Saturday, 9 November 2013Modul PSV3111
TAJUK 1Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
SINOPSIS
Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul,
maka fungsi pengujian dan penilaian sebagai indikator pencapaian
atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi
maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan pelajar.
Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu
sendiri.
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran
dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri
utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara
penilaian berasaskan norma dan kriteria.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i.Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan;ii.Menjelaskan konsep kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan
kemudahtafsiran;iii.Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif,
pra kelayakan dan diagnostik serta penilaian alternatif.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian
dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status
semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program
penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
mengajar dan pelajar belajar.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu
dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal
tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh
menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di
bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah
satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan
pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah
pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan
soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang
dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut
relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang
dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor,
dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang
adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah
bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya
pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian,
pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat
mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang
pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan
adil.
1.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,
menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang
bagi tujuan tertentu.
1.2.1 Definisi PentaksiranSatu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
1.2.2 Tujuan pentaksiran
i.Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaranii.Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran
dan pembelajaraniii.Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaraniv.Memperbaiki pengajaran
pembelajaran
1.2.3Prinsip Pentaksiran
1.3 Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan
pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat
ukur. bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian
mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang
berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk
menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor
kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan
untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina
ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan
mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian
terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan
dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.
1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh
digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru
menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain
matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian
digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan,
kaunseling dan bimbingan pelajar.
a.Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran
yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis
pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru
berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk
meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak
berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada
supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai,
diperbaiki dan dipertingkatkan.
b.Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru
boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal,
lemah, sederhana atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui
pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak
berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding
dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses
pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat,
sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit
dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi
meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c. Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas
bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang
cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk
mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi
pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang
tertentu.
d.Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar
supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan
kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi
dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga
membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan
misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang
diminati.
1.4 Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif
bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai.Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
kurikulum.Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi
pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau
keseluruhan kurikulum.
1.4.1 Tujuan Penilaian
i.Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.ii.Menolong
guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai
atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.iii.Membandingkan
pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan
peringkat kelas yang sama di sekolah.iv.Menentukan pelajar yang
tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian
mereka.v.Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka.vi.Membolehkan pelajar mengetahui
kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu
dan segera pula memperbaikinya.
1.4.2 Jenis-Jenis PenilaianBanyak cara kita boleh mengkelaskan
penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh
dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh
dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral
pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan
masa sesuatu penilaian dilakukan.Terdapat dua jenis penilaian
berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu
penilaian formatif dan sumatif.
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang
dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah
menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan
unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna
bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar
dapat dikesan.
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah
bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan
rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di
sekolah.Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan
diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan
penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau
tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian
formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap
penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif
biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif
ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat
pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih
berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada
memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran
pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih
tinggi.
Latihan
c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada
pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan
minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian
diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan samaada
pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.
Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan
kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang
berkaitan boleh lakukan.
- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar
telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian
mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian
pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku
pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.-Ujian
Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel
secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat
menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
-Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri
aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar
untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan
mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik
yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar
merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan
kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga
sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik
portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan
memenuhi kehendak soalan ujian.
d. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini
memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil
tradisional. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan
penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh
pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral
pelajar.
PERKAITAN 3P
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep
berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan
ketiga-tiga aspek bekenaan.
Mengumpul Maklumat
TAJUK 2JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
SINOPSIS
Pembelajaran pendidikanseni secara umumnya adalah untuk membina
keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh
mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan
memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang
ituberkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Disamping keupayaan
ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk
membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran.
Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain
afektifnya. Ini adalah teraskepada pembelajaran Pendidikan Seni.
Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya
untukmendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.
Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina
keupayaan, kemahiran danmemupuk nilai tersebut dicapai?
Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata
pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian
perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai
petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang
bermasalah. Mekanisma untuk mendapatkan maklumat tersebut
adalahdengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;i.Menjelaskan
jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak
penilai;ii.Menjelaskan konsep pentaksiran yang
pelbagai;iii.Membezakan bentuk bentuk pentaksiran.
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat
tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;
Tujuan Pentaksirani.Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaranii.Menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaraniii.Merupakan satu proses untuk
menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau
sikapiv.Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
Memikirkan
2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam
konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat
mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik
adalah proses yangmemerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan
pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan
atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentikdigunakan seperti yang disebut oleh
sepertiyang disebut olehHillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai
aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam,
penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam
erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu
proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan
sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan
yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai
kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang
dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber:
BukuEducational Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakansatu sistem penilaian yang
sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam
bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang
berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna
untuk perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran
dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam
memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan
pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu
bapa dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di
sekolah dan kesinambungan subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yanglebih jelas
dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i.Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan.ii.Indikator profisensi melalui aktiviti
melakukannya.iii.Subjek menganalisis, mensintesis dan
mengaplikasi.iv.Subjek membina maksud yang tersirat.v.Berpusatkan
kanak-kanak.
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarianMempersembahkan karya tulis asli kepadarakan-
rakan sebayaMendemostrasikan hasil karya dalampameran seperti
Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan
Seni)Menunjukkan keterampilan yang dimilikidalam bentuk pengumpulan
portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman
akademik mereka.Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka
sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.Mengungkapkan dan
memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.Menangani teknologi dan
berfikir sistematik.
KesimpulanPentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankandapat mengukur kemajuan
kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah
pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan gurudalam
proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan
ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
2.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Definisikepadapentaksiran hasil pembelajaran adalah proses
pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman
yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat
atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi
perubahan kepada individu yang terlibat.
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yangmenentukan hasil
pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran
yangtertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilahberdasarkan
nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang
individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumatyang diperoleh
untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani
masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah
bersifatberterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti
danberkepimpinan dalam menjalankan penilaian.
Pendektanyang yangdikemukan dikemukanoleh oleh MONTGOMERY
tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;
Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh
dikategorikan kepada 3 bahagian;
Kesimpulan
Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan
penilaian yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil
pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah
yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku
kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah
kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.
2.3 Pentaksiran Performance Based
Definisi kepadaPentasiran Performaced Basedialah proses yang
menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan.Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan
dengan bermakna jugamenghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai
kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,
kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).Memberi
pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan
melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh
kejayaaan pada masa hadapan.Merangsang pelajar menggunakan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu
murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan
penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan
situasisebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan
keberkesanan penyelesaian masalahdalam sesuatu situasi yang
diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.Pentaksiran ini dapat
dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :- - Bahan
penulisan - Persembahan - Gerak kerja projek
2.5Pentaksiran dan Motivasi
Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan
faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan,
mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan
tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah
pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di
dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai
macam motivasi;
sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam
tindakannya sama ada secara negatif atau positifPengarah Tujudan
Penggerak TindakanDarjah KesungguhanStimulator / semangat
Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer :Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses
belajarFaali/psikologisKeinginan untuk makan & minumii. Motif
Umum:Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajarTidak
berhubungan dengan proses faali tubuh manusiaKebutuhan kasih
sayang, rasa ingin tahu & diperhatikaniii. Motif
Sekunder:Tumbuh sebagai hasil proses belajarTidak berhubungan
dengan proses faaliKebutuhan berprestasi & berkuasa
2.6 PentaksiranKonsep kendiriKonsep kendirimerupakan penilaian
seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya
secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang
juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan
juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga
dirinya.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan
penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin
akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya
mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak
mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan
penilaian.Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan
seterusnya mengenal diri sendiri.Carl Rogers (1950), mendefinisikan
konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang
ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding
dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh
Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2
cara, iaitu:tanggapan diri seseorang individuproses yang menentukan
tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu
organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik
lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan
fikiran.
FungsiDalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik
darjah, penilaian kendiri;
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat
refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan
sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu; memberi panduan kepada
pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi
pembelajaran seterusnya; memberi keyakinan kepada pelajar tentang
peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu
bidang/kemahiran, dan membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis
terhadap kerjanya.
Kaedah:
1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan
berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklah meyakinkan pelajar
tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat
penilaian kendiri. melatih pelajar menilai setiap langkah atau
pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak
atau alat rubrik membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian
masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran
seterusnya;
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang
berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai
dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai
semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya
(individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu
kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian
mengenai dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri
Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih
sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu
sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika
wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri PositifMenghargaiMemuji orang lainPuas
hati dengan pencapaianMurah hatiMudah berkawanPuas hati dengan
dirinyaBerpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannyaPeramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri NegatifCenderung untuk merasa
salahTakut kepada kegagalanSering merasa bimbangCepat berkecil hati
walaupun melibatkah masalah kecilPencapaian akademik yang
rendahTidak gemar kerja mencabarKurang keyakinan pada diri
sendiriKurang berminat untuk mendapatkan maklum balasMelihat diri
sebagai kurang menarik dari segi personality
TAJUK 3Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sinopsis
Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui sehingga
pelajar-pelajar di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu
satu mekanisme seharus nya di cari bagi menilai pencapaian mereka.
Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang
dapat meneliti dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa
kaedah serta cara yang dikemukakan seharus nya dapat membantu guru
khas nya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai
pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk melihat produk yang
dihasilkan pelajar.
HASIL PEMBELAJARAN
Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai
:-i.Penilaian formatifii.Penilaian
Sumatifiii.Pemerhatianiv.Portfoliov.Hasil Kerja ( Produk )
KERANGKA TAJUK-TAJUK
3.1PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara
berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
bagi setiap tajuk yang diajar.
Ciri-ciri :dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi
memperbaiki kurikulum.dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang
diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus
menerus.bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input
akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti
pembelajaran.dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berlangsungmaklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta
dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru
sama-sama memperolehi manfaat daripadanyaContoh: sesi soal jawab,
latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.
Prosedur Penilaian Formatif
Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya
dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.Topik
berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat
kesukaran.Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas,
maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan
kepada sub-topik tertentu.Dengan cara ini guru akan dapat
memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu
terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik
seterusnya.Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan
ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik
pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.
Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu
tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu
topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90%
pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik,
memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik
berkenaan.Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam
setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam
topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan
berdasarkan taksonomi pendidikan.
Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus
seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam
satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
Jadual 3.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAPISTILAH
PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi
teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang
lepas.Nyatakan, terangkan,namakan, labelkan.
KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,tulis semula.
PenggunaanMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian,
kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas
alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritikPilih, berikan
alasan, kritikan, buktikan.
Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaansetiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu
soalan.
Mencadangkan langkah susulan.
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di
samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.Tindakan susulan
harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang
diperolehi.Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara
dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil
oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai
pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik
tersebut.
Tujuan Penilaian Formatif:memperbaiki pengajaran
pembelajaran.meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
pelajaran.memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada
pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru
akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih
baik.menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian
yang lebih baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan.memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian
pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau
dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang
memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara
pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu
melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan
mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta
langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru
dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada
akhir penggal persekolahan.mengubah suai pengajaran seseorang
guru.guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian.memberikan bimbingan pembelajaran kepada
murid-murid.menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri
ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan
tumpuan kepada topik-topik pembelajaran
3.2 PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir
pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk
menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif
yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam
sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun
yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.Ciri-
ciri:lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu topik pembelajaranuntuk menentukan pencapaian pelajar
pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara
keseluruhanLangkah-langkah membentuk ujian sumatif :Membentuk
jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap
berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang
bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang
diperolehi.Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan
perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif
pelajaran yang telah ditetapkanMengumpul item secara sistematik.
Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item
objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan
sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau
mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula
aras rendah diikuti aras lebih tinggi.Menyiapkan skema pemarkahan
bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.Menyediakan
arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam
menjawab setiap soalan yang dikemukakan.Menguji item tersebut
terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi
memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan
boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang
wujud pada item berkenaan.Menganalisis item yang telah ditadbir
secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya
diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan
berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan
(distraktor) dapat berperanan dengan baikTujuan :membantu
murid-murid secara individu dalam meningkatkan
pencapaian.memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang
diadakan.mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh
pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam
penilaian yang dijalankan.dijadikan petunjuk dalam memulakan
sesuatu kursus baru yang berkaitan.memperlihatkan peringkat
pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan
3.3PEMERHATIAN
Kaedah Pemerhatian Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian
juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah
laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu
rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah
pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang
menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial.
Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan
terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih
tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya
mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan
terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap
tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang
menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam
penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan
kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat
perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah
mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai
fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang
dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian
iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran
pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah
laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah
laku yang perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah
laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke
dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan
tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak
bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah
laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod
maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat
dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod
pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan
direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu,
paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat
mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan
piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan
ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi
sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus
untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain
boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai
generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan
agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut
secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat
pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan
masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang
hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk
kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah
laku yang diperhati.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang
daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa
yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian
ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat
mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini
menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.
Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang
tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat
awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang
sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah
memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat
.pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan
atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan
bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong,
kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak
menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura.
Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada
ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan
menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih
terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada
dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh
memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian
benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang
telah dikenal pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku
mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa
dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati
yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang
tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias
terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
3.4Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau
dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah
digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan
dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan
ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat
melihat :
Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar Contoh
hasil kerja pelajar Penyataan perasaan pelajar semasa proses
pembelajaran Pendidikan Seni Visual Hasil penulisan, ilustrasi atau
gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi
bersama pihak lain Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang
proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan
kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut
melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni
disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan
urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea
secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada
melalui alat, bahan atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan
masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja
dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat
pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini
dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk
tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar
dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih
merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni
dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk
portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan
berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4
aspek :Kajian
Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada
bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan Rumusan dan pertimbangan
dalam membuat pemilihan
Lakaran Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum
mendapat idea yang konstruktif Pewujudan Idea Perkembangan lakaran
berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan
dan bahan Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat
aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan
boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada
keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang
adakemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam
bentuk seperti:Jurnal Diari Laporan Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot Ataupun mungkin disket/cakera
padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.Antaranya
:
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja
dan pencapaian pelajar Untuk membantu pelajar membuat refleksi
terhadap hasil keria sendiri Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan
guru lain mengetahui kemajuan pembelajaran pelajar Memberi peluang
kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri Menentukan
kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan
pelajar yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa
kecerdasan, antaranya:Kecerdasan linguistik seperti : Catatan pra
penulisan Draf projek penulisan Huraian bertulis tentang tajuk
/tema/kajian Proses Penyelesaian masalahKecerdasan ruang-,visual
seperti: Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta
minda, carta aliranSampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti : Maklum balas bertulis
daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain Laporan rakan sebaya
Kecerdasan interpersonal seperti: Catatan jurnal Esei, senarai
semak, kegiatan penilaian kendiri Sampel latihan refleksi kendiri
Soal selidik Carta kemajuan Catatan refleksi tentang hasil kerja
sendiri
3.5 Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan
dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja.
Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan
kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan
kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah
kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian
di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap
penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam
bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab,
peta minda,kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan
sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan
adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran
berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial,
perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi,
perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur
perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan
serta merekod proses dalam bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang
pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid
juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat
perancangan.
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran
bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan
obejktif dan subjektif harusmenggambarkan pembelajaran secara
keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy
Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian.