralatan;

1. batu

2. air

3. Kayu chopstick/penyepit

4. kertas arahan 4

5. cawan,bekas

Process;

Peserta sampai

Kata laluan- kegagalan merancang dikalahkan oleh kebatilan terancang

Urusetia menyoal tentng maklumat persatuan mereka.

Peserta diminta membentangkan strategi persatuan mereka

Urusetia menjelaskan kerelevanan tentang apa yang mereka utarakan samada retorik atau

realistic.

Modul:

Peserta dikehendaki mengambil duit syiling didalam bekas tanpa memasukkan tangan

kedalam air.

Peserta boleh gunakn sudu, kayu, penyepit dan ape2 yang disediakan untuk mengambil duit

syiling tersebut.

Sekiranya peserta berjaya, peserta berjaya tetapi ada cara paling mudah iaitu dengan

membuang saja air tersebut

Urusetia menjelaskan peserta tentang sekiranya bijak menyusun strategi, matlamat akan

mudah tercapai.

Penjelasan;

-Urusetia tanya pendapat peserta.

-Simbolik modul bermaksud peserta perlu memikirkan berbagai strategi yang perlu dilakukan untuk

mencapai objiktif yg tlh ditetapkan

-Dlm nk merealisasikan mtlmt psatuan, byk halanagn yg perlu dilalui. Perlu bijak menyusun strategi.

Page 70: modul.pdf

MAFA Training Center

-Urusetia membuat kesimpulan.Kaitkan dgn sirah Rasulullah.

*Serahkan Kertas Arahan 4

Tukar Penampilan

Peralatan

1. 3beg plastic merah

2. Spek mata hitam,payung,tepung

3. Surat Khabar

4. Kain batik, kain pelikat,tudung

5. topi,topi keledar,

Kem Misteri;Mehnah dan Tribulasi

Objektif

1)menguji ketahanan mental dan fizikal peserta

2)Memberi gambaran tentang mehnah dan rtribulasi dalam melaksakan gerak kerja Islam

Peralatan;

1. air 3 botol

2. tepung

3. telur(jika perlu)

Urusetia:Pakaian Ganas

Process:

Peserta akan lalu.

Sekiranya peserta berhenti,urusetia halau dan herdik

Tiada kata laluan.

Modul;

Urusetia baling tepung dan air pada peserta yang lalu.

Urusetia bertindak tegas terhadap peserta.

Urusetia mewujudkan suasana yang menakutkan,mengejek kepada peserta.Provokasi

Urusetia menawarkan pelbagai tawaran kepada peserta-bg air, makanan etc kemewahan

Sekiranya, peserta bagi kata laluan, urusetia tak perlu menjawab.

Urusetia tidak perlu menjawab sebarang persoalan yang diajukan oleh peserta.

Penjelasan;

Urusetia melakukn sedemikian adalah antara gambaran yang peserta akan lalui dalam usaha

meneggakkan syiar Islam dari segi mental dan fizikal.

Page 71: modul.pdf

MAFA Training Center

Check Point 4;Hazar dan Sirr

Objektif;

1)Memberi gambaran kepada peserta tentang tajuk hazar dan Sirr

Peralatan;

1)Borang

Urusetia:Pakian ala gengster-polis-pengemis- dll

Process;

Peserta tiba

Kata laluan - Biar pecah diperut,jangan pecah dimulut

Urusetia menyoal kenapa mereka berpakaian demikian.

Urusetia meminta peserta menyerahkan kertas tanzim yang mereka telah buat serta barang2

yang lain

Urusetia meminta maklumat2 peribadi peserta dengan isi borang dan membuat catatan,

Penjelasan

Kesalahan yang dibuat oleh peserta –

Denda-Cmat-Berdiri kaki sebelah

-Cmin-Pumping

Soalan

1)Kenapa Penting Hazar??

2)Maksud Hazar dan Sirr dll

Check Point 5;Wala’ n Thiqah

Objektif;

1)Memberi gambaran kepada peserta tentang wala’ n thiqah

2)Menguji sejauh mana kefahaman peserta tentang kuliah yang disampaikan

Peralatan;

1)Lada kering

2)Kain tutup mata

Page 72: modul.pdf

MAFA Training Center

Process:

Peserta Tiba

Kata Laluan –kami dengar, kami taat

Peserta diminta menyerhkan tanzim .

Sekiranya tiada,maka mereka tlh gagal pada check point sblmnya.

Urusetia menyoal tentang konsep wala’ n thiqah.

Urusetia melaksanakan modul.

1)Beza wala’ n Thiqah

2)Dalil wala dl

Modul ;

Setiap ahli kumpulan dikehendaki menutup mata kecuali ketua mereka(guna kain alas mata).

Ahli kumpulan dihimpunkn satu kump.dngn memegang erat antara satu sama lain.

Ketua akn dibawa satu destinasi,dan dikehendaki memberi arahan kepada ahlinya supaya

mara kearahnya.

Urusetia memainkan peranan mengganggu para perserta semasa ahli sedang mara kearah

ketuanya.

Method-membuat arahan lain,merungkai ikatan ahli kumpulan supaya berpecah.

Sekiranya gagal, dikenakan denda.

Denda- Ketua kmpul. dikehendaki makan lada kering krn kesalahan mengawal anak buahnya

atau krn kslhan ank buah, pimpinan kena tnggung.

Ahli spttutnya sm2 mkn sex lada kering tersebut (sama2 rasa susah)

Jika tdk lakukan sdmikisn,urusetia kn clearkan.

Kertas Arahan 1:

Kamu merancang utk menubuhkan satu persatuan di kampus. Dlm perjalann bincangkan

nama persatuan, 3 objektif persatuan kamu.Sblm tiba ke check point pertama. Setkn ms

perbincgn – 5 mnt

Kamu akan menemui beberapa orang pegawai untuk meluluskan persatuan kamu.

kata laluan – bersatu teguh bercerai roboh

Kertas arahan 2:

Kamu diminta membina jkuasa bg group kamu.lantik pengerusi, bendahari, s/u n lain2 jwtan

yg sesuai. Di akhir check point ini, kamu perlu dapatkan brg amanah dr pegawai check point.

Berusaha sebaik mungkin.

Kata laluan – tak kenal maka tak cinta

Kertas Arahan 3:

Tuliskan maklumat tntg persatuan kamu:.Nama, Objektif, Tanzim. pada kertas yg

diberi.Simpan Elok2.

Fkirkan strategi yg akan kamu laksanakan untuk menggerakkan persatuan kamu di kampus.

Kata laluan-kegagalan merancang dikalahkan oleh kebatilan terancang

Kertas Arahan 4 :

Page 73: modul.pdf

MAFA Training Center

Kumpulan anda akan melalui satu kem tentera. Diharap bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tukar penampilan anda menggunakan barang2 yg bkl anda temui dlm perjlnn.perhatikn

plastik berwarna merah!

Kata laluan- Biar pecah diperut,jangan pecah dimulut

Kertas arahan 5:

Kata laluan;kami dengar kami taat

Permulaan.

Urusetia

Urusetia berkumpul

Ambil alatan yang berkenaan,sampul surat arahan

Pakaian;Mengikut kesesuaian check point masing2.

Bergerak Ke CP masing2

Betulkan Niat-apa nk capai

Peserta

Peserta diminta berkumpul di padang

Pakaian Sukan

Alatan:kain tutup mata (inform sblm bertolak)

Process;

Pembhgian kump:Peserta dbhgikkn kpd 3 group,1group min n 2 group mat.

Undian dibuat untuk group mana akan bertolak.

Sblm bertolak,pengarah diminta bg situasi bahawa,

-Skrg,kamu semua adalh satu group besar dan tlh dipecahkan kpd group2 kecil untk menjalankan satu

misi.Misi ini ibarat sebuah kehidupan sebenar kamu diluar sana.

-Peserta dikehendaki pergi ke check point yang ada 2 tali yang bersambung.

Group akan dilepaskan satu persatu.

Peserta dibrkan air n garam.

Group 1 akan diberikan kertas arahan 1.

Group yang menunggu giliran akan bersama Pgrh n T.pgrh (Slot bsma P n TP) beri kertas

arahan. Soh depa berbincg.

Pemantau akan memastikan pergerakan group seterusnya.

Page 74: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 75: modul.pdf

MAFA Training Center

Ta’aruf Khususi

Masa : 30 minit

Alatan : Tiada

Kaedah Pelaksanaan:

Setiap peserta akan dibahagikan kepada persatuan masing-masing

Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh 2 fasilitator yang terdiri daripada mantan pimpinan bagi persatuan

terbabit

Fasilitator akan meminta kesemua ahli kumpulan berta’aruf secara terperinci dan masa yang diperuntukkan

untuk setiap ahli adalah selama 5 minit

Ta’aruf tersebut mestilah merangkumi butiran diri peserta dan perasaan serta pandangan beliau sepanjang

menjawat jawatan sebagai pimpinan persatuan terbabit

Fasilitator akan cuba mengurai permasalahan yang mungkin wujud dalam persatuan terbabit dan cuba

mendapatkan jalan penyelesaian bersama

Kesimpulan :

Berkongsi dan meluahkan pandangan dapat membina organisasi yang telus tanpa ada sebarang prejudis dan

masalah hati

Page 76: modul.pdf

MAFA Training Center

MODUL:AKU IBARAT LALANG

Masa : 15 Minit

Alatan : > Kain

>Tali

Kaedah Pelaksanaan:

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Setiap kumpulan diminta untuk membuat bulatan

Seorang peserta diminta untuk berdiri di tengah-tengah bulatan

Peserta tersebut akan ditutup matanya dan kedua-dua tangannya hendaklah berada di sisi dan

diikat dengan tali atau kain

Kemudian, peserta tersebut akan menjatuhkan dirinya (seperti lalang) manakala rakan-rakan yang

lain akan menyambutnya dan memastikan beliau tidak jatuh ke lantai atau tanah

Rakan yang menyambutnya akan “pass” beliau kepada rakan-rakan di sebelah hingga habis satu

pusingan

Kesimpulan :

Adakalanya, bukan mudah untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain hatta dengan rakan

sendiri

Kesatuan boleh dibina dengan adanya rasa tanggungjawab antara satu sama lain

MODUL : MENGURAI MASALAH

Masa : 30 Minit

Alatan : > Kertas Majung

>Pen Maker

Kaedah Pelaksanaan:

Setiap peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan bercampur muslimin

dan muslimat

Setiap peserta akan dibekalkan kertas mahjong dan pen marker

Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan menyatakan masalah-masalah yang lazimnya

terjadi dan mungkin bakal terjadi dalam organisasi

Setiap masalah tersebut hendaklah disertakan dengan cadangan penyelesaian yang praktikal

Setiap kumpulan akan membuat pembentangan hasil daripada apa yang dibincangkan

Kumpulan lain berhak mempertikaikan dan menambah pandangan mereka terhadap perkara yang

dibentangkan

Page 77: modul.pdf

MAFA Training Center

Kesimpulan :

Setiap organisasi mempunyai masalah-masalah tersendiri tidak kira sama ada berpunca daripada

dalaman atau luaran

Pandangan dan idea yang variasi sebenarnya menguatkan perencanaan dalam mencapai matlamat

yang satu

MODUL : ESEI BERANTAI

Masa : 15 Minit

Alatan :

Kertas A4 / kertas mah-jong

Pen biasa / pen marker

Kaedah Pelaksanaan:

Peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan (muslimin dan muslimat)

Setiap kumpulan akan diberi kertas A4 (sekiranya kedudukan seperti dalam kuliah) atau kertas

mahjong (sekiranya kedudukan dalam halaqah) dan pen biasa atau pen marker

Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan satu esei yang berjudul “Organisasi Yang Ideal”

dengan setiap ahli akan berhilir-gilir membuat satu ayat.

Ayat-ayat yang ditulis hendaklah relevan dengan ayat sebelumnya atau sesuai dengan tajuk yang

diberikan

Masa diperuntukkan adalah bebas dan bergantung kepada Fasilitator

Kesimpulan :

Realiti bermula dengan teori

Perkongsian pintar menjana kemantapan organisasi

Page 78: modul.pdf

MAFA Training Center

MODUL : PERMAINAN HURUF

Masa : 30 Minit

Alatan :

Kertas A4 / kertas mahjong

Pen biasa / pen marker

Kaedah Pelaksanaan:

Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan (2 muslimin dan 2 muslimat)

Setiap kumpulan akan diberi kertas A4 (sekiranya kedudukan seperti dalam kuliah) atau kertas

mahjong (sekiranya kedudukan dalam halaqah) dan pen biasa atau pen marker

Kertas tersebut dibahagikan kepada beberapa kolum (kategori):

- Negeri / Negara - Tokoh

- Artis - Buku

- Buah - Binatang

atau sebagainya yang sesuai

Fasililator akan menyebut satu huruf dan setiap kumpulan diminta untuk menyiapkan perkataan

untuk setiap kategori berdasarkan huruf yang disebut

Contoh:

Huruf: M

- Negeri: Melaka

- Tokoh: Mustaffa Ali

- Artis: M. Daud Kilau

dan seterusnya

Setiap kategori mempunyai 10 markah penuh. Sekiranya terdapat kumpulan yang mempunyai

perkataan yang sama, markah tersebut akan dikurangkan. Cara kiraan:

10 / jumlah kumpulan yang sama

perkataan

Pemenang yang memperoleh mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang

Kesimpulan :

Ilmu pengetahuan boleh dikongsi dengan pelbagai cara sama ada secara serius atau santai

Page 79: modul.pdf

MAFA Training Center

MODUL : PEMIKIRAN KRITIS

Masa : 15 Minit

Alatan :

Kertas mahjong / kertas kosong / papan putih

Pen marker / pen

Kaedah Pelaksanaan:

Fasilitator akan melukis satu frasa:

“|+|”

Peserta diminta untuk menuliskan jawapan yang berlainan daripada frasa tersebut

Sebagai contoh: |+|=

2

||

V

>

dan sebagainya

Kesimpulan :

Pemimpin harus mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis

Page 80: modul.pdf

MAFA Training Center

AKU PEMIMPIN

ALATAN : KAIN TUTUP MATA

OBJEKTIF

1. Melahirkan keyakinan diri terhadap kebolehan masing –masing dengan syarat mereka di beri panduan yang

betul

2. Melahirkan sifat saling mempercayai antara satu sama lain

3. Melahirkan kesedaran kepada ahli bahawa, kecacatan , kekurangan , yang ada pada diri bukanlah

penghalang kepada sesuatu kejayaan

LANGKAH

1. Fasi memberi arahan berhubung dengan cara – cara melakukan aktiviti “ aku pemimpin ”

- bergerak berpasangan ( satu buta satu celik )

- bergerak mengikut arahan seorang celik yang lain buta

- bergerak mengikut arahan 2 ahli celik yang lain buta

2. Fasi meminta maklum balas dari segi pengalaman peranan berhubung denga aktiviti

3. Fasi membuat rumusan bekenaan denga falsafah tersurat dan tersirat daripada aktiviti yang di jalankan

SAYA DAN KOMUNIKASI

( komunikasi sehala dan dua hala )

PENDAHULUAN : Telah di fitrahkan bahawa manusia merupakan insane yang suka bersosial. Dalam

kehidupan seseorang individu yang normal pasti akan berkomunikasi denagn rakan – rakan

yang berada di sekelilingnya untuk menyampai dan menerima mesej atau meklumat tertentu

Semasa berkomunikasi, beberapa kemahiran asas perlu wujud

Contohnya: kemahiran mendengar, bertutur dan mentafsir .Dengan adanya kemahiran –

kemahiran akan wujudlah komunikasi 2 hala yang berkesan.

OBJEKTIF

1. Melatih pelajar – pelajar menguasai kemahiran asa bekomiunikasi yang berkesan dengan rakan sebaya

2. Membantu pelajar – pelajar berinteraksi supaya dapat di terima ole rakan – rakan

3. Membantu pelajar – pelajr mengusai kemahiran mengenali perasaan orang lain melalui tingkah laku tanpa

lisan

Page 81: modul.pdf

MAFA Training Center

ALATAN : 2 helai kertas kosong pen dan contoh lukisan

LANGKAH – LANGKAH

1. Peserta di beri 2 helai kertas kosong

2. Fasi memberi arahan tanpa sebarang pertanyaan oleh peserta seperti berikut:

- lukis satu bulatan sebesar syiling 50 sen

- dalam bulatan tersebut lukis 3 bulatan

- di atas bulatan besra , lukis sebuah segi empat tepat

- di kanan bulatan besar , buat 2 garisan panjang 10 cm dan satu bulatan kecil berukuran syiling 20

sen

- Dikiri bulatan besar , buat 2 garisan panjang 10 cm dan satu bulatan kecil berukuran syiling 20 sen

- Di bawah bulatan besar lukis segi empat tepat berukuran 3 kali ganda

- Di bawah segi empat tepat itu , buat 2 set garis panjang berukutan 10 cm

- Lukiskan 2 bulatan sebesar syiling 20 sen di penghujung tiap –tiap set – set garisan itu .

3. Setelah siap melukis, peserta di minta melukis sekali lagi dengan arahan yang sama tetapi kali ini di

benarkan menyaoal

4. Setelah siap lukisan kedua, peserta di inta membandingkan antara kedu a- dua lukisan tersebut

5. Fasi menunjukkan lukisan contoh

6. Pemarkahan akan di berikan kepada lukisan yang tepat mengikut arahan pertama dan kedua

ARAHAN A B C D E F G H I

TANPA SOAL

ARAHAN BOLEH

MENYOAL

JUMLAH

RUMUSAN

1. Komunikasi dua hala telah berkesan daripada komunikasi sehala

2. Pengucap dan penerima harus memberi tumpuan semasa berkomunikasi

Page 82: modul.pdf

MAFA Training Center

Contoh Lukisan:

A)

B)

Page 83: modul.pdf

MAFA Training Center

AKU ADALAH…

Objektif :

1. Peserta menjiwai sifat kepimpinan pada tokoh yang menjadi idola dan sanjungan

2. Peserta mencuba untuk mengamalkan sifat positif yang ada pada tokoh idola mereka.

Masa :

Peralatan : Kad nama, pen marker

Modus Operandi

1. Setiap peserta diberikan kad nama untuk dipakai sepanjang program.

2. Setiap peserta dikehendaki memilih seorang tokoh pemimpin yang paling dikagumi dari mana-mana

peringkat dan menulis nama tersebut di atas kad nama di samping nama sebenar di penjuru kad nama.

3. Peserta dikehendaki memakainya sepanjang program.

Mesej modul :

1. Tokoh bukan hanya untuk dikagumi, tetapi untuk dihayati dan diamalkan sifat kepimpinan yang ada pada

mereka.

2. Setiap tokoh yang dilahirkan adalah hasil daripada usaha mereka mengasah dan memajukan potensi mereka

sehingga menjadi insan yang hebat.

3. Apabila tokoh-tokoh hebat dikumpulkan, sepatutnya suatu hasil yang terbaik dapat menjadi natijah.

Page 84: modul.pdf

MAFA Training Center

AKU SEBELUM DAN AKU SELEPAS

Objektif :

1. Memastikan peserta mempunyai perubahan dari sebelum dan selepas program.

2. Memastikan mempunyai perancangan di dalam survival perjuangan

3. Supaya peserta dapat melihat jalan-jalan yang hendak dilalui di dalam menjalankan tugas sebagai ahli HM.

Masa :

Peralatan : Borang sebelum dan selepas serta pen.

Modus Operandi

1. Setiap peserta diberikan borang pada awal program (selepas taklimat) untuk mengenal pasti cita-cita dan

perancangan peserta melibatkan diri di dalam aktivti dan persepsi peserta terhadap beberapa perkara utama

berorganisasi.

2. Manakala sebelum program berakhir (sebelum majlis penutup), peserta sekali lagi diedarkan borang untuk

diteliti perancangan, iltizam dan kesediaan mereka mereka dalam berorganisasi.

Mesej Modul :

1. Dalam perjuangan, kita mesti merancang.

2. Setiap perancangan mesti diisi dengan persiapan dan persediaan serta kesediaan untuk menghadapi dan

mempelajari dari kegagalan.

Page 85: modul.pdf

MAFA Training Center

ETIKA BERMESYUARAT

Objektif :

1. Memastikan peserta memahami apa fungsi dan pelaksanaan mesyuarat yang berkesan.

2. Memastikan peserta memahami peranan mereka samada dalam mengendali atau menjadi ahli mesyuarat.

3. Memperbetulkan kesilap fahaman di dalam pelaksanaan sesuatu mesyuarat.

Masa :

Peralatan : Kertas mahjong, pen marker

Modus Operandi

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan satu mesyuarat dengan membincangkan agenda-agenda berikut;

a. Operasi Khidmat Masyarakat di Gunung Stong, Kelantan Darul Naim pada pertengahan Mei 2005

b. Letter head dan poster persatuan

c. Majlis gotong royong membersih dan menghias pejabat persatuan

d. Lawatan menziarahi mangsa Tsunami di Kuala Muda pada 4 April 2005

e. Pelan Perancangan sekretariat-sekratariat

3. Ketika mesyuarat sedang berlangsung, urusetia dikehendaki memerhati beberapa perkara iaitu;

a. Cara pemilihan pengerusi dan setiausaha mesyuarat

b. Keberkesanan pengerusi mesyuarat

c. Penglibatan ahli mesyuarat

d. Pemilihan dan keutamaan dalam memilih agenda mesyuarat

e. Apakah ahli mesyuarat menghargai dan memanfaatkan masa.

f. Cara dalam meletakkan keutamaan agenda mengikut kepentingan dan keperluan

g. Pengagihan tugas

h. Lain-lain perkara yang dirasakan perlu

4. Mana-mana kumpulan akan dipilih secara rawak untuk membentang hasil mesyuarat.

5. Akhirnya, Moderator dikehendaki menghurai dan membentang secara ringkas fungi, dan kronologi serta

beberapa urusan teknikal yang mesti ada ke arah mesyuarat yang berkesan.

Page 86: modul.pdf

MAFA Training Center

PENGURUSAN ORGANISASI

Objektif

1. Memberi pendedahan secara teori dan praktikal tentang operasi mengurus sesebuah organisasi

2. Peserta mengetahui kaedah merancang dan membuat plan tindakan secara sistematik.

3. Peserta mengetahui perkara asas terhadap apa yang hendak dilakukan bila diberi tanggungjawab

menguruskan sesebuah organisasi.

Masa :

Peralatan : Kertas mahjong, pen marker

Modus Operandi

1. Moderator membentangkan prinsip dan kaedah asas pengurusan organisasi untuk difahami oleh peserta

terlebih dahulu.

2. Peserta berpecah mengikut kumpulan masing-masing.

3. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat perkara berikut;

a. Analisa S.W.O.T.

b. Pelan tindakan (MBO dan MBT)

4. Mana-mana kumpulan akan dipilih secara rawak untuk membentang hasil perbincangan dan tugasan

sepertimana yang telah diberikan.

5. Moderator akan memberi komen dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan semasa pembentang.

6. Pada penghujung bengkel, setiap ahli kumpulan dijemput untuk membuat kesimpulan.

MENGANJUR PROGRAM

Objektif

1. Peserta mengetahui perkara-perkara asas, langkah-langkah yang perlu ada dan mengusasi kemahiran di

dalam menganjurkan program

2. Peserta memahamii prosedur birokrasi universiti samada dari aspek kertas kerja program, surat menyurat

dan yang berkaitan.

Masa :

Peralatan : Kertas A4 untuk setiap peserta

Modus Operandi

1. Urusetia dikehendaki menjemput SU Agung MPP untuk memberi taklimat mengenali kaedah membuat

kertas kerja, surat-menyurat dan birokrasi di universiti.

2. Peserta disediakan dengan hand out proseduar membuat program dan panduan membuat kertas kerja.

3. Tidak ada pembentangan untuk slot ini.

Page 87: modul.pdf

MAFA Training Center

Asabiyah

Objektif: a) berkenalan dengan semua ahli Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

b) berusaha mengurangkan gab diantara fasi-ahli LDK dan ahli LDK-ahli LDK

Masa: 15 minit

Alatan: List Ta’aruf Asabiyah

Arahan:

*sebelum memulakan aktiviti ini, minta setiap ahli LDK memperkenalkan diri mereka secara ringkas.

1. Fasi diberikan satu list kumpulan untuk membahagikan ahli LDK.

2. Ahli LDK diminta bergerak kepada kumpulan masing-masing apabila fasi menyebut senarai-senarai

dari list ta’aruf asabiyah.

3. Setiap satu senarai hanya diberikan masa 10 saat untuk ahli LDK bergerak kepada kumpulan masing-

masing.

4. List Ta’aruf Asabiyah:

a. Bahagikan kumpulan mengikut tarikh lahir

b. Bahagikan kumpulan mengikut tempat lahir

c. Bahagikan kumpulan mengikut bilangan adik-beradik/family

d. Bahagikan kumpulan mengikut kekerapan ke surau (selalu, kadang-kadang, jarang)

e. Bahagikan kumpulan mengikut waktu solat (awal waktu, di tengah-tengah waktu, di akhir

waktu)

f. Bahagikan kumpulan mengikut kekerapan menjadi imam di dalam solat (selalu, jarang, tidak

pernah)

g. Bahagikan kumpulan mengikut kekerapan memberikan nasihat kepada orang lain (selalu,

jarang, tidak pernah)

h. Bahagikan kumpulan mengikut kekerapan qiamullail (selalu, jarang, tidak pernah)

i. Bahagikan kumpulan mengikut penglibatan anda dalam aktiviti BADAR (aktif, ikut dan

tengok sahaja, buat tak tahu)

j. Bahagikan kumpulan mengikut keyakinan dan persediaan untuk menjadi pemimpin masa

depan (yakin-bersedia, yakin tidak bersedia, tidak yakin-bersedia, tidak yakin-tidak bersedia).

Rasional:

1. Fasi dikehendaki mengenalpasti dan membahagikan ahli LDK kepada

a. yang berpotensi dan bersungguh-sungguh untuk menerima tarbiyah

b. berpotensi tetapi tidak bersungguh-sungguh menerima tarbiyah

c. kurang potensi tetapi mahu menerima tarbiyah

d. tidak berpotensi dan tidak mahu menerima tarbiyah

2. Fasi dikehendaki menyediakan list pembahagian di atas kepada ketua fasi batch di akhir LDK 1 untuk

perhatian awal

Page 88: modul.pdf

MAFA Training Center

Idolaku

Objektif: a) mengenalpasti idola setiap ahli LDK

b) memastikan setiap ahli LDK berusaha untuk mengikut jejak langkah idola

mereka

Masa: 15 minit

Alatan: Kad nama(ikut bilangan ahli LDK), marker

Arahan:

1. Setiap ahli LDK diberikan sekeping kad kosong bersaiz tag nama.

2. Fasi akan meminta setiap ahli memberitahu kepada semua ahli LDK point-point berikut:

a. nama idola mereka

b. mengapa memilihnya

c. sedikit latar belakang idola

(fasi diminta bertanyakan soalan-soalan kreatif untuk menguji sejauh mana alertnya ahli LDK terhadap

idola mereka sendiri).

3. Setelah selesai semua ahli LDK membuat penerangan, minta mereka menuliskan nama idola mereka di

atas kad nama masing-masing dengan BESAR.

4. Minta mereka pakai tag nama tersebut sepanjang program.

5. Semua ahli LDK dan dalam batch mereka dikehendaki memanggil sahabat mereka menggunakan nama

idola masing-masing. (Fasi perlu pastikan, ikut kebijaksanaan)

6. Minta mereka bayangkan mereka adalah tokoh tersebut dan KMPI pada kali ini telah dihadiri oleh

ramai tokoh-tokoh yang berkaliber juga bagaimana sepatutnya KMPI kali ini berjalan dengan

kehadiran tokoh-tokoh tersebut.

Rasional:

1. Kita adalah pemimpin masa hadapan.

2. Untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang cemerlang, seseorang itu perlu mempunyai idola masing-

masing.

3. Ahli LDK perlu mencontohi idola mereka dan bersakhsiah sepertinya.

4. Nyatakan harapan agar program ini menjadi baik dan ada natijahnya kerana dihadiri oleh tokoh-tokoh

besar dan pimpinan masyrakat.

Page 89: modul.pdf

MAFA Training Center

Terrorist Mengganaz

Objektif: a) Memberikan tasawur kepada setiap ahli LDK tanggungjawab dan peranan

mereka

b) Menunjukkan jalan bagaimana untuk memenuhi peranan tersebut

Masa: 50 minit

Alatan: Tali Rafia

Arahan:

1. Sebuah peta dibentuk oleh fasi diatas tanah.

2. Pastikan sisi bg peta itu mengikut jumlah ahli LDK.

3. Minta ahli LDK menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membina benteng pertahanan di

setiap sisi yang telah diberikan oleh fasi. Tetapkan masa yang sesuai.

4. Setelah tamat tempoh, minta setiap dari ahli LDK menerangkan konsep pertahanan mereka. Tetapkan

masa yang sesuai.

5. Fasi diminta menyoal benteng pertahanan ahli LDK dengan soalan-soalan yang kreatif. (Minta mereka

kaitkan dengan peranan dan tanggungjawab mereka secara waqie’)

6. Fasi membuat ulasan setelah semuanya selesai.

Rasional:

1. Setiap manusia diutuskan Allah kerana 2 matlamat utama:

a. Mengabdikan diri kepada Allah SWT

b. Menjadi khalifah Allah di atas muka bumi.

*penerangan fasi mestilah fokus kepada tugas utama sebagai khalifah.Cth: membawa manusia

dari pengabdian kepada hamba kepada pengabdian kepada Allah dalam segenap segi-bukan

sahaja ibadah.

2. Untuk itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan terutamanya dari aspek persediaan

untuk menjalankan peranan mereka.

3. Islam memerintahkan setiap muslim mempertahankan Islam dari sudut mereka sendiri. Contohnya:

pelajar mengikut kondisi dan tahap mereka sebagai pelajar, tekankan kepada persediaan. Golongan

ulama’, professional dsb perlu mempertahankan islam mengikut kemahiran dan kelebihan yang ada

pada mereka.

Page 90: modul.pdf

MAFA Training Center

PERBINCANGAN KHAS.

Objektif: a) menyelaraskan ceramah “Peranan&Tanggungjawab Pelajar Muslim”

b) menghasilkan satu pelan bertindak mengikut kesesuaian ahli LDK sebagai

pelajar tingkatan 4.

Arahan:

1. Fasi meminta setiap ahli membuat ulasan isi-isi penting dalam ceramah di atas.

2. Point-point yg perlu diselaraskan:

a. Mengikut perbincangan selepas dari ceramah tersebut

3. Minta fasi menyediakan satu pelan bertindak bersama dengan ahli LDK, perubahan yg perlu dilakukan

ke arah persediaan sebagai seorng pemimpin Islam.

Hudud

Objektif: a) Memberikan tasawur kepada setiap ahli LDK tatacara pergaulan diantara

muslimin&muslimat dan batas-batasnya

Masa: 30 minit

Alatan: Puzzle, tips muamalat dan batasan pergaulan

Arahan:

1. Fasi diminta menggabungkan 1 kumpulan muslimin dan 1 kumpulan muslimat menjadi 1 kumpulan

yang lebih besar.

2. Setiap kumpulan besar tadi akan diberikan 1puzzle yang perlu diselesaikan secara bersama.

3. Mereka dikehendaki menyelesaikan puzzle itu dalam masa 3 minit sahaja.

4. Fasi yang bertugas diminta provoke kumpulan yang tidak bekerjasama diantara muslimin dan

muslimat.

5. Selepas 3 minit tamat, fasi dikehendaki menghentikan slot dengan gempar.(Memarahi kumpulan-

kumpulan kerana pergaulan yang tidak terjaga diantara muslimin-muslimat sewaktu menyelesaikan

puzzle)

6. Buat rumusan.

Page 91: modul.pdf

MAFA Training Center

Rasional:

1. Allah SWT menjadikan setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Langit-bumi, jantan-betina, kerusi-

meja, lelaki-perempuan.

2. Namun begitu, Bantu-membantu sesame mereka tidak dapat dielakkan kerana Allah menegaskan tugas

mereka di dalam Al-Quran (Wal mu’minuna wal mu’minat ba’dhuhum auliyau ba’dh…)

3. Tetapi, disana ada batasan yang Allah telah tetapkan, ada had yang tidak boleh dilangkaui dalam

sesuatu perkara. Begitulah hubungan antara muslimin dan muslimat. Firman Allah (Walaa

taqrabuzzina…)

4. Jadi sebarang perkara yang membawa kepada zina juga adalah haram dan perlu dijauhi dalam semua

keadaan terutamanya dalam pergaulan seharian.

* Apabila tamat slot, minta fasi edarkan satu risalah tips muamalat dan batasan pergaulan antara muslimin dan

muslimat.

Debat Perdana

Objektif: a) Memberikan tasawur kepada setiap ahli LDK adab dan batas dalam

pergaulan.

Masa: 35 minit

Alatan: -

Arahan:

1. Bahagikan peserta kepada 4 kelompok yang besar.

2. Setiap kelompok akan memegang watak-watak yang berbeza. (diri sendiri, sahabat, guru dan ibu bapa)

3. Tajuk perbincangan ialah ‘Kerosakan Akhlaq Di Kalangan Muda-Mudi:Siapa Puncanya?’

4. Masa 10 minit diperuntukkan untuk perbincangan hujah dan pemilihan speaker.

5. Seorang fasi yang pandai untuk provoke dan adil diminta menjadi moderator.

6. Provokasi perlu dilakukan sehingga mereka bertekak (kalau boleh sampai baling bola kertas, selipar,

kayu, batu, botol, kerusi, meja atau pun sesuatu yang lebih besar)

7. Pengawal keselamatan perlu disediakan aar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

8. Perdebatan berjalan selama 15 minit sahaja.

9. Ulasan dan rumusan dalam masa 10 minit.

Rasional:

1. Adab seorang pelajar dengan golongan yang pelbagai. Kita adalah harapan masyarakat, oleh itu

perlulah berakhlak dan beradab ketika bercakap, berhujah dengan orang lain.

2. Setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri. Faktor kehujahan menjadi point utama dalam

berdebat. Oleh itu, perlu menghormati pandangan orang lain. Pesan Hasan Al-Banna:Kita bersepakat

pada perkara yang boleh disepakati dan berlapang dada pada perkara yang tidak dipersetujui.

Page 92: modul.pdf

MAFA Training Center

Program lagi…!

Objektif: a) Memberi gambaran awal kepada ahli LDK kemahiran mengendalikan

sesuatu program.

Masa: 1 jam

Alatan: Senarai program berpotensi, contoh KKC, MBO, perlaksanaan mesyuarat

berkesan.

Arahan:

1. Setiap kumpulan diberi satu tugasan berupa projek/program untuk dijalankan.

2. Tetapkan masa perbincangan mereka. Cadangan waktu (30 minit). Arahkan wakil kumpulan untuk

terus membuat pembentangan selepas 30 minit. Setiap kumpulan dikehendaki bertanya kepada fasi

sekiranya menghadapi masalah.

3. Selepas tamat waktu yang diberikan, fasi biarkan mereka leka. Jangan tegur mereka untuk buat

pembentangan.

4. Jika mereka tidak lagi sedar selepas 5-7 minit, fasi bertindak dan suruh mereka bentang sendiri dengan

perasaan dan air muka yang agak kesal (dalam masa 10 minit).

5. Sewaktu pembentangan, fasi dikehendaki membuat soal selidik. Soalan-soalan wajib:

a. Organisasi program. Siapa ketua? Bagaimana buat pemilihan? Ciri-ciri dan sifat-sifat yang

diutamakan dalam pemilihan AJK.

b. Pengurusan dan pentadbiran program. Kertas Kerja Cadangan Program, MBO, pengendalian

mesyuarat.

6. Fasi membuat ulasan dan rumusan.

Rasional:

1. Aspek kepimpinan adalah satu barang hikmah yang telah hilang dari orang mukmin.

Sabda Rasulullah SAW: Hikmah adalah barang yang tercicir dari orang mukmin, maka di mana sahaja kamu

menemuinya, adalah hak bagi kamu mengambilnya.

2. Islam dan kepimpinan tidak boleh dipisahkan. Kaitkan dengan kisah Saqifah Bani Saidah (pemilihan Abu

Bakar sebagai khalifah).

3. Tatacara utama pemilihan kepimpinan terkandung dalam firman Allah SWT: …Inna manista’jar tal qawiyyul

amin…

4. Aspek teknikal melibatkan pengurusan dan pentadbiran program juga perlu diberi perhatian. Antaranya:

a) Perancangan berdasarkan objektif

b) Draf Kertas Kerja Cadangan yang lengkap dan jelas

c) Cara pengendalian mesyuarat

5. Keputusan mesyuarat hendaklah dibuat bersama dan komitmen dari semua pihak yang terlibat amat penting.

Page 93: modul.pdf

MAFA Training Center

6. Pandangan orang yang lebih berpengalaman perlu diminta dan dipertimbangkan.

7. Masa perlu dijaga dalam perlaksanaan (sebab tu kita fix kan masa yang terhad).

Pot pet…pot pet…khutbah

Objektif: Melatih kemahiran memberi ucapan umum

Masa: 50 minit

Alatan: Tajuk-tajuk yang berkaitan dan sesuai, kayu khutbah, mimbar khutbah

Arahan:

1. Fasi dikehendaki memberikan 1 tajuk khas kepada setiap ahli. Tajuk hendaklah berlainan antara satu

sama lain.

2. Ucapan mestilah diulas dan dikaitkan dengan aspek-aspek berikut:

a. Agama (dalil dan kehujahan)

b. Kaitkan hujah dengan isu semasa dan keadaan semasa

3. Berikan mereka masa 5 minit untuk membuat persediaan.

4. Setiap khutbah akan memakan masa 4 minit.

5. Selepas tamat semua berkhutbah, fasi berikan komen dan ulasan.

Rasional:

1. Pengucapan umum adalah salah satu teknik untuk membuat sesuatu penerangan dan menyampaikan dakwah.

Sebagaiman Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terang-terangan di bukit Safa dengan satu ucapan yang

menggemparkan penduduk Kota Makkah.

2. Perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ialah kebijaksanaan pengucap memberi hujah dan

mengaitkan hujah dan dalil dengan keadaan dan factor semasa.

3. Justeru, teknik pengucapan adalah penting untuk memastikan pendengar boleh menerima hujah dan mampu

di’persuade’ oleh pengucap. Contoh-contoh teknik:

a) eye contact dan body contact

b) intonasi suara dan kejelasannya

c) mimik muka

d) dll

Page 94: modul.pdf

MAFA Training Center

Angkat Timba

Alatan Keperluan:

Timba/Gayung berisi air

Tali ropia yang dipotong tiga

Langkah Pelaksanaan:

Buat satu bulatan besar di atas lantai.

Letak gayung berisi air tersebut ke dalam bulatan tersebut.

Dengan menggunakan tali yang dipotong, setiap kumpulan dikehendaki mengangkat gayung

tersebut.

Kumpulan yang berjaya mengangkat gayung tersebut kemudiannya dikehendaki

membawanya ke garisan penamat dan dikira berjaya.

Syarat-syarat Pelaksanaan:

Kumpulan yang menjatuhkan gayung perlu bermula sekali lagi.

Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh gayung tersebut atau memasukkan tangan ke dalam

bulatan tersebut.

Kesemua ahli kumpulan perlu memegang ketiga-tiga bahagian tali tersebut Objektif Utama:

Melahirkan kerjasama yang mentap antara ahli kumpulan.

Sedar bagi memainkan peranan masing-masing.

Melatih diri supaya berfikiran kreatif dalam apa jua keadaan.

Berusaha untuk mencapai matlamat tanpa mementingkan diri.

Belajar menerima pendapat orang lain.

Page 95: modul.pdf

MAFA Training Center

RAHSIA ORANG

Alat: -

Langkah pelaksanaan:

Setiap kumpulan dikehendaki memilih 3 orang daripada ahli kumpulan masing-

masing.

3 orang yang dipilih dibawa ke tempat yang lain oleh fasilitator.

Fasilitator yang tinggal akan memberi suatu perwatakan yang memalukan yang

dilakukan oleh 3 orang peserta yang telah dipilih tadi kepada ahli-ahli kumpulan yang

lain. (Cth:suka kentut)

Fasilitator yang membawa 3 orang yang dipilih tadi pula akan diberikan 1 aktiviti

berfaedah untuk di wakili oleh setiap seorang dari mereka.(cth: suka belajar)

Apabila masa tamat, salah seorang dari 3 orang dipilih akan kembali ke kumpulan dan

ahli-ahli yang lain dikehendaki untuk mengajukan apa sahaja soalan tentang kegiatan

yang diberitahu fasilitator kepada mereka. Sehingga masa tamat.

Apabila masa sudah tamat, peserta yang dipilih akan memberitahu kepada ahli-ahli

yang lain apakah aktiviti yang mereka wakili dan peserta yang tidak dipilih juga

dikehendaki membertahu apakah aktiviti yang fasilitator beritahu mereka.

Syarat-syarat pelaksanaan:

Semua ahli kumpulan, yang dipilih atau yang tidak diilih DILARANG untuk

menyebut mana aktiviti yang diberitahu oleh fasilitator.

Objektif utama:

Bersangka baik antara ahli.

Menegaskan kepada peserta supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin

sebelum melihatnya sendiri.

Page 96: modul.pdf

MAFA Training Center

Need Back Up!

Alatan Keperluan:

Kertas mahjong

Marker

Langkah Pelaksanaan:

Fasillitator akan memberikan satu helai kertas mahjong dan marker kepada kumpulan

masing-masing.

Ahli kumpulan dikehendaki melukis peta sahaja dan membuat perancangan bagi membeli

alatan-alatan pertahanan untuk mempertahankan negara mereka.(*boleh dibeli pada

fasillitator masing-masing)

Selesai membeli, ahli kumpulan dibenarkan melukis alatan-alatan yang dibeli pada peta

mereka.

Kemudian, bahas dan bentangkan.

Ahli kumpulan lain bebas melemparkan soalan pada kumpulan yang membentang.

Syarat-syarat Pelaksanaan:

Harga bagi setiap peta dan alatan pertahanan ditetapkan.

Kumpulan yang ditangkap menipu akan didenda.(*terpulang kepada fasillitator)

Objektif Utama:

Meningkatkan komunikasi antara ahli.

Meningkatkan keyakinan diri dalam diri setiap ahli.

Bijak dalam membuat perancangan sebelum mengambil tindakan.

Berani dalam menegakkan usaha yang telah dijalankan.

Berfikir secara analitikal dan kritikal.

Page 97: modul.pdf

MAFA Training Center

Istana Imaginasi

Alatan Keperluan:

Surat khabar lama

Gunting

Pita pelekat

Mana-mana barangan yang tidak berbahaya

Langkah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan fasillitator akan memakaikan mahkota

kepadanya.

Kemudian, fasillitator akan menyatakan cara-cara pembinaan istana tersebut kepada ketua

kumpulan (*contoh : Bangunan utama-->Menara kawalan-->Pintu gerbang-->Dinding).

Cara pembinaan tersebut kemudiannya disampaikan kepada ahli masing-masing.

Permainan tamat apabila semua kriteria-kriteria yang diperlukan wujud pada ciptaan istana

mereka.

Syarat-syarat Pelaksanaan:

Ketua hanya menyampaikan kaedah pembinaan kepada ahli-ahlinya hanya dengan

melakukan gimik ataupun gaya tanpa suara.

Langkah pembinaan yang seterusnya hanya boleh dijalankan apabila selesai dengan langkah

yang ditugaskan.

70% dari binaan istana tersebut haruslah dari surat khabar.

Objektif Utama :

Melatih pelajar untuk lebih berkeyakinan membuat keputusan yang dibuat.

Meningkatkan persefahaman antara pelajar.

Melatih bagi menggunakan kaedah penyampaian yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu

maklumat penting.

Memupuk kerjasama dalam kumpulan.

Page 98: modul.pdf

MAFA Training Center

Business Time!

Alatan Keperluan:

Kertas mahjong

Marker

Mana mana barangan yang tidak berbahaya

Kertas warna (kecil)

Langkah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan bebas memilih tajuk bisnes masing-masing dan menjadikan barang-barang

yang dipilih sebagai produk bisnes mereka.

Kumpulan perlu mencipta carta organisasi bagi syarikat mereka.

Syarikat mereka haruslah mengandungi beberapa elemen penting seperti nama syarikat,

logo,produk dan iklan.

Bentang dan bahaskan.

Kemudian gunakan apa jua teknik bagi menarik minat ahli kumpulan lain bagi memilih

produk kumpulan anda.

Bagi mengundi produk, pelajar diberikan satu helai kertas kecil untuk diletakkan ke dalam

botol undian setiap kumpulan.

Produk yang menerima undian terbanyak dikira pemenang.

Objektif Utama:

Melahirkan kreativiti serta berfikiran jauh ke hadapan dalam tindakan yang diambil.

Sedar akan tanggungjawab masing-masing dan keperluan dunia luar.

Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan masyarakat yang berorganisasi.

Berani mengambil risiko serta meningkatkan teknik komunikasi dengan lebih berkesan.

Page 99: modul.pdf

MAFA Training Center

Ruang Gelap

Alatan Keperluan:

Kain untuk menutup mata

Tali ropia

Langkah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan perlu melantik ketua bagi membimbing mereka dalam permainan ini.

Kemudian, setiap dari ahli kumpulan akan menutup mata masing-masing dengan kain yang

disediakan.(*kecuali ketua)

Selesai menutup mata, mereka akan dibawa ke tempat yang telah disediakan oleh

fasillitator.

Dengan arahan “Mula”, ketua kumpulan akan membimbing ahli-ahlinya ke garisan

penamat.

Kumpulan yang tamat awal untuk sesi ini perlu kembali ke tempat kumpulan dan menunggu

kumpulan lain.

Syarat-syarat Pelaksanaan:

Ketua kumpulan akan berdiri jauh dan hanya memberikan arahan menggunakan suara.

Fasilitator akan bertukar kumpulan dan bertindak sebagai “Pengacau” dalam permainan ini.

Objektif Utama:

Melatih diri pelajar supaya yakin dan percaya kepada diri ketua yang dilantik.

Memperkasakan kerjasama dalam kumpulan.

Berfikiran positif dan sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah yang ditimpa dalam

keadaan yang tegang.

Page 100: modul.pdf

MAFA Training Center

Utopia

Alatan Keperluan:

Kertas mahjong

Marker

Langkah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan diberikan tiga helai kertas mahjong dan marker. Mereka dikehendaki

melukis negara impian mereka disertakan beberapa elemen penting seperti – Struktur

Organisasi, Ekonomi dan Sistem Pendidikan dan Pertahanan.

Laksanakan segala elemen ini pada kertas mahjong bersama huraiannya. (*Sebab-Akibat)

Bahas dan bentangkan bagi menunjukkan Utopia anda adalah yang terbaik!

Ahli kumpulan lain bebas bertanyakan soalan.

Tip-tip Pelaksanaan:

Struktur Organisasi – bermula dari pemerintah dan seterusnya, jenis sistem pentadbiran

(*Demokrasi dll.)

Ekonomi - nadi utama penggerak negara (*pertanian dll),eksport-import

Sistem P&P - jenis pendidikan, impian negara, jelaskan sedikit sebanyak tentang

bagaimana sistem pertahanan negara berfungsi

Objektif Utama:

Memantapkan lagi pergurusan organisasi dalam kalangan pelajar.

Mengembangkan daya pemikiran kreatif dalam mencipta sesuatu yang lebh baik.

Kerjasama dalam membina satu persamaan.

Meningkatkan keyakinan diri terutama dalam komunikasi

Page 101: modul.pdf

MAFA Training Center

The Silent Pic

Alatan Keperluan:

Kertas mahjong

Marker

Langkah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua. Ketua kumpulan akan pergi kepada

fasilitator masing-masing dan mereka akan diberikan masa tertentu untuk mengingati segala

perkara dalam gambar tersebut.

Kemudian, ketua kumpulan akan kembali kepada kumpulan masing-masing dan

menyampaikan apa yang mereka perhatikan tadi.

Hanya lukisan yang 70% dan keatas yang mempunyai persamaan sahaja diterima oleh

fasillitator.

Syarat-syarat Pelaksanaan:

Ketua hanya mampu memberitahu sahaja ahli-ahlinya bagaimana rupa lukisan tersebut

tanpa mengambil bahagian dalam melukisnya.

Bagi yang menghadapi masalah, ketua mereka boleh merujuk kembali kepada fasillitator

mereka tapi markah mereka akan dikurangkan dan ianya hanya terhad sebanyak tiga kali

sahaja.

0bjektif Utama:

Melatih pelajar mengingati sesuatu perkara/maklumat dengan pantas dan tepat.

Meningkatkan teknik penyampaian dan komunikasi dalam kumpulan.

Melatih para pelajar supaya lebih berkeyakinan dan positif.

Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.

Page 102: modul.pdf

MAFA Training Center

DoTA

Alatan Keperluan:

Belon berisi air

Kertas Lukisan

Marker

Langkah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan diberikan satu kertas lukisan dan marker serta mereka dikendaki melukis

bendera kumpulan masing-masing.

Setelah selesai menyiapkan bendera, ketua dipilih bagi setiap kumpulan.

Fasillitator membawa kumpulan masing-masing ke 'base' yang telah ditetapkan bagi

merancang strategi.

Setelah tamat masa yang ditetapkan, setiap kumpulan dikendaki menyerang 'base' kumpulan

lain bagi merampas bendera kumpulan lain.

Permainan tamat apabila tinggal satu kumpulan sahaja.

Syarat-syarat Pelaksanaan:

Setiap pelajar hanya diberikan dua biji belon sahaja (*hanya ketua kumpulan dibenarkan

memegang tiga biji belon).

Pelajar yang terkena belon dan pecah dikira 'mati'.

Setiap pelajar bebas mengambil belon pelajar yang 'mati'.

Bendera kumpulan hanya boleh dirampas apabila semua ahli kumpulan telahpun 'mati'.

Objektif Utama:

Melatih semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Melahirkan pemikiran yang kreatif dalam merancang strategi.

Melahirkan pemimpin yang bijak dalam mengatur langkah tanpa 'mengorbankan'

pengikutnya.

Memberi kesedaran tentang pentingnya peranan masing-masing.

Meningkatkan teknik komunikasi antara ahl

Page 103: modul.pdf

MAFA Training Center

GARI KREATIF

Alat: - Tali Rafia

Langkah pelaksanaan:

Setiap peserta dikehendaki memilih pasangan masing – masing yang sama jantina.

Setiap peserta diberikan tali rafia dan dikenhendaki menggari tangan masing – masing

secara bersilang dengan pasangan masing – masing.

Dalam masa 20 minit, semua peserta dikehendaki melepaskan diri dari pasangan

masing-masing dengan apa cara sekalipun tanpa memutuskan ikatan tali rafia dan

tidak

melangkaui tubuh badan pasangan masing-masing.

Objektif Utama:

Melatih peserta berfikir secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalan.

Melatih peserta berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah.

Melahirkan pemimpin yang bijak dan kreatif.

Debate

Alatan Keperluan:

Kertas A4

Pen

Langkah Pelaksanaan:

Fasillitator setiap kumpulan akan mengambil tajuk perdebatan dari pengerusi secara

rambang dan menjelaskan tajuk terbabit kepada kumpulannya.

Ahli kumpulan boleh memilih bagi pihak penyokong mahupun pembangkang.

Tamat perbincangan, debat antara ahli boleh bermula.

Ahli kumpulan yang berjaya memenangi debat dalam kumpulannya dikehendaki mencabar

kumpulan yang lain (*tajuk baru akan disediakan)

Permainan tamat apabila tinggal satu kumpulan sahaja.

Syarat Pelaksanaan:

Masa perbincangan hanya 8-10 minit.

Menggunakan bahasa bangku.

Dilarang menggunakan kekerasan. Objektif Utama:

Meningkatan keyakinan diri.

Melatih diri supaya berfikir pantas bagi menyelesaikan masalah.

Memperkasa diri dengan penggunaan bahasa.

Berfikiran positif dan kreatif dalam mempertahankan idea.

Page 104: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 105: modul.pdf

MAFA Training Center

Page 106: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul 1

1. Ahli usrah diberi seplastik getah sayur.

2. Sebuah gelas berisi air (3/4) diletakkan di dalam sebuah bulatan yang dilukiskan

menggunakan kapur di atas lantai. Diameter bulatan adalah 1.5m.

3. Mereka diminta untuk mengeluarkan gelas daripada bulatan menggunakan getah yang

diberi.

4. Syarat yang perlu diikuti :

i. Tangan peserta haruslah tidak melebihi garisan bulatan ketika permainan.

ii. Permainan dikira batal jika air dari gelas ditumpahkan.

Modul 2

Lukis sebuah segiempat sama. Setiap sisi tersebut, letakkan 2 batang bendera di tengah-tengah

sisi. Cuba jadikan setiap sisi ada 3 batang bendera tanpa menambahkan bilangannya. Kemudian

setelah berjaya, jadikan pula setiap sisi mempunyai 4 batang bendera.

Jawapannya :

Page 107: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul 3

Ada 10 biji batu . dengan 10 biji batu, jadikan 5 barisan dn setiap barisan mempunyai 4 biji batu..

Jawapan :

Modul 4

Dam Haji Manusia

Objektif Ukhuwwah

Tali rapia digunakan untuk dijadikan petak atau tempat permainan

Buah dam terdiri daripada manusia sendiri.

Bentukkan 2 kumpulan (pastikan ada perbezaan identity kumpulan). Permainan dikawal oleh ketua

setiap group. Permainan dijalankan seperti bermain di atas papan dam sebenar.

Page 108: modul.pdf

MAFA Training Center

Modul 5

AA kk hh ii rr nn yy aa .. .. ..

MASA : 30 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

OBJEKTIF :

Melihat kemahiran berfikir di kalangan peserta

Meransang kepekaan dan pemerhatian peserta terhadap sesuatu perkara

Melatih peserta supaya yakin dengan apa yang dilakukan

Page 109: modul.pdf

MAFA Training Center

MODUS OPERANDI :

Fasi menunjukkan rajah kotak empat segi kepada pelajar

Fasi mengarahkan pelajar bersama-sama mengira bilangan segiempat yang mereka lihat

Fasi bertanggungjawab memastikan wujudnya kerjasama antara sesama pelajar

ULASAN :

Setiap perkara yang dilakukan perlu kepada penelitian yang terperinci

Semakan terakhir perlu dilakukan bagi memastikan tiada sebarang masalah di kemudian hari

Gabunga idea ( study group ) boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif dan dapat mempercepatkann

proses perjalanan sesuatu kerja

Page 110: modul.pdf

MAFA Training Center

AA NN AA LL II SS AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

2. Pen

OBJEKTIF :

Menyedarkan para peserta kepada makhluk ciptaan Allah SWT yang lain

Melatih para peserta agar lebih prihatin kepada yang lain selain dirinya sendiri

MODUS OPERANDI :

Para peserta dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing

Setiap kumpulan akan dinamakan dengan nama-nama Haiwan contohnya seperti kancil, gajah dll

Setiap kumpulan akan diminta untuk mencatat seberapa banyak kelebihan yang dimiliki oleh haiwan

masing-masing

Dalam masa yang sama, peserta juga diminta untuk menyenaraikan keburukan yang terdapat pada

haiwan-haiwan di dalam kumpulan lain

Masa perbincangan yang diberikan selama 10 minit

Setelah tamat tempoh tersebut, wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil kumpulan masing-

masing dalam masa 5 minit.

Ahli kumpulan yg lain boleh mengajukan soalan semasa perbentangan berlangsung

ULASAN :

Haiwan merupakan simbolik kepada makhluk Allah yang lain

Semua kejadian yang berada di atas muka bumi ini adalah ciptaan Allah SWt

Menyingkirkan sifat mementingkan diri sendiri dan menanamkan sifat kesyukuran

Mewujudkan kesepakatan dalam kumpulan

Page 111: modul.pdf

MAFA Training Center

AA PP AA NN AA KK DD II KK AA TT AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Sampul surat yang mengandungi petikan cerita

OBJEKTIF :

Melatih dan mencungkil bakat-bakat terpendam ahli agar lebih kreatif, kritis dan berfikir sebelum

bertindak

Melatih sikap berani bersuara dihadapan khalayak ramai

Berkongsi idea dan pendapat peserta agar dapat membuka minda semua

MODUS OPERANDI :

Peserta akan diagihkan kepada 2 kumpulan besar iaitu lelaki dan perempuan

Kotak beracun akan diedarkan dalam dua kumpulan mengikut iringan muzik

Apabila muzik diberhentikan peserta yang memegang kotak beracun tersebut akan dipilih untuk

memilih kertas cabutan

Peserta akan diminta mengikut arahan yang tertera di kertas tersebut

Pembentangan akan diberikan masa selama 15 minit oleh setiap individu yang terpilih

Fasi akan membuat ulasan selama 10 minit

ULASAN :

Mestilah berpandangan jauh

Setiap perkataan mestilah mempunyai hujjah yang kukuh dan benar

Berani kerana benar, takut kerana salah

Sebarang keputusan yang dibuat mestilah mempunyai sebab-sebabnya

Page 112: modul.pdf

MAFA Training Center

AA PP AA YY AA NN GG KK AA UU TT AA HH UU

MASA : 30 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Sebarang benda yang berada di sekitar (jika boleh, yang tak berguna pada pandangan mata)

OBJEKTIF :

Menyedarkan para peserta tentang fungsi semua benda

Memanfaatkan diri untuk kebaikan bangsa, agama dan negara.

Memaksimumkan kebolehan dan kelebihan diri untuk membantu entiti lain

Memupuk keyakinan diri sebagai orang yang berguna

MODUS OPERANDI :

Minta peserta mencari sebarang benda di sekitarnya..

Minta peserta menerangkan fungsi benda tersebut dan kaitannya dengan kehidupan

Nyatakan juga kaitan benda tersebut dengan kehidupan peserta.

ULASAN :

Semua benda yang dijadikan oleh Allah di dunia ini ada manfaatnya.

Hanya kita yang tahu kebolehan dan kemampuan diri, orang lain hanya mengenalpasti kebolehan kita

setelah mencuba.

Manfaatkan kebolehan diri demi kebaikan pada yang lain.

Page 113: modul.pdf

MAFA Training Center

BB II AA RR BB EE TT UU LL !!

MASA : 30 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Kertas soalan yang mengandungi 20 soalan

OBJEKTIF :

Menunjukkan betapa pentingnya para peserta mendengar arahan

Mengajar para peserta agar berfikir dahulu sebelum bertindak dan bertindak mengikut prosedur tertentu

MODUS OPERANDI :

Peserta akan diberikan soalan dan dikehendaki untuk menjawabnya

Fasilitator akan cuba membuat peserta kelam kabut untuk menyiapkan tugasnya

Fasilitator akan cuba mengajak peserta berbual dan buat aktiviti lain.

ULASAN :

Seseorang itu perlu menumpukan perhatian kepada arahan sebelum memulakan kerja

Tugasan tersebut pula hendaklah dilaksanakan menepati arahan yang diberikan

Berfikir sebelum bertindak

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Page 114: modul.pdf

MAFA Training Center

BB II BB II RR MM EE SS RR AA JJ II WW AA PP AA RR AA HH

MASA : 30 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Kertas soalan yang mengandungi 20 soalan

OBJEKTIF :

Melahirkan pelajar yang bersemangat dan berani menegakkan kebenaran

Melahirkan pelajar yang berani menyuarakan pendapat

Melahirkan pelajar yang peka pada situasi

MODUS OPERANDI :

Pelajar akan dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing

Fasilitator akan memberikan soalan kepada setiap kumpulan

Soalan-soalan yang mudah akan diberikan kepada mereka

Fasilitator akan berlaku tidak adil dengan memberikan markah yang salah walaupun pada hakikatnya

ianya adalah betul

Fasilitator akan memberikan kemenangan kepada pihak yang kalah dan kumpulan yang menang akan

kalah

Pelajar akan menuntut dan cuba menegakkan kebenaran bagi pihak yang benar

ULASAN :

Berani kerana benar takut kerana salah

Perlunya mengembangkan idea pemikiran untuk meningkatkan potensi seseorang

Keberanian menyoal adalah kunci ilmu pengetahuan

Page 115: modul.pdf

MAFA Training Center

BIRU MATA HITAMKU

MASA : 1 JAM 30 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4 yangmempunyai titik hitam

Kain penutup mata

OBJEKTIF :

Menguji tahap kepatuhan seorang pimpinan dengan pimpinan yang lebih atas daripadanya.

Menguji bagaimana ketua mengendalikan ahli-ahli yang berada dibawahnya, dalam pada masa yang

dia perlu menjaga kerahsiaan.

Menyedarkan peserta penting patuh kepada arahan ketua.

MODUS OPERANDI :

Setiap ketua kumpulan dikehendaki untuk berjumpa dengan ketua fasi.

Ketua kumpulan tersebut akan diberi arahan dan diminta supaya merahsiakannya daripada pengetahuan

ahli kumpulannya.

Fasi akan memberi arahan kepada ahli kumpulan agar melaksanakan satu aktiviti dengan membawa

ketuanya.

Ketua kumpulan akan kembali kepada kumpulan masing-masing dengan keadaan mata yang tertutup.

Ketua kumpulan yang ditutup matanya akan mengikut arahan ahli kumpulannya tanpa memaklumkan

apa yang diperolehi semasa berjumpa dengan ketua fasi.

ULASAN :

Koreksi kembali kisah peperangan Uhud kepada peserta.

Kita perlu patuh kepada setiap arahan ketua bagi memastikan gerak kerja yang telah, sedang dan akan

dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Page 116: modul.pdf

MAFA Training Center

DD AA RR II PP AA NN DD AA NN GG AA NN MM AA TT AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Sebiji gelas kosong yang diisi dengan air.

Tuangkan air dalam gelas tersebut dan tinggalkannya separuh sahaja.

OBJEKTIF :

Peserta dpt memikirkan sesuatu yg kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Mengetahui, melihat atau menentukan arah pemikiran peserta.

Melatih peserta membuat keputusan secara kumpulan & berperancangan

MODUS OPERANDI :

Suruh peserta berbincang apakah yg mereka dapat lakukan dengan air tersebut.

Minta mereka merancang satu rancangan dengan menggunakan air tersebut.

Mereka boleh berbincang sesama mereka.

Minta peserta mengemukakan perancangan masing-masing, seorg demi seorg.

Fasi memberi komen setiap perancangan yang diberi.

ULASAN :

Kita hendaklah memikirkan bagaimana untuk memenuhkan semula air tersebut, bukan untuk

menghabiskannya.

Perancangan yang baik adalah dengan melihat sesuatu itu dengan cara menyeluruh bukan melihat

bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Kemunduran umat Islam sekarang ialah disebabkan mereka tidak peka dengan perkara-perkara seperti

ini.

Kita tidak semestinya melihat sesuatu yang kecil itu sebagai remeh dan tidak bermanfaat, tetapi kita

mestilah melihatnya sebagai sesuatu yang besar dan perlu dititik beratkan.

Page 117: modul.pdf

MAFA Training Center

DD ii PP ee rr ss ii mm pp aa nn gg aa nn DD ii ll ee mm aa

MASA : 45 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

Pen / pensel

OBJEKTIF :

Menguji kemahiran penyelesaian masalah di kalangan peserta

Merangsang kepekaan dan pemerhatian peserta terhadap sesuatu perkara

Membentuk keyakinan diri peserta dengan sebarang tindakan atau keputusan yang telah dibuat.

MODUS OPERANDI :

Fasi mengarahkan peserta supaya menyediakan sekelompok titik-titik seperti berikut:

A) . . . B) . . . .

. . . . . . .

. . . . . . .

. . . .

Kemudian fasi arahkan supaya menyambung kesemua titik dalam rajah A tanpa mengangkat pen/pensil

dan dengan hanya 4 garisan sahaja.

Arahan yang sama untuk rajah B tetapi dengan 6 garisan sahaja.

ULASAN :

Melatih pelajar supaya berfikir lebih kreatif dlm menyelesaikan masalah yg timbul.

Setiap perkara yang dilakukan perlu kepada penelitian yang terperinci.

Semakan terakhir perlu dilakukann bagi memastikan tiada sebarang masalah di kemudian hari - Untuk

membina sahsiah diri.

Gabungan idea (study group) boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif dan dapat mempercepatkan

proses perjalanan sesuatu kerja.

Page 118: modul.pdf

MAFA Training Center

DIARI KEHIDUPAN

MASA : 1 JAM 30 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Pen Marker

Kertas mahjung

OBJEKTIF :

Melihat sejauh mana perancangan dan cita-cita yang telah ditanam oleh peserta dalam menempuh

kehidupan.

Memberikan panduan berkaitan perancangan sebenar menurut Islam.

Menekankan konsep hidup bukan untuk diri sendiri semata-mata sebagai persediaan menjadi barisan

pimpinan.

MODUS OPERANDI :

Fasilitator akan menekankan tentang perlunya perancangan dalam kehidupan.

Fasilitator akan meminta peserta untuk memikirkan apakah yang ingin dilakukan/akan terjadi kepada

mereka apabila usia mereka bertambah sebanyak 5 tahun.

Kemudian, Fasilitator akan meminta peserta untuk merancang perjalanan untuk menuju ke matlamat

mereka pada usia mereka bertambah sebanyak 5 tahun bermula dari usia mereka sekarang,

merangkumi aspek pendidikan ,keluarga, kemasyarakatan dan lain-lain dalam masa yang ditetapkan.

Pilih beberapa orang peserta untuk membentangkan perancangan mereka.

Selesai perbentangan, fasilitator akan meminta pandangan peserta berhubung falsafah modul ini.

Fasilitator akan membuat kesimpulan.

ULASAN :

Perlunya ada matlamat dan cita-cita yang jelas untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan kita.

Perlunya ada perancangan yang teliti dan tersusun untuk mencapai kehendak ataupun cita-cita kita.

Mesti ada persediaan untuk menjadi seseorang yang akan memimpin masyarakat

Perlu menguasai sesuatu isu atau maklumat itu dengan terperinci bukan hanya secara umum

terutamanya bidang yang ingin kita ceburi.

Perlu mengetahui realiti masyarakat sekarang sebagai langkah awal sebelum melangkah masuk medan

untuk berbakti kepada masyarakat.

Page 119: modul.pdf

MAFA Training Center

DD II MM AA NN AA AA DD AA KK EE MM AA HH UU AA NN

DD ii SS II TT UU AA DD AA AA -- OO NN EE

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

OBJEKTIF :

Membantu pelajar untuk menyelesaikan kekangan akademik yang timbul dalam mencapai keputusan

yang baik dalam peperiksaan

Membangkitkan semangat pelajar-pelajar untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk akademik

mereka

MODUS OPERANDI :

Modul ini dilaksanakan di dalam kumpulan masing-masing

Dengan berdasarkan modul ( Nawaitu ), peserta diminta membincangkan semula target yang dibuat

oleh setiap peserta dan bincangkan kekangan-kekangan yang akan dihadapi untuk mencapai target

yang dirangka oleh mereka dan mereka dikehendaki memberi pandangan untuk menyelesaikan masalah

yg dihadapi itu

Peserta diminta membentangkan perancangan yang mereka buat

Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kpd kumpulan yg membentangkan semasa proses tersebut

berlangsung.

ULASAN :

Setiap masalah boleh diatasi melalui perbincangan

Matlamat yang jelas memudahkan perancangan dilaksanakan

Perlunya keazaman yang tinggi serta disiplin untuk menghadapi cabaran

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Page 120: modul.pdf

MAFA Training Center

DD RR AA GG OO NN BB AA LL LL

MASA : 1 Jam 30 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Bola

OBJEKTIF :

Menguji tahap ketangkasan para peserta memikirkan sesuatu yang memerlukan kepada keputusan yang

drastik.

Melatih sifat kepimpinan para peserta.

Menyelesaikan masalah secara berkumpulan

MODUS OPERANDI :

Fasilitator akan memberi sebiji bola kepada para peserta.

Mereka di minta untuk memastikan bola tersebut akan di pegang oleh semua peserta dalam masa 10

saat.

Fasilitator dilarang membantu kumpulan tersebut.

ULASAN :

Dalam melaksanakan kerja yang memerlukan kepada perancangan walaupun untuk mencapai

keputusan yang drastik.

Kerjasama amat diperlukan dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang

Saling memahami dan bantu-membantu amat perlu serta sabar dalam mentaati urutan perjalanan dalam

kehidupan

Page 121: modul.pdf

MAFA Training Center

EE SS YY EE NN KK EE PP II MM PP II NN AA NN

MASA : 1 Jam 30 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Tisu Tandas

Kertas surat khabar

Gunting dan bahan terpakai

OBJEKTIF :

Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling bergantungan

Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas

Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan

MODUS OPERANDI :

Ketua kumpulan akan dipakaikan dengan pakaian ciptaan kelompoknya oleh ahli kumpulan tersebut

dengan bahan yang dibekalkan

Ketua kumpulan akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa proses

penciptaan fesyen

Pakaian yang dicipta daripada tisu dan kertas oleh kelompok akan diperagakan oleh ketua kumpulan .

Ketua fasi akan memberi ulasan.

ULASAN :

Pemimpin tidak semestinya menerima bulat-bulat arahan-arahan tanpa mengira kesannya

Kerjasama antara pemimpin dan ahli sangat penting dalam menghasilkan organisasi yang mantap

Kepimpinan sesebuah organisasi itu, menggambarkan keadaan pengikutnya

Page 122: modul.pdf

MAFA Training Center

HH AA RR AA PP AA NN PP AA DD AA MM UU SS UU BB UU RR KK EE MM BB AA LL II

MASA : 1 Jam 30 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

OBJEKTIF :

Agar peserta sedar akan tanggungjawab mereka terhdp pengharapan ibu bapa.

Agar peserta sedar tanggungjawab diri sendiri (Pelajar,anak,adik/abang/kakak)

Menetapkan azam dan janji untuk ibubapa dan diri sendiri.

MODUS OPERANDI :

Peserta dikehendaki mengeluarkan kertas kosong dan melipatnya kepada tiga bahagian.

Fasi meminta peserta menulis “Apakah pengharapan yang tertinggi oleh ibubapa terhadap diri saya”

dibahagian teratas.

Secara bersahaja, lekakan mereka dengan permainan dan kemudian meminta mereka merenyokkan

kertas yang tertulis tadi. Buangkan jauh-jauh. (Fasi perlu provoke)

Diam seketika, fasi tunjukkan wajah kecewa dan kesal dan mulakan sesi toucher.... bersuara keras dan

merayu dan teruskan hingga puas hati.

Berikan pengajaran.

ULASAN :

Pengharapan ibubapa adalah satu amanah yg juga amanah Tuhan. (Surah Al – Isra’ )

Kenangkan kembali betapa susah payahnya ibu melahirkan dan peluh bapa mencarikan rezeki untuk

membesarkan anak-anak.

Menyedarkan mereka tentang tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan baik walaupun amanah yang

kecil.

Jangan jadi anak yang derhaka

Page 123: modul.pdf

MAFA Training Center

HH OO LL DD II NN GG OO NN YY OO UU

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

3 Biji telur

Sehelai kertas mahjung

OBJEKTIF :

Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.

Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif

Kepentingan kerjasama antara ahli.

MODUS OPERANDI :

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai kertas mahjung.

Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.

Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan kain penutup mata kecuali ketua kumpulan.

Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan setiap kumpulan diminta utk membawa telur itu

dgn selamat ke destinasi yg telah ditetapkan oleh para urusetia.

Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas mahjung tersebut dalam keadaan mata

tertutup dengan mengikut arahan ketua kumpulan.

Para fasilitator akan bertindak sebagai pengacau dalam perjalanan yang ditetapkan.

ULASAN :

Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.

Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga.

Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.

Perlu patuh kepada pemimpin .

Page 124: modul.pdf

MAFA Training Center

JJ AA LL AA NN BB AA HH AA GG II AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Sampul surat yang mengandungi karektor-karektor yg terpilih

OBJEKTIF :

Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan

Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.

Mewujudkan rasa prihatin dalam diri peserta.

MODUS OPERANDI :

Berikan peranan-peranan berikut dalam setiap kumpulan.

Orang buta

Orang bisu

Orang pekak

Orang tempang.

Minta setiap ketua kumpulan datang mengambil sampul surat yang mengandungi arahan satu

perjalanan menuju ke arah satu checkpoint.

Pastikan orang yang mengambil sampul adalah orang yang memegang peranan orang bisu dan menjadi

ketua kumpulan.

Lepaskan setiap kumpulan dan melaksanakan arahan dalam sampul surat.

Pastikan peserta menjalankan peranan masing-masing.

ULASAN :

Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.

Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.

Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat dalam segala tindakan.

Mencungkil daya kretif dikalangan peserta dalam menyelesaikan masalah.

Page 125: modul.pdf

MAFA Training Center

JJ AA NN GG AA NN LL AA FF AA ZZ KK AA NN

MASA : 30 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Sampul surat yang mengandungi keratan ikrar

OBJEKTIF :

Melahirkan semangat team-work dalam kumpulan dan dalam diri pelajar serta peranan ketua dalam

kumpulan

Membentuk sikap patuh kepada sesuatu arahan yang diamanahkan

MODUS OPERANDI :

Semua kumpulan akan dikumpulkan di dalam satu tempat bilik/dewan

Arahan yang diberikan kepada semua peserta bahawa komunikasi secara lisan adalah tidak dibenarkan.

Hanya ketua kumpulan sahaja dibenarkan berinteraksi dengan ketua-ketua kumpulan yang lain.

Sampul surat yang berisi potongan ikrar akan diberikan kepada setiap kumpulan

Ahli dalam kumpulan dikehendaki menyusun semula potongan ayat tadi. Bagi kumpulan yang telah

siap ataupun telah yakin dengan susunan mereka, ketua kumpulan akan berdiri tegak angkat tangan dan

lafazkan / laungkan ikrar tersebut sekuat hati (ucapan dimulakan oleh ketua kumpulan kemudian diikuti

oleh ahli kumpulan tersebut). Setiap kumpulan juga diingatkan mengenai hubungan antara kumpulan

Bagi aktiviti ini hanya seorang fasilitator sahaja yang akan mengendalikannya sementara fasilitator

yang lain perlu melihat gelagat dan tindak tanduk peserta

Selepas lima minit aktiviti berjalan jika kumpulan masih belum bersatu(ketua kumpulan cuba cari

keratan di kumpulan lain) fasilitator akan menekankan balik mengenai hubungan antara kumpulan

Selepas sepuluh minit aktiviti dijalankan jika kumpulan masih belum sedar akan tugas mereka maka

fasilitator akan menekankan atau mengarahkan bahawa setiap ahli boleh berinteraksi dengan setiap

kumpulan

Page 126: modul.pdf

MAFA Training Center

Matlamat permainan ini akan berjaya jika semua ahli atau peserta dapat menyedari bahawa keratan

suku kata itu merupakan satu ikrar atau janji dan ikrar tersebut perlu dibaca oleh semua peserta dengan

diketuai oleh seorang ketua atau penghulu dan akan diikuti oleh peserta oleh peserta yang lain dengan

penuh semangat

Oleh sebab itu selepas 20 minit, peserta masih tidak dapat melakukannya atau mencapai matlamat

aktiviti tersebut maka fasilitator akan mengumumkan arahan bahawa gabungan itu adalah ikrar di mana

semua peserta akan lafazkan dengan penuh bersemangat dengan serentak

ULASAN :

Kerjasama dan interaksi amat diperlukan dalam gerakkerja secara berkumpulan

Perlunya wujud kesatuan hati, pemikiran dan tindakan di kalangan semua ahli kumpulan

Memanipulasikan sepenuhnya pancaindera yang ada untuk sebarang tindakan

Manusia perlu sentiasa menginsafi kesempurnaan diri dan menggunakannya pada saluran yang betul

Setiap manusia perlu bertindak secara berperancangan

Page 127: modul.pdf

MAFA Training Center

LL AA FF AA ZZ II KK RR AA RR

Bahawasanya kami peserta ………………………….... bertempat di ………………………. pada

tarikh ……………. dengan ikhlas hati berjanji :

1. Kami akan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya

2. Kami akan menghormati ibu, ayah, ayah, kakak dan adik dengan sepenuh hati

3. Kami akan menghormati rakan-rakan dan mematuhi semua arahan guru-guru

4. Kami bertekad akan menyiapkan semua kerja rumah yang diberi oleh guru dan sentiasa rajin

membaca buku

5. Kami berjanji tidak akan membuang masa dan sentiasa melakukan segala aktiviti yang berfaedah

serta memberi manfaat dalam kehidupan

6. Kami akan berdisplin dan berjanji tidak akan berbohong pada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan

dan guru-guru

7. Kami akan menjauhi sifat-sifat sombong, angkuh, ego, riya’, takabbur dan tidak akan

mementingkan diri sendiri

8. Kami akan memastikan bahawa impian kami menjadi kenyataan suatu hari nanti

9. Kami akan menjadi insan yang cemerlang, inovatif, kreatif, berwawasan, berwibawa,

berpandangan jauh dan berketrampilan

10. Kami inginkan kehidupan yang bahagia, harmoni, aman, sentosa dalam kehidupan berkeluarga

dan bermasyarakat

11. Kami akan menjadi insan yang berguna dan dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan

negara

12. Kami sedar bahawa peperiksaan pasti akan tiba dan berjanji akan bersiap sedia bagi menempuh

segala cabaran dan rintangan

13. Kami berjanji akan berusaha sedaya upaya kami demi mencapai kejayaan yang cemerlang!!!

Page 128: modul.pdf

MAFA Training Center

Wajah siapa ini?

Objektif: Mewujudkan kemesraan dan kerjasama antara peserta.

Pelaksanaan:

1. Peserta diminta untuk melakar wajah masing-masing dengan menonjolkan identiti yang

signifikan dengan dirinya.

2. Fasilitator akan mengutip lakaran tersebut dan memilih salah satu lakaran secara rawak serta

meminta salah seorang peserta memperkenalkan tuan punya lakaran secara ditir.

3. Fasilitator akan bertanya kepada pentaaruf tentang orang yang ditaaruf dan memerhatikan

sama ada orang yangn ditaaruf memberi respon yang baik dengan membantu sahabatnya atau

mendiamkan diri sahaja.

Graf Kehidupan

Objektif: Mengenali latar belakang peserta dengan lebih baik.

Pelaksanaan:

1. Pada kertas yang sama, peserta diminta untuk melakar graf perasaan (gembira +ve dan sedih –ve)

melawan umur. [perasaan- paksi y, umur-paksi x].

2. Mereka yang tidak ditaaruf dalam modul “Wajah siapa ini” diminta untuk menceritakan atau

‘membaca’ graf kehidupan yang telah dilakarkan sendiri.

3. Peserta digalakkan untuk bertanya mengenai kehidupan sahabat mereka.

Aktiviti Sukaneka

Bentuk Huruf

Objektif: Kerjasama ahli dalam kumpulan

Pelaksanaan:

1. Seorang peserta dari setiap kumpulan akan diletakkan di stesen pertama dan kedua, dan selebihnya di

stesen terakhir.

2. Peserta di stesen pertama dikehendaki untuk menggumpal kertas surat khabar dan

memberikan kepada peserta stesen kedua dan seterusnya.

3. Para peserta di stesen ketiga dikehendaki membentuk huruf sebanyak mungkin daripada gumpalan tadi.

Page 129: modul.pdf

MAFA Training Center

“Treasure Hunt”

Objektif: Kreatif, Proaktif dan Sinergi

Pelaksanaan:

1. Peserta dibahagi dalam dua kumpulan dan dibekalkan dengan sehelai beg plastic yang

mengandungi arahan.

2. Peserta dikehendaki mendapatkan barang-barang yang diperlukan dalam tempoh masa yang

ditetapkan.

3. Perkara yang perlu didapatkan:

Tiga helai daun yang berlainan warna : “rambut sama hitam, hati lain-lain”

Tiga jenis barang teknologi: kepantasan berfikir- teknologi x semestinya hp, PDA

etc. pensil, pen juga teknologi

Tiga jenis barang yang diperbuat daripada logam

Tiga jenis barang yang diperbuat daripada kulit

Tandatangan AJK Masakan : Cara peserta berkomunikasi untuk mendapatkan

t.tangan

Pengarah Program/ AJK Disiplin : keberanian peserta untuk mendapatkan Pengarah/

AJK Disiplin

Dua ekor semut : semut yang rajin

Sebotol air berwarna : kebijaksanaan peserta untuk menjadikan air paip jadi berwarna

atau terpaka membancuh air etc

Ukhwah : Kebijaksanaan peserta menunjukkan ukhwah mereka – nyanyian nasyid,

doa etc

Objek Terpanjang

Objektif: Kekreatifan peserta mengoptimakan apa yang ada disekeliling mereka

Pelaksanaan:

4. Peserta dikehendaki membina objek terpanjang dengan menggunakan apa-apa benda di

sekeliling mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan

Page 130: modul.pdf

MAFA Training Center

Pulau Wawasan

Situasi:

Kumpulan anda telah ditugaskan untuk merancang pembangunan sebuah pulau tidak berpenghuni yang dipenuhi

dengan sumber alam semulajadi dengan berbekalkan wang sebanyak RM30 billion. Pulau ini akan menjadi hak

milik ahli kumpulan anda selepas dibangunkan. Rancangkan pembangunan pulau anda.

Objektif:

Fokus utama Pulau Wawasan ialah menguji tahap komunikasi berkesan setiap peserta. Selain itu, kemahiran

berorganisasi dan kerjasama ahli kumpulan turut diuji.

Kebiasaannya, peserta akan berusaha sedaya upaya menggunakan wang peruntukkan dan tidak mempedulikan

aspek-aspek lain yang lebih penting.Contohnya perlembagaan Islam, keselamatan [pertahanan] etc.{Perkara

pertama yang perlu dilakukan ialah membentuk organisasi dan diikuti dengan pembentukan perlembagaan

Islam.}

Page 131: modul.pdf

MAFA Training Center

KK AA CC AA PP EE RR MM AA TT AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Bahan terpakai

OBJEKTIF :

Melihat kepekaan peserta dalam setiap arahan yang diberikan

Melihat sejauh mana para peserta dapat memikirkan rasional sesuatu perkara

Melatih daya pemikiran peserta dalam melaksanakan sesuatu perkara

MODUS OPERANDI :

Para peserta dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing

Setiap kumpulan akan diminta mencari bahan/benda yang diminta oleh fasilitator dan mesti

diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan

Setiap kumpulan akan diminta untuk membentangkan hasil carian mereka

Bahan/ benda yang dicari adalah benda yang tiada nilai dan tidak patut

ULASAN :

Sebelum menerima sesuatu tugas atau arahan, perlu kepada pemahaman dan meneliti kepentingan

tugas tersebut

Jangan buat perkara yang membuang masa dan sia-sia

Setiap benda yang dijadikan oleh Allah, adalah berguna walaupun dikaca mata manusia ia tidak

berguna.

Page 132: modul.pdf

MAFA Training Center

KK AA SS II HH KK UU AA MM AA NN AA HH MM UU

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Belon

Tepung @ Shining dust @ kelip-kelip

OBJEKTIF :

Melatih peserta menjaga amanah

Membentuk diri peserta agar mengawal diri

Menguji kesatuan dalam menjaga ahli

MODUS OPERANDI :

Ketua Fasilitator akan memberikan arahan :

Semua peserta dikehendaki duduk dalam bulatan

Setiap fasilitator kumpulan memberikan satu belon kepada setiap ahli kumpulan.

Minta mereka meniup belon tersebut dengan menyatakan bahawa sebesar mana belon yang ditiup,

sebanyak itulah kasih sayang mereka kepada ibu bapa / fasilitator

Setelah selesai, minta mereka pegang sahaja tanpa mengikat belon tersebut

Secara bersahaja, lekakan mereka dengan permainan / pengisian lain

Dengan senyap, minta seorg fasilitator pecahkan belon drpd salah satu kumpulan

Ketua fasilitator akan menenangkan keadaan dan terus mengawal sambil memberi pengisian

Seterusnya, semua fasilitator akan bergerak memecahkan belon ahli kumpulan lain

Ketua fasilitator provok-kasih sayang dihapuskan oleh org lain, nak berdiam sahaja?

ULASAN :

Setiap orang mempunyai amanah daripada orang yang dikasihi

Kenapa perlu membalas dendam dan dengki pada orang lain ?

Manusia bertanggungjawab ke atas amal perbuatannya dan pimpinannya

Page 133: modul.pdf

MAFA Training Center

KK EE NN AA PP AA AA PP AA KK AA HH ??

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Petikan / Situasi ( isu semasa )

OBJEKTIF :

Bijak membuat keputusan

Peserta dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan melihat kepada aspek-aspek yang tertentu.

MODUS OPERANDI :

Petikan / Situasi :

Terdapat sebuah bank di negara “A” dan seorang pengawal ditugaskan untuk menjaga bank tersebut. Dia

ditugaskan untuk mengawal di luar bank tersebut selama 24 jam setiap hari. Pada suatu malam pengawal

tersebut masuk ke dalam bank dan dia dapati seorang yang tidak dikenali berada disitu. Orang tersebut ditahan

dan dibawa kemuka pengadilan dan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun diatas kesalahan tersebut. Dan

pengawal tersebut telah dianugerahkan pingat penghargaan. Tetapi selepas beberapa hari dia ditahan semula dan

dihukum penjara selama 3 tahun.

Peserta membaca petikan tersebut dengan teliti.

Minta dari peserta pandangan mereka terhadap hukuman yang diberikan kepada kedua-dua mangsa.

Kemukakan satu cara penyelesaian yg berkesan bg menyelesaikan masalah tersebut.

Pembahagian peserta kepada dua bahagian adalah lebih baik.

Perbincangan hendaklah dilakukan di antara dua kumpulan tersebut.

ULASAN :

Sebagai seorang pemimpin kita mestilah menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan masalah

tersebut kepada beberapa kelas.

Sesuatu yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Kita tidak boleh mencampurkan di antara

baik dan buruk dan hanya menghukumkan salah satu sahaja.

Pebincangan adalah salah satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul

dikalangan pimpinan.

Pemimpin yang baik ialah dapat menyelesaikan masalah dengan cara syura bukan cara diktator.

Melihat masalah secara berasingan.

Page 134: modul.pdf

MAFA Training Center

KK EE PP II MM PP II NN AA NN BB EE RR WW II BB AA WW AA

MASA : 30 Minit

PERALATAN / BAHAN :

Surat yang mempunyai watak-watak tertentu

OBJEKTIF :

Menerapkan ciri-ciri pemimpin yang sebenarnya pada para peserta

Menyedarkan dan menginsafi akan tugas, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan agar ia

dapat dilaksanakan sebaik mungkin

Melatih peserta-peserta supaya mempunyai sikap wala’ atau thiqah kepada arahan ketua.

MODUS OPERANDI :

Dilakukan secara berkumpulan.

Setiap ketua kumpulan akan diberi watak-watak seorang pemimpin tanpa pengetahuan ahli kumpulan

mereka.

Ketua perlu melakonkan peranan yang diberi dan mengendalikan satu mesyuarat untuk

membincangkan tentang suatu program.

Antara watak-watak yang perlu ialah:

- Ketua autokratik – tak menghiraukan pandangan orang lain\

- Ketua yang demokrasi – bermesyuarat dan membuat keputusan berdasarkan keputusan

yang dipersetujui ramai.

- Ketua yang tidak bertanggungjawab (lepas tangan) – tidak menghiraukan apa yang akan

berlaku kepada kumpulannya.

- Ketua yang mempunyai kepentingan peribadi atas setiap perkara yang dibincangkan.

- Ketua yang pak turut – mengiku segala kehendak dan kemahuan ahli.

Mesyuarat akan dijalankan secara berkumpulan selama 40 minit.

Fasilitator pemudahcara mendapatkan responden peserta tentang modul ini?

Page 135: modul.pdf

MAFA Training Center

ULASAN :

Setiap dari kita adalah pemimpin dan perlu bertanggungjawab di atas tugas kepimpinan yang

diamanahku

Semua orang tidak boleh mengatakan yang dia tidak layak untuk memegang tugas kepimpinan tetapi

tugas tersebut adalah amanah dari Allah

Manusia selalu membuat alasan untuk menyelamatkan diri masing-masing tetapi adakah alasan

tersebut diterima oleh Allah?

Page 136: modul.pdf

MAFA Training Center

LL AA KK AA RR AA NN MM II NN DD AA

MASA : 20 MINIT

PERALATAN / BAHAN :

Kacang

OBJEKTIF :

Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif

Dapat mengasah keberanian dalam mengeluarkan idea dan pendapat

Meningkatkan kemahiran menjangkakan perkembangan sesuatu perkara menurut kepekaan pelajar

terhadap isu semasa

MODUS OPERANDI :

Setiap pelajar akan diberikan sebiji kacang

Fasilitator akan menerangkan syarat yang terdapat dalam aktiviti ini kepada pelajar

Fasilitator akan menerangkan apa yang boleh dicipta dan dilakukan terhadap kacang tersebut dalam

masa 2 TAHUN AKAN DATANG

Setiap pelajar dikehendaki mencipta idea sendiri

Ahli dibenarkan berbincang dan menggabungkan idea mereka

Setelah selesai perbincangan wakil dari setiap kumpulan diminta membentangkan atau mendrafkan

idea mereka

Pastikan semua fasilitator faham yang modul ini tidak berhajat sangat kepada jawapan. Tetapi yang

lebih diutamakan ialah bagaimana peserta berhujah, berbincang dan cara untuk mencari jalan

penyelesaian

ULASAN :

uafakat membawa berkat

Seseorang itu perlu yakin akan idea yang disuarakan itu rasional dan relevan untuk diperbincangkan

dan diterima untuk memutuskan sesuatu perkara

Sesuatu perkara yang kecil masih boleh dikembangkan idea untuk membentuk perkara yang lebih luas

dan bermakna

Page 137: modul.pdf

MAFA Training Center

MM AA HH LL II GG AA II II MM PP II AA NN

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Telur 5 biji

OBJEKTIF :

Menguji kepintaran peserta merancang untuk membangunkan atau mengembangkan apa yang ada

Melatih peserta mempertahankan hujah & fakta masing-masing

Ukhuwah dalam kumpulan

MODUS OPERANDI :

Bahagikan peserta kepada dua kumpulan sahaja

Nyatakan kepada peserta bahawa mereka telah diberi lima biji telur yang masih lagi panas

Arahkan kepada mereka supaya merancang sesuatu yang patut dilakukan untuk memajukan sesebuah

negeri yang miskin dengan menggunakan telur tersebut.

Minta mereka bentangkan perancangan mereka masing-masing dan kemukakan hujah masing-masing

bagi mempertahankan pendapat masing-masing.

Mereka dibenarkan bertanya selepas perbentangan.

ULASAN :

Setiap kejayaan mesti didahului dengan kepayahan.

Sesuatu yang baik adalah hasil dari perancangan yang bermutu.

Kita tidak sepatutnya berbalah sesama kita untuk membangunkan negara yang mana sesama kita boleh

bekerjasama.

Kita mesti bertolak ansur sesama kita dan itulah yang dianjurkan oleh agama kita.

Page 138: modul.pdf

MAFA Training Center

MM AA SS II HH AA DD AA

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Kertas A4

OBJEKTIF :

Memahirkan peserta di dalam membina beberapa perkataan

Sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sesuatu walaupun dianggap remeh

Berfikir dahulu sebelum bertindak

MODUS OPERANDI :

Modul yang mengandungi beberapa huruf akan diagihkan kepada peserta

Peserta dikehendaki mencari seberapa banyak perkataan yang menggunakan huruf yang diberikan

dalam masa 5 minit dalam bahasa Melayu atau pun Bahsa Inggeris.

Peserta boleh berbincang sesama sendiri

ULASAN :

Perlunya sentiasa membaca untuk menambah kosa kata dalam pelbagai bahasa

Pemikiran yang pelbagai corak akan menghasilkn idea dan buah fikiran yang kreatif dan inovatif

Kekerapan berfikir turut mengasah minda agar cekap berfikir dan juga bertindak

Page 139: modul.pdf

MAFA Training Center

KASUT SIAPA???

MASA :

PERALATAN / BAHAN :

-Kasut peserta

OBJEKTIF :

1.Untuk merapatkan ukhuwah antara peserta2.

2.Menarik minat peserta untuk terus bersama dengan program yang dijalankan.

3. Untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai pentingnya kita mengenal sahabat sesama Islam untuk

bersama-sama ketika senang dan susah dan ketika kita belajar.

MODUS OPERANDI :

-Peserta diminta untuk membuat satu bulatan besar gabung antara lelaki dan perempuan.Fasi perlu memastikan

supaya ada gap antara lelaki dan perempuan dalam bulatan tersebut.

-Peserta diminta untuk membuka kasut masing2 dan meletakkan ditengah2 bulatan.

-Fasi akan mencampurkan kasut2 tersebut supaya keadaan kasut diletakkan jauh dari pasangannya.

-Fasi akan meminta setiap peserta lelaki untuk mengambil sepasang kasut yang berlainan jenis dan diikuti

dengan peserta perempuan.

-Selepas setiap peserta mengambil kasut2, moderator untuk slot tersebut akan meminta beberapa orang dari

wakil lelaki dan perempuan untuk menceritakan karakter pemakai kasut yang dipegang oleh mereka.

-Masa yang diperuntukkan adalh selama 30 minit.

-Moderator concludes dan meminta wakil peserta lelaki dan perempuan untuk memberi kesimpulan yang

difahami dari slot yang dijalankan.

Page 140: modul.pdf

MAFA Training Center

‘KOTAK BERACUN’

PERALATAN / BAHAN :

-Laptop dan speaker

-Soalan untuk peserta

-Lagu berbentuk nasyid atau nasihat.

OBJEKTIF :

1.Untuk melatih peserta dari segi communication skill bila bercakap dihadapan orang ramai.

2. Untuk melihat sejauhmana pengetahuan yang dimiliki oleh peserta tentang sesuatu perkara.

3. Untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai pentingnya kita membaca bahan2 ilmiah untuk

pengtahuan diri.

4. Untuk melihat kreativiti peserta dalam menghuraikan sesuatu perkara.

MODUS OPERANDI :

- Peserta dan fasi utuk group diminta untuk membuat satu bulatan besar gabung antara lelaki dan

perempuan.Fasi perlu memastikan supaya ada gap antara lelaki dan perempuan dalam bulatan tersebut.

-Fasi untuk slot tersebut akan memberi kotak kecil yang akan digunakan sepanjang slot tersebut.

-Lagu akan didengarkan kepada peserta dan pada waktu yang sama kotak tersebut akan bergerak mengikut

bulatan peserta.

-Fasi yang b/t/jwab akanmemberhentikan lagu yang dipasang setiap satu minit.

-Peserta yang terkena akan diberi tajuk cerita untuk disambung oleh peserta mengikut kreativiti masing2. Fasi

juga boleh memberi arahan lain selain daripada meminta peserta untuk bercerita.Contohnya

1) Meminta peserta berlakon ikut situasi yang diberi.

2) Hafal sifir.

-Untuk memberi pendedahan kepada peserta dengan lagu2 yang berfaedah, unit modul mencadangkn

supaya lagu yang akan diperdengarkan untuk slot tersebut adalah berbentuk nasihat atau nasyid.

Page 141: modul.pdf

MAFA Training Center

‘SURAT UNTUK SAHABATKU’

PERALATAN / BAHAN :

-Sampul surat

-Kertas

-Pen

-Board

-Cenderahati (kata2 semangat yang ditulis) dan origami.

OBJEKTIF :

1.Untuk merapatkan ukhwah antara peserta.

2. Muhasabah diatas kelemahan diri dan untuk memberi kesedaran kepada peserta untuk berubah menjadi yang

lebih terbaik.

3. Sebagai kenangan untuk program tersebut.

MODUS OPERANDI :

- Sebelum aktiviti ini dijalankan fasi perlu memastikan peserta sudah mengenali antara satu sama lain.Untuk

lebih praktikal, pelaksanaan akan dilakukan by group.

-Setiap peserta diminta menulis nama masing2 diatas kertas kecil dan memberi kertas tersebut kepada fasi setiap

group.

-Fasi akan menggulungkan kertas tersebut dan mencampurkan kertas2 nama tersebut berasingan antara lelaki

dan perempuan.

-Fasi akan meminta setiap peserta mengambil sehelai kertas nama tersebut dan peserta perlu merahsiakan nama

yang mereka dapat.

-Sampul surat akan diberikan kepada peserta untuk dituliskan nama dan peserta perlu melekatkan sampul

tersebut di board yang disediakan.

-Fasi akan menyuruh peserta untuk menulis kebaikan dan keburukan sahabat yang mereka dapat dan

memasukkan kedalam sampul surat yang disediakan bagi setiap peserta pada setiap pagi..Sampul surat tersebut

akan dilekatkan di board yang disediakan.

-Aktiviti ini akan dijalankan berterusan dari awal program hingga ke akhir program.

-Pada akhir program peserta boleh mengambil semula sampul surat masing2 dan membacanya.

-Sebagai cenderahati, fasi akan meletakkan kata2 semangat dan origami sebagai kenangan bermakna untuk

program yang dilalui oleh peserta.

Page 142: modul.pdf

MAFA Training Center

KIJANG- SI PEMALU

AYAM- KAKI BORAK

ANJING-KAKI BANGKANG

KATAK- SERBA BOLEH

BADAK-BUAT TAK

TAHU

KERA- SEMUANYA DIA BETUL

MESYUARAT SEDANG

DIJALANKAN