Bab 1 ISLAM SEBAGAI AL-DeeN
BAB 1
ISLAM SEBAGAI AL-DEENA) PENDAHULUANIslam adalah sebuah agama
yang lengkap, sempurna dan syumul meliputi segala aspek kehidupan.
Syariatnya dijadikan panduan dan rujukan dalam mengharungi
kehidupan untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Menjadikan Islam sebagai ad-Deen bererti menjadikan Islam sebagai
cara hidup dalam semua sudut. Bagi merealisasikan perkara ini,
setiap muslim haruslah mengetahui ajaran agama Islam secara
menyeluruh meliputi maksud Islam itu sendiri, ayat al-Quran dan
hadith berkaitan Islam, ciri-ciri keistimewaan Islam, asas-asas
Islam, dasar-dasar Islam (maqasid al-Syariah) dan sebagainya.B)
PENGERTIAN ISLAMDari sudut bahasa
Asal perkataan salam; bermaksud Sejahtera, tidak tercela, tidak
cacat ;Ia mengandungi 3 makna:i) Sejahtera, tidak tercela @ cacat
zahir & batinii) Damai, aman dan sejahtera.
iii) Taat, penyerahan diri, tunduk, patuh kepada
peraturan-peraturan dan undang-undang Allah SWT.iv) Dari perkataan
bahasa Arab :Salima= Selamat
Salmi = DamaiIstaslama = Tunduk dan patuh serta taat
Dari sudut istilah Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dengan
mentauhidkanNya, taat, tunduk dan patuh, keikhlasan yang lahir
dalam diri secara menyeluruh serta beriman kepada ajaranNya yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut pendapat Sarjana Islam
Ulama merumuskan beberapa takrif, antaranya:
i. Agama Islam ialah peraturan-peraturan dari Allah SWT untuk
manusia yang berakal, untuk memberi keyakinan mencapai jalan yang
bahagia lahir dan batin, dunia dan akhirat bersandar kepada wahyu
Ilahi yang terhimpun dalam al-Quran yang diterima oleh Rasulullah
SAW.
ii. Agama Islam ialah kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa dan
tata hukumNya berasaskan wahyu Ilahi kepada Nabi/Rasul-Nya, untuk
mengatur hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah
SWT.Islam sebagai peraturan hidup (Ad-Deen)Ad-Deen memberi maksud
Agama, satu cara hidup.
Menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup dimana agama adalah
suatu sistem yang mengandungi peraturan yang menyeluruh,
undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk
mereka menerima dan mengamalkannya secara total dengan cara :
i- Mentaati dan mematuhi segala perintahNya (suruhan dan
larangan)
ii- Memahami bahawa peraturan yang ditentukan oleh Islam
bersesuaian dengan fitrah manusiaiii- Menerima dan mengamalkan
secara total segala perintah dan peraturan Islam dalam kehidupaniv-
Menjadikan Islam sebagai undang-undang dan peraturan yang lengkap
dalam semua urusan kehidupan
Kesempurnaan seseorang muslim bergantung kepada sejauhmana
kepatuhannya kepada perintah dan peraturan yang ditetapkan oleh
Islam. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 208 :
Maksudnya:Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam agama
Islam (dengan mematuhi) seluruh hukum-hukumnya. Jangan kamu
mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagimu.C) ISLAM DALAM AL-QURAN DAN AL-HADITHi) Al-Quran
:Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menyebut Islam sebagai
ad-Deen. Antaranya :a) Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3
:Maksudnya:
Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu dan telah sempurnakan
kepadamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk
kamu
b) Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud:
Maksudnya:
Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.. c) Firman Allah
dalam surah Ali Imran, ayat 85 :Maksudnya:
Barangsiapa yang memilih agama selain Islam, Allah tidak
sekali-kali menerimanya dan di akhirat mereka termasuk orang-orang
yang rugi
ii) Al-Hadith :
Antara hadith yang menyebut Islam sebagai ad-Deen ialah hadith
yang menerangkan tentang Islam, Iman dan Ihsan.
D) CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM 1- Ciptaan dari Allah s.w.t
Penamaan daripada Allah
Sesuai dengan nama dan sifatnya
2- Berasaskan wahyu Sumber utama iaitu al-Quran dan al-Hadith3-
Lengkap dan menyeluruh Mengandungi asas-asas Islam seperti akidah,
syariah, akhlak Mempunyai undang-undang dan peraturan lengkap
seperti ibadah, muamalah, jenayah, munakahat, faraid
Merangkumi urusan dunia dan akhirat
4- Bersifat universal Tidak terhad kepada bangsa, keturunan,
warna kulit, kedudukan,iklim, geografi Mementingkan keadilan di
mana Islam untuk semua.
5- Sesuai sepanjang zaman Ajarannya tidak terhad kepada had masa
tertentu
Sesuai sehingga hari kiamat
6- Mendidik jiwa manusia Ajarannya mendidik manusia menjadi
insan kamil, taat, bertaqwa, menerapkan sifat mahmudah, menghindari
sifat mazmumah
7- Memperuntukkan ganjaran Setiap amalan dalam Islam dikira
ibadah berasaskan syarat Ibadan
Memperuntukkan pahala dan dosa, syurga dan neraka8- Tetap dan
tidak berubah Ajaran dalam Islam sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w
sehinggalah hari kiamat Ajarannya terpelihara tidak boleh
diubah
9- Memudahkan dan tidak membebankan Kemudahan kepada mereka yang
musafir, sakit, uzur melakukan ibadah. Contoh solat, puasa, haj
Memberi peluang tempoh masa yang panjang dalam melakukan
ibadah
10- Dilaksanakan secara beransur-ansur @ berperingkat-peringkat
E) ASAS-ASAS ISLAM
1- AKIDAH
i- Pengertian Akidah :Dari sudut bahasa akidah bermaksud ikatan,
simpulan, kepercayaan, keyakinan.
Manakala dari sudut istilah pula akidah memberi makna
kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga
tidak mungkin akan terhurai atau terputus walau oleh apa jua
keadaan dan suasana. (Mohd. Sulaiman Hj. Yasin: 1988)
ii- Pengertian Tauhid :Tauhid dari sudut bahasa diambil dari
perkataan wahhada yang bermaksud mengesakan.Dari sudut istilah
tauhid bermaksud mengesakan Allah tanpa melakukan syirik.
Mengiktikad keesaan Allah SWT pada zat, sifat dan perbuatanNya
berdasarkan dalil-dalil yang benar.
Ilmu Tauhid:Memperkatakan tentang keEsaan Allah SWT, serta
membahaskan
soal-soal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT.
Ilmu Usuluddin:Memperkatakan pokok-pokok agama (usul agama),
terutama mengenai ketuhanan.
Ilmu Kalam:Memperdebatkan tentang kalam Allah SWT
(al-Quran).
Contoh: al-Quran itu qadim (lama) atau hadis (baharu).
Firman Allah dalam surah al-Anbia ayat 25 : Maksudnya :
Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan
kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak)
melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku".
Surah al-Bayyinah, ayat 5 :Maksudnya :
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah
dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama
yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan
zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus. Ilmu Tauhid
adalah suatu ilmu yang membincangkan tentang penetapan pegangan
kepercayaan kepada Allah dan kepada Rasul-rasulNya dengan
dalil-dalil yang benar.
Dengan Ilmu Tauhid manusia dapat membezakan antara akidah yang
benar dengan yang menyeleweng.
Hukum mempelajarinya adalah wajib fardhu ain ke atas setiap
mukallaf bagi mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. sama ada secara
ijmali (ringkas) atau secara tafsili (terperinci) berserta dalil
ijmali .
Manakala hukum mempelajarinya melalui dalil tafsili adalah wajib
fardhu kifayah .
Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) iaitu
beriktikad bahawa wajib bagi Allah bersifat dengan segala
sifat-sifat kesempurnaan serta mustahil bagi Allah bersifat dengan
sifat-sifat kekurangan. Mengetahui sifat-sifat Allah secara tafsili
(terperinci) iaitu beriktikad dengan dalil-dalil akli (akal) dan
dalil naqli (wahyu) bahawa wajib bagi Allah bersifat dengan segala
sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil bagi Allah bersifat dengan
sifat-sifat kekurangan.
Akidah yang benar dengan beriktikad bahawa Allah sebagai
pencipta, pemilik, pentadbir alam dan isi keseluruhannya dengan
menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, memohon sesuatu pertolongan
dan melakukan puji-pujian hanya kepada Allah serta meyakini 20
sifat-sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat-sifat yang mustahil dan
1 sifat yang harus.
iii- Antara Perkara Yang Merosakkan Akidah :a) Mengingkari Allah
sebagai pencipta
b) Mendakwa alam ini bukan makhluk
c) Mendakwa alam ini bukan di bawah pentadbiran Allah
d) Mendakwa diri berkuasa
e) Menyembah dan melakukan ibadah bukan kerana Allah
f) Memohon perlindungan bukan dengan Allahg) Mencintai makhluk
lebih daripada mencintai Allahh) Mempermain atau mempersenda hukum
Allahi) Menolak hukum Allahj) Menyamakan sifat Allah dengan sifat
makhluk
k) Membayang atau membentuk zat Allahl) Menyandarkan sifat Allah
dengan sifat makhluk
iv- Keistimewaan Akidah : a) Bersifat menyeluruh
Mengakui kekuasaan Allah secara jasmani dan rohani
Mengakui adanya penerusan kehidupan dunia dan kehidupan
akhirat
b) Kekal dan tidak berubah
Berteraskan asas-asas yang kekal iaitu keimanan kepada Allah dan
RasulNya
Berasaskan dalil-dalil yang benar
Tidak tergoncang dan berubah disebabkan perubahan keadaan dan
suasana
c) Sesuai sepanjang zaman
Kepercayaannya sesuai dengan fitrah semulajadi manusia
Tidak bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia
Tidak bertentangan dengan sebab perubahan masa dan kedudukan
d) Pembentuk akhlak
Menghasilkan kesan positif terhadap akhlak
Mendorong melakukan amal kebajikan dan menolak kejahatan
Manusia mengetahui setiap gerak perbuatannya akan dinilai,
dikira dan dibalas
e) Bersifat praktikal
Dapat diterima akliah (akal)
Bersifat nafsiah (kejiwaan)
Bersifat amaliah (praktikal)
Melahirkan rasa takut dan gerun terhadap kekuasaan Allah
Manusia takut untuk melakukan kejahatan
f) Penyelamat umat Islam
Manusia sama di sisi Allah
Membebaskan diri daripada kezaliman dan penindasan
Membebaskan dari tuntutan nafsu syahwat
Membebaskan dari sifat taasub kerana taasub menyebabkan
pertelingkahan antara manusiag) Positif dan Produktif
Mendidik manusia taat kepada perintah Allah
Melaksanakan tuntutan manusia sebagai khalifah Allah
Melahirkan tamadun manusia berbagai bidang yang mempunyai
keimanan yang teguh
h) Penyusun nilai hidup manusia
Membina tamadun manusia atas dasar ketaqwaan dan keimanan
Memusatkan alam semesta dan kehidupan manusia di atas nilai
keimanan kepada Allah
v- Kehidupan Bertunjangkan Tauhid :a) Menjadikan Islam sebagai
ad-Deen dalam semua urusan kehidupan
b) Menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam
c) Mentaati segala perintah Allah merangkumi suruhan dan
larangan
d) Sentiasa berzikir, bertahmid, bertasbih dengan mengingati,
memuji, mengagungkan Allah
e) Menjauhi cara hidup dan amalan yang bertentangan dengan
Islamvi- Rukun Iman Hadith Nabi SAW yang bermaksud:
Jibril bertanya Nabi s.a.w, beritahu aku tentang Iman? Nabi
s.a.w menjawab: Iman itu ialah kamu beriman dengan Allah dan
MalaikatNya dan Kitab2Nya dan Rasul2Nya dan Hari Akhirat dan
beriman dengan ketetapan baik dan buruk (qadha dan qadar)
a) Pengertian Rukun Iman:
Iman berasal daripada perkataan amana bermaksud aman,
tenteram.
Dari segi istilah membenar dan menyakini sesuatu di dalam hati,
menyatakan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan ke semua
rukun-rukun iman.
b) Falsafah Rukun Iman : Iaitu suatu rukun yang mengandungi
kepercayaan, pegangan, iktikad dan keyakinan manusia terhadap semua
rukun iman.
Sifatnya sentiasa bertambah dan berkurang bergantung kepada
tahap keimanan seseorang.
c) Huraian Rukun Iman :1) Beriman kepada Allah SWT Percaya
bahawa Allah wujud, esa, wajib disembah, berkuasa mencipta dan
mentiadakan sesuatu (makhluk), pencipta alam dan isinya serta
bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
meyakini bukti kekuasaanNya dapat dilihat daripada fenomena alam
dan pernyataan di dalam al-Quran.
Firman Allah dalam surah al-Fatihah, ayat 1 hingga 3 : Maksudnya
:
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Yang menguasai di hari Pembalasan.
Surah al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4 :
Maksudnya :
Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan
yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan
tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara
dengan Dia."
Surah al-Anam, ayat 102 : Maksudnya :
(yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan
kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, Maka
sembahlah Dia; dan dia adalah pemelihara segala sesuatu. Surah Ali
Imran, ayat 27 : Maksudnya :
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang
ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan
Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. dan Engkau beri rezki
siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".
Surah al-Baqarah, ayat 255 :Maksudnya :
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang
hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak
mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di
bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa
izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di
belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi
langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.
Surah al-mulk, ayat 2 :((Maksudnya :
Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu
lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap
di atas jalan yang lurus?
2) Beriman kepada Malaikat
Percaya kewujudan malaikat yang tidak dapat dikesan dengan
penyelidikan dan pemikiran.
Antara tugas malaikat ialah sebagai perantara Allah dengan
manusia untuk manusia menerima segala perintahNya. Manusia akan
berhadapan dengan malaikat ketika saat kematian dan menghadapi
persoalan di dalam kubur. Firman Allah dalam surah al-Tahrim, ayat
6 : ((((((((((( ((((((((( (((((((((( (((((( (((((((((((
((((((((((((( (((((( (((((((((( (((((((( ((((((((((((((( (((((((((
(((((((((((( (((((( ((((((( (( ((((((((( (((( (((( ((((((((((
((((((((((((( ((( ((((((((((( (((Maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
Surah al-ahzab, ayat 56 :(((( (((( ((((((((((((((((( (((((((((
((((( (((((((((( ( ((((((((((( ((((((((( (((((((((( (((((((
(((((((( (((((((((((( (((((((((( ((((Maksudnya :
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi
dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.3) Beriman kepada
Kitab
Percaya kitab sebagai peraturan dan undang-undang Allah yang
disampaikan kepada para rasul melalui malaikat Jibril.
Menjadi sumber rujukan dan panduan hidup. Mengandungi
kisah-kisah benar ; antaranya perkara-perkara ghaib, kisah-kisah
Nabi, kisah-kisah umat terdahulu, peristiwa yang telah dan akan
berlaku.
Al-Quran merupakan rumusan dan kesimpulan kitab-kitab
sebelumnya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 2, :(((((((
((((((((((( (( (((((( ( ((((( ( ((((( (((((((((((((( (((Maksudnya
:
Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa,
Surah Ali Imran, ayat 3 :(((((( (((((((( ((((((((((( (((((((((((
(((((((((( (((((( (((((( (((((((( ((((((((( ((((((((((((
(((((((((((( (((Maksudnya :
Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan Sebenarnya;
membenarkan Kitab yang Telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan
Taurat dan Injil,
4) Beriman kepada Rasul
Percaya adanya rasul yang terdiri daripada lelaki.
Sebagai pembimbing dan penerang segala peraturan dan
undang-undang Allah melalui kitab-kitab Allah yang diturunkan
kepadanya.
Menyampaikan berita baik dan buruk kepada manusia. Setiap rasul
membenarkan ajaran yang disampaikan oleh para rasul sebelumnya.
Rasul dikurniakan pelbagai kelebihan; mukjizat, wahyu, bersifat
maksum bagi membuktikan kerasulannya.
Firman Allah dalam surah al-Fath, ayat 28 :(((( ((((((((
(((((((( (((((((((( (((((((((((( ((((((( ((((((((( (((((((((((((
((((( ((((((((( (((((((( ( (((((((( (((((( (((((((( ((((Maksudnya
:
Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan
agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. dan
cukuplah Allah sebagai saksi.
Surah an-Nahl, ayat 36 :(((((((( ((((((((( ((( ((((( ((((((
((((((( (((( ((((((((((( (((( ((((((((((((((( ((((((((((( (
((((((((( (((( ((((( (((( ((((((((( (((( (((((( ((((((((
(((((((((((( ( (((((((((( ((( (((((((( (((((((((((( (((((( (((((
((((((((( (((((((((((((((( ((((Maksudnya :
Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat
(untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut
itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk
oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti
kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan
perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan
(rasul-rasul).
Surah al-Anbia', ayat 107 :(((((( ((((((((((((( (((( ((((((((
((((((((((((((( (((((Maksudnya :
Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)
rahmat bagi semesta alam.
Surah al-Anam, ayat 48 : ((((( (((((((( ((((((((((((((( ((((
(((((((((((( (((((((((((( ( (((((( ((((((( (((((((((( (((( ((((((
(((((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((Maksudnya :
Dan tidaklah kami mengutus para Rasul itu melainkan untuk
memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. barangsiapa yang
beriman dan mengadakan perbaikan[474], Maka tak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Surah
al-Nisa', ayat 59 :((((((((((( ((((((((( ((((((((((( ((((((((((
(((( (((((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((( ((((((( ( (((((
((((((((((((( ((( (((((( ((((((((( ((((( (((( (((((((((((( (((
((((((( ((((((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( ( ((((((( ((((((
(((((((((( ((((((((( ((((Maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul
(nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al
Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan
lebih baik akibatnya.
Surah Saba', ayat 28 :(((((( ((((((((((((( (((( ((((((((
((((((((( (((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((( (((((((( ((
((((((((((( Maksudnya :
Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui.
5) Beriman kepada Hari Qiyamat
Percaya adanya hari kebangkitan atau pembalasan di mana seluruh
manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima balasan sama baik
atau buruk.
Dalam al-Quran, percaya kepada hari kiamat seringkali
dicantumkan dengan percaya kepada Allah.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 62 : (((( (((((((((
(((((((((( ((((((((((( (((((((( (((((((((((((( ((((((((((((((( ((((
((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( (((((((( (((((((( ((((((((
(((((((((( ((((( ((((((((( (((( (((((( (((((((((( (((( ((((
((((((((((( ((((Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang
Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang
benar-benar beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal saleh,
mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada
kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Surah al-Mujadalah, ayat 22 :(( (((((( ((((((( ((((((((((( ((((((
(((((((((((( (((((((( ((((((((((( (((( (((((( (((( ((((((((((((
(((((( ((((((((( ((((((((((((( (((( (((((((((((((( ((((
((((((((((((( (((( ((((((((((((( ( (((((((((((( (((((( (((
((((((((((( (((((((((( ((((((((((( ((((((( ((((((( (Maksudnya :
Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari
akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang
Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau
anak-anak atau Saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka
Itulah orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka
dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang
daripada-Nya.
Surah an-Nisa, ayat 162 :((((((( ((((((((((((( ((( ((((((((((
(((((((( ((((((((((((((((( ((((((((((( (((((( ((((((( ((((((((
(((((( ((((((( ((( (((((((( ( (((((((((((((((( ((((((((((( (
((((((((((((((( ((((((((((( ((((((((((((((((( (((((( ((((((((((((
(((((((( (((((((((((( ((((((((((((( ((((((( (((((((( (((((Maksudnya
:
Tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan
orang-orang mukmin, mereka beriman kepada apa yang Telah diturunkan
kepadamu (Al Quran), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan
orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Orang-orang itulah yang akan
kami berikan kepada mereka pahala yang besar.
Percaya kepada hari kiamat termasuklah: Alam Barzakh, soal dalam
kubur, Qiamat, manusia dibangkitkan, Padang Mahsyar, syafaat nabi,
kiraan amal (Hisab), Mizan, Sirat al-Mustakim, pahala dan dosa,
Syurga dan Neraka.
Proses pengadilan; dibangkitkan di Padang Mahsyar, Mizan
(timbang amalan), Titian Sirat, Syurga dan Neraka.
Firman Allah dalam surah al-Haj, ayat 7 :(((((( ((((((((((
((((((((( (( (((((( (((((( (((((( (((( (((((((( ((( ((( (((((((((((
(((Maksudnya :
Dan Sesungguhnya hari kiamat itu Pastilah datang, tak ada
keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di
dalam kubur.
6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Qadha ialah perlaksanaan ketetapan Allah sejak azali terhadap
makhluk. Qadar adalah penetapan.
Qadha terbahagi dua; Qadha Mubram (tidak berubah) & Qadha
Muallaq (boleh merubah mengikut keizinan Allah).
Percaya bahawa manusia ditetapkan rezeki, hidup di dunia, umur,
kubur, jodoh sejak kejadiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak ditolak sesuatu
qadha' (perlaksanaan) kecuali dengan doa.
d) Syarat Iman :i) Mengakui dalam hati bahawa Islam itu
benar.
ii) Menyatakan dengan lidah bahawa Islam itu agama yang
benar.iii) Mengamalkan semua ajaran yang terkandung dalam agama
Islam.e) Peringkat Iman :i) Iman taqlid ikut-ikutan tanpa
penilaian.
ii) Iman ilmu beriman semata-mata kerana berilmu dan berasaskan
fikiran tetapi tidak sampai ke dalam hati.
iii) Iman ayan beriman semata-mata kerana berilmu, berasaskan
fikiran dan sampai ke dalam hati.
iv) Iman hak Iman sebenar yang bebas daripada hawa nafsu.
v) Iman hakikat tingkat iman para nabi dan rasul (paling
tinggi).
f) Kesan Penghayatan Rukun Iman : Menjadikan Allah tempat
berlindung dan memohon sesuatu.
Sentiasa memelihara akhlak kerana semuanya dilihat, dicatat,
dinilai dan dibalas.
Melahirkan manusia yang yakin kepada segala ketetapan Allah,
tidak mudah berputus asa, redha dalam menghadapi ujian, berusaha
mencapai segala kejayaan di dunia dan akhirat
Percaya bahawa Allah berkuasa menjadikan sesuatu yang
dikehendaki.
Sentiasa menghayati dan mengamalkan sifat-sifat wajib bagi
rasul.
Percaya semua perbuatan makhluk (jasmani dan rohani) tertakluk
kepada peraturan dan undang-undang Allah (Sunnatullah).
2- SYARIAH
i- Pengertian Syariah :Dari sudut bahasa bermaksud Jalan yang
lurus.
Manakala maksud syariah dari sudut istilah ialah Setiap yang
diperundangkan oleh Allah dalam urusan keagamaan melalui wahyuNya
sama ada al-Quran atau al-Sunnah.
Asas atau matlamat manusia dijadikan adalah untuk beribadah
kepada Allah. Firman Allah dalam surah al-Zariat, ayat 56 :(((((
(((((((( (((((((( ((((((((( (((( ((((((((((((( ((((Maksudnya :
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka mengabdi (beribadat) kepada-Ku.
Syariah Islam merupakan sistem yang mengatur cara hidup Islam
(the way of life). Syariah Islam juga bersifat lengkap dalam
mengatur segala urusan kehidupan manusia. Ia merangkumi semua aspek
kehidupan termasuklah ibadah, muamalat, munakahat, jenayah, faraid,
akhlak, politik, pentadbiran dan sebagainya.
ii- Konsep Ibadah :Pengertian Ibadah dari sudut bahasa : Tunduk,
patuh, merendah diri, taat.
Manakala dari sudut istilah pula bermaksud : Mengandungi makna
yang luas; perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kerana
Allah SWT, menunaikan suruhan agama. (Kamus Dewan : 2001) Melakukan
sesuatu perkara dengan penuh ketaatan dan kepatuhan kepada Allah
SWT sehingga lahir rasa cinta kepadaNya. (Dr. Yusoff al-Qardhawi :
1993)iii- Pembahagian Ibadah :a. Ibadah Khusus: Amalan atau Ibadah
yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT.
Dikenali sebagai amalan Fardhu Ain.
Terkandung dalam rukun Islam dan seumpamanya.
Contoh: solat, zakat, haji, tilawah al-Quran dll.b. Ibadah Umum:
Amalan atau ibadah yang menghubungkan manusia dengan manusia dan
manusia dengan makhluk lain.
Dikenali sebagai amalan Fardhu Kifayah.
Meliputi semua aktiviti dalam kehidupan.
Contoh: menuntut ilmu, hubungan dengan jiran, makan, tidur
dll.
iv- Syarat Amalan Sebagai Ibadah :a) Niat yang baik kerana Allah
SWT.
b) Amalan itu hendaklah diakui dan bersesuaian dengan
Islam(matlamat tidak menghalalkan cara).
c) Tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak.(tidak bercampur
antara halal dan haram).
d) Dilakukan dengan bersungguh-sungguh.Maksud sabda Rasulullah
SAW:
Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu
kerja dengan memperelokkan kerjanya. (Riwayat Muslim)e) Sentiasa
menurut hukum-hukum syarak dan ketentuan batasnya.(contohnya
peraturan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya).
f) Tidak lalai dan cuai dalam menjalankan ibadah khusus
terutamanya ibadah solat.Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat
37:((((((( (( ((((((((((( ((((((((( (((( (((((( ((( (((((( ((((
((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ( (((((((((( (((((((
(((((((((( ((((( ((((((((((( ((((((((((((( ((((Maksudnya :
Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan atau
jualbeli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (dihari
itu) hati dan penglibatan menjadi goncangv- Kesan Ibadah Dalam
Kehidupan : Berusaha meningkatkan kualiti hidup sebagai satu
tuntutan agama.
Mendorong dan memotovasikan diri dalam melakukan amalan.
Meningkatkant prestasi amalan seharian secara kreatif dan
proaktif.
Sentiasa berdisiplin tinggi, pengurusan masa, pemuafakatan,
kerja secara kolektif, berpasukan dan sebagainya melalui
penghayatan ibadat khusus dan umum.
vi- Rukun Islam
Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
...Jibril bertanya Nabi s.a.w. : Beritahu aku tentang Islam?
Nabi s.a.w. menjawab: Islam itu ialah kamu bersaksi tiada tuhan
melainkan Allah dan kamu bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh
Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan
ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang mampu...
a) Pengertian Rukun Islam:
Perlakuan amali dalam ibadah dan muamalat serta perkara-perkara
yang ditekankan kepada aspek jasmani bagi membentuk kekuatan
rohani.
b) Falsafah Rukun Islam:
Perlakuan amali yang membentuk keperibadian manusia yang
sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah sesuai dengan
kejadian, peranan dan tanggungjawab.
c)Huraian Rukun Islam:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
Kalimah syahadah disebut juga sebagai kalimah tauhid.
Iaitu suatu ucapan berbentuk pengakuan, iqrar, perjanjian taat
setia, kesaksian kepada Allah.
Mengandungi dua unsur penting iaitu pengakuan bahawa Allah
sebagai tuhan yang wajib disembah dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
pesuruhNya.
Ucapan yang menjadikan ia muslim dan difardhukan ke atasnya
segala hukum Islam.
Pengakuan syahadah hendaklah disusuli dengan meyakini bahawa
Allah s.w.t adalah Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Meyakini bukti kekuasaan Allah melalui fenomena alam dan
pernyataan di dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Baqarah,
ayat 164 :(((( ((( (((((( ((((((((((((( (((((((((( (((((((((((((
(((((((( (((((((((((( (((((((((((( ((((((( ((((((( ((( ((((((((((
((((( ((((((( (((((((( (((((( ((((((( (((( (((( ((((((((((( (((
(((((( ((((((((( (((( (((((((( (((((( ((((((((( (((((( (((((( (((
((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((((( ((((((((((((
(((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((( ((((((((( (((((((((((
(((((Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut
membawa apa yang berguna bagi manusia. Dan apa yang Allah turunkan
dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi
sesudah mati (keringnya). Dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis
haiwan, angin yang bertiup dan awan yang dikendalikan di antara
langit dan bumi; sesungguhnya terdapat tanda-tanda kebesaran Allah,
bagi kaum yang berfikir.
2) Mendirikan solat lima waktu
Solat dari sudut bahasa bermaksud doa.
Dari sudut istilah iaitu suatu perbuatan dan perkataan yang
dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.
Solat merupakan Ibadah yang mula-mula dihisab di hari
kiamat.
Solat merupakan tiang agama. Maksud hadith: Solat itu tiang
agama.. Kejayaan seseorang mukmin itu berasaskan kesempurnaan
solat. Firman Allah dalam surah al-Muminun, ayat 1 hingga 2 :
(((( (((((((( ((((((((((((((( ((( ((((((((( (((( ((( ((((((((((
(((((((((( (((Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang mumin
yang khusyu hatinya dalam solatnya
Surah al-Maun, ayat 4 hingga 5 :
(((((((( ((((((((((((((( ((( ((((((((( (((( ((( ((((((((((
(((((((( (((Maksudnya:
Maka Neraka Wail akan diberikan Allah kepada mereka yang lalai
daripada solatnya itu3) Berpuasa di bulan Ramadhan
Puasa dari sudut bahasa bermaksud menahan diri daripada
melakukan sesuatu secara mutlak.
Dari sudut istilah iaitu menahan diri daripada makan dan minum
serta perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar
sehingga terbenam matahari disertai niat.
Puasa melahirkan sifat takwa dan merupakan tanda ketaatan
Ianya terbukti dari aspek kesihatan fizikal dan kesihatan
mental.
4) Mengeluarkan zakat
Zakat dari sudut bahasa bermaksud bersih, suci.
Manakala dari sudut istilah iaitu mengeluarkan sebahagian
daripada harta tertentu dan menyerahkannya kepada golongan yang
berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu.
Zakat juga merupakan ibadah yang membersih dan menyucikan harta
daripada sumber-sumber yang diragui.
5) Menunaikan haji
Haji iaitu mengunjungi Baitullah pada masa tertentu dengan
syarat-syarat tertentu.
Mengambil pengajaran terhadap kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s
dan nabi Ismail a.s.
Perhimpunan umat Islam dari seluruh dunia.
Mendidik manusia dalam aspek perpaduan dan persamaan taraf di
sisi Allah s.w.t.
d) Matlamat mempercayai Rukun Iman : Membentuk keperibadian dan
ketaqwaan.
Melahirkan manusia yang taat perintah Allah. Mencegah perbuatan
keji dan mungkar. Membuang amalan mengumpul harta dan menjadikannya
matlamat dalam kehidupan.
Melahirkan masyarakat penyayang, peka terhadap kesusahan orang
lain.
Mendidik manusia sentiasa berpandangan jauh.
Melahirkan manusia yang sanggup berkorban untuk mencapai
matlamat hidup.
e) Kesan Penghayatan Rukun Iman: Sentiasa memelihara perbuatan
dan tingkahlaku kerana semuanya dilihat, dinilai, dikira dan
dibalas.
Menjadikan Muslim yang sentiasa patuh dan taat, merendah diri
terhadap segala kekuasaan Allah. Mengukuhkan hubungan dengan Allah,
sesama manusia dan makhluk.
Mempunyai perasaan belas kasihan terhadap kesusahan yang dialami
oleh orang lain. Sanggup melakukan pengorbanan harta dan nyawa
untuk melaksanakan rukun Islam. Menjaga kesihatan tubuh badan bagi
memudahkan beribadah.3- AKHLAK
i- Pengertian Akhlak :Dari sudut bahasa akhlak berasal dari
kalimah Arab Khuluq bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku dan
tabiat. (Kamus Dewan)Manakala dari sudut istilah pula bermaksud
:
Suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan
perbuatan atau tingkahlaku secara mudah tanpa memerlukan pemikiran
dan penelitian. (Imam al-Ghazali) Akhlak ialah keadaan jiwa yang
mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan
penelitian. (Ibnu Miskawah) Akhlak dalam Islam ialah suatu sifat
atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkahlaku perbuatan
manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t
Firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 :(((((((( ((((((((
(((((( ((((((( (((Maksudnya :Dan Sesungguhnya engkau (Muhammad)
mempunyai akhlak yang amat mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya :
Sesungguhnya aku (Muhammad) diutus untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia.
ii- Pembahagian Akhlak :Al-Ghazali membahagikan akhlak kepada
dua:
i) Akhlak mulia - apabila perbuatan yang dilakukan baik dan
terpuji menurut syarak dan akal.
ii) Akhlak buruk - apabila perbuatan yang dilakukan buruk
menurut syarak dan akal.
Bidang akhlak meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia
dalam keadaan berikut:
Dilakukan dengan niat
Keadaan sedar
Dengan ikhtiar sendiri
Dengan sengaja
iii- Ciri-ciri akhlak Islam : Ketentuan baik dan buruk oleh
Allah SWT.
Bersifat mutlak dan menyeluruh.
Melengkap dan menyempurnakan tuntutan.
Bersifat sederhana dan seimbang. Mencakupi suruhan dan
larangan.
Bersih dalam perlaksanaan - Ertinya untuk mencapai suatu
matlamat, Islam tidak menerima falsafah: Matlamat menghalalkan
cara.
iv- Cara membentuk akhlak mulia : Berilmu (menghayati akhlak
Rasulullah SAW dan para sahabat).
Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan. Mempunyai keazaman
tinggi. Bergaul dengan orang yang baik akhlak. Membiasakan diri
dengan kebaikan. Sentiasa berlapang dada untuk menerima
nasihat.
Doa.
v- Sifat Mahmudah : Sabar
Syukur Khauf
Raja Benar Jujur
Pemaaf Pemalu Tawaddhu
Tawakkal
vi- Sifat Mazmumah : Tergesa-gesa Riya Dengki
Takabbur Ujub Bakhil
Buruk sangka Tamak Pemarah
Sumah
vii- Penghayatan Akhlak Dalam Kehidupan : Allah s.w.t
Diri sendiri.
Ibubapa dan Keluarga
Masyarakat
Alam sekitar
viii- Hubungan Akhlak dengan Akidah : Akhlak dan Akidah
mempunyai hubungan yang rapat.
Akhlak dan Akidah saling sempurna menyempunakan.Maksud sabda
Rasululllah SAW:
Yang paling sempuna orang mukmin dari segi keimanannya ialah
yang paling baik akhlaknya.
Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia kasihkan
saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
janganlah ia menyakiti jirannya.ix- Hubungan Akhlak dengan Syariah
:Akhlak dan Syariah mempunyai hubungan yang rapat. Ia juga saling
lengkap melengkapkan.
Maksud Firman Allah SWT;
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan
mungkar.
Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka (menjadi) sedekah
(supaya) dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan
mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).
x- Ihsan
Hadith Nabi SAW yang bermaksud:
....Jibril bertanya Nabi s.a.w, beritahu aku tentang ihsan? Nabi
s.a.w menjawab: Ihsan itu ialah kamu menyembah Allah seolah-olah
kamu melihatNya, jika sekiranya kamu tidak dapat melihatNya maka
sesungguhnya Dia melihat kamu....
a) Pengertian Ihsan :
Ihsan dari asal perkataan ahsanu iaitu membuat baik, perbuatan
baik.
Dari sudut bahasa iaitu memberi nikmat dan kelebihan.
Manakala dari sudut istilah iaitu melakukan sesuatu secara
ikhlas, bersungguh-sungguh, istiqamah dan cemerlang
(excellent).
Firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 77 :(((((((((( (((((((
(((((((( (((( (((((((( (((((((((( ( (((( ((((( ((((((((( ((((
(((((((((( ( ((((((((( (((((( (((((((( (((( (((((((( ( (((( ((((((
((((((((((( ((( (((((((( ( (((( (((( (( (((((( (((((((((((((((
((((Maksudnya:
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagian) negeri akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu
dari kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan jangan kamu
berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerosakan
b) Falsafah Ihsan: Suatu konsep yang mendidik jiwa untuk
melahirkan budaya kerja (amalan) secara berterusan (istiqamah),
bersungguh-sungguh (itqan) untuk mencapai kecemerlangan (al-falah)
di dunia dan akhirat.
c) Untuk mencapai tahap Ihsan : Melakukan sesuatu berasaskan
ilmu.
Mempunyai kefahaman yang benar.
Mendidik jiwa sentiasa ikhlas.
Mengikut peraturan ketetapan syarak.
Melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah, sekiranya
tidak berupaya, yakinlah Allah melihat perbuatan kita.
d) Penghayatan Ihsan dalam kehidupan:
1. Ihsan dalam Ibadat
Iaitu melakukan ibadat dengan ikhlas, bersungguh-sungguh,
istiqamah, khusyuk, tawaduk dan yang terbaik.
2. Ihsan dalam pekerjaan
Iaitu melakukan pekerjaan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh,
jujur, amanah, tekun, sabar, cekal, sempurna, responsibilti dan
berkualiti.
3. Ihsan terhadap diri sendiri
- Iaitu menyempurnakan hak diri dengan perkara yang membawa
kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Tidak menzalimi diri dengan mendedahkannya kepada segala punca
dan bentuk kebinasaan.
4. Ihsan terhadap keluarga, masyarakat dan negara
- Iaitu sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran,
memberikan khidmat bakti, hormat-menghormati, tolong-menolong,
bersikap adil, belas kasihan dan berperikemanusiaan.
5. Ihsan terhadap haiwan
- Iaitu memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup
bebas.
- Sekiranya melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang
terbaik.
6. Ihsan terhadap alam sekitar
- Iaitu memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih
dari segala bentuk pencemaran dan kerosakan.
- Berusaha menjadikan alam tempat yang selesa dan indah untuk
dinikmati dan didiami.
F) MAQASID AL-SYARIAH (Dasar-dasar Islam)
a- Pengertian :
Iaitu dasar yang ditetapkan Islam dalam memelihara kesucian
agama, menjamin kemuliaan, keharmonian dan kesejahteraan hidup
manusia, di samping mengelak dan menghindarkan segala bentuk
kemudaratan hidup secara integral dan global.
b- Pembahagian Maqasid al-Syariah :
i Memelihara perkara Dharuriyyat :Iaitu perkara yang diperlukan
oleh setiap manusia untuk memenuhi tuntutan agama dan kehidupan
dunia. Sekiranya tidak dipenuhi, pincanglah kehidupan manusia di
dunia dan mendapat siksaan di akhirat.
Memelihara perkara Dharuriyyah adalah wajib dan perlu
dipertahankan pada setiap masa dan keadaan. Firman Allah dalam
surah al-Isra, ayat 70 :
( (((((((( ((((((((( (((((( ((((((( ((((((((((((((( (((
((((((((( (((((((((((( (((((((((((((( ((((( (((((((((((((
((((((((((((((( (((((( ((((((( ((((((( ((((((((( ((((((((( ((((
Maksudnya :Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam
dan Kami angkat mereka di daratan dan di lautan dan Kami beri
mereka dengan rezeki yang baik-baik.
Perkara Dharuriyyat terdiri daripada lima perkara :
a. Memelihara Agama
b. Memelihara Nyawa
c. Memelihara Akal
d. Memelihara Harta
e. Memelihara Keturunan
f. Memelihara Maruah & Kehormatan Diri (menurut sebahagian
ulama)
Islam memelihara perkara Dharuriyyah dalam dua sudut:
a. Mewujudkan
b. Mengekalkan
Contohnya:
Mewujudkan agama, diwajibkan melaksanakan semua rukun Islam.
Mengekalkannya, diwajibkan jihad, diharamkan murtad.
Mewujudkan nyawa, disyariatkan perkahwinan.
Mengekalkannya, diwajibkan makan dan minum, diharamkan
pembunuhan kecuali yang dibenarkan .
Mewujudkan akal, diwajibkan menuntut ilmu.
Mengekalkannya, diharamkan semua perkara yang boleh merosakkan
akal.
Mewujudkan harta, diwajibkan mencari rezeki halal.
Mengekalkannya, diharamkan mencuri, merompak.
Mewujudkan keturunan, disyariatkan perkahwinan.
Mengekalkannya, diharamkan zina dan perbuatan yang mendorong
kepada perbuatan tersebut.
Mewujudkan Maruah & Kehormatan Diri, diwajibkan memelihara
maruah & kehormatan diri.
Mengekalkannya, diharamkan daripada perbuatan mendedahkan aurat
dan mendedahkan kehormatan diri, diwajibkan menjaga perhiasan,
pergaulan.
ii Memelihara perkara Hajiyat :Iaitu perkara yang diperlukan
manusia untuk memberi keselesaan dan menolak kesulitan dalam
kehidupan dan ibadah. Ketiadaan perkara Hajiyah tidak akan membawa
kepada kepincangan hidup seperti perkara dharuriyyah.
Contohnya, diharuskan rukhsah dalam melakukan ibadat. Rukhsah
solat bagi mereka yang musafir iaitu secara qasar dan jamak.iii
Memelihara perkara tahsiniyat :Iaitu perkara yang diperlukan
manusia bagi menambah keselesaan hidup. Ketiadaan perkara ini tidak
membawa kepada kepincangan hidup seperti perkara Dharuriyyah atau
kesulitan seperti perkara Hajiyah tetapi ia membawa kepada
kehidupan yang keji pada pandangan agama dan manusia. Contohnya,
bersuci setiap kali bersolat.c- Tujuan / Kepentingan Syariah Islam
: Memelihara kesucian Islam.
Menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan individu serta masyarakat
umum.
Membendung dan mencegah bentuk-bentuk kemudaratan secara
integral dan global.
Memelihara keharmonian dan kemaslahatan hidup.
Melaksanakan cara hidup Islam.
Menjadikan umat Islam sebagai umat contoh.
BAB 2
SUMBER RUJUKAN DALAM ISLAM
A) SUMBER-SUMBER YANG DISEPAKATI ULAMA
Terbahagi kepada empat sumber iaitu al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak
dan Qiyas
1. Al-Quran
a- Definisi al-Quran :Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.
Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu Allah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril
yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan
Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran
diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh
23 tahun.Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr, ayat 9 :((((( ((((((
((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((Maksudnya
:"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Quran), dan
kamilah yang akan menjaganya"Al-Quran dari segi bahasa adalah
bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman
Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 17 hingga 18 :(((( (((((((((
((((((((( (((((((((((((( (((( ((((((( ((((((((((( ((((((((((
(((((((((((( ((((Maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu
(dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu,
apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang
bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab dengan keterangan dan
makna yang tepat, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap
hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir
dengan surah an-Naas. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh
seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan
akhlak).Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami dan
dihayati isi kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan yang tunggal
sebagai pencetus kecemerlangan Tamadun Islam.
b- Nama-nama al-Quran : al-Kitaab () bermaksud sebuah kitab atau
buku (panduan) berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah,
ayat 1 hingga 2 : ((((( ((( ((((((( ((((((((((( (( (((((( ( ((((( (
((((( (((((((((((((( (((
Maksudnya :Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada
sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang
(hendak) bertaqwa; al-Furqaan () bermaksud pemisah hak dan batil
sebagaimana firman Allah dalam surah al-Furqan, ayat 25 : (((((((((
((((((( (((((( ((((((((((((( (((((( ((((((((( (((((((((
(((((((((((((( (((((((( (((Maksudnya :Maha berkat Tuhan Yang
menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi
peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
adz-Dzikr () bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah dalam
surah al-Hijr, ayat 9 : ((((( (((((( ((((((((( (((((((((( (((((((
((((( (((((((((((( (((Maksudnya :Sesungguhnya Kamilah Yang
menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya.
at-Tanzil () bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena
firman Allah dalam surah Al-Syuara, ayat 192 : ((((((((( ((((((((((
((((( (((((((((((((( (((((Maksudnya :Dan Sesungguhnya Al-Quran
(yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan
oleh Allah Tuhan sekalian alam. c- Sifat al-Quran :i) an-Nuur
bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan
sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada
orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu,
al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu
membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah dalam
surah an-Nisa, ayat 175 :((((((((((( (((((((( (((( (((((((((
((((((((( (((( ((((((((( ((((((((((((( (((((((((( (((((( ((((((((
(((((Maksudnya :Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah
menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang
menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan
kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).
ii) al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan
sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh
umat. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 15 : ((((((((((
((((((((((( (((( (((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((( ((((((((
(((((( ((((((( ((((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((( ((( ((((((( (
(((( ((((((((( ((((( (((( ((((( ((((((((( ((((((( ((((Maksudnya
:Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami
dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan dan hukum)
yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu
(dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan).
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi
Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata
keterangannya.
iii) al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai
petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat
manusia. Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 57 : (((((((((((
(((((((( (((( ((((((((((( (((((((((( (((( ((((((((( ((((((((((
(((((( ((( (((((((((( ((((((( (((((((((( ((((((((((((((((
((((Maksudnya :Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada
kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan
Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam
dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,
serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
iv) ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran
sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang
sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.
(Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 57)
d- Keistimewaan al-Quran :a) Al-Quran merupakan Kalam Allah.
Firman Allah dalam surah az-Zumar, ayat 1 :(((((((( (((((((((((
(((( (((( ((((((((((( ((((((((((( (((Maksudnya :Kitab (Al-Qur'an
ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
b) Menggunakan bahasaArab. Firman Allah dalam surah al-Zukhruf,
ayat 3 :((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((((( ((((((((((
((((((((((( (((Maksudnya :Sesungguhnya Kami menjadikan Al-Qur'an
dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).
c) Manqul bitawatird) Peringatan dan petunjuk bagi seluruh alam.
Firman Allah dalam surah Yaasin, ayat 36 :((((((((( ((((((( ((((
((((((( ((((((((((((( (((((( (((((((((( (((Maksudnya :agar kamu
memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah
diberi peringatan, karena mereka lalai.
e) Kitab yang benar. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 48
:((((((((((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((
(((((( (((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((((( (((((((( ( ((
((((Maksudnya :Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur'an dengan
membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu
kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap
kitab-kitab yang lain itu;
f) Al-Quran pembimbing kepada kehidupan yang bercahaya. Firman
Allah dalam surah an-Nisa, ayat 174 :((((((((((( (((((((( ((((
((((((((( ((((((((( (((( ((((((((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((
(((((((( (((((Maksudnya :Wahai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dengan
mukjizatnya). Dan telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang
benderang (Al-Qur'an).
e- Asas hukum dalam al-Quran :1- Tidak menyulitkan
2- Tidak membebankan
3- Beransur-ansur dalam penetapan hukum
2.Al-Hadith (al-Sunnah)
a- Definisi al-Hadith :Sunnah atau hadith merupakan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kata-kata dan perbuatan bagi
nabi Muhammad s.a.w. sama ada berupa perkataan, perbuatan dan
pengakuan. Ia adalah sumber kedua selepas al-Quran. Hadith
dijadikan sumber hukum dalam Islam selain al-Quran, Ijma dan
Qiyas.
Hadith meliputi perkara-perkara berikut :
a) Perkataan:
Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam
bentuk kata-kata tentang sesuatu perkara atau keadaan.
b) Perbuatan:
Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan
syariat atau undang-undang.
c) Perakuan:Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang
dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan baginda dengan
cara mendiamkan diri (tidak melarang).
Terdapat ramai ulama periwayat hadith, namun yang sering
digunakan dalam fiqh Islam adalah tujuh imam iaitu Imam Bukhari,
Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i
dan Imam Ibnu Majah. Kitab mereka ini dikenali sebagai Sahih al
Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al Tirmizi, Musnad
Imam Ahmad, Sunan al Nasa'ie dan Sunan Ibnu Majah.
b- Kedudukan hadith dalam Islam :Kedudukan hadith dalam Islam
adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan
yang banyak di dalam al Quran tentang hadith. Malahan dalam banyak
tempat, hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran.
Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap
Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada
Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam
firman Allah salam surah al-Anfal, ayat 1 :(((((((((((( ((((
((((((((((((( ((( (((((( ((((((((((( (((Maksudnya:Dan taatilah
Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman
Dalam surah al-Ahzab, ayat 36 :((((( ((((( (((((((((( ((((
(((((((((( ((((( ((((( (((( ((((((((((((( ((((((( ((( (((((((
(((((( (((((((((((( (((( (((((((((( ( ((((( (((((( ((((
(((((((((((( (((((( (((( ((((((( (((((((( ((((Maksudnya:Dan
tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah
menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain
bagi urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya,
maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata.
Dalam surah al-Hasyr, ayat 7 :
( (((((( (((((((((( (((((((((( ((((((((( ((((( ((((((((( ((((((
(((((((((((( ( (((Maksudnya:Apa yang diberikan Rasul kepada kamu,
maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka
tinggalkanlah
Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak
dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan
dengan Islam selari dengan al Quran.
c- Fungsi al-Hadith :1. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum
yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan
solat, puasa dan haji.
2. Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum
seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan solat, kaedah
jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana
perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al
Quran.
3. Menjadi keterangan tasyri iaitu menentukan sesuatu hukum yang
tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang
ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana
buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih
tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap
buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan
memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka
dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai
kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
4. Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah
ahl al Ray berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum
al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatr, Masyhr
ataupun Mustafhdh.
5. Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana
yang telah dimansukhkan.
Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama
bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka
masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan
kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatr dan Masyhr
boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri
menolak penasakhan itu.
Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam
menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan
sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith
juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan
pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh
atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan
hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran
seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi
soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan
politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai
masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah,
cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus
tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok
barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam
hadith.
d- Kategori al-Hadith :1. Hadis Mutawatir : hadis yang dirawikan
oleh banyak sekali rawi yang berkualiti, sehingga tidak mungkin
salahnya.
2. Hadis shahih (sihat, benar): hadis yang memiliki matan dan
sanad yang terpercaya, berkualiti dan kuat.
3. Hadis dhaif (lemah): hadis yang memiliki kelemahan baik pada
matan dan/atau sanad
4. Hadis maudhu' (palsu) : hadis yang merupakan buatan orang
semata.
3.Ijma
a- Definisi Ijma :Ijma menurut ulama usul ialah Ittifaq
(persetujuan) seluruh mujtahidin (tokoh-tokoh ijtihad) dari umat
Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda s.a.w, pada sesuatu
zaman, terhadap sesuatu hukum syarak.
Ijma tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama
mujtahid (tokoh-tokoh ijtihad) pada sesuatu zaman, bersepakat dalam
menentukan hukum bagi sesuatu masalah. Tidak terkecuali seorang
pun. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang, maka tidak
dianggap ijmak.
Sebagai contoh ialah setelah Rasulullah SAW wafat diperlukan
perlantikan seorang pengganti beliau yang dinamakan khalifah. Maka
kaum muslimin yang ada pada waktu itu sepakat untuk melantik
seorang khalifah dan atas kesepakatan bersama maka terlantiklah Abu
Bakar RA sebagai khalifah pertama. Walaupun pada permulaannya
perlantikan ini kurang dipersetujui, namun setelah itu semua kaum
muslimin menpersetujuinya. Kesepakatan yang seperti ini dapat
dikatakan sebagai ijma'.
b- Rukun Ijma :Dari definisi ijma' di atas, maka ulama usul fiqh
menetapkan rukun-rukun ijma' sebagai berikut:
i) Harus ada beberapa orang mujtahid sewaktu terjadinya
peristiwa dan para mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan
ii) Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid
yang ada dalam dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan
oleh para mujtahid yang ada pada suatu negara saja, maka
kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijma'.
iii) Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap
mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain
tentang hukum (syara') dari suatu peristiwa yang terjadi pada masa
itu.
iv) Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang penuh
dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh
sebahagian besar mujtahid yang ada, maka keputusan yang demikian
belum pasti ke taraf ijma'. Ijma' yang demikian belum dapat
dijadikan sebagai hujjah syari'ah.Maksud Ijtihad :
Perbuatan atau usaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu
perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-sunnah.
Mujtahid:
Ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut. Antara contoh Jihad :
Solat dalam kapal terbang.Syarat-syarat Mujtahid :
a) Mempunyai ilmu yang luas dalam bidang al-Quran, al-Sunnah dan
ilmu-ilmu berkaitan ijma.
b) Mempunyai ilmu yang luas dalam bidang usul Fiqh.
c) Mahir dengan ilmu bahasa Arab
4.Al-Qiyas
a- Pengertian :Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan
hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara yang ada
dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ada
persamaan pada illah (sebab hukum tersebut).
Contoh: Membandingkan dadah atau ecstacy yang tidak dinyatakan
hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah sama ada halal atau haram
dengan arak yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan
al-Sunnah iaitu haram
Kerana ada persamaan illah (sebab hukum tersbut) iaitu
memabukkan dan menghilangkan akal. Oleh kerana arak diharamkan
kerana ia memabukkan dan menghilangkan akal, maka dadah dan ecstacy
juga haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal dengan
membandingkkanya dengan arak.
b- Rukun Qiyas :Terdapat empat rukun Qiyas iaitu :
i) Sesuatu yang tertentu (asal)
ii) Hukum sesuatu yang telah tertentu.
iii) 'Illah
iv) Sesuatu yang lain (far')
c- Dalil Qiyas :Diantara dalil-dalil mengenai sumber ini ialah
firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 2 : (((((((((((((((
((((((((((( ((((((((((( (((Maksudnya :"Maka ambillah (kejadian itu)
untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan"
d- Bahagian Qiyas : Terdapat dua bahagian Qiyas, iaitu :
i) Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
ii) Qiyas Khafiy (yang tersembunyi) e- Jenis-jenis Qiyas :Qiyas
mempunyai tiga jenis iaitu:
i) Qiyas Aula (utama)
ii) Qiyas Musawi ( yang amat ketara)
iii) Qiyas Adna (rendah)
B) SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI ULAMA
1- Masalih al-Mursalah (Maslahah)
Iaitu memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan am perkara
yang tidak terdapat dalam nas al-Quran dan al-Sunnah yang
jelas.
2- Istihsan
Iaitu mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas suatu
perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat
daripada hukum pertama, berasaskan dalil syara yang membolehkan
tindakan sedemikian.
3- Istishab
Iaitu kepada pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum
terdapat dalil yang mengubah hukum tersebut.
4- Sad al-Zariah
Iaitu pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa
seseorang terjebak dalam perkara yang diharamkan
5- Urf
Iaitu kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu
masyarakat samaada dalam bentuk perbuatan atau percakapan dan
diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan
syarak.
6- Maqasid Syariyyah
Iaitu ilmu yang membicarakan hukum yang berhubungkait dengan
dasar dan pendekatan yang diambil dalam menyusun struktur
pentadbiran negara dan urusan rakyat selaras dengan roh syariah
meliputi soal pemerintahan pusat dan wilayah, ekonomi, kehakiman,
hubungan antarabangsa dan lain-lain.
7- Tawil
Iaitu usaha menerangkan kehendak syariah daripada lafaz tanpa
terikat kepada pengertian zahir lafaz tersebut. Sebaliknya maksud
lain yang tersirat akan diterima pakai jika disokong kuat oleh
dalil lain yang menjelaskan bahawa syariah menghendaki maksud
tersebut. Ia penting kerana kadangkala sesuatu dalil bukan
menghendaki makna zahirnya.
8- Istiqra
Iaitu penelitian menyeluruh terhadap sesuatu perkara sebelum
memberikan kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut dengan
meneliti aplikasi am atas hukum cabang yang berkaitan dan
mengeluarkan beberapa pengecualian jika ada.
9- Talfiq
Iaitu mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah
diperkatakan oleh mujtahid silam dengan menggabungkan dua pandangan
mazhab atau lebih dan menghasilkan pendapat lain yang berbeza.
BAB 3
PENGAJIAN ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH
A) ILMU DALAM PEMAHAMAN AL-QURAN
Pendahuluan
Kitab suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada RasulNya
Muhammad s.a.w adalah merupakan sebuah kitab yang terkandung di
dalamnya wahyu dan pengajaran daripada Allah untuk memandu hidup
manusia di dunia dan akhirat. Sebagai nabi dan rasul yang terakhir
Nabi Muhammad s.a.w juga menerima wahyu yang terakhir dan kitab
al-Quran adalah kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah kepada
manusia. Perkataan Quran berasal daripada akar kata bahasa Arab
qaraa yang bermaksud baca dan Quran membawa maksud (bahan) yang
dibaca. Bagaimanapun apabila disebut al-Quran ianya bukan merujuk
kepada sebarang bahan yang boleh dibaca tetapi kepada sebuah kitab
yang terkandung di dalamnya Kalam Allah yang diwahyu kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s dalam bentuk makna dan perkataan
serta disampaikan kepada manusia dalam bentuk mutawatir secara
sebutan dan tulisan, tidak boleh sama sekali ditiru dan terjaga
akan kemurniaannya oleh Allah s.w.t hingga hari kiamat. Terdapat
nama-nama lain yang dirujuk bagi kitab ini seperti al-Furqan
(pembeza), al-tanzil (yang diturunkan), al-zikr (pemberi
peringatan) dan al-kitab (satu kitab). Gelaran-gelaran lain yang
diberi kepada al-Quran adalah seperti nur (cahaya), huda
(petunjuk), rahmah (memberi kerahmatan), majid (agung), mubarak
(yang diberkati), bashir (pemberi berita gembira), nazir (pemberi
peringatan) dan lain-lain lagi. Kitab al-Quran mengandungi 114
surah yang kebiasaannya dirujuk sama ada sebagai surah Makkiyah
ataupun Madaniyyah iaitu berdasarkan tempat atau waktu
penurunannya. Daripada sejumlah 114 surah tersebut dibahagikan
kepada 30 juzuk.
Pertumbuhan Ilmu-ilmu (ulum) al-Quran :Generasi terawal umat
Islam yang terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w adalah
merupakan orang yang paling mengetahui dan menguasai uslub-uslub
atau gaya bahasa Al-Quran. Ditambah lagi dengan peluang sepenuhnya
yang mereka perolehi untuk mendapat nasihat dan pengajaran terus
daripada Nabi s.a.w dalam hal ehwal berkaitan al-Quran maka mereka
tidak memerlukan satu rupa bentuk ilmu khas bagi memahami ayat-ayat
al-Quran. Contoh yang terbaik ialah bagaimana mereka bertanya Nabi
s.a.w berkaitan makna sebenar perkataan zalim dalam ayat 82 surah
al-Anam yang menyebut,((((((((( (((((((((( (((((( ((((((((((((
((((((((((( (((((((( (((((((((((( (((((( (((((((( ((((( (((((((((((
((((Maksudnya:
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik), mereka Itulah yang mendapat keamanan dan
mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Kebanyakan daripada para sahabat tidak memahami makna sebenar
perkataan zalim di dalam ayat ini dan mereka menganggap bahawa
makna perkataan tersebut adalah zalim dalam erti kata melakukan
sesuatu yang tidak sepatutnya kepada diri sendiri yang mana menurut
mereka perbuatan seumpama ini sentiasa dilakukan oleh manusia
setiap hari dalam hidupnya. Bagaimanapun baginda Nabi s.a.w
menjelaskan bahawa makna sebenar perkataan zalim ini adalah syirik
dan ini sesuai berdasarkan ayat 13 surah Luqman yang menyebut
tentang kezaliman yang paling besar iaitu syirik kepada Allah.
Begitulah mudahnya para sahabat menemui penyelesaian bagi masalah
mereka berkaitan kefahaman kepada ayat al-Quran khususnya dengan
adanya Nabi s.a.w di hadapan mereka. Dengan itu juga adalah tidak
menjadi satu keperluan kepada mereka untuk menyusun ilmu-ilmu
khusus bagi memahami al-Quran.
Hal ini bagaimanapun berubah selepas kewafatan Nabi s.a.w
khususnya selepas pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Suasana
selepas pemerintahan Umar sehinggalah kepada Khalifah Uthman, Ali,
Bani Umayyah dan Abbasiyyah amatlah berbeza dari sudut perkembangan
Islam khususnya dari segi geografi dan kepelbagaian bangsa dan
budaya umat yang lebih kemudian menerima Islam. Bermula daripada
usaha pembukuan al-Quran maka muncullah keperluan untuk menyusun
pendekatan-pendekatan pengkajian al-Quran. Daripada sinilah mula
terasasnya beberapa ilmu berkaitan al-Quran sehingga berkembang
menjadi ratusan bentuk ilmu. Ilm al-Rasm al-Quran atau Ilm al-Rasm
al-Uthmani adalah antara ilmu pertama yang lahir iaitu ilmu yang
terasas hasil daripada usaha secara sistematik membukukan al-Quran
dan menyelaraskan secara sistematik sistem tulisan dan sebutannya.
Manakala hasil usaha Ali r.a yang meminta Abu al-Aswad al-Duwali
membina beberapa kaedah bagi memelihara keaslian bahasa Arab
menjadi batu asas kepada ilmu Irab al-Quran.
Terdapat beberapa orang tokoh terawal pada abad pertama hijrah
yang menjadi pelopor kepada ilmu-ilmu al-Quran. Antaranya mereka
ialah;
1. Dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w; Khulafa al-Rasyidin yang
empat (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Ibnu Abbas, Ibnu Masud,
Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah Ibn
Zubair.
2. Dalam kalangan tabiin; Mujahid, Ata Ibn Jasar, Ikrimah,
Qatadah, Hassan al-Basri, Said bin Jubair dan Zaid bin Aslam
3. Dalam kalangan tabi tabiin; Malik bin Anas.
Tokoh-tokoh inilah yang meletakkan batu asas bagi kelahiran
ilmu-ilmu Tafsir, ilmu Asbab al-Nuzul, ilmu Makki wal Madani, ilmu
Nasikh wal Mansukh dan ilmu Gharib al-Quran pada abad-abad seterus.
Ilmu tafsir adalah ilmu yang menjadi keutamaan kepada kebanyakan
ulama dalam abad pertama hijrah dan seterusnya. Bagaimana ilmu-ilmu
penting yang lain berkaitan al-Quran juga berkembang secara selari.
Ilmu-ilmu Asbab al-Nuzul, Makki wal Madani dan Nasikh wal Mansukh
muncul dalam abad ketiga hijrah. Manakala ilmu Gharib al-Quran mula
muncul pada abad keempat hijrah. Ilmu Qiraat mula muncul dan
berkembang pada abad kelima hijrah. Abad keenam, ketujuh hijrah dan
seterusnya menyaksikan kemunculan begitu banyak ilmu-ilmu berkaitan
pengkajian al-Quran antaranya ilmu Badaiul Quran yang membincangkan
pelbagai jenis keindahan makna dan perumpamaan di dalam ayat-ayat
al-Quran, ilmu Hujajil Quran yang membincangkan tentang hujah-hujah
dan dalil-dalil yang digunakan di dalam ayat-ayat Al-Quran dan ilmu
Aqsam al-Quran yang membincangkan tentang kata-kata sumpah yang
digunakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Kemunculan begitu
banyak jenis ilmu berkaitan pengkajian al-Quran ini menjadikan
bidang kajiannya semakin meluas seolah-olah tidak akan wujud
sempadan yang jelas. Begitulah hebatnya al-Quran! Para ulama
kemudiannya lebih mudah merujuk kepada ilmu-ilmu dalam bidang
pengkajian al-Quran ini sebagai Ulum al-Quran atau Ilmu-ilmu
al-Quran. Kemunculan kitab al-Burhan fi Ulum al-Quran yang dikarang
oleh Ali Ibn Ibrahim Ibn Saad al-Hufy (wafat pada tahun 430 Hijrah)
dikatakan menjadi antara titik awal munculnya istilah Ulum
al-Quran. Para ulama tidak memberikan jumlah sebenar bagi
jenis-jenis ilmu yang berkaitan dengan pengkajian al-Quran. Ada
ulama yang mengatakan bahawa ilmu-ilmu yang berkaitan pengkajian
al-Quran berjumlah lebih daripada 800 jenis. Bagaimanapun terdapat
juga ulama yang membuat perkiraan secara matematik tentang
kemungkinan sekiranya al-Quran dikaji secara teliti akan wujud
77,450 jenis ilmu berdasarkan pendaraban semua kalimah dalam ayat
al-Quran dengan 4 iaitu dikira bahawa setiap kalimah mempunyai
empat aspek; zahir, batin, maknanya yang sebenar dan kata
terbitannya.
Sejarah Pembukuan Al-Quran :Sebaik-baik sahaja baginda Nabi
Muhammad s.a.w menerima wahyu daripada Allah baginda memerintahkan
para penulis-penulis wahyu menulis sama ada di atas pelepah tamar,
kulit binatang, tulang-tulang dan batu secara tersusun mengikut
susunan ia diturunkan. Ia belum lagi dihimpunkan di dalam satu
mashaf. Terdapat juga sebahagian daripada sahabat menulis beberapa
juzuk dan surah yang tertentu mengikut apa yang mereka hafal
daripada Rasulallah s.a.w.
Selepas kewafatan Nabi s.a.w khususnya semasa berlakunya
peperangan Yamamah pada tahun 633 Masihi, ramai para sahabat yang
menghafaz al-Quran telah terbunuh. Timbul kebimbangan akan
kehilangan lebih ramai penghafaz al-Quran dalam kalangan para
sahabat. Lantaran daripada itu Saidina Umar r.a telah berbincang
dengan Khalifah Abu Bakar dan mencadangkan agar ayat-ayat al-Quran
dikumpulkan di dalam satu mashaf bagi kegunaan umat Islam. Tugas
ini telah diberikan kepada Zaid bin Thabit dan beliau telah
melaksanakan tugas ini dengan baik sehingga berjaya mengumpulkan
semua tulisan penulis-penulis wahyu Rasulallah s.a.w ke dalam satu
mashaf. Mashaf ini kemudiannya diserahkan kepada Saidina Umar r.a
dan diletakkan di bawah jagaan Hafsah anak beliau selepas beliau
meninggal dunia. Mashaf inilah yang kemudiannya dijadikan sebagai
asas untuk menulis kembali ke dalam satu mashaf yang standard dan
seragam dinamakan Mashaf Uthmani.
Mashaf Uthmani disalin daripada naskhah yang terdapat pada
Hafsah bt Umar. Di dalam pembukuan ini Khalifah Uthman memelihara
perbezaan bacaan yang berlaku ketika itu dan beliau
mempertanggungjawabkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Saad
bin al-As dan Abd Rahman bin al-Haris bin Hisham bagi menjayakan
usaha mulia ini. Pada ketika itu belum lagi dimasukkan titik dan
dibariskan hurufnya. Sayidina Uthman bin Affan menyimpan senaskhah
daripadanya dan bakinya dihantar ke seluruh pelosok dunia
Islam.
Ayat-ayat al-Quran pada awalnya tidak ditulis bersama dengan
titik dan baris. Ini adalah kerana mengikut kebiasaan teknik
menulis bahasa Arab pada masa turunnya al-Quran dan beberapa tahun
selepasnya iaitu tidak meletakkan tanda titik dan baris pada huruf.
Namun begitu apabila lebih ramai bangsa yang bukan Arab menerima
Islam, kehendak untuk meletakkan titik dan baris meningkat.
Terdapat beberapa peringkat kemudiannya kitab al-Quran diletakkan
tanda titik dan baris bagi memudahkan umat Islam khususnya yang
bukan berbangsa dan berbahasa Arab membaca dan memahaminya. Antara
peringkat tersebut ialah;
1. Tanda titik mula diletakkan pada zaman Khalifah Muawiyah bin
Abu Sufyan yang telah memerintahkan Abu Aswad al-Duwali di dalam
menguruskan tugas tersebut demi untuk memelihara daripada
berlakunya kesalahan di dalam bacaan Al-Quran.
2. Titik diletakkan untuk membezakan huruf antara satu sama lain
di zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan yang telah
memerintahkan al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi untuk menguruskannya.
Maka al-Hajjaj telah memerintahkan Nasir bin Asim dan Yahya bin
Yamar untuk melaksanakan tugas tersebut.
3. Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi telah meletakkan tanda baru
iaitu huruf wau kecil di atas tanda baris hadapan, huruf alif kecil
untuk tanda baris atas, huruf ya kecil untuk tanda baris bawah,
huruf ha untuk tanda sukun dan kepala ain untuk hamzah.
Pengajaran Utama Dalam Al-Quran :Konsep ketauhidan Allah adalah
antara tema utama di dalam kitab Al-Quran. Sepanjang pengajaran
yang diperjelaskan di dalam Al-Quran konsep tauhid dipertekankan
dan diperjelaskan tentang kepentingan memperakui ketauhidan Allah
dan menolak kesyirikan. Al-Quran menjelaskan tentang konsep
ketuhanan bahawa Allah s.w.t yang disembah oleh umat Islam adalah
juga Tuhan kepada orang-orang Yahudi, Nasrani dan semua manusia di
dunia. Sifat Allah sebagaimana yang diperjelaskan oleh al-Quran
adalah Maha Suci dengan maksud tidak yang serupa denganNya dan Esa
dalam semua sifat dan perbuatannya. Walaupun al-Quran memberikan
garis pemisah yang amat jelas antara manusia dan Allah, ia juga
menjelaskan bahawa Allah tetap berada dekat dengan manusia, lebih
dekat daripada urat nadi dilehernya seperti yang disebut di dalam
ayat 16 surah,
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui
apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya.
Melalui wahyu yang terkandung di dalam al-Quran, Allah
memberikan petunjuk dan hidayah serta akan memberi balasan sama ada
baik atau buruk mengikut amalan masing-masing di akhirat nanti.
Al-Quran di samping menjelaskan dan memberi penekanan kepada
kehebatan siksaan Allah bagi yang melakukan kejahatan juga
menjelaskan dan memberi penekanan terhadap sifat Maha Pengasih dan
Maha Pemurah Allah. Pengajaran yang terpenting juga selepas tauhid
adalah berkaitan tanggungjawab atau akhlak manusia sebagai khalifah
Allah di muka bumi ini. Al-Quran menggambarkan sifat manusia
sebagai mulia melebihi semua makhluk yang lain termasuk para
malaikat kerana dilantik menjadi khalifah, manakala sikap
sebahagian manusia digambarkan sebagai jahil dan zalim kerana suka
menumpahkan darah. Ini adalah sifat semulajadi manusia yang
dijadikan istimewa dengan berpotensi untuk melakukan kebaikan jika
ia memilih untuk melakukan dan boleh juga terdedah kepada melakukan
keburukan apabila nafsunya tidak dikawal dan kata hatinya mengikut
bisikan iblis dan syaitan.
Al-Quran juga amat jelas dalam menyenaraikan prinsip-prinsip
moral bagi dijadikan panduan dalam kehidupan manusia. Al-Quran
menghendaki manusia perama-tamanya tunduk dan patuh kepada Allah
khususnya melalui ketaatan kepada hukum-hukum dan peraturan
(shariah) yang termaktub di dalamnya. Hasil daripada ketaatan yang
dilakukan oleh manusia maka Al-Quran bukan sahaja menceritakan
tentang balasan baik yang akan diterima di dunia bahkan juga
dijanjikan dengan syurga di akhirat. Manakala bagi perbuatan yang
buruk dijanjikan dengan balasan siksaan di neraka dan kutukan di
dunia dan akhirat. Al-Quran pada asasnya adalah sumber hukum
shariah yang utama kepada umat Islam.
Keistimewaan Al-Quran :Kitab Al-Quran yang menjadi dasar ilmu,
hidayah dan panduan kehidupan kepada umat Islam bukanlah sebuah
kitab bagi sesuatu bidang ilmu dan perbincangan. Lebih daripada itu
ianya merupakan panduan dalam semua aspek kehidupan manusia di
dunia dan di akhirat. Walau bagaimanapun di antara isi kandungan
Al-Quran ada yang menyentuh aspek berbagai-bagai jenis ilmu
termasuk sains dan kehidupan secara menyeluruh. Secara umumnya
kitab Al-Quran adalah menjadi sumber kepada berbagai jenis
pengkajian sama ada saintifik mahupun tidak. Inilah titik awal
keistimewaan kitab Al-Quran berbanding kitab-kitab dalam agama
lain. Encyclopedia Americana (1985, jilid 15: 494) menyebut, "There
is no other book in history, including the Bible, that has been so
much studied or commented upon. Studies that deal with its various
aspects fill entire libraries and have been composed in all the
important languages of the Islamic world". James A Mechener dalam
Reader`s Digest (1955) pula menulis, "The Koran is probably the
most often read book in the world, surely the most often memorised
and possibly the most often influential in daily life of the people
who believe in it". Orientalis-orientalis barat seperti Philip K
Hitti, George Bernard Shaw, J.G Goethe, Margoliouth dan Devenport
yang mengkaji Islam mengakui bahawa kitab Al-Quran merupakan
sebagai kitab yang paling bermakna dalam pengkajian termasuklah
dalam pengkajian sains dan kehidupan. Maurice Bucaille seorang
pakar bedah Perancis dalam bukunya The Bible, The Qur`an and
Science (1978; 120) pula menulis, "Whereas monumental errors are to
be found in the Bible, I could not find a single error in the
Qur`an". Sulaiman Nordin (1995: 2) yang mencatatkan hasil
pengkajian sarjana-sarjana tentang jumlah rujukan berkaitan ilmu
dalam Al-Quran adalah kira-kira 750 rujukan. Kepentingan ilmu yang
ditegaskan oleh Al-Quran adalah melebihi mana-mana agama dan juga
kebudayaan.
Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t
kepada para rasulNya adalah salah satu daripada rukun iman. Dalam
kitab-kitab terkandung wahyu Allah kepada manusia yang menjadi
pengajaran untuk kehidupan mereka didunia dan akhirat. Orang Islam
wajib percaya kepada semua kitab-kitab yang telah diturunkan kepada
rasul yang terdahulu sehinggalah kepada kitab Al-Quran yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kitab-kitab yang terdahulu
telah diubah oleh pemimpin-pemimpin agama mereka. Oleh itu untuk
mempercayai kitab-kitab tersebut umat Islam perlu mempercayai kitab
Al-Quran kerana kitab Al-Quran telah membawa intisari semua
kitab-kitab tersebut (Ketauhidan Allah). Firman Allah s.w.t dalam
surah Ali Imran, ayat 3 :(((((( (((((((( ((((((((((( (((((((((((
(((((((((( (((((( (((((( (((((((( ((((((((( ((((((((((((
(((((((((((( (((Maksudnya : Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang
mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu
daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan
Injil.Al-Quran adalah salah satu daripadanya dan ianya adalah
sumber rujukan dan panduan hidup yang meliputi peraturan dan
undang-undang Allah yang disampaikan kepada para rasul melalui
malaikat Jibril a.s. Ia mengandungi kisah benar, antaranya
perkara-perkara ghaib, kisah-kisah Nabi, kisah-kisah umat
terdahulu, peristiwa yang telah dan yang akan berlaku. al-Quran
merupakan rumusan dan kesimpulan kitab-kitab sebelumnya yang
diturunkan oleh Allah. Al-Quran juga adalah merupakan satu sumber
pengetahuan, kepercayaan dan amalan yang benar bagi manusia. Kitab
Al-Quran terjaga dan dijamin oleh Tuhan akan penjagaannya
sepertimana firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 9 : ((((( ((((((
((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((Maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.
Telah lebih 1,400 tahun ia diturunkan, tidak ada satu kalimah
pun yang telah berubah. Inilah yang dikatakan mukjizat atau
keajaiban Al-Quran yang masih wujud sehingga kini dan akan datang.
Al-Quran adalah mukjizat berbentuk maknawi. Dalam Al-Quran
mengandungi semua panduan untuk kehidupan manusia yang dibawakan
secara umum. Dengan mengikuti semua panduan dalam Al-Quran umat
Islam akan dapat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Firman
Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 2 :
((((((( ((((((((((( (( (((((( ( ((((( ( ((((( ((((((((((((((
(((Maksudnya : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;..
Membaca al-Quran adalah merupakan satu ibadah yang penting bagi
seseorang Muslim. Amalan pembacaannya akan dapat memberikan
berbagai faedah yang berbentuk kerohanian mahupun intelektual.
Dengan itu kitab Al-Quran sentiasa menjadi inspirasi kepada seluruh
umat Islam yang memahami dan menghayatinya. Pengajaran-pengajaran
yang terkandung di dalamnya menjadi asas kepada pembinaan tamadun
dan menjadi pemandu arah bagi kehidupan manusia seluruhnya.
Al-Quran Dan Sains :Merujuk kepada perkembangan sains khususnya
sains moden zaman ini, kitab Al-Quran meletakkan sikap yang sangat
positif terhadapnya. Kitab Al-Quran menyeru manusia mendalami
pengkajian sains dan pengkajian ini nantinya akan menunjukkan
bahawa setiap apa yang ada di alam ini adalah bukti kewujudan dan
kemahakuasaan Allah. Malahan tidak terhenti setakat itu Al-Quran
juga membawakan fakta-fakta sains yang telah terbukti benar oleh
sains moden hari ini. Al-Quran mencabar manusia mengkaji dan
membandingkannya dengan kenyataan Al-Quran. Firman Allah s.w.t
dalam surah Fusilat, ayat 53 :((((((((((( ((((((((((( ((( (((((((((
(((((( ((((((((((( (((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((((( (
Maksudnya :"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda
(kekuasaan) Kami di segenap penjuru alam dan pada diri mereka
sendiri sehingga jelaslah bagi mereka Al-Quran itu adalah
benar..."
Selanjutnya Al-Quran juga menjelaskan bahawa di dalamnya tidak
ada pertentangan. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa, ayat 82
:
(((((( ((((((((((((( ((((((((((((( ( (((((( ((((( (((( (((((
(((((( (((( ((((((((((( ((((( (((((((((((( (((((((( ((((
Maksudnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran?
Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka
mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya
Di sini kita tidak akan membincangkan secara panjang lebar
tentang saintifiknya Al-Quran. Bagaimanapun kita akan membawakan
beberapa pernyataan Al-Quran yang telah dibuktikan benar oleh
kajian dan fakta sains hari ini. Penemuan ini amatlah ajaib kerana
kitab Al-Quran ini telah diturunkan lebih 1,400 tahun dahulu dan
hanya kira-kira 100 tahun kebelakangan ini kenyataannya baru dapat
digapai oleh pemikiran manusia saintifik. Lebih menarik lagi Nabi
Muhammad s.a.w yang menerima wahyu Al-Quran daripada Allah bukanlah
seorang ahli sains, malahan baginda s.a.w tidak tahu membaca dan
juga menulis sepanjang waktu sebelum diturunkan wahyu kepada
baginda. Antara pernyataan Al-Quran yang telah menjadi fakta sains
hari ini ialah :1. Cap Jari Tangan Manusia Sebagai Alamat
PengenalanFirman Allah s.w.t di dalam surah al-Qiyamah, ayat 3
hingga 4 :(((((((((( (((((((((( ((((( (((((((( (((((((((( (((
(((((( (((((((((( (((((( ((( ((((((((( (((((((((( (((Maksudnya
:"Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan
(kembali) tulang belulangnya ? Bukan demikian, bahkan Kami berkuasa
menyusun (kembali) hujung jari jemarinya dengan sempurna".
Ayat ini menjelaskan tentang sikap orang kafir yang mengingkari
wujudnya kehidupan selepas mati. Mereka mempersoalkan bahawa
bagaimana tulang belulang dan tubuh badan kita akan dikumpulkan
menjadi seperti kita yang dahulu apabila kita sudah mati dan reput.
Lalu Allah menjawab bahawa Ia (Allah) akan mengumpul kembali bukan
setakat sifat tubuh badan yang mudah berubah seperti wajah kulit
dan sebagainya malahan sifat yang tidak berubah dari kecil hingga
dewasa dan berbeza antara satu sama lain juga akan dikumpulkan
iaitu cap jari tangan manusia. Ketika ayat ini diturunkan manusia
tidak mengetahui apakah sifat yang boleh membezakan antara semua
manusia dan yang tidak berubah dengan berubahnya bentuk tubuh
badan. Hanya pada tahun 1902 barulah Scotland Yard menemui kaedah
untuk membezakan antara pengenalan manusia. Sebelum itu mereka
memakai kaedah atau sistem Bertillon yang memerlukan gambar muka,
ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri, panjang lengan
kiri dan panjang jari kecil kiri. Sistem Bertillon ini menghadapi
masalah apabila dua individu yang mempunyai nama yang hampir sama
di Amerika Syarikat pada tahun 1903 mempunyai semua ciri-ciri yang
sama dalam kaedah pengenalan sistem Bertillon.
2. Ciptaan Planet, Bumi dan LangitFirman Allah s.w.t di dalam
surah al-Anbiya, ayat 30 :(((((((( (((( ((((((((( (((((((((( ((((
((((((((((((( (((((((((( (((((((( ((((((( (((((((((((((((( (
((((((((((( (((( (((((((((( (((( (((((( ((((( ( (((((( (((((((((((
((((
Maksudnya :"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui
bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang
padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada
juga beriman ?
Firman Nya lagi di dalam surah al-Anbiya, ayat 104 :((((((
((((((( ((((((((((( ((((((( ((((((((((( (((((((((( ( (((((
(((((((((( (((((( (((((( (((((((((( ( ((((((( (((((((((( ( (((((
((((( (((((((((( (((((
Maksudnya :"(Ingatlah) hari Kami menggulungkan langit seperti
menggulung lembaran surat catatan sepertimana Kami telah memulakan
penciptaan yang pertama, maka begitulah Kami akan mengulanginya,
itulah janji yang pasti Kami tepati, sesungguhnya Kamilah yang
melaksanakannya, Ayat yang pertama adalah berkaitan dengan teori
The Big Bang iaitu teori kejadian alam manakala ayat yang kedua
berkaitan dengan teori The Black Hole iaitu teori kemusnahan
alam.
3. Bentuk Bumi dan Perjalanannya di Atas Paksi
Ptolemy (2 masihi) dalam bukunya Almagest menganggap bahawa bumi
ini bulat tetapi tidak bergerak. Ahli falak Islam telah mengukur
lilitan bumi dan hasilnya dengan teknologi yang serba kekurangan
mereka hanya berbeza 0.46% daripada ukuran yang menggunakan alat
canggih masa kini. Ahli falak Islam zaman Al-Makmun yang diketuai
oleh Abu Musa bin Syaki telah mendapat kiraan 40,253.4 kilometer.
Sedangkan ukur lilit dengan teknologi kini mencatatkan 40,068
kilometer iaitu perbezaan 185.4 kilometer. Pada zaman Renaissance
Eropah (abad ke 14m -17m) , pihak Gereja Eropah masih dalam
kekeliruan dan menganggap bahawa planet bumi adalah pusat alam
semesta. Galile Galileo (1564 - 1642M) yang terpengaruh dengan
Copernicus berpendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. Akibatnya
dia dihukum penjara seumur hidup dan terselamat apabila beliau
menarik balik pendapatnya itu. Firman Allah s.w.t dalam surah
al-Hijr, ayat 19 :(((((((((( (((((((((((( ((((((((((((( ((((((
((((((((( ((((((((((((( (((((( ((( ((((( (((((( ((((((((( ((((
Maksudnya :"Dan bumi ini Kami bentangkan dan menjadikan padanya
gunung-ganang dan Kami tumbuhkan padanya segela sesuatu menurut
ukuran (yang amat tepat)" Jika bumi ini terhampar ia mungkin
berbentuk bulat, empat segi atau bentuk yang lain. Tetapi maksud
perkataan "bentangkan" ialah di mana sahaja kita pergi di atas muka
bumi ini kita dapati ianya terbentang di hadapan kita. Jika kita ke
kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartik) kita akan
menyaksikan bahawa planet bumi ini sentiasa terbentang. Fenomena
ini tidak boleh terjadi demikian melainkan jika planet bumi ini
berbentuk bulat (Sulaiman Nordin, 1995: 11). Firman Allah s.w.t
seterusnya di dalam surah az-Zumar, ayat 5 :(((((( (((((((((((((
(((((((((( ((((((((((( ( ((((((((( (((((((( ((((( ((((((((((
((((((((((( (((((((((( ((((( (((((((( ( (((((((( (((((((((
(((((((((((( ( (((( ((((((( (((((( ((((((( ( (((( (((( (((((((((((
((((((((((( (((
Maksudnya :"Ia (Allah) menciptakan langit dan bumi dengan
(tujuan) yang benar, Dia menjadikan malam melingkari siang (dengan
gelapnya) dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing
berjalan menurut waktu yang ditetapkan, ingatlah Dialah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun"
Perkataan "memutar" atau "melingkar" digunakan dengan begitu
tepat bagi menggambarkan bentuk bumi yang bulat. Dalam bahasa Arab
"Yukawwir" adalah seperti kita mengambil secebis kain dan
dibalutkan pada sebiji bola yang bulat. Malam dan siang berada pada
masa yang sama pada bumi yang bulat. Ayat di atas menjelaskan
bahawa Allah menjadikan keduanya berada pada kitaran bulatan bumi
kita pada masa yang sama. Firman Nya lagi dalam surah Yaasin, ayat
40 :
(( ((((((((( ((((((((( (((((( ((( (((((((( (((((((((( ((((
(((((((( ((((((( (((((((((( ( (((((( ((( (((((( (((((((((((
((((Maksudnya :"Tidaklah mungkin bagi matahari mendahului bulan dan
malam pula tidak dapat mendahului siang, masing-masing beredar di
atas paksi peredarannya". Daripada pandangan mata kasar boleh
dikatakan siang mendahului malam atau malam mendahului siang tetapi
Al-Quran menyatakan bahawa siang bukan mendahului malam dan malam
juga tidak mendahului siang. Firman Allah s.w.t lagi dalam surah
an-Naml, ayat 88 : ((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((( ((((((
(((((( (((( (((((((((( ( (((((( (((( (((((((( (((((((( (((( ((((((
( ((((((( ((((((( ((((( ((((((((((( ((((Maksudnya :
"Dan engkau melihat gunung-ganang itu engkau menyangka tetap
membeku, pada hal ianya bergerak cepat seperti bergeraknya awan.
Begitulah perbuatan Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan
kukuh, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui terhadap apa yang
kamu kerjakan".
Ayat ini menjelaskan bahawa bumi ini berputar dan bergerak di
atas paksinya mengelilingi matahari. Tak mungkin Nabi Muhammad
s.a.w mengetahui hal yang begitu saintifik ini jika bukan
diberitakan oleh Tuhan Yang Maha Agung.
4. Penciptaan Semua Makhluk BerpasanganFirman Allah s.w.t dalam
surah Yaasin, ayat 36 :((((((((( ((((((( (((((( ((((((((((( (((((((
((((( (((((((( (((((((( (((((( ((((((((((( ((((((( (( (((((((((((
((((Maksudnya :"Maha Suci Allah yang telah mencipta
pasangan-pasangan semuanya baik dari apa-apa yang ditumbuhkan oleh
bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka belum
ketahui".
Sains moden mendapati bahawa semua unsur-unsur dan
makhluk-makhluk yang besar sehingga yang terkecil sekali dan amat
seni mempunyai