MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH SCE 3023 PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 Edisi September 2014 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
122
Embed
MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH SCE 3023 PEMBELAJARAN …
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
SCE 3023
PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 Edisi September 2014
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
ii
Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Topik 11 : Keperluan kanak-kanak untuk bantu belajar konstruktivisme 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Isi Kandungan
86 - 90
Topik 12 : Idea sains kanak-kanak 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Isi Kandungan
91 - 107
Panel Penulis Modul 108
Panel Penilai Modul 109
Ikon Modul 110
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
vi
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
vii
* Latihan amali (jika berkaitan) akan dijalankan pada hari Jumaat/Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa Amali (3+0)
Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)
Tanpa Amali (2+0)
Ada Amali (1+1) (0+2)
Tanpa Amali (1+0)
Ada Amali (0+1)
Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali
70
60
70
62
70
65
Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali)
10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
viii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
ix
Pengenalan Kursus ini membincangkan tentang proses pembelajaran sains kanak-kanak sekolah rendah. Kursus ini akan menerokai maksud dan sifat tabii sains. Seterusnya konsep pembelajaran diterokai melalui teori pembelajaran behaviorisme dan kognitivisme. Setiap teori itu dibincangkan daripada aspek maksud dan implikasi teori terhadap pengajaran dan pembelajaran sains. Teori pembelajaran yang dibincangkan adalah Teori Skinner, Pavlov, Piaget, Bruner, Ausubel, Gagne, dan Pemprosesan Maklumat. Seterusnya konsep, ciri-ciri dan keadaan yang menyokong pendekatan konstruktivisme dibincangkan. Akhirnya tajuk miskonsepsi dalam sains dibincangkan. Maksud miskonsepsi, contoh-contoh miskonsepsi dalam tajuk-tajuk yang tertentu, cara mengenalpasti miskonsepsi dan cara menangani miskonsepsi telah dibincangkan dalam topik kedua belas. Keperluan Kursus
Kursus SCE 3023 ialah kursus sains dan memerlukan bacaan yang meluas
untuk mengukuhkan kefahaman. Kursus ini menimba pengalaman yang sedia
ada pada peserta kursus. Terdapat istilah baru yang anda akan temui yang
memerlukan anda menguasainya dengan baik dan mendalam. Aktiviti-aktiviti
serta latihan yang sesuai disediakan untuk setiap topik untuk menggalakkan
pembelajaran kendiri disediakan.
Panduan untk pengagihan topik untuk tutorial diberi di bawah:
Tutorial Topik
1 (25 Jun) Topik 1-3
2 (30 Julai) Topik 4-6
3 (20 Ogos) Topik 7-9
4 (24 Sep) Topik 10-11
5 (1 Okt) Topik 12
Bahan Sokongan Bahan sokongan seperti buku rujukan dan internet akan membantu anda dalam memahami konsep-konsep secara menyeluruh dan mendalam.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
x
Maklumat tentang aktiviti atau latihan dalam modul ini Aktiviti-aktiviti dan latihan yang dimuatkan dalam modul ini adalah untuk membantu peserta untuk mengulangkaji konsep-konsep yang dibincangkan. Anda haruslah mencuba semua latihan tersebut supaya konsep-konsep yang dibincangkan dapat dikukuhkan. Anda boleh menghantar jawapan aktiviti / latihan kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
xi
Kod & Nama Kursus: SCE 3023 PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Kandungan modul ini dibahagi kepada 12 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.
AGIHAN TAJUK
INTERAKSI TAJUK/TOPIK JUMLAH JAM
PEMBELAJARAN
1
Apakah Sains?
Cara kanak-kanak belajar Sains
Memahami perkembangan kanak-kanak
6
2
Teori pembelajaran Bruner
Teori pembelajaran Behaviorist
Teori pembelajaran Ausubel
6
3
Teori pembelajaran Gagne
Teori Pemprosesan-Maklumat
Konstruktivime sebagai perspektif kontemporari yang dominan dalam pembelajaran Sains
6
4
Pendekatan Konstruktivisme
Keperluan kanak-kanak untuk bantu belajar konstruktivisme
Idea sains kanak-kanak
6
5
Miskonsepsi dalam sains
Cara mengenal pasti miskonsepsi
Cara menangani miskonsepsi
6
6
Teori Pembelajaran Ausubel
Pembelajaran deduktif / ekspositori
Pembelajaran verbal menggunakan penyusun awal (advance organizers)
Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah
6
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
xii
7 Teori Pembelajaran Gagne
Pembelajaran masteri
Pembelajaran hierarki
Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah
6
8 Teori Pemprosesan Maklumat - Atkins, Shiffrin dan Baddeley
Ingatan jangka pendek
Ingatan jangka panjang
Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah
6
9 Konstruktivisme sebagai perspektif kontemporari yang dominan dalam pembelajaran sains
Konsep konstruktivisme
Ciri-ciri pengajaran konstruktivis
Peranan pengajaran konstruktivis
6
10 Pendekatan Konstruktivis
Model Needham
Model Generatif (Osborne)
Model Interaktif (Faire and Cosgrove)
6
11 Keperluan kanak-kanak untuk membantu mereka belajar melalui konstruktivisme
Pemikiran
Aktiviti fizikal
Bahasa
Sosialisasi
Harga diri (Self-esteem)
Masa
6
12 Memahami idea kanak-kanak dalam Sains
Idea sedia ada kanak-kanak
Miskonsepsi kanak-kanak dalam sains
Bagaimana idea kanak-kanak mempengaruhi pembelajaran
6
JUMLAH 72
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
1
TOPIK1 APAKAH SAINS?
Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang pengertian Sains. Ianya membincangkan cara kanak-
kanak amati Sains. Bahagian kedua menjelaskan tentang pengertaian sains daripada
aspek proses, produk, dan sikap dan nilai murni.
Hasil Pembelajaran
Memperihalkan cara kanak-kanak amati matapelajaran sains
Membincangkan pengertian sains
Kerangka Tajuk
APAKAH SAINS
BAGAIMANA
KANAK-KANAK
AMATI SAINS
ALAM SAINS
SAINS SEBAGAI
PRODUK
SAINS SEBAGAI
SIKAP DAN NILAI
SAINS SEBAGAI
PROSES
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
2
1.1 BAGAIMANA KANAK-KANAK AMATI SAINS
[Sumber: www. zazzle.com]
Kanak-kanak suka bermain, suka menyentuh ,
mencium bau, membuka dan memasang semula
objek yang mereka tengok. Mereka akan tidak penat
untuk bertanya banyak soalan, bagaimana objek itu
berfungsi? Siapa buat objek itu? Kanak-kanak
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka
punyai tenaga yang banyak.
Begitulah kanak-kanak belajar. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar
tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang
ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada
pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau
fenomena yang dikaji.
Rajah 1 : Cara Asas Bina Kefahaman konsep
Pandangan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi oleh pengalaman kita
dengan perkara itu. Begitu jugalah dengan persepsi kanak-kanak terhadap sains.
Sekiranya pengalaman pembelajarannya semasa belajar sains tidak selaras dengan
MEMERHATI OBJEK ATAU FENOMENA
BERTANYA TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA
FAHAMAN TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
3
sifat tabii sains, maka mungkin minat terhadap pembelajaran akan terhakis dari hari ke
hari dan akhirnya mungkin kanak-kanak ini tidak akan mengambil matapelajaran ini di
peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Juga apabila persepsi kanak-kanak
terhadap sains berkurangan ianya akan mempengaruhi prestasinya.
Begitulah pentingnya guru perlu menyediakan pengalaman yang sesuai dan relevan
dengan sifat tabii sains agar sifat ingin tahunya tidak `diluntur’ oleh anda. Justeru
objektif kurikulum sains tidak akan tercapai. Bagi memastikan guru boleh menyediakan
pengalaman yang relevan dan bermakna, guru itu terlebih dahulu perlulah mempunyai
kefahaman yang mantap tentang sifat tabii sains.
Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam
semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami
setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di
alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai
kanak-kanak didapati adalah (1)dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, (2) idea mungkin
nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan (3) idea mereka agak mantap dan agak
sukar untuk diubah.Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka
tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman
mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis.
1.2 ALAM SAINS
Daripada aktiviti tadi apakah maksud sains anda dan rakan anda sama atau berbeza-
beza? Apa yang terdapat di sekeliling kita itulah sains. Kita membuat kajian sains
AKTIVITI 1
1. Ambil sekeping kertas dan pensil. Tulis apakah
maksud sains pada pandangan anda.
2. Tanya pendangan rakan-rakan anda?
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4
apabila kita mengkaji objek yang sekecil zarah, mengkaji diri kita, haiwan, tumbuhan
disekeliling, mengkaji udara, dan mengkaji bintang di langit.
Jadi, sains adalah satu sistem untuk mendapatkan pengetahuan. Sistem ini
menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk memperihal dan menerang
fenomena semulajadi. Istilah itu juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah
dikumpulkan melalui sistem itu. Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains itu
mengamalkan sikap dan nilai yang tertentu.
Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin yang sedia dalam diri kita tentang alam
semulajadi. Kenapa daun itu hijau, kenapa langit biru pada siang hari tapi merah bila
matahari terbit, apa itu gerhana matahari, dan kenapa tengok zirafah panjang adalah di
antara berjuta soalan yang ingin kita tahu jawapannya.Melalui sains kita akan tahu
Cuba cari! Istilah sains berasal daripada bahasa apa? Apa maksudnya?
Sains itu bersifat kompleks dan “multi-faceted’, tetapi sifat-sifat sains yang penting
adalah jitu:
Fokus sains adalah tentang alam semulajadi
Sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam
semulajadi berfungsi, dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan
hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman.
Cara saintis bekerja berbeza-beza, tetapi dasarnya sains adalah berkaitan
dengan menguji idea-idea, membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan.
Idea saintifik boleh dipercayai sebab telah melalui ujian yang rigorous, tetapi
teliti. Sekiranya ada bukti baharu, idea tadi boleh diubah.
Kesimpulannya pengetahuan sains dikumpul daripada proses sains dan semasa
proses sains dijalankan ahli-ahli sains membuat kerja mengikut budaya kerja yang
berasaskan kepada sikap dan nilai murni.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
6
1.2.1 Sains sebagai proses
Proses sains merujuk kepada cara kerja yang diamalkan oleh ahli sains semasa mengumpul dan mentafsir maklumat. Cara kerja ini dikenali sebagai kaedah saintifik (Rajah 1)
Rajah 3 : Kaedah Saintifik [Sumber: http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_scientific_method.shtml]
Perlu diingat kaedah ini tidak bersifat linear. Ini bermakna langkah-langkah yang diikuti
tidak satu hala. Anda boleh undur ke langkah sebelumnya jika tidak dapat jawapan
Sekiranya kita mahu mengunakan kaedah saintifik ini kita perlu telah menguasai
kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik merupakan alat untuk mengkaji persoalan
sains. Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains yang merupakan cara kita berfikir manakala kemahiran
manipulatif adalah cara kita bekerja semasa proses sains itu dilaksanakan. Salah satu
objektif kurikulum sains adalah untuk mengajak kanak-kanak supaya bercita-cita
menjadi seorang saintis. Bagi mencapai hasrat itu, kanak-kanak ini perlu dilatih supaya
dapat menguasai kemahiran saintifik. Justru barulah kanak-kanak
tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Apabila kita hendak memperlihatkan sains sebagai proses, tentunya kita perlu
menyediakan ruang dan peluang bagi kanak-kanak terlibat secara aktif dalam aktiviti
hands-on, minds-on. Melalui aktiviti yang sedemikian baharulah kanak-kanak akan
dapat menguasai dan memahirkan kemahiran saintifik mereka. Perincian tentang
kedua-dua kemahiran ini akan dibincangkan dalam kursus yang lain.
Sains sebagai proses akan mempertonjolkan bahawa sains akan memperihalkan alam
semulajadi dengan menggunakan ujian empirikal dan analisa. Setiap prinsip sains
hanya akan diterima oleh komuniti sain sekiranya disokong oleh bukti empirikal. Saintis
akan menjalankan proses sains bagi memperolehi pengetahuan sains. Ini bermakna
pengetahuan sains tidak sempurna sebab kesilapan yang berpunca daripada peralatan
sains atau kesilapan manusia akan berlaku semasa proses sains dilakukan.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
8
1.2.2 Sains sebagai produk
Produk sains yang terhasil daripada proses sains adalah terdiri daripada fakta, konsep,
prinsip, hukum, dan teori (Rajah 4).
Rajah 4 : Jenis-jenis Produk Sains
Fakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau insiden. Kita memperolehi
nya melalui pemerhatian dan pengukuran.
Contohnya;
kucing jenis Parsi yang dipelihara di rumah tidak pandai cari tikus
semua planet berbentuk bulat
Konsep adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian, objek, atau fenomena yang
mempunyai sifat atau ciri yang sepunya antara mereka. Contohnya; bentuk segiempat
mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan berlainan daripada bentuk lain.
Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan kepada beberapa konsep
yang berkaitan. Hukum sains menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi.
Contohnya; Hukum Graviti Newton digunakan untuk meramal tingkahlaku objek yang
jatuh.
FAKTA
KONSEP
PRINSIP
HUKUM
TEORI
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
9
Teori mengandungi prinsip-prinsip umum yang berkaitan untuk menerangkan sesuatu
fenomena. Tujuan sesuatu teori adalah untuk digunakan untuk menerangkan sesuatu
berdasarkan bukti. Teori boleh digunakan untuk menerang, menghubungkait, dan
meramal.Contohnya; teori kinetik atom menyatakan bahawa semua jirim terdiri daripada
partikel yang seni yang dipanggil atom. Pergerakan atom-atom berbeza-beza dalam
pepejal, cecair dan gas.
1.2.3 Sains sebagai sikap
Sikap saintifik adalah tanggapan mental terhadap seseorang, objek, matapelajaran atau
kejadian. Sikap terhadap sains penting sebab sekiranya sikap kanak-kanak positif
terhadap sains, mereka akan bersedia untuk menerima proses pembelajaran sains
dengan mudah. Kajian menunjukkan sikap boleh dipelajari dan boleh diubah. Sikap
akan mempengaruhi cara manusia bertindak. Jujur dan tepat dalam merekod maklumat
adalah satu sikap saintifik yang perlu dipupuk daripada kanak-kanak di sekolah rendah
lagi. Anda sebagai guru perlulah senantiasa merujuk huruian kurikulum sains untuk
memilih sikap saintifik dan nilai yang perlu diintegrasi kedalam setiap aktiviti sains yang
dilaksanakan.
Penggabungjalinan sikap dan nilai murni bukannya boleh menampakkan hasil dalam
jangkamasa yang singkat. Anda sebagai guru perlu merancang secara rapi cara untuk
Tentukan samada penyataan berikut adalah fakta sains, prinsip atau teori. a) Bumi berputar di atas paksinya b) Gerhana matahari berlaku bila bulan berada di antara bumi dan matahari c) Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain d) Kutub magnet yang bertentangan akan menarik antara satu sama lain e) Bagi setiap tindakan, terdapat tindakan yang sama kuat dan arah yang bertentangan.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
10
mengintegrasikan sikap dan nilai murni dan bersabar sebab perubahan sikap
mengambil masa yang lama. Dengan usaha yang gigih dan konsisten kanak-kanak
akan dapat membentuk sikap yang positif terhadap sains. Lagi pun, bak kata pepatah –
melentur biar berrmula daripada rebung.
Rujukkan
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
Topik ini membincangkan tentang struktur otak manusia dan fungsi otak dalam
proses pembelajaran. Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron yang
merupakan struktur asas otak. Struktur ini yang berfungsi memindahkan utusan
dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Berasaskan stuktur dan fungsi otak,
pembelajaran berasaskan otak telah diperkenalkan. Terdapat dua belas prinsip
utama dalam pembelajaran berasaskan otak.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan struktur dan bahagian-bahagian otak manusia
Membincangkan fungsi otak dalam proses pembelajaran
Membincang maksud pembelajaran berasaskan otak
Menyenaraikan prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak
Kerangka Tajuk
Cara kanak-kanak belajar
Struktur Otak dan fungsinya dalam
pembelajaran
Pembelajaran berasaskan
otak
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
12
2.1 Struktur Otak dan fungsinya dalam pembelajaran
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel.
Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak.
Bahagian-Bahagian Otak
Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:
Saraf Tunjang Medula Oblongata dan Pons Otak Tengah Diensefalon Serebelum Serebrum
Rajah 1: Bahagian-bahagian otak
[Sumber: thehomeschooladventure.com] Setiap bahagian otak mempunyai fungsi yang tertentu (Rujuk Jadual 1 dan Rajah 1 dan Rajah 2).
BAHAGIAN OTAK FUNGSI
Saraf Tunjang Menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)
Medula Oblongata dan Pons Merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.
Otak Tengah Terlibat pada proses pendengaran, proses visual dan pengendalian gerakan mata, dan juga terlibat pada sistem homeostasis dan lintasan refleks
Diensefalon terdiri daripada hipotalmus dan talamus
Mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan) memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.
Serebelum: Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari)
Serebrum Bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera: - Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan. - Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan. Kopus Kasolum menghubungi kedua-kedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.
Jadual 1 : Struktur dan fungsi bahagian- bahagian otak
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
14
Rajah 2 : Bahagian-bahagian otak mempunyai fungsi tertentu
Laman sesawang ini mengandungi banyak latihan untuk
menajamkan otak anda.
Baca tentang teori otak Truine oleh Paul D. MacLean, teori otak Roger Sperry dan teori pelbagai kecerdesan oleh Howard Gardner serta perkembangan pembelajaran. Sediakan ringkasan dalam bentuk power point dan muat naik ke laman blog kumpulan anda. Anda boleh pergi ke laman sesawang berikut; http://www.scribd.com/Artikal-Teori-Otak-Dan-Pembelajaran-Zainuddin-Mamat/d/33643007 sebagai permulaan.
Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria dianalisiskan oleh otak untuk tindakan selanjutnya. Komponen utama dalam sistem saraf ialah sel yang dipanggil neuron. Sel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi. Secara umum, sesuatu neuron terdiri daripada beberapa bahagian (Rajah : Jasad Sel - menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil Dendrit. Akson - tiub panjang (berbeza antara beberapa milimeter hingga satu meter) yang menjadi saluran antara jasad sel dengan neuron lain. Akson membolehkan neuron-neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Akson disaluti dengan lapisan lemak yang dipanggil Sarung Mielin. Butang Terminal - Hujung akson yang dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrit neuron yang lagi satu. Sinaps - ruang di antara butang terminal dan dendrit dipanggil sinaps. Neurotransmitter - Komunikasi antara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan kimia-kimia yang dipanggil neurotransmitter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf yang berunsur elektrikal disalurkan melalui jambatan cantuman kimia. Impuls saraf selalu bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrit, dipindahkan kepada jasad sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrit neuron yang lain. Melalui cara ini, maklumat mengalir dan disalurkan ke seluruh sistem saraf; iaitu daripada otak ke bahagian-bahagian lain badan dan sebaliknya.
Rajah 3: Struktur neuron [Sumber: www.science.kennesaw.edu]
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
16
2.2 Pembelajaran berasaskan otak
[Sumber:
http://www.finger2brain.com/article?lang=en]
Pembelajaran berasaskan otak adalah satu
pendekatan pengajaran yang menyeluruh
menggunakan dapatan kajian sains neuro semasa.
Pembelajaran ini menegaskan cara otak belajar
berasaskan pengetahuan kita tentang stuktur dan
fungsi otak manusia pada tahap-tahap perkembangan
yang berbeza.
Jenis pembelajaran ini merangkumi konsep-konsep
yang berkaitan diantaranya;
Pembelajaran masteri
Pembelajaran experiential
Gaya pembelajaran
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses
pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak
tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah
proses pembelajaran. Acapkali persekitaran yang menganggu pembelajaran yang
dilakukan oleh otak kita. Pengajaran yang kurang sesuai dengan gaya
pembelajaran kanak-kanak, kurikulum yang terlalu padat, dan komuniti yang
mementingkan peperiksaan daripada pembelajaran seringkali menyebabkan ada
kanak-kanak yang diabaikan, minatnya berkurangan dan akhirnya pembelajaran
Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa.
Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi Mencari makna secara dalaman Mencari makna melalui pencorakan Emosi adalah penting dalam pencorakan Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang
ditumpukan. Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan hafalan Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded)
dalam spatial memory. Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan. Otak adalah unik
Caine and Caine [1991]
Tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak adalah; Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran. Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Anda perlu membantu kanak-kanak mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini adalah seperti berikut;
Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai.
Pastikan suasana pembelajaran selamat jika anda hendak berfikir. Ini telah dibuktikan melalui kajian bahawa fikiran akan terganggu sekiranya kanak-kanak rasa takut atau stres
1. Layari internet. 2. Kumpulkan beberapa contoh rancangan pelajaran Sains yang menggunakan pembelajaran berasaskan otak. 3. Kenalpasti prinsip yang diintegrasikan dalam rancangan itu.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
18
Kanak-kanak perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya Galakkan kanak-kanak supaya menyedari struktur metakognisinya. Disini
kanak-kanak boleh meneroka cara terbaik untuk dia berfikir dan belajar Bagi mempastikan kanak-kanak memahami sesuatu masalah secara
mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan
Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti
Benarkan kanak-kanak peluang untuk mengoptimumkan pembelajarannya dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbeza-beza untuk aktiviti-aktiviti yang berbeza. Gunakan pencahayaan dan musik untuk meransang pemikiran mereka
Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-
bahagiannya. Senantiasa peka kepada perbezaan individu kanak-kanak. Guna teknik-
teknik yang berbeza bagi kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai atau gaya pembelajaran yang berbeza.
Gunakan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang kedua-dua belah otak kiri dan kanan.
Senantiasa hubungkaitkan dengan pengetahuan sedia kanak-kanak atau pun kaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Ini akan mewujudkan pembelajaran yang bermakna.
Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.
Kesimpulannya bagi menjayakan pembelajaran berasaskan otak ini guru perlu
memahami kaitan antara struktur otak dan fungsinya dalam proses pembelajaran.
Guru perlu sedar tentang perbezaan prestasi di antara kanak-kanak adalah
disebabkan oleh kematangan otaknya. Jadi sekiranya anda mendapati ada kanak-
kanak yang tidak dapat belajar secepat kanak-kanak yang lain, janganlah terlalu
cepat menghukum kanak-kanak itu. Anda perlu menyelidiki latar belakang kanak-
kanak itu bagi memahami tahap perkembangan otaknya kerana mungkin dia
mengalami masalah pembelajaran disebabkan oleh struktur atau fungsi otaknya.
Kalau dibandingkan pembelajaran secara tradisional yang, ia kerap kali
menghalang pemerolehan pemahaman yang baik dan mendalam, tidak
menggalakkan pembinaan konsep-konsep secara bermakna, malah mengabaikan
atau menghukum minda yang mahu berfikir secara kreatif.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
19
Rujukan
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent4.html http://www.apa.org/education/k12/brain-function.aspx
Rancangkan satu pengajaran bagi satu tajuk berasaskan pembelajaran berasaskan otak. Bincangkan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan otak yang anda gunakan dalam rancangan tersebut.
Animisme adalah keyakinan bahwa objek yang tidak bergerak memiliki kualiti semacam
kehidupan dan dapat bertindak. Seperti seorang anak yang mengatakan, “Pohon itu
bergoyang-goyang mendorong daunnya dan daunnya jatuh.” Sedangkan intuitif adalah
apabila kanak-kanak mulai menggunakan penalaran primitif dan ingin mengetahui
jawaban atas semua bentuk pertanyaan. Mereka mengatakan mengetahui sesuatu
tetapi mengetahuinya tanpa menggunakan pemikiran rasional.
4.1.3 Tahap Operasi Konkrit
Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitif
sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit.
4.1.4 Tahap Operasi Formal
Pada tahap ini, individu melampaui dunia nyata, pengalaman-pengalaman konkrit dan
berfikir secara abstrak dan lebih logik. Sebagai pemikiran yang abstrak, remaja
mengembangkan gambaran keadaan yang ideal. Mereka dapat berfikir seperti apakah
orang tua yang ideal dan membandingkan orangtua mereka dengan standar ideal yang
mereka miliki. Mereka mulai mempersiapkan kemungkinan-kemungkinan bagi masa
depan dan terkagum-kagum terhadap apa yang mereka lakukan.
Bahasa akan dapat membantu kanak-kanak memahami konsep sains yang dibincang. Kumpul maklumat tentang perkembangan bahasa dalam setiap tahap perkembangan kognitif Piaget.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
26
Mari semak kefahaman anda!
1. Dalam teori Piaget, potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu dipanggil sebagai
A. skema B. adaptasi C. asimilasi D. organisasi 2. Benar atau salah: Dalam teori Piaget, keseimbangan kognitif akan dicapai bila kanak-kanak mengakomodasikan skema mereka untuk menerima pengalaman baru. 3. Ciri utama kanak-kanak dalam peringkat preoperasi cenderung gunakan pemikiran _______ (refleks, intuitif, abstrak, hypotetikal) 4. Benar atau salah: Apabila kanak-kanak boleh memberi jawapan yang betul kepada masalah keabadian, itu tandanya kanak-kanak itu telah masuk dalam peringkat preoperasi. 5. Zikri yang berumur 2 tahun menunjuk kepada lori dan berkata”Itu kereta merah”. Memanggil lori sebagai kereta adalah satu contoh
A. keseimbangan B. akomodasi C. pengabstraksi D. asimilasi
6. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada". Ini menerangkan .........................
a) skema b) asimilasi c) akomodasi d) adaptasi
Berehat sebentar!
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
27
4.2 Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah
Teori Piaget ini dapat membantu anda untuk mempertingkat pengajaran sains daripada
aspek-apek berikut.
A. Inkuiri-penemuan
Pembelajaran sains perlu menggunakan aktiviti `hands-on, minds-on’ yang
menggunakan bahan-bahan konkrit. Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak akan dapat
membentuk pengetahuan mereka dengan lebih mudah. Anda sebagai guru patut
bertindak sebagai fasilitator , menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi
perkembangan kognitif mereka.
B. Kesesuaian mengikut tahap kognitif
Aktiviti-akiviti pembelajaran yang dirancang perlulah mengikut tahap perkembangan
kognitif kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak berada di tahap operasi preoperasi dan
operasi konkrit maka aktiviti itu perlu menggunakan bahan-bahan konkrit bagi
menerangkan konsep atau kemahiran sains yang ingin disampaikan. Contohnya, anda
ingin menyampaikan konsep tumbuhan, maka pelbagai contoh tumbuhan perlu
digunakan. Murid pada tahap ini akan menggunakan deria untuk memerhati dan
mengelas contoh-contoh tumbuhan bgi membentuk konsep tumbuhan. Kalau kanak-
kanak itu telah berada di tahap operasi formal maka tidak perlulah anda menggunakan
banyak bahan konkrit lagi sebab kanak-kanak ini sudah boleh membentuk konsep
abstrak.
C. Membentuk operasi mental
Perkembangan operasi mental kanak-kanak boleh dilatih dengan menggunakan aktiviti
yang sesuai seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
28
D. Motivasi dalaman
Anda sebagai guru perlu senantiasa menyediakan peluang-peluang supaya kanak-
kanak akan terlibat sama dalam proses pembelajaran. Apabila melibatkan kanak-kanak
secara aktif supaya memikirkan pembelajaran mereka akan rasa seronok dan dihargai.
Ini akan bertindak sebagai motivasi untuk kanak-kanak itu sendiri akan senantiasa ingin
terus mempelajari sains.
Pilih satu topik daripada Huraian Kurikulum Sains Tahun 4. Bincangkan
dengan rakan anda untuk mengaplikasikan teori Piaget dalam satu sesi
pengajaran. Bentangkan semasa tutorial.
Rujukan
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Martin, R.E., Sexton, C., Wagner, K.,Gerlovich, J. (1994). Teaching Science for all children. USA, Allyn & Bacon. http://www.psikologizone.com/teori-kognitif-psikologi-perkembangan-jean-piaget http://teoripiaget.blogspot.com/
Topik ini membincangkan Teori Pembelajaran Bruner. Anda akan belajar
tentang pembelajaran induktif dan cara bagaimana kanak-kanak belajar konsep
sains. Anda juga akan diperkenalkan implikasi teori pembelajaran ini untuk
mengajar sains sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
Menerangkan Teori Pembelajaran Bruner
Jelaskan Pembelajaran Induktif
Menerangkan implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah.
Kerangka Tajuk
Teori Pembelajaran
Bruner
Pembelajaran
Induktif
Pembelajaran
Konsep
Implikasi teori untuk pembelajaran sains
sekolah rendah
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
30
4.1 Teori Pembelajaran Bruner
Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan
seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat
membolehkan seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang
diberikan serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan
secara bermakna. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-
kanak melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan. Oleh itu kanak-kanak
sepatutnya diajar untuk memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu
konsep tanpa pemahaman yang signifikan.
Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Dalam proses pemahaman konsep, Bruner telah menyatakan bahawa
perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
(a) Peringkat enaktif (0-2 tahun)
(b) Peringkat ikonik (2-4 tahun)
(c) Peringkat simbolik (5-7 tahun)
(a) Peringkat Enaktif
Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu
yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan
anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini
masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu
objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya.
Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga
untuk melihat keseimbangannya.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
31
(b) Peringkat Ikonik
Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya
menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej
tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan
matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak tersebut
boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek
tersebut tiada di hadapan matanya.
(c) Peringkat Simbolik
Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan
simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu
bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan
bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.
Pembelajaran Penemuan Bruner
Bruner telah mengemukakan Pembelajaran Penemuan. Bruner
berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan
pengalaman untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau pola.
Mod pembelajaran yang yang diperkenalkan oleh Bruner dikenali sebagai
Pembelajaran Penemuan.
Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena.
Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi
ais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki
menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.
Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti buku-
buku di perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru,
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
32
membuat pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh,
jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
4.2 Teori Pembelajaran Induktif
Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu
mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Untuk itu, Bruner
mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif
dan pembentkan konsep yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong
pemikiran induktif yang bermula dari spesifik ke umum. Menggunakan
pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah
satu contoh pemikiran induktif.
Teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak
dengan satu jurang pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka
tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep
yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak adalah dibina secara
perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan
pengalaman.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
33
Langkah-langkah dalam Pembelajaran Induktif
Kanak-kanak diberi pengalaman and contoh-contoh spesifik untuk konsep
yang akan ditemui.
Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh dan mengenali cirri-ciri
persamaan dan perbezaan.
Guru membantu kanak-kanak membentuk konsep dan idea yang umum.
Kanak-kanak menguasai pemahaman konsep yang dikenali dan
mengaplikasikan konsep dalam situasi baharu.
4.3 Pembelajaran Konsep
Konsep adalah kategori mental yang membantu kita mengklasifikasikan
objek, kejadian atau idea. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu
set ciri-ciri yang umum.
Memain peranan
Latihan Pembentukan
Konsep
Aktiviti
lain
Aktiviti
Amali
Definisi konsep oleh
kanak-kanak
Pembelajaran Induktif
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
34
Pembelajaran konsep adalah satu teknik yang memerlukan seorang kanak-
kanak membandingbezakan kumpulan atau kategori tertentu yang
mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak
relevan.
Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kumpulan atau kategori
yang telah dibentuk oleh guru mereka. Kanak-kanak kemudian
membandingbeza contoh-contoh sesuatu kumpulan atau kategori yang
mempunyai sifat-sifat tersebut dengan contoh-contoh yang tidak
mempunyai sifat-sifat tersebut.
4.4 Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu
menyediakan peluang untuk kanak-kanak meneroka, menyentuh dan merasa.
Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi
kanak-kanak di Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi
memudahkan pembentukan konsep.
Bagi kanak-kanak Tahap Dua, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar
murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah.
Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid
dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan
pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari
masa ke semasa.
Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati
pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar
pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat
yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran.
Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini
bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
35
yang diingini. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru
perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses
pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak
ansur dan tolong-menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek dan perbincangan.
Latihan
1. Berdasarkan Teori Induksi, terangkan bagaimana anda dapat mengajar
satu konsep sains kepada kanak-kanak tahun 1.
2. Bincangkan implikasi Teori Bruner dalam pengajaran sains sekolah
rendah.
Rujukan:
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://olc.spsd.sk.ca/DE/PD/instr/strats/cattain/index.html (Concept Attainment) http://education.uncc.edu/theafner/SS%20Methods/a_step_by_step_guide_concept_attainment.htm (Concept Attainment) http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/7.4.html (Discovery learning)
Topik ini membincangkan tentang teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Robert Gagne.
Dua teori yang dibincangkan adalah tentang pembelajaran masteri dan pembelajaran hirarki.
Kedua-dua teori ini adalah berkaitan dengan konsep pembelajaran. Di akhir modul
dibincangkan implikasi teori ini untuk mengajar sains sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
Memperihalkan teori pembelajaran masteri
Menerangkan lapan jenis pembelajaran hirarki
Membincangkan implikasi kedua-dua teori untuk mengajar sains sekolah rendah
Pengenalan
TEORI PEMBELAJARAN
GAGNE
PEMBELAJARAN
MASTERI
PEMBELAJARAN
HIRARKI
IMPLIKASI TEORI UNTUK MENGAJAR
SAINS SEKOLAH RENDAH
ASUS
Highlight
Kerangka Topik
ASUS
Sticky Note
Masukkan muka surat (Di bahagian tengah, font Arial 12)
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Robert M.Gagne dilahirkan dalam tahun 1916 di North Andover,
Massachusetts. Beliau telah banyak memberi idea-idea yang berkaitan
dengan pembelajaran. Di antaranya, beliau menyatakan bahawa adalah
tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun mengikut
hirarki daripada yang mudah kepada yang kompleks. Beliau juga
mengemukakan pembelajaran masteri.
Kedua-dua konsep pembelajaran ini akan kita terokai secara terperinci
dalam modul ini.
1.1 PEMBELAJARAN MASTERI
Gagne mengemukakan satu pendekatan yang berstruktur tentang konsep pembelajaran supaya
kebarangkalian untuk pembelajaran yang spesifik akan dapat tercapai. Beliau mencadangkan
bahawa pembelajaran adalah lebih efektif bila kanak-kanak bergerak daripada penguasaan
satu unit konseptual kepada konsep yang lebih am. Guru perlu menjalankan analisis tugas
pembelajaran(learning-task analysis) untuk memastikan penguasan atau masteri itu berlaku.
Guru boleh menggunakan langkah-langkahberikut;
Mengenal pasti kemahiran pembelajaran.
Analisis tugasan pembelajaran.
Susun kemahiran pembelajaran sebagai pembelajaran yang berhirarki.
Urutan pengajaran mengikut pembelajaran yang berhirarki yang telah disusun.
Jadi konsep pembelajaran masteri yang dimaksudkan adalah pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang
dikanak-kanaki. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap kanak-kanak mampu
belajar jika diberi peluang dan jika apabila sesuatu tajuk yang diajar itu dibahagikan kepada
unit-unit yang lebih kecil. Peluang perlu diberi kepada kanak-kanak untuk belajar mengikut
kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui Pembelajaran Masteri kanak-kanak diberi peluang untuk
maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Dalam pembelajaran masteri, kanak-kanak perlu diberi maklumbalas tentang pembelajarannya
dari masa ke masa. Maklumbalas ini dapat menolong kanak-kanak untuk mengesan kefahaman
mereka. Tajuk yang kurang difahami akan diberi masa tambahan supaya tajuk ini dapat
dikuasainya. Cuma kanak-kanak yang gred A dan B sahaja yang diterima sebagai kriteria telah
menguasai tajuk tersebut (Davis & Sorrel,1995).
Apakah definisi ikut pendapat pakar pendidikan?
Secara rumusannya pembelajaran masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua kanak-kanak menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti (PPK- Modul Pembelajaran Masteri).
Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah: i. Kanak-kanak normal boleh memkanak-kanaki apa yang diajarkan oleh guru. ii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. iii. Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
… ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu kanak-kanak untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu kanak-kanak apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk kanak-kanak mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.
[Anderson & Block, 1975]
… merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang diajar.
[Bloom, 1968]
ASUS
Sticky Note
Pembelajaran Masteri atau pembelajaran masteri? (huruf besar atau kecil)?
ASUS
Highlight
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah
tersebut digambarkan melalui Rajah 1 berikut:
Rajah 1: Model Pembelajaran Masteri
tidak
UNIT PEMBELAJARAN SATU
Penentuan hasil
pembelajaran
Pengajaran dan
pembelajaran
Penilaian
Sudahkah
kanak-
kanak
menguasai
Tindakan
susulan-
pengayaan
Tindakan
susulan-
pemulihan
ya
UNIT PEMBELAJARAN DUA
ya teruskan
AKTIVITI 1 1. Apakah kelebihan dan kekangan sekiranya guru ingin melaksanakan pembelajaran masteri 2. Apakah yang patut lakukan sekiranya anda ingin melaksanakan pembelajaran masteri di kelas yang anda ajar?
ASUS
Sticky Note
Font Arial
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
1.2 PEMBELAJARAN HIERARKI
Robert Gagne berpendapat bahawa terdapat beberapa jenis atau aras pembelajaran.
Pengelasan sebegini bermakna bahawa setiap jenis pembelajaran memerlukan pengajaran
yang berbeza-beza. Gagne mengenal pasti lima kategori pembelajaran : maklumat lisan,
kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Keadaan luaran dan dalaman
yang berbeza-beza diperlukan bagi setiap jenis pembelajaran. Seterusnya beliau
mencadangkan supaya tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun secara
hirarki mengikut tahap kesukaran.
Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan
dicapai sekiranya kanak-kanak telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih
awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 2 dibawah :
Rajah 2: Peringkat pembelajaran Gagne
Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:
(a)Pembelajaran Isyarat
Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Pembelajaran berlaku
setelah tingkahlaku itu dijalankan beberapa kali sehingga menjadi lazim seperti yang diceritakan
oleh Pavlov. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran.
Seseorang individu memkanak-kanaki gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,
PEMBELAJARAN ISYARAT
GERAK BALAS
RANGKAIAN MOTOR
PERTALIAN BAHASA
DISKRIMINASI
KONSEP
HUKUM
PENYELESAIAN MASALAH
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
apabila guru meletakkan tangannya ke bibir kanak-kanak akan diam. Dalam hal ini, kanak-
kanak-kanak-kanak telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.
b)Pembelajaran Gerak Balas
Pembelajaran rangsangan pula adalah apa yang diceritakan oleh Skinner. Proses peneguhan
penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Penggunaan
ganjaran, pujian, dan denda adalah diantara aktiviti peneguhan yang boleh memperkuatkan
pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan
tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekal. Contohnya. bila seorang kanak-kanak
menunjukkan satu tingkahlaku yang baik, beri pujian supaya dia sedar yang dilakukannya
adalah baik dan patut diteruskan.
(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran ini adalah dimana seseorang membentuk kebolehan untuk menghubungkait dua
atau lebih tingkahlaku rangsangan-gerakbalas yang telah dikanak-kanaki menjadi satu urutan
rangkaian untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Pembelajaran rangkaian motor
digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan
lain-lain. Misalnya, ketika menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri
dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya
yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.
d)Pembelajaran Pertalian Bahasa
Pertalian bahasa adalah satu proses dalam pembentukan kemahiran berbahasa. Ini berlaku
apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek
secara menyebutnya. Contohnya, guru tunjukkan gambar kucing, dia akan menyebut kucing. Ini
akan diulangi beberapa kali sehingga kanak-kanaknya dapat mengaitkan sebutan dengan objek
tersebut. Ini akan menjamin peneguhan pertalian.
(e)Pembelajaran Diskriminasi
Pembelajaran jenis ini melibatkan pembentukan kebolehan untuk menunjukkan gerakbalas yang
sesuai terhadap satu siri rangsangan yang berbeza. Bagi memudahkan proses mengelas dan
menyimpan maklumat dalam ingatan , kanak-kanak perlu dapat membezakan benda-benda
mengikut ciri-ciri tertentu. Pada masa yangsama, kanak-kanak dapat membezakan rangsangan
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan
untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam
proses pembelajaran.Kanak-kanak dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak
penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan
jangka panjang.
(f)Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali
ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Kanak-kanak dapat membentuk konsep yang baik setelah
membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Kanak-kanak perlu
didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas dan pelbagai supaya dia dapat
membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman konsep tersebut
guru harus membawa beberapa bukan contoh pula. Contohnya, kalau ingin menyampaikan
konsep mamalia, kanak-kanak perlu diberi memerhati sifat atau ciri-ciri yang ada pada contoh-
contoh haiwan seperti kucing, harimau, kambing. Bila kanak-kanak sudah dapat menyatakan
ciri-ciri yang sepunya pada haiwan-haiwan ini, guru akan kemukakan pula haiwan seperti
buaya, ular, burung. dengan mengkaji ciri-ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan yang bukan
mamalia tadi akan mengukuhkan lagi konsep haiwan mamalia.
(g)Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini merupakan proses kognitif tinggi. Ia melibatkan seseorang berkebolehan
untuk menghubungkait antara konsep-konsep dan mengaplikasi hubungan yang telah dibentuk
tadi dalam situasi yang pelbagai. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan
generalisasi.
Misalnya, ketika kanak-kanak memkanak-kanaki apabila air membeku, isipadunya bertambah.
Konsep-konsep yang perlu dikanak-kanaki ialah ‘membeku;. ‘isipadu’ dan ‘bertambah’.
Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain
untuk membentuk hukuman tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seseorang mengaitkan
konsep ‘bulat’ dan ‘bola’ ketika memkanak-kanaki hukum ‘benda-benda bulat tergolek’.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam
penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis,
membuat pilihan, membuat rumusan.Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran paling
kompleks. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Pembelajaran
penyelesaian masalah bergantung kepada jenis pembelajaran di peringkat yang rendah
daripadanya (iaitu yang sebelumnya). Selagi jenis-jenis pembelajaran di bawah seperti
pembelajaran hukum, pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan
pembelajaran isyarat belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.
1.3 IMPLIKASI TEORI UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH Guru perlu memainkan pelbagai peranan untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kalau kita kaji semula apa yang dibincangkankan oleh Gagne dalam teori-teori
yang diutarakannya, kita boleh gunakannya bagi menjalankan peranan tersebut dengan lebih
berkesan. Di antara peranannya adalah sebagai perancang, pengurus dan penilai proses
pengajaran. Guru harus menganalisis sukatan kanak-kanakan dan kemudian merancang urutan
pengetahuan dan kemahiran mengikut hirarki. Untuk merancang pengajaran dan pembelajaran,
guru perlu
a. Menentukan pengalaman atau pengetahuan sebagaimana Gagne kata proses
pembelajaran bergerak daripada mudah ke kompleks. Kanak-kanak hanya akan
memahami kefahaman yang baru kalau mereka ada pengalaman sedia ada.
b. Menentukan hanya satu kemahiran diajar pada satu-satu masa dan perlu dibina
daripada kemahiran sedia ada (prerequisite)
Aktiviti 2 Pilih satu tema daripada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah. 1. Analisis pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam tema tersebut. 2. senaraikan contoh-contoh peringkat pembelajaran seperti yang dibincangkan dalam pembelajaran hirarki Gagne.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
c. Menentukan ciri-ciri kanak-kanak: kesediaan, tahap kemahiran,dan motivasi
adalah diantara faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang proses
pengajaran dan pembelajaran
d. Menggunakan pelbagai media semasa mengajar sebab setiap jenis
pembelajaran memerlukan media yang berbeza. Contohnya kalau dalam
pembelajaran konsep kanak-kanak perlu diberi pelbagai contoh dan bukan
contoh yang konkrit supaya mereka boleh meneliti ciri-ciri yang terdapat yanh
mana akhirnya dapat membentuk konsep yang tertentu.
e. Guru mentaksir secara formatif dan sumatif supaya guru dapat menentukan
samada kanak-kanak memrlukan pemulihan, pengayaan atau boleh bergerak ke
tajuk yang seterusnya.
References
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. http://starfsfolk.khi.is/solrunb/gagne.htm http://www2.rgu.ac.uk/celt/pgcerttlt/how/how4a.htm
KONSTRUKTIVISME SEBAGAI PERSPEKTIF KONTEMPORARI YANG
DOMINAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS
Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang fahaman konstruktivisme sebagai pendekatan yang
merupakan asas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Konsep dan ciri-ciri
konstruktivisme dibincang agar pelajar dapat mengenal dengan lebih mendalam tentang
pendekatan ini. Akhirnya peranan guru dan murid yang perlu dilaksanakan bgi mempastikan
kekerkesanan pelaksanaan pendekatan ini dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Memperihalkan tentang konsep konstruktivisme
Menyenarakan ciri-ciri konstruktivisme
Menghurai peranan guru dan murid bagi melaksana pendekatan konstruktivisme
Pengenalan
KONSTRUKTIVISME
Konsep konstruktivisme
Ciri-ciri pengajaran konstruktivis
Peranan pengajaran konstruktivis
ASUS
Highlight
ASUS
Sticky Note
Bold
ASUS
Highlight
ASUS
Sticky Note
Masukkan muka surat di bahagian tengah (Arial, 12)
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Ada banyak pandangan tentang cara manusia belajar dan
memperoleh pengetahuan. Anda sudah belajar tentang
teori pembelajaran behaviorist yang didokong oleh
psikologist seperti Skinner, Pavlov, dan Thorndike. Juga
anda telah belajar tentang teori pembelajaran kognitif yang
dipelopori oleh Piaget. Bertitik tolak daripada pandangan
teori pembelajaran kognitif ini maka lahirlah satu lagi
pandangan tentang cara manusia belajar iaitu
konstruktivisme.
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu
yang berfikir. individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disamaikan
oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia
ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya.
1.1 KONSEP KONSTRUKTIVISME
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai
bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi
realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
AKTIVITI 1
Kenapa pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran sains?
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme yang
terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid (Rajah 9.1)
Rajah 9.1 : Pembelajaran Konstruktivisme
[Sumber: kk4141.wordpress.com]
Pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti berikut;
Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada.
Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan
mereka.
Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses
saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara
aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah
ada.
Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Faktor ini
berlaku apabila seorang pelajar menyadari gagasan-gagasannya tidak konsisten atau
sesuai dengan pengetahuan ilmiah.
Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman
pelajar untuk menarik miknat pelajar.
1.2 CIRI-CIRI P&P KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina
makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu
bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Justru bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu
mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan
pengetahuan sedia ada ini. oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara
konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman
pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner,
1986 dalam Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ).
Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran (Rajah 9.2) yang terdapat dalam satu modul
yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ).
Ciri Pertama
Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis
kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran
mereka bergantung kepada respon pelajar mereka.
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Ciri Kedua
Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka mahupun dengan
guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh
pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar
adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing.
Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara
aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari.
Ciri Ketiga
Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil
pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan konstruktivisme, proses pengajaran dan
pembelajaran itu senndiri amat penting kepada pelajar kerana pada waktu inilah pelajar akan
berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara
kreatif dan kritis.
Ciri Keempat
Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif ( kumpulan ).
Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif
tidak mempunyai perbezaan ketara. Dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan
bekerjsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran
secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama
untuk mencapai matlamat yang sama.
Ciri Kelima
Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak perlu
memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan
oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha
mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari.
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Rajah 9.2 : Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme
[Sumber: Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme, PPK]
Ciri-ciri
Pembelajaran
Secara
konstruktivisme
Menganggap
pembelajaran sebagai satu
proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran
Menyokong pembelajaran
koperatif
Menggalakkan murid
bertanya dan berdailog
dengan murid dan guru
Menggalak soalan yang
dimulakan oleh murid dan
gunakannya sebagai panduan
merancang pengajaran
Menggalak dan menerima
daya usaha dan autonomi
murid
Memberi peluang kepada murid untuk
membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan
murid dengan situasi dunia yang
sebenar
Mengambil kira
kepercayaan dan sikap
yang dibawa oleh murid
Mengambil kira dapatan
kajian tentang bagaimana
murid belajar sesuatu idea
Menggalakkan proses
inkuiri murid melalui
kajian dan eksperimen
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Ciri Keenam
Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu
pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan pelajar mereka
dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud.
Ciri Ketujuh
Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen kerana kaedah
eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.
Ciri Kelapan
Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Ciri
ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat mana kebolehan pelajar
mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar. Maklumat ini penting untuk guru
kerana konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif
melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
Ciri Kesembilan
Guru perlu mengambl kira kepercayaandan sikap yang dibawa oleh pelajar. Atan long ( 1980 )
dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah kesan yang terhimpun di
dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku.
Ketiga-tiga saling berkaitan kerana guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang
terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum.
Manakala dalam satu modul lagi yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 )
menyenaraikan 12 ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme iaitu pembelajaran berpusatkan
pelajar, fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran, guru bertindak fasilitator, menyokong
pembelajaran koperatif atau pembelajaran berkumpulan, menggalakkan dan menerima daya
usaha dan autonomi pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,
mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan proses
inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira dapatan kajian tentang
bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
oleh pelajar dan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
1.3 PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan
murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah
perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme.
Mari kita lihat dahulu apakah peranan guru dalam pembelajaran jenis ini. Di antaranya;
Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru
akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu
guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain.
Menggalakkan murid menerangkan ida mereka serta menghargai pandangan mereka.
Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu
pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina
fahaman sendiri.
Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka
Menggalakkan urid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis,
meramal, menerka dan membuat hipotesis.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea
yang telah dijanakan.
Menggalak pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam
membuat rancangan, proses, dan penelitian.
Manakala murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran
konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya;
Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka
pelajari. Mereka perlu berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian
secara individu mereka membuat analisis menentukan kemahiran dan pengetahan di
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan
masa depan.
Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan
sebagai seorang yang tahu segala-galanya.
Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk
menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah.
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan it akan dapat
membantu murid mengukuhkan atau mengubah idea mereka.
Murid mencabar hipotesis yang telah mereka buat dan digalakkan berbincang untuk
membuat ramalan. Seterusnya mereka berpeluang untuk menguji hipotesis mereka
Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong mereka menjana
idea da pengetahuan.
Selain daripada peranan guru dan murid yang pelu berubah, teknik pentaksiran juga perlu turut
berubah. Selalunya ujian digunakan. Murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan
jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran
yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang
demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid,
tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh
penggubal soalan sahaja. Cara pentaksiran harus merangkumi cara menyelesaikan masalah
dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik pentaksiran yang boleh digunakan
ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas
dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu
yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting
dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang
untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui
proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran mereka.
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
AKTIVITI 2 Adakah anda guna konstruktivime? Jawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’
1. Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
2. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. 3. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. 4. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah 5. Pelajaran berpusatkan murid 6. Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on' 7. Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir 8. Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza
untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut
9. Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya 10. Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina 11. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai 12. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru
menerangkan teori
13. Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan
14. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid 15. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru 16. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid 17. Murid bekerja dalam kumpulan
Banding beza di antara pembelajaran konstruktivisme dengan pembelajaran tradisional atau objektivisme
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
References
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th
Edition) USA, Allyn & Bacon.
Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th
ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006). Kaedah Mengajar Sains. Kuala
Menyedari /mengetahuai pengetahuan sedia ada pelajar.
Eksperimen, perbincangan dalam kumpulan kecil, permetaan konsep dan persembahan/pembentangan
Penstrukturan semula idea (penyusunan semula idea) i. Penjelasan dan saling bertukar idea ii. Pendedahan kepada idea yang bercanggah (idea konflit) iii. Perkembangan idea yang baru iv. Penilaian
Merealisasi kewujudan idea alternatif, idea perlu diperbaiki, dikembangkan atau perlu digantikan dengan idea yang saintifik. Untuk menentukan idea alternatif dan menilai secara kritikal idea yang sedia ada. Untuk menguji kesahan (validity) idea yang sedia ada. Menambah baik, mengembang dan mengantikan dengan idea baru. Menguji kesahan (validity) idea baru.
Perbincangan dalam kumpulan kecil dan pembentangan/persembahan Perbincangan, membaca dari buku atau internet,dan input dari guru Eksperimen, projek dan demonstrasi Penyoalan, ujian
Aplikasi idea Untuk mengaplikasikan idea dalam situasi baru
Penulisan laporan tentang hasilan sesuatu kerja projek
Refleksi Untuk menampung idea seseorang pelajar dengan idea saintifik
Penulisan laporan individu, perbincangan kumpulan, nota persendirian
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
3
10.2. Model Generatif Osborne Model Pembelajaran Generatif ini telah dibangunkan oleh Roger J. Osborne dan Michael C. Wittrock (1983). Ia adalah model berkaitan bagaimana kanak-kanak
belajar dan bagaimana untuk mengajar kanak-kanak. Model konstruktivis ini
adalah berdasarkan premis bahawa kanak-kanak datang ke bilik darjah dengan
pengetahuan sedia ada yang mungkin serasi atau mungkin tidak serasi dengan
konsep baru yang dibentangkan dalam pelajaran sains. Pelajar mesti berupaya
untuk mengaitkan antara pengetahuan sedia ada dan maklumat baru terlebih
dahulu untuk berjaya membina makna baru kepada konsep yang diajar. Model
pengajaran ini menggariskan satu siri langkah-langkah untuk pengajaran yang
direka dengan baik, iaitu fasa awal, fasa tumpuan (fokus) , fasa cabaran, dan
fasa aplikasi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah :-
Fasa Aktiviti
Fasa awal - termasuk apa-apa aktiviti
yang membolehkan guru mengetahui
apakah pengetahuan sedia ada murid
yang berkaitan dengan konsep baru.
Ini boleh jadi semudah sebagai pra-
ujian ringkas, atau ia mungkin
termasuk demonstrasi yang ringkas
atau aktiviti yang menyediakan acara
yang bercanggah (aktiviti yang
Dalam menjalankan pengajaran
tajuk keapungan , guru mungkin
mendapati bahawa sesetengah
murid mungkin kurang memahami
konsep ketumpatan, jisim, dan
isipadu. Kekurangan pengetahuan
ini akan menyekat keupayaan murid
untuk menyusun pemahaman yang
kukuh tentang keapungan. Jika fasa
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4
mengejutkan dengan keputusan yang
tidak dijangka). Ini adalah satu
peluang bagi guru untuk mencari
apakah pengetahuan prasyarat yang
kurang dari murid atau apa
miskonsepsi murid yang boleh
mengganggu pemahaman mereka
tentang konsep yang akan diajar.
awal menunjukkan bahawa murid
kurang pengetahuan itu, guru perlu
memperuntukkan masa untuk
memberikan kefahaman konsep
sebagai pra-syarat untuk fasa
berikutnya
Fasa fokus - menyediakan suatu
aktiviti (yang boleh menjadi satu aktiviti
hands-on atau minds-on) yang
memberikan murid peluang untuk
bermain-main dengan contoh konsep
(seperti bermain-main dengan objek
yang tenggelam atau terapung). Untuk
membuat kelainan yang akan
merangsang rasa ingin tahu pelajar,
guru perlu menyediakan objek yang
dijangka akan tenggelam, tetapi yang
sebenarnya akan terapung.
Murid dalam kumpulan kecil
menjalankan eksperimen penyiasat
keapungan beberapa objek.
Menjalankan aktiviti-aktiviti ini dalam
kumpulan kecil adalah amat
berkesan. Murid akan melakukan
eksperimen ke atas bahan-bahan,
membincangkan keputusan,
mencabar dan menguji penjelasan /
idea-idea mereka bersama-sama.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
5
Fasa cabaran - masa untuk murid
membandingkan idea-idea mereka
dengan orang lain. Walaupun ini boleh
dilakukan secara individu, tetapi aktiviti
pembelajaran berkumpulan adalah
lebih berkesan. Ahli-ahli kelas adalah
digalakkan untuk berbahas, mencabar,
dan menguji idea-idea antara satu
sama lain, manakala guru
menggalakkan semua murid untuk
menyatakan idea dan menyediakan
soalan-soalan yang mencabar
penjelasan mereka. Terpulang kepada
pelajar untuk menguji idea dan
menghapuskan idea-idea yang tidak
befungsi. Guru membantu mereka
memahami dan menguji setiap idea.
Apabila guru telah pasti tahap
persediaan kognitif murid maka
konsep sains boleh dikemukakan .
Murid membentangkan hasil mereka
dan bertukar-tukar idea, berbincang
dan menguji penjelasan mereka.
Guru pula menerangkan konsep
keapungan.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
6
Fasa aplikasi - menyediakan pelajar
dengan peluang untuk mengetahui
sama ada konsep itu terpakai kepada
pelbagai situasi. Adalah dicadangkan
supaya murid diberi peluang untuk
meneroka sekurang-kurangnya lima
situasi di mana konsep ini boleh
digunakan. Contoh baru boleh
memberi perubahan baru kepada
konsep yang akan membawa kepada
pusingan baru perbincangan dan ujian
Dalam topik keapungan, bot
aluminium foil tidak sesuai dengan
konsep. Konsep perlu ditakrifkan
semula supaya sesuai bagi
menerangkan bot tersebut. Pada
akhir nya, guru boleh memperbaiki
kefahaman murid dengan
menyediakan satu atau dua contoh
yang kelihatan seperti mematuhi
konsep, tetapi pada kajian
mendalam adalah tidak. Ini akan
membantu menghalang murid
daripada terus menggunakan
konsep baru untuk semua keadaan.
10.3 Model Interaktif ( Faire dan Cosgrove)
Pembelajaran adalah satu proses interaktif dan bukan satu latihan pasif dalam
menyalurkan pengetahuan. Pembelajaran interaktif menggalakkan perkembangan
kemahiran proses sains, perkembangan kefahaman konsep, “student ownership”
dalam proses dan produk pembelajaran.
Pembelajaran jenis ini bermula dengan guru mengenalkan satu kejadian yang
boleh menggalakkan dan mengarah murid untuk memberi perhatian dalam
tugasan yang diberikan kepada mereka.
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
ASUS
Sticky Note
memperkenalkan
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
7
Contoh:
Soalan untuk dijawab
Masalah untuk diselesaikan
Satu cabaran untuk ditujukan
Peristiwa bercanggah (discrepant event) untuk diterangkan
Pembelajaran diteruskan dengan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses.
Contoh:
Menanyakan soalan sendiri
Menyatakan idea sendiri
Menyatakan hipotesis
Menjalankan penyiasatan
Memperincikan idea
Menyatakan hasil penyiasatan
Tugas guru dalam proses pembelajaran interaktif
Memulakan pembelajaran dengan memberikan soalan, cabaran, masalah atau
peristiwa bercanggah dan memotivasikan pelajar dalam menjalankan tugasan.
Sebagai fasilitator dalam aktiviti yang dijalankan. Guru akan menyatakan keadaan
pembelajaran seperti kumpulan, bahan yang perlu di assess, tetapkan masa dan
kehendak.
Mencungkil idea murid, beri panduan untuk menghasilkan hipotesis, fokus soalan,
membantu murid dalam penyiasatan dll
Aktiviti 1 Buat banding beza antara ketiga-tiga model diatas.
ASUS
Highlight
ASUS
Sticky Note
masukkan bullet
ASUS
Highlight
ASUS
Sticky Note
masukkan bullet
ASUS
Highlight
ASUS
Sticky Note
Latihan
ASUS
Highlight
ASUS
Highlight
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
8
Aktiviti ini di lukis dalam bentuk gambarajah seperti berikut:
Persediaan Guru dan murid memilih topik dan mencari bahan
Pengetahuan sedia ada Guru mengenalpasti
pengetahuan sedia ada murid
Aktiviti penerokaan Murid menyiasat berkenaan tajuk melalui pembacaan,
bertanya soalan dan perbincangan
Refleksi Guru membantu murid membuat refleksi tentang apa yang mereka telah belajar dan bagaimana mereka belajar.
Murid-murid bertanya soalan Murid-murid mengemukakan soalan mengenai topik yang
dipelajari
Buat kajian Guru dan murid memilih soalan untuk belajar secara mendalam
Pemerhatian Murid-murid mempersembahkan
hasil mereka dan guru memerhati perubahan pada
murid dari segi konsep.
Soalan tambahan
Buat perbandingan
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
9
Rujukan Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th Edition).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/2.10.html (Ausubel Meaningful Learning Model) http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Advance_organizers (Advance organisers) http://www.hsc.csu.edu.au/pro_dev/teaching_online/how_we_learn/cognitive.html (Cognitive Learning Theories)
Aktiviti 2
Bagi setiap model tersebut, rancangkan satu rancangan pelajaran bagi satu tajuk Sains Sekolah Rendah
TOPIK 11 Keperluan kanak-kanak untuk membantu mereka belajar melalui Konstruktivisme
11.0 Sinopsis
Topik ini berkaitan dengan apa yang kanak-kanak perlukan untuk membantu
mereka belajar sains melalui konstruktivisme. Perkara yang perlu dititik beratkan
ialah dari aspek pemikiran, aktiviti fizikal, bahasa, sosial , keyakinan diri dan masa.
Contoh-contoh aktiviti pengajaran diberikan untuk memberikan gambaran supaya
pelaksanaan pengajaran kontruktivisme dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Di akhir topik akan ditunjukkkan tentang perbezaan antara kelas konstruktivisme
dan kelas tradisional.
11.1 Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti apa yang kanak-kanak perlu dalam mempelajari sains melalui
konstruktivisme
Menjalankan satu aktiviti sepontan berkaitan persoalan mengenai sains
11.2 Kerangka Tajuk
Keperluan Kanak-kanak dalam pembelajaran
konstruktivisme
Aplikasi konstruktivisme dalam bilik darjah
Perbezaan antara kelas kontruktivisme dan tradisional
Pemikiran Aktiviti fizikal Bahasa Sosialisasi Harga diri Masa
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
87
11.1 Aplikasi Konstruktivis dalam bilik darjah
Guru konstruktivisme bertanyakan soalan dan membentangkan masalah,
kemudian membimbing dan membantu murid mencari jawapan sendiri. Guru perlu
menggunakan pelbagai teknik dalam proses pengajarannya.
Pembelajaran dalam konstruktivis adalah
Contoh
Dibina - murid datang ke situasi pembelajaran dengan idea-idea, pengetahuan dan kefahaman sendiri. Pengetahuan sedia ada adalah bahan mentah untuk pengetahuan baru yang akan diwujudkan.
Seorang guru sekolah rendah membentangkan masalah kepada kelas untuk mengukur panjang sebuah kereta. Guru tidak terus memperkenalkan penggunaan pembaris malah membenarkan murid membina kaedah ukuran mereka sendiri. Murid dibenarkan berbincang dan menentukan kaedah pengukuran untuk penyelesaian masalah.
Aktif – murid mewujudkan kefahaman yang baru dalam dirinya. Guru hanya memberikan saranan dan membenarkan murid melakukan eksperimen, bertanyakan soalan dan mencuba. Aktiviti pembelajaran ini memerlukan penyertaan murid sepenuhnya dengan bersama-sama membuat refleksi dan berbincang tentang aktiviti-aktiviti mereka.
Secara berkumpulan, murid-murid dikehendaki berbincang tentang satu masalah dalam sains. Walaupun guru tahu "jawapan" kepada masalah, beliau memberi tumpuan kepada membantu murid menyatakan semula soalan-soalan mereka dengan lebih bermakna. Beliau meminta setiap pelajar untuk merenung dan mengkaji semula pengetahuan sedia ada mereka. Apabila ada murid cuba menyatakan suatu konsep yang berkaitan, guru akan memberikan ruang kepada kumpulannya untuk melakukan penerokaan lanjut dengan mereka bentuk dan melaksanakan eksperimen yang berkaitan. Selepas itu, murid dan guru berbincang mengenai apa yang mereka telah pelajari, dan bagaimana pemerhatian dan uji kaji mereka membantu mereka untuk lebih memahami konsep tersebut.
Reflektif- murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri dengan melihat kembali pengalaman mereka. Proses ini menjadikan mereka pakar terhadap pembelajaran mereka sendiri. Guru membantu
Murid menyimpan jurnal dalam menjalankan projek-projek sains di mana mereka mencatat refleksi tentang projek dan maklum balas visual dan lisan orang lain terhadap projek. Secara berkala guru membaca jurnal-jurnal ini dan mengadakan pertemuan dan penilaian
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
88
Murid akan membina makna mereka sendiri daripada rangsangan dan input yang
ada pada mereka. Sebagai contoh, sekiranya tiga murid menerangkan filem yang
mereka telah tonton, mungkin wujud tiga jawapan yang agak berbeza. Tugas otak
manusia adalah untuk menyesuaikan maklumat dengan pengalamannya. Dari
semua input dan juga pengalaman lepas, murid akan dapat membina perkara
yang sebenar. Setiap murid melakukannya dengan cara yang unik. Murid perlu
diberi peluang untuk melakukan lebih daripada tugas hafalan semata-mata. Murid
perlu berurusan dengan maklumat dan pengalaman sendiri untuk menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna. Guru boleh membantu murid memperolehi
pembelajaran bermakna melalui:
• Mendengar idea-idea murid dan menggalakkan mereka menyoal.
• Menggalakkan murid bergiat aktif dalam perbincangan.
• Menyediakan lebih daripada satu sumber maklumat supaya murid boleh
melihat dari pelbagai perspektif dan mempunyai input yang banyak.
• Menggalakkan murid untuk membandingbeza idea-idea menggalakkan
murid menulis tentang idea-idea mereka
mewujudkan situasi di mana murid berasa selesa berbincang, bersoal jawab dan melakukan refleksi terhadap proses pembelajaran mereka sendiri sama ada secara peribadi atau dalam kumpulan.
bersama murid tentang: (1) pengetahuan baru yang diperolehi, (2) bagaimana pembelajaran terbaik diperolehi dan (3) persekitaran pembelajaran dan peranan guru.
Latihan 1
Jalankan satu aktiviti spontan berkaitan persoalan mengenai sains dengan
merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
89
11.2 Perbandingan antara kelas tradisional dan kelas konstruktivis
Gambarajah di bawah menunjukkan perbandingan antara kelas tradisional dan kelas konstruktivis
Kelas tradisional Kelas konstruktivis
Kurikulum bermula dengan bahagian-bahagian kecil dari
keseluruhan dan menekankan kemahiran asas.
Kurikulum menekankan konsep yang besar, bermula dengan keseluruhan dan berkembang kepada bahagian yang lebih
spesifik.
Pematuhan ketat terhadap kurikulum amatlah penting.
Menarik minat murid dan menggalakkan penyoalan
murid adalah penting.
Bahan terutamanya buku-buku teks dan buku kerja.
Bahan-bahan termasuk sumber utama dan sumber manipulasi.
Pembelajaran adalah berdasarkan kepada
pengulangan/latih tubi.
Pembelajaran interaktif, membina apa yang murid
sudah tahu.
Guru memberi maklumat kepada murid, murid menerima
pengetahuan.
Guru berdialog dengan murid untuk membantu murid
membina pengetahuan mereka sendiri
Peranan guru melaksanakan arahan dari pihak berkuasa.
Peranan guru adalah interaktif dan berasaskan rundingan
Penilaian adalah melalui ujian dan jawapan yang betul.
Penilaian termasuk kerja-kerja pelajar, pemerhatian, dan
pandangan, serta ujian. Proses dan produk adalah sama
penting
Pengetahuan adalah statik. Pengetahuan adalah dinamik dan sentiasa berubah mengikut pengalaman.
Murid belajar sendiri. Murid belajar dalam kumpulan.
SCE3023 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
90
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th
Edition) USA, Allyn & Bacon.
Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th
Pelajar-pelajar diminta untuk melukis udara yang terdapat dalam flask sebelum dan selepas separuh daripada udaranya dikeluarkan. Lima belas peratus pelajar-pelajar kolej melukis flask yang kedua dimana ada ruang yang mengandungi udara dan ada ruang yang kosong. Apakah kategori miskonsepsi ini?
Bagaimana idea kanak-kanak mempengaruhi pembelajaran?
Miskonsepsi dapat membentuk konsep awal, kesalahan hubungan yang tidak benar
antara konsep-konsep, gagasan intuitif atau pandangan yang salah. Secara terperinci,
miskonsepsi boleh menyebabkan:
pengertian yang tidak tepat tentang konsep,
penggunaan konsep yang salah,
klasifikasi contoh-contoh yang salah tentang penerapan konsep,
makna konsep yang berbeza,
kekeliruan konsep-konsep yang berbeza, dan
hubungan hierarki konsep-konsep yang tidak benar
Ringkasnya, sekiranya miskonsepsi tidak dicabar dan dibetulkan ianya akan
menyebabkan murid-murid akan membentuk kefahaman sains yang salah yang
berterusan.
Terdapat banyak miskonsepsi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji dalam pelbagai
topik sains. Berikut adalah beberapa miskonsepsi yang biasa dipunyai oleh kanak-
kanak mengikut topik-topik tertentu.
Area/topic Misconceptions
Earth science The Earth is sitting on something. The Earth is larger than the Sun. The Earth is round like a pancake We live on the flat middle of a sphere. Astrology is able to predict the future. Gravity increases with height. Gravity cannot exist without air. There is a definite up and down in space.
Physical science Ice cannot change temperature When the temperature of a boiling substance
remains constant, something is “wrong.” The bubbles in boiling water contain “air,” Oxygen,”
or “nothing,” rather than water vapor. All liquids boil at 100°C (212°F) and freeze at 0° C
(32°F).
Heat is a substance. Heat is not energy.
Hapkiewicz, A. (1992). Finding a List of Science
Misconceptions. MSTA Newsletter, 38 (Winter’92), pp. 11-14
Living things Plants obtain their energy directly from the sun. Plants have multiple sources of food (heterotrophic
as well as autotrophic). Carbon dioxide, water, and minerals are food. Plants feed by absorbing food through their roots. Plants use heat from the sun as a source of energy
for photosynthesis
Berthelsen, B. (1999). Students Naïve Conceptions in Life Science. MSTA Journal, 44(1) (Spring’99), pp. 13-19. http://www.msta-mich.org
Jadual 12.1 : Senarai miskonsepsi yang biasa ujud di kalangan kanak-kanak
12.2 MENGENAL PASTI MISKONSEPSI
Bagaimana anda sedar miskonsepsi yang berlaku di kalangan murid-murid anda?
Cuba teliti senarai miskonsepsi dalam Jadual 12.1. Miskonsepsi yang mana ujud di kalangan murid-murid anda?
Pilih satu tajuk. Kumpulkan satu senarai miskonsepsi yang biasa
ujud di kalangan kanak-kanak
Miskonsepsi boleh dikenalpasti atau ditaksir dengan pelbagai cara.. Di antaranya;
Temubual
Guru memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanak-
kanak. Kemudian, kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka
mengenai konsep-konsep di atas. Dari sini kita akan dapat mengerti latar
belakang munculnya miskonsepsi yang ada dan sekaligus ditanyakan dari mana
mereka memperoleh miskonsepsi tersebut.
Dua kaedah temubual yang banyak digunakan adalah `interviews-about-
instances (Osborne and Gilbert, 1980)’ dan and `interviews-about-events
(Osborne and Freyberg, 1987)’. Lukisan yang ringkas bagi mengambarkan
scenario tertentu digunakan sebagai rangsangan( Rajah 12.2). Kad gambar ini
diletak atas meja, satu demi satu dan ringkasan komen dibacakan. Temubual
dijalankan selama lebih kurang empat puluh minit dan dirakam perbualannya.
Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan minta kanak-
kanak menjawab secara jujur dan tegaskan kepada mereka bahawa ujian itu
bukan untuk digred.
Guru boleh gunakan bentuk soalan esei atau objektif. Ujian objektif akan
mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa ujud di
kalangan kanak-kanak. Berikut adalah contoh soalan yang telah digunakan
dalam satu kajian di sekolah Lewis and Clark, USA;
Soalan berbentuk esei atau soalan terbuka boleh juga digunakan. Soalan bentuk
ini mungkin sesuai kalau anda ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran
kanak-kanak. Justru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan
maklumat ini anda akan dapat memilih cara yang terbaik untuk menangani
miskonsepsi kanak-kanak. Anda boleh juga menemubual kanak-kanak ini
selanjutnya untuk mendapat penjelsan yang lebih mendalam.
Science Trivia Questions
Check yes or no, or circle the correct answer
1. If you drop a 1 pound weight and a 10 pound at the same time from the same
height, the 10 pound weight will hit the ground first.
□ Yes □ No
2. The moon increases and decreases in size throughout the month.
□ Yes □ No
3. Plants get food from:
a.) fertilizer
b.) the ground water
c.) making their own food internally
d.) absorbing it from the soil via the roots
Pemerhatian Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka
berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. n.
Dari diskusi di kelas itu dapat dikenal pasti apakah idea mereka tepat atau tidak
(Harlen, 1992:176). Dari diskusi tersebut, guru dapat mengerti konsep-konsep
alternatif yang dipunyai siswa.
Ramalan Meramal, memerhati, dan menerang boleh digunakan juga untuk mengenal pasti
miskonsepsi kanak-kanak. Anda perlu sediakan satu demonstrasi tentang
sesuatu kejadian yang berkaitan dengan fokus tajuk. Kemudian ikut langkah
berikut;
.
Langkah pertama : Meramal
Minta murid secara individu menulis ramalan
mereka
Minta mereka terangkan sebab ramalan
tersebut
Langkah kedua : Memerhati
Lakukan eksperimen tersebut
Minta mereka buat pemerhatian dan rekodkan
Langkah ketiga : Menerang
Minta murid betulkan sebab yang mereka
telah tulis di awal demonstrasi tadi
Minta mereka bincangkan sesama mereka
Peta Konsep Novak (1985 : 94) mendefinisikan peta konsep sebagai suatu alat skematis untuk
mewakili suatu rangkaian konsep yang digambarkan dalam suatu kerangka. Peta
itu mengungkapkan hubungan-hubungan yang bererti antara konsep-konsep dan
menekankan gagasan-gagasan pokok. Miskonsepsi dapat diidentifikasi dengan
melihat hubungan antara dua konsep apakah benar atau tidak. Biasanya
miskonsepsi dapat dilihat dalam proposisi yang salah dan tidak adanya
hubungan yang lengkap antar konsep. Dengan membandingkan peta konsep
yang dilukis oleh kanak-kanak dengan peta konsep yang guru bina, kita akan
dapat mengenal pasti miskonsepsi yang ujud pada kanak-kanak tersebut.
Sebelum dapat gunakan peta konsep sebagai alat untuk mengenal pasti
miskonsepsi, anda perlu melatih kanak-kanak cara membina peta konsep
terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan;
Pilih satu konsep utama;
Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan;
Susun konsep-konsep ikut hirarki daripada yang am kepada yang
spesifik;
Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan;
Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai
12.3 CARA MENANGANI MISKONSEPSI
Ada banyak cara untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi. Secara umum
cara yang tepat untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi adalah mencari
bentuk kesalahan yang dimiliki kanak-kanak itu, mencari sebab-sebabnya, dan
menemukan cara yang sesuai untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.
Perkara pertama yang harus dilakukan guru adalah memahami kerangka berfikir
kanak-kanak. Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka
berfikir guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan cara
mengatasi miskonsepsi tersebut. Hal yang dapat dilakukan guru adalah:
Kenal pasti miskonsepsi yang ditunjukkan dalam rajah
di atas.
a. Apakah punca berlakunya msikonsepsi tersebut?
b. Bagaimana hendak betulkannya?
a. memberi kesempatan pada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan pemikirannya
mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara lisan atau tertulis;
b. bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep yang biasanya membuat kanak-kanak
keliru dan kanak-kanak diminta menjawab secara jujur; dan
c. mengajak kanak-kanak untuk berbincang tentang bahan tertentu yang biasanya
mengandung miskonsepsi, dan guru membiarkan kanak-kanak berbincang dengan
bebas.
Cara mengatasi miskonsepsi bergantung pada penyebabnya. Selanjutnya kita akan
berbincang cara mengatasi miskonsepsi berdasarkan penyebab iaitu kanak-kanak itu
sendiri, guru, dan kaedah pembelajaran yang digunakan guru di kelas.
Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh Kanak-kanak
Kemampuan kanak-kanak untuk mempelajari konsep-konsep sains adalah tidak sama.
Sebahagian kanak-kanak yang lambat untuk memahami konsep yang diajar, ada pula
kanak-kanak tidak dapat menangkap konsep yang diajarkan guru secara lengkap dan
tepat. Konsep yang tidak lengkap itu dipercayai kanak-kanak sebagai konsep sudah
lengkap dan benar, padahal sebenarnya konsep tersebut belum lengkap dikuasai
kanak-kanak.
Dalam menghadapi hal ini, guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini
tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep
yang kurang atau belum lengkap. Oleh karena pemahaman konsep sendiri memerlukan
proses yang terus-menerus dan waktu yang lama bagi kanak-kanak, maka kanak-kanak
yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya
kefahamannya. Untuk beberapa kanak-kanak, guru perlu memberikan waktu tambahan
atau khusus untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai
dengan keadaan mereka.
Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanak-kanak.
Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan dan juga
cenderung mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat cenderung tidak
mendengarkan dan memperhatikan secara penuh, mereka cenderung mengabaikan
apa yang diajarkan guru.
Dalam mempelajari buku teks pun cenderung tidak teliti dan kadang-kadang hanya
membaca dengan sambil lalu saja. Akibatnya, konsep yang dipelajari menjadi sukar
dan kanak-kanak tersebut cenderung mengalami miskonsepsi. Untuk mengatasi hal ini
ada beberapa hal yang dapat dilakukan guru yaitu membantu kanak-kanak untuk
meningkatkan motivasi dan minatnya belajar.
Beberapa cara yang dapat dilakukan guru untuk meningkatkan minat belajar kanak-
kanak, antara lain:
1) guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran sehingga
kanak-kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran ;
2) guru menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian, terutama dalam
konteks kehidupan kanak-kanak;
3) guru berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan kanak-kanak
suka belajar;
4) guru menunjukkan pada kanak-kanak bahwa sesungguhnya kanak-kanak dapat
belajar ; dan
5) guru lebih bersabar dalam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki
kemampuan yang kurang dalam pembelajaran.
Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh Guru
Miskonsepsi dapat terjadi tidak hanya disebabkan kanak-kanak itu sendiri tetapi juga
dapat disebabkan oleh guru yang memberikan pembelajaran di kelas kanak-kanak
tersebut. Miskonsepsi yang disebabkan oleh guru dapat terjadi karena guru tidak
menguasai konsep yang benar dari bahan ajar yang akan diberikan sehingga guru
keliru menjelaskan konsep tersebut ke kanak-kanak. Guru yang tidak menguasai
konsep secara benar perlu belajar lagi, baik belajar secara sendiri maupun belajar
bersama dengan guru lainnya. Guru juga perlu menyedari bahawa ilmu yang dimilikinya
harus selalu ditingkatkan dan diperbaharui.
Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh kaedah Pembelajaran yang
Digunakan Guru
Miskonsepsi pada kanak-kanak juga dapat disebabkan proses pembelajaran yang
dialami tidak kukuh. Kanak-kanak yang menerima pembelajaran dengan kaedah
ceramah saja tanpa pernah melakukan aktiviti hands-on akan cenderung mengalami
miskonsepsi. Hal sama juga terjadi jika kanak-kanak menerima pembelajaran dengan
satu kaedah pembelajaran yang sama sahaja juga cenderung mengalami miskonsepsi.
Oleh karena itu, untuk mengatasi miskonsepsi pada kanak-kanak, guru perlu
melakukan variasi kaedah pembelajaran agar kanak-kanak tidak bosan dan terus
dimotivasi untuk belajar . Cara terbaik untuk menangani miskonsepsi adalah dengan
menyediakan pengalaman secara langsung yang boleh membuktikan itu adalah
miskonsepsi.
a. Apakah peta lidah mewakili fakta yang betul?
b. Apakah cara terbaik untuk membetulkan
miskonsepsi ini?
Penutup
Miskonsepsi ujud di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kewujudannya
kadangkala tidak disedari apabila kaedah pengajaran anda tidak mengenal pasti
kefahaman kanak-kanak sebelum anda memperkenalkan konsep baru. Juga apabila
soal-jawab dilakukan kanak-kanak akan memberi jawapan yang guru ingin dengar
supaya guru puas hati. Sebagaimana yang tela kita bincangkan dalam modul ini, adalah
amat penting untuk menyedari miskonsepsi yang ujud di kalangan murid-murid dan
seterusnya menanganinya agar kanak-kanak membentuk konsep sains yang tepat.
References
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th
ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
Edition) USA, Allyn & Bacon.
Alsop, S. and Watts, M. ( ). Interviews-about-scenarios.Exploring the affective dimensions of physics education. Di muatturun pada 8ept.2011 daripada http://www.manchesteruniversitypress.co.uk/uploads/docs/630021.pdf
Eggen, P. and Kauchak, D. (2004) Educational Psychology: Windows, Classrooms.
Upper Saddle River: Pearson Prentice Hall
Guest, G. (2004 ). Alternative Frameworks and Misconceptions in Primary Science. Dimuat turun pada 8 Sept.2011 daripada http://www.ase.org.uk/sci- tutors/professional_issues/teaching_teaching/misconceptions.php.
Harlen, W. (2000 B.) The Teaching of Science in Primary Schools. 3rd
Hubber, P. (2005). Explorations of Year 10 students’ conceptual change during instruction. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, Volume 6, Issue 1, Article 1 (June, 2005). Dimuatturun pada 10 Sept.2011 daripada http://www.ied.edu.hk/apfslt/v6_issue1/hubber/hubber3.htm
Martin, R.; Sexton, C.; Gerlovich, J. (2002). Teaching science for all children-Methods
for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon.
Novak, J. D., & Gowin, D. B. (1984). Learning how to learn. New York and Cambridge,
UK: Cambridge University Press.
Thompson, F dan Logue, S. An exploration of common student misconceptions in
science. International Education Journal, 2006, 7(4), 553- 559.