PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODULPENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH PSV3112 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
MODULPENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN RENDAH
PSV3112LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANKEPUJIANKEPUJIAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersediamenjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yangbersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak adakepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulangmana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apajuga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada RektorInstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
KANDUNGAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
2.0Sipnosis
2.1Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
PANDUAN PELAJAR
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dandiri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yangdicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.
PENGENALAN
Modul panduan pembelajaran ini disediakan bertujuan membantu pelajar
melengkapkan diri untuk menguasai ilmu dan kemahiran Lukisan dan
penyuburan diri . Kandungan buku ini terbahagi kepada dua tajuk iaitu :
i. Lukisan dan penyuburan diri
Setiap tajuk mengandungi beberapa aktiviti sebagai
pengukuhan pembelajaran. Pelajar boleh menggunakan kemudahan
Pembelajaran Melalui Talian(OLL) sebagai input tambahan serta
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pembelajaran secara ekses
kendiri dan perbincangan bersama rakan atau pensyarah juga membantu
pelajar untuk menjawab soalan tugasan. Pelajar perlu menyiapkan tugasan
aktiviti yang diberi dalam tempoh yang ditentukan.
Kandungan pembelajaran anda penting didokumentasikan untuk
tujuan refleksi kendiri. Pelajar juga perlu mengikuti setiap topik dalam buku ini
mengikut urutan agar berlaku perkembangan ilmu yang sistematik
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang DimodulkanDan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka
AGIHAN TAJUK (PSV3112)Panduan kepada pengguna
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jaminteraksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksibersemuka atau pembelajaran melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
Bil. Tajuk/Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
Jum.Jam
1
TeoriJenis-Jenis Lukisan
Figuratif dan non-figuratif
Arkitektural dan teknikal
Ilustrasi
Carta, rajah, graf
Fesyen
Lukisan perspektif
3
2
Alat dan Bahan Jenis
- Pensel dan pensel warna- Pastel- Pen & ink- Conte- Marker- Media campuran- Arang
Penerokaan alat dan bahan
3
3
Pelbagai Fungsi Lukisan Mengumpul dan menyampaikan
maklumat Berkomunikasi Luahan idea dan emosi Bentuk dan makna Ilustrasi Dokumentasi budaya dan sejarah.
3
4
Lukisan Dalam Gubahan Pelbagai Alirandan Budaya
Pendekatan dari pelbagai tamadun- Islam- India
Bil. Tajuk/Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
Jum.Jam
- China Kesan pengolahan teknik mengikut
pelbagai- Budaya- Zaman- Stail- Falsafah
Contoh karya lukisan daripadapelbagai aliran dan budaya
3
5
Pertimbangan dan Pengamatan AsasDalam Lukisan
Hal benda Ruang (hadapan, tengah, belakang) Suasana (panas, sejuk, riang, sedih,
cemas) Ciri dan sifat objek Kadar banding dalam lukisan
- Nisbah kemasan Rupa bentuk, bentuk & proposi Kedudukan objek Skala dan Kadar banding Pencahayaan, Isipadu Struktur Sifat objek
3
1.1 Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang makna lukisan disamping menerangkan
secara ringkas jenis-jenis lukisan terutamanya berkaitan dengan lukisan figuratif,
non-figuratif, lukisan arkitektural dan teknikal, ilustrasi, fesyen dan lukisan perspektif.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
1. Menjelaskan konsep lukisan
2. Menghurai lukisan figuratif dan non-figuratif, lukisan arkitektural dan teknikal,Arkitektural dan teknikal, Ilustrasi, Carta, rajah, graf dan fesyen lukisanperspektif.
3. Menjelaskan kepentingan dan fungsi lukisan
4. Menghuraikan sejarah awal lukisan
1.3 Kerangka tajuk-tajuk
TAJUK 1 JENIS-JENIS LUKISAN
Lukisan
Fesyen
Carta, rajah, graf
Ilustrasi
Arkitektural dan teknikal
Figuratif dan non-figuratif
Lukisan perspektif
LUKISAN
Definisi Lukisan
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja
antaranya:
• Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari
dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari
perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti
yang berhubung dan tubuh badan.
• Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus
yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya,
bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.
• Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual
manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati &
perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk
berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
• Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan
pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi,
keintelektualan dan juga spiritual.
• Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas
permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.
• Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu
mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya
emosi dan daya estetika.
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik
semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau
dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam
bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di
Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri,
sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi
(dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi
idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.
gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan.
Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan
mereka kepada mencari nafkah.
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang
kehidupan seharian sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan
di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan
dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu
memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang
mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua
Tambun, Perak. Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di
Perancis terutama di Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet,
Ardeche, Perancis dipercayai lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-
13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda atau
binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik
Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan
digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’ yang bersiri untuk meninggalkan satu
dokumentasi sejarah yang gemilang.
Gua Lascaux, PerancisGua Chauvet, Ardeche, Perancis
KEPENTINGAN LUKISAN
Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya
ialah:
• untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar
• untuk merakamkan sesuatu peristiwa
• sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)
• sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu
karya yg terbaik.
JENIS – JENIS LUKISAN
1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif
tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis
perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah
rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang
tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa
yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk
menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif
menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.
Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain dalam minda danmelalui perasaan dalamannya?
Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi
unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai
contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan
warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis
tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.
Antoine de Villiers‘Ron drawing’Pastel & charcoal on Paper65 x 46.5 cm 2004
The Art of Figure Drawing byThomas H. Maguire
Wassily Kandinsky Cossacks 1910-11Oil on canvas 94.6 x 130.2 cm Tate Gallery
2. Lukisan Kajian
Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk
tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti
sebagai bahan kajian. Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.
Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan,
cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.
LUKISAN ARKITEKTURAL
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenalisebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segiukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumenreka bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya
digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
- membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,
- menghubungkan idea dan konsep rekaan,
- memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan
rekaan,
- untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk
bangunan yang hendak dibina,
- sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,
- sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.
Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan,
antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas
yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam
sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan
dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan
melakar semula dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan
iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan
dengan lebih cekap.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah
merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual
merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan
menggunakan perisian CAD.
contoh lukisan pelan rumah
The Concertgebouw (concerthall) Amsterdam, oleh AdolfLeonard van Gendt, 1888.
Lukisan Teknikal
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali
juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik
kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran
rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau
cara ia dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan
piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit
ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis
teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah.
Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan
mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam
menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini
membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila
mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai
namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.
MG42 technical drawingWeapons by Dr Dan Saranga
Technical drawing of the new ZAP-Xelectric crossover SUV engineeredby Lotus. (ZAP)
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan satu paparan visual yang dipersembahkan samada
dalam bentuk lukisan, gambar foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat
(seperti sebuah cerita, sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan visual
dalam bentuk grafik. Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi
suatu cerita, tulisan, puisi, atau informasi tertulis lainnya. Diharapkan dengan
bantuan visual, tulisan tersebut lebih mudah dicerna. Ilustrasi dapat memperjelas
teks atau ungkapan terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca.
Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan
menggambarkan suatu adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan
secara umum karakter atau keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi berfungsi untuk
menarik pembaca agar tertarik untuk membaca cerita. Sebuah ilustrasi yang
dipaparkan dalam sebuah majalah berfungsi sebagai pendukung estetik dari sebuah
cerita. Selain fungsi tersebut, ilustrasi juga dapat mewakili perwatakan cerita yang
ditampilkan, ada korelasi antara visual dan latar belakang cerita.
Fungsi
Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang
berfungsi untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D.
White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang
mampu mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. Ia dapat
menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat
menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita.
Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.
Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia,
binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur
komposisi yang baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik,
dan menguasai teknik menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus
pandai menggambar, menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia
dan binatang, dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai
berbagai cara menggambar.
Fungsi khusus ilustrasi antara lain:
Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita
Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan
ilmiah
Memberikan bayangan langkah kerja
Mengkomunikasikan cerita.
Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.
Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.
Dapat menerangkan konsep
Ilustrasi berfungsi untuk
1. Menarik perhatian.2. Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.3. Memberikan eksplanasi atas pernyataan.4. Menonjolkan keistimewaan daripada produk5. Memenangkan persaingan6. Menciptakan suasana khas7. Dramatisasi pesan.8. Menonjolkan suatu merk atau semboyan dan mendukung judul iklan.
Ciri-ciri ilustrasi yang baik antaranya
1. Keaslian dan rekaan yang kreatif
2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
4. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
5. Menggunakan alat dan bahan dengan betul
6. Disesuaikan dengan tema dan tajuk
7. Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.
8. Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.
9. Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas
Sejarah
Konsep ilustrasi bisa ditinjau kembali ke masa silam melalui lukisan dindingprasejarah dan konsep tulisan hierioglif.
Masa keemasan ilustrasi Amerika Serikat berlangsung pada tahun 1880, setelahperang dunia I. Hal ini terjadi seiring dengan populernya surat kabar, majalah, danbuku berilustrasi yang memungkinkan adanya eksperimen teknik oleh senimannya.Pada saat inilah banyak ilustrator yang menjadi kaya dan terkenal. Tema yangbanyak muncul adalah aspirasi bangsa Amerika saat itu.
Di Eropa, seniman pada masa keemasan dipengaruhi oleh kelompok Pre-Raphaelitedan gerakan-gerakan yang berorientasi kepada desain seperti Arts and CraftsMovement, Art Nouveau, dan Les Nabis. Contohnya Walter Crane, Edmund Dulac,Aubrey Beardsley, Arthur Rackham dan Kay Nielsen.
- Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi.
- Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh
ilustrasi ukiran
- Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus
berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek
Young Hare 1502 oleh AlbrechtDurerwater colour 25.1 cm × 22.6 cm
A Lion Lying DownRembrandt Harmenszoon vanRijn,
8. Ilustrasi MaklumatDigunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporatBerfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual,carta, peta dan pelan