[2013]
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS
KBC3013 PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF (MODUL 2)
Kandungan Modul 2
Modul ini dibangunkan untuk memenuhi rangka kurusus KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif.
Unit 1 hingga 8 mengandungi perbincangan yang berbeza dan saling melengkapi untuk mencapai
objektif pengajaran dan berkesinambungan daripada Modul 2.
Unit 1 Membincangkan teori dan model pintar cerdas.
Unit 2 Membincangkan instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai.
Unit 3 Membincangkan instrumen kecerdasan.
Unit 4 Membincangkan ujian pengesanan menggunakan senarai semak.
Unit 5 Membincangkan definisi ujian kecerdasan, kepentingan dan keperluan ujian, prinsip pembinaan
ujian dan rubrik.
Unit 6 Membincangkan definisi, ciri-ciri keperluan khas, cara mengenal pasti dan strategi pendidikan
dan pengajaran.
Unit 7 Membincangkan kurikulum, kaedah dan pengajaran, peranan pihak yang menyokong dan
penglibatan golongan profesional terhadap pelajar pintar cerdas.
Unit 8 Membincangkan strategi pengajaran pintar cerdas dan kemahiran berfikir kreatif dan kritis.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 1
UNIT 1
TEORI DAN MODEL PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Teori-teori Pintar Cerdas
Mengenal Pasti Konsep Penting Bagi Setiap Teori Pintar Cerdas
Menghuraikan Model yang Dibangunkan dalam Setiap Teori
Menjelaskan Aspek dan Domain Pintar Cerdas yang Ada Dalam Setiap Teori
PENGENALAN
Teori kecerdasan telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian yang berkaitan
dengan pintar cerdas. Teori-teori ini telah banyak memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan
pintar cerdas. Berdasarkan toeri, banyak kajian dijalankan terhadap sampel tertentu yang mempunyai
potensi tertentu dilabel sebagai pintar cerdas. Pada awalnya, teori kecerdasan menekankan
pencapaian mental dengan memperkenalkan ujian IQ. Tokoh-tokoh terlibat menjalankan banyak kajian
yang menyokong teori mereka. Zaman semakin mengalami perkembangan, begitu juga dengan
perkembangan teori kecerdasan yang semakin meluas konsepnya. Konsep kecerdasan mengikut teori
dijadikan asas untuk membentuk program dan pendekatan yang sesuai agar keperluan individu pintar
cerdas dapat dipenuhi dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 2
ISI KANDUNGAN
Setiap tokoh pendidikan pintar cerdas telah memperkenalkan pelbagai teori.
Bagaimanakan mereka memperkenalkan dan melaksanakannya? Adakah pelaksanaannya berkesan?
Apakah medium penyampaian yang digunakannya? Kebanyakan tokoh menggunakan model tertentu
untuk menghuraikan setiap konsep dengan baik.
Setiap konsep kecerdasan yang diperkenalkan didasari oleh teori yang tertentu. Dalam unit ini akan
menyentuh pelbagai jenis teori yang menekankan konsep kecerdasan yang tersendiri. Teori dalam unit
ini meliputi Teori Renzulli (kreativiti), Teori Tannenbaum (faktor dalaman dan luaran), Teori Sternberg
(kreativiti), Teori Gagne(motivasi dan peluang, pelbagai domain), Teori Dabrowski (perkembangan
cepat), Teori Howard Gardner (kecerdasan pelbagai) dan Teori Guilford (struktur kecerdasan).
TEORI RENZULLI
Renzulli merupakan tokoh terkenal dalam bidang pintar cerdas. Beliau memperkenalkan Triad Model
iaitu mempunyai 3 ciri 1) kebolehan yang tinggi 2) komitmen yang tinggi 3) kreativiti yang tinggi. Beliau
mengatakan
Giftedness consist of an interaction among three basic clusters of human traits-these clusters
being above-average general abilities, high levels of task commitment, and high levels of
creativity. Gifted and talented children are those possessing or capable of developing the
composite set of traits and applying them to any potentially valuable area of human
performance. Children who manifest or are capable of developing an interaction among the
three clusters require a wide variety of educational opportunities and services that are not
ordinarily provided through regular instructional programs.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 3
Teori Renzulli mempunyai tiga bulatan dan konsep pintar cerdas dilihat pada tindihan ketiga-
tiga bulatan tersebut. Teori ini menegaskan, seseorang pintar cerdas itu mempunyai kebolehan
sederhana, kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara atau projek
khusus. Konsep ini diperkenalkan oleh beliau kerana ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini boleh
dipraktikkan dalam sesuatu pekerjaan. Terdapat tiga sebab atau perkara yang mendasari konsep pintar
cerdas beliau. Iaitu, pertama, definisi ini diperolehi daripada kajian penyelidikateori in yang dijalankan
terhadap ciri-ciri individu pintar cerdas dan berbakat. Kedua, teori ini memberi panduan dan bimbingan
untuk memilih atau membina instrumen dan menggunakan proses itu untuk membangunkan sistem
yang sesuai untuk membuat pengesanan kepada golongan ini. Ketiga, konsep ini menyediakan hala
tuju untuk program yang sesuai kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas dan memenuhi
kehendak program; memberi pelajar pintar cerdas satu perhatian yang khusus sebagai pelajar
berkeperluan khas.
Sasaran Renzulli adalah menghasilkan produk yang kreatif iaitu merujuk kepada pelajar pintar
cerdas ini. Menurut beliau, tiada keunikan atau keistimewaan pintar cerdas terhasil pada satu ciri
sahaja. Tetapi interaksi ketiga-tiga ciri tersebut adalah asas atau perkara penting untuk menghasilkan
produk yang kreatif. Beliau menekankan kesilapan yang sering berlaku dalam prosedur pengesanan
ialah apabila terlalu memfokuskan kepada kebolehan yang luar biasa berbanding dua ciri lain. Oleh
yang demikian, untuk memastikan hasil pengesanan yang baik diperolehi berdasarkan konsep ini, perlu
mengambil kira ketiga-tiga ciri tersebut dalam masa yang sama. Teori ini telah banyak digunakan
secara meluas di sekolah-sekolah melalui pembinaan modul dan akademi.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 4
Antara model yang telah dibangunkan berdasarkan konsep Renzulli adalah;
1) Enrichment Triad Model (Renzulli, 1977)
- mencadangkan bahawa pelajar berbakat harus menerima dan menjalani tiga jenis pengayaan:
Objektif: Membolehkan pelajar pintar cerdas
membangunkan potensi kecerdasan yang
diperlukan untuk mendorong kreativiti dan
produktif.
Aktiviti I - Aktiviti penerokaan
Aktiviti II- Aktiviti Latihan Berkumpulan
Aktiviti III- Penyiasatan secara individu atau
kumpulan kecil.
2) Revolving Door Identification Model
- bertujuan untuk memberi model yang lebih fleksibel dan menggunakan pendekatan inklusif untuk
mengesan pelajar pintar cerdas.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 5
3) Schoolwide Enrichment Model (SEM)
Kelebihan SEM 1) SEM menawarkan pelbagai perkhidmatan pengayaan kepada pelajar
Objektif 1) Andaikan pintar cerdas mencerminkan tingkah laku yang terhasil daripada
interaksi tiga ciri-ciri ( kebolehan sederhana, komitmen tugas, dan kreativiti)
2) Menganggap bahawa tingkah laku yang berbakat boleh lebih maju, dan
perkhidmatan harus diberikan kepada mana-mana pelajar ini apabila tingkah
laku yang dipamerkan, dan bukan hanya kepada pelajar yang skor baik
dalam ujian standard.
Kumpulan Sasaran Model direka untuk kanak-kanak dan digunapakai di kebanyakan sekolah
rendah.
4) The Secondary Triad Model
Rekabentuk Pelaksanaan Model Enrichment Triad dan Model Revolving Door
Identification Model
Prosedur 1) Pembentukan pasukan perancangan disiplin
2) Merancang dan mengatur matlamat program dan aktiviti, pilihan
mencakupi kurikulum dan peluang pengayaan keseluruhan sekolah.
Sasaran Direka untuk dilaksanakan di sekolah menengah.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 6
Akademi yang dicadangkan oleh) selari dengan sekolah adalah Academy of Inquiry and Talent
Development.
Pendekatan 1) Menggunakan kategori pengayaan sebagai mod penghantaran, pelajar-
pelajar dan guru-guru memilih kelompok di mana mereka yang mengambil
bahagian supaya semua pelajar dan guru-guru yang terlibat.
2) Semua aktiviti yang ditadbir menuju ke arah pengeluaran produk atau
perkhidmatan.
3) Satu kaedah yang sama seperti penyiasat profesional akan digunakan
untuk meneruskan kedua-dua produk dan pembangunan perkhidmatan.
Kelebihan 1) Tiada pelajaran berasingan atau memfokus kepada unit mentadbir
akademi, tetapi menekankan pelajar supaya kepentingan peserta yang
benar-benar dilaksanakan.
2) Semua pelajar tidak melakukan benda yang sama dalam masa yang sama
3) Mengkhususkan kepada ketepatan masa dan mencapai kestabilan masa.
4) Peraturan persekolahan ditangguhkan agar akademi ini dapat membantu
dalam aktiviti dan kerja yang diberikan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 7
Kekuatan The Triad Model ialah:
1 Bersifat empirikal kerana ia dibangunkan selepas satu kajian menyeluruh ciri-ciri dewasa
terkenal dari pelbagai bidang. Dalam pembentangan asal, ia adalah sangat mudah untuk
difahami kerana ia hanya termasuk tiga komponen: keupayaan melebihi purata, kreativiti dan
komitmen tugas.
2 Berbentuk inklusif dan membuka peluang kepada pendidikan berbakat untuk setiap pelajar dan
aktif berkhidmat sekurang-kurangnya 25-30% daripada pelajar-pelajar di sekolah. Lebih baik
daripada IQ biasa yang menekankan konsep skor cut-off yang mengenal pasti hanya 1-2%
daripada pelajar pintar cerdas.
3 Telah membawa kepada petunjuk yang sangat khusus untuk program pendidikan untuk
memupuk dan melahirkan produk yang kreatif yang merangkumi kebanyakan masa di sekolah
dan bergerak ke peringkat lebih tinggi dalam proses kedewasaan seorang pelajar.
4 Memberi panduan yang lebih teguh tentang bagaimana untuk mencari remaja berbakat dengan
mempelajari setiap tingkah laku yang mereka tunjukkan dan membangunkan bakat mereka
dengan mengatur perkara yang sepadan dengan sifat-sifat tersebut.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 8
Kelemahan The Triad Model Renzulli ialah:
1 Masalah kemungkinan banyak disebabkan faktor persekitaran, terutamanya jika ia
dilaksanakan melalui pendekatan bilik sumber, dan pelajar-pelajar keluar dari kelas biasa untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pengayaan yang boleh menjejaskan tumpuan..
2 Sesuai pada peringkat awal sahaja, di sekolah rendah sudah mencapai peringkat pencarian
dan pembangunan bakat, berbanding aspek yang lebih khusus di peringkat menengah yang
sepatutnya ditumpukan. Ini adalah kerana model asas adalah domain umum dan kebanyakan
sekolah menengah menawarkan kurikulum domain tertentu.
3 Hanya memberi tumpuan kepada pembangunan produktiviti kreatif. Sesetengah pelajar
berbakat kekurangan minat dan bakat kreatif atau produktif. Model ini mungkin tidak begitu
sesuai untuk pelajar-pelajar yang ingin menjadi profesional dalam bidang-bidang seperti
undang-undang atau perubatan.
TEORI PSIKOSOSIAL TANNENBAUM
Teori ini mengemukakan hubungan antara potensi dan pencapaian iaitu dikatakan sebagai hubungan
antara harapan dan kepuasan . Tannenbaum menyatakan bahawa ramai orang yang menggunakan
pengetahuan yang ada dan keberkesanannya pada awalnya gagal untuk mengembangkan penjanaan
idea yang sedia ada. Teori psikososial pintar cerdas ini melihat penglibatan isu moral dan etika sebagai
halangan kepada pelajar. Tannenbaum menyatakan pengembangan idea boleh dikembangkan sejak di
peringkat awal walaupun hasilnya dapat dilihat apabila dewasa.
Tannenbaum menjelaskan kanak-kanak yang mempunyai potensi untuk berjaya sebagai orang
dewasa yang pintar cerdas dan berbakat bukan hanya memerlukan kebolehan secara umum atau
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 9
khusus, tetapi juga perlu ada sifat personaliti dan suatu pertembungan istimewa dengan persekitaran
untuk mencungkil bakat yang ada. Bagaimana untuk mencapai tahap pintar cerdas? Apakah faktor dan
sumber yang diperlukan? Terdapat aspek dalaman dan luaran ini yang merangkumi proses ini.
Memperkenalkan 5 faktor iaitu kebolehan umum, kebolehan khusus, faktor personaliti, faktor
persekitaran, faktor kemungkinan atau nasib (peluang).
Kebolehan umum Merupakan perbezaan pelbagai tahap kebolehan intelektual yang diperlukan
untuk kepelbagaian jenis kejayaan. Tahap yang paling tinggi dalam sesuatu
kebolehan diperlukan untuk sesetengah aktiviti dan sebahagian bidang
pembelajaran. Contohnya, terdapat aktiviti yang memerlukan kebolehan yang
sederhana kerana ia tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah.
Kebolehan khusus Apabila individu itu dikenal pasti sebagai cerdas, kebolehan pemikirannya mesti
diperkukuhkan menjurus kepada bidang yang khusus. Selagi kebolehannya
berfikir dengan tinggi, individu pintar cerdas mesti mempunyai keupayaan
khusus dan tarikan kepada kerja yang tertentu. Sesetengah kebolehan istimewa
boleh dikenal pasti pada usia di peringkat awal kanak-kanak. Selain itu, ada
yang tidak nampak berapa jelas kebolehannya pada perigkat awal sehingga
kanak-kanak membesar pada peringkat akhir umur kanak-kanaknya,
kebolehannya terserlah.
Faktor personaliti Keupayaan seseorang semata-mata tidak akan menghasilkan suatu kejayaan.
Tannenbaum menyatakan bahawa ia memerlukan faktor lain iaitu faktor
keperluan seperti motivasi, konsep kendiri, keupayaan melakukan tugas,
kehendak untuk berkorban dan perasaan puas hati dalam jangka masa pendek
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 10
untuk kejayaan jangka masa panjang. Selain itu, individu pintar cerdas yang ada
keupayaan tinggi juga memerlukan kesihatan mental yang baik, keinginan untuk
memberi persembahan sesuatu perkara dan juga berkongsi satu bakat yang
sama.
Faktor persekitaran Bukan sahaja tahap kebolehan kanak-kanak yang akan berkembang tetapi jenis
bakat yang akan dihormati oleh masyarakat. Maka, sejumlah pelaburan berguna
masa hadapan yang masyarakat akan cuba pupuk ke dalam pemahaman pintar
cerdas dan berbakat ini. Faktor persekitaran yang mempengaruhi termasuklah
bukan sahaja keluarga kanak-kanak tetapi juga hubungannya dalam kumpulan
kelas sosialnya, sekolah dan komuniti, tetapi juga ekonomi, undang-undang,
institusi politik dalam negara di mana kanak-kanak akan membesar dan
berpendidikan. Oleh itu, faktor persekitaran seperti ini membantu perkembangan
kanak-kanak pintar cerdas.
Faktor
kemungkinan atau
nasib (peluang).
Merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dijangka dalam hidup seseorang
yang mana boleh menjadi penting untuk membolehkan potensi istimewa ini
dikenal pasti dan diberi galakan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 11
Tannenbaum menekankan faktor yang bersesuaian dengan potensi pintar cerdas individu yang
ditunjukkan dalam bentuk pencapaian iaitu bakat. Tannenbaum terkenal dengan teori star kerana
model yang dikemukakan seperti bentuk bintang atau tapak berbucu lima. Tannenbaum mengemukan
5 faktor yang membantu pintar cerdas itu dikenal pasti dalam diri individu. Beliau telah membahagikan
kepada dua bahagian merangkumi 5 faktor tersebut. Iaitu dimensi statik dan dimensi dinamik (Porter, L,
1999). Apakah definisi konsep statik dan dinamik? Statik bermaksud keadaan yang menunjukkan
kekuatan dalaman individu yang tetap dan sentiasa ditunjukkan dalam kehidupannya. Manakala
dinamik pula bermaksud situasi atau keadaan yang boleh berubah-ubah. 5 faktor ini ada dalam kedua-
dua dimensi ini dan membawa konsep yang berbeza mengikut dimensi statik dan dinamik. Faktor
tersebut adalah, a) kebolehan umum; b) kebolehan khusus c) personaliti d)persekitaran; dan e)
kemungkinan atau nasib (peluang).
5 Faktor Psikososial Pintar Cerdas
Dimensi Statik Dimensi Dinamik
Portal, L (1999)
Dimensi Statik:
a) Kebolehan umum,
-merujuk kepada kehebatan fungsi otak, iaitu struktur biologi dan fungsinya berdasarkan faktor genetik
(Plomin, 1997) dan persekitaran (Clark, 1997)
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 12
b) Kebolehan khusus,
- kebanyakan individu mempunyai bakat tertentu dan berkembang sepenuhnya berbanding kemahiran
lain yang dimiliki. Bakat istimewa ini memerlukan kebolehan luar biasa (di atas normal), pengaruh yang
sesuai.
c) Faktor personaliti,
- ciri personaliti kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu faktor atau hasil kepada pintar cerdas,
aspek personaliti tidak berkurangan kerana kesan yang diterima semasa ujian IQ, malah ia sebenarnya
adalah sebahagian apa yang diukur semasa ujian. Tiga aspek personaliti adalah kawalan dalaman
lawan kawalan luaran, kebebasan lawan kebergantungan dan masa kini lawan masa hadapan.
Termasuk juga motivasi, harga diri, fleksibel dan penyesuaian diri (Tannenbaum, 1997).
d) Faktor persekitaran,
- keluarga pelajar, sekolah dan persekitaran sosial akan mempengaruhi bagaimana ciri pintar cerdas
itu mencapai kematangan. Kunci utama pengaruh ini ialah kelas sosial dan peluang pembelajaran yang
diberi (Tannenbaum 1997).
e) Faktor kemungkinan atau nasib (peluang),
- melibatkan kejadian dalam keadaan tidak disangka atau kebetulan dalam hidup yang kemungkinan
mengubah sejarah seseorang dan kebanyakannya dikawal. Baik atau buruk yang berlaku adalah
bergantung kepada apa yang individu itu hendak jadi dan berlaku pada masa yang betul (Tannenbaum,
1997)
Dimensi dinamik :
a) Kebolehan umum,
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 13
- Pada sudut dinamik ini, kebolehan umum ini merujuk kepada bukan apa yang boleh dilakukan oleh
individu itu tetapi sejauhmana dia boleh melakukan itu dengan baik.
b) Kebolehan khusus,
- merujuk kepada bagaimana individu memproses maklumat dalam bidang yang dipercayainya
mempunyai kebolehan istimewa. Perkara ini dilihat dengan hasil kreativiti seseorang dalam bidang
tertentu kerana bakat istimewanya (Tannenbaums, 1997)
c) Faktor personaliti,
- Faktor personaliti dilihat berubah mengikut keadaan. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang
tinggi semasa berada dalam bidang akademik. Namun dia akan hilang keyakinan dalam bidang sukan
atau semasa bersosial.
d) Faktor persekitaran,
- merujuk kepada peranan ibu bapa dan guru-guru, bagaimana mereka melepasi dan menekankan nilai
pendidikan kepada anak-anak, dengan melalui interaksi mereka dengan anak-anak, melalui galakan
dalam bahasa dan pembelajaran, dan membuat orientasi berkaitan model-model pencapaian.
e) Faktor kemungkinan atau nasib (peluang),
- merujuk kemungkinan atau nasib yang dipengaruhi oleh tindakan individu.
Tannenbaum (1986,1997) menekankan tiga perkara utama dalam hubungan penting setiap
faktor dalam model ini. Iaitu :
1) Setiap faktor adalah perlu, jika secara tersendiri ia tidak mencukupi mencapai potensi pintar
cerdas.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 14
2) Tiada kombinasi antara empat faktor ini yang boleh mengganti kekurangan yang serius
dalam faktor yang kelima.
3) Hubungan setiap lima faktor ini penting dan merentasi bakat pelbagai domain yang berbeza.
TEORI KREATIVITI STERNBERG
Sternberg (1995) telah memberi pandangan yang berbeza mengenai maksud pintar cerdas. Beliau
tidak selari dengan tokoh yang mendefinisikannya bersandar kepada Kecerdasan IQ semata-mata.
Terdapat tiga sumbangan beliau dalam bidang pintar cerdas melalui teori dan model. The Triarchic
Model adalah model yang mengkhususkan pintar cerdas melalui ciri-ciri dan sifatnya. Iaitu ciri yang
membezakan individu pintar cerdas. Beliau berpendapat melalui The Triarchic Model, konsep pintar
cerdas tidak dapat diekspresikan menggunakan hanya skor ujian IQ, tetapi lebih baik difahami
konsepnya melalui tiga jenis kecerdasan analitik, sintetik dan praktikal.
The Triarchic Model
1)Kecerdasan Analitik
- Kecerdasan analitik diperlukan untuk kebanyakan tugasan sekolah dan ia diukur oleh ujian
kecerdasan, terutama tugasan melibatkan pemikiran analitik dan bacaan dan kefahaman.
2) Kecerdasan sintetik
- Kecerdasan sintetik ditonjolkan dalam kreativiti, gerak hati, melakukan pembaharuan. Sternberg
menyatakan, walaupun skor ujian IQ tidak tinggi, individu yang mempunyai daya pemikiran sintetik
mampu melakukan sumbangan yang besar dalam masyarakat kerana idea inovasi yang dimiliki.
3) Kecerdasan praktikal
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 15
- Kecerdasan praktikal melibatkan kemahiran daripada kedua-dua analitik dan sintetik untuk
dipraktikkan, dalam aktiviti seharian.
Setiap perkara yang dilakukan setiap hari, tidak menjadi masalah jika tidak mencapai target
yang disasarkan atau tidak mampu melakukannya. Hal ini ditekankan oleh Sternberg yang melihat
pintar cerdas ini adalah keseimbangan antara ketiga-tiga kecerdasan (analitik, sintetik dan praktikal)
yang dinyatakan di atas. Jelas menunjukkan individu pintar cerdas bagus dalam mengurus mental diri.
Teori Implisit (Mutlak)-Perkembangan Pakar,
Sternberg (2000) menyatakan konsep pintar cerdas adalah membangunkan kepakaran. Iaitu
memfokuskan bagaimana seorang individu itu bermula dan menjadi seorang yang pakar yang kuat
berusaha. Beliau telah memperkenalkan satu model yang berkaitan dengan perkembangan pintar
cerdas (A. Dixon dan M.Moon, 2006). Model perkembangan ini menekankan bagaimana pintar cerdas
berkembang. Model ini mencadangkan beberapa ciri pelajar dari segi;
Pembelajaran
Motivasi
Kemahiran berfikir
Pengetahuan
Metakognisi
Kesemua ciri ini memainkan peranan yang penting sebagai seorang individu yang bermula dari
asas menjadi seorang yang pakar dalam bidangnya. Model ini juga mengambil kira faktor kontekstual
seperti nilai budaya, pengaruh perkembangan seorang pakar. Melalui model ini, pelajar boleh menjadi
pakar dalam satu atau lebih domain jika mereka lebih mempraktikkan pengetahuan yang ada dalam
bidang tersebut.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 16
Model WICS
Sternberg telah membina model yang lebih komprehensif iaitu Model WICS (Wisdom, Intelligence and
Creativity Synthesized). Sternberg melihat kebijaksanaan, kecerdasan dan kreativiti sebagai aspek
asas yang perlu disintesiskan untuk menghasilkan individu pintar cerdas (Sternberg, 2003). WISC
adalah model berasaskan ciri dan sifat. Apakah yang dimaksudkan dengan Kecerdasan dan kreativiti
dalam model ini?
1) Kecerdasan
- Kecerdasan dalam model ini merujuk kepada konsep kecerdasan berjaya atau kebolehan untuk
mencapai matlamat dalam hidup dengan menguatkan semangat dan mengatasi kelemahan untuk
menyesuaikan, membentuk dan memilih persekitaran melalui gabungan tiga kecerdasan analitik,
kreatif dan kebolehan praktikal. Konsep kecerdasan ini dilihat lebih luas berbanding IQ.
2) Kreativiti
- Konsep kreativiti ini selari dengan konsep yang dibawa oleh Renzulli. Individu pintar cerdas dalam
model WICS ini adalah yang memberi sumbangan kepada masyarakat dan latihan kepimpinan yang
berkesan. Sumbangan ini memerlukan kreativiti. Sternberg percaya pekerjaan yang kreatif memerlukan
penggunaan dan keseimbangan tiga kebolehan intelektual daripada teori The Trarchic. Individu yang
kreatif akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut;
Kebolehan mengenal pasti masalah
Menyoal siasat dan menilai suatu tanggapan
Kesanggupan untuk memberi idea
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 17
Mengenal pasti kepentingan penguasaan pengetahuan asas dalam sesuatu bidang
Kesanggupan mengatasi rintangan
Kesanggupan mengambil risiko
Bertolak ansur dengan sesuatu yang tidak jelas atau kesamaran
Menyukai apa yang sedang dilakukan
Kesanggupan untuk tidak cepat berpuas hati
Keberanian
TEORI PERBEZAAN GAGNE
Konsep pintar cerdas yang diperkenalkan Gagne adalah kebolehan atau kepintaran semulajadi yang
melebihi individu normal. Ia tidak dilatih dan lebih spontan. Kepintaran merupakan sebahagian
daripada genetik. Ia adalah satu ekspresi. Bakat pula penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang
tinggi dalam bidang dan aktiviti serta lebih sistematik. Pada tahun 1985, Gagne memperkenalkan
Model Perbezaan Pintar Cerdas dan Berbakat atau dikenali sebagai DMGT (The Differentiated Model
of Giftedness and Talent). Apakah perbezaan yang dimaksudkan itu? Perbezaan dalam Model ini
merujuk kepada perbezaan antara pintar cerdas dan bakat. DMGT ialah model perkembangan pintar
cerdas yang membezakan aspek pintar cerdas dan bakat. Gagne sentiasa memperhalusi setiap aspek
dalam model yang diperkenalkan oleh beliau.
Berdasarkan definisi konsep kepintaran (kebolehan semulajadi) dan bakat (penguasaan
pengetahuan yang tinggi), Gagne melihat kedua-dua konsep ini menjadi satu proses untuk melahirkan
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 18
bakat pelajar dalam bidang yang khusus. Kebolehan semulajadi yang dimiliki boleh dikembangkan
dengan lebih baik. Oleh yang demikian, DMGT menekankan latihan dan praktikal yang berterusan
untuk mengembangkan kepintaran manusia kepada bakat dalam bidang yang khusus. Iaitu melalui;
Pembelajaran tidak formal
Pembelajaran formal di luar sekolah
Pembelajaran formal di dalam sekolah
Proses perkembangan
Terdapat beberapa perkara penting dalam teori Gagne. Iaitu pertama, Gagne menekankan
pelbagai aspek dalaman seseorang dan persekitaran yang memberi kesan menterjemah aspek
kepintaraan menjadi bakat. Gagne menggelarnya faktor pemangkin. Apakah dia faktor pemangkin?
Faktor Pemangkin adalah faktor yang membolehkan atau menghalang individu menunjukkan
keupayaan semulajadi (Gagne,1991). Motivasi adalah pusat pemangkin ke arah perkembangan bakat.
Adanya motivasi, ia akan menentukan samada akan menunjukkan kecerdasan itu atau tidak . Walau
bagaimanapun, ia tidak menentukan potensi pintar cerdas itu dengan sendiri. Kedua, Gagne telah
membahagikan aspek kepintaran dan bakat ke dalam pelbagai domain seterusnya memberi
kepelbagaian pemahaman tentang kecerdasan. Domain Gagne secara amnya selari dengan Gardner
(1983) dalam kecerdasan pelbagai.
Terdapat dua kategori pemangkin yang membantu dalam proses perkembangan dan
perubahan kepada bakat iaitu faktor interpersonal dan faktor persekitaran
Faktor Interpersonal melibatkan 5 jenis iaitu: Fizikal, motivasi, kerelaan, pengurusan diri dan
personaliti.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 19
Faktor Persekitaran melibatkan 4 kategori iaitu: persekitaran masyarakat, individu, persediaan
dan keadaan.
Komponen terakhir dalam DMGT ialah aspek peluang atau nasib. Gagne percaya peluang yang dimiliki
dapat membolehkan mereka mengembangkan lagi bakat yang ada secara berterusan, dalam keadaan
tertentu. Peluang atau nasib juga merupakan komponen terbesar dalam konsep pintar cerdas oleh
Tannenbaum.
Kekuatan Teori Gagne
1 Memperkenalkan kematangan dan pengalaman pembelajaran yang sistematik menukar
kebolehan untuk memperkembangkan bakat .
2 Elegant dan menyeluruh, digunapakai kepada semua bidang bakat samada secara dalaman
iaitu faktor-faktor kognitif dan juga luaran, termasuk faktor-faktor alam sekitar.
3 Definisi operasi istilah yang yang jelas dan sering digunakan.
Kelemahan
1 Kebanyakan tenaga pengajar tidak cukup untuk memahami teori ini untuk
mengaplikasikannya kepada kurikulum dan pengajaran di dalam kelas.
2 Kurang pelaksanaannya. Ia tidak memberi panduan yang lebih khusus untuk melaksanakan
program pendidikan untuk remaja pintar cerdas.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 20
TEORI KECERDASAN DABROWSKI
Potensi perkembangan terbentuk daripada gabungan bersama daripada bakat dan kebolehan
istemewa dengan rangsangan yang berlebihan (overexcitabilities). Potensi ini menunjukkan diri
sebenar dan tahap perkembangan yang lebih tinggi. Pendekatan Kazimierz Dabrowski membuat
pemerhatian terhadap overexcitabilities sangat relevan pada peringkat kanak-kanak. Terdapat lima
aspek overexcitabilities iaitu psikomotor, sensual, imaginasi, intelektual dan emosi.
Overexcitabilities(OEs) mengandungi istilah seperti keupayaan luar biasa, perasaan tidak puas dalam
belajar, imaginasi yang terang, tenaga yang tidak berkurang dan sangat menonjol. OEs ini
mengandungi tenaga yang banyak dalam aspek psikomotor, sensual, imaginasi, intelektual dan emosi.
Ini bererti menunjukkan perkembangan yang cepat dalam aspek-aspek ini. Dabrowski (1983) telah
memperkenalkan Advance Development yang berlaku apabila mencapai potensi perkembangan.
Kekuatan OEs ini adalah terutama pada imaginasi, intelek dan emosi yang berkait rapat dengan
perkembangan cepat aspek emosi semasa dewasa ( Silverman L.K. 2000). Oleh yang demikian, teori
ini berperanan melihat perkembangan cepat dalam pelbagai aspek perkembangan.
Di dalam teori ini, beliau telah membuat analisis yang menyatakan tiga OEs yang lebih
berkaitan dengan pintar cerdas adalah aspek intelektual, imaginasi dan emosi. Artis dan kanak-kanak
kreatif sangat berbakat tinggi dalam aspek imaginasi dan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai
imaginasi yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan sebayanya. Dalam aspek intelektual pula, ia sangat
berkaitan dengan sifat ingin tahu, penumpuan, pemikiran teori, suka belajar, penyelesai masalah dan
mengambil berat tentang moral. Beliau menekankan kelebihan sifat kanak-kanak pintar cerdas
menunjukkan ciri-ciri lebih berbanding kanak-kanak biasa. Ini bersesuaian dengan Advance
development yang boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak. Aspek yang ketiga adalah OEs dalam
emosi. Menurut Dabrowski, kanak-kanak pintar cerdas mempunyai tahap emosi yang lebih
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 21
Dabrowski mengekalkan bahawa apabila aspek emosi, imaginasi dan intelek melebihi aspek
sensual dan psikomotor maka di situ terdapat potensi perkembangan yang lebih besar untuk mencapai
tahap yang tinggi bagi perkembangan personaliti. Walaupun banyak kajian yang mengesahkan kajian
Dabrowski ini dan menumpukan kajian terhadap OEs kanak-kanak pintar cerdas, kajian kes
berdasarkan Teori Dabrowski telah menunjukkan seseorang yang memperolehi atau mencapai
perkembangan cepat (Advance Development) adalah jelas dikesan sebagai pintar cerdas Teori
Dabrowski ini menekankan pemerhatian kepada aspek perkembangan yang berbeza selain menumpu
semata-mata kepada ujian IQ untuk mengukur kecerdasan. Ia juga menekankan potensi
perkembangan untuk mencapai tahap perkembangan yang tinggi dalam rangka teoritikal Dabrowski
sendiri. Potensi perkembangan ini menambah dimensi baru kepada pemahaman sifat dan ciri kanak-
kanak pintar cerdas dan menyediakan arah baru untuk memahami perkembangan seseorang pintar
cerdas dalam tempoh hidupnya. Potensi perkembangan kanak-kanak pintar cerdas jelas menunjukkan
terdapatnya perkembangan cepat (Advance Development) dalam pelbagai aspek perkembangan selain
intelek (IQ) semata-mata.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Menurut Borland, 1986 Roedell, Jackson dan Robinson, 1980, Silverman, 1993, dan Tannenbaum,
1983 (dalam Harrison. C. 2003), kanak-kanak pintar cerdas ialah seorang yang menunjukkan atau
mempunyai kebolehan menunjukkan pada suatu tahap dengan nyata sekali melebihi rakan sebaya
umur kronologinya dan mempunyai kebolehan dan ciri-ciri unik memerlukan peruntukan khusus, dan
sokongan dari segi emosi dan sosial oleh keluarga, masyarakat dan bidang pendidikan. Kebolehan
yang dilakukan meliputi pelbagai aspek perkembangan sama ada satu atau lebih aspek
perkembangan. Oleh yang demikian, teori ini berperanan menunjukkan pelbagai kecerdasan dalam
domain yang pelbagai. Teori ini cuba mengembangkan konsep kebolehan ability dengan mengenal
pasti pelbagai bidang potensi manusia yang sama pentingnya.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 22
Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ini, Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai potensi
biopsikologikal dan memproses maklumat dalam keadaan tertentu. Manakala domain pula didefinisikan
sebagai satu set aktiviti atau disiplin dan mengandungi operasi di mana pelakunya mempunyai
kemahiran. Gardner menekankan potensi kebolehan manusia dikembangkan dan membolehkan
perspektif baru tentang konsep kebolehan. Beliau menggunakan istilah kecerdasan untuk
menerangkan istilah ability. Gardner mendefinisikan ability sebagai bidang potensi (areas of
potential). Gardner mengembangkan konsep kecerdasan termasuk domain logik matematik(kognitif),
verbal dan bahasa, interpersonal (sosial), motor (body kinesthetic, intrapersonal (pengetahuan sendiri),
ruang dan naturalistik.
Konsep kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner sangat relevan dengan pengesanan
terhadap pelajar pintar cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam domain yang tertentu.
Berdasarkan teori ini juga, perkembangan tidak sekata (asynchrony) dari segi intelek adalah ciri-ciri
kanak-kanak pintar cerdas. Perkembangan tidak sekata juga dikenali sebagai asynchronous
development , iaitu kadar perkembangan yang berbeza antara kognitif, emosi dan perkembangan
fizikal kanak-kanak. Tannenbaum menjelaskan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai
asynchronous development adalah walaupun mereka mempunyai kogntif yang lebih maju namun
kemahiran sosial dan motor adalah selari dengan usia mereka. Selain itu, terdapat kanak-kanak yang
mempunyai kemahiran sosial yang lebih tinggi berbanding kemahiran kognitif atau emosi iaitu, lebih
suka bergaul dan berhubung dengan orang yang lebih dewasa. Tetapi bermasalah komunikasi dengan
rakan yang sebaya dengannya (Silverman, L.K (2000).
Ini bererti kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kebolehannya berbeza-beza mengikut
domain perkembangan. Mereka menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam domain interpersonal
(sosial) namun seperti kanak-kanak normal dalam domain perkembangan yang lain. Justeru,
kebolehan kanak-kanak ini perlu dikenal pasti dan dikesan agar ia dapat dikembangkan dengan lebih
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 23
baik. Walaupun mereka menunjukkan kebolehan dalam satu atau lebih domain, maka di situ sudah
jelas menunjukkan sudah ada potensi pintar cerdas dalam diri kanak-kanak tersebut. Berdasarkan teori
ini, setiap kecerdasan mempunyai laluan perkembangannya tersendiri.
TEORI STRUKTUR KECERDASAN GUILFORD
Tiga dimensi asas struktur kecerdasan Guilford (1985), ialah operasi, iaitu operasi mental yang
dilakukan. Kedua, kandungan iaitu bidang maklumat sesuatu operasi bertindak dan ketiga, hasil iaitu
hasil yang wujud dengan mengaplikasi sesuatu operasi ke atas kandungan Guilford. Operasi mental
merujuk kepada proses pemikiran, kandungan merujuk kepada apa yang difikirkan dan hasil adalah
hasil daripada pemikiran. Operasi mental mempunyai enam subkategori seperti berikut:
1) Kognitif- menyimpan maklumat lama dan yang baru.
2) Pemikiran pemusatan- apabila hanya ada satu jawapan atau kaedah sahaja.
3) Pemikiran mencapah- apabila banyak jawapan atau kaedah yang hamper sama.
4) Pentaksiran- keputusan berkenaan dengan bagaimana baiknya, ketepatannya atau
kesesuaiannya kepada sesuatu.
5) Merakam ingatan- ingatan segera
6) Pembendungan ingatan- ingatan bertahan selama beberapa ketika atau hari.
Aspek kandungan pula mempunyai lima subkategori iaitu visual, auditori, simbolik, semantik,
dan tingkah laku. Produk pula mempunyai enam subkategori iaitu unit, kelas, hubungan, sistem,
transformasi dan implikasi. Tugas kognitif memerlukan performan operasi mental pada beberapa
kandungan spesifik untuk menghasilkan produk. Contohnya, bagi menjawab apakah nombor selepas
angka-angka 3, 6, 12, 24, memerlukan pemikiran pemusatan, kerana hanya satu jawapan yang betul.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 24
Perlu juga kandungan simbolik, iaitu dalam bentuk nombor untuk menghasilkan produk hubungan atau
turutan, iaitu tambahkan nombor sebelumnya sebanyak dua kali.
RUMUSAN
Semua teori yang telah dibincangkan dalam unit ini memperkenalkan konsep yang berbeza dan
memenuhi semua keperluan ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai kepelbagaian keistimewaan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 25
1. Nyatakan empat model yang dibangunkan berdasarkan konsep Renzulli.
2. Jelaskan konsep Dimensi Statik dan Dinamik oleh Tannenbaum.
3. Huraikan faktor persekitaran dan faktor interpersonal yang diperkenalkan Gagne?
4. Nyatakan lima aspek overexcitabiities.
5. Jelaskan maksud asynchronous development.
Isi kotak dengan jawapan yang sesuai.
1.
2.
Konsep
Kecerdasan
Sternberg
Operasi Mental
1._________
2._________
3._________
4._________
5._________
6._________
Kandungan
1._________
2._________
3._________
4._________
5._________
Struktur Kecerdasan
Guilford
Hasil
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 26
Rujukan
Dixon F.A. dan Moon S.M (2006). The Handbook of Secondary Gited Education.Texas: Prufrock Press
Inc.
Gagne (1991). Toward a differentiated model of giftedness and talent in Handbook of Gifted Education
eds.MA: Boston.
Harrison, C. (2003). Giftedness in Early Childhood 3rd Edn. Sydney: A GERRIC Publication.
Plomin, R. (1997).Genetics and intelligence in Handbook of Gifted Education 2nd Edn, Merrill: Upper
Saddle River.
Porter, L. (1999). Gifted Young Children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open
University Press.
Silverman L.K. (2000). Counseling The Gifted & Talented. Denver: Love Publishing Company.
Renzulli (1977). The Enrichment Triad Model: A Guide for developing defensible programs for the gifted
and Talented. Mansfield Center, CT:Creative Learning Press.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 27
UNIT 2
INSTRUMEN PENTAKSIRAN KECERDASAN PELBAGAI
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Konsep Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai
Menghuraikan Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai
PENGENALAN
Kecerdasan dikupas daripada pelbagai sudut dan huraian meliputi pelbagai jenis aspek
perkembangan. Pada abad ke 20-an, konsep kecerdasan lebih meluas dan tidak terlalu menumpu
kepada aspek intelektual. Pentaksiran telah berkembang kepada pentaksiran pelbagai domain
kecerdasan. Pengesanan dilakukan dengan lebih konsisten agar kecerdasan dapat dikesan atau dinilai
dalam semua aspek. Instrumen untuk mentaksir kecerdasan pada ketika ini telah dibangunkan oleh
pakar-pakar psikologi, penyelidik dan ahli-ahli akademik di seluruh dunia.
Kecerdasan adalah suatu kelebihan yang ada dalam diri pelajar. Walau bagaimanapun, ia
boleh dilihat dengan mata kasar berdasarkan pencapaiannya, keputusan peperiksaannya atau
kejayaan yang ditunjukkan. Tidak dinafikan, memiliki pelajar yang berkebolehan tinggi adalah satu
anugerah bagi pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Setiap kecerdasan ada cara tersendiri untuk
mengesan dan menilainya. Kecerdasan ini suatu yang tersorok dan perlu dikenal pasti dengan cara
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 28
yang betul. Perkara yang betul dilakukan adalah menggunakan instrumen yang sesuai dengan tujuan
yang sesuai kepada domain kecerdasan yang tepat. Setiap instrumen mempunyai tujuan yang jelas
terhadap bidang perkembangan apa yang akan dikesannya. Kepentingan instrumen kecerdasan
adalah mengenal pasti tahap kebolehan yang dikuasai dalam bidang kecerdasan tertentu. Sekiranya
pelajar berupaya membuktikannya pada tahap tertentu, maka ia menepati instrumen tersebut.
ISI KANDUNGAN
Apakah situasi yang sesuai untuk mentadbir sesuatu instrumen kepada pelajar pintar cerdas? Adakah semua perkara yang dilakukan perlu diperhatikan dan dinilai? Apakah bentuk kecerdasan yang boleh dilihat? Dalam kategori instrumen yang mengukur banyak domain perkembangan dikenali sebagai instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai domain dan mempunyai konsep yang perlu dipatuhi untuk menggunakannya.
Instrumen pentaksiran yang akan dikupas dalam unit ini merujuk kepada instrumen yang berupaya
mentaksir pelbagai kecerdasan. Dalam unit ini akan menyentuh beberapa jenis instrumen pentaksiran
kecerdasan pelbagai jenis domain perkembangan manusia yang berasaskan kecerdasan pelbagai
domain. Unit ini menekankan instrumen yang berupaya mengesan kecerdasan pelbagai domain
perkembangan selain domain intelektual atau kognitif. Instrumen meliputi enam jenis instrumen
pentaksiran kecerdasan pelbagai iaitu HAPI, MICA, MIDAS, DISCOVER, TIMI DAN MIAT.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 29
INSTRUMEN PENTAKSIRAN KECERDASAN PELBAGAI
HAPI dibangunkan oleh Shearer. Instrumen ini mengandungi tujuh domain kecerdasan (kecuali
domain naturalis). Instrumen ini digunakan untuk mentaksir kecerdasan pelajar dalam domain
kecerdasan pelbagai.
MIAT
TIMI
DISCOVER
MIDAS
MICA
HAPI
Instrumen Pentaksiran Kecerdasan
Pelbagai
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 30
MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adult) dibangunkan oleh Amstrong (2000), untuk
mentaksir tujuh domain kecerdasan iaitu visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, muzik,
kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Instrumen MICA mempunyai 49 item.
Shearer kemudiannya mengubahsuai instrumen HAPI kepada instrumen MIDAS atau Skala
Pentaksiran Perkembangan Kecerdasan Pelbagai yang dibangunkan pada tahun 1987. Objektif MIDAS
adalah untuk mentaksir kecerdasan pelbagai individu. Instrumen MIDAS mempunyai lima versi yang
sesuai dengan peringkat umur tertentu.
1) MIDAS for Adults/College Students (20 tahun ke atas),
2) MIDAS for TEENS (15-19 tahun),
3) MIDAS for KIDS: All About Me (11-14 tahun)
4) MIDAS for KIDS: My Child (8-10 tahun),
5) MIDAS for KIDS: My Young Child (4-7 tahun).
Instrumen-instrumen mentaksir kecerdasan pelbagai yang lain dan telah dibangunkan adalah
DISCOVER (Discovering Intellectual Strenghts and Capabilities through Observation while allowing for
Varied Ethnic Responses), TIMI (Teele Instrumen for Multiple Intelligence), dan MIAT (Multiple
Intelligence Assessment Technique). Tiga instrumen seterusnya ini berbentuk performan.
DISCOVER yang dibangunkan oleh Maker et.al (1994) merupakan pentaksiran berasaskan
performan yang dibangunkan khusus untuk mengenal pasti kebolehan pelajar pintar cerdas
menyelesaikan masalah dalam kecerdasan pelbagai. Instrumen ini sesuai untuk kanak-kanak gred K-2,
3-5, 6-8 dan 9-12. Intipati proses pentaksiran DISCOVER memerlukan kanak-kanak terlibat dalam
aktiviti penyelesaian masalah dalam kelas biasa. Untuk tiga daripada aktiviti berkenaan, mereka
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 31
menggunakan bahan-bahan seperti novel, alat permainan, dan alat pelbagai guna. Kanak-kanak
berinteraksi dengan rakan sebaya dan pemerhati merekodkan tingkah laku penyelesaian masalah dan
penerangan yang diberi kepada produk yang dihasilkan.
Instrumen DISCOVER mengandungi lima aktiviti untuk mentaksir lima domain kecerdasan
pelbagai (Sarouphim, 2001) iaitu,
1)Pablo untuk mentaksir kecerdasan,
2)Tangrams untuk mentaksir kecerdasan logik-matematik dan visual-ruang,
3)Storytelling untuk mentaksir kecerdasan verbal-linguistik, dan
Dua aktiviti yang tidak memerlukan pemerhati, iaitu
4)Penulisan kreatif untuk mentaksir kecerdasan verbal-linguistik serta
5) Lembaran kerja matematik untuk mentaksir kecerdasan logik-matematik
TIMI dibangunkan oleh Teele yang kemudian disemak semula pada tahun 1997 merupakan
instrumen mentaksir tujuh domain kecerdasan pelbagai iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-
ruang, interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan muzik. Instrumen TIMI mempunyai 56 keping gambar
panda bear yang diletakkan berpasang-pasang sebanyak 28 pasang. Pelajar dikehendaki memilih satu
gambar yang diminati daripada setiap pasang gambar yang ditunjukkan kepada mereka. Pengkaji
merekodkan pilihan sampel dan diakhirnya menghitung frekuensi gambar yang mewakili setiap domain
kecerdasan pelbagai. Kecerdasan yang dominan ditentukan oleh bilangan gambar yang pelajar pilih.
MIAT mengukur empat domain kecerdasan pelbagai, iaitu verbal-linguitik, logik matematik,
visual-ruang, dan interpersonal. Instrumen mengandungi 13 aktiviti berasakan performan, rating guru,
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 32
dan senarai semak dengan domain verbal-linguistik tiga aktiviti, domain logik-matematik tiga aktiviti,
domain visual-ruang lima aktiviti, dan domain interpersonal dua aktiviti.
RUMUSAN
Instrumen yang telah dibincangkan dalam unit ini meliputi aspek pentaksiran pelbagai domain
kecerdasan dan bukan intelektual semata-mata. Terdapat enam instrumen yang membantu mencapai
objektif mentaksir domain-domain kecerdasan. Domain kecerdasan pelbagai telah ditaksir dengan
jumlah yang berbeza mengikut instrumen. Sesungguhnya pentaksiran ini memenuhi pelbagai kriteria
yang dikesan mempunyai potensi pintar cerdas.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 33
Instrumen Pentaksiran Kecerdasan
Pelbagai
1. Huraikan lima versi Instrumen MIDAS.
2. Pada pendapat anda, mengapakah instrumen penting untuk mengesan kecerdasan?
3. Nyatakan domain kecerdasan yang ditaksir oleh DISCOVER.
4. Menggunakan ayat anda, jelaskan domain pekembangan yang perlu dijadikan domain utama
untuk dimasukkan dalam instrumen kecerdasan.
Isi tempat kosong.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 34
Rujukan
Armstrong, T. (2000). Multiple intelligence in the classroom. Ed. Ke-2. Virgina: Association for
Supervision Curriculum Development.
Maker, C.J., Nielson, A.B. & Rogers, J.A. (1994). Giftedness, diversity, and problem solving. Teaching
Exceptional Children. 27 (1): 4-19
Sarouphim, K.M. (2001): DISCOVER: Concurrent validity, gender differences and identification of
minority student Gifted Child Quarterly 45(2): 130-138.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 35
UNIT 3
INSTRUMEN KECERDASAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengenal pasti Instrumen yang Mengesan Kebolehan Kognitif
Menghuraikan Kandungan Setiap Instrumen
Menjelaskan Kumpulan Sasaran Bagi Setiap Instrumen
PENGENALAN
Seorang dewasa perlu melalui zaman kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan
mereka. Perkara penting yang membezakan individu adalah perkembangan otak dan bagaimana
menyalurkannya melalui kematangan peranan yang dimainkannya. Sesetengah kanak-kanak menjadi
seorang yang berbeza berbanding rakan sebayanya. Perbezaan ini disebabkan oleh cara mereka
berfikir dan mempunyai kebolehan tertentu yang menjadikan mereka seorang yang advance dari segi
tingkah laku, pergaulan dan kemahiran. Dalam istilah lain ialah mempunyai kecerdasan sama ada
kekuatan mental (IQ) atau kecenderungan kepada kecerdasan yang pelbagai. Sejarah ujian
kecerdasan ini telah lama bermula dan telah melalui pelbagai evolusi yang dianggap lebih releven.
Walau bagaimanapun, ujian kecerdasan ini telah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang telah menjalankan
banyak kajian dan mengumpulkan profil murid pintar cerdas yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 36
ISI
Kecerdasan adalah perkara yang subjektif untuk diukur dan dinilai. Walau bagaimanapun,
sudah ada instrumen yang telah dibina untuk mengesan kecerdasan. Adakah ia sesuai untuk
mengesan semua budaya dan bangsa? Adakah kandungannya memenuhi kumpulan sasaran? Paling
penting, adakah ia sah digunakan?
Instrumen kecerdasan sedia ada termasuk Stanford-Binet Intelligence Scale: Fourth Edition (SBIC:FE),
Wechsler Adult Intelligence Scale III (WAIS III), Wechsler Intelligence Scale for Children-Revised
(WISC-R), Ravens Standard Progressive Matrices (Ravens SPM), dan Emotional Intelligence (EQ-i)
dibina melalui pendekatan tertentu. Unit ini akan membincangkan pendekatan-pendekatan dari aspek
tujuan instrumen dibina, asas-asas pembinaan, pemilihan item, kaedah penskoran, kesahan dan
kebolehpercayaan, norms dan kelemahan instrumen berkenaan.
INSTRUMEN SBIC:FE
Instrumen ini dibangunkan menggunakan model three level hierarchical. Tujuan instrumen adalah
menguji kebolehan kognitif dalam kalangan individu yang berumur dua tahun ke atas. Instrumen ini
mengandungi 15 subujian kebolehan kognitif yang dikelompokkan kepada empat domain:
1) Pemikiran verbal
- terdiri daripada perbendaharaan kata, pemahaman, logik, dan hubunan verbal,
2) Pemikiran abstrak atau visual
- terdiri daripada analisis corak, menyalin, matriks, melipat dan menggunting kertas.
3) Pemikiran kuantitatif
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 37
- terdiri daripada kuantitatif, siri nombor, membina persamaan.
4) Ingatan Jangka pendek
- terdiri daripada mengingat manik, mengingat ayat, mengingat digit, dan mengingat objek.
Prinsip penting yang ditekankan adalah:
1) g (general intelligence factor) berada pada tahap tertinggi,
2) Faktor crystallized, fluid dan ingatan jangka pendek berada pada tahap kedua, dan,
3) s (specific factor) terdiri daripada penaakulan verbal, penaakulan kuantitatif, dan
penaakulan abstrak visual berada pada tahap ketiga.
Setiap item diberikan skor 0 jika salah dan skor 1 jika betul. Skor mentah ditukar kepada tiga jenis skor
piawai, iaitu skor skala bagi setiap subujian, skor bidang (area), skor komposit. Skor komposit
menjangkakan faktor g dalam skala ini.
INSTRUMEN WAIS-III
Instrumen ini bertujuan mentaksir kebolehan intelek orang dewasa. Ia dibentuk berasaskan definisi
kecerdasan yang dikemukakan oleh Weschler. Menurutnya, kecerdasan adalah kapasiti untuk
bertindak secara betul, berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan dengan persekitaran.
Sebanyak 14 subujian dibentuk oleh Wechsler bertujuan untuk mencungkil seberapa banyak fungsi
intelek dalam pelbagai cara dan kaedah. Daripada 14 subujian, tujuh daripadanya dikelompokkan
kepada skala verbal, antaranya perbendaharaan kata, persamaan arithmatik, digit span, maklumat,
pemahaman, dan urutan nombor-huruf. Manakala tujuh subujian lagi dikelompokkan kepada skala
performan, iaitu melengkapkan gambar, mengekodkan simbol digit, mereka bentuk bongkah,
penaakulan matriks, menyusun gambar, mencari simbol, dan mencantum objek.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 38
Menurut ahli psikologi, instrumen WAIS-III mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu.
McDermott et. al. (1990) menyatakan analisis profil bagi subskala WAIS-III adalah terhad disebabkan
subujian tidak mentaksir kebolehan spesifik (s) yang mencukupi. Sternberg (1993) berpendapat
instrumen WAIS-III dibentuk berdasarkan teori lama dan perlu menggunakan pendekatan baru dalam
mentaksir kecerdasan. Manakala Wechsler (1991) menyatakan hasil analisis item yang dijalankan
menyedari bahawa WAIS-III bias kepada kumpulan minoriti.
WISC-R
Instrumen ini diterbitkan pada tahun 1974 dan mempunyai sepuluh bahagian yang dikelompokkan
kepada verbal IQ, performan IQ dan full IQ. Subujian dalam verbal IQ adalah perbendaharaan kata,
persamaan, arithmatik maklumat dan pemahaman, urutan nombor-huruf. Manakala subujian performan
IQ adalah melengkapkan gambar, mengekodkan symbol, mereka bentuk bongkah, menyusun gambar,
mencantum objek. Full IQ adalah jumlah keseluruhan subujian iaitu sepuluh. Jika WAIS-III diguna
menguji kecerdasan dewasa, WISR-R pula diguna untuk menentukan kecerdasan kanak-kanak.
RAVEN SPM
Mengandungi 60 item berbentuk matrik dan pelajar memilih matrik yang ganjil atau tidak sesuai.
Instrumen ini terdiri daripada lima set yang mempunyai 12 item setiap set. Setiap set mempunyai lima
hingga tujuh bentuk matrik berasaskan sesuatu tema dengan satu bentuk ditinggalkan untuk dijawab.
Item-item disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Skor-skor IQ mempunyai nilai min 100
dengan sisihan piawai 15. Kebolehpercayaan Ravens SPM melalui uji dan uji semula dalam masa
setahun adalah antara 0.55 hingga 0.84 dan melalui split-half antara 0.60 hingga 0.97 (Raven 1977).
Ketekalan dalaman mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.89 setelah diuji ke atas 274 orang dewasa
pelbagai peringkat umur dan pekerjaan di New Zeland (Fletcher & Hattie 2003). Kesahan serentak
yang diukur secara korelasi antara Ravens SPM dengan WISC-R bagi skala verbal IQ, performan IQ
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 39
dan full IQ adalah antara 0.74 hingga 0.82. Jumlah varians yang dikongsi oleh kedua-dua instrumen
lebih kurang 65%. Ini menunjukkan kedua-duanya mengukur konstruk kecerdasan yang sama (Abd.
Majid 1994).
EQ-i
Instrumen ini bertujuan mengukur konstruk dalam kecerdasan emosi dan bukan mengukur trait atau
kapasiti kognitif seseorang individu. Konstruk kecerdasan emosi yang diukur dalam instrumen EQ-I
adalah:
1) Menyedari emosi kendiri
2) Mengawal emosi kendiri
3) Motivasi kendiri
4) Empati
5) Kemahiran sosial.
Asas pembinaan instrumen EQ-i adalah berdasarkan Bar-On-Model of Emotional & Social
Intelligence. Pendekatan yang digunakan pula melibatkan empat fasa. Fasa pertama adalah mengenal
pasti faktor-faktor utama yang berkaitan dengan emosi yang berkesan dan fungsi sosial. Fasa kedua
adalah mendefinisi faktor-faktor ini dengan sejelas-jelasnya. Fasa ketiga adalah membina instrumen
yang menepati ciri-ciri psikometrik untuk mentaksir faktor-faktor tersebut. Faktor keempat adalah
mengesahkan dan membina norma instrumen dengan menjalankan kajian ke atas sampel pelbagai
bangsa dan lingkungan budaya (Bar-On 1997).
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 40
RUMUSAN
Instrumen kecerdasan membantu mengesan kebolehan pelajar pintar cerdas. Langkah dan panduan
tertentu perlu dipatuhi agar skor yang diperolehi benar-benar mengesan kebolehan yang dimiliki pelajar
pintar cerdas. Sesungguhnya, setiap pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan yang tinggi dan
instrumen kecerdasan dapat mengesan bidah kebolehan itu.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 41
1. Berdasarkan kefahaman anda, nyatakan definisi instrumen kecerdasan.
2. Nyatakan kumpulan sasaran bagi instrument WAIS-III dan WAIS-R.
3. Huraikan asas pembinaan instrumen EQ dan pendekatan yang digunakannya.
Isikan kotak dengan kandungan setiap instrumen.
Instrumen Kandungan instrumen
SBIC:FE -
WAIS-III -
WAIS-R -
RAVEN SPM -
EQ-i -
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 42
Rujukan
McDermott, P.A., Fantuzzo, J.W. & Glutting, J.J (1990). Just say no to subtest analysis: A critique on
Weschler Theory and Practice. Journal of Psychoeducational Assessment 8 (3):290-302.
Sternberg, R.J. (1993). Encyclopedia of human intelligence. New York: Macmillan Publishing Company.
Weschler, D. (1991). Manual for the Wechsler Intelligence Scale for Children. Ed. Ke -3. (WISC-III).
San Antonio, TX: The psychological corporation.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 43
UNIT 4
UJIAN PENGESANAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Tujuan Ujian Pengesanan
Menjelaskan Ciri-ciri Ujian Pengesanan Menggunakan Senarai Semak
Menghuraikan Item-Item yang Mewakili Sifat Pelajar Pintar Cerdas dalam
Senarai Semak
PENGENALAN
Ujian pengesanan perlu dilaksanakan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas
kerana masalah akan wujud jika kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran kerana pemikiran
kognitifnya yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal yang lain. Pelaksanaan ujian
pengesanan bukan perkara yang dianggap mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi yang
membolehkannya melaksanakan ujian itu. Penilaian dan ujian pengesanan adalah proses yang
kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan kanak-kanak.
Proses mengumpul maklumat melibatkan pemerhatian terhadap interaksi kanak-kanak dengan
ibu bapa, guru dan rakan, temu bual dengan kanak-kanak dan mereka yang berhubung rapat
dengannya; meneliti rekod pembelajaran dan keputusan penilaian yang pernah dijalankan; menilai
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 44
sejarah perkembangan dan perubatan; menggunakan maklumat berdasarkan senarai semak; menilai
keperluan dan pilihan kurikulum; menilai jenis dan tahap pembelajaran kanak-kanak semasa tempoh
tertentu; menggunakan analisis tugasan bagi mengenal pasti komponen yang dikuasai dan kemahiran
yang belum dikuasai; dan penerimaan rakan sebaya. Pengumpulan maklumat berkaitan kanak-kanak
dengan menggunakan pelbagai teknik dan sumber maklumat perlu memberi gambaran tentang
kekuatan dan keperluan kanak-kanak, dan kesan terhadap pencapaian dalam pembelajaran. Matlamat
dan objektif yang realistik dan sesuai perlu ditentukan bagi kanak-kanak pintar cerdas
ISI KANDUNGAN
Senarai semak merupakan salah satu ciri ujian pengesanan yang boleh digunakan dalam
bidang pintar cerdas. Persoalannya, apakah kandungan senarai semak yang digunakan? Apakah
perkembangan pelajar yang dikesan dan diukur? Adakah kandungan itu sesuai dan mencapai objektif
aspek kecerdasan?
Ujian pengesanan membantu pihak-pihak tertentu mengesan cirri-ciri yang boleh dilihat pada seorang
pelajar pintar cerdas. Dalam unit ini akan menekankan tujuan ujian pengesanan, ciri-ciri senarai semak
yang ada dan item-item yang mewakili sifat pelajar pintar cerdas.
TUJUAN UJIAN PENGESANAN
Ujian pengesanan bertujuan bagi:
Menapis dan mengenal pasti kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak sama ada kecacatan
yang dialami berkaitan perkembangan yang lambat ataupun masalah pembelajaran seperti
pintar cerdas.
Menilai kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dan perkembangan keseluruhan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 45
Kelayakan dan diagnosis dijalankan bagi menentukan sama ada kanak-kanak itu mengalami
kecacatan yang disyaki dan layak diberikan perkhidmatan pendidikan khas dan dilakukan
diagnosis masalah yang dihadapi.
Perkembangan Rancangan Pendidikan Individu dan penempatan. Ia menyediakan maklumat
supaya Rancangan Pendidikan Individu dapat dibentuk dan keputusan yang sesuai dibuat bagi
menentukan pendidikan murid itu.
Memberikan perancangan yang sesuai bagi keperluan murid dalam pelbagai aspek seperti
social, akademik, fizikal dan pengurusan diri.
PENGESANAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK PINTAR CERDAS (THE GIFTED
CHECKLIST) .
Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil.
Namun begitu terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak yang
disyaki pintar cerdas.
Glynis Hannel (2006) menyenaraikan senarai semak pengesanan untuk mengenal pasti
kanak-kanak pintar cerdas merangkumi semua aspek.
Struktur Senarai Semak
- Setiap senarai semak dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Struktur ini akan
membantu individu-individu mentadbir pengesanan dengan lebih memahami kanak-kanak
tersebut berdasarkan kebolehan mereka.
Melengkapkan senarai semak
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 46
- Senarai semak ini boleh digunakan untuk kanak-kanak atau awal remaja dia antara umur 4
tahun hingga 18 tahun. Setiap item yang digunakan terhadap kanak-kanak ini perlu disemak.
Item-item yang digunakan untuk mengukur tahap atau kemampuan haruslah dicatatkan.
Kebanyakan bahagian, petunjuk-petunjuk awal adalah sangat penting untuk melihat gambaran
hasil ujian keseluruhan. Salah satu senarai semak utama adalah dicipta khusus untuk
digunakan oleh professional di peringkat awal bagi kanak-kanak dan awal remaja ini. Borang
senarai semak boleh juga diguna pakai dalam menjalankan sesi soal jawab. Melalui cara ini,
mereka akan duduk berbincang bersama-sama dengan ibu bapa atau golongan yang terlibat
untuk membincangkan tajuk satu persatu. Perbincangan ini akan memberi gambaran awal
tentang sesi soal jawab yang telah dibuat meliputi kesemua topik yang hendak diperkatakan.
Memahami perbezaan
- Setiap kanak-kanak adalah unik dan tersendiri. Perhatian kepada setiap perkembangan dan
cara hidupnya sangat penting. Para profesional dan ibu bapa akan mengisi maklumat ini untuk
mengenal pasti kecenderungan individu sama ada ia normal atau berbeza atau mengalami
masalah pembelajaran. Penyeliaan tindak balas dari segi personaliti, tingkah laku dan
persekitarannya. Kanak-kanak di Malaysia lebih beruntung kerana hak dan keperluan mereka
diambil tahu dan dititikberatkan.
Analisis keputusan
- Senarai semak yang dibuat menitikberatkan tentang sesuatu ciri topik yang ingin dikaji. Ini
akan dapat memberikan gambaran tentang perwatakan dan keistimewaan yang ada dan
berusaha mencari cara mengatasinya.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 47
Merujuk nasihat pakar
- Berdasarkan senarai semak itu, golongan profesional perlu memberikan panduan dan nasihat
yang berguna serta sokongan. Kebanyakan kanak-kanak bekeperluan khas seperti kanak-
kanak pintar cerdas perlu dibantu dan diberi sokongan khas bagi menjalani proses demi proses
ke arah perkembangan mereka. Terdapat beberapa pusat dan hospital khas yang dapat
menjalankan ujian pengesanan kanak-kanak ini.
SENARAI SEMAK PINTAR CERDAS
(The Gifted Checklist)
Glynis Hannel. BA (Hons.). MSc Registered Psychologist
Setiap item merujuk kepada kanak-kanak hendaklah disemak dengan menggunakan skala kadar
seperti berikut.
0 Tidak langsung, tidak berkait rapat.
1 Sedikit, kadangkala dapat diperhatikan dan adakala timbul dan dapat dilihat.
2 Sederhana, kerap dapat diperhatikan dan adakala dapat dilihat.
3 Serius, kerap diperhatikan dan jelas dapat dilihat.
Sila gunakan 0 jika item yang ditunjukkan tidak bersesuaian dengan klien.
Nama Kanak-kanak : . Umur :
Tarikh : Masa Pemerhatian Dijalankan : ..
Nama Pemerhati : ..
Hubungan Dengan Pelajar :
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 48
A. Peringkat Awal
1 Berwaspada terhadap bayi 0 1 2 3
2 Berjalan awal 0 1 2 3
3 Bercakap awal 0 1 2 3
4 Menunjukkan kecekapan berbahasa pada peringkat awal kanak-kanak
0 1 2 3
5 Belajar awal untuk membaca 0 1 2 3
6 Kefahaman matematik pada peringkat awal 0 1 2 3
7 Kanak-kanak dilihat oleh guru atau penjaga sebagai murid yang pintar
0 1 2 3
B. Kemampuan Kognitif Yang Tinggi
1 Skor lebih daripada 130 IQ skala kepintaran 0 1 2 3
2 Skor pada 98 percentil atau ke atas di dalam ujian kepintaran atau pencapaian
0 1 2 3
3 Mampu untuk memahami lebih lanjut, konsep yang kompleks 0 1 2 3
4 Menikmati permainan kompleks seperti catur, permainan computer
0 1 2 3
5 Menggunakan dan memahami perbendaharaan kata dengan lebih lanjut.
0 1 2 3
C. Perasaan Ingin Tahu
1 Kekerapan bertanya soalan untuk pemahaman sesuatu atau yang membawa sesuatu pembaharuan
0 1 2 3
2 Terhibur dalam membaca buku berbentuk fakta, menonton dokumentari, melawat muzium
0 1 2 3
3 Tidak puas terhadap jawapan ringkas: ingin tahu sesuatu topik dengan lebih mendalam
0 1 2 3
4 Suka untuk mengetahui bagaimana sesuatu kerja 0 1 2 3
5 Suka untuk merekacipta dan eksperimen 0 1 2 3
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 49
D. Pencapaian Akademik Lanjutan
1 Cemerlang dalam membaca kefahaman 0 1 2 3
2 Cemerlang di dalam matematik 0 1 2 3
3 Cemerlang di dalam penulisan bahasa 0 1 2 3
E. Bakat Istimewa
1 Mempunyai kemampuan artistik 0 1 2 3
2 Mempunyai kemampuan muzikal 0 1 2 3
3 Mempunyai kemampuan dalam sukan 0 1 2 3
4 Mempunyai kemahiran binaan konstruksi/ bangunan 0 1 2 3
5 Mempunyai kemahiran kepimpinan 0 1 2 3
6 Merupakan seorang yang berfikiran lateral dan inovatif 0 1 2 3
7 Mempunyai sifat jenaka 0 1 2 3
F. Cara Pembelajaran
1 Apabila berminat, suka meluangkan masa yang lama di dalam satu aktiviti
0 1 2 3
2 Tidak suka kepada kerja yang ringkas 0 1 2 3
3 Mempunyai kesungguhan dalam meminati sesuatu topic 0 1 2 3
4 Cepat dalam membuat kerja baru 0 1 2 3
5 Tidak suka ulangan dan latihan 0 1 2 3
6 Suka sesuatu yang baru dan cabaran 0 1 2 3
7 Kecenderungan untuk merumitkan tugas yang ringkas 0 1 2 3
8 Suka lihat dan ingin menggunakan jalan yang mudah 0 1 2 3
9 Tidak suka menunjukkan jalan kerja dalam matematik : sudah mengetahui atau memahami jawapan
0 1 2 3
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 50
G. Ketidakserasian Dalam Kumpulan Yang Sama Umur
1 Mencari kumpulan sebaya yang kecewa; memilih kawan lama 0 1 2 3
2 Lebih suka bersendirian, seperti membaca buku di perpustakaan semasa waktu rehat
0 1 2 3
3 Tidak suka kerja kumpulan; lebih suka kepada kerja bersendirian 0 1 2 3
4 Tidak faham dengan kanak-kanak lain dengan baik, yang mana berfikir bahawa lelaki@perempuan adalah ganjil
0 1 2 3
H. Kesukaran Akademik
1 Mempunyai kesukaran dalam membaca, menulis atau mengeja 0 1 2 3
2 Mempunyai kesukaran dalam matematik terutama dalam arimetik
0 1 2 3
3 Tidak menumpukan sepenuh perhatian, walaupun semasa kurikulum dikhususkan
0 1 2 3
4 Terlalu inginkan kesempurnaan:enggan melakukan kesilapan walaupun berbakat
0 1 2 3
5 Enggan melakukan kerja pada tahap/ umur yang sama(walaupun berjanji melakukan kerja yang lebih penting)
0 1 2 3
6 Akur pada norma: Cemerlang apabila dijangkakan sahaja 0 1 2 3
7 Konsisten dalam persembahan (sederhana dengan seorang guru, sangat pintar selepas itu)
0 1 2 3
I. Kesukaran Dalam Emosi dan Sikap
1 Memahami isu kompleks orang dewasa dan berasa bimbang seperti keamanan dunia
0 1 2 3
2 Menjadi tidak sabar dengan rakan yang lebih lambat 0 1 2 3
3 Berdebat dengan orang dewasa, sentiasa ada jawapan yang tersendiri
0 1 2 3
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 51
4 Gunakan sindiran apabila bercakap dengan rakan sebaya atau orang dewasa
0 1 2 3
5 Mudah bosan dan kemudian mendiamkan diri atau suka mengganggu
0 1 2 3
6 Menjadi sangat marah atau kecewa dengan sesuatu yang dianggap ketidakadilan (mempunyai sifat etika yang matang)
0 1 2 3
RUMUSAN
Untuk menjalankan suatu ujian pengesanan, kita perlu mengenali ujian atau instrumen yang hendak
digunakan. Seperti yang dibincangkan tadi, tujuan pengesanan perlu ditentukan terlebih dahulu agar
objektif pengesanan akan tercapai. Contoh instrumen berdasarkan senarai semak adalah asas penting
untuk mengenali sifat-sifat pelajar pintar cerdas melalui item-item dalam senarai semak tersebut. Oleh
yang demikian, pelajar pintar cerdas boleh dikesan dengan berpandukan ciri-ciri unik yang ditunjukkan
olehnya.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 52
1. Berdasarkan kefahaman anda, mengapakah kita perlu mengumpulkan maklumat kecerdasan
pelajar?
2. Nyatakan tujuan ujian pengesanan.
3. Jelaskan langkah/cara menyediakan senarai semak untuk ujian pengesanan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 53
Rujukan
Hannel, G. (2006). Identifying Children with Special Needs: Checklist and Action Plans for Teachers.
UK: SAGE publications
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 54
UNIT 5
UJIAN KECERDASAN BERASASKAN PERFORMAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat
Menjelaskan Definisi Ujian Kecerdasan Berasaskan Performan.
Mengenal Pasti Keperluan Dan Kepentingan Ujian Ini.
Membincangkan Prinsip Pembinaan Ujian Ini.
Menghuraikan Jenis Ujian dan Rubrik
PENGENALAN
Ujian kecerdasan yang bertujuan mengesan pelbagai aspek selain intelektual memerlukan ciri
pengukuran yang tertentu iaitu performan. Performan akan ditunjukkan oleh sampel ujian dan tahap
pencapaiannya diberi melalui skor tertentu. Ujian ini lebih sesuai dan tidak memerlukan pelajar
menjalani ujian pensel kertas, tapi hanya melakukan seperti yang diperlukan dalam item ujian.
ISI
Apakah konsep yang sesuai untuk memilih ujian kecerdasan?Bagi kanak-kanak, perlukah
ia tidak melibatkan ujian pensil kertas atau melibatkan peperiksaan seperti ujian biasa yang sering
dilihat? Kebanyakan pengkaji mendapati aspek yang sesuai adalah mematuhi konsep penilaian dan
pengukuran dan menentukan objektif ujian kecerdasan yang ingin kita capai.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 55
Ujian kecerdasan berasaskan performan mempunyai item-item berbentuk performan, iaitu bagi domain-
domain perkembangan. Unit ini membincangkan ujian performan daripada beberapa aspek,
termasuklah definisi, keperluan dan kepentingannya, prinsip pembinaan instrumen pentaksiran
performan, jenis-jenis pentaksiran performan, dan juga teknik penskoran rubrik.
DEFINISI
Mengikut Mohamad Sahari (2002), mentaksir dan menilai performan bukanlah satu perkara baru.
Tambahnya lagi, sejak berabad lamanya kecekapan seperti berenang dan memainkan alat muzik telah
pun mempunyai cara-cara tersendiri untuk ditaksirkan. Sungguhpun begitu, pentaksiran performan
yang difahami sekarang adalah perkembangan baru dalam system pendidikan Negara. Sebelum
perbincanganmengenai keperluan, kepentingan serta syarat-syarat pentaksiran performan dalam
pendidikan diteruskan, diutarakan beberapa definisi pentaksiran performan mengikut tokoh dalam
bidang ini:
Pentaksiran berasaskan performan mengikut Hibbard et. al. (1996), adalah
mempersembahkan satu set strategi untuk ...... mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan tabiat
kerja melalui tugasan tugas-tugas performan yang melibatkan pelajar secara bermakna.
Mengikut Nitko (2003), pentaksiran performan didefinisikan sama dengan pentaksiran
alternatif (alternative assessment) dan saling bertukar penggunaan mengikut konteks tertentu.
Pentaksiran alternatif adalah suatu tugas yang memerlukan murid menunjukkan pencapaian melalui
hasil keluaran dalam bentuk tulisan dan percakapan sama ada secara berkumpulan atau secara
individu. Menurut Nitko (2001) lagi, pentaksiran performan memerlukan murid menjalankan kerja
secara hands on, aktiviti-aktiviti yang memerlukan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dengan
menggunakan criteria yang jelas. Definisi Nitko diperjelaskan lagi oleh Mohamad Sahari (2002), di
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 56
mana beliau mendefinisikan pentaksiran performan sebagai proses pengukuran dan penilaian yang
meminta murid mencipta satu jawapan atau produk untuk menampilkan pengetahuan atau kemahiran
yang dipelajari olehnya.
Mohamad Sahari (2002) menjelaskan lagi, semua bentuk tingkah laku, baik yang berkaitan
dengan kemahiran kognitif yang kompleks sehinggalah cara murid bertingkah laku dalam situasi social
adalah merangkumi konsep pentaksiran performan. Beliau kemudiannya mendefinisi pentaksiran
performan sebagai usaha sistematik dan berterusan untuk mengukur dan menilai pencapaian proses
atau produk murid, sama ada berbentuk konsep atau kemahiran yang rumit dan kompleks.
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN
Dalam jangka pendek, pentaksiran berasaskan performan menghasilkan maklumat berguna berkenaan
apa pelajar dapat buat. Dalam jangka panjang, murid akan menjadi seorang warganegara yang baik,
pekerja produktif dan semuanya mencapai matlamat yang dikehendaki (Brand, 1997). Pendapat ini
disokong oleh Wigdor dan Gardner (1982) dalam Toff (1997) dengan menyatakan berapa baik
sekalipun ujian piawai atau ujian kebolehan kognitif, puratanya hanya menyumbang empat peratus
daripada varian dalam performan kerja, 96% lagi tidak ditunjukkan dalam ujian-ujian berkenaan.
Nitko (2001), mempercayai bahawa pentaksiran performan dalam kecerdasan pelbagai domain
mempunyai potensi untuk mengundang murid menunjukkan pencapaian dan boleh dinilai dalam
pelbagai cara yang berbeza. Taksiran berasaskan performan memerlukan individu menggunakan
pengetahuan dan kemahiran dalam konteks, tidak semata-mata melengkapkan tugasan sebagai
syarat sahaja. Mengikut Gardner (1993), kebanyakan pihak yang pakar dalam pengujian percayakan
performan berasaskan kebolehan. Kebolehan pula sepatutnya ditunjukkan oleh seseorang individu
semasa pengujian dijalankan.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 57
Kelebihan ujian performan mengikut Nitko (2001, 2003) antaranya dapat mencapai matlamat
pembelajaran yang kompleks, mentaksir kebolehan untuk membuat, di mana dapat melihat pelajar
menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar, penilaian menjadi lebih konsisten dengan teori
pembelajaran moden. Menurut Linn dan Gronlund (1995), teori pembelajaran moden mengesyorkan
pelajar aktif terlibat dalam membentuk sesuatu makna. Penilaian performan mengambil kira latar
belakang pengetahuan pelajar dalam penglibatannya membina makna. Penilaian performan dapat
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan, boleh diselitkan dalam aktiviti pengajaran,
meluaskan pentaksiran pelajar dan menggalakkan guru-guru menilai proses pelajar melaksanakan
sesuatu tugasan, berbanding menilai produk yang dihasilkan.
Penilaian proses dan prosedur membuat sesuatu, mendedahkan kekuatan dan kelemahan
pelajar serta boleh mengetahui teknik dan strategi melakukannya. Menurut Linn dan Gronlund (1995)
lagi, penilaian performan melibatkan objektif pembelajaran yang kompleks serta performan yang
ditunjukkan di sekolah sama dengan di luar sekolah (school smart vs street smart). Penilaian performan
juga boleh menilai hasil pembelajaran yang kompleks dan menyeluruh di mana ianya tidak dapat
dilakukan oleh kaedah lain (Mohamad Sahari 2002). Kaedah lain yang dimaksudkan di sini adalah
kaedah ujian piawai atau ujian kertas dan pensel yang mempunyai kelemahan tertentu. Keperluan
kepada penilaian performan adalah bertitik tolak daripada ujian piawai atau ujian-ujian rujukan norma
yang dikesan.
Gardner (1983) mengesyorkan, supaya menggunakan penilaian alternatif bagi pentaksiran
kecerdasan, kerana ujian kertas pensel mempunyai kelemahan dalam mentaksir kemahiran bagi
kemahiran bagi setiap kecerdasan, antaranya,
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 58
1) Ujian kertas pensel mentaksir secara konvergen, iaitu satu jawapan betul sahaja.
Sedangkan Gardner mendefinisi setiap kecerdasan dalam bentuk konvergen dan divergen
(aspek kreatif).
2) Ujian kertas pensel kelihatan menguji kecerdasan tertentu tidak secara langsung, tetapi
menerusi kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik. Dengan demikian, sesorang
individu yang lemah dalam kedua-dua kecerdasan ini tidak berpeluang menonjol dalam ujian
ini.
3) Ujian pensel kertas dikonstrukkan sebagai pentaksiran saintifik bagi pengetahuan berfakta
dan kemahiran dalam keadaan decontextualized dan situasi formal. Berbeza dengan realiti
bahawa kecerdasan pelbagai domain diandaikan seseorang individu mampu menyelesaikan
masalah dan menghasilkan barangan dalam keadaan persekitaran yang kaya.
Semua ini agak berbeza dengan tujuan pentaksiran kecerdasan dimana pentaksiran kecerdasan
adalah untuk menyediakan seseorang individu dengan maklumat yang berguna bagi mencapai
matlamat hidupnya. Contohnya, melalui kekuatan yang dimiliki, seseorang itu boleh memilih bidang
kerjaya yang sesuai.
Ujian tradisional seperti ujian pencapaian, ujian persediaan dan ujian kecerdasan selalunya
direka bentuk untuk menapis (sort) dan menentukan kedudukan (ranking) berdasarkan skor tunggal
(Single score). Ujian tradisional memberi kesan dalam pemilihan pelajar. Kelemahan pentaksiran
seperti apa yang berlaku dalam peperiksaan sekarang adalah lebih merupakan satu terminal untuk
menyingkirkan pelajar yang tidak dapat mencapai satu piawai yang telah ditetapkan oleh oleh
sesuatu peperiksaan awam. Apabila percaya bahawa tujuan pentaksiran untuk menapis, sebagai
wadah menentukan ranking dan menyingkir pelajar, menyebabkan ahli-ahli psikologi menggunakan
banyak masa untuk menetapkan kedudukan pelajar daripada membantu mereka. Para pendidik
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 59
selalunya fokuskan pemulihan pelajar lemah berbanding meningkatkan atau membawa pelajar
kepada kekuatan dan kecenderungan mereka yang sebenar.
Tujuan pentaksiran kecerdasan adalah untuk menyokong pelajar berdasarkan profil
kecerdasan yang lengkap, iaitu kedua-dua aspek, kekuatan dan kelemahan mereka (Gardner 1993).
Pentaksiran alternatif diguna bukan sahaja merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan, tetapi boleh
menjangkakan tahap kesukaran dihadapi pelajar.
PRINSIP PEMBINAAN UJIAN
Pembinaan tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti pentaksiran performan seharusnya menggunakan
pendekatan yang sistematik (Nitko, 2001). Proses yang sistematik ini mempunyai tiga tahap (Stiggins
2001):
1) sangat jelas apakah performan yang dikehendaki untuk ditaksir,
2) membina tugas atau aktiviti dan
3) membentuk pemberian skor dan merekod keputusan pentaksiran.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PERFORMAN
Pentaksiran performan mempunyai pelbagai bentuk dan kaedah untuk mendapatkan jawapan pelajar.
Antara jenis-jenis dan kaedah berkenaan termasuklah tugasan individu, kumpulan atau kedua-duanya
dengan menggunakan kertas pensel dan tugas-tugas yang memerlukan bahan dan sumber melebihi
kertas pensel. Bentuk projek dalam jangka panjang, portfolio, demonstrasi, eksperimen, persembahan
lisan atau lakonan, dan simulasi (Nitko 2003).
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 60
TEKNIK PENSKORAN RUBRIK
Mengikut Nitko (2003), pentaksiran performan memerlukan dua komponen utama:
1) Tugas performan
2) Rubrik penskoran yang jelas
Tugas performan yang perlu dipenuhi dalam aktiviti pentaksiran memerlukan pelajar
menunjukkan pencapaian melalui penghasilan jawapan dalam bentuk penulisan, percakapan, atau
melalui penciptaan produk yang spesifik. Manakala rubrik penskoran pula adalah satu set peraturan
yang jelas dan mudah difahami. Rubrik penskoran pula adalah satu set peraturan yang jelas dan
mudah difahami. Rubrik hendaklah mampu mentaksir kualiti jawapan pelajar. Rubrik memberi garis
panduan untuk penghakiman dan menentukan peraturan pemarkahan diikuti secara tekal antara
pelajar. Rubrik penskoran mengikut Siti Rahayah (2003), merupakan satu panduan atau format untuk
menjalankan pentaksiran ke atas sesuatu perkara.
Pentaksiran boleh dibina dalam bentuk skala pemeringkatan atau senarai semak. Skala
pemeringkatan mengandungi angka-angka seperti 0-3, 1-4, bergantung kepada kualiti tahap setiap
pilihan. Angka yang lebih tinggi merujuk kepada tahap paling tinggi, manakala angka kecil merujuk
kepada tahap yang lebih rendah. Setiap angka mewakili penerangan mengenai tahap kualiti kriteria
yang hendak dicapai bagi item berkenaan. Kesahan dan kebolehpercayaan skor-skor yang diberikan
pelajar meningkat apabila menggunakan kerangka umum penskoran sebagai panduan membina rubric
penskoran yang spesifik. Jika mempunyai beberapa objektif pentaksiran dalam sesuatu tugas, maka
beberapa rubric penskoran perlu disediakan, iaitu satu rubrik penskoran bagi satu objektif pentaksiran.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 61
Contoh,
Objektif: Kebolehan menggunakan pelbagai sumber maklumat untuk mengumpul data.
Rubrik seperti berikut:
Skor Penerangan Tahap Kriteria Penskoran
4 Menggunakan akhbar, majalah, radio, TV dan juga saksi atau individu yang menulis laporan (sumber primer) dalam melengkapkan tugasannya.
3 Menggunakan akhbar, radio dan TV untuk melengkapkan tugasannya.
2 Gagal menggunakan beberapa sumber yang dilaporkan oleh media untuk menyelesaikan tugasannya.
1 Gagal menggunakan kebanyakan sumber atau teknik mengumpul maklumat untuk menyelesaikan tugasannya.
RUMUSAN
Bagaimana kita dapat memastikan sesuatu ujian kecerdasan itu dapat mengesan dengan tepat potensi
pintar cerdas sesorang pelajar? Semua ini bergantung kepada objektif ujian yang ditetapkan. Unit ini
telah membincangkan ujian kecerdasarkan berasaskan performan yang dapat membantu pelajar pintar
cerdas menunjukkan kelebihan dengan lebih maksimum. Kelebihan itu dapat dilihat pada skala rubrik
yang dapat melihat kebolehan pelajar pintar cerdas samada sama dengan pelajar lain atau lebih lagi.
Sesungguhnya, ujian seperti ini penting dan memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas dan golongan
pengkaji yang perlukan pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehannya pada tahap maksimum.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 62
1. Nyatakan definisi pentaksiran berasaskan performan.
2. Nyatakan prinsip pembinaan ujian.
3. Jelaskan jenis-jenis pentaksiran performan.
4. Huraikan teknik penskoran rubrik
Isikan tempat kosong dengan kelemahan ujian kertas pensel.
1.
2.
3.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 63
Rujukan
Brand, R., (1997). Teaching for authentic student performance perspective:on authentic performance
assessment. Alexandria, VA: Association for supervision and curriculum development.
Gardner, H., (1993). Multiple Intelligence: The Theory in Practice. New York: Basic Book.
Hibbard, K.M., Wagenen, L.V., Lewbel, S.,Wyatt, S.W., Shaw, S. Maeir, J., Johnson, D.,Honan, M.,
Nelson, D.M., & Wislocki, J.A. (1996). A teachers guide to performance-based learning and
assessment. Alexandria, VA : Association for supervision and curriculum development.
Linn, R.L., & Gronlund, N.E., (1995). Measuring and assessment in teaching. Ed. Ke-7. New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Mohamad Sahari (2002). Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala Lumpur: Penerbit UIAM.
Nitko, A.J., (2001). Educational assessment of students. Ed. Ke-3. New Jersey: Prentice-Hall.
Nitko, A.J. (2003). Alternative assessment in teaching and learning. Ucaputama dalam 2nd International
Conference on Measurement and Evaluation in Education, Pulau Pinang, 27-30 Ogos.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan dalam pengukuran dan penilaian. UKM:
Penerbit Pusat Pembangunan Akademik.
Stiggins, R.J., (2001). Student involved classroom assessment. Ed. Ke-3. New Jersey: Prentice-Hall.
Toff. B. (1997). Multiple intelligence and assessment: A collection of articles Illinois : Skylight
Publishing.
KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 64
UNIT 6
PELAJAR PINTAR CERDAS DENGAN KEPERLUAN KHAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Mengetahui Definisi Keperluan Khas Yang Dimiliki Oleh Pelajar Pintar Cerdas
Mengenal Pasti Ciri-Ciri Keperluan Khas Pelajar Pintar Cerdas
Menjelaskan Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Dengan Keperluan
Khas
Menghuraikan Pendidikan Dan Strategi Pengajaran