Set 1
3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) perilaku(ii) prabayar(iii) poliklinik(iv) pancaindera(v)
prokerajaan(vi) pascamerdeka [ 6 markah ]
3(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap
pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.
Cikgu Ani :Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang
semalam?Sara :Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di
rumah.Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah
saya tertunggu-tunggu awak.Sara :Er...! Saya betul-betul dalam
kecemasan.Cikgu Ani :Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?Sara :Mak
saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital. [ 6
markah ]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam
kalangan remaja di ibu kota.(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya
yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih
tua.(iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan
lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi
turun-temurun. [6 markah]
3(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu
molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan.(ii)
Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di
samping menjamin kebersihan alam sekitar.(iii) Sastrawan mendapat
kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh
masyarakat. [6 markah]
e)Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti,
kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan
peribahasa tersebut.
(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan
seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan
sama padan.(ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya
Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup
mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.(iii) Walaupun Tan
Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang
terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah
diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. [6
markah]
Jawaban Set 1
Soalan 3a - Perkataan yang diujiperilaku
-keadaan/sifat/caraprabayar -telah dibayar terlebih
dahulupoliklinik -klinik/hospital tempat merawat pelbagai
penyakitpancaindera -deria atau alat perasa yang limaprokerajaan
-menyokong kerajaanpascamerdeka -selepas kemerdekaan
Soalan 3b (i) Cikgu menanyakan sebab Sara tidak datang ke
latihan bola jaring yang diadakan pada petang semalamnya.(ii)
Dengan tergagap-gagap Sara meminta maaf daripada gurunya dan
menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan penting di rumahnya.(iii)
Cikgu Ani menyatakan bahawa Sara sepatutnya memaklumkannya terlebih
dahulu supaya dia tidak tertunggu-tunggu akan kedatangan Sara.(iv)
Dengan perasaan bersalah, Sara memberitahu Cikgu Ani bahawa dia
memang berada dalam kecemasan.(v) Cikgu Ani menanyakan sebab
sebenar perkara yang berlaku kepada Sara.(vi) Sara menerangkan
bahawa ibunya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan terpaksa
dibawa ke hospital.
Soalan 3c.
(i) protin - proteinpenghidupan kehidupan(ii) kegunaan -
penggunaansemulajadi - semula jadi(iii) Sastrawan -
Sasterawankeseronokkan keseronokan
Soalan 3d
(i) mempamerkan -
memaparkan/menggarapkan/mengetengahkan/mengemukakandi dalam
kalangan - dalam kalangan(ii) menyapa - menegurbila apabila(iii)
lapangan - jelapang/sawah/penanamansemua para - semua/para
Soalan 3e(i) peribahasa lain yang setara - bagai pinang dibelah
dua(ii) peribahasa lain yang setara - seperti kacang lupakan
kulit.(iii) peribahasa lain yang setara - ular menyusur akar, tidak
akan hilang bisanyaSet 2
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]Jawab
semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan .penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.(i) abadi(ii) akhlak(iii)
iltizam(iv) istirahat(v) syumul(vi) zuriat [6 markah]
(b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis
subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan
seperti yang berikut:
Subjek
:______________________________________________________________Predikat
:______________________________________________________________
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan
risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu
pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada
memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza.
Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan.
Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa
mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk
kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru
ini.(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan
penduduk melebihi sejuta orang.(iii) Pada zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk
jaminan keamanan negeri.[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satukesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahantatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00
malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan
tren ke KLIA.(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang
Berhormat Perdana Menten telah mengumumkan peruntukan pendidikan
sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.(iii) "Hadiah
kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi
kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.[6 markah]
(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan
satu peribahasa yang sama maksuddengan peribahasa tersebut.
(i) Gagak pulang ke benua.(ii) Alang-alang berdakwat biar
hitam.(iii) Musuh dalam selimut. [6 markah]
Jawaban Set 2
Jawapan 3(a)(i) abadi -ada permulaan yang tiada pengakhiran (bkn
masa, kehidupan, kenangan dsb): Kehidupan akhirat adalah kehidupan
yang abadi. -wujud atau berterusan untuk selama-Iamanya (sepanjang
hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yang abadi; kasih
sayang yang abadi;
(ii) akhlak -budi bahasa, kelakuan, tabiat Pemuda itu sudah
rosak akhlaknya.
(iii) iltizam -keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh
tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu,komitmen Usaha
pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai
oleh iltizam daripadakerajaan sendiri. -penyataan berupa
persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak)
terikat(berazam) untuk melakukan sesuatu Saribuku adalah satu lagi
iltizam DBP dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca.
(iv) istirahat -keadaan atau suasana santai Kita memerlukan
istirahat yang cukup.
(v) syumul -bersifat menyeluruh dan sempurna Undang-undang Islam
bersifat syumul dan universal.
(vi) zuriat -keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu Pak
Mail dan Mak Jimah tidak mempunyai zuriat walaupun sudah 10 tahun
mendirikan rumahtangga. [Maksimum: 6 Markah]
Jawapan 3(b) Kenai pasti Subjek dan Predikat(i) subjek :
Seseorang juruterbang predikat : sering berhadapan dengan cabaran
dan risiko.(ii) subjek : Kerjaya ini predikat : menuntut keberanian
juruterbang memandu pesawat.(iii) subjek : Kemahiran memandu kapal
terbang predikat : lebih sukar daripada memandu kenderaan lain(iv)
subjek : Cara pengendaliannya predikat : amatlah berbeza(v) subjek
: Mereka predikat : perlu menjalani latihan khas di pusat latihan
penerbanganvi) subjek : Juruterbang yang berkemahiran . predikat :
marnpu menerbangkan pesawat tanpa mengira sarna ada perjalanan itu
jauh atau dekat [Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(c)(i) pelusuk - pelosok penceroboh - pencerobohan(ii)
bandaraya - bandar raya padatan - kepadatan(iii) hulu balang -
hulubalang jaminan - menjamin [Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(d)(i) dokumentasi - dokumentari video klip - klip
video(ii) Yang Berhonnat - Yang Amat Berhormat ke - kepada(iii)
hadiah - bintang / pingat dianugerahkan oleh beta - beta
anugerahkan [Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3 (e)(i) Ikan pulang ke lubuk / belut pulang ke lumpur /
berapa tinggi terbang bangau, akhimya hinggap di belakang kerbau
juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga /
tak sungguhseluang melaut akhirnya balik ke tepi juga.
(ii) Alang-alang mandi biar basah/ alang-alang berminyak biar
licin / mati-mati minyak biar licin alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan
(iii) Gunting dalam lipatan/duri dalam daging/api dalam sekam
*Tiada 1 markah untuk soalan ini. [Maksimum : 6 markah]
Set 3
3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) Andaikata(ii) Apabila(iii) Manakala(iv) Sekiranya(v)
Sementara(vi) tatkala [6 markah]
3 (b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksua asalnya.
(i) Puan Hasnah menghantar anak lelakinya ke sekolah
berasrama.(ii) Mereka telah menyusun kerusi di dewan kuliah umum
pada pagi tadi.(iii) Tukang kebun itu selalu membersihkan kawasan
sekolah pada hujung minggu. [6 markah]
3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sikap penduduk penempatan yang tidak bertanggungjawab telah
dikenal pasti sebagai punca untama tercetusnya masaalah pencemaran
sungai itu.(ii) Usaha para belia di kampung itu yang gigih
mengusahakan penananam kontan tampaknya telah menelorkan hasil yang
lumayan.(iii) Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa
kedua-dua orang anaknya yang dicolek itu masih hidup dan dapat
diselamatkan.
[6 markah]
3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Untuk memastikan yang produktiviti syarikat mereka
bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan bonus sebagai intensif
kepada para pekerjanya.(ii) Pelajar diharapkan bahawa bersabar
kerana para pihak pentadbiran sekolah akan membasmi masalah
kerosakan tandas itu dengan segera.(iii) Mereka mengadakan
perbualan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah yang penduduk
di situ alami. [6 markah]
3 ( e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian
nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Semua orang memuji tingkah laku Munira yang lemah lembut
seperti ibunya.(ii) Mesyuarat yang diadakan untuk mencari jalan
bagi mengatasi masalah syarikat tidak dapat jalan penyelesaiannya
kerana semua ahli lembaga pengarah bertelagah sesama sendiri.(iii)
Sia-sia sahaja ayah menasihati Abang Amir kerana nasihat ayah itu
langsung tidak dipedulikannya.
[6 markah]
Jawaban Set 3
3 (a)
(i) Saya akan memohan pekerjaan itu andaikata saya gagal untuk
melanjutkan pelajaran.(ii) Para pengadil telah bersedia di tempat
masing-masing apabila pertandingan itu hendak dimulakan.(iii) Arif
gemar bermain alat muzik manakala adiknya berminat untuk menjadi
penyanyi.(iv) Sekiranya banjir berlaku, pusat peperiksaan itu akan
dipindahkan ke tempat lain.(v) Beberapa orang penunggang motosikal
sedang berteduh di bawah bangunan itu sementara menanti hujan
berhenti.(vi) Rompakan itu berlaku tatkala orang ramai sedang sibuk
berurusan dengan pihak bank.
3(b)
(i) Anak lelakinya dihantar ke sekolah berasrama oleh Puan
Hasnah.(ii) Kerusi di dewan kuliah umum telah disusun oleh mereka
pada pagi tadi.(iii) Kawasan sekolah selalu dibersihkan oleh tukang
kebun pada hujung minggu.
3( c)
(i) Penempatan-setempatMasaalah-masalah(ii)
Penanaman-tanamanMenelorkan-menelurkan(iii)
Menyakinkan-meyakinkanDicolek-diculik
3 (d)
(i) Yang-bahawaIntensif-insentif(ii)
Bahawa-agarMembasmi-menangani(iii) Perbualan-perbincanganPenduduk
di situ alami- dialami oleh penduduk di situ3 ( e)
(i) Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaiman contoh begitulah
gubahannya(ii) Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing(iii) Masuk ke telinga kanan, keluar melalui telinga
kiri/ mencurahkan air ke daun keladi/ didengar ada, dipakai
tidak
Set 4
3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan
perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) Perbatasan-pembatasan(ii) Pembicaraan-perbicaraan(iii)
Pengajian-pengkajian [6 markah]
3(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksua asalnya.
(i) Saya telah menyelimutkan budak yang kesejukan itu dengan
kain.(ii) Semua pihak telah menyetujui cadangan Encik Halim
itu.(iii) Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor
itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.
3 ( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan eko-sistem di Taman
Negara yang kaya degan sumber flora dan fauna.(ii) Para peserta
seminar itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang
profesyen sebagai kaunselor.(iii) Ahli-ahli persatuan belia
diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi mewujudkan
perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia. [6 markah]
3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Saya mewakili penduduk kampung ingin nmengucapkan berbanyak
terima kasih atas kehadiran pegawai daerah untuk mengisytiharkan
Program Masyarakat Penyayang.(ii) Wahai generasi muda, berbaktilah
pada ibu bapa dan Negara yang tercinta ini, kata Menteri Besar
ketika bercakap dalam majlis Hari Belia.(iii) Lukisan-lukisan yang
bergayut di dinding itu menarik perhatian para pelancong.
[6 markah]
3( e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian
nyatakan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa
Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit
lagi.(ii) Pelajar baharu itu berasal daripada kerabat diraja tetapi
dia dapat bergaul dengan pelajar-pelajar dalam kalangan orang
biasa.(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan
dan janganlah kita berbelanja secara berlebih-lebihan.
[6 markah]
Jawaban Set 4
3 (a)
(i) - Latihan perang antara askar kedua-dua buah negara tersebut
akan diadakan di perbatasan Malaysia dengan negara Thai. Pembatasan
sawah-sawah padi itu dapat mengawal takungan air di dalam setiap
petak sawah.(ii) - Isu yang disentuh dalam pembicaraan kedua-dua
orang pemimpin itu berkisar tentang keamanan sejagat. Peguam itu
meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan itu kerana anak guamnya
tidak sihat.(iii) - Abang sulung saya telah melanjutkan pengajian
ke luar negara. Pengkajian untuk menghasilkan minyak sawit yang
bermutu tinggi sedang dijalaankan oleh beberapa orang pakar
sains.
3(b)
(i) Budak yang kesejukan itu telah saya selimutkan dengan
kain.(ii) Cadangan Encik Halim itu telah dipersetujui oleh semua
pihak.(iii) Buku sedang dikelaskan kepada beberapa kategori oleh
pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor.
3( c)
(i) Mempertingkatkan-meningkatkanEko-sistem-ekosistem(ii)
Memberikan-diberiProfesyen-profesion(iii)
Mengenepikan-mengetepikanseMalaysia-se-Malaysia
3(d)
(i) Berbanyak-berbanyak-banyakMengisytiharkan-merasmikan(ii)
Pada-kepadaBercakap-berucap(iii) Bergayut-bergantungdi-pada
3( e)
(i) Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul(ii)
Jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya(iii) Ukur baju di
badan sendiri
Set 5
3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan
perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) Tunjuk-telunjuk(ii) Gigi-gerigi(iii) Ganggang-gelanggang [6
markah]
3 (b) Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Tidur berlantaikan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket
itu.(ii) Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk
itu.(iii) Sedang melayan pengunjung restorannyalah lelaki berbangsa
India itu.
[6 markah]
3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk
meningkat hasil negara dalam bidang komersial.(ii) Kandungan
kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu menyerang penyakit
jantung secara tiba-tiba.(iii) Ibu pejabat kontingen polis di Jalan
Bendahara itu dilengkap kemudahan computer yang canggih. [6
markah]
3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran
agar supaya kita berjaya dalam pelajaran. (ii) Kami mendukung
amalan untuk memajukan dan meningkatkan prestasi syarikat ini mulai
dari tahun 2009.(iii) Laporan itu ada dengan pengarah syarikat
untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat
tahunan. [6 markah]
3( e) Bacakan petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang
berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Penduduk di kampung itu hidup harmoni dan saling membantu antara
satu dengan yang lain. Sekiranya ada sesuatu program atau majlis
yang diadakan, mereka bermuafakat untuk menjayakannya. Ketua
kampung itu sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anak
buahnya. Apabila timbul sesuatu masalah, beliau akan berusaha untuk
menyelesaikannya dengan baik agar semua pihak berpuas hati. [6
markah]
Jawaban Set 5
3 (a)
(i) - Puan Yati memberikan tunjuk ajar kepada pembantu rumahnya
tentang cara memasak kari ayam. Jari telunjuk Saiful cedera kerana
tersepit di celah tingkap itu.(ii) - Ibu tidak dapat tidur kerana
adik yang sakit gigi asyik merengek. Ayah menyapu minyak pada
gerigi gergaji itu supaya tidak berkarat.(iii) - Hubungan Farah
dengan Adila sudah mulai ganggang sejak berlakunya pertelingkahan
tempoh hati. Para sasterawan menjadikan Dewan Bahasa dan Pusaka
sebagai gelanggang berdialog tentang isu bahasa dan
sastera.3(b)
(i) Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan
simen.(ii) Pesakit yang berbadan gemuk itu telah menelan ubat.(iii)
Lelaki berbangsa India itu sedang melayan pengunjung
restorannya.
3( c)
(i) Ilmuan-ilmuwanMeningkat-meningkatkan(ii)
Kolestrol-kolesterolMenyerang-diserang(iii)
Kontigen-kontijenDilengkap-dilengkapi
3(d)
(i) Merempuh-menempuhAgar supaya-agar/supaya(ii)
Amalan-usahaMulai dari-mulai(iii) Dengan-padaDitatap-diteliti
3( e)
(i) Bagai aur dengan tebing(ii) Muafakat membawa berkat(iii)
Menarik rambut di dalam tepung
Set 6
3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) Terayun-ayun(ii) Terlayang-layang(iii) Terlonjak-lonjak(iv)
Termangu-mangu(v) Terliuk-liuk(vi) Terehendap-hendap [6 markah]
3 (b) Tukarkan ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Sambutan Maal Hijrah di kawasan itu sungguh meriah.(ii)
Tarikh tutup permohonan itu pada hari Jumaat.(iii) Rombongan
pengantin itu tiba di Johor Bahru pada pukul 1.30 tengah hari. [6
markah]
3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Encik Azlan sering menasihatkan rakan-rakannya supaya sabar
menempuh dugaan hidup tetapi ketika musibah menimpa keluarganya,
dia tidak dapat menanggongnya.(ii) Pulau-pulau yang cantik di
pesisiran pantai Malaysia semakin menjadi tumpuan para pelancung
asing.(iii) Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum
supaya menjayakan progrem kemasyarakatan agar hubungan antara kaum
dapat dipereratkan.
[6 markah]
3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan itu di
atas sebab-sebab keselamatan.(ii) Menurut sebuah majalah seni bina
antarabangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diisytiharkan
sebagai bangunan berkembar paling tinggi sekali di dunia.(iii)
Pengetua akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi
oleh guru kelas pada minggu depan.
[6 markah]
3( e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian
senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk
diisikan pada tempat kosong.
Oleh sebab rumah sering dikaitkan dengan slogan Rumahku
Syurgaku, maka setiap orang amat berhati-hati ketika membeli rumah.
Sebarang kesilapan akan mengundang kesusahan kepada para pembeli
kerana ____(i)____. Terpulanglah kepada pembeli sama ada ingin
memiliki rumah teres atau apartmen. Setiap manusia bebas membuat
pilihan. Maklumlah ____(ii)____. Yang penting, berhati-hati apabila
berurusan dengan pemaju sesebuah projek perumahan. Kadang-kadang
ada sesuatu yang tersembunyi di balik tawaran harga rendah yang
diiklankan, bak kata orang mungkin ___(iii)___.
[6 markah]
Jawaban Set 6
3(a)
(i) Buah rambai yang bergantungan itu terayun-ayun apabila
ditiup angin.(ii) Dedaun pohon itu terlayang-layang di udara lalu
berguguran di kawasan itu.(iii) Para penyokong pasukan Bola Sepak
Negeri Sembilan terlonjak-lonjak kegembiraan apabila pasukan mereka
Berjaya menewaskan pasukan Selangor.(iv) Dia sering termangu-mangu
seorang diri semenjak kehilangan kedua-dua ibu bapanya.(v) Amin
begitu asyik memerhatikan daun-daun padi yang sedang terliuk-liuk
ditiup angin.(vi) Saya terlihat dua orang lelaki terhendap-hendap
berhampiran dengan rumak Pak Akil.
3 (b)
(i) Sungguh meriah sambutan Maal Hijrah di kawasan itu.(ii) Pada
hari Jumaat tarikh tutup pemohonan itu.(iii) Tiba di Johor Bahru
pada pukul 1.30 tengah hari rombongan pengantin itu.
3( c)
(i) Menasihatkan-menasihatiMenanggongnnya-menanggungnya(ii)
Pesisiran-persisiranPelancung-pelancong(iii)
Progrem-programDipereratkan-dipererat
3(d)
(i) Pusat-kawasanDi atas-atas(ii) Diisytiharkan-diiktirafPaling
tinggi sekali-paling tinggi(iii) Membincangkan
tentang-membincangkanDitempuhi-dihadapi
3( e)
(i) Sesal dahulu pendapatan sesal, kemudian tidak berguna(ii)
Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan(iii) Ada udang di
balik batu
Set 7
3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) Ingat(ii) Beringat-ingat(iii) Mengingat(iv) Mengingatkan(v)
Peringatan(vi) Ingatan [6 markah]
3(b) Tukarkan perbualan di bawah ini kepada cakap pindah tanpa
mengubah maksud asalnya.
Hazleen: Minggu depan kita akan berkursus di Port
Dickson.Haliza: Oh, begitu! Berapa lama?Hazleen: Empat hari.Haliza:
Kursus apa? Wajibkah kita menyertai kursus itu?Hazleen: Kursus
pembinaan pasukan. Semua staf di sini wajib menghadirinya.
[6 markah]
3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Saya tidak akan mensesiakan peluang keemasan yang diberikan
oleh pihak pengurusan untuk mendalamkan bidang grafik pada
peringkat ijazah pula.(ii) Kebanyakan pengusaha kraftangan tempatan
tidak dapat ditembusi pasaran antarabangsa kerana kurang
pendedahan.(iii) Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang
yang lebih tegas akan dapat mengurang kejadian tanah runtoh di
kawasan itu.
[6 markah]
3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Pihak kerajaan telah memperuntukkan wang berjuta-juta
ringgit untuk menaikkan industri pelancongan dalam negara dan di
luar negara.(ii) Salleh dan Suresh tidak dapat memasuki pejabat itu
kerana penjaga yang bertugas itu tidak memberikan kepada mereka
kebenaran.(iii) Keempat orang pegawai Jabatan Perhutanan Sarawak
itu tiba untuk memantau kerja-kerja pemeliharaan hutan paya bakau
yang musnah sebagai akibat dilanda rebut.
[6 markah]
3( e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian
nyatakan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
(i) Tun Abdul Razak dikenang jasa-jasanya yang banyak dalam
membangunkan negara.(ii) Sejak presiden persatuan itu meletakkan
jawatannya, pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli
persatuan.(iii) Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, tentulah
mudah untuk membeli barang berjenama yang berada di pasaran
sekarang.
[6 markah]
Jawaban Set 7
3(a)
(i) Ibu masih ingat akan peristiwa pahit itu walaupun peristiwa
itu sudah lama berlaku.(ii) Para pemandu dinasihati supaya sentiasa
beringat-ingat semasa memandu di jalan raya.(iii) Farid tidak dapat
mengingat kembali fakta sejarah yang dipelajarinya itu.(iv) Puan
Kamila sering mengingatkan anak-anaknya agar menghormati orang yang
lebih tua.(v) Kejadian yang berlaku ini menjadi peringatan kepada
kamu.(vi) Ingatan Pak Darus masih kuat lagi walaupun usianya sudah
lanjut.
3 (b)
Hazleen memberitahu Haliza bahawa pada minggu depan mereka akan
berkursus di Port Dickson. Haliza bertanyakan Hazleen tentang
jumlah hari kursus itu akan diadakan. Hazleen memberitahu Haliza
bahawa kursus itu diadakan selama empat hari. Seterusnya, Haliza
bertanya kepada Hazleen tentang kursus yang akan disertai oleh
mereka. Dia turut bertanyakan sama ada mereka wajib atau tidak
menyertai kursus itu. Hazleen memberitahukan bahawa kursus yang
akan disertai itu adalah kursus pembinaan pasukan dan kehadiran
semua staf diwajibkan.
3( c)
(i) Mensesiakan-mensia-siakanMendalamkan-mendalami(ii)
Kraftangan-kraf tanganDitembusi-menembusi(iii)
Mengurang-menguangkanRuntoh-runtuh
3(d)
(i) Menaikkan-memajukanDalam-di dalam(ii) Dapat-bolehKepada
mereka kebenaran- kebenaran kepada mereka(iii) Keempat
orang-keempat-empat orangPemeliharaan-pemuliharaan
3( e)
(i) Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama(ii) Seperti anak ayam kehilangan induk/patah kemudi, perahu
hanyut(iii) Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja
deras
Set 8
3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) Menggalas(ii) Mengelek(iii) Menatang(iv) Mengusung(v)
Menjinjing(vi) Menjunjung [6 markah]
3(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah ini kepada
enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Kerajaan menyarankan agar pengaplikasian teknologi maklumat
kepada pelajar dan kepada pendidik. Langkah ini termasuklah
penggunaan perisian dan reka bentuk computer terkini yang
dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.
[6 markah]
3 ( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Acheh yang menjadi wilayah otonomi Indonesia itu mengalami
kemusnahan yang luar biasa sebagai skibat gempa bumi yang melandai
wilayah itu.(ii) Pengetua di sekolah itu menyeru semua pelajar agar
mencontohi kejayaan pelajar yang cermerlang itu.(iii)
Penanam-penanam sayur di kampung itu menjualkan semua hasil tanaman
mereka kepada seorang taukeh Cina. [6 markah]
3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Berbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk
meningkatkan taraf kehidupan para petani supaya mereka dapat
menikmati kehidupan yang damai.(ii) Lembaran kerja yang
dibentangkan oleh para-para cendekiawan itu mendapat perhatian
daripada peserta seminar itu.(iii) Majlis penandatanganan
perjanjian perpaduan dalam bidang pertahanan oleh pemimpin
kedua-dua buah negara aka diadakan semalam. [6 markah]
3( e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini
supaya jelas menunjukkan maksua dan penggunaannya.
(i) Tanam lalang, tak akan tumbuh padi(ii) Bersekutu bertambah
mutu(iii) Malas menggerit, perut perit [6 markah]
Jawaban Set 8
3 (a)
(i) Sejak ayahnya meninggal dunia, Lokman terpaksa menggalas
masalah syarikat itu.(ii) Ibu menyapu sampah sambil mengelek adik
yang asyik merengek kerana tidak sihat.(iii) Puan Halimah pun
keluar dari dapur sambil menatang sedulang minuman untuk
tetamu.(iv) Dua orang lelaki sedang mengusung pemain yang cedera
itu keluar dari padang.(v) Encik Amran keluar dari pejabatnya
dengan menjinjing begnya.(vi) Walaupun sudah tua, petani itu mampu
menjunjung bakul yang berisi sayur-sayuran.
3(b)
(i) Kerajaan menyarankan pengaplikasian teknologi maklumat
kepada pelajar.(ii) Kerajaan menyarankan pengaplikasian teknologi
maklumat kepara pendidik.(iii) Langkah ini termasuklah penggunaan
perisian yang terkini.(iv) Langkah ini termasuklah penggunaan reka
bentuk komputer yang terkini.(v) Perisian komputer terkini
dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.(vi) Reka bentuk
komputer terkini dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang
tersebut.
3( c)
(i) Otonomi-autonomiMelandai-melanda(ii)
Mencontohi-mencontohCermerlang-cemerlang(iii)
Menjualkan-menjualTaukeh-tauke
3(d)
(i) Berbagai-berbagai-bagai/pelbagaiDamai-selesa(ii)
Lembaran-kertasPara-para cendekiawan-para cendekiawan(iii)
Perpaduan-persefahamanAkan-telah
3( e)
(i) Hukuman yang kamu terima ini adalah sebagai balasan atas
perbuatan kamu kerana tanam lalang tak akan tumbuh padi.(ii) Kita
haruslah saling membantu antara satu dengan yang lain untuk
menjayakan tugasan ini kerana bersekutu bertambah mutu.(iii) Jika
kita malas untuk berusaha, kita juga yang mendapat susah kerana
kata pepatah malas menggerit, perut perit.Set 9
3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) Dwibahasa(ii) Prakata(iii) Prasangka(iv) Prasarana(v)
Prasekolah(vi) Tatasusila [6 markah]
3(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
setiap ayat seperti yang berikut.
Subjek:_____________________________________________________________________Predikat:___________________________________________________________________
(i) Pak Adil meminta mengandangkan kambing-kambingnya itu.(ii)
Lauk-pauk yang di atas meja itu dimasak oleh ibu saya.(iii) Adik
merengek sejak tadi kerana tidak sihat.(iv) Penduduk di
perkampungan nelayan itu sedang menambak tebing pantai itu.(v) Baju
kurung yang diperbuat daripada kain sutera ini cantik betul.(vi)
Jam tangan adik yang di atas meja itu sudah rosak. [6 markah]
3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Penolong mengurus di syarikat itu telah mencadangkan agar
bilik pameran disediakan untuk memamerkan barangan keluaran
mereka.(ii) Pihak polis akan mengada kempen pencegahan jenayah
untuk menggalakkan masyarakat bekerja sama memerangi kegiatan
jenayah.(iii) Buku teks yang bermutu mestilah dianggap sebagai satu
pra syarat bagi meningkatkan mutu mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
[6 markah]
3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Rumah ibu Jamilah rupa-rupanya terletak antara rumah
keluarga mertua Seng Leng dengan rumah kelurga Mariam di Jalan
Klang Lama.(ii) Beberapa helai baju itu tidak Wong Chee Keong pakai
kerana baju itu sudah padat.(iii) Khabar angina yang direbakkan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menimbulkam
keresahan gabungan badan-badan bukan kerajaan. [6 markah]
3( e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang
berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Perselisihan faham yang berlaku antara Hasyim dengan jirannya
itu sudah heboh dibualkan oleh penduduk di Taman Kenanga.
Sebenarnya semuanya berpunca daripada sikap suka kata-mengatai.
Perbalahan itu tidak akan meguntungkan mana-mana pihak kerana tiada
sesiapapun yang akan mendapat kebaikan.
[6 markah]
Jawaban Set 9
3(a)
(i) Kertas soalan matematik ini dibuat dalam dwibahasa, iaitu
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.(ii) Prakata dalam buku
cenderamata ini ditulis oleh seorang tokoh akademik yang
terkenal.(iii) Masyarakat haruslah mengikis perasaan prasangka
antara satu dengan yang lain demi menjamin keharmonian negara.(iv)
Kerajaan menyediaksan pelbagai prasarana untuk keselesaan
rakyat.(v) Lazimnya, kanak-kanak yang memasuki prasekolah sudah
mengenal huruf dan nombor.(vi) Apabila berada di negeri orang, jaga
tatasusila kamu,pesan Mak Cik Maria kepada anak perempuannya.
3(b)
(i) Subjek: Pak AdilPredikat: diminta mengandangkan
kambing-kambingnya itu.(ii) Subjek: Lauk-pauk yang di atas meja
itu.Predikat: dimasak oleh ibu saya.(iii) Subjek: AdikPredikat:
merengek sejak tadi kerana tidak sihat.(iv) Subjek: Penduduk di
perkampungan nelayan ituPredikat: sedang menambak tebing pantaia
itu.(v) Subjek: Baju kurungPredikat: yang diperbuat daripada kain
sutera ini cantik betul.(vi) Subjek: Jam tangan adik yang di atas
meja ituPredikat: sudah rosak.
3( c)
(i) Mengurus-pengurusMemamerkan-mempamerkan(ii)
Mengada-mengadakanBerkerja sama-berkerjasama(iii) Pra
syarat-prasyaratMengajar-pengajaran
3(d)
(i) Antara-di antaraMertua-mentua(ii) Wong Chee Keong pakai-
dipakai oleh Wong Chee KeongPadat-sendat(iii)
Direbakkan-disebarkanGabungan badan-badan bukan kerajaan- gabungan
badan bukan kerajaan
3( e)
(i) Buah mulut(ii) Kerana pulut santan binasa, kerana mulut
badan binasa(iii) Kalah jadi abu, menang jadi arang
Set 10
3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) Bebola(ii) Gegendang(iii) Gegelang(iv) Kekisi(v) Kekuda(vi)
Lelabi [6 markah]
3(b) Tukarkan ayat tanya biasa di bawah ini kepada ayat Tanya
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Datuk dan nenek tidak dating?(ii) Jambatan yang dibina oleh
mereka sudah siap?(iii) Majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu
meriah? [6 markah]
3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Para pelajar digalakkan menyertai kegiatan ko-kurikulum
supaya dapat mengerat hubungan antara kaum.(ii) Buku otobiografi
tentang bekas Perdana Menteri ini ditulis oleh seorang tokoh
wartawan yang terkenal dalam bidang terbitan.(iii) Kes mencuri
motosikal yang menjadi-jadi di kawasan itu sudah dilapurkan kepada
pihak polis. [6 markah]
3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan
pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Pertandingan pembacaan sajak terbuka kepada sesiapa yang
berminat malahan kakitangan Syarikat Nuri.(ii) Pengemis yang
berpakaian kusut-masai itu tidur di bawah pokok dengan beralaskan
dengan surat khabar.(iii) Penjenayah warga asing itu saling
berbalas-balas tembakan dengan pihak polis selepas kereta yang
dipandu oleh mereka tergelincir di Lebuh Raya Utara-Selatan.
[6 markah]
3( e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.
(i) Seperti abu di atas tunggul(ii) Berkata benar walaupun
kebenaran itu menyakitkan(iii) Ada pasang surutnya [6 markah]
Jawaban Set 10
3(a)
(i) Bebola kaca dimasukkan ke dalam bekas itu untuk meningkatkan
paras air.(ii) Pendengarannya kurang jelas kerana gegendang
telinganya mengalami kecederaan.(iii) Banyak cacing gegelang
dijumpainya ketika dia mencangkul tanah di sekitar kebun
pisangnya.(iv) Tukang kayu itu sedang memasang kekisi pada tepi
tingkap yang sedang dibuatnya.(v) Ayah membuat kekuda daripada kayu
sebelum memasang atap rumah yang sedang dibinanya.(vi) Cengkerang
yang keras dan tebal pada badan lelabi menjadi pelindung daripada
serangan musuh.
3(b)
(i) Tidak dating(kah) datuk dan nenek?(ii) Sudah siapkah
jambatan yang dibina oleh mereka?(iii) Meriahkah majlis perkahwinan
penyanyi terkenal itu?
3( c)
(i) Ko-kurikulum-kokurikulumMengerat-mengeratkan(ii)
Otobiografi-autobiografiTerbitan-penerbitan(iii)
Mencuri-kecurianDilapurkan-dilaporkan
3(d)
(i) Pembacaan-pendeklamasianMalahan-kecuali(ii)
Kusut-masai-koyak-rabakBeralaskan dengan-beralaskan(iii) Saling
berbalas-balas-saling
berbalas/berbalas-balasTergelincir-terbabas
3( e)
(i) Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila sahaja
boleh dipecat(ii) Berterus terang walaupun kebenaran itu
mendatangkan mudarat kepada diri atau orang lain(iii) Untung dan
malang nasib seseorang tidaklah tetap